You are on page 1of 21

ARKIB : 07/05/2008

Membaca bentuk sahsiah remaja

Oleh RAJIAH HASAN

ZAMAN remaja merupakan masa untuk mencari identiti dan jati diri. Pada masa inilah berlakunya anjakan dari zaman kanak-kanak
yang penuh dengan imaginasi dan menghiburkan, kepada zaman penuh kekeliruan dan pembinaan ego diri seorang manusia.

Menurut Ismael Mudar dari Universitas Negeri Padang dalam jurnal bertajuk Pembentukan Identitas Remaja dan Gaya Pengasuhan
Orang Tua, pembentukan identiti seseorang remaja itu dipengaruhi oleh persekitaran tumbesarannya. Menerusi aktiviti penerokaan
dan perasaan tanggungjawab, remaja secara tidak langsung membentuk identiti dirinya sendiri.

Kajian tersebut disokong oleh pakar psikologi kanak-kanak dan remaja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Khaidzir Ismail
melalui "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah."

Remaja merupakan golongan berusia 13 hingga 19 tahun. Ada pihak yang mendefinisikan remaja sebagai satu golongan manusia
yang berada di zon peralihan, iaitu antara usia sebaik sahaja akil baligh dengan usia mencapai kematangan.

Usia remaja selalu dikaitkan dengan zaman persekolahan, kerana lazimnya di negara maju atau membangun, usia remaja adalah
usia seseorang individu itu dalam proses mendapat pendidikan primer yang formal.

Remaja di Malaysia tidak terkecuali daripada terdedah kepada gelombang kemodenan era teknologi maklumat yang membolehkan
mereka menikmati pelbagai aktiviti santai dengan mudah.

Selain dari itu, remaja kita juga sebenarnya gemar membaca. Kajian yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia, berasaskan
Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) yang telah 10 tahun berjalan.

MeningkatData yang dikumpul pada setiap tahun mendapati pembabitan pelajar dalam aktiviti membaca semakin meningkat.
Statistik akhir tahun lalu menunjukkan 84.68 peratus pelajar terbabit dalam program ini.

Pusat Perkembangan Kurikulum mendapati pelajar lebih suka membaca buku berkisar mengenai suatu yang hampir dengan
mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka. Selain daripada buku bukan fiksyen yang berbentuk ilmiah, pelajar lebih
terarah untuk membaca buku berkaitan remaja, hubungan dalam konteks usia remaja, serta grafik menarik dengan teks mudah
difahami.

Lambakan bahan bacaan yang disasarkan kepada golongan remaja juga menjadi tarikan minat membaca di kalangan remaja.
Namun soalnya bagaimana kualiti bahan bacaan tersebut? Adakah mesej yang ingin disampaikan benar-benar sesuai untuk
santapan minda dan imaginasi remaja?

Hasil pemerhatian mendapati ramai remaja terutama remaja golongan pertengahan dan rendah, terdorong untuk membaca
majalah-majalah hiburan.
Seawal usia 12 tahun juga remaja sudah mula pandai membaca novel-novel cinta yang berkait rapat dengan kehidupan remaja
yang serba warnawarni. Tidak dapat dinafikan, ada mesej yang ingin disampaikan oleh novel-novel ini, namun selalunya cerita
cintanya juga terlalu mempengaruhi dan mengghairahkan emosi remaja. Mereka akan lebih mudah berkhayal serta kurang
menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kegilaan membaca novel-novel dan majalah hiburan ini mungkin boleh menimbulkan
situasi yang tidak sihat untuk minda dan emosi remaja.

Pembacaan adalah santapan minda. Bahan santapan yang baik akan menghasilkan minda yang berkualiti. Sahsiah remaja yang
baik boleh dibentuk melalui bahan pembacaan yang betul. Oleh itu, menjadi tanggungjawab remaja untuk bijak memilih bahan
bacaan yang berkualiti dan dapat membantu meningkatkan stimulasi kecekapan berfikir masing-masing.

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN


REMAJA KINI
Masalah sosial di kalangan remaja masa kini semakin bertambah teruk.
6 comments

Masalah Sosial di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing

Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam
masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti
dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme,
rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes
melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain
kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam
bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah
rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%).
Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya
krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik,
pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani
kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan
nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu
bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan
sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :


a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja

Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses
ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan
emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan
perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam
sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini
perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih
kecil dari umurnya yang sebenar.

Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan
kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia
bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan
penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya
menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya
sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat
malu dan merasa serba kekurangan.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup
penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti
sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3
hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan
yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih
tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-
kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun
sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta
kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti
kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana
kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka
hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W.
sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu
hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang
sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun
ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada
cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-
galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal
sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya
dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-
kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula
membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau
sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa,
menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses
pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk
menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan
dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam
peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak
sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan
guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana
sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping
mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja

Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula
berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di
mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense
of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat
komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan
peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan
hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah.
Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia
mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia
menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat
moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada
wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal,


kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian
menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka
jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar
berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan."
Pembentukan Akhlak Remaja Islam

Pembentukan akhlak di dalam Islam dimulai dengan pengukuhan akidah melalui ikrar bahawa
tidak ada Tuhan sebenarnya yang disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah.
Bagi kanak-kanak yang baru lahir pendedahan ini dimula dengan azan dan iqamat. Dalam
peringkat berikutnya kanak-kanak dilatih dengan budaya hidup beragama Islam oleh ibu
bapanya . Apabila lidah anak-anak sudah boleh bertutur mereka dilatih menyebut nama Allah
dan beberapa ayat ringkas seperti:

ٌ ‫َوقُ ْل ْال َح ْم ُد هَّلِل ِ الَّذِي لَ ْم َي َّتخ ِْذ َولَ ًدا َولَ ْم َي ُكنْ َل ُه َش ِري‬
ُّ ْ‫ك فِي ْالم ُْلكِ َولَ ْم َي ُكنْ َل ُه َولِيٌّ مِن‬
)111(‫الذ ِّل َو َكبِّرْ هُ َت ْك ِبيرً ا‬
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada
bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu
kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan
bersungguh-sungguh!"

atau doa kepada ibu bapa:

ُّ ‫اخفِضْ َل ُه َما َج َنا َح‬


َ ‫ َك َما َر َّب َيانِي‬o‫الذ ِّل مِنْ الرَّ حْ َم ِة َوقُ ْل رَّ بِّ ارْ َح ْم ُه َما‬
)24(‫صغِيرً ا‬ ْ ‫َو‬
dan lain-lain.

Pengungkapan syahadat sebagai suatu proses pembangunan akhlak bergandingan dengan


tujuh syarat yang mustahak dipenuhi seperti mana yang disebutkan oleh Saikh Yusuf al-Badri:

a) Ilmu yang menafikan kejahilan


b) Kecintaan kepada Allah yang menafikan kecintaan kepada yang lainnya
c) Keyakinan yang menafikan keraguan
d) Penerimaan yang menafikan penolakan
e) Kepatuhan yang menidakkan keingkaran
f) Keikhlasan yang menafikan kesyirikan
g) Kejujuran yang menafikan sifat mendustakan atau sekadar berlakon.

Pemantapan kalimah tauhid ini bermakna pendidikan membentuk pemikiran, perasaan serta
penanaman nilai-nilai keimanan yang dinyatakan oleh Rasulullah sebagai 60 atau 70 lebih
cabang dalam diri umat Islam. Sesungguhnya kesedaran manusia tentang kewujudan,
kebesaran, kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. tentunya akan menimbulkan keperihatinan
yang tinggi terhadap arahan-arahanNya.

Dalam konteks yang sama, perkara utama yang perlu dilakukan oleh seorang muslim ialah
memastikan dirinya bersih dari kekufuran atau tanda-tanda kekufuran kepada Allah dan
Rasulnya; iaitu samada menafikan perkara-perkara asas agama, atau melakukan perkara-
perkara yang membatalkan syahadat. Kemudian, ia harus memastikan dirinya terlepas dari
sifat-sifat kemunafikan, samada yang bersifat tanggapan mahupun yang bersifat amalan.
Kemunafikan dalam tanggapan umpamanya, meyakini sesuatu yang bercanggah dengan
hakikat Islam yang sebenar walhal lidahnya mengatakan ia menurut Islam yang sebenar.
Kemunafikan dalam amalan ialah melakukan akhlak-akhlak orang yang munafik seperti tidak
mematuhi janji, membiasakan diri dengan berdusta dan bersifat khianat. Ia hendaklah
memastikan dirinya bersih daripada kefasikan atau penderhakaan kepada Allah. Tidak
melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Tidak menyalahi perintah Allah. Manusia muslim mesti
menghindarkan diri dari segala kejahatan ; lahir dan batin.

