You are on page 1of 58

PENGENALAN

Anak adalah anugerah tuhan yang tak ternilai bagi


setiap pasangan suami isteri. Semua kanak-kanak
adalah istimewa. Namun, anak istimewa lebih unik
daripada kanak-kanak lain kerana mereka lebih
memerlukan pendekatan yang spesifik dari keluarga,
guru, masyarakat dan khasnya ibu bapa.
Kehadiran anak istimewa ini amat memerlukan
kekuatan dan ketabahan yang tinggi.
Sebagai ibu bapa anak istimewa, anda adalah berbeza
dari ibu bapa yang lain kerana anda lebih kuat, lebih
sabar dan lebih baik dalam menyayangi anak-anak
istimewa anugerah Tuhan.
SIAPAKAH KANAK-KANAK
ISTIMEWA?
Anak-anak yang kurang upaya memerlukan
perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding
anak-anak yang normal.
Kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah berbeza
daripada kanak-kanak normal dari segi mental
(pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat
dan mendengar), keupayaan komunikasi (menulis
dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan
emosi (bercampur gaul) serta ciri-ciri fizikal iaitu dari
segi pergerakan dan menjaga diri sendiri.
APAKAH PERASAAN IBU BAPA YANG
MEMPUNYAI ANAK ISTIMEWA?
Sedih, marah, takut dan rasa bersalah.
Satu tamparan yang hebat.
Membandingkan anak istimewa
dengan anak yang lain.
Merasakan ianya bagaikan tusukan
pedang ke jantung.
Hati berkecamuk.
Mengapa perlu menghadapi semua ini?
Mengapa anda dan tidak orang lain?
KATEGORI KANAK-KANAK ISTIMEWA:
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak
istimewa adalah penting untuk mengetahui
kategori serta ciri-ciri anak tersebut.
Kategori kanak-kanak istimewa:
1. Bermasalah Pembelajaran.
2. Bermasalah Pendengaran.
3. Bermasalah Penglihatan.
4. Pintar Cerdas.
JENIS-JENIS KUMPULAN KANAK-KANAK
BERMASALAH PEMBELAJARAN:
Lembam (Slow Learner).
Sindrom Down.
Hipoaktif.
Hiperaktif.
Gangguan emosi dan masalah tingkah laku.
Celebral Palsy.
Autistik (Autisma).
Terencat akal.
Masalah pertuturan.
Epilapsi (sawan).
Disleksia.
KANAK-KANAK LEMBAM (SLOW LEARNER):
Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di
kelas/ kurikulum/ di sekolah biasa.
Kanak-kanak ini terlalu lambat mencapai satu-satu
objektif pengajaran.
Mempunyai rangsangan serta daya pengamatan yang
lemah.
Kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai
kegiatan pelajaran dalam bilik darjah.
CIRI KANAK-KANAK LEMBAM:
Pendiam, tidak aktif dan tidak dapat berkomunikasi
seperti kanak-kanak biasa.
Pencapaian pelajaran amat lemah berbanding dengan
rakan sebaya.
Sukar menerima arahan.
Menyebut huruf tidak tepat/salah serta bertukar-tukar.
Meninggalkan huruf, suku kata atau perkataan ketika
menulis.
Tulisan yang terlalu buruk dan sukar di baca, saiz yang
tidak seragam (bercampur aduk huruf kecil dan huruf
besar.
Huruf terbalik/ urutan dan arah yang salah.
Idea yang tidak berkembang, perbendaharaan yang terhad
dan tatabahasa yang tidak tepat.
KANAK-KANAK SINDROM DOWN:
Sindrom Down di sebabkan masalah berlebihan
kromosom dan bahan kimia yang tidak seimbang.
Diwarisi daripada keluarga/ baka yang diperturunkan
dari satu generasi ke generasi.
Dapat dikesan sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga
80.
CIRI KANAK-KANAK SINDROM DOWN:
Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat.
Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung
terjelir.
Mata sentiasa berair dan merah.
Mata sepet dan bentuk muka yang kecil.
