You are on page 1of 19

1. Pengertian ulum al-Quran .

a. Dari segi bahasa : Ilmu bermaksud pengetahuan dan al-Quran


bermaksud bacaan.
b. Dari segi istilah : Al-Quran dita’rifkan sebagai kalamullah yang
bermujizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat
jibril dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawattir dan
membacanya adalah ibadah.
Ulum al-quran dita’rifkan sebagai satu gagasan ilmu yang mengkaji
tentang al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.

2. Peringkat perkembangan dan pembukuan ulum al-Quran.

a. Zaman Rasulullah S.A.W.


Penurunan, penulisan, pengajian dan penghayatan al-Quran
menghasilkan ilmu tentang konsep wahyu, konsep nuzul al-Quran.
Ulum tafsir, kaedah penulisan dan pengajian al-Quran.

b. Zaman Sahabat.
i. Pengumpulan al-Quran disebabkan kematian ramai para huffaz
dalam peperangan riddah menghasilkan ilmu Jam’ul Quran.
ii. Penyatuan al-Quran dari pelbagai mashaf ke dalam satu mashaf
Usmani menghasilkan Resam Usmani.
iii. Pembukuan kaedah nahu bahasa arab oleh Abu Aswad ad-Duali,
Yahya bin Yakmur dan Khalil bin Ahmad menghasilkan I’rab al-
Quran.

c. Zaman Umawi ( Para Tabi’in )


Penandaan titik dan baris huruf al-quran oleh Hujjaj Bin Yusuf as-
Saqafi memperkemaskan lagi ulum Resam al-Quran.

d. Zaman Abasi ( Para Tabi’ Tabi’in )


Perkembangan ilmu tafsir dan pembukuan bidang-bidang ulum al-
Quran seperti Tafsir bil rakyi, Asbabun nuzul, Makki wal madani, I’jaz
al-quran dan sebagainya.

68 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran


3. Faedah mempelajari ulum al-Quran :
a. Meneguhkan keimanan terhadap keagungan al- Quran sebagai
kalamullah.
b. Mengambil iktibar daripada kehebatan para ulama mengkaji al-Quran.
c. Dapat memahami al-Quran dengan betul.
d. Dapat mengamal dan menghayati al-Quran.
e. Dapat menolak kekeliruan tentang al-Quran.

4. Bidang kajian ulum al-Quran :


a. Mukaddimah ulum al-Quran q. Konsep wahyu
b. Konsep nuzul al-Quran r. Amsal al-Quran.
c. Asbabun nuzul al-Quran s. Aqsam al-Quran.
d. Jadal al-Quran. t. Qasas al-Quran.
e. Asbabul nuzul ayat u. Balagahah al-Quran.
f. Makki dan madani v. Muyskilul Quran
g. Sejarah penulisan dan pembukuan al-Quran.
h. I’jaz al-Quran.
i. Nasakh dan mansukh.
j. Am dan khas
k. Mutlak dan muqayyad
l. Mantuk dab mafhum
m. Tajwid al-Quran
n. Tarannum al-Quran
o. Dabit al-Quran
p. Muhkam wal mutasyabih.

5. Kesan perkembangan ulum al-Quran :


a. Menguatkan jati diri dan pegangan agama melalui keyakinan terhadap
al-Quran.
b. Melatih kekuatan daya ingatan melalui penghafalan al-Quran.
c. Melatih minat mambaca dan mengkaji ilmu-ilmu Islam berdasarkan al-
Quran.
d. Melatih beriltizam dengan berdisplin dan etika pembelajaran.
e. Melatih berfikir secara kreatif dan kritis melalui pemerhatian terhadap
perbahasan ulum al-Quran.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran 69


SOALAN SUBJEKTIF

1. Berikan pengertian ulum al-Quran dari segi bahasa dan istilah.

2. Terangkan dengan ringkas sejarah perkembangan dan pembukuan al-


Quran pada zaman Khulafa Ar-Rashidin.

3. Sebagai umat islam, kita seharusnya bersyukur dan mengkagumi kegigihan


para sahabat dan ulama terdahulu dalam mengembangkan ulum quran.
Nyatakan faedah-faedah yang kita dapat pada hari ini di atas usaha-usaha
tersebut.

4. Bezakan di antara al-Quran dengan ulum al-Quran.

5. Sebutkan 3 daripada kesan-kesan perkembangan ulum al-Quran kepada


umat Islam.

