You are on page 1of 11

BADA ANAK USAK DOCUMENT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TAJUK:

DEMOKRASI DAN KEHIDUPAN SIVIK

1:0 Pengenalan

Demokrasi dan kehidupan sivik merupakan dua konsep yang berbeza tetapi
kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain apabila perbincangan mengenai
kedua-duanya berada dalam konteks kewarganegaraan. Secara umumnya demokrasi
bermaksud pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya,
pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan. Definisi demokrasi secara
literal pula membawa maksud “ kuasa dari rakyat” yang berasal daripada perkataan
greek “Demos”. Manakala “kratos” yang bermaksud “peraturan atau kuasa”.Oleh itu
demokrasi secara umumnya bermaksud pemerintahan oleh rakyat ( Kamus Dewan
Edisi Empat). Terdapat beberapa Jenis dan bentuk demokrasi yang diamalkan oleh
sesetengah Negara di dunia ini dalam system pemerintahan mereka. Antaranya ialah
demokrasi berparlimen (Malaysia), demokrasi liberal, demokrasi berpresiden
(Indonesia, Filipina, Amerika Syarikat) dan demokrasi sosialis (Laos, Myanmar).

Sivik pula merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di


sekelilingnya (Kementerian Pelajaran Malaysia). Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat
pula sivik bermaksud ilmu tatarakyat, hak, dan perasaan tanggungjawab seseorang
terhadap masyarakatnya. Manakala kehidupan sivik pula merupakan kehidupan awam
seseorang warganegara yang bersangkutan dengan urusan masyarakat. Kehidupan
sivik ini berbeza dengan kehidupan peribadi seseorang warganegara yang lebih
menjurus kepada mengejar kepentingan peribadi.

1
BADA ANAK USAK DOCUMENT

Secara umumnya konsep kehidupan sivik dan demokrasi mempunyai perkaitan


yang amat ketara apabila kedua-dua konsep ini dibincangan dalam konteks
kewarganegaraan seseorang iaitu di mana demokrasi merupakan sistem yang
diamalkan oleh sesebuah negara yang akhirnya akan mencorakkan kehidupan sivik
warganegaranya.

2:0 Prinsip Demokrasi

Menurut Dahl (1998) sesebuah system demokrasi member peluang kepada


warganegaranya untuk terlibat secara aktif, kesamarataan dalam mengundi,
memperolehi pemahaman yang sama rata dan efektif. Untuk terlibat secara efektif,
seseorang warganegara perlu tahu mengenai hak dan tanggungjawabnya terhadap
Negara. Pemahaman dan pengetahuan yang mendalam seseorang warganegara
terhadap prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan dalam negaranya dapat membantu
mereka terlibat secara eferktif.

Di Malaysia, prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan dalam system


pemerintahan digariskan secara jelas. Antara prinsip-prinsip demokrasi yang diamalkan
ialah:

a. Kebebasan untuk menganut apa-apa fahaman

Menerima perbezaan antara Agama

Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mana kepelbagaian agama


perlu diterima dan diakui. Walaupun setiap agama itu berbeza, namun terdapat
banyak persamaan dalam persoalan yang menyentuh mengenai etika dan moral
seperti tidak melakukan rasuah, menepati masa, berintegriti dan sebaginya.
Prinsip ini Secara tidak langsung meyentuh kehidupan sivik masyarakat Malaysia
iaitu supaya mengamalkan sikap dan amalan bertolak ansur dan menghormati

2
BADA ANAK USAK DOCUMENT

pengamalan agama individu lain.Contohnya Budaya kunjung mengunjung


menjadi amalan setiap kali musim perayaan. Sikap keterbukaan dan toleransi
amat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang majmuk.

b. Hak Mengundi

Setiap warganegara berumur 21 tahun diwajibkan untuk mengundi (hanya yang


berdaftar sahaja). Hak dan kebebasan mengundi ini secara tidak langsung dapat
memberi peluang untuk memilih sendiri tampuk kepimpinan negara yang didiami.
Warganegara akan menjadi warganegara yang aktif dan peka kepada
kepentingan negara dan rakyatnya.

