You are on page 1of 14

Rasm Uthmani

PENGENALAN

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan


dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran
dan huruf-hurufnya. Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana
dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis
mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga
dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakkan ulama berpendapat
bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W
dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam penulisan al-
quran pada ketika itu.
Dalam Negara Malaysia terdapat berbagai jenis tulisan dan cetakan Al-Quran.
Akhir-akhir ini telah disedari bahawa keadaan tersebut boleh membawa
kekeliruan dan kadang-kadang langsung kepada penyelewengan terhadap
kandungan Al-Quran itu sendiri. Terdapat banyak aduan dari kalangan
masyarakat Islam tentang salah baris, salah ejaan, bertambah huruf, perkataan
tidak terang dan lain-lain termasuk juga Al-Quran yang terlalu lusuh disimpan
tanpa mengambil faedah daripadanya sedikit pun.
Atas kesedaran ini, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengesyorkan kepada
Umat Islam supaya menggunakan Al-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani
sahaja. Selain daripada dapat menyelaraskan tulisan Al-Quran, Rasm Uthmani
juga mempunyai kelebihan dan kesahihannya mengikut sejarah.
Dalam tahap penulisan Al-Quran sehingga sepertimana yang terdapat sekarang,
ianya melalui empat peringkat. Pertama, penulisan Al-Quran masih belum
diletakkan tanda-tanda sebagaimana yang ada sekarang.Kedua, penulisan Al-
Quran barulah ditandakan titik-titik yang mana telah dipelopori oleh Abu al-
Aswad al-Duali pada zaman Khalifah Marwan bin Hakam.Ketiga, penulisan Al-
Quran barulah ditandakan Syak(harkat) yang dipelopori oleh Hajjaj bin Yusuf.
Dalam tahap keempat barulah ditambahkan tanda-tanda wakaf Marka’ dan lain-
lain. Al-Quran tersebut ditulis tangan dengan Khat Kufi kemudian ditulis lagi
dengan Khat Raihani kemudian dengan Khat Thuluth dan yang terakhir dengan
Khat Nasakh. Dengan Khat Nasakh inilah pertama kali Al-Quran dicetak di
Jerman (Hamburg), dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam lainnya
hingga ke hari ini.

SEJARAH AL-QURAN
Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya
buta huruf ( tidak boleh membaca dan menulis ), tidak boleh mengira bahkan
hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk tulisan.Antara yang boleh menulis
sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul ialah Abu Bakar al-
Siddiq, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan
bin Harb, Mu’awiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-Ala’ bin al-
Hadrami.Semuanya dari kalangan penduduk Mekah manakala dari kalangan
Madinah ialah Amru bin Said, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin
Amru.
Setelah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan
penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga
mensyaratkan setiap orang tawanan Perang Badar dari kalangan orang Quraisy
Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh
orang kanak-kanak Islam di Madinah.Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan
berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam.Akhirnya
Rasulullah s.a.w mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakkanya
penulis wahyu ) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

PENGENALAN RASM UTHMANI

Rasm Uthmani ialah tulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan


dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah al-Quran
dan huruf-hurufnya.Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu untuk mengetahui
perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi.Dr.
Sya’ban Muhammad Ismail mendefinisikan dengan lebih terperinci sebagai satu
keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada
zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika
itu.Kesimpulannya bahawa Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang
diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah s.a.w dan rasm inilah yang
digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran dan dinisbahkan
kepada Sayyidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-
Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan
rasm tersebut.

RESAM UTHMANI SERTA KEISTIMEWAANYA

Al-Quranul karim boleh ditakrifkan sebagai kalamullah yang diturunkan kepada


junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat jibril as dan melalui
Nabi Muhammad S.A.W disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah
kitab suci yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang
benar. Firman Allah Surah Al-Isra ayat 9

¨Maksudnya: “ Sesungguhnya Al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling


lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan
amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar”.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:


“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya
satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali
ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf,
Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.Riwayat Ibnu Mas’ud.

Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai berbagai keistimewaan yang tiada terdapat


pada rasm yang lain.Di antaranya keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :
1. Tauqifi daripada Rasulullah S.A.W.
Rasm Uthmani ini merupakan satu kaedah penulisan yang diajarkan oleh
Rasulullah kepada para sahabat. Rasm ini datangnya daripada Allah S.W.T
Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah
mendapat perintah wahyu daripada Allah.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-
Najm ayat 1-4 yang berbunyi:

Maksudnya: “Demi bintang semasa ia menjunam.Rakan kamu (Nabi Muhammad


S.A.W yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu ) tidaklah ia menyeleweng
(dari jalan yang benar) dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang
salah ).Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama
Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakan
itu (sama ada al-quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya”.

2. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran.


Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan
pembacanya akan mendapat ganjaran iaitu pembacaan yang menepati rukun.
Para ulama Al-Quran bersepakat mengatakan rukun bacaan yang betul ada tiga
perkara.Salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf uthmani sama
ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau
mushaf Imam yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.Perkataan rukun
bermaksud yang perlu ada pada sesuatu, sekiranya tiada Allah tidak akan
menerima perbuatan dan amalan tersebut.Oleh yang demikian, amalan bacaan
al-Quran hanya dianggap betul sekiranya berpandukan salah satu mashaf-
mashaf uthmani sahaja.

3. Merangkumi tujuh huruf Al-Quran


Salah satu keistimewaan rasm uthmani ialah kerana kaedah penulisannya
berkaitan dengan tujuh huruf Al-Quran dan ianya bertepatan dengan wajah-
wajah qiraat yang pernah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para
sahabat.Terdapat hadis yang menerangkan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh
huruf sebagaimana sabda baginda S.A.W yang bermaksud:

“ Telah menceritakan kepada kami Said bin Ufayr, ia telah berkata, telah
menceritakan kepadaku Uqayl bin Ibn Syihab, telah menceritakan kepadaku
Ubayd Allah bin Abd Allah, bahawa Ibn Abbas r.a telah menceritakan bahawa
Rasulullah S.A.W telah bersabda: Jibril a.s. telah mengajarkan kepadaku satu
huruf, maka aku sentiasa mengulanginya dan aku juga sentiasa meminta
ditambahkan, dan akhirnya ia menambah kepadaku sehingga selesai tujuh
huruf”.

Salah satu pendapat disepakati oleh ulama ialah tujuh huruf itu bermaksud tujuh
cara bacaan yang merangkumi di dalamnya perselisihan nama sama ada
mufrad, muthanna atau jama’ dan sama ada mudhakkar atau muannath,
samaada tebal, nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya.

4. Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.


Satu lagi faktor penting yang membuktikan bahawa rasm uthmani perlu
diutamakan dalam penulisan Al-Quran kerana ianya bertepatan dengan
pembentangan terakhir Al-Quran oleh Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril
a.s.Semasa Rasulullah melakukan semakan terakhir al-quran kepada malaikat
Jibril a.s., Zayd bin Thabit turut bersama-sama baginda.Oleh itu Zayd bin Thabit
diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpulkan al-Quran oleh khalifah
Abu Bakar r.a dan khalifah Uthman r.a.Maka Zayd menulis berpandukan kepada
apa yang telah beliau dengar semasa pembentangan terakhir.

5. Salah satu dari mukjizat Al-Quran.


Setiap huruf-huruf Al-Quran mempunyai mukjizatnya tersendiri yang hanya
diketahui oleh Allah S.W.T semata-mata.Sebarang penambahan atau
pengurangan terhadap huruf-hurufnya bererti seseorang itu telah menambah
atau mengurangkan mukjizat Al-Quran dan sekiranya ia berlaku sudah pasti
orang yang melakukannya bertanggungjawab di akhirat kelak.Oleh itu, rasm
uthmani sangat perlu diberikan keutamaan dalam penulisan Al-Quran supaya
kaedah penulisan tersebut betul mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah
S.W.T. Selain itu, Al-Quran bukan sahaja kerana membacanya, malah
mendengarnya pun mendapat banyak manfaat.

6. Mengikut Sunnah Rasulullah


Tulisan yang mengikut rasm atau tulisan yang ditulis di zaman Rasulullah.