SOALAN OBJEKTIF

1. Pada zaman Umaiyah penandaan titik dan baris huruf al-Quran telah
dilakukan bagi memperkemaskan lagi ulum resam al-Quran. Siapakah yang
menjalankan usaha-usaha murni tersebut.
A. Yahya bin Yakmur
B. Khalil bin Ahmad.
C. Abu Aswad ad-Dauli.
D. Hujjaj bin Yusuf as-Saqafi

2. Berikut adalah termasuk dalam bidang kajian ulum al-Quran kecuali :


A. Mantuk wal mafhum.
B. Aqsam al-Quran.
C. Taqrir al-Quran.
D. Jadal al-Quran.

70 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran


1. Pengertian al-Quran :

a. Al-Quran dari segi bahasa ialah bacan atau himpunan huruf.


b. Dari segi istilah dita’rifkan sebagai kalamullah yang bermujizat
yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat jibril
dalam bahasa arab, diriwayatkan secara mutawattir dan
membacanya adalah ibadah, bermula dengan surah fatihah dan
berakhir dengan surah an-Nas.

2. Ciri-ciri al-Quran :
a. Isi kandungannya meliputi seluruh aspek akidah , syariah dan
akhlak.
b. Diriwayatkan secara mutawattir dan selamat daripada
kemungkinan tersilap.
c. Sesuai digunakan pada sebarang masa dan tempat sehingga hari
kiamat.
d. Kegunaan untuk seluruh umat manusia.
e. Dijamin kekal dan terpelihara daripada diubah sehingga hari
kiamat.

3. Ciri-ciri kitab samawi yang lain :


a. Tidak meliputi seluruh aspek kehidupan.
b. Tidak diriwayatkan secara mutawatir dan terdedah kepada
penyelewengan.
c. Sesuai pada masa dan kawasan tertentu sahaja.
d. Untuk umat tertentu sahaja.
e. Tidak ada jaminan kekal dan selamat.

4. Nama-nama al-Quran ialah al-Kitab, al-Furqan, Az-Zikr dan al-Tanzil.

5. Daripada nama-nama al-Quran juga, kita dapat mengenal sifat-sifat al-


Quran seperti an-Nur(cahaya yang menerangi kegelapan) , al-Mubin
(menerangkan sesuatu), al-Huda (petunjuk),Ar-Rahmah (kerahmatan ).

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran 71


1. Ta’rif mukjizat.
Dari segi bahasa bermaksud melemahkan manakala dari segi istilah
ditakrifkan sebagai perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah
kepada seseorang rasul sebagai bukti kebenaran risalah yang dibawa
kepada umat manusia.

2. Jenis mujizat :
a. Mujizat Hissi () ialah mukjizat yang dapat dikesan dan dilihat
oleh pancaindera seperti tongkat nabi musa menjadi ular.
b. Mujizat Maknawi ( ‫ ) ى‬ialah mukjizat yang dapat dikesan dan
dihayati melalui minda dan mata hati seperti al-Quran.

3. Perkara luar biasa selain mukjizat :


a. Sihir- Perkara yang dilakukan oleh manusia dengan pertolongan
syaitan untuk menyesatkan manusia.
Contoh : Tongkat ahli sihir firaun menjadi ular.

b. Silap mata- Sesuatu tipu muslihat yang dilakukan manusia melalui


kepantasan tangan dan teknikal.
Contoh : Mengeluarkan burung dari sapu tangan.

c. Ilham- Perolehan sesuatu idea oleh manusia samada secara sepontan


melalui mimpi atau proses berfikir.
Contoh : Ijtihad seseorang mujtahid.

d. Irhas ( ‫) إرهص‬- Perkara yang berlaku kepada para nabi sebelum


mereka diutus menjadi rasul.
Contoh : Peristiwa malaikat membelah dada nabi Muhammad.

e. Istidraj (‫ ) إ راج‬- Sesuatu kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada


manusia untuk menambahkan lagi kesesatan mereka.
Contoh : Kekayaan dan kekuasaan yang diberikan kepada Firaun.

f. Maunah (  ) - Pertolongan Allah kepada manusia biasa untuk


menyelamatkan mereka dari sesuatu malapetaka atau bencana.
Contoh : Terselamat daripada nahas kapal terbang.
72 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran
g. Karamah ( ‫ ) آا‬- Sesuatu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada
hamba yang beriman dan bertakwa.
Contoh : Memiliki kekuatan fizikal yang luar biasa di medan jihad.

