You are on page 1of 10

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3103)

Skala Nominal dan Ordinal

Oleh:
Ahmad Syamil Abdullah
Mohamad Raduan Murah
Mohd Fadhli Shahidan
Muhammad Nurkhifzan Isnin
Syamsul Faiz Ismail
Skala Nominal
• Skala nominal adalah skala pengukuran yang
paling mudah dan merupakan bentuk
pengukuran yang paling rendah boleh
digunakan oleh ahli penyelidik.
• Skala nominal membentuk nombor bagi
menunjukkan kategori yang berlainan.
• Sebagai Contoh: Guru ingin membahagikan ras
pelajar dalam kelasnya kepada beberapa
kategori:

 nombor 1 - kategori Melayu,


 nombor 2 - kategori Cina
 nombor 3 - kategori India
 nombor 4 - lain-lain ras.
• Pemberian nombor 1, 2, 3 atau 4 dan
selanjutnya adalah untuk memudahkan analisis
komputer atau pengenalan bagi setiap ras.
• Tidak bermakna 1 lebih baik atau superior dari
2 dan seterusnya.
• Nombor hanya melambangkan kumpulan bagi
sesuatu pembolehubah, seperti contoh yang
diberikan ialah ras.
• Apabila nombor digunakan untuk menamakan
orang atau objek dan nombor ini tidak
mempunyai apa-apa hubungan dalaman
antara satu sama lain dari segi nilai maka skala
pengukurannya disebut sebagai skala nominal.
Skala Ordinal
• Pengukuran menggunakan skala ordinal
menyusun data:
 daripada yang rendah kepada yang tinggi atau
 daripada yang lemah kepada yang cemerlang
 satu susunan yang melambangkan satu bentuk
hierarki.
Contoh:
• Guru mungkin menyusun skor yang didapati
dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang
tertinggi kepada markah yang terendah sekali.
• Skala ordinal hanya menyusun mengikut
hierarki untuk melambangkan perbezaan atau
kedudukan sesuatu individu relatif kepada
sesuatu individu yang lain.
• Kedudukan skor atau kebolehan yang disusun
itu tidak sama magnitudnya atau
perbezaannya hanya menunjukkan satu
individu itu skornya di atas atau di bawah.
• Berapa banyak lebihan atau kekurangan tidak
dapat ditentukan.
• Perbezaan kedudukan pelajar nombor 8
dengan 9 hanya 4 markah sahaja, tetapi
perbezaan kedudukan antara nombor 1
dengan nombor 2 adalah 20 markah.
• Yang pentingnya:
 nombor 1 lebih tinggi markahnya dari pelajar
nombor 2 dan
 nombor 8 lebih tinggi markahnya daripada
pelajar nombor 9.

You might also like