You are on page 1of 87

Panduan Keselamatan Komputer

http://perniagaan-online.net

Page 1
Undang-undang dan penafian

Tidak dibenarkan membuat keluaran semula bagi tujuan komersil atau


sebarang bentuk sebaran percuma. Sama ada sebahagiannya atau
keseluruhannya. Menjalankan sebarang bentuk salinan semula untuk tujuan
komersil atau sebaran lain, atau mengubahsuai dengan apa-apa cara bagi
tujuan salinan dan sebaran tanpa kebenaran. Tiada sebarang jaminan
dengan panduan ini kepada pengguna atau mana-mana individu. Ini kerana
masing-masing mempunyai perbezaan kemahiran, pengetahuan,
pengalaman dan factor kemanusiaan. Oleh itu pihak kami tidak akan
bertanggungjawab keatas kerugian, kerosakan, kehilangan atau sebarang
risiko kepada mana-mana individu yang timbul akibat dari kandungan buku
ini sama ada secara langsung atau tidak. Buku ini ditulis bagi melahirkan
pengguna separa mahir. Latihan adalah diperlukan.

Isi kandungan

1. Pengenalan kepada system perlindungan

2. Microsoft Windows 7

3. Windows Defender

Pilihan kurungan

Ketetapan imbasan masa sebenar

Advance

Administrator

Melihat kurungan

Tindakan secara manual

2
Melakukan imbasan

4. Windows Firewall

5. Kemaskini windows

6. Pelaksanaan nyahinstall

7. Defragmenter

8. Pembersihan cakera

9. System restore

10. Restore dan backup

11. Pemeriksaan ruang storan

12. Pemeriksaan disk

13. Mengembalikan keadaan asal win

14. Menjaga privasi pelayaran

Mozilla firefox

Internet explorer

3
18. Mengatasi masalah web bug

Langkah pemasangan

19. Rumusan

20. Maksud dan istilah dalam pakej ini

Sistem perlindungan

Setiap PC perlu dipasang antivirus. Dibawah adalah antivirus yang


diintegrasikan dengan keupayaan mengesan malware lain termasuk spyware.
Tetapi utility keselamatan percuma seperti ini tidak melindungi sepenuhnya
dari sudut keselamatan system. Walau bagaimanapun panduan perlindungan
system ebook ini akan membuat satu langkah bagi mengurangkan risiko
serangan dan enapan malware khususnya PC yang sentiasa dipasang dengan
talian internet dan perkongsian storan mudah alih.

Memasang antivirus atau antispyware sahaja tidak mencukupi. Setiap utility


ini perlu diketahui ketetapan didalamnya dan cara penggunaan yang betul.
Apa yang perlu dilakukan dan diberi perhatian meskipun pengguna PC
sentiasa sibuk, bagi memastikan system sentiasa baik dan normal. Jangan
sehingga kesibukan harian menyebabkan computer dirumah atau dipejabat
menjadi lembab dan tidak produktif. Ini akan merugikan masa dan wang
kerana lama kelamaan system tidak dapat digunakan lagi. Atau terpaksa
diformat semula.

4
Microsoft Windows 7

Windows 7 (win 7) adalah kesinambungan selepas win vista daripada


Windows Corporation. Windows 7 mempunyai beberapa aplikasi keselamatan
binaan dalaman seperti windows defender, firewall dan disc clean up.

Pemuka win 7,mempunyai penampilan grafik yang cantik.

Windows defender

Windows defender adalah perisian antisyware binaan dalaman bagi system


operasi Microsoft windows 7, mampu mengesan sebarang malware atau
program jahat lain melalui imbasan masa sebenar dan imbasan berjadual.
Perisian utility binaan dalam ini mempunyai menu dan fungsi umpama
perisian keselamatan lain, seperti imbasan, kemaskini fail, penetapan
imbasan berjadual, tempat kurungan(kuarantin), default action dan imbasan
masa sebenar. Windows defender merupakan perisian antispyware yang

5
diintegrasikan bagi mengesan virus dan spyware disamping menjaga privasi
pengguna dan sebagai penghalang kepada sebarang anasir luar (internet)
daripada memasuki system.

Cara memaparkan permukaan windows defender.

1. klik start,

2. pilih control panel

3. Paparan pada ‘adjust your computer setting’ klik windows defender.

Pilih windows defender daripada senarai diatas.

6
Permukaan windows defender dipaparkan.

Setiap antivirus atau antispyware hendaklah dibuat ketetapan bagi


menjalankan fungsi yang dikehendaki pengguna mengikut pilihan sedia ada.

Lakukan penetapan bagi memastikan fungsi antivirus ini menjalankan tugas


penuh dan berfungsi dengan baik. Terdapat beberapa menu yang disediakan.
Sebelum imbasan dan tindakan lain, penetapan perlu dilakukan. Seperti
diatas klik pada menu ‘tool’ muncul paparan tools and settings, beberapa
menu disediakan.

7
kemudian pilih ‘options’.

8
Dalam paparan options langkah pertama, pastikan tanda betul pada
automatically scan my computer (recommended), pilih hari pada
(frequency), jam pada (approximate time) dan jenis imbasan pada (type).
Untuk memastikan antispyware ini mendapat kemaskini terkini secara
automatic sebelum imbasan berjadual terlaksana, pastikan ada tanda betul
pada (check for updated definitionsbefore scanning).

Pilihan kurungan

Dalam default actions, adalah perlu membuat pilihan keselamatan bagi


sesuatu program yang dikesan oleh antivirus semasa pengguna melakukan
aktiviti pengkomputeran sama ada melibatkan online atau tidak. Sila klik
pada default actions untuk membuat pemilihan ketetapan.

