You are on page 1of 6

Sejarah

Perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan pendatang yang


kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang. Pedagang-pedagang dari Jawa,
Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis telah memperkenalkan beberapa jenis kain
tenunan. Beberapa corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan
misalnya telah diberi nama seperti tempat asal pedagang-pedagang tersebut. Dengan ini
terdapat tenunan corak Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan corak Palembang.
Tenunan ini termasuk juga kain corak Muar dari Johor.

Tenun biasa ialah tenunan yang menghasilkan kain yang sering digunakan oleh golongan
masyarakat biasa, terutama tenunan yang dibuat dari bahan benang kapas. Benang
sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari tenunan benang kapas. Tenunan
kapas juga dipercayai merupakan tenunan pertama yang wujud di Kelantan dan ia lebih
dikenali sebagai kain tenun balas dan setuli benang. Corak-coraknya juga sederhana
disebabkan benang-benang masih terbatas warnanya. Pada masa yang sama iaitu kira-
kira pada awal abad ke -18, masyarakat telah mengenali kain cindai, kain Bugis dan kain
Acheh. Akan tetapi penenun tempatan mencipta corak-corak dengan menyusun benang-
benang pada anian tanpa meniru kain-kain yang didatangkan dari luar.

Motif & Corak

Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak kerana tidak terdapat
bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan jaluran. Dari segi penciptaan
ragamhias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang paling sederhana. Ragamhiasnya
hanya terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif berselitkan benang emas.

Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan menggunakan warna-warna dari
cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna yang sering digunakan ialah
kelabu, merah samar, jingga muda, putih, biru laut, hijau lumut dan kuning susu.
Terdapat juga penggunaan caban benang emas yang menghasilkan bentuk motif garis
halus atau kesan titik berbunga kecil, bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang
bewarna. Bentuk motif yang terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain
corak hujan panas iaitu kesan berkilat disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis
lurus yang halus dari benang emas disebut sebagai tenun/songket selit. Kalau selitan ini
terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut corak beragi.

Kain corak Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana tetapi
terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika dibandingkan dengan kain
corak Muar. Manakala warna yang digunakan sebagai latar ialah hijau atau merah.

Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar yang melintang serta
berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai tanah kain. Penggunaan
benang loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak 'tartan' atau bintik ular sawa,
juga dikenali sebagai ragi bunga cuai. Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah
corak berdiri, melintang, mata bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak
ini dengan corak yang terdapat pada anyaman memang tidak banyak bezanya.
Perbezaan jelas hanya terletak pada bahan asas yang digunakan serta proses
penciptaan.

Proses Pembuatan

Proses penciptaannya mengikut dasar tenunan tetapi tanpa teknik menyulam. Corak-
corak kain ditentukan oleh benang-benang loseng yang telah disusun sejak proses
mengani. Penggunaan warna benang loseng dan pakan akan menentukan serta
menimbulkan corak geometri asli dengan bentuk kotak persegi atau persegi panjang,
garis lurus dan melintang.

http://malaysiana.pnm.my/04/0404kaintenun.htm
Tenunan

KAJIAN LITERATUR

Sejarah Tenunan

Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli
antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk
dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat
istimewa dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan
ini dapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat
persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah
Arab, India dan China. Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain
tenun. Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara
tersebut. Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua
peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai Timur
khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan tenunan
utama yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan beerti kain atau tekstil
yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal yang
dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya
masayarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenunan duduk,
tetapi berkembang kemudiannya dengan alat tenun berkaki seperti alat tenunan di wilayah
budaya tekstil Meayu pesisir yang lain. A.J Hill ( 1949 ) beranggapan bahawa menenun
adalah perusahaan yang tertua yang telah dihasilkan di Terengganu dan Kelantan dengan
menggunakan ‘kei berkaki’. Peralatan yang lebih maju berbeza dengan alatan duduk suku
Iban, Iranun, Bajau, Batak ( ikat Pakan ).

Jenis-jenis Kain Tenunan

Kain Cindai

Catatan sejarah membayangkan bahawa kain cindai dibawa masuk ke Tanah Melayu pada
abad ke-12 atau ke-13 Masihi. Kain ini berasal dari Hadrami di wilayah Gujerat, India dan
dibawa ke negara ini oleh pedagang Islam melalui pelabuhan Terengganu. Kain cindai ialah
sejenis kain nipis dan ringan yang ditenun daripada benang sutera yang sederhana kasar.
Coraknya dihasilkan dengan teknik ikat dan celup. Kain cindai dibahagikan kepada dua jenis
iaitu cindai jantan dan cindai betina. Perbezaannya dikenali pada corak atau bunga dan pada
warna latar atau tanahnya. Cindai jantan mempunyai bunga yang kasar dan garang, manakala
cindai betina menampilkan bunga yang halus dan lembut. Bunga kain cindai diberi nama
yang unik seperti giling kacang, hujan lebat, sekawan merpati dan tikar ru.