Pembangunan akhlak bermula dengan perlaksanaan :


1- solat.
2- zakat dan infak.
3- puasa.
4- haji.
5- membaca al qur'an.
6- zikir.
7- memikirkan penciptaan allah.
8- mengingati mati dan memendekkan angan-angan.
9- muraqabah, muhasabah, mujahadah dan mu'atabah.
10- jihad, amal makruf dan nahi mungkar.
11- dedikasi dan bersifat tawadduk.
12- mengenali tipu daya syaitan terhadap manusia serta menangkis dan menutup laluannya.
13- mengenal jenis-jenis penyakit hati serta mengetahui cara-cara merawatnya.

Bagaimana Membangunkan Akhlak Umat Islam

Menurut Syaikh Abdul Rahman al Midani; akhlak manusia memang boleh berkembang dan
boleh dibentuk dengan berbagai cara. Antara cara-cara tersebut ialah melalui:

a- Latihan Amali Dan Amalan-Amalan Menjernihkan Batin

Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak kepada
masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga
pendidikan akhlak boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang
berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau
tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia
sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda ( maksudnya ) :

"Suruhlah anak kalian bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka
kerana meninggalkannya ketika umur mereka ( menjangkau ) sepuluh tahun.

Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil , maka puasa, zikir dan tilawatul
Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga menjadi amalan
yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau
kebiasaan seseorang.

b- Meletakkan Diri Dalam Lingkungan Persekitaran Yang Soleh

Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut


merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak.
Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya; dengan cara meniru serta
mencontohi figure yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan
masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia beriltizam dengan amalan
dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang
disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya,
ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.

Dalam kontek menegaskan kesan lingkungan ini Allah SWT berfirman:


ِ ‫صرِّ فُ اآْل َيا‬
َ ‫ت لِ َق ْو ٍم َي ْش ُكر‬
‫ُون‬ َ ‫الطيِّبُ َي ْخ ُر ُج َن َبا ُت ُه ِبإِ ْذ ِن َر ِّب ِه َوالَّذِي َخب‬
َ ِ‫ُث اَل َي ْخ ُر ُج إِاَّل َن ِك ًدا َك َذل‬
َ ‫ك ُن‬ َّ ‫َو ْال َبلَ ُد‬
Maksudnya :
"Negara yang baik (makmur) akan menampilkan hasil mahsulnya ( yang baik dan sihat) dengan
izin tuhannya, manakala negara yang buruk, tidak akan dapat menghasilkan kecuali
pengeluaran yang buruk. Demikianlah Kami ajukan tanda-tanda kebesaran Kami kepada kaum
yang bersyukur."
Surah al 'Araf, ayat 58 :

Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka
menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan
Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah
sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang
berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan.

c-Qudwah Hasanah

Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam
kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah tokoh
politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah
qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh
Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa
berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda.
Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan
mengukuhkan keyakinan generasi baru bahawa keutamaan dan keluhuran memang
sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka;
tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi
masa kini.

Allah SWT berfirman:


َ ‫ُول هَّللا ِ أُسْ َوةٌ َح َس َن ٌة لِ َمنْ َك‬
‫ان َيرْ جُو هَّللا َ َو ْال َي ْو َم اآْل خ َِر َو َذ َك َر هَّللا َ َكثِيرً ا‬ ِ ‫ان لَ ُك ْم فِي َرس‬
َ ‫لَ َق ْد َك‬
Bermaksud;
"sesungguhnya Rasulullah itu bagi kamu adalah contoh ikutan yang baik untuk mereka yang
mengharapkan Allah, mengharapkan ( ganjaran ) hari akhirat dan mereka yang kerap
mengingati Allah." Surah al Ahzab, ayat 21.

d- Tekanan Sosial Dari Masyarakat Islam

Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya serta
memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial
yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai
impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau
menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang
berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan.
Manusia memang suka dipuji, dihormati dan disanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh
oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor
tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang.
Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup
berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui
perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya
terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah
proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan.

e- Kuasa Negara Islam melalui sistem keadilan dan galakannya

Tuntutan akhlak dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti
yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam
ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk
memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah akhlak dalam masyarakat. Jika
negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan
undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui
puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan akhlak akan digugat dan
dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam
bidang akhlak tetapi juga dalam semua hal.