Tangan yang lebar dan pendek serta satu garisan
tapak tangan melintang.
Berbadan gempal dan pendek serta badan yang agak
bongkok.
Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan
baik walau pun mempunyai masalah pertuturan.
KANAK-KANAK HIPOAKTIF:
Kanak-kanak yang pasif daripada aktiviti dari segi
aktiviti fizikal dan amat takut kepada orang lain.
Di sekolah, kanak-kanak ini lebih suka berada atau
bersembunyi di bawah meja.
Tidak menghiraukan panggilan atau gurauan
daripada guru atau rakan sebaya.
CIRI KANAK-KANAK HIPOAKTIF:
Suka menyendiri dan bersikap murung.
Suka berkhayal.
Suka bermain bersendirian.
Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
Menunduk muka apabila nama dipanggil.
Tiada tindakan kepada persekitaran.
KANAK-KANAK HIPERAKTIF (ADHD):
ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa
terjadi di kalangan kanak-kanak.
Ia melibatkan tiga jenis kepayahan:
1. Kurang tumpuan.
2. Hiperaktif.
3. Menurut kata hati (Impulsiviti).
Tiada punca utama ditemui walaupun faktor ginetik
dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak
mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
CIRI KANAK-KANAK HIPERAKTIF:
Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan. Berlari-lari dan
memanjat-manjat dengan berlebihan .
Menggoyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan
resah di tempat duduknya.
Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam).
Tidak takut pada orang.
Kerap menangis.
Tidur yang tidak tetap.
Suka ketawa.
Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang
dilakukan.
Mudah mengamuk apabila kehendaknya dihalang.
Sukar menyesuaikan diri serta sukar untuk berinteraksi
dengan rakan sebaya yang lain.
KANAK-KANAK GANGGUAN EMOSI DAN
MASALAH TINGKAH LAKU:
Kanak-kanak yang bermasalah emosi/tingkah laku
biasanya dapat dilihat dari segi intelek, pencapaian
akademik, penyesuaian emosi dan perlakuan sosial.
Kanak-kanak yang mengalami masalah ini boleh
dibahagikan kepada:
1. Penarikan diri (elakkan diri daripada orang lain).
2. Neurotik (menderita dari gangguan psikoanalitik-
fobia dan lain-lain).
3. Skizofrenik (personaliti atau pemikiran berbelah
bahagi).
CIRI KANAK-KANAK GANGGUAN EMOSI
DAN MASALAH TINGKAH LAKU:
Kurang selera makan.
Mengalami masalah tidur.
Kencing pada waktu siang dan malam di tempat tidur
serta mengotorkan pakaian.
Gagap.
Suka merosakkan sesuatu.
Suka bercakap bohong.
Terlalu bergantung pada orang lain.
Terlalu merendah diri dan kekok.
KATEGORI KANAK-KANAK CELEBRAL
PALSY:
Dibahagikan kepada tiga bahagian:
1. Spastik:
-Kerosakan pada bahagian konteks motor yang
mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otak dan
otot yang boleh dikawal.
- Ianya menghalang pergerakan yang sempurna di mana
koordinasi pergerakan yang sukar dikawal.
- Boleh dikesan melalui pertuturan, kesukaran pada waktu
makan, masalah pernafasan, tanda-tanda terencat akal,
tidak berupaya mengurus diri, tidak berupaya berdiri dan
berpijak.
KANAK-KANAK CELEBRAL PALSY:
Celebral Palsy adalah sejenis kecacatan yang
berkaitan dengan kelemahan anggota yang dialami
kanak-kanak.
Kecacatan anggota mengakibatkan kanak-kanak tidak
dapat melakukan pergerakan motor kasar seperti
berjalan dan berlari dengan bebas.
Juga tidak dapat melakukan aktiviti pengamatan dan
pergerakan motor halus seperti melukis, menulis,
mengingat.
KATEGORI KANAK-KANAK CELEBRAL
PALSY (SAMBUNGAN):
2. Atitosis:
- Kerosakan pada bahagian basel ganglion yang boleh
memperlahankan pergerakan.