DEFINISI SETIAP KAEDAH SERTA CONTOH-CONTOHNYA

Terdapat tiga kaedah penulisan yang digunakan untuk menulis kalimah-kalimah


Arab.Kaedah-kaedah tersebut ialah Rasm Uthmani, Rasm Qiyasi dan Rasm
Arudi.Daripada tiga kaedah ini, hanya Rasm Uthmani dan Rasm Qiyasi
digunakan dalam penulisan Al-Quran dan Rasm Arudi digunakan dalam
penulisan syair-syair Arab sahaja.Kaedah Rasm Uthmani jauh berbeza dengan
kaedah penulisan biasa.Terdapat beberapa kaedah. Antaranya ialah:

1. KAEDAH AL-HAZAF
Maksud Al-Hazaf ialah membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada
kalimah-kalimah tertentu.Dalam Rasm Uthmani, Al-Hazaf bermaksud huruf-huruf
yang tidak boleh ditulis tetapi wajib dibaca sama ada ketika wasal atau waqaf.
Mengikut kaedah Rasm Uthmani terdapat enam huruf yang dibuang iaitu Alif,
Wau,Ya, Lam, Nun dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.Hazaf
berlaku dalam tiga bentuk iaitu hazaf isyarah, hazaf ikhtisor dan hazaf iktisor.

Hazaf Alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut.


(a) Hazaf Alif
1. Alif pada kalimah “basmalah “sama ada lengkap atau tidak.Contohnya surah
An-Naml ayat 30:
Kecuali pada surah Al-Alaq ayat 1:
2. Alif “Al-Takrif “yang didahului huruf Lam untuk ta’kid atau “jar”.Contohnya
surah
Al-Imran ayat 96:
¨3. Kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang berfungsi sebagai
pertanyaan dan
disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata’.Contohnya surah Al-Baqarah ayat
35:
4. Alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa.Contohnya surah Yusuf ayat 82:
5. Alif ya kata seruan ( ya al-nida ).Contohnya surah Az-Zumar ayat 53:
6. Alif kalimah aiyuha pada tiga tempat di tiga surah berlainan.Contohnya surah
An-Nur ayat 31:
7. Alif “ domir marfuk “ yang bersambung dengan “ domir maful “.Contohnya
surah Ya-sin ayat 69:

8. Alif kata bilangan dua (muthanna) yang tidak terletak dihujung


kalimah.Contohnya Surah An-Nisaa ayat 16:
9. Kebanyakan alif pada kalimah jama’ muzakkar salim.Contohnya surah Al-
Fatiha ayat
2:
Kecuali jika selepasnya huruf hamzah atau tasdid.Contohnya surah Al-Fatiha
ayat 7:

10. Semua Alif jamak Mu’annath.Contohnya surah An-Nisa ayat 25:


Kecuali surah syura ayat 22:
11. Alif pada kata nama bilangan ( Asma’ Al-Adad ).Contohnya surah Al-A’raf
ayat 142:
12. Alif berbaris dua di atas ( fathain ) yang didahului huruf hamzah.Contohnya
surah Al-A’la ayat 5:

Begitu juga jika huruf sebelum hamzah berbaris dihazaf alif sama ada ia “ nasab
“ atau kata bilangan dua “ li thasniah “.Contohnya surah Yunus ayat 87:
!13. Alif bagi ha peringatan ( ha tanbih ).Contohnya surah An-Naml ayat 42:
14. Alif kata penunjuk ( isim isyarah ).Contohnya surah Al-Baqarah ayat 5:
15. Alif kata nama penyambung ( asmak al-Mausulah ).Contohnya surah At-
Talaq ayat 4:
‘16. Alif di tengah-tengah ejaan nama ajam dan nama-nama itu sering
digunakan.Contohnya surah Al-Anbiyaa ayat 48:

17. Alif selepas wau yang asal pada fiel hanya terdapat pada satu tempat sahaja
dalam A-Quran iaitu dalam surah An-Nisaa ayat 99:
18. Alif hamzah pada semua perkataan "‫"ألن‬contohnya dalm surah Al-Baqarah
ayat 71:
19. Alif berbentuk ( surah ) hamzah yang asalnya dihujung kalimah seperti dalm
surah Al-Baqarah ayat 72:
20.Dua alif yang berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah Al-
Baqarah ayat 6:
21.Alif wau jamak pada dua huruf yang asal yang dibuang.Contohnya dalam
surah Al-Baqarah ayat 61:
22. Alif pada kalimah-kalimah yang mempunyai dua huruf lam.Contohnya dalam
surah Al-I Imran ayat 164:
23. Semua perkataan “ kitab” kecuali di tempat berikut.Surah An-Naml ayat 1:

Surah Qaf ayat 14:


25. Perkataan “ayatuna” kecuali pada dua tempat seperti dalam surah Yunus
ayat 21
Dan surah Yunus ayat 15.
26. Hazaf alif juga berlaku pada kalimah-kalimah berikut:
BIL SEBELUM HAZAF SELEPAS HAZAF SURAH