Selain dari apa yang telah dinyatakan di atas maka akhlak juga boleh dibentuk oleh media
massa, sekolah, rakan sebaya, masjid atau surau dan sebagainya. Untuk lebih jelas ada
baiknya kita terangkan satu persatu peranan tersebut :

f - Peranan Media Massa

Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan
berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan
memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak
di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat
khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham
sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup
secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan
dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media
massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk
memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa,
guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing,
meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang
lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan
mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan
imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet,
multimedia dan sebagainya.

g - Peranan Sekolah

Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam.
Antara lain sekolah boleh :

1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya,


meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau
petugas.

2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam


khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota
sekolah atau institusi.

3. Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan
atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga
perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk
kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu,
menghormati ulama' dan sebagainya.

4. Membaiki prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka
dari segi agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat
memikul tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka
menghukum atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Para pelajar di sekolah hendaklah dilatih supaya merendah diri dan memuliakan orang yang
mereka bergaul dengan mereka. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka memberi dari
menerima. Dalam sanubari mereka patut dicambahkan keinsafan bahawa tangan yang
memberi lebih utama dari tangan yang menerima. Disuburkan pula perasaan zuhud dalam
hatinya dan di asuh agar tidak menjadi mata duitan.
Mereka harus juga diasuh supaya tidak meludah dalam majlis atau berkahak, tidak menguap
besar di hadapan orang, tidak meletakkan kaki di atas sebelah kaki yang lain serta tidak
membanyakkan cakap. Anak-anak harus digalakkan tidak banyak bercakap kecuali sekadar
menjawab. Mereka harus dilatih pandai mendengar tuturan orang, lebih-lebih lagi jika orang
yang bercakap itu lebih tua daripadanya.

Mereka mesti ditegah mengucapkan kata-kata kesat, atau bergaul dengan orang-orang yang
celupar. Justeru antara kaedah mendidik anak-anak ialah melindungi mereka dari rakan-rakan
yang jahat. Selain dari itu elok juga selepas belajar mereka dibenarkan bermain-main untuk
menyegarkan tubuh mereka setelah penat belajar. Mereka hendaklah diasuh supaya patuh
kepada ibu bapa, guru dan menghurmati mereka.

Selain dari latihan serta disiplin seperti di atas, pelajar harus juga dilatih menghargai tugas dan
tanggung jawab dengan cara yang bijak, lemah-lembut tanpa terburu-buru melaksanakan
kekerasan atau pemaksaan melalui penderaan. Kepatuhan yang lahir dari keinsafan dan
kesedaran batin biasanya lebih berkesan dan mantap. Bagi seorang pendidik menggunakan
tindakan menghukum biarlah terhadap perkara yang paling akhir dalam fikirannya; samada
mereka golongan guru atau bapa. Bahkan apabila hukum hendak dikenakan kepada murid
biarlah sekadar yang perlu sahaja.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan
kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang
merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang
baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi
untuk digunakan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :


"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah
mereka ( kerana enggan sembahyang ) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith
diriwayatkan oleh Abu Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di
dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji
seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi
pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa.
Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah
lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan
sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan
sebagainya.

Firman Allah :

ِ ‫َف ِب َما َرحْ َم ٍة مِنْ هَّللا ِ لِ ْنتَ َل ُه ْم َولَ ْو ُك ْنتَ َف ًّظا َغلِي َظ ْال َق ْل‬
‫ب اَل ْن َفضُّوا مِنْ َح ْول َِك‬
"Dengan rahmat ALlah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka.
Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu.
(Surah Ali Imran : ayat 159)

Satu hakikat pembelajaran yang lumrah di sekolah ialah murid kerap dipengaruhi oleh sifat,
kebiasaan dan akhlak guru. Sekiranya guru mempunyai akhlak yang baik murid ikut
terpengaruh dengan akhlak ini. Demikianlah sebaliknya. Pandangan negatif murid bukan
setakat terhad kepada guru tetapi juga mungkin menjangkau kepada pelajaran, kepada sekolah
dan seterusnya kepada sistem persekolahan keseluruhannya.