4. Aspek mukjizat al-Quran.


a. Dari aspek bahasa-mempunyai bahasa yang tinggi dan indah.
b. Dari segi isi kandungan- Menceritakan sejarah dahulu kala, perkara
ghaib , hari pembalasan, syariat dan hukum hakam.
c. Dari aspek ilmu pengetahuan- Penemuan sains bertepatan dengan ayat
al-Quran.
( kejadian siang dan malam , kejadian makhluk berpasangan )

5. Dalil-dalil akli (akal) tentang mukjizat al-Quran.


a. Ketinggian bahasa al-Quran sehingga menghalang pakar-pakar bahasa.
b. Perkhabaran al-Quran tentang perkara ghaib, peristiwa lampau,
peristiwa kan datang dan syariat yang tidak boleh difikir dan direka
melalui akal.
c. Isyarat al-Quran kepada beberapa fakta sains yang diperolehi melalui
kajian saintifik.

SOALAN SUBJEKTIF

1. Jelaskan ta’arif mukjizat al-Quran dari segi bahasa dan istilah.

2. Nyatakan perbezaan di antara mukjizat hissi dan mukjizat maknawi.

3. Huraikan dengan ringkas maksud perkara-perkara luar biasa yang berikut :


a) Irhas.
b) Istidraj.
c) Maunah.
d) Karamah.

4. Sebutkan aspek-aspek mukjizat al-Quran.

6. Senaraikan dalil-dalil akal tentang mukjizat al-Quran.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran 73


1. Dari segi bahasa perkataan wahyu membawa lima maksud :
a. Ilham fitri yang diberikan oleh Allah kepada orang biasa.
b. Ilham gharizi yang diberi oleh Allah kepada haiwan.
c. Isyarat pantas yang diberikan oleh Nabi Zakaria kepada kaumnya.
d. Bisikan dan godaan syaitan terhadap manusia.
e. Perintah Allah kepada para malaikat untuk melakukan sesuatu.

2. Dari segi istilah ialah kalamullah yang diturunkan kepada seseorang nabi
atau rasul mengikut cara yang khusus.

3. Cara penurunan wahyu :


a. Melalui malaikat.
i. Malaikat datang dengan rupa asalnya dan bunyi yang nyaring.
ii. Malaikat datang dengan rupa lelaki dewasa.

b. Tanpa perantaraan malaikat.


i. Melalui mimpi yang baik.
ii. Melalui percakapan di sebalik hijab (tabir) secara sedar.

4. Jenis-jenis wahyu :
a. Wahyu al-Quran yang diturunkan melalui jibril dengan kedua-dua
lafaz dan maknanya daripada Allah dan sampai kepada kita secara
mutawattir.
b. Wahyu hadis yang diturunkan melalui ilham, mimpi atau bicara di
sebalik hijab, maknanya daripada Allah manakala lafaznya
daripada baginda Rasulullah sendiri.

5. Wahyu adalah sumber ilmu Islam dan manusia perlu kepada panduan
wahyu daripada Allah untuk memahami agama kerana ajaran agama tidak
boleh melalui akal fikiran.

6. Akibat mengabaikan peranan wahyu :


a. Gagal memahami agama.
b. Dipengaruhi budaya asing.
c. Hilang jati diri
d. Berada dalam kesesatan.

74 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran


7 Ulama berselisih pendapat mengenai wahyu pertama yang diturunkan :
a. Pendapat pertama surah al-Alaq ayat 1 hingga 5 ( Pendapat paling
rajih ).
b. Pendapat kedua surah al-Mudassir ayat 1 hingga 56
c. Pendapat ketiga ayat basmalah
d. Pendapat keempat surah al-Fatihah ayat keseluruhannya.

8. Perselisihan ulama mengenai wahyu terakhir :


a. Surah al-Baqarah ayat 281 yang berkaitan dengan hari kematian
dan hari pembalasan di akhirat. ( Pendapat paling rajih ).
b. Surah al-Baqarah ayat 287 yang berkaitan dengan riba.
c. Surah al-Baqarah ayat 282 yang berkaitan dengan hutang
piutang.
d. Surah al-Imran ayat 195 .
e. Surah an-Nisak ayat 176.
f. Surah at-Taubah ayat 128-129.

