You are on page 1of 32

MANUAL

Jahitan Seluar Panjang Wanita

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my


MANUAL
Jahitan Seluar Panjang Wanita

Kandungan Halaman
Topik 1 : Latar Belakang

1.1 Objektif Pembelajaran 1

1.2 Pengenalan

1.3 Bahagian-bahagian

Topik 2 : Peralatan Jahitan

2.1 Objektif Pembelajaran 3

2.2 Peralatan 9

Topik 3 : Bahan Jahitan

3.1 Objektif Pembelajaran 10

3.2 Mengenalpasti dan menyenaraikan bahan jahitan

3.3 Mengenalpasti dan menyenaraikan fungsi dan kegunaan 12


Topik 4 : Mengambil Ukuran

4.1 Objektif Pembelajaran 13

4.2 Mengenal pasti bahagian badan

4.3 Mengukur bahagian badan dengan tepat 17

Topik 5 : Merajah Pola

5.1 Objektif Pembelajaran 18

5.2 Mengenal pasti bahagian badan

5.3 Mengukur bahagian badan dengan tepat

5.4 Menerangkan langkah-langkah merajah pola 20

Topik 6 : Menanda Basi dan Menggunting Fabrik

6.1 Objektif Pembelajaran 21 - 23

Topik 7 : Mencantum dan Menjahit

7.1 Objektif Pembelajaran 24 - 31

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 1


MANUAL
Jahitan Seluar Panjang Wanita

Topik 1
Pengenalan
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mengenali seluar panjang wanita.
Mengenali bahagian-bahagian seluar panjang wanita.
Mengenal pasti dan menyenaraikan bahagian-bahagian seluar panjang wanita.

1. Pengenalan
• Menjadi pilihan kaum wanita kini.
• Sebagai pakaian ke pejabat dan santai.
• Boleh dipakai dengan blaus atau t-shirt.

Hadapan Belakang Pinggang

2. Bahagian-bahagian
• Hadapan
• Belakang
• Pinggang

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 2


MANUAL
Jahitan Seluar Panjang Wanita

Topik 2
Peralatan Jahitan
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mengenal pasti dan menyenaraikan dan peralatan jahitan yang digunakan.
Mengenal pasti kegunaan dan fungsi peralatan jahitan.

Mengukur

Pita Ukur
Alat yang digunakan untuk mengambil ukuran tubuh
badan pemakai.

Pen
Alat yang digunakan untuk menulis ukuran ke dalam
buku catatan.

Buku Cacatan
Alat yang digunakan untuk merekod ukuran baju yang
telah diambil.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 3


MANUAL Topik 2
Jahitan Seluar Panjang Wanita Peralatan Jahitan

Merajah Pola

Pembaris
Alat yang digunakan untuk membuat garisan lurus.

Pembaris Sesiku
Alat digunakan untuk membuat ukuran sudut tepat
Ia juga digunakan mendapatkan pecahan-pecahan ukuran
tertentu seperti garisan lubang lengan dan leher.

Pembentuk
Alat yang digunakan untuk mendapatkan garis melengkung
untuk bahagian-bahagian seperti pinggang, punggung
dan lengan baju.

Pensil penanda
Alat yang digunakan untuk melakar pola di atas kertas kuning.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 4


MANUAL Topik 2
Jahitan Seluar Panjang Wanita Peralatan Jahitan

Pemadam
Alat yang digunakan untuk memadam kesilapan lakaran.

Kertas kuning

Bahan yang digunakan sebagai tempat untuk melakar pola.

Menggunting Fabrik

Pola
Gambarajah bahagian-bahagian baju dan kain yang telah
dilukis di atas kertas kuning dan digunting mengikut draf pola.

Kapur tukang jahit

Alat digunakan untuk membuat ukuran sudut tepat.


Ia juga digunakan mendapatkan pecahan-pecahan
ukuran tertentu seperti garisan lubang lengan dan leher.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 5


MANUAL Topik 2
Jahitan Seluar Panjang Wanita Peralatan Jahitan

Pembaris
Alat yang digunakan untuk membuat garisan lurus.

Pembentuk
Alat yang digunakan untuk mendapatkan garis melengkung
untuk bahagian-bahagian seperti pinggang, punggung dan
lengan baju.