Displin sekolah hendaklah dilaksanakan dengan semangat kerjasama. Guru besar, nazir, guru,
murid malah ibubapa hendaklah sama-sama berperanan. Ini bermakna harus ada penerimaan
dan permuafakatan tentang polisi dan cara-cara merealisasikannya seboleh-bolehnya dari
semua pihak agar masing-masing melindungi dan mempertahankannya.

Usaha mengatasi masalah di sekolah hendaklah dengan menghapuskan sebab-sebab pokok


atau punca dari mana datangnya permasalahan itu. Ini termasuk menghapuskan suasana yang
membantu atau menyokong salah laku dari murid . Di samping itu juga penyelesaian boleh di
usahakan dengan mengambil langkah pencegahan dan mengujudkan suasana yang lebih
positif. Ini di dasarkan kepada prinsip "mencegah lebih baik dari merawat".

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh sekolah dalam membangun akhlak ialah
dengan mengadakan kempen menyedarkan murid tentang keperluan menghormati disiplin
sekolah, menerangkan tentang mengapa suatu disiplin itu dibuat dan memperbanyakkan aktiviti
sekolah dengan mempelbagaikannya, menggunakan atau memenuhi masa lapang murid,
menghubung-kaitkan sukatan pelajaran dengan keperluan diri dan masyarakat mereka dan
langkah-langkah yang lain.

h - Peranan rakan sebaya

Antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah
rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku
mereka. Perasaan "sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja
akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat
penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi
antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam
mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert
dan rakan-rakannya ( 1972 ) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka
berusaha merentasi jurang generasi( generation gap ) tersebut antara pemikiran mereka dan
pemikiran ibubapa mereka.

Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :

1. kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan
para penjaga mereka
2. kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka
lakukan
3. wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa
dan penjaga mereka.

Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok
sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan
di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu
lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan
kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa .

i - Peranan rumah ibadah

Bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering
berkumpul untuk menyembah Allah secara berjamaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam
negara umat Islam; bahkan di kota-kota besar dunia kedapatan bangunan masjid yang berbagai
bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang
kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan
dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat
Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh
institusi ini. Sebab itu perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda
berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.

Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, ruh Islam dan
akhlak . Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah . Ilmu
yang dipelajar membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah.
Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan
imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan
manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran
Allah itu sendiri .

Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh
dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah
umat . Antaranya ialah:

1. Kelas Fardu Ain


2. Kelas Tajuid & Qiraat.
3. Kelas Bimbingan Remaja.
4. Kelas Bahasa Arab.
5. Ceramah Berkala.
6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah.
7. Kursus Rumahtangga Bahagia.
8. Kursus Pengurusan Jenazah.
9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal.
10. Kursus Dakwah dan Imamah.
11. Acara Tadarus al-Quran.
12. Khemah Ibadan & Qiamullail.
13. Kursus Pengurusan Masjid.
14. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar.
15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid.
16. Kempin Memakmurkan Masjid.
17. Membentuk organisasi Belia Masjid ( Rakan Masjid )

Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan
Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama
berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup
beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak
tersebut dan sebagainya.

Rumusan

Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak umat
khasnya di kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan
dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti kemanusian
yang tinggi. Ia harus bermula dengan melahirkan para pemimpin umat yang berakhlak, beriman
dan bertakwa. Pemimpin yang mempunyai iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai
akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah
yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam
pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat,
menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh
Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka menguatkuasakan sistem hidup
Islam yang memang membela akhlak. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang
sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.

Dengan adanya pemimpin yang soleh dan bertakwa seluruh agen sosialisasi dan jentera
kerajaan akan menghala ke arah yang sama. Rakyat akan terbentuk oleh media yang beretika
dan berakhlak. Pengaruh luar yang buruk akan disekat samada dalam rancangan tv, filem,
internet maupun apa jua pengaruh lain yang mengancam jatidiri dan maruah umat. Dasar-dasar
kementerian dan agensi pembangunan masyarakat akan selaras dengan tuntutan nilai dan
tatanan akhlak. Tidak berlaku proses pertentangan antara kerja membangun dan merosak
akhlak serentak dalam jentera-jentera berkenaan.