SOALAN SUBJEKTIF

1. Jelaskan ta’arif mukjizat al-Quran dari segi bahasa dan istilah.

2. Nyatakan perbezaan di antara mukjizat hissi dan mukjizat maknawi.

3. Huraikan dengan ringkas maksud perkara-perkara luar biasa yang berikut :


e) Irhas.
f) Istidraj.
g) Maunah.
h) Karamah.

4. Sebutkan aspek-aspek mukjizat al-Quran.

5. Senaraikan dalil-dalil akal tentang mukjizat al-Quran.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran 75


1. Nuzul quran bermaksud proses penurunan wahyu al-Quran mengikut cara-
cara yang tertentu.

2. Peringkat penurunan al-Quran :


a. Peringkat pertama sebelum diturunkan ke bumi, al-Quran pada
mulanya berada di Luh Mahfuz.
b. Peringkat kedua, al-Quran diturunkan ke suatu tempat bernama
Baitul Izzah yang terletak di langit dunia. Proses penurunan ini
berlaku pada malam lailatul qadar di bulan ramadhan secara
serentak sekali gus.
c. Peringkat ketiga, al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dari
Baitul Izzah kepada baginda melalui Jibril alaihissalam.

3. Hikmah penurunan al-quran secara berperingkat :


a. Untuk membezakan keistimewaan al-quran dan Nabi Muhammad
dengan kitab dan para Nabi terdahulu.
b. Untuk menguji keimanan manusia terhadap peristiwa yang
berlaku
di alam ghaib.
c. Untuk menguji keimanan manusia terhadap kebenaran al-quran.
d. Untuk menguji keimanan manusia terhadap kerasulan Nabi
Muhammad.

4. Hikmah penurunan al-quran secara beransur-ansur :


a. Sebagai bukti al-Quran itu daripada Allah.
b. Untuk menetapkan hati baginda yang terpaksa menempuh
berbagai rintangan dalam menyampaikan dakwah kepada
umatnya.
c. Sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan kepada
rasulullah samada berkaitan kerasulan, peristiwa lampau dan
perkara ghaib.
d. Supaya manusia mampu dan bersiap sedia untuk menerima
syariah.
e. Untuk memudahkan umat islam menghafaz dan memahami
kandungannya.

76 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran


1. Ulama’ berselisih pendapat mengenai pengertian makkiyyah dan madaniyyah

a. Pendapat berdasarkan tempat.


Makkiyyah ialah surah yang diturunkan di Mekah dan kawasan
sekitar seperti Mina, Arafah, dan Hudaibiyyah.
Madaniyyah ialah ayat atau surah yang diturunkan di Madinah dan
dan kawasan sekitarnya seperti Badar, dan Uhud samada selepas atau
sebelum hijrah.

b. Pendapat berdasarkan kumpulan sasaran.


Makkiyyah ialah surah yang ditujukan kepada penduduk Mekah dan
kawasan sekitar .
Madaniyyah ialah ayat atau surah yang ditujukan kepada penduduk
Madinah dan dan kawasan sekitarnya.

c. Pendapat berdasarkan masa.


Makkiyyah ialah ayat dan surah yang diturunkan sebelum hijrah
Rasulullah ke Madinah.
Makkiyyah ialah ayat atau surah yang diturunkan selepas hijrah.

2. Pendapat berdasarkan masa adalah lebih tepat dan muktabar kerana :


a. Tidak semua ayat yang diturunkan di Mekah dan Madinah serta
kawasan sekitarnya seperti tabuk.
b. Tidak semua ayat atau surah ditujukan kepada penduduk Mekah
menggunakan lafaz ‫ ا ا اس‬dan tidak semua yang diturunkan
kepada penduduk Madinah menggunakan lafaz ‫ا ا اا‬

3. Faedah mengetahui Makkiyyah dan Madaniayyah.


a. Dapat mengetahui dan memahami sejarah perundangan islam dan
tahap yang dilalui oleh sesuatu hukum atau undang-undang sebelum ia
ditetapkan oleh Allah
b. Dapat mengetahui pendekatan yang diambil oleh Islam dalam
mendidik masyarakat dan individu.
c. Boleh membantu para Mufassirin mentafsir al-Quran. Mereka dapat
membezakan antara nasakh dan mansukh apabila terdapat
percanggahan makna antara dua ayat.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran 77


d. Dapat mengetahui dan memahami sirah Rasulullah dengan terperinci
berdasarkan pendekatan al-Quran yang berbeza ketika Rasulullah
berada di Mekah dan ketika di Madinah.
e. Dapat menambahkan keyakinan terhadap keaslian al-Quran.