9
Win defender mampu mengesan sebarang anasir luar biasa yang boleh
merosakkan system. Imbasan masa sebenar akan dilakukan apabila antivirus
ini mengesan sebarang program berbahaya sebelum tertanam didalam
system sama ada semasa pengguna melayari internet atau sambungan
peranti mudah alih dilakukan.

Pada pilihan (severe alert items) pilih removes, dan bagi (high alert items)
juga pilih removes. Untuk bahagian (medium alert items) dan (low alert
items) memadai pilihan kepada quarantine bagi mengurung malware yang
dikesan. Pastikan juga tanda betul pada (apply recommended actions).

10
Ketetapan Imbasan masa sebenar

Apabila sesuatu peranti mudah alih disambungkan sama ada jenis cakera
optic, thumdrive atau sebarang kad memori, imbasan keselamatan akan
dilakukan secara automatic. Sekiranya antivirus dapat mengesan sebarang
malware, tetingkap amaran dipaparkan atau program tersebut dikurung atau
dibuang. Bergantung kepada ketetapan dan pemilihan pengguna. Pemilihan
kepada kuarantin adalah lebih baik kerana pengguna boleh melihat program
yang dikesan dan boleh membuat pemilihan memusnah atau terus
mengurung.

Klik pada (real time protection) dan tandakan seperti dibawah bagi
menentukan imbasan semasa fail dimuat turun dan imbasan keselamatan
(pengawasan/pantauan virus) dalam system.

11
Tandakan betul pada ketiga-tiga diatas bagi memastikan perlindungan
penuh. Sama ada semasa download di internet atau pengawasan program
dalam system.

Tidak perlu membuat ketetapan bahagian ini kecuali atas factor kepentingan
tertentu sahaja.

• Excluded files and folders

• Excluded files types

Advance

12
Bagi mendapat fungsi yang menyeluruh, penetapan hendaklah dibuat di
bahagian advanced.

Pastikan tanda betul pada :

• Scan archives files

• Scan email

• Scan removeable drives

• Use heuristics

• Create restore point

13
Administrator

Tandakan pada use this program. Setelah semua penetapan dilakukan klik
save.

Melihat kurungan

Daripada paparan tools and settings, klik quarantine items. Paparan


kuarantin dibawah adalah kosong.

14
15
Sekiranya bahagian kuarantin mempunyai virus atau sebarang malware yang
dikurung, tindakan selanjutnya adalah klik pada senarai virus yang
dipaparkan dan klik remove atau klik sahaja remove all untuk menghapuskan
semua malware yang telah dikurung. Tidak semua fail yang ditangkap adalah
malware. Kemungkinan juga adalah fail windows atau fail yang berguna.
Oleh itu menu restore juga disediakan sekiranya pengguna mengambil
keputusan pada sesuatu fail yang dikurung dilepaskan atau dimanfaatkan.

Tindakan secara manual

Untuk membuat kemaskini manual langkah pertama adalah pastikan


computer disambungkan ke internet. klik pada help option dan pilih check for
updates.

16
Melakukan imbasan

Setelah penetapan dibuat dan telah dikemaskini, lakukan imbasan dengan


klik pada scan. Utility ini akan mengimbas system seperti paparan dibawah.

Setelah imbasan tamat paparan berikut ditunjukkan.

17
Defender tidak mengesan sebarang malware didalam system. Defender
menunjukkan jenis imbasan yang diaktifkan, masa imbasan, tempoh
imbasan dan jumlah fail yang diimbas. Defender juga memaparkan jadual
imbasan yang telah ditetapkan, pengaktifan imbasan sebenar, jenis imbasan
yang ditetapkan dan versi fail definisi terakhir yang telah dimuat turun
bersama tarikh dan jam kemaskini terakhir.

18
Untuk keluar dari paparan defender klik pangkah berwarna merah sebelah
kanan.

19
Windows firewall

Didalam system operasi windows 7 dibekalkan firewall binaan dalam bagi


menjaga keselamatan PC daripada digodam. Firewall berfungsi menghalang
dan menyekat akses tanpa kebenaran atau secara tidak sah seperti serangan
penggodam (hackers), kemasukan virus, spyware atau sebarang malware.
Firewall binaan windows ini hanya berfungsi sekiranya penetapan dibuat
pada kedudukan on. Firewall akan bertindak dengan fungsinya membenarkan
atau menghalang sesuatu maklumat daripada memasuki system. Mengawal
dan memantau trafik keluar masuk data serta menghalang kemasukan fail
tidak sah atau akses oleh hackers. Firewall dari windows ini boleh dipercayai
keberkesanannya menghalang aktiviti hackers atau virus dari memasuki ke
computer dan menghalang dari penghantaran fail virus ke computer lain.

20
Buka firewall untuk memastikan fungsi firewall dihidupkan.

21
Pada paparan adjust your computer’s settings klik windows firewall.

Pastikan windows firewall state adalah on.

22
Setiap kebenaran yang diberikan mempunyai risiko tersendiri.

23
Cuba kurangkan fungsi allow program to communicate through windows
firewall. Tanda betul pada program penting sahaja. Kurangkan lain-lain
penambahan program bagi mengurangkan risiko terdedah kepada sebarang
ancaman talian.

24
klik pada change notification setting. Paparan customize setting for each type
of network dan pastikan public network location setting adalah (on). Tanda
bulat biru berada pada turn on windows firewall dan tanda betul pada notify
me when windows firewall blocks a new program.