Agenda-agenda khusus menangani gejala keruntuhan dan kemorosatan akhlak akan disusun
dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Segala-galanya akan dimanfaatkan dalam menjana
kekuatan untuk meningkatkan mertabat umat dalam segala bidang.Kebenaran keadilan dan
ihsan akan didaulatkan . Manusia diasuh kembali menjadi hamba Allah yang ta'at dan bukan
hamba benda, wang, pembangunan, bangsa atau negara. Semoga semua langkah-langkah yang
dicadangkan di atas dapat membantu mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa,
khasnya di kalangan remaja kita dewasa ini..
8 comments

Home

Subscribe to: Posts (Atom)

Bacalah lebih lanjut....


 http://grouper.com/video/MediaDetails.aspx?id=724901
 http://www.tutor.com.my/

 http://www.islam.gov.m/e-rujukan/

 http://www.sabah.org.m/bm/nasihat/

 http://www.rmp.gov.my/

Budaya Barat

Fesyen seperti punk dan rap menjadi ikutan remaja kita.

Gangsterism

Masalah gangsterism di kalangan pelajar sekolah juga amat membimbangkan.

MAT REMPIT
Mat rempit ialah gelaran yang diberikan kepada penunggang motosikal yang bersikap buruk
dan menunggang secara membabi-buta di jalan raya terutamanya pada waktu malam. Mereka
menunggang tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, apatah lagi pengguna jalan raya yang
lain.

Gaya Mat Rempit

Merbahayakan diri dan nyawa

Padahnya merempit....

Inilah akibatnya apabila terlebih rempit.

( sambungan gambar )

Kegembiraan diakhiri dengan kematian yang mengerikan.


Minum Arak

Kini seolah-olah menjadi minuman biasa tanpa memikirkan halal haramnya.

Bohsia

Melepak dan berfoya-foya di antara lelaki dan perempuan tanpa mengira masa dan tempat.

Blog Archive
1. Pengertian masalah sosial remaja

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota

masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan

sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun

negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan

remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan

seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10

hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan

mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak

menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan

masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di

bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam

persekolahan

Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar

kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak
dan seumpamanya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang

bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara. Namun begitu


apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada itu, sesuatu perlu

dilakukan segera untuk membendung mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara

yang tidak diingini.

Kes terbaru melibatkan pergaduhan antara pelajar yang menyebabkanpembunuhan di dalam sebuah bas

sekolah ketika dalam perjalanan ke sekolah. Dalam kes seperti ini siapa yang patut dipersalahkan?

Bagaimana ini boleh terjadi?


Antara faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah disiplin:

i.

Institusi Keluarga:

Faktor-faktor Penyumbang (dari aspek pembangunan keluarga)

James Becker mengatakan bahawa ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan

menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna.Ibu

bapa hendaklah membimbing, memahami kehendak jiwa remaja dan berfikiran

terbuka.Ibu bapa hendaklah menjadi ‘role model’ sekaligus sebagai perangsang. Ini akan

mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.


Kurang Kemahiran Mengawal Diri

Keluarga merupakan institusi paling asas yang terlibat dalam memberikan pengalaman awal kepada

seorang kanak-kanak. Ahli keluarga khasnya ibu bapa memainkan peranan dalam membentuk

kemahiran mengawal diri. Kemahiran mengawal diri memerlukan kefahaman terhadap nilai sosial baik di

samping perkara yang salah dan betul dan di sisi peraturan mahupun undang-undang.

Gaya keibubapaan yang baik akan menurunkan nilai-nilai baik ini supaya dapat menjadi teladan dan

ikutan anak-anak. Ibu bapa sendiri perlu menjadi model yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Namun,berapa ramaikah di antara kita yang memiliki kemahiran keibubapaan ini? Jika kita mempunyai

kemahiran ini, adakah kita mempraktikkannya di kalangan anak-anak kita?

Bagaiman dengan fungsi keibubapaan yang tidak kesampaian? Misalnya dalam kes ibu tunggal. Ibu

tunggal yang bekerja akan kesuntukan kesempatan untuk menurunkan nilai- nilai ini kepada anak-anak.
Bagaimana dengan tanggungjawab seorang bapa? Keadaan menjadi lebih buruk jika

perkara ini berlaku dalam system keluarga nuclear. Sokongan daripada ahli keluarga yang

kembangan adalah kurang. Perkara beginilah yang dilihat sebagai penyumbang kepada

masalah social remaja masa kini.