4. Bentuk-bentuk ayat Makkiyah :


a. Semua surah yang ada lafaz ‫آ‬
b. Surah-surah yang tidak terdapat ayat sajadah.
c. Semua surah yang dimulakan dengan huruf hijaiyyah kecuali surah al-
Baqarah dan surah al-Imran.
d. Semua yang menceritakan Adam dan iblis kecuali surah al-Baqarah.
e. Semua surah yang terdapat di dalamnya lafaz ‫ ! ءادم‬
f. Semua surah yang menceritakan rasul dan umat dahulu kala yang
mengandungi nasihat dan pengajaran dan menceritakan kemusnahan
kaum yang mendustakan.
g. Surah yang ada lafaz ‫ا ا اس‬
h. Ayat-ayat Makkiyyah kebanyakan pendek-pendek.

5. Bentuk-bentuk ayat Madaniyyah.


a. Semua yang menceritakan kisah orang Munafik dan pendirian mereka
terhadap dakwah Rasulullah kecuali surah al-Ankabut.
b. Semua surah yang menceritakan tentang ahli kitab.
c. Surah yang ada lafaz ‫ا ا اا‬
d. Ayat-ayat Makkiyyah kebanyakannya panjang-panjang.

6. Ciri-ciri ayat Makkiyah :


a. Memantapkan akidah dengan memerangi habis-habisan syirik dan
penyembahan berhala yang dilakukan oleh penduduk Mekah.
b. Menggalakkan manusia supaya merenung diri dan alam untuk melihat
kebenaran al-Quran.
c. Membanteras budaya jahiliyyah seperti membunuh, suka bergaduh dan
perang.
d. Menjelaskan tentang prinsip akhlak al-Quran dan hak-hak sosial
dalam Islam.
e. Menceritakan kisah-kisah Rasul dan umat-umat terdahulu yang
mengandungi pengajaran-pengajaran dan teladan yang perlu diikuti.
f. Menggunakan ayat yang ringkas dan padat.

7. Ciri-ciri ayat Madaniyyah.


a. Menjelaskan dengan agak terperinci soalan hukum-hukum syarak,
umpamanya dalam bidang ibadah, muamalah, perniagaan, hukum
hudud, hukum sosial, peraturan perang, peraturan bermasyarakat dan
hak individu.
78 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran
b. Menyeru ahli kitab ( Yahudi dan Nasrani ) supaya mereka menerima
islam dan mengajak mereka berbincang tentang akidah yang benar. Ini
kerana mereka telah memesongkan kebenaran dengan mengubah dan
meminda kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada mereka.
c. Terdapat ayat yang memberikan keizinan berperang dan berjihad
dengan menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengannya.
d. Ayat dan surah Madinah lebih terperinci kerana penduduk Madinah
tidak sama dengan penduduk Mekah dari segi penguasaan bahasa.
Mereka lebih sesuai diberi penjelasan dan penerangan yang jelas dan
teliti.

SOALAN SUBJEKTIF

1. Huraikan pengertian Makkiyyah dan Madaniyyah menurut pandangan


ulama.

2. Terangkan faedah mempelajari Makkiyyah dan Madaniyyah .

3. Jelaskan ciri-ciri kandungan Makkiyyah dan Madaniyyah .

4. Bincangkan dengan ringkas pandangan ulama mengenai bilangan surah


Makkiyyah dan Madaniyyah .

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran 79


SEJARAH AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH, KHULAFA’ AR-
RASHIDIN DAN BANI UMAIYYAH

PENGUMPULAN, PENULISAN DAN PENYEBARAN AL-QURAN

Zaman Rasulullah S.A.W.

1. Pada zaman Rasulullah, al-quran belum dikumpulkan dan ditulis dalam


satu mashaf tertentu seperti yang ada pada masa kini. Sebaik sahaja wahyu
diturunkan, Rasulullah bersegera untuk menghafaz dan memahaminya.