Kain Limar

Pada tahun 1773 pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah I telah meminta para penenun
istana mencipta sejenis kain yang menyerupai kain cindai dan kain songket. Daripada
pemerintahan diRaja itu, lahirlah kain limar. Ketika kain limar mula-mula dihasilkan dahulu,
kombinasi warna-warna buah limau iaitu rentetan warna dari hijau kuning ke merah tua
digunakan. Kain limar ditenun daripada benang sutera dan bersulam benang emas. Kedua-
dua cara digunakan untuk membuat kain cindai dan kain songket. Teknik buatan kain limar
sama dengan kain cindai cuma perbezaannya sebelum ditenun, coraknya ditentukan dengan
cara mengikat benang-benang itu berkelompok pada alat aning. Kain limar merupakan
pakaian wanita istana pada zaman dahulu.

Tenunan Pahang

Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang pada abad
ke-16. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji yang berketurunan
Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Dari Pahang, corak ini
berkembang ke Kelantan dan Terengganu. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali
sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Motif utama
ialah petak-petak dan jalur tegak atau melintang.

Tenunan Rungus

Kain yang ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaum Rungus yang mendiami
daerah Kudat, Sabah. Tenunan Rungus menggunakan benang kapas. Proses menenun kain
Rungus ini serupa dengan proses menenun kain dastar dan kain pua. Alat tenunan dipanggil
kek sandang belakang untuk menenun dastar dan disebut ‘babaal’ dalam bahasa Rungus.
Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih. Warna kuning dan putih
digunakan sebagai warna rekacorak dan jalur. Corak kain ini direka supaya jalur-jalur
tersusun mengikut motif yang berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang,
manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.

Tenunan benang kapas

Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal
yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini khususnya yang diperbuat
daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa. Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan
tenun benang pakan dan loseng berwarna. Pada peringkat ini, tenunan biasa masih di
peringkat sederhana iaitu belum lagi diberi motif hiasan. Tenunan bercorak mula
memperlihatkan keindahan khususnya apabila benang sutera atau benang emas diselit untuk
mengimbangi motif jalur atau garis kecil seperti pada kain hujan emas. Hampir seluruh
wilayah budaya tekstil melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-Siak, Sulawesi,
Minangkabau, Palembang menghasilkan tenunan biasa atau tenunan becorak yang seperti ini.

Tenunan Pua

Tenunan Pua diusahakan oleh kaum Iban di Sarawak. Alat tenunan tradisional ini dinamakan
kei tumpah. Alat ini biasanya tersimpan di beranda rumah panjang. Semasa menenun, alat ini
diikatkan pada tiang rumah dan tenunan diregangkan dengan menyandangkan pada penenun.
Tenunan pua dikaitkan dengan cara hidup masyarakat Iban. Kerja menenun itu dilakukan
sendiri mengikut adat, penenun mesti akur pada petua dan pantang larang. Misalnya,
rekacorak hantu atau roh yang dikenali sebagai ‘engkeramba’ tidak boleh ditenun di pinggir
pua. Rekacorak itu mesti ditenun di tengah-tengah pua dan dipagari oleh rekacorak
‘kemerbai’. Jika tidak dilakukan sebegitu, hantu atau roh itu akan terlepas dan mengacau
penghuni rumah panjang atau mungkin membawa malapetaka ke atas mereka. Tenunan pua
ada pelbagai jenis. Di antaranya ialah pua mata, pua rara dan pua kumbu. Pua kumbu adalah
pua yang paling rumit. Cuma penenun yang mahir dan cekap sahaja sanggup untuk
menghasilkannya. Manakala, pua mata dan pua rara biasanya ditenun oleh penenun yang
kurang mahir atau baru belajar. Kebanyakan corak yang digunakan adalah berunsurkan
tumbuh-tumbuhan dan binatang. Motif tenunan dihasilkan daripada teknik ikatan iaitu ikat
dan celup. Pewarnan tenunan pua diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan seperti kunyit,
pinang dan kulit kayu baku. Warna utama yang digemari adalah merah tua, coklat, kuning
dan hitam. Biasanya kain pua yang kasar dijadikan selimut manakala kain pua yang halus
dijadikan kain sarung dan jaket untuk dipakai pada majlis-majlis tertentu. Kini, kegunaan
kain pua dipelbagaikan seperti hiasan dinding, beg tangan, kulit fail, alas meja dan
sebagainya.