Sikap masyarakat sekarang tidak lagi suka menjaga tepi kain oramg lain turut

menyumbangkan kepada mesalah ini. Kita hidup berkelompok tetapi saling dipisahkan

oleh tembok batu dan besi. Ciri-ciri individualistic jelas ketara. Kita enggan menegur slsh

lsku anak-anak jiran.

Kita jarang berkongsi nilai-nilai baik sosial seperti mana masyarakat dahulu. Budaya saling tegur sapa,

Bantu membantu, mesra serta prihatin terpaksa dilaungkan kerana kemerosotannya di dalam gaya hidup

masyarakat kini.

Dunia luar ibarat lorong, tempat hiburan dan mana-mana lubuk untuk remaja melepak

menjanjikan keseronokan yang lebih baik. Ditambah pula dengan tarikan daripada rakan

yag senasib dengan mereka. Perlakuan delekuan diperlihatkan sebagai satu identiti untuk

kumpulan mereka dan satu cara remaja melepaskan keinginan serta tekanan mereka.

Ketagihan keseronokan dapat mengatasi pengetahuan kemahiran hidup positif yang lain

apabila kumpulan ini berkumpul.

Kurang kemahiran mengawal diri yang berpunca daripada harga diri dan konsep kendiri

yang lemah tyryt menyumbangkan kepada merlakuan delekuan ini. Mari kita imbas

kembali bagaimana perlakuan remaja yang mempunyai harga diri serta konsep kendiri

yang negative. Mereka sering terlibat dengan aktiviti antisocial yang bertentangan dengan

nilai baik social, agama, peraturan atau undang-undang.

Pengertian Masalah Sosial Remaja

ARKIB : 06/03/2009
Martabatkan bahasa Melayu

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

rencana@utusan.com.my

APABILA bangsa asing menunjukkan minat untuk menguasai bahasa Melayu, ia merupakan satu penghormatan kepada bangsa
Melayu.

Secara teorinya, masyarakat antarabangsa tidak akan memberikan perhatian kepada sesebuah bangsa, sekiranya bangsa itu tidak
mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan.

Ambil sahaja contoh mudah bagaimana masyarakat dunia berlumba-lumba mempelajari bahasa Jepun disebabkan ilmu sains dan
teknologi mereka yang tinggi.

Begitu juga dengan bahasa Arab apabila dunia Arab semakin berkembang sebagai lubuk ekonomi.

Justeru apabila bahasa Melayu turut menjadi perhatian seperti yang ditunjukkan menerusi penyertaan menggalakkan pada
pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri (PABM) 2009, ia secara tidak langsung
mengiktiraf bahasa dan tamadun Melayu.

Penganjuran kali ketiga PABM tahun ini yang berlangsung sejak 2 Mac dan berakhir hari ini menarik penyertaan seramai 46 orang
peserta dari 28 negara di enam benua.

Bertemakan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, PABM dibahagikan kepada dua kategori iaitu Nusantara dengan penyertaan
negara yang mengamalkan bahasa Melayu seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Kategori Antarabangsa pula dibuka kepada seluruh negara dan disertai oleh pelajar yang mengambil jurusan bahasa Melayu di
universiti negara masing-masing.

Sehingga kini, terdapat 129 buah institusi pengajian tinggi (IPT) di 40 buah negara menawarkan pengajian bahasa Melayu.

Menariknya kali ini, tujuh buah negara baru turut mengambil bahagian iaitu Itali, Jerman, Moldova, Bosnia Herzegovina, Palestin
dan Belarus.

Untuk menyimpulkan bahawa bahasa Melayu sudah diterima masyarakat dunia berdasarkan jumlah 129 buah IPT yang
menawarkan kursus pengajian itu, barangkali masih terlalu jauh.

Apatah lagi dengan hakikat bahawa terdapat lebih 30,000 buah IPT di seluruh dunia ketika ini.

Bagaimanapun perlu untuk diketahui, daripada 129 buah IPT tersebut, kebanyakannya terletak di negara membangun dan maju.

Untuk bahasa Melayu itu diterima sebagai satu kursus bahasa asing di IPT tersebut pula bukan melalui usaha melobi oleh kerajaan.
Sebaliknya, berdasarkan keputusan senat IPT masing-masing yang dibarisi oleh golongan cerdik pandai dan cendekiawan yang
berfikiran terbuka.

Pastinya antara kriteria yang diberikan keutamaan ialah bagaimana bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda berjaya membina
sebuah negara Malaysia seperti hari ini.