2. Al-Quran disebarkan pada zaman Rasulullah melalui beberapa cara :


a. Bacaan dalam solat.
b. Majlis tadarus al-Quran antara Rasulullah bersama sahabat, antara
sahabat sesama sahabat dan antara sahabat sesama keluarga mereka.
c. Khutbah yang disampaiakn oleh Rasulullah.
d. Sebelum hijrah ,Rasulullah mengutuskan sahabat seperti Musab Bin
Umair, Abdullah Bin Ummu Maktum untuk mengajar al-Quran
kepada orang ramai . Sementara Muaz Bin Jabal telah dihantar ke
Mekah selepas Rasul berhijrah ke Madinah.

3. Para sahabat memilih untuk menghafaz al-Quran kerana kebanyakkan


mereka buta huruf. Mereka ialah :
a. Abdullah Bin Masud
b. Salim Maula Abi Huzaifah
c. Muaz Bin Jabal
d. Zaid Bin Thabit
e. Abu Zaid Bin Ibnu Sakan
f. Abu Darda’

4. Al-Quran ditulis di pelapah tamar, batu-batu nipis, kulit binatang dan


perca-perca kain. Antara penulis wahyu ialah :
a. Ali Bin Abi Thalib
b. Ubai Bin kaab
c. Zaid Bin Thabit
d. Muawiyah Bin Abu Sufian
e. Muaz Bin Jabal

80 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran


Zaman Abu Bakar As-Assidiq

1. Ramai para Hafiz al-Quran terkorban dalam peperangan al-Yamamah bagi


memerangi ancaman nabi palsu.

2. Keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan Saidina Umar bahawa akan


lebih ramai lagi hafiz yang terkorban dan berpindah ke tempat lain.

3. Saidina Umar telah mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar supaya al-
Quran dikumpulkan dan disusun dalam satu mashaf.

4. Namun cadangan tersebut sukar diterima oleh Abu Bakar kerana tidak
pernah dilakukan oleh Rasulullah tetapi akhirnya bersetuju setelah dipujuk
oleh Saidina Umar demi memelihara al-quran.

5. Tugas penulisan al-Quran telah diamanahkan kepada Zaid bin Thabit


kerana :
a. Beliau ialah seorang daripada hafiz al-Quran dan penulis wahyu.
b. Beliau berkesempatan mengikuti majlis pembacaan a-Quran oleh
Rasulullah bersama Jibril pada sangat-sangat akhir hayat Rasulullah.

6. Zaid telah melakukan dengan teliti dan berhati-hati serta meletakkan


beberapa garis panduan :
a. Merujuk kepada para hafiz al-Quran dan penulis wahyu yang lain serta
ayat al-quran yang telah ditulis pada zaman Rasulullah.
b. Setiap ayat yang ditulis disahkan oleh dua orang saksi yang adil bagi
membuktikan ayat itu benar-benar diterima daripada Allah.

Zaman Saidina Usman Bin Affan

1. Pada zaman Saidina Usman, negara Islam bertambah luas dengan


pembukaan wilayah-wilayah baru dan ramai bukan arab memeluk Islam.

2. Jarak waktu antara zaman Rasulullah dengan generasi selepasnya semakin


jauh yang menyebabkan berlakunya perbezaan lahjah dalam pembacaan al-
Quran.

3. Perselisihan ini disaksikan oleh Abu Huzaufah Bin al-Yaman semasa beliau
menyertai penduduk Syam dan Iraq menentang Armaniah dan Azbaijan.

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran 81


4. Beliau bersama-sama beberapa orang sahabat telah berbincang dengan
khalifah Osman Bin Affan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap
masalah tersebut.

5. Khalifah telah bersetuju untuk menyalin semula al-Quran ke dalam


beberapa mashaf dan menghantarnya ke setiap wilayah Islam untuk
menjadi rujukan jika berlaku perselisihan berhubung bacaannya. Naskhah
al-Quran yang lain hendaklah dibakar bagi menggalakkan fitnah.