Apabila semua ketetapan telah dilaksanakan pastikan klik pada ok/save bagi
mengesahkan ketetapan. Untuk keluar dari pemuka firewall klik tanda
pangkah (merah) kanan.

Kemaskini windows

Kemas kini fail windows dan fail aplikasi terutama melibatkan fungsi windows
sebagai aplikasi tambahan dalam windows adalah keutamaan penting dalam
usaha menjaga system dari anasir yang tidak sihat. Memastikan kestabilan,

25
keselamatan system dan prestasi system windows terpelihara. Ketetapan
kepada fungsi automatic bagi memainkan peranan muat turun dan pasang
adalah satu kemudahan dan memastikan fungsi win berjalan dengan baik
tanpa gangguan dari ancaman luar. Kekerapan kemaskini dapat memberi
perlindungan dari sebarang ancaman terutama fail security. Kemas kini win
juga dapat memperbaiki fail yang telah rosak atau menggantikannya. Setting
automatic memerlukan sambungan talian internet.

Untuk memasuki paparan win update dari tetingkap adjust your computer
settings cari windows updates daripada senarai tetingkap tersebut. Didalam
pemuka windows update ditunjukan data tarikh dan jam akhir kemaskini
yang telah dijalankan. Terdapat fail yang Berjaya diinstall dan gagal diinstall
menerusi review your update history.

26
Lakukan ketetapan dengan klik pada change settings setelah memasuki
paparan choose how windows can install updates pilih in stall update
automatically (recommended) pada bahagian important update untuk
mendapatkan kemaskini automatic.

27
Bagi pengguna yang jarang menggunakan computer bersama talian internet
adalah wajar memilih every day pada bahagian install new updates. Pastikan
pemilihan jam adalah pada masa penggunaan bertalian internet. Seterusnya
klik tanda betul pada lain-lain pilihan seperti diatas. Dan seterusnya klik ok.

Pada paparan windows updates klik pada check for updates.

28
Klik pada install updates.

Sekiranya Berjaya membuat kemaskini manual ini, paparan akan muncul


seperti dibawah.

29
Untuk melihat fail kemas kini yang belum diinstall klik pada review optional
updates. Paparan select the updates you want to install muncul. Jika hendak
membuat pemasangan fail ini, klik pada kotak kecil untuk membuat tanda
betul pada fail yang hendak dipasang. Dan seterusnya klik ok.

Sekarang muncul tetingkap pada windows updates, klik install updates.

30
Muat turun akan dijalankan. Tunggu sehingga muat turun selesai 100%.

Apabila muat turun fail Berjaya 100%, fail tersebut akan diinstall ke system.
Computer meminta kebenaran untuk restart bagi mendapatkan
keberkesanan atau melengkapkan kaedah pemasangan.

31
Setelah restart dijalankan masuk ke windows updates semula, dan klik pada
view updates history. Tetingkap review your updates history akan
menyenaraikan fail yang Berjaya dipasang dan yang gagal. Klik ok.

Sekarang daripada paparan windows updates klik pada installed updates.


Disini disenaraikan fail-fail kemas kini yang telah dimuat turun dan diinstall
dengan jayanya terutama fail keselamatan windows.

32
Sekiranya pengguna hendak menambah fungsi win, klik pada turn windows
feature on or off. Pilih senarai yang dibekalkan dengan membuat tanda betul
pada kotak kecil yang disediakan. Klik ok.

33
Proses permintaan dipaparkan tunggu sehingga tetingkap dibawah hilang.

Untuk keluar klik tanda pangkah (merah) kanan.

Lawati paparan windows updates dari masa ke semasa bergantung kepada


kelapangan untuk memastikan semua update penting dipasang ke system.

34
Melaksanakan nyahinstall

Tidak semestinya semua aplikasi yang dipasang adalah untuk selamanya.


Sesetengah pengguna PC hanya sekadar mencuba sesuatu aplikasi atau
sesuatu aplikasi tidak digunakan lagi. Kemungkinan tidak lagi relevan dengan
rutin pengkomputeran semasa atau fungsi perisian tersebut tidak diperlukan
lagi.

Nyahinstall sesuatu perisian menjadi perlu apabila timbul masalah konflik


perisian. Lebih-lebih lagi perisian antivirus yang dipasang dan dikesan
menjadi penyebab kepada masalah ini. Nyahinstall perlu dijalankan terhadap
perisian yang dikenalpasti menyebabkan berlakunya konflik perisian. Sesuatu
perisian boleh dikesan menyebabkan masalah seperti ini apabila ada dua
antivirus yang dipasang. Terutamanya apabila dilengkapkan dengan fail
kemaskini.

Konflik perisian menyebabkan windows tergantung (hang), lembab, atau


system tidak berfungsi dengan normal. Biasanya konflik ini disebabkan
pemasangan dua antivirus atau dua aplikasi yang mempunyai fungsi sama.

Cara menjalankan nyahinstall

• Klik pada menu start

• Pilih control panel

• Kemudian dalam pemuka adjust your computer’s settings klik pada


programs and features.

• Paparan uninstall or change a program ditunjukan bersama senarai


aplikasi yang telah dipasang.

• Klik pada senarai aplikasi yang hendak dibuang (nyahinstall).

35
• Kemudian klik kanan tetikus dan klik uninstall.

Contoh yang ditunjukan disini adalah membuang (nyahinstall) registry


mechanic . Apabila klik kanan tetikus dan klik pada uninstall paparan special
offer for registry mechanic dipaparkan pada tetingkap kecil. Untuk
meneruskan uninstall klik saja pada menu no, please uninstall. Tunggu
sehingga proses uninstall dijalankan.