Hakikatnya, Malaysia menjadi perhatian dunia sebagai salah sebuah negara Islam yang semakin berkembang maju dan progresif.

Malaysia juga merupakan negara contoh terutamanya di kalangan negara-negara dunia ketiga.

Justeru, bangsa asing melihat bahasa Melayu sebagai bahasa moden iaitu bahasa yang mempunyai nilai-nilai komersial, bukannya
bahasa kesusasteraan semata-mata.

Tidak dinafikan PABM yang bakal dijadikan acara tahunan merupakan pentas terbaik dalam mengangkat martabat bahasa Melayu
di persada antarabangsa.

Namun, adakah penganjuran seumpama ini meskipun merupakan julung kali diadakan sudah memadai?

Ketua Pengarah, Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata,
untuk bahasa Melayu dipandang tinggi dalam konteks akademik, negara memerlukan jurnal dan makalah penyelidikan mengenai
bahasa dan bangsa yang diiktiraf di peringkat dunia.

Jurnal atau makalah itu pula dimartabatkan dengan dijadikan sebagai wasik atau rujukan di kalangan ahli akademik dan
cendekiawan antarabangsa. Menurut beliau, negara sebenarnya mempunyai material yang sangat kaya dan tinggi dengan nilai-nilai
kesusasteraan serta sosio budaya Melayu.

Namun cabarannya ialah sejauh mana kita mampu menembusi dan mengekalkan keunggulan bahasa Melayu di pentas
antarabangsa.

Dalam erti kata yang lain, bolehkah jurnal atau makalah bahasa Melayu diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa?

Untuk jurnal atau makalah itu diterima, ia perlu diindekskan dalam sistem atau rangkaian yang diiktiraf seperti Isis atau Scorpus
yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) atau United Kingdom.

Malangnya sehingga kini, tiada jurnal atau makalah yang secara khusus mengangkat mengenai sosiobudaya dan kesusasteraan
Melayu dalam indeks itu.

Sedangkan kita tidak hanya mempunyai material itu, malah negara luar juga menunjukkan minat yang sangat tinggi kepada bahasa
Melayu. Apa yang tinggal ialah kemahuan dan usaha kita untuk memperkembangkan dan mengantarabangsakannya.

Ke mana menghilangnya pejuang-pejuang bahasa Melayu yang boleh memartabatkan bahasa ibunda dalam konteks meletakkan
jurnal bahasa Melayu di persada dunia?
"Bagi saya ini juga merupakan fardu kifayah bagi mereka yang pakar dalam bidang bahasa. Jurnal dan makalah bahasa Melayu itu
seharusnya datang dari kita, kerana negara kita adalah lubuknya" kata Radin Umar.

Menariknya PABM 2009 kali ini juga berlangsung ketika negara berada dalam kekalutan mengenai perdebatan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pastinya ada yang mengaitkan, jika bangsa asing sangat berminat untuk mendalami bahasa Melayu, mengapa PPSMI pula dilihat
menyongsong arus?

Bagi Radin Umar, beliau mempunyai pandangan yang sangat jelas iaitu pada penghujungnya graduan terutamanya bangsa Melayu
perlu kembali kepada realiti sebenar dunia hari ini.

Kemahiran menguasai bahasa antarabangsa ujar beliau, adalah perkara universal yang tidak boleh dipandang enteng. Ia adalah
satu keperluan pada masa ini.

Jatuh bangun atau maju mundur sesebuah bangsa turut bergantung kepada kemampuan anak bangsanya menguasai kemahiran
dalam pelbagai bahasa. Oleh itu katanya, dasar PPSMI perlu bergerak seiring dengan usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Lebih baik, graduan Melayu juga mampu menguasai bahasa ketiga sama ada bahasa Mandarin, Tamil atau bahasa Arab yang
merupakan antara bahasa utama ekonomi dunia ketika ini.

Kemahiran itu sangat penting untuk menembusi pasaran kerja terutamanya di peringkat multinasional.

Berpeluang berdialog dengan pihak industri tambah beliau, memberikan gambaran sebenar mengenai kualiti graduan terutamanya
di kalangan bangsa Melayu.

Antara yang paling ketara ialah kegagalan menguasai kemahiran berkomunikasi termasuk bahasa Melayu sendiri, apatah lagi
bahasa Inggeris dan juga bahasa lain yang boleh menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam dunia pekerjaan.

You might also like