You are on page 1of 9

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERTAS KERJA

PROGRAM SEHARI MENITI KASIH

Tarikh

27 DISEMBER 2009

Tempat

RUMAH TITIAN KASIH


(PUSAT JAGAAN ANAK IBU TUNGGAL & ANAK YATIM)
62A-2 LORONG MARAN, JALAN KUANTAN
TASIK TITIWANGSA, 53200 KUALA LUMPUR

Anjuran

PELAJAR PERUBATAN

1
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM-UNP)
KERTAS KERJA

PROGRAM SEHARI MENITI KASIH

1.0 Pendahuluan

Mahasiswa merupakan golongan yang boleh diibaratkan sebagai tunggak negara


yang dilihat sebagai peneraju dan penyambung kepada tampuk pemerintahan
yang akan datang. Dalam hal ini untuk memastikan wawasan negara tercapai
mengikut acuan dan aspirasi yang dikehendaki, maka persiapan dari aspek rohani,
jasmani dan ilmu pengetahuan perlu dimantapkan untuk melahirkan pelajar yang
lebih disifatkan sebagai golongan yang menjadi pemangkin kepada pembangunan
negara seterusnya mampu membawa masyarakat ke arah situasi yang lebih baik
lagi. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan sahsiah pelajar,
meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka
satu ahli jawatankuasa telah dibentuk bagi menjayakan program ini.

2.0 Objektif

2.1 Melahirkan mahasiswa yang serba boleh dan berwibawa dalam membantu
masyarakat.
2.2 Memberi peluang kepada mahasiswa membantu ahli masyarakat di dalam
pembangunan mental dan fizikal.
2.3 Melatih mahasiswa dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-
nilai murni sebagai generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan dimasa
hadapan
2.4 Mempromosikan kesihatan serta kepentingannya secara menyeluruh bagi
meningkatkan kualiti kesihatan dan produktiviti masyarakat Malaysia.
2.5 Merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara mahasiswa PPUKM serta
penghuni Rumah Titian Kasih.
2.6 Menerapkan sikap prihatin kepada mahasiswa/i melalui program amal
terhadap badan bukan kerajaan yang membantu dalam pembangunan
anak-anak yatim.

2
2.7 Mewujudkan mahasiswa/i yang berwajah baru dengan melengkapkan diri
dengan ilmu dan lebih berani menangani cabaran di peringkat global.

3.0 Matlamat

3.1 Meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat tentang pentingnya


menjaga dan mempertingkatkan status kesihatan dalam kehidupan
seharian.
3.2 Menerapkan nilai-nilai keprihatinan serta kerjasama kepada mahasiswa
PPUKM melalui pelbagai program yang disediakan.
3.3 Menjalankan program-program bercorak amal kepada golongan anak-anak
yatim.
3.4 Membentuk suatu kerjasama erat di antara agensi kerajaan ataupun swasta
bagi meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat dalam membentuk negara
yang sihat dan sejahtera.
3.5 Merealisasikan aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

4.0 Tema

“Mahasiswa Prihatin, Masyarakat Terjamin ”

5.0 Anjuran

Pelajar Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-UNPAD)


6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan selama satu hari iaitu pada 27 Disember 2009

7.0 Tempat

Program ini akan diadakan di:


Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim)
62A-2 Lorong Maran, Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur

8.0 Kumpulan Sasaran

8.1 47 orang pelajar pra siswazah Fakulti Perubatan UKM


8.2 Penghuni Rumah Titian Kasih

3
9.0 Pengisian Program

9.1 Suai Kenal (‘Ice Breaking’)

Program ini merupakan permulaan dalam menjalinkan hubungan yang


mesra antara para pelajar perubatan UKM dengan anak-anak yatim.
Penerimaan mereka terhadap para pelajar perubatan UKM amat penting
dalam menjayakan program ini di samping merapatkan hubungan sesama
mereka. Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
yang diketuai oleh 2 fasilitator dari UKM. Slot ini adalah selama setengah
jam. Aktiviti yang disertakan dalam slot ini seperti:
 Sesi pengenalan diri
 Sesi berkongsi pengalaman dan masalah

9.2 Slot Pendidikan Kesihatan

Slot ini akan disampaikan oleh pelajar perubatan UKM dalam kumpulan
kecil yang telah ditentukan. Peserta akan diberi pendedahan tentang cara
membasuh tangan yang betul, amalan pemakanan seimbang dan menjauhi
rokok dan dadah. Sesi ini akan mengambil masa selama satu jam termasuk
sesi soal jawab.