36
Untuk meneruskan nyahinstall klik pada butang no, please uninstall.

Nyahinstall pada drivercure adalah apabila klik pada uninstall beberapa


tetingkap pertanyaan muncul dengan memujuk untuk tidak uninstall aplikasi
tersebut.

Paparan ini mengesyorkan tindakan tidak. Namun sekiranya pilihan dibuat


pada yes, paparan berikut pula muncul.

37
Paparan ini juga mengesyorkan tidak melakukan nyahpasang dengan
meminta klik pada no. Apabila dipilih pada yes muncul tetingkap untuk
proses nyahinstall.

Untuk meneruskan proses membuang (nyahinstall) aplikasi yang dipilih tadi


klik pada uninstall.

38
Proses nyah pasang akan dilakukan sehingga selesai. Apabila prosesnya
tamat klik close.

Defragmenter

Langkah ke paparan defragmenter adalah seperti berikut:

• Klik start

• Pilih all program

• Kemudian ke accessories

• Dan ke system tools

• Terus klik pada disc defragmenter

39
Tujuan penggunaan defragmenter adalah membuat penyusunan fail kepada
lebih cekap dan tersusun bagi pengurangan beban muatan data yang besar
yang mana tindakan ini boleh mengurangkan keperluan ruang kapasiti HDD
yang diperlukan bagi menempatkan fail-fail dalam system. Dengan ini
system menjadi lebih lancar dan stabil.

Sebelum melaksanakan proses defragment klik pada configure schedule


untuk membuat ketetapan berjadual susunan fail.

40
Pada paparan disk defragmenter schedule configuration tentukan frequency,
hari dan masa. Kemudian klik pada butang select disk untuk pemilihan
lokasi.

41
Setelah pilih lokasi (disk) klik ok, pada paparan disk defragmenter schedule
configuration klik ok. Muncul disk defragmenter dan klik pada disk C dan klik
analyze disk.

42
Proses analisis data dijalankan. Setelah selesai klik pada defragment disk
untuk menjalankan proses defragment.

43
Proses defragmenting akan dijalankan satu persatu sehingga proses selesai.
Setelah selesai lakukan proses yang sama pada lokasi (disk) lain. Untuk
menutup tetingkap ini klik butang close.

Pembersihan cakera

Fail sampah atau sementara yang pelbagai jenis wajar dibersihkan bagi
mengurangkan beban muatan besar ruang kapasiti cakera keras.
Pembersihan juga boleh dilakukan terhadap fail yang tidak boleh didelete
cara biasa seperti fail nyahinstall yang melekat pada system.

Fail sementara pelayaran, dokumen sementara, cookies tertentu dan


sebagainya, perlu dibersihkan bagi menjaga privasi pengguna. Untuk fungsi
ini win 7 menyediakan kemudahan disc clean up binaan dalam. Fungsi disc
clean up antaranya menjimatkan ruang cakera, peningkatan prestasi dan
perlindungan data pengguna daripada terlepas ke hackers.

44
Cara memasuki tetingkap win 7 :

Klik start diikuti accessories kemudian ke folder tools dan cari disc cleaner.

Pemilihan C atau mana-mana storan mudah alih. Klik ok untuk membuat


pengiraan fail.

Tunggu hingga selesai.

45
Senarai fail untuk dimusnahkan. Pengguna boleh menambah atau
mengurangkan mana-mana jenis fail. Tanda betul pada petak menunjukan
fail-fail yang dinyatakan akan dimusnahkan. Fail-fail yang disarankan adalah
fail program download, fail sementara pelayaran dan fail delete. Klik view
files untuk melihat fail yang dimaksudkan. Dan untuk langkah musnah klik
ok.

46
Apabila pengguna mengklik butang ok, muncul tetingkap perbualan, setelah
pasti klik butang delete files. Dan tetingkap proses pembersihan fail
dipaparkan, semua fail yang diberi tanda betul tadi dimusnahkan.

Pembersihan fail sedang dijalankan.

47
Paparan pembersihan fail di desktop.

Amaran:

Penggunaan disk cleaner harus berhati-hati kerana sekiranya pembersihan


melibatkan fail penting dalam fungsi system, akan menyebabkan kerosakan
atau bencana besar. Boleh melumpuhkan system atau sesuatu fungsi hilang.
Pastikan anda mengetahui setiap fail yang dibersihkan, agar kerosakan dapat
dipulihkan.

System restore

Penyimpanan system adalah penyediaan binaan dalam win 7 bagi tujuan


penyimpanan fail dan ketetapan yang telah dibuat. Tidak memberi kesan
atau perubahan pada fail pengguna.

Penggunaan PC yang berterusan disusuli aktiviti pengkomputeran yang


mungkin menyebabkan perubahan kepada aplikasi atau ketetapan boleh
mendatangkan kesan negative terhadap system. Disinilah pentingnya
penyimpanan system dilakukan untuk mengembalikan system kepada
ketetapan normal.ciri perlindungan system menjadi perlu memandangkan
system akan berlaku perubahan yang tidak dijangka apabila kesilapan
dilakukan secara tidak sengaja.

48
Perlindungan system akan membantu memperbaiki masalah didalam system.
Tindakan ini tidak memberi kesan kepada data pengguna.

Untuk membuka tetingkap diatas klik start, pilih all program, cari
accessories, pilih system tool dan klik pada system restore.

Pastikan recommended restore. Sekiranya ingin kekalkan tarikh dan aplikasi


yang telah terpasang. Dibawah adalah contoh kepada pemilihan ke choose a
different restore point.