Pemilihan subjek matter

Bunga Kantan

Sebahagian besar masyarakat kini mengenali pokok kantan. Lazimnya di kampung-kampung


pokok kantan ditanam di halaman rumah yang bertanah lembap. Pokok ini digunakan sebagai
bahan perasa di dalam masakan tertentu. Bunga kantan khususnya digunakan dalam masakan
asam pedas dan juga laksa. Malah ada juga di kalangan kita menggunakan pokok ini sebagai
pewangi bagi menghilangkan hanyir ikan. Bunga kantan dikenali secara saintifik sebagai
Phaeomeria imperialis mempunyai batang yang lembut dan berdaun panjang. Urat di tengah
daunnya tenggelam. Menurut Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan UPM, Mohd. Said
Saad, buah kantan adalah dalam bentuk gugusan, bewarna hijau tua dan bertukar warna
coklat apabila sudah masak. Apabila buah kantan yang sudah masak, ianya berasa masam.
Manakala bunganya pula akan bewarna merah apabila sudah masak. Bunga kantan dikatakan
sebagai awet muda jika dimakan secara mentah seperti dibuat ulam ataupun dicampurkan ke
dalam masakan tertentu. Di dalam perubatan tradisional, batang pokok kantan ini digunakan
untuk menghilangkan bau badan yang mana ia begitu popular di kalangan wanita yang baru
lepas bersalin. Batangnya ditumbuk lumat dan direbuskan sehingga mendidih. Kemudiannya
air rebusan itu dijadikan air mandian. Selain daripada itu, biji buah kantan juga dikatakan
mempunyai khasiat tertentu dalam perubatan herba tradisional. Ia boleh mengurangkan rasa
kurang bermaya dan juga selera makan. Bijinya ditumbuk sehingga lumat dan toskan.
Kemudian air itu dicampur dngan segelas air suam. Minumlah di waktu pagi dan sebelum
tidur di waktu malam.

PERNYATAAN MASALAH
Permasalahan semasa

( Tenunan OFF LOOM )

Teknik COILING

Teknik ini mempunyai 2 jenis iaitu coiling spiral san coiling dandan. Masalah yang timbul
apabila coiling ini menggunakan bahan tali parcel yang dimasukkan pada benang loseng yang
lembut seperti benang bulu kambing. Benang loseng akan tertarik dan akan menyebabkan
ianya ramping. Oleh itu, pemilihan beang loseng perlulah dari jenis yang kuat dan keras bagi
mengelakkan masalah sebegini timbul.
PENYESUAIAN TEMA

Tema Bunga Kantan yang dipilih disesuaikan dengan warna yang digunakan. Pelukis
menggunakan warna asli bunga kantan dan persekitarannya dalam design yang dipamerkan.
Setiap rekaan pelukis menggunakan warna merah seharmoni sebagai warna tetap bunga
kantan.

PENYESUAIAN BAHAN DAN TEKNIK

Untuk teknik Coiling jenis coiling spiral, bahan yang sesuai digunakan adalah tali parcel atau
tali guni yang mempunyai struktur yang agak keras. Begitu juga dengan benang loseng yang
digunakan mestilah kuat seperti tali guni. Ianya akan memperlihatkan lilitan yang cantik dan
kemas apabila bahan yang digunakan bersesuaian. Sebaliknya jika bahan yang digunakan
adalah berstruktur lembut seperti benang bulu kambing ia sukar mendapatkan hasil lilitan
yang kemas. Tetapi untuk teknik Coiling jenis dandan, boleh digunakan benang lembut tetapi
benang loseng tetap memerlukan benang yang agak keras dan kuat. Ini akan mengelakkan
karya menjadi ‘ramping’. Manakala kelebihan menggunakan benang yang lembut, coiling
dandan dapat dihasilkan secara rapat dengan mudah dan kemas.

Untuk teknik Plain weave, apa-apa sahaja bahan boleh digunakan. Jika diperhatikan teknik
ini menyerupai seperti anyaman tikar. Boleh digunakan bahan semulajadi seperti daun kelapa
misalnya dan yang penting adalah benang loseng haruslah kukuh.

Untuk teknik Tafting pula, bahan yang biasa digunakan adalah benang bulu kambing. Oleh
kerana strukturnya lembut, ia dapat menghasilkan karya yang gebu seperti permaidani tebal.

CADANGAN
Konsep dan idea

Projek OFFLOOM ini menggunakan konsep Bunga Kantan. Faktor pemilihan bunga kantan
adalah :

Warnanya yang lembut ( pastel ).

Bunganya yang cantik dan unik.


Konsep yang sukar dilihat yang digunakan oleh pengkarya tenunan.

Sesuatu yang luar biasa dijadikan motif.

PROSES KREATIVITI

Menggabungkan elemen-elemen bunga kantan ke dalam design. Di samping menerapkan


imej dalaman bunga kantan bagi menghasilkan design yang mempunyai seni yang mujarat
(abstrak).

PROSES ARTISTIK

Menghasilkan lakaran atau sketches yang bersahaja. Pelukis menggunakan pan Artline 200
bersaiz 0.4 untuk menghasilkan lakaran. Lakaran yang mempamerkan idea pelukis
mempunyai line quality yang jelas dan ternyata idea yang ingin diluahkan tidak terbatas.

PROSES REKAAN

Pelukis menggunakan sebahagian imej bunga kantan dalam design dan kebiasaannya
kedudukan imej tidak simetri. Juga dimasukkan imej keratan bunga kantan bagi
menampakkan sesuatu yang abstrak.

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/07/tenunan.html

You might also like