Gunting

Alat yang digunakan untuk memotong fabrik.

Jarum peniti
Alat yang digunakan untuk menyematkan pola pada fabrik.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 6


MANUAL Topik 2
Jahitan Seluar Panjang Wanita Peralatan Jahitan

Menanda Basi

Pola
Gambarajah bahagian-bahagian baju dan kain yang telah
dilukis di atas kertas kuning dan digunting mengikut draf pola.

Kapur tukang jahit


Alat yang digunakan untuk memindahkan tanda-tanda,
cabang-cabang dan lain-lain garisan pola daripada kertas
ke atas fabrik.

Pembaris
Alat yang digunakan untuk membuat garisan lurus.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 7


MANUAL Topik 2
Jahitan Seluar Panjang Wanita Peralatan Jahitan

Pembentuk
Alat yang digunakan untuk mendapatkan garis melengkung untuk
bahagian-bahagian seperti pinggang, punggung dan lengan baju.

Jarum peniti
Alat yang digunakan untuk menyematkan pola pada fabrik.

Menjahit

Jarum peniti
Alat yang digunakan untuk menyematkan pola pada fabrik.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 8


MANUAL Topik 2
Jahitan Seluar Panjang Wanita Peralatan Jahitan

Jarum jahit

Alat yang digunakan untuk membuat pelbagai jahitan kemasan


tangan pada bahagian lengan, kaki baju dan lapik.

Tapak zip
Alat yang digunakan bersama mesin jahit untuk menjahit zip.

Saterika
Alat yang digunakan untuk menekan atau menggosok fabrik
untuk mendapatkan kekemasan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 9


MANUAL
Jahitan Seluar Panjang Wanita

Topik 3
Bahan Jahitan
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mengenal pasti dan menyenaraikan dan bahan jahitan yang digunakan.
Mengenal pasti kegunaan dan fungsi bahan jahitan.

Jenis Fabrik
1. Jenis fabrik yang biasa digunakan ialah kain:

Kain Linen Kain Jojet Kain Viscose

Kain Drill Kain Coderoy Kain Teryland

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 10


MANUAL Topik 3
Jahitan Seluar Panjang Wanita Bahan Jahitan

Anggaran Fabrik

1. Anggaran fabrik yang diperlukan:


Bidang kain 60 inci
1.5 meter untuk dewasa
1 meter untuk kanak-kanak

Bidang kain 36 inci


3 meter untuk dewasa
1.5 meter untuk kanak-kanak

Bidang kain 36 inci


2.5 meter untuk dewasa
2 meter untuk kanak-kanak

Anggaran fabrik adalah mengikut saiz

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 11


MANUAL Topik 3
Jahitan Seluar Panjang Wanita Bahan Jahitan

Benang

Bahan yang digunakan untuk mencantum bahagian-bahagian.


*Tips
• Benang yang biasa digunakan ialah benang kapas kerana
lebih lembut dan sesuai digunakan pada pelbagai jenis fabrik.

Kancing

Cangkuk dan palang.


Bahan penyambung yang digunakan sebagai penyambung
sementara di bahagian kain.

Zip

Bahan yang digunakan untuk menyambungkan dua


bahagian fabrik.
*Tips
• Ia juga digunakan pada pelbagai kelengkapan.

Balkrum

Bahan yang digunakan di bahagian pinggang.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 12


MANUAL
Jahitan Seluar Panjang Wanita

Topik 4
Mengambil Ukuran
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mengenal pasti bahagian badan yang perlu diukur.
Mengukur bahagian-bahagian badan dengan tepat.
Menerangkan langkah-langkah mengukur setiap bahagian badan dengan tepat.