49
Paparan pada restore system files and setting. Klik next

50
Pada paparan diatas terdapat kotak kecil, tandakan betul untuk melihat
penyimpanan fail-fail lain, kemudian klik next.

51
Tetingkap ini meminta pengesahan pengguna untuk restore. Klik finish. Dan
kekotak kecil prepairing to restore muncul dan restart dijalankan untuk
melengkapkan pembinaan. Apabila selesai restart, atau windows dihidupkan
semula muncul satu tetingkap kecil yang memaklumkan penyimpanan
Berjaya dijalankan. Klik close.

52
Restore dan back up

Melakukan pendua bagi fail-fail perlu adalah langkah awal bagi menyelamat
system dan fail penting pengguna. Pendua boleh dijalankan pada internal
HDD (back up dalam computer), external HDD (hard disc luaran) atau cakera
keras mudah alih, writeable CD, DVD (CD atau DVD recordable), USB flash
drive atau thumdrive atau menerusi rangkaian Microsoft server. Langkah
awal persiapan dari sebarang kemungkinan bencana terhadap system sama
ada ancaman talian atau kecuaian pengguna yang menyebabkan kerosakan
system operasi atau fail-fail.

Tujuan Restore dan back up

Penyimpanan fail pendua sebagai langkah awal menyelamatkan PC daripada


sebarang kemungkinan bencana yang meliputi fail system, ketetapan dan fail
pengguna. Boleh dijalankan didalam computer, system lain, storan mudah
alih lain seperti cakera keras mudah alih, USB flash drive atau thumdrive, CD
atau DVD recordable, atau hard disc computer.

Disini ditunjukan cara back up image ( salinan pendua lengkap) pada


removeable hard disc.

53
Dalam paparan back up or restore your files, klik pada create a system
image.

54
Paparan where do you want to save the back up. Pilih on a hard disk dan
pastikan lokasi yang dikehendaki adalah betul. Dan klik next.

Disebabkan pemilihan tadi adalah pada F, jadi paparan diatas memaklumkan


your backups are being saved on new volume (F). bermaksud data dari C
akan disalin sebagai pendua ke F. Setelah ditentukan semuanya adalah betul
klik next.

55
Bahagian ini untuk mengesahkan sama ada back up diteruskan atau tidak.
Daripada maklumat yang ditunjukan data dari C disalin sebagai pendua ke F
(back up imej). Untuk meneruskan dan mengesahkan back up, klik pada
butang yang disyorkan (start backup).

56
Back up imej sedang dijalankan daripada HDD system ke HDD external.
Tunggu sehingga proses penghantaran selesai.

Back up luaran (diluar system) adalah lebih baik kerana menjimatkan ruang
storan computer. Back up luaran menjamin kerana sekiranya HDD dalaman
computer rosak, pendua masih boleh digunakan.

Paparan tetingkap meminta persetujuan berkenaan pembaikan pada system


sebagai satu lagi langkah awal persiapan menghadapi sebarang
kemungkinan. Klik yes.

57
Disc (cakera liut) digunakan apabila system operasi bermasalah.paparan
mengarahkan supaya disc kosong dimasukkan untuk menjadi penyelamat
apabila kerosakan teruk pada system.

Masukan recordable disc (disc kosong) dan klik create disc.

58
Pendua sedang dibuat.

59
Mempelawa pengguna untuk melihat data dalam disc yang baru dicipta tadi.
Klik open folder to view files untuk melihat fail didalamnya.

Paparan fail record dalam CD yang dibina. Untuk keluar klik pangkah.

60
Repair system telah siap klik close sahaja untuk keluar.

Menunjukan system repair telah lengkap, klik ok.

61
Tetingkap diatas memaparkan back up telah Berjaya dilengkapkan. Klik
close.

Sekarang CD boleh dikeluarkan. CD ini boleh digunakan apabila win rosak


atau tidak dapat melepasi system boot. Semua data back up telah disimpan
didalam hard disk mudah alih. Perlu dijaga dan disimpan dengan baik agar
tidak menghadapi kesukaran apabila diperlukan nanti. Back up ini meliputi
fail system dan fail pengguna.

Untuk keluar daripada tetingkap backup or restore your files klik pangkah
merah kanan.

PEMERIKSAAN RUANG STORAN

Untuk mendapat fungsi terbaik PC (prestasi) memerlukan ruang kosong pada


storan mencukupi sekitar 50%. Ruang storan yang hampir penuh akan
menyebabkan prestasi komputer menurun. Oleh itu semakan ruang storan
diperlukan untuk memastikan ruang kosong storan terpelihara dan mencapai
tahap prestasi terbaik. Penggunaan komputer dari masa ke semasa

62
menyebabkan data yang disimpan semakin besar yang mana penyimpanan
data dan fail.

Klik computer>klik kanan tetikus mengikut pemacu yang ingin


dilihat>(ruang dipamerkan dalam capacity)

untuk membuat semakan pada local disk C ( OS dan program files), klik
kanan tetikus dan pilih properties.

63
Rajah diatas menunjukan ruang kosong sebanyak 120gb manakala ruang
yang simpanan baru mencapai 25.8 gb Pada drive C. lakukan langkah yang
sama untuk semakan lain-lain drive.

PEMERIKSAAN DISK

Satu utility penting dalam windows adalah check disk. Digunakan untuk
mengimbas hard disk ( cakera keras). Tugas yang dijalankan adalah
memeriksa kerosakan atau ralat.