c. Hak bersuara

Hak bersuara haruslah bagi rakyat yang berada di negara yang mengamalkan
demokrasi. Hak bersuara memberi peluang kepada rakyat untuk menyatakan
pendapat dan pandangan mereka mengenai sesuatu isu atau pun agenda Negara.
Sememangnya demokrasi memberikan hak bersuara kepada rakyat tetapi hak
tersebut tetap ada batasnya. Kesannya ke atas kehidupan sivik masyarakat ialah
mereka merasakan setiap pandangan dan pendapat mereka sentiasa didengar oleh
pemerintah dan mereka akan menunjukkan kesetiaan kepada Negara.

3
BADA ANAK USAK DOCUMENT

3:0 Sistem Demokrasi Di Malaysia Dan Kesannya Ke atas Kehidupan Sivik


Masyarakat

Pengamalan system demokrasi di Malaysia dapat dilihat melalui sistem


pentadbiran ,perundangan,sosial mahu pun pengagihan sumber ekonomi kepada
rakyat. Amalan-amalan ini bukan sahaja membangunkan Negara malah turut merubah
kehidupan sivik warganegaranya. Hal ini penting kerana pengaihan ini membolehkan
setiap warganegara terlibat aktif dan lebih bertangungjawab terhadap Negara.

Pengamalan sistem demokrasi di Malaysia secara tidak langsung telah


mempengaruhi kehidupan sivik warganegaranya terutama dari segi merapatkan jurang
ekonomi serta mempereratkan perhubungan antara warganegaranya. Pengalaman-
pengalaman tersebut dapat dilihat melalui peruntukan-peruntukan berikut:-

(a) Perlembagaan dan Perundangan


Perlembagaan dan Perundangan sesebuah negara mempengaruhi sistem
demokrasi yg diamalkan.Sekaligus mencorak kehidupan warganegaranya. Misalnya
dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang meyentuh Fasal
Kesamarataan. Perkara ini menjelaskan bahawa Semua orang adalah sama rata di
sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata
atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir ataujantina dalam mana-mana
undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di

4
BADA ANAK USAK DOCUMENT

bawah sesuatu pihak berkuasa awam (Perlembagaan Persekutuan). Perundangan


yang ditetapkan ini memberi impak yg amat besar kepadakehidupan sivik
masyarakat malaysia.Buktinya penjawat-penjawat awam tidak terhad kepada
golongan lelaki sahaja malah wanita.Peratusan kaum-kaum selain kaum melayu dan
bumiputera juga meningkat sebagai penjawat awam. Hal ini secara tidak langsung
mewujudkan rasa ‘kepunyaan’ terhadap negara sendiri kerana hak dijamin oleh
perundangan.

(b) Ekonomi
Sistem Ekonomi Malaysia secara umumnya berasaskan laissez faire atau
sistem ekonomi pasaran bebas ( Shamsul Amri Baharuddin,2008) Kesan
Pendemokrasian Malaysia membolehkan Masyarakat Malaysia bebas menjalankan
perniagaan dan mencari sumber pendapatan tanpa sekatan selagi tidak bercanggah
dengan peraturan dan undang-undang negara.Walaupun malaysia mengamalkan
sistem ekonomi pasaran bebas,namun konsep integrasi ekonomi diamalkan yang
bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum (Shamsul
Amri Baharuddin,2008)

(c) Pendidikan
Bidang pendidikan di Malaysia sememangnya menyemai elemen-elemen
demokrasi sejak dari awal lagi .Akta pendidikan 1957 menyatakan bahawa :

i. Sekolah Pelbagai aliran dibenarkan dan pngajaran dlam bahasa ibunda


masing-masing.
ii. Bahasa Melayu sbg kebangsaan,maka sekolah Cina dan Tamil wajib
mengajar Bahasa Melayu sbg salah satu mata pelajaran