Bahagian Seluar

Keliling pinggang
Ukur lilitan di bahagian pinggang yang paling ramping dan masukkan
satu jari untuk kelonggaran
*Nota
• Boleh juga menggunakan ukuran sedia ada di bahagian baju

Keliling pinggul
Ukur lilitan di bahagian pinggul yang paling besar dan masukkan satu
jari untuk kelonggaran

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 13


MANUAL Topik 4
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mengambil Ukuran

Labuh seluar
Ukur dari pinggang hingga ke buku lali atau labuh yang bersesuaian
mengikut kehendak pemakai

Bukaan kaki
Ukur lilitan di bahagian pergelangan kaki mengikut bukaan yang
diperlukan
*Tips
• Ukuran juga boleh dibuat dengan mengukur bukaan kaki seluar

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 14


MANUAL Topik 4
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mengambil Ukuran

Bukaan kaki
Ukur lilitan di bahagian keliling lutut mengikut bukaan yang diperlukan
*Tips
• Ukuran juga boleh dibuat dengan mengukur keliling lutut seluar

Garisan duduk
Ukur dari paras pinggang hingga ke lantai
*Tips
Model perlu berada di dalam keadaan duduk sedang yang dipakai

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 15


MANUAL Topik 4
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mengambil Ukuran

Demo Mengambil dan Merekod Ukuran

Pengukur hendaklah berdiri di sebelah kanan model ketika mengukur

Pegang pita ukur bermula dari sifar


Mengambil ukuran setiap bahagian badan

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 16


MANUAL Topik 4
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mengambil Ukuran

Catatkan setiap ukuran badan pemakai atau model dalam buku cacatan
anda supaya tidak hilang dan mudah dirujuk untuk proses berikutnya

Anda juga boleh mencatat ukuran yang diambil dengan menaip ukuran
tersebut di ruang yang disediakan di skrin

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 17


MANUAL
Jahitan Seluar Panjang Wanita

Topik 5
Merajah Pola
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mengenal pasti bahagian-bahagian yang memerlukan pola.
Merajah pola mengikut ukuran bahagian-bahagian badan.
Menerangkan langkah-langkah merajah pola.