- Pergerakan pada bahagian bahu, muka, kaki dan
tangan tidak boleh dikawal atau pertuturan menjadi
agak susah dan tidak jelas di samping sukar mengawal
air liur.
3. Ataksia:
- Kerosakan pada bahagian serebral otak yang
menyebabkan kesulitan dalam mengawal imbangan
badan.
- Pergerakan yang kekok dan teragak-agak,
pertuturan dan pendengaran yang kurang jelas.
KANAK-KANAK AUTISTIK/AUTISMA:
Merujuk kepada kecatatan bersosial, di mana kanak-
kanak yang mengalami autisma tidak mempunyai
kemahiran berhubung, berkomunikasi dan bersosial
dengan orang lain sebagaimana kanak-kanak biasa.
Emosi kanak-kanak ini sangat sukar diramal dan
berubah-ubah.
Ciri-ciri: Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab,
suka mengamuk tanpa terkawal jika kemahuan tudak
dituruti atau dihalang, merosakkan apa saja yang ada di
sekitarnya dan menyerang jika emosi terganggu,
mencederakan diri, tiada rasa simpati dan tidak
memahami perasaan orang lain.
KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
Didefinisikan oleh American Association On Mental
Deficiency (1873) sebagai kecatatan yang merujuk kepada
kecerdasan akal di bawah kecerdasan purata.
Ia menunjukkan kekurangan dalam penyesuaian tingkah
laku dan dapat dilihat semasa pembesaran.
Dibahagi kepada:
1. Terencat akal ringan terdiri daripada:
i) Idiot- Kanak-kanak yang tidak dapat melindungi diri dari
bahaya fizikal seperti mencederakan diri sendiri, tidak
berupaya makan , duduk atau berjalan sendiri.
ii)Moron- Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan
mental 23% dari kadar biasa. Kanak-kanak ini tidak boleh
bermain atau belajar dengan pelajar biasa. Memerlukan
penjagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas. Boleh dikesan
ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana lambat berfikir.
KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
(SAMBUNGAN):
iii) Lembam- Kanak-kanak yang lambat menerima pelajaran
dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan sekolah biasa.
2. Terencat akal berat:
Kanak-kanak ini biasanya sukar untuk makan dan selalu
muntah.
Suka menyendiri dan pendiam.
Sukar dikawal. Contoh: Suka menggigit sesuatu dalam
mulut dan benda tersebut sukar dikeluarkan.
Sukar bernafas, air liur meleleh tanpa kawalan, sukar tidur,
selalu menangis, sukar bercakap dan memahami orang lain.
Kebingungan pada cahaya lampu dan tidur yang berlebihan.
KANAK-KANAK MASALAH PERTUTURAN:
Di definisikan sebagai pertuturan yang menunjukkan
ketidaksempurnaan dari segi bunyi, penguasaan bahasa
atau gangguan semasa bertutur.
Di bahagikan kepada enam jenis:
1. Gangguan artikulasi- Kecacatan lidah, sumbing bibir
dan lelangit, penyakit hidung dan tekak serta peniruan
yang salah semasa pembelajaran.
2. Gangguan bunyi – Berkait rapat dengan nada dan
kualiti bunyi yang keluar dari peti suara. Suara yang
kurang menyenangkan akibat dari alunan bunyi yang
tidak teratur, bunyi yang terlalu tinggi atau rendah dan
sebutan yang kurang jelas seperti pengeluaran suara
yang kasar, sengau, berbisik, serak dan nyaring.
BERMASALAH PERTUTURAN (SAMBUNG):
3. Gagap- Seseorang boleh dianggap gagap apabila
penyebutan satu-satu perkataan yang berulang-ulang,
terhenti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan tulang
dada.
4. Kelewatan bertutur- Perkembangan pertuturan berlaku
pada kadar lambat daripada normal dan tidak sesuai
dengan usia . Puncanya: Lembam, kekurangan motivasi
dan kecederaan otak.
5. Sumbing- Disebabkan kegagalan antara tulang dan tisu
lelangit janin bercantum (tiga minggu dalam kandungan.