6. Khalifah Usman telah meminta jasa baik beberapa orang sahabat untuk
menyalin semula al-Quran.
a. Zaid Bin Thabit
b. Abdullah Bin az-Zubir
c. Said Bin al-A’s
d. Abd Rahman Bin Al-Haris Bin Hisyam

7. Khalifah Usman telah menetapkan syarat-syarat tertentu dalam penulisan


tersebut .
a. Jika berlaku perselisihan dalam bacaan antara mereka, segala
pembetulan dalam bacaan yang berbeza hendaklah dirujuk kepada
lahjah Quraiys kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa tersebut.
b. Hanya ayat al-Quran yang benar-benar mutawatir daripada Rasulullah
dan tidak dimansukhkan akan ditulis semula.
c. Naskhah al-Quran diedarkan ke seluruh negara bagi mengelakkan
kekeliruan dalam bacaan.

8. Sebanyak tujuh naskhah telah disiapkan . Enam naskhah telah dihantar ke


wilayah-wilayah Islam iaitu Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Yaman dan
Bahrin. Sementara satu lagi naskhah disimpan di Madinah sebagai rujukan
dan ia dikenali sebagai Mashaf Al-Imam.

ZAMAN BANI UMAIYAH

1. Pada zaman Bani Umaiyah meraka telah menggunakan naskhah yang telah
dihantar oleh khalifah Osman. Naskhah ini telah disalin dan
diperbanyakkan dalam keadaan yang asal iaitu tanpa mempunyai baris dan
titik.

2. Pertambahan umat Islam daripada kalangan bukan arab menyebabkan


kebanyakkan mereka sukar untuk membezakan kalimah al-Quran dan
huruf-hurufnya kerana tidak mempunyai sebarang baris dan titik.

82 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran


3. Keadaan ini telah disedari oleh pemerintah Islam dan mereka telah
membuat beberapa ikhtiar untuk menjamin keaslian al-Quran agar terus
berkekalan. Antara usaha-asaha tersebut ialah :

a. Meletakkan tanda baris seperti sukun ( baris mati ), sabdu, mad dan
sebagainya.Ia dilaksanakan oleh Abu Aswad ad-Dauli semasa
pemerintahan Khalifah Muawiyah Bin Abu Sufian.
b. Meletakkan titik untuk membezakan antara huruf seperti titik pada
ba, ta, sa, jim, ha, kha dan sebagainya. Ia dilaksanakan oleh Nasar Bin
Asim dan Yahya Bin Ya’mur . Dilaksanakan pada pemerintahan
Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dengan bantuan Yusuf as-Saqafi.

4. Proses menambah baikan tanda al-Quran telah diteruskan pada zaman


Abasiah dan dilaksanakan oleh Khalil Bin Ahmad al-Basri.

SOALAN SUBJEKTIF

1. Ceritakan dengan ringkas perkembangan pengumpulan dan penyebaran al-


Quran pada zaman Rasulullah.

2. Mengapakah para sahabat lebih cenderung untuk menghafaz al-Quran


daripada menulisnya.

3. Jelaskan perkembangan penulisan al-Quran pada zaman Saidina Uthman bin


Affan.

4. Nyatakan di antara kepentingan usaha pengumpulan dan penyebaran al-


Quran.

5. Siapakah yang meletakkan tanda baris seperti sukun dan meletakkan titik
untuk membezakan antara huruf ?

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran 83


1. Tafsir dari segi bahasa ialah bermaksud terang dan jelas.

2. Dari segi istilah, terdapat beberapa pendapat :


a. Ilmu untuk memahami al-Quran, menerangkan maknanya dan
mengeluarkan hukum-hukum dan hikmatnya.
b. Ilmu yang membahaskan tentang al-Quran dari segi kehujahannya
selaras dengan kehendak Allah sekadar kemampuan manusia.

3. Jenis-jenis tafsir :

a. Tafsir bil-maksur.
• Tafsir ayat al-Quran oleh ayat al-Quran yang lain - Tafsir ini
adalah yang. paling tepat.
• Tafsir ayat al-Quran oleh hadis Rasulullah. Ayat al-Quran
yang umum atau mutlak akan ditafsirkan oleh hadis-hadis
Rasulullah.
• Tafsir ayat al-Quran oleh para sahabat - Ijtihad para sahabat
dalam mentafsir al-Quran adalah diterima kerana para sahabat
hidup sezaman dengan Rasullullah.

b. Tafsir bil-rakyi.
• Para Mufassir mentafsir ayat al-Quran lebih banyak
berdasarkan pendapat dan ijtihad mereka sendiri.

