Professional Documents
Culture Documents
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan
izin-Nya telah memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya untuk menyempurnakan
kajian ini, walaupun beberapa kesusahan dan rintangan yang saya hadapi. Saya
menyedari bahawa kajian ini tersusun bukan semata-mata hasil usaha sendiri melainkan
bimbingan dan motivasi daripada semua pihak.
Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada En Ahmad
Fashil @ Ahmad Fazil bin Zainal Abidin sebagai Pensyarah sabjek Morfologi Dan
Sintaksis Bahasa Melayu atas daya usaha beliau memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga merakamkan penghargaan yang sama kepada
semua rakan yang turut memberikan tunjuk ajar serta bimbingan yang berguna.
Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan tugasan ini. Meski pun kajian ini tidak begitu sempurna, diharapkan ia dapat
bermanfaat kepada diri saya dan semua pihak yang membacanya.
Akhir sekali, tidak lupa saya merakamkan terima kasih dan penghargaan istimewa
buat suami dan anak-anak tersayang yang banyak membantu, memberi kerjasama ,
galakan dan sokongan kepada asaya untuk memastikan saya berjaya di dalam pelajaran.
-i-
ISI KANDUNGAN
Muka surat.
PRAKATA i.
1.0 PENDAHULUAN 1
1.2 Objektif 3
Definisi Sintaksis
BIBLIOGRAFI iii.
-ii-
1.0 Pendahuluan
Bahasa merupakan satu ciri paling khas yang membezakan manusia dari
makluk-makluk lain. Salah satu ciri bahasa ialah alat untuk berinteraksi atau alat
untuk berkomunikasi, dalam erti kata lain , alat untuk menyampaikan fikiran ,
gagasan , konsep atau juga perasaan (Chear dan Agustina, 1995:19). Jadi fungsi
bahasa yang paling dasar adalah sebagai alat berkomunikasi, yakni sebagai alat
pergaulan sesama manusia dan alat untuk menyampaikan pemikiran.
-1-
1.2 Objektif
Melalui kerja kursus ini, kita diharapkan akan dapat mengetahui tentang:
-2-
1.3 Batasan Kerja
-3 -
Sintaksis pula meliputi hal-ehwal susunan perkataan untuk membina
frasa dan ayat. Antara aspek-aspek ayat yang perlu ditekankan termasuklah
Binaan ayat, yang terdiri daripada subjek dan predikat, dan aspek-aspek
pembinaannya.
4.2.2 Jenis-jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan
ayat seruan.
4.2.3 Konsep ayat aktif dan ayat pasif
4.2.4 Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
4.2.5 Pemeringkatan ayat, iaitu proses-proses penerbitan ayat:
(i) ayat tunggal
(ii) ayat majmuk
Jenis-jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan, ayat
majmuk pancangan, dan ayat majmuk campuran.
-4-
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk melihat sikap dan masalah guru dalam
pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Sampel kajian terdiri
daripada 46 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap
Dua di enam buah sekolah sekitar Kuching. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah
BUKU berkualiti adalah satu bentuk persiapan minda kepada pembaca apabila input ilmu
dalam bahasa yang teratur mempermudahkan proses pembinaan karakter melalui proses
membaca.
Jika dilihat dari perspektif dunia buku, kajian ini membuktikan bahawa konteks sesebuah
buku dan cara ia ditulis mempunyai kaitan yang rapat kepada penciptaan kedudukan
hiraki sosial pembaca.
Hasil kajian ini juga memberitahu kita bahawa karya yang ditulis dengan
penggunaan bahasa pasar lebih memberi kesan buruk kepada pembaca. Ia menjadi
mitos yang dipegang oleh penulis tempatan yang percaya gaya penulisan seperti
itu membantu mengembangkan karakter positif dan budaya fikir pembaca.
Penulis tempatan bukan saja berperanan memperbanyakkan judul buku tempatan. Pada
masa sama, buku yang ditulis hendaklah mematuhi adab berkarya, iaitu mengambil kira
keperluan menulis menggunakan bahasa Melayu tinggi.
Acapkali, penulis sama ada berbentuk fiksyen dan bukan fiksyen beranggapan,
penulisan menggunakan bahasa pertuturan mempermudahkan kefahaman dan
penguasaan ilmu oleh pembaca.
Malah, penggunaan bahasa pertuturan yang bercampur aduk dengan bahasa pasar
yang dibawa ke dalam bentuk penulisan berhadapan dengan risiko jangka hayat
karya yang pendek.
Pada sekitar tahun 1960-an perkataan ‘mambang’ adalah perkataan yang popular
digunakan dalam filem Melayu. Perkataan ‘mambang’ dikaitkan dengan gadis atau
perempuan cantik. Semakin zaman berlalu, perkataan itu menjadi tidak relevan dan tidak
diguna pakai seperti diungkapkan dalam dialog filem Melayu pada ketika itu.