1. Bahagian hadapan seluar

• Lakar garis lurus dari A ke B


A ke B = ukuran labuh seluar – 1 inci

• Dari A, tandakan C
A ke C = ukuran garisan duduk + 1 inci

• Dari C, tandakan DCD = ukuran ¼ pinggul + ¼ inci

• CD = AE

• Dari D, tandakan F = ukuran CD ÷ 4

• Tandakan titik tengah CF dan labelkan G

• Dari G, garis lurus ke garisan AE dan labelkan H

• CB = GI, lakar garis lurus GI

• Dari D, naikkan menyerong 1 ½ inci dan lebalkan J

• Lakar garisan berbentuk dari E melalui J ke F

• Dari E, tandakan K = ¼ pinggang + 1 inci

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 18


MANUAL Topik 5
Jahitan Seluar Panjang Wanita Merajah Pola

• Dari H, turunkan 6 inci dan labelkan L

• Dari H, masukkan ½ inci dan labelkan M

• Dari H, keluarkan ½ inci dan labelkan N

• Dari I, masukkan 3 ½ inci dan labelkan O

• Lakarkan garisan lurus dari C ke O dan C ke K dengan menggunakan pembentuk

• Dari I, keluarkan 3 ½ inci dan labelkan P

• Gunakan pembentuk, lakarkan garisan dari F ke P

2. Bahagian belakang seluar

• Lakar garisan lurus dari C ke Q dan A ke RCQ = AR = ¼ pinggul + ¼ inci

• Dari Q, tandakan S = ½ ukuran CQ

• Tandakan titik tengah garisan CS dan labelkan T

• Dari T, lakar garisan lurus ke U dan V

• Dari Q, naikkan menyerong 2 ½ inci dan dan labelkan W

• Dari R, naikkan 1 ½ inci dan labelkan X

• Lakar garisan lurus dari X ke A

• Dengan menggunakan sesiku, lakar garisan bersudut 90° dari A ke X terus ke W


Labelkan Y di garisan bersudut 90°

• Dengan menggunakan sesiku, lakar garisan S ke W

• Dari Y, tandakan Z = ¼ ukuran pinggang + 1 inci

• Tandakan titik tengah YZ dan labelkan a

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 19


MANUAL Topik 5
Jahitan Seluar Panjang Wanita Merajah Pola

• Dari a, turunkan 4 inci dan labelkan b

• Dari a, masukkan ½ inci dan labelkan c

• Dari a, keluarkan ½ inci dan labelkan d

• Gunakan pembentuk, lakar garisan dari Z ke C

• Dari V, keluarkan 4 ½ inci dan labelkan e

• Dari V, keluarkan 4 ½ inci dan labelkan f

• Lakar garisan berbentuk dari S ke e

• Lakar garisan lurus dari C ke f

3. Pinggang

• Lakar garis lurus A ke B


AB = ½ ukuran pinggang

• Lakar garis lurus A ke C


AC = 1½ inci

• AB = CD
Lakar garis luruc BD dan CD

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 20


MANUAL
Jahitan Seluar Panjang Wanita

Topik 6
Menanda Basi dan Menggunting
Fabrik
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Menanda basi jahitan pada fabrik.
Menerangkan langkah-langkah menanda basi jahitan pada fabrik.
Menggunting fabrik mengikut pola yang telah dirajah.
Menerangkan langkah-langkah menggunting fabrik mengikut draf pola.

1. Panduan Sebelum Menggunting

• Bagi memastikan fabrik yang hendak digunting cukup


untuk sepasang seluar panjang wanita, susun semua pola
yang telah dirajah di atas fabrik sebelum menggunting.

• Letak dan susun pola yang lebih besar di atas fabrik diikuti
bahagian pola yang lain sebagaimana yang ditunjukkan.
• Diingatkan bahawa gambarajah yang ditunjukkan
hanyalah sebagai panduan.

• Susunan pola akan berbeza mengikut saiz ukuran badan


anda dan juga corak fabrik.
• Pastikan anda menggunting fabrik lebih besar daripada
pola untuk basi jahitan dan basi lipatan.

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 21


MANUAL Topik 6
Jahitan Seluar Panjang Wanita Menanda Basi danMenggunting

2. Bahagian Hadapan Seluar

• Fabrik dilipat dua mengikut ukuran labuh seluar


• Letakkan pola bahagian hadapan seluar
• Semat dengan peniti
• Rajah semula pola di atas fabrik

• Tanda basi jahitan:


• Pinggang ½ inci
• Sisi ¾ inci
• Pinggul ½ inci
• Paha ¾ inci
• Lipatan 1 inci

• Gunting mengikut basi jahitan


• Rajah semula lisu pemadan
• Tanggalkan pola

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 22


MANUAL Topik 6
Jahitan Seluar Panjang Wanita Menanda Basi danMenggunting

3 . Bahagian Belakang Seluar

• Fabrik dilipat dua mengikut ukuran labuh seluar


• Letakkan pola bahagian belakang seluar
• Semat dengan peniti
• Rajah semula pola di atas fabrik

• Tanda basi jahitan:


• Pinggang ½ inci
• Pinggul atas 1 inci
• Pinggul bawah ½ inci
• Paha ¾ inci
• Sisi ¾ inci
• Lipatan 1 inci

• Gunting mengikut basi jahitan


• Rajah semula lisu pemadan
• Tanggalkan pola

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 23


MANUAL
Jahitan Seluar Panjang Wanita

Topik 7
Mencantum dan Menjahit
Objektif pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini anda akan dapat:
Mencantum dan menjahit bahagian-bahagian seluar.
Menerangkan langkah-langkah mencantum dan menjahit
bahagian-bahagian seluar.

Menjahit kemasan tepi

Bahagian-bahagian yang perlu dijahit kemasan tepi supaya tidak


berjerumbai ialah:

• Hadapan dan belakang bahagian kanan seluar


kecuali pinggang

• Hadapan dan belakang bahagian kiri seluar kecuali


pinggang

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 24


MANUAL Topik 7
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mencantum dan Menjahit

Menjahit dan menjahit

1. Lisu pemadan

• Temukan bahagian dalam penjuru lisu bahagian


belakang seluar
• Semat dengan peniti
• Jahit dari atas ke bawah
• Semat dengan peniti
• Ulang proses yang sama untuk bahagian belakang
yang sebelah lagi

• Gosok lisu untuk kemasan


• Temukan bahagian dalam penjuru lisu bahagian
hadapan seluar
• Semat dengan peniti