64
Sekiranya terdapat ruang storan yang rosak kemungkinan calar dan lain-lain,
utility ini akan tandakan bahagian yang rosak dan komputer tidak akan
menyimpan data / fail diruang tersebut. Berkenaan ralat pula, komputer
akan memperbaiki ralat tersebut secara automatik.

Gerak kerja:

Dari my computer klik kanan tetikus pilih open dan pada local disc C, klik
kanan pilih properties pada tetingkap local disc C, klik tab tools.

65
melalui tetingkap disc C, anda boleh memeriksa disk, menyusun semula fail
atau melakukan back up data win. Panduan disini mengenai error checking
(pemeriksaan disk). Untuk itu klik pada butang check now.

Satu tetingkap pertanyaan mengikut persetujuan pilihan pengguna sama ada


memperbaiki atau tidak. Tandakan betul pada kotak dan pilihan yang
diperlukan dan klik butang start. Sekiranya windows sedang digunakan satu
paparan tidak membenarkan langkah berkenaan dijalankan. Tetapi meminta
persetujuan untuk memeriksa permintaan pada masa akan datang khusus
semasa memulakan windows. Untuk melakukan sedemikian klik butang
schedule disk check.

66
MENGEMBALIKAN KEADAAN ASAL WIN

Apabila komputer menghadapi masalah yang kemungkinan melibatkan


masalah perisian atau system fail, seperti ralat, delete dan sebagainya, boleh
diperbaiki semula keadaan itu dengan mengembalikannya dengan cara
restore semula seperti keadaan sebelumnya. Untuk mengembalikan keadaan
normal ikuti langkah dibawah:

Gerak kerja.

Restart > all program > accessories > system tools > system restore.

Apabila tetingkap system restore dipamerkan….

67
klik next untuk teruskan

68
klik next

69
klik finish untuk menjalankan restore semula ingatan sebelum berlaku
masalah tadi. Panduan pada jam dan tarikh yang dipaparkan pada tetingkap
tadi.

Sekiranya masih bermasalah perlu membuat pemeriksaan perkakasan.

70
MENJAGA PRIVASI PELAYARAN

Sejarah pelayaran internet patut dihapuskan daripada terpendam didalam


system. Tindakan ini dapat menjaga privasi atau peribadi pengguna daripada
di curi hackers. Sekiranya data sebegini dapat diketahui oleh orang yang
tidak sepatutnya, kemungkinan memberi risiko dari aspek keselamatan
rangkaian dan system kewangan digital pengguna.

Untuk rujukan pengguna pelayar mozilla firefox.

Setelah membuat sambungan internet, buka aplikasi pelayar firefox.


Kemudian pilih tools dan klik pada options.

71
Pada tetingkap option klik privacy. Kemudian klik pada clear your recent
history dan pilih masa pada time range to clear.

Untuk kepastian klik pada butang detail untuk menyemak butiran yang akan
dihapuskan. Terdapat beberapa butiran sejarah pelayaran yang perlu

72
dihapuskan. Browsing and download history, form and search history,
cookies cache dan active login. Sekiranya hendak delete semua pastikan
ditandakan betul pada kotak kecil, kemudian klik pada butang clear now.

Anda juga boleh menghapuskan cookies dengan klik pada remove individual
cookies. Anda dibenarkan membuat pilihan untuk menghapuskan semua atau
sebahagian sahaja mengikut butang yang disediakan. Sekiranya anda klik
pada remove all cookies, semua cookies akan dihapuskan kecuali google.com
yang sedang digunakan. Untuk menutup tetingkap ini klik close.

73
Untuk menutup tetingkap options klik ok.

Internet explorer

Bagi pengguna IE, buka pelayar IE dan klik pada safety, pilih delete browsing
history.

74
Satu tetingkap bernama delete browsing history, pastikan tanda betul pada
kotak kecil untuk menghapuskan senarai tersebut seperti fail sementara
pelayaran (temporary internet files), cookies, history, password dan lain-lain.

Kemudian klik butang delete.

75
MENGATASI MASALAH WEB BUG

Aktiviti online boleh diintip meskipun langkah penghapusan cookies dilakukan.


Pengintip yang dipasang pada web oleh pentadbir laman web ini boleh menyimpan
maklumat yang diletakan atau ditinggalkan oleh pelawat. Ini mengganggu privasi
pengguna yang melawat sesuatu laman web. Web bug sentiasa mencari kemungkinan
maklumat dan mengutip maklumat pelawat bagi sesuatu tujuan.

Langkah memasang addon ghostery pada pelayar firefox yang mana fungsinya
mengintip laman web yang mempunyai pengintip. Inilah tugas ghostery, menjadi
pengintip kepada pengintip di laman web. Pentadbir/pencipta laman web sengaja
meletakan web bug bagi tujuan mengintip pengunjung yang mengunjungi laman web
yang dibinanya atas tujuan mengumpul maklumat peribadi bagi tujuan penipuan.

Web bug adalah grafik laman web atau berupa mesej emel yang dicipta bagi
memantau individu yang melawat laman web atau mesej emel. Biasanya
grafik web bug tidak kelihatan, hanya sekitar 1x1 piksel. Peranan ghostery
tidak membersihkan web bug tetapi sekadar memberi amaran atau
memaklumkan kepada pengguna sekiranya laman web yang dikunjungi
mempunyai/ dipasang web bug.

Apabila ghostery mengesan sesuatu laman web yang mempunyai web


bug ikon hantu bahagian kanan pelayar web bertukar kelabu kepada
merah. Antara fungsi lain, mampu mengimbas dan mengesan widget
pihak ketiga dan Iklan rangkaian didalam laman web yang dilawati.