1. ‫بالسم هللا الرحمن الرحيم‬ ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ -

2 ‫ل الذى ببكة‬ ‫للذى ببكة‬ Ali Imran: 96

3 ‫أالان‬ ‫ءالئن‬ Yunus: 51

4. ‫فاسئلوا‬ ‫فسئلوا‬ Al-Anbiya’ 7

5. ‫واسئل‬ ‫وسئل القرية‬ Yunus: 8

(b) Hazaf Wau

Hazaf wau berlaku dalam keadaan berikut:


1.Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.Contohnya dalam surah As-Sajda ayat
18:
`2. Dibuang wau yang menumpangkan huruf hamzah.Contohnya dalam surah
Yusuf ayat 5:
3. Dibuang awau pada empat kata perbuatan. Contohnya dalam surah A-Alaq
ayat 18:

( c) Hazaf Ya
Hazaf Ya berlaku dalam keadaan berikut:
1. Ya “ muatakallim” pada kedudukan “ isim munada”.Contohnya dalam surah Al-
Furqan ayat 30:
È
2. Ya tambahan di akhir kalimah yang tidak berfungsi sebagai “nidak”.Contohnya
dalam surah Hud ayat 105:
3. Ya “ isim manqus” berbaris dua di hadapan atau baris dua di
bawah.Contohnya dalam surah Al-Baqarah ayat 173:
4. Ya daripada dua ya yang berturut-turut dalam satu kalimah sama ada di
tengah atau di akhir.Contohnya dalam surah Al-Maidah ayat 111:
Kecuali pada ayat 18 surah Mutaffifin:
5. Ya yang “bersuroh” hamzah.Contohnya dalam surah Maryam ayat 74:
6. Semua lima belas kali ya pada perkataan” Ibrahim” dalam surah Baqarah.

7. Semua kata “ say’yiah “ dalam bentuk jamak.Contohnya dalam surah Hud ayat
78:
( d ) Hazaf Lam

Hazaf Lam berlaku pada keadaan berikut:


1. Pada Lam kedua dalam kalimah-kalimah
‫الئ دان والليل‬،‫التي‬،‫الذين‬،‫الذان‬،‫الذي‬.
Kecuali kalimah-kalimah seperti
‫اللطيف دان اللوامة يغ كسمواث مغكلكن حروف الم كدوا‬،‫الحم‬،‫الالت‬،‫الؤ‬،‫اللهو‬،‫اللغو‬،‫اللعنة‬،‫الالعنين‬،‫الالعنون‬.

2. Lam pada lafzul Jalalah.

(e) Hazaf Alif, Wau, dan Ya Fawatih Suwar.


Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to, sod,qaf,
ro.Hazaf wau pula pada huruf nun.Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-
huruf mim, sin dan ain.Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih
hanyalah alif kerana selepas dieja tiada huruf mad yang terdapat padanya.

2. KAEDAH AL-ZIYADAH

Al-Ziyadah ialah menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu.Huruf


tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi.Terdapat tiga huruf yang ditambah mengikut
kaedah penulisan rasm uthmani.Huruf tersebut ialah Alif, wau dan ya.

1. Menambah huruf-huruf alif.Terbahagi kepada enam bahagiani)


Menambah alif selepas wau gentian kepada jamak muzakar salim yang
berhubung dengan fi’il madhi, mudari’ dan amar. Contohnya dalam surah Al-
Baqarah ayat 218.
¨ii) Menambah alif selepas huruf wau jamak pada perkataan muzakar salim yang
marfu’. Contohnya
‫أولوااأللبب‬
iii) Menambah alif selepas wau bagi semua fi’il mudari’.Contohnya dalam surah
Al-
Hajj ayat 12.
iv) Menambah alif selepas huruf mim.Contohnya ‫مائة حبة‬.
v) Menambah alif selepas huruf ya.Contohnya dalam surah yusuf ayat 87.
vi) Menambah alif selepas huruf lam.contohnya ‫ومالية بئايتنا‬.