4. Syarat-syarat untuk mentafsir al-Quran :


a. Mahir dalam ilmu bahasa arab yang meliputi ilmu nahu dan ilmu
tasauf.
b. Mahir dalam ilmu usul feqah yang berkaitan mengenai am, khas,
mujmal, mufasal dan lain-lain.
c. Mahir tentang ilmu qiraat.
d. Mahir dalam ilmu usuluddin.
e. Mahir dalam ilmu balaghah yang terdiri daripada ilmu maani, ilmu
bayan dan ilmu badi’.
f. Mahir ilmu asbabun nuzul.
g. Mahir tentang hadis dan ilmu hadis.
h. Mahir tentang ilmu nasakh dan mansukh.

84 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran


i. Mahir dalam ilmu feqah.
5. Kepentingan ilmu tafsir :
a. Mampu mentafsir dengan baik.
b. Memahami metodologi ulama’ dalam mentasir al-Quran.
c. Mengelak dan menghindarkan unsure-unsur penyelewengan dalam
proses mentafsir al-Quran.
d. Memandu manusia untuk berjaya hidup di dunia dan akhirat serta
hidup dalam hidayah dan rahmat Allah.
e. Memantapkan akidah seseorang , ibadah semakin berkualiti,
muamalah lebih menjadi adil, pentadbiran semakin efisyen dan akhlak
menjadi luhur.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR

Zaman Rasulullah S.A.W.

1. Rasulullah adalah mufassir al-Quran yang ulung kerana baginda memahami


setiap ayat al-Quran yang diturunkan.

2. Baginda menyebarkan kepada para sahabat dengan memberikan maksud


dan pengajaran ayat secara umum dan terperinci.

3. Sekiranya timbuk masalah dalam memahami al-Quran, para sahabat akan


merujuk terus kepada Rasulullah.

Zaman Sahabat R.A

1. Para sahabat adalah orang yang mahir tentang selok belok al-Quran kerana
al-Quran diturunkan dalam bahasa arab dan mereka hidup sezaman dengan
Rasulullah.

2. Para sahabat mentafsir al-Quran berdasarkan beberapa pendekatan iaitu :


a. Mentafsir al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain.
b. Mentafsir berdasarkan tafsir hadis Rasulullah.
c. Mentafsir al-Quran dengan ijtihad mereka sendiri.

Zaman Tabi’in hingga zaman pembukuan ilmu tafsir.

1. Para Tabi’in mewarisi ilmu tafsir melalui para sahabat secara talaqi dan
musafahah .

© 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran 85


2. Dalam mentafsir para Tabi’in berpegang kepada riwayat yang disandarkan
kepada Rasulullah, para sahabat dan tabi’in sendiri. Mereka juga
mengadakan istinbat berdasarkan kaedah-kaedah bahasa arab.
3. Di kota Mekah terkenal dengan ajaran dan aliran Ibnu Abas.

4. Di kota Madinah terkenal dengan ajaran dan alliran Ubai Bin Ka’ab.

5. Di Kota Iraq terkenal dengan ajaran dan aliran Abdullah Ibnu Masud.

6. Pada akhir pemerintahan bani Umaiyah dan pada awal pemerintahan Bani
Abasiah usaha telah dilakukan untuk menulis ilmu tafsir sebagai satu
displin ilmu yang berasingan.

7. Kesan perkembangan ilmu tafsir kepada tamadun manusia :


a. Perkembangan ilmu tafsir telah melahirkan ramai ulama’ yang
mahir dalam ilmu tafsir.
b. Lahirnya displin ilmu yang lain seperti ilmu falak dan lain-lain.
c. Lahirnya masyarakat berilmu

SOALAN SUBJEKTIF

1. Nyatakan pengertian tafsir dari segi bahasa dan istilah.

2. Terangkan bahagian tafsir bil- maksur.

3. Jelaskan syarat-syarat untuk membolehkan seseorang itu mentafsir al-Quran.

4. Bincangkan dengan ringkas sejarah perkembangan ilmu tafsir pada zaman


Tabi’in hingga zaman pembukuan ilmu tafsir.

5. Apakah kesan perkembangan ilmu tafsir kepada tamadun manusia ?

86 © 2009 Hak Cipta: Mohd Anuar Sarbani: Bab Ulum Al-Quran

You might also like