5
BADA ANAK USAK DOCUMENT

Akta ini jelas memperlihatkan nilai toleransi dalam sistem demokrasi di


Malaysia.Ini sesuai dengan dasar awal negara yang ingin menyatu padukan rakyat
melalui institusi pendidikan dan mendukung perkara 152 perlembagaan Persekutuan.
Pekara ini telah member kesan kepada kehidupan sivik masyarakat malayasia iaitu
walaupun latar belakang yang berbeza tetapi kita membawa satu identiti iaitu identiti
Malaysia. Bahasa Malaysia dijadikan sebagai bahasa pengantar dan bahasa pertuturan
dalam kehidupan seharian sekaligus menyatukan rakyat malaysia yang pelbagai
bahasa. Ini sekaligus dapat mengelakkan konflik dan salah faham.

(d) Budaya
Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk. Demokrasi yang diamalkan
turut juga menyentuh aspek budaya yang pelbagai. Penerimaan budaya seperti muzik
dan kesenian, pakaian tradisional dan makanan dan sebagainya mencorak serta
memberi kesan kepada kehidupan sivik masyarakat malaysia.Sebagai contoh,kita tidak
merasa janggal apabila melihat perempuan cina berbaju kurung/baju melayu,orang
Melayu menari tarian cina dan org india menggunakan ‘chopstick’ ketika makan.Semua
ini adalah kesan demokrasi yg tidak menolak budaya sesuatu kaum tetapi
menerimanya sbg ‘budaya bersama’.( Shmsul Amri Baharuddin,2008)

Kesan kepada kehidupan sivik masyarakat malaysia ialah ia telah mewujudkan


nilai toleransi dalam kehidupan dengan menerima perbezaan kaum dan nilai hormat-
menghormati budaya org lain. Dalam konteks perhubungan pula akan wujud
kemesraan tanpa melihat latar belakang budaya seseorang individu. Contohnya amalan
kunjung mengunjung ketika musim perayaan serta Budaya Peranakan (Baba dan
Nyonya) hasil pertembungan budaya melayu dan cina.

6
BADA ANAK USAK DOCUMENT

(e) Sosial
Demokrasi Malaysia yg bercorak demokrasi berparlimen sedikit sebanyak
mempengaruhi ruang lingkup sosial masyarakat. Kesan sistem demokrasi ini kepada
Kehidupan sivik masyarakat Malaysia ialah ruang interaksi sesama ahli masyarakat
yang lebih terbuka dan luas kerana rakyat bebas mengeluarkan pendapat dan memilih
pemimpin .Demokrasi menyebabkan masyarakat lebih peka mengenai isu-isu negara
dan masyarakat kerana terlibat sama dlam agenda negara. Contohnya Pemilihan wakil
rukun tetangga, tetangga,dialog dengan wakil rakyat,pendedahan melalui media massa
dan sebagainya.

3:1 Peranan Civil Society /Masyarakat Sivil

Dalam demokrasi terdapat juga badan-badan atau organisasi tertentu yang


ditubuhkan oleh masyarakat yang ingin memperbaiki dan memperjuangkan hak
mereka. Masyarakat tersebut dikenali sebagai Masyarakat sivil atau lebih dikenali
sebagai civil Society merupakan masyarakat awam yang terdiri daripada keseluruhan
organisasi awam dan sosial sukarela dan institusi yang membentuk dasar dari suatu
masyarakat yang berfungsi sebagai bertentangan dengan struktur kekuatan yang
disokong daripada sebuah negara (terlepas dari sistem politik negara) atau institusi
yang berasaskan keuntungan di pasaran. Civil society ini berfungsi sebagai pengerak
atau badan yang berusaha memperbaiki kehidupan sivik masyarakat. Berperanan
sebagai suara kpda masyrakat dlm sistem demokrasi sesebuah negara .