2. Menambah huruf wau.Terbahagi kepada dua bahagian.


i) Menambah huruf wau.Ia ditulis tetapi tidak dibaca dengan hukum madd pada
huruf wau itu.Contohnya dalam surah Al-A’raf ayat 145.
ii) Menambah huruf wau selepas hamzah qata’ tetapi ia tidak dibaca dengan
madd
huruf wau itu.Contohnya ‫أولئك جزاؤهم‬.
3. Menambah huruf ya iaitu menambah huruf ya pada kalimah-kalimah tertentu
tetapi tidak dikira sebagai huruf madd.Contohnya:
i) Surah Al-Imran ayat 144:
ii) Surah Ta-Ha ayat 130:
živ) Surah Al-Zariyat ayat 47:
v) Surah Al-Qalam ayat 6:
vi) Surah Al-An’am ayat 34:
vii) Surah Yunus ayat 15:
Begitu juga pada kalimah (mala’) pada surah Hud ayat 97:
3. KAEDAH AL-IBDAL
Ibdal ialah menukarkan sesuatu huruf kepada huruf yang lain.Pertukaran
tersebut berlaku dalam lima keadaan berikut iaitu:-
1. Pertukaran huruf alif kepada wau
2. Pertukaran alif kepada ya
3. Pertukaran nun kepada alif
4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah
5. Pertukaran Thulathi wau kepada alif

1. Pertukaran huruf alif kepada wau


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif akan diibdalkan
kepada huruf wau pada beberapa kalimah tertentu.Kalimah tersebut ialah:-

a) Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu


‫ الربوا‬،‫ الحيوة‬،‫ الزكوة‬،‫الصلوة‬
b) Empat kalimah dalam surah-surah tertentu iaitu:-
‫ ومنوة‬،‫ النجوة‬،‫ كمشكوة‬،‫بالغدوة‬

2. Pertukaran alif kepada ya


Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf alif pula akan diibdalkan
kepada huruf ya pada beberapa keadaan tertentu.
a) Apabila alif terletak di hujung kalimah.Contohnya dalam surah Ali Imran ayat
73:

tetapi terdapat beberapa keadaan di mana huruf alif dikekalkan, iaitu huruf alif
bersebelahan ya sama ada sebelum atau selepasnya.Contohnya dalam surah
Al-Baqarah ayat 201:
terdapat satu kalimah yang tetap ditulis dengan ya biarpun ianya bersebelahan
dengan huruf ya iaitu dalam surah Maryam ayat 7:
Huruf alif pada kalimah-kalimah berikut
‫ طغا‬،‫ سيماهم‬،‫ أقصا‬،‫ األقصا‬،‫ عصا‬،‫كلتا‬
b) Huruf alif pada kalimah ‫ أنى‬yang membawa maksud “bagaimana”, ia juga pada
kalimah seperti
‫ لدى‬،‫ متى‬،‫ بلى‬،‫ الى‬،‫ حتى‬،‫ على‬،‫أنى‬
Melainkan pada satu kalimah yang tetap ditulis dengan huruf alif iaitu daripada
surah Yusuf ayat 25:
3. Pertukaran nun kepada alif
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf nun akan diibdalkan
kepada huruf alif pada beberapa keadaan tertentu:

a) Huruf nun taukid khafiyyah pada dua kalimah iaitu ‫وليكونا دان لنسفعا‬
b) Huruf nun pada kalimah satu kalimah seperti ‫فاذا‬
4. Pertukaran Ta al-Marbutah kepada Ta’ al-Maftuhah
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta’ al-Marbutah akan
diibdalkan kepada huruf Ta’ al-Maftuhah pada beberapa kalimah tertentu.
a) Kalimah ‫ رحمة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ رحمت‬pada tujuh tempat dalam al-
Quran.
b) Kalimah ‫ نعمة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ نعمت‬pada sebelas tempat dalam
al-Quran.
c) Kalimah ‫ سنة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ سنت‬pada lima tempat dalam al-
Quran.
d) Kalimah ‫ امرأة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ امرأت‬pada tujuh tempat dalam al-
Quran.
e) Kalimah ‫ مرضا ة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ مرضا ت‬pada semua tempat
dalam al-Quran.
f) Kalimah ‫ لعنة‬ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah ‫ لعنت‬pada dua tempat dalam al-
Quran.
g) Kalimah ‫ معصية‬ditulis dengan Ta’ al-al-Maftuhah ‫ معصيت‬pada dua tempat dalam
al-Quran.
h) Huruf-huruf yang mufrad ditulis dengan Ta’ al_maftuhah pada tujuh kalimah
dalam al-Quran, iaitu ‫ ابنت‬، ‫ فطرت‬، ‫ وجنت‬، ‫ بقيت‬، ‫ ثمرت‬، ‫ قرت‬، ‫شجرت‬
.

You might also like