Pengguna boleh menyemak senarai yang dipamerkan untuk kepastian


sejauhmana intipan dilakukan sama ada web bug telah mengambil
maklumat yang telah dimasukan ke dalam laman web tersebut.

76
Langkah pemasangan

Pastikan pelayar web mozilla firefox dikomputer. Kemudian


Sambungkan talian internet.

Layari http://addons.mozilla.org/en-us/firefox/addon/9609

klik pada add to firefox.

77
klik butang install now.

78
Paparan menunjukan pemasangan sedang dilakukan.

Firefox meminta restart bagi melengkapkan pemasangan, klik pada


restart firefox.

79
Rumusan

PC perlukan jenis pertahanan berlainan keupayaan dan kekuatan mengikut


fungsi masing-masing. Ketetapan dalaman dan tambahan utility keselamatan
lain yang telah menerima setting yang mesra dan selamat. kepelbagaian
utility yang terdapat di internet menjadi bingung untuk memilih perisian yang
terbaik dan selamat. Kebanyakan pengguna baru tidak tahu akan risiko
bahaya dalam aktiviti pelayaran dan penggunaan cara yang betul atau
sepatutnya antivirus dan antispyware. Baik yang percuma atau berbayar
pengguna hanya tahu memuat turun dan memasang di computer serta
membiarkan sahaja utility tersebut menjalankan tugasnya. Apabila timbul
masalah diserang pengguna mula mencari jalan untuk menyelesaikannya
dengan hanya melakukan imbasan virus tanpa mengambil berat berkenaan
update fail pengenalan virus. Apabila antivirus tersebut tidak mengesan
sebarang virus pengguna mengesyaki computer mereka telah rosak. Ataupun
ada yang telah update tetapi masalah tersebut tetap tidak dapat
diselesaikan. Oleh itu, pengguna PC mengambil keputusan untuk tukar
antivirus percuma mereka. Atau memasang dua antivirus. Keadaan
bertambah teruk apabila berlaku konflik perisian. Buku ini diketengahkan
secara berbayar memandangkan kepentingan keprihatinan pengguna untuk
berkorban masa dalam mempertahankan hak digital dari dipermainan
program berniat jahat.

Maksud dan rujukan pakej

Maksud yang dikembangkan dalam buku ini, atau istilah yang diguna pakai
adalah secara tidak rasmi, ditulis untuk rujukan dalam pakej ebook ini yang
bermula dengan Panduan Keselamatan Komputer, dan beberapa keluaran
lagi.

http://Perniagaan-online.net/tambahan

80
System
Istilah system yang dimaksudkan adalah computer, PC atau server yang
menggunakan sebarang OS sama ada dari windows, linux, Mac atau lain-lain
system operasi.

Malware
Singkatan daripada perkataan malicious software bermaksud perisian jahat
atau perisian yang ditulis bertujuan merosakan sistem komputer. Sebutan
malware memberi erti sebarang jenis virus, spyware atau sebarang perisian
yang mendatangkan bahaya pada system.

Virus
Maksud dalam buku ini adalah virus komputer. Disebut sebagai virus kerana
sifat virus (malware), menyamai virus biologi yang mana merebak secara
berleluasa dalam tempoh singkat. Virus biologi membiak secara berganda
daripada jumlah asal. Masuk ke tubuh manusia dan boleh berjangkit ke
tubuh manusia lain. Sifat ini sama seperti virus komputer yang akan
menyalin dirinya secara berganda apabila berjaya masuk ke sistem komputer
dengan menghuni ke fail-fail yang belum dicemari dengan sebarang virus
dan menyalin seperti asal untuk merebak ke fail lain. Virus komputer juga
boleh menembusi ke sistem digital atau peranti lain melalui pelbagai cara.

Spyware
Program pintar berautomatik. Mampu membuat kawalan penuh terhadap
system atau menukar ketetapan pada komputer, merampas pelayar web
mangsa dan kebolehan membantu hackers mendapatkan data mangsa tanpa
kebenaran.

Virus komputer
Perkataan virus diperluaskan maksud dalam buku ini, secara tidak formal.
Virus komputer merangkumi sebarang program sistem digital yang meliputi
virus, adware, sebarang jenis Trojan horse, worm, serangan penggodam,

81
penerimaan emel spam, sebarang malware dan lain-lain program yang
berbahaya dan tidak berbahaya yang boleh mengganggu sistem normal
mana-mana sistem digital. virus dikategorikan sebagai perisian yang tidak
dikehendaki atau program tidak sah. Sesuatu program yang disebut sebagai
virus adalah apabila mendatangkan bahaya pada sistem, menyebabkan
gangguan atau tergendala atau penangguhan dalam aktiviti
pengkomputeran.

Antivirus
Diperluaskan secara tidak rasmi, meliputi perisian utility antivirus, perisian
antispyware, internet security, perisian pembetulan registry dan sebarang
perisian pelindung virus termasuk firewall.

Hackers
Penggodam, pemerhati komputer jauh bagi tujuan negatif, pengakses tanpa
kebenaran dan pencuri data sama ada dengan bantuan spyware atau tidak.

Perisian percuma
Mempunyai lesen freeware. Disebut perisian terbuka. Sama ada wajib
mendaftar atau tidak. Tidak mewajibkan menderma atau sumbangan
kewangan atau bentuk lain. Maksud bagi perisian terbuka bukan dari lesen
demo, shareware, trial atau ad-support yang mana membenarkan
penggunaan fungsinya yang tidak menyeluruh dan memerlukan lesen untuk
penggunaan fungsi penuh.