9.3 Pemeriksaan Kesihatan

Program ini bermatlamat untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan


kesihatan dan saringan penyakit kepada penghuni anak-anak yatim.
Program ini melibatkan pelajar-pelajar perubatan UKM dan penghuni
Rumah Titian Kasih. Setiap penghuni diberi peluang untuk menjalani
pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh pelajar perubatan. Antara
pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan ialah:

 Ujian glukosa darah


 Berat badan unggul (BMI)

4
 Pemeriksaan tekanan darah
 Pemeriksaan mata

Segala pengalaman ini akan mendidik mahasiswa/i UKM untuk lebih


berdikari dan menambah keyakinan apabila menghadapi situasi sebenar di
alam pekerjaan kelak

9.4 Sukaneka

Slot ini menjurus peserta ke arah aktiviti riadah yang bukan sahaja
memupuk semangat kerjasama berpasukan, malah dapat merapatkan
silaturrahim. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:

 Mencari gula-gula dalam tepung


 Belon air
 ‘Musical chair’
 Teka kata
 Kotak beracun

10.0 Struktur Organisasi


(rujuk lampiran 1)

11.0 Aturcara Program


(rujuk lampiran 2)

12.0 Anggaran Belanjawan


(rujuk lampiran 3)

13.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan mahasiswa
yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah,
hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua

5
sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah
S.W.T.

Disediakan

Muhammad Izmeer b. Apili


Ketua Pengarah Projek

LAMPIRAN 1

CARTA ORGANISASI
SEHARI MENITI KASIH

PENAUNG Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah bt. Syed
Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM

PENASIHAT Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Lokman b. Saim


Dekan Fakulti Perubatan

AHLI MAJLIS TERTINGGI

PENGERUSI Mohd. Faris b. Mohd. Fadi


KETUA PENGARAH Muhammad Izmeer b. Apili
TIMB. KETUA PENGARAH Junita bt. Jamaludin
SETIAUSAHA Suhaijah bt. Razali
BENDAHARI Norshilawati bt. Abd. Roshid

AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

PROGRAM Hazwani bt.Mohd Yusop


PROTOKOL Madziani bt. Ab. Majid
TEKNIKAL Syahrul Nizam b. Mohamad Din
JAMUAN Adibah bt. Aziz
CENDERAMATA Nor Syamimi bt. Azaki

6
PENGANGKUTAN Fadly Syah b. Arsad
HUBUNGAN LUAR &
TUGAS-TUGAS KHAS Alia Suzana bt. Asri
PUBLISITI Nik Aminah bt. Nik Abdul Kadir
DANA DAN PENAJAAN Noradila Salmi bt. Mohamed

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM
SEHARI MENITI KASIH

0800-0830 : Ketibaan tetamu jemputan

0830-0930 : Majlis perasmian


 Ucapan aluan
 Bacaan doa
 Ucapan Pengarah Projek
 Ucapan Perasmian oleh Dekan Fakulti Perubatan UKM
 Ucapan Pengurus Rumah Titian Kasih

0930-1000 : Sesi suai kenal dan latihan dalam kumpulan (LDK)

1000-1030 : Minum pagi

1030-1130 : Slot pendidikan kesihatan

1130-1300 : Slot pemeriksaan kesihatan

1300-1400 : Makan tengahari dan solat Zuhur berjemaah

1400-1600 : Sukaneka

1600-1630 : Minum petang dan solat Asar berjemaah

1700-1830 : Majlis Penutup


 Persembahan oleh para peserta dan pihak penganjur
 Ucapan penutup
 Penyampaian hadiah dan cenderamata
 Sesi bergambar

7
 Majlis bersurai

LAMPIRAN 3

BELANJAWAN PROGRAM
SEHARI MENITI KASIH

ANGGARAN PENDAPATAN

1. Pusat Kembangan Pendidikan, UKM RM 1500


2. Pusat Perkembangan Pelajar, UKM RM 1500
3. Orang Persendirian/ Syarikat-syarikat RM 3000
RM 6000
ANGGARAN BELANJAWAN
1. Aktiviti
a. Pemeriksaan kesihatan
(peralatan klinik, strip glukosa) RM 500
b. Sukaneka RM 150
RM 650

2. Publisiti
a. Banner RM 200
b. Buku cenderamata RM 300
RM 500

3. Jamuan
a. Minum pagi RM 600
b. Makan tengahari RM 1050
c. Minum petang RM 450
RM 2100

4. Perhubungan
a. Bas RM 500
RM 500

5. Cenderamata dan hadiah RM 1300


RM 1300

5. Rencam RM 1000
RM 1000

JUMLAH RM 6000

8
Belia Cemerlang Pemangkin Kegemilangan Ummah

You might also like