Banyak karya penulis tempatan yang berkualiti isinya melalui fasa kepupusan
dalam industri buku tempatan. Karya yang mati menjadi kerugian dalam proses
pembinaan ilmu masyarakat. Ia menjadi sebuah karya yang tidak relevan dan
tertolak daripada fungsi asalnya iaitu memperbaiki masyarakat secara
keseluruhan. Keadaan ini berpunca apabila penulis tidak berkarya dengan adab
bahasa yang disarankan.
Kebanyakan penulis tempatan dalam pelbagai genre berhadapan sukar menukar rentak
karya mereka apabila karya mereka sudah lama ditulis dengan rentak bahasa yang tidak
sesuai dengan amalan bahasa Melayu tinggi. Tetapi ia perlu dilakukan demi memastikan
‘survival’ ilmu dan pemetaan pemikiran tempatan bertahan pada jangka masa panjang.
Kajian ini menghadkan hanya ragam bahasa Melayu yang telah dikemukan
oleh Pendita tanah air terkenal iaitu Za’aba atau nama sebenarnya Zainal
Abidin bin Ahmad. Merujuk tulisan atau kenyataan beliau dalam karyanya
‘Ilmu Mengarang Melayu’ (1965). Bagi menghuraikan setiap klasifikasi
ragam bahasa oleh Za’aba ini, contoh-contoh berkaitan yang diberikan
serta dinyatakan adalah berdasarkan sebuah novel karya Rejab F.I. yang
bertajuk ‘Matahari Di Hujung Malam’. Sehubungan dengan itu, dihuraikan
secara ringkas kepentingan atau keistimewaan atau kepentingan
penggunaan ragam bahasa semasa berinteraksi.
Walaupun di dalam buku ini mungkin tidak dapat memenuhi setiap
klasifikasi ragam bahasa yang dikemukakan oleh Za’aba, namun ianya
menjadi pilihan atau bahan rujukan disebabkan tema dan persoalan cerita
ini yang menarik. Bertemakan serta menyingkap persoalan manusia yang
sememangnya lupa diri apabila mendapat sesuatu kesenangan. Kisah
seorang guru yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti
kemudiannya sanggup menyingkirkan pengorbanan isteri, anak, dan
keluarga demi seorang yang lebih istimewa iaitu pensyarahnya sendiri.
Ibarat ‘sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’.
Dalam kajian ini penulis akan membincangkan semua bentuk binaan ayat kausatif
bahasa Melayu yang mungkin. Bentuk ini termasuklah yang didukung oleh kata dasar
dengan imbuhan {me_(kan/i)} yang wujud dalam kata kerja transitif aktif. Di
samping itu penulis juga akan melihat bentuk kausatif bagi ayat yang mengandungi
dua kata kerja seperti menendang masuk dan lain-lain lagi.
Data yang digunakan dalam kajian ini adalah diambil dari Kamus Dewan Edisi ketiga
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995 dan tiga buah novel iaitu
Imam tulisan Abdullah Hussain, Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur, 1995, Empangan oleh Zakaria Ali, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1991 dan Hujan Debu oleh Rosmini Shaari, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1991. Kamus Dewan digunakan untuk penulis mengabstrak semua
bentuk men_ yang berkemungkinan mendukung makna kausatif. Dari lebih kurang 3
000 contoh {men_} yang diperolehi, sejumlah 843 perkataan dasar yang menerima
imbuhan men_ yang mendukung makna kausatif. Manakala novel-novel digunakan
untuk mendapatkan contoh-contoh ayat bahasa Melayu yang bersifat kausatif.
SRJK Chung Hua No. 1, No. 2, No. 3, No. 4, No. 5 dan No. 6. Taburan sampel seperti dalam
Jadual 1.
Jadual 1. Latar Belakang Responden Latar Belakang Bilangan
Jantina Lelaki 9
Perempuan 37
Umur 20-24 tahun 2
25-29 tahun 4
30-34 tahun 12
35-39 tahun 11
40 tahun ke 17
atas
Pengalaman mengajar BM 1-5 tahun 12
6-10 tahun 8
11-15 tahun 14
16-20 tahun 7
21 tahun ke 5
atas
Latihan Terlatih 44
Tidak terlatih 2
Bidang pengkhususan BM sahaja 14
BM dan lain- 13
lain 17
Bukan BM
Menurut Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang
bermakna.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu , 2004 :43 berpendapat, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu
morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang
berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata
akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan
fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa
morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk
membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa
Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara
pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :
121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36
iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur
kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language
yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi
bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi
kata – kata dan bahagian kata”.
Menurut Nik Safiah Karim(2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, stuktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga
dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk
ayat dalam sesuatu bahasa.
*Melibatkan kajian tentang bentuk, stuktur dan binaan ayat serta hukum atau
rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
*Selain itu ,kajian sintaksis juga melibatkan perbezaan binaan ayat melalui jenis
. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang
menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat ialah binaan yang terdiri
daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu
(i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
(ii) Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk
klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-
unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA)
dan frasa sendi nama (FS).· Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur
(frasa) yang mendasari ayat.