• Jahit jelujur kasar mesin dari atas ke bawah


• Ulang proses yang sama untuk bahagian hadapan
yang sebelah lagi
• Gosok lisu untuk kemasan

*Tips
• Pastikan hala atau arah lisu adalah sama bagi kedua-dua belah hadapan
dan belakang untuk mendapatkan hasil jahitan yang cantik dan kemas

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 25


MANUAL Topik 7
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mencantum dan Menjahit

2. Sisi kanan

• Temukan bahagian dalam sisi kanan bahagian


hadapan dan belakang seluar
• Semat dengan peniti

• Jahit mesin dari bahagian pinggang terus ke bahagian


bukaan kaki
• Buka kelim dan gosok untuk kemasan

3. Sisi kiri

• Temukan bahagian dalam sisi kanan bahagian


hadapan dan belakang seluar
• Semat dengan peniti

• Jahit mesin dari bahagian bawah zip terus ke bahagian


bukaan kaki
• Buka kelim dan gosok untuk kemasan

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 26


MANUAL Topik 7
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mencantum dan Menjahit

4. Zip

• Letak zip pada bahagian belahan sisi kiri yang telah


ditandakan
• Gunakan tapak zip untuk menjahit zip

• Jahit keliling
• Jahit lebih besar di bahagian hadapan dan kecil di
bahagian belakang

5. Paha kanan dan kiri

• Temukan bahagian dalam kedua-dua bahagian paha


sebelah kanan
• Semat dengan peniti
• Jahit dari bahagian pangkal paha terus ke bahagian
bukaan kaki

• Jahit sekali lagi dari bahagian paha hingga ke bahagian


lutut sahaja untuk mengelakkan jahitan daripada tertetas
• Buka kelim dan gosok untuk kemasan

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 27


MANUAL Topik 7
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mencantum dan Menjahit

• Bentang bahagian paha dalam keadaan bahagian sisi


ber jahit berada di tengah-tengah
• Gosok bahagian sisi paha tanpa berjahit hingga
menghasilkan said
• Ulang proses yang sama untuk paha sebelah kiri

6. Kelangkang

• Masukkan bahagian kiri ke dalam bahagian kanan


• Temukan kedua-dua bahagian kelangkang
• Semat dengan peniti

• Jahit dari bahagian pinggang hadapan melalui celah


kelangkang terus ke bahagian pinggang belakang
• Ulang proses yang sama bagi mengelakkan jahitan
dari pada tertetas
• Buka kelim dan gosok untuk kemasan

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 28


MANUAL Topik 7
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mencantum dan Menjahit

7. Ikatan pinggang

• Letak balkrum di atas fabrik bahagian pinggang


• Lipat fabrik bahagian atas ½ inci
• Jahit mesin dari kanan ke kiri selebar satu tapak mesin

• Terbalikkan dan jahit di tepi hujung balkrum kiri dan kanan


• Terbalikkan dan gosok
• Tandakan garisan pinggang dengan kapur dan tinggalkan
basi jahitan ½ inci dari garisan pinggang

• Gunting lebihan basi jahitan


• Samakan kedudukan zip bahagian hadapan dan belakang
• Tanda dengan kapur

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 29


MANUAL Topik 7
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mencantum dan Menjahit

8. Pinggang

• Acu ikatan pinggang pada garisan pinggang di seluar


• Pastikan ukuran ikatan pinggang sesuai dengan
garisan pinggang di seluar

• Jahit ikatan pinggang di garisan pinggang dari sebelah


hadapan hingga ke sebelah belakang seluar
• Snapkan basi bahagian pinggang

• Masukkan basi bahagian pinggang ke dalam ikatan


pinggang
• Jahit keliling pinggang tersebut

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 30


MANUAL Topik 7
Jahitan Seluar Panjang Wanita Mencantum dan Menjahit

9. Lipatan bawah kaki

• Lipat basi lipatan kaki seluar sebelah kiri dan kanan

• Gosok untuk menghasilkan said


• Semat dengan peniti

• Mulakan jahitan dari bahagian tengah belakang


• Ulang proses yang sama untuk kaki sebelah yang
sebelah lagi

© Hakcipta Terpelihara MIMOS BERHAD 2006 www.mygfl.net.my Halaman 31

You might also like