Perisian pembetulan registry


Aplikasi atau program yang berfungsi memulihkan registri, pembersihan dari
virus pada registri, membuat susun atur fail registry, pemulihan fail rosak,
mengawal sistem, penghapusan fail sampah bagi menjaga privasi pengguna
dan boleh membuat salinan pendua fail system.

82
Spam
Emel yang dihantar tanpa permintaan penerima atau tidak diingini oleh
pemilik emel penerima. Emel spam biasanya mempunyai iklan atau unsur
iklan yang terkandung virus atau tidak. Penghantaran diselitkan dengan
folder atau diletakkan pautan dalam kandungan emel ke laman web tertentu
yang mempunyai virus.

Firewall
Sebagai pendinding keselamatan yang menyekat aktiviti hackers. Menapis
dan memeriksa trafik data keluar masuk fail. Menyekat dan menghalang
kemasukan sebarang fail virus atau program tidak sah.

Hp
Adalah singkatan hand phone. Atau telefon bimbit termasuk PDA atau
sebarang alatan perhubungan digital yang boleh diserang program
berbahaya, memudaratkan sistem alatan digital atau privasi pengguna.

Antivirus berbayar
Antivirus komersil yang boleh didapati di laman web rasminya atau jualan
runcit. Antivirus berbayar telah disatukan dengan fungsi antispyware dan
mempunyai fungsi lebih menyeluruh dan selamat. Sut keselamatan yang
dimaksudkan meliputi antivirus, internet security dan mobile antivirus.

Kemaskini (update)
Muat turun fail definisi dan pemasangan fail kemas kini untuk sesuatu
aplikasi atau program yang dipasang didalam sistem. kemas kini meliputi
cara manual atau automatik.

83
Imbasan (scan)
Pemeriksaan fail system, pengesanan bagi pembersihan fail virus atau
sebarang malware dan pemulihan fail rosak dalam system yang dijalankan
oleh perisian antivirus.

Kuarantin
Mengurung fail. Suatu tempat atau lokasi untuk pengurungan fail yang
dikenalpasti sebagai fail virus oleh antivirus.

Unsur serangan virus


Unsur-unsur salah satu atau beberapa perkara yang dilampirkan seperti
berlaku ralat, lambat atau tiada tindak balas (response), tergantung (hang),
rampasan pelayar web (web hijackers), gagal restart, sistem gagal
dimatikan, kegagalan melepasi proses boot, atau perkara-perkara yang
mengganggu dan melengahkan aktiviti pengkomputeran.

Delete
Memadam, atau memusnahkan, penghapusan yang merujuk kepada fail
virus, fail program atau perkataan yang ditulis, disalin atau diedit dalam
aplikasi pemproses kata.

Install
Memasang atau membina sesuatu perisian atau fail bagi kegunaan fungsi
tertentu dalam sistem.

Nyahinstall
Nyahpasang atau meleraikan semula binaan perisian bagi maksud tidak
install dalam sesuatu program fail.

84
Edit
Pengubahsuaian, tambahan atau pengurangan kepada sesuatu perkataan
atau sebarang fail.

System operasi
Suatu program yang menghidupkan computer. Dikenali juga sebagai OS.
Berfungsi mengurus semua program-program lain (aplikasi). OS bertindak
menjalankan program-program lain dalam satu masa. Berkongsi memori
dalaman dengan pelbagai aplikasi. Mengurus masukan dan keluaran peranti
computer. Setiap computer perlu dipasang dengan OS sebagai platform sama
ada dari linux, windows, ubuntu atau lain-lain system operasi.

Platform
System operasi yang dipasang pada sesebuah computer atau hp pintar.

Aplikasi
Merupakan perisian yang telah dipasang di sesebuah computer untuk fungsi
khusus.

Program aplikasi
Aplikasi yang dipasang pada sesebuah computer. Merupakan perisian dari
sebarang program yang direka cipta untuk fungsi tertentu bagi dimanfaatkan
pengguna dan system. Contoh aplikasi computer seperti perisian FTP,
perisian peluncur web, aplikasi pemproses perkataan, aplikasi edit imej dan
pelbagai lagi. Aplikasi computer mempunyai fungsi khusus sebagai sokongan
atau penambahan fungsi bagi sesebuah system. Sesebuah perisian perlu
dipasang (install) pada computer sebelum berfungsi mengikut fungsi khas
yang direkabentuk bagi aktiviti pengkomputeran.

85
Registry
Suatu pengkalan data (database) yang digunakan untuk menyimpan
ketetapan dan pemilihan bagi versi 32 bit Microsoft windows. Didalam
registry mengandungi maklumat dan ketetapan bagi semua perkara seperti
perkakasan, perisian, penggunaan dan rujukan kepada computer. Apabila
pengguna PC membuat perubahan seperti penetapan pada control panel,
system polisi, nyahinstall atau menginstall sebarang perisian, maklumat atau
fail dalam registry akan berlaku perubahan.

Imbasan masa sebenar


Imbasan virus semasa sambungan computer dengan sebarang peranti
mudah alih atau semasa muat turun fail dari internet.

Imbasan berjadual
Imbasan virus atau sebarang program malware didalam system computer
secara automatic mengikut ketetapan masa, kekerapan, jenis imbasan yang
telah ditetapkan pengguna.

Automatic update
Kemaskini fail definisi antivirus secara automatic berdasarkan ketetapan,
kekerapan dan masa mengikut ketetapan sebelumnya.

86
87

You might also like