Terdiri daripada badan-badan NGO,Persatuan/Pertubuhan yg bukan dikuasai


oleh kerajaan. Kesannya kepada Kehidupan sivik masyarakat ialah pelbagai hak dan isu
masyarakat dibangkitkan untuk tindakan pihak kerajaan.Hak dan hidup masyarakat
terbela bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan keatas
masyarakat atau Perkara-perkara yang boleh memudaratkan masyarakat.Misalnya

7
BADA ANAK USAK DOCUMENT

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),lantang menyuarakan hak


masyarakat berhubung isu-isu kepenggunaan di Malaysia.Contohnya isu kenaikan
harga ayam,beras,Isu alam sekitar dan sebagainya.

3:2 Cabaran Dan Halangan Demokrasi

Secara umumnya selepas meneliti segala perbincangan yang telah dihuraikan


sebelum ini, maka dapatlah disimpulkan terdapat beberapa cabaran yang mungkin
terpaksa dihadapi oleh sesebuah Negara ( dalam konteks perbincangan ini Negara
yang dikaji adalah Malaysia). Antara cabaran yang dapat dikesan ialah matlamat atau
pun tujuan sesebuah pergerakan atau pun badan daripada masyarakat sivil ini yang
berbeza-beza antara satu sama lain mungkin akan menimbulkan konflik.

Konsep equality (kesamarataan) dan equity (keadilan) juga mungkin


dipersoalkan dari segi hak sama ada dalam bidang pendidikan,ekonomi dan
sebagainya kerana demokrasi mementingkan kesamarataan. Selain itu cabaran
globalisasi iaitu desakan-desakan baru hasil pengaruh dari dunia luar mungkin akan
mengubah pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu seterusnya mungkin akan
menyebabkan pemerintah terpaksa melonggarkan atau mengetatkan sistem demokrasi
yang diamalkan.

8
BADA ANAK USAK DOCUMENT

4:0 Kesimpulan

Secara Konklusinya, kita dapat melihat bahawa demokrasi dan jenis demokrasi
yg diamalkan sesebuah Negara sangat mempengaruhi kehidupan sivik sesebuah
masyarakat sama ada dari segi budaya, sosial, ekonomi, perundangan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun terdapat cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi dalam
pengamalan sistem demokrasi ini. Keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
merupakan salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi apabila ingin melaksanakan
sistem demokrasi ini. Prinsip demokrasi yang mementingkan kesamarataan dan
keadilan ini perlu diteliti lebih dalam lagi kerana setiap masyarakat yang berbilang kaum
ini mempunyai agenda perjuangan dan keperluan serta tuntutan yang berbeza.

Kehidupan sivik bukan sahaja rakyat menerima keselesaan daripada sistem


demokrasi yang diamalkan, malah rakyat turut menyumbang dan terlibat dalam
ppembentukan masyarakat yang seimbang. Untuk menjadi masyarakat yang efektif
mereka perlu tahu dan faham fungsi sesebuah demokrasi agar tidak bertindak pada
jalan yang salah.

9
BADA ANAK USAK DOCUMENT

Pengamalan demokrasi ini sememangnya mencorak kehidupan sivik rakyat


sesebuah Negara terutama dari aspek perundangan, ekonomi, pendidikan dan
sebagainya. Demokrasi juga seterusnya memberi kesan kepada jenis pengelibatan dan
jenis warganegara yg terhasil iaitu sama ada warganegara tersebut terlibat secara aktif
atau pasif.

Bibliografi

Shamsul Amri Baharuddin , 2008. Modul hubungan Etnik; Pusat Penerbitan


Universiti Teknologi Malaysia

Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan; Kementerian


Pelajaran Malaysia

Francis Loh Kok Wah & Khoo Boo Teik,2002. Democracy In Malaysia,Discourse
& Practise;Curzon Press.

http://www.konsumerkini.net.my

www.wikiepedia.com

http://www.civiced.org/index.php?page=912erica

10
BADA ANAK USAK DOCUMENT

11

You might also like