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad mengulang kaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu ke sekolah
Frasa Nama
Frasa
§ Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-
kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
§ Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
§ Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
§ Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa
endosentrik dan frasa eksosentrik.
Binaan Ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang
membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat
mempunyai unsur-unsur.
Perhatikan contoh di bawah:
Subjek
Subjek
Bah. Ayat
Unsur
Bah. Ayat
Unsur
Ah Tian guru senaman
Frasa
Munainady menoreh getah
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad mengulang kaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu ke sekolah
Frasa Nama
· Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua
ayat lain dalam sesuatu bahasa.
· Dapat menjadi ayat dasar pada ayat-ayat lain.
· Daripada pola-pola ayat dasar itu terbit ayat lain iaitu:
Contoh, Orang tua itu bapa saya.Orang tua itu memakai serban = Orang tua yang memakai
serban itu bapa saya.
Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
FN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. Contoh, kegiatan
bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan badan.
PROSES PELUASAN
Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat.
Peluasan FN sebagai subjek
Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif. Contoh, Budak itu adik saya.Budak itu
membaca buku = Budak yang membaca buku itu adik saya.
Peluasan frasa predikat
FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek.Ayat akan di pancangkan. Contoh, Ali
mengusik budak itu.Budak itu cantik = Ali mengusik budak yang cantik itu.
Peluasan dengan kata hubung.
Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama.
Menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun.menghasilkan
ayat terbitan bersifat peluasan. Contoh, Ali pergi ke sekolah.Osman pergi ke sekolah = Ali
dan Osman pergi ke sekolah.
Peluasan melalui proses komplementasi
Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan
peluasan kepada ayat. Contoh, Dia melaporkan sesuatu.Ali sakit tenat = Dia melaporkan
bahawa Ali sakit tenat.
Dicatat oleh RAMLI BIN YAHYA di 06:14
Imbuhan merupakan morfem terikat yang diletakkan sama ada di awal, di tengah atau di
akhir sesuatu kata akar atau kata dasar untuk membentuk satu kata baru. Morfem terikat
tersebut lazimnya membawa makna kenahuan tertentu yang mengubah makna kenahuan
kata baru yang terhasil (Kamus Linguistik, 1997). Berdasarkan definisi tersebut,
dinyatakan bahawa fokus utama perbincangan kertas ini adalah berkaitan dengan
imbuhan. Perbincangan akan berkisar kepada aspek makna imbuhan awalan kata nama
peN-. Za’ba (1965), Abdullah (1987), Asmah (1993), Hashim (1993) dan Nik Safiah et
al. (1993) antara penahu yang ada membincangkan mengenai imbuhan peN- ini terutama
yang berkaitan dengan aspek makna. Secara umumnya aspek makna yang ditonjolkan
melalui penulisan buku tatabahasa mereka sememangnya memperlihatkan sumbangan
yang begitu besar dalam penghuraian dan pemerian nahu bahasa Melayu
BIBLIOGRAFI
http://www.pdftop.com/ebook/definisi+morfologi/
Kajian ini menghadkan hanya ragam bahasa Melayu yang telah dikemukan oleh Pendita tanah air
terkenal iaitu Za’aba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad. Merujuk tulisan atau
kenyataan beliau dalam karyanya ‘Ilmu Mengarang Melayu’ (1965). Bagi menghuraikan setiap
klasifikasi ragam bahasa oleh Za’aba ini, contoh-contoh berkaitan yang diberikan serta
dinyatakan adalah berdasarkan sebuah novel karya Rejab F.I. yang bertajuk ‘Matahari Di Hujung
Malam’. Sehubungan dengan itu, dihuraikan secara ringkas kepentingan atau keistimewaan atau
kepentingan penggunaan ragam bahasa semasa berinteraksi.
Walaupun di dalam buku ini mungkin tidak dapat memenuhi setiap klasifikasi ragam bahasa
yang dikemukakan oleh Za’aba, namun ianya menjadi pilihan atau bahan rujukan disebabkan
tema dan persoalan cerita ini yang menarik. Bertemakan serta menyingkap persoalan manusia
yang sememangnya lupa diri apabila mendapat sesuatu kesenangan. Kisah seorang guru yang
berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti kemudiannya sanggup menyingkirkan pengorbanan
isteri, anak, dan keluarga demi seorang yang lebih istimewa iaitu pensyarahnya sendiri. Ibarat
‘sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’.
Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu
morfologi dan sintaksis . Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang
mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem.Maksud istilah morfem dan kata
adalah berbeza dari segi Fungsi dan konsep. Morfem ialah unit terkecil yang menjadi
unsur perkaaan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau
nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdirid daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya minum.
Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan
kepada mi dan num . Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua
morfem, iaitu di dan minum. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada
beberapa morfem. Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:
Morfem
Morfem bebas
Morfem terikat