Kanak-kanak yang sumbing akan bertutur dengan suara
yang sengau.
6. Kurang pendengaran-Pertuturan menjadi tidak sempurna.
KANAK-KANAK EPILEPSI:
Juga dikenali sebagai penyakit sawan.
Sawan adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam
otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya
perubahan dalam tingkah laku atau aktiviti kanak-kanak
tersebut.
Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:
- Diam seketika, tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran.
- Kaki dan tangan menjadi kejang, menyentak-nyentak.
- Tiba-tiba jatuh ke lantai.
Mengalami hilang ingatan sementara waktu.
Menjadi cepat lupa dengan apa yang dipelajari.
Suka bertanya sesuatu secara berulang kali.
KANAK-KANAK DISLEKSIA:
Kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak
dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang
bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata
atau pun dalam perkataan-perkataan.
Tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan
perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingat
bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan yang
hampir serupa ejaannya.
Lebih lambat perkembangan berbanding dengan kanak-
kanak biasa.
Tidak berminat dalam pelajaran.
Mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan
penglihatan yang lemah.
KANAK-KANAK DISLEKSIA (SAMBUNG):
Keliru untuk membezakan kiri dan kanan, konsep arah
dan masa, memakai kasut pada kaki yang betul dan konsep
kendiri yang rendah.
Jenis disleksia:
- Disleksia visual: Berkaitan dengan penggunaan deria
penglihatan, walaupun melihat dengan baik tetapi tidak
dapat membezakan apa yang dilihat serta mengingatinya.
- Disleksia auditori: Masalah menggunakan deria
pendengaran, sukar mendiskriminasikan bunyi,
membezakan antara bunyi, mengenal pasti bunyi bagi
perkataan atau membahagi perkataan dalam suku kata.
- Disleksia visual-auditori: Deria penglihatan dan
pendengaran tidak dapat membantunya menginteprestasi
apa yang dilihat dan didengar.
BERMASALAH PENDENGARAN:
Kanak-kanak yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul
dengan orang lain kerana rosak pendengaran.
Bukan semua orang bukan bermasalah pendengaran tidak
boleh mendengar, tetapi kurang jelas dan memerlukan alat
bantuan.
Di bahagi kepada empat jenis:
1. Penerimaan-getaran tidak sampai ke bahagian dalam telinga.
2. Pengamatan-masalah saraf deria pada bahagian telinga.
3. Pusat-sistem urat pusat tidak bergerak dengan betul/cedera.
4. Psikogenik-tidak boleh mendengar apa-apa kerana
gangguan emosi yang terpendam.
CIRI-CIRI MASALAH PENDENGARAN:
Kurang memberi perhatian.
Susah mengikut peraturan.
Selalu berkhayal.
Memerlukan bantuan daripada kawan.
Kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan.
Cara percakapan janggal.
Mempunyai masalah kesihatan.
KANAK-KANAK BERMASALAH
PENGLIHATAN:
 Kanak-kanak ini belajar melalui deria sentuhan,
pendengaran, hidu dan rasa.
 Penggunaan tulisan braille untuk membaca dan
tongkat untuk berjalan.
 Buta separa memerlukan bantuan seperti cermin
mata atau mendapatkan rawatan doktor pakar.
 Kategori masalah penglihatan:
1. Buta yang langsung tidak dapat melihat.
2. Separuh buta yang kabur penglihatan.
3. Rabun (astigmartisme).
4. Juling (strabismus).
KANAK-KANAK BERMASALAH
PENGLIHATAN (SAMBUNG):
5. Mata malas (amblipia).
6. Nampak dua (diplopia).
7. Tekanan biji mata merosakkan urat saraf mata
(glaukoma).
8. Sensitif pada cahaya (albinisme).
9. Rabun jauh (myopia).
10. Rabun dekat (hyperopia).
Ciri-ciri yang boleh dilihat pada kanak-kanak:
-Selalu pusing kepala sebelah, selalu mengecikan mata,
kerap gosok mata, selalu terlanggar objek dan keliru
dengan huruf.
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS:
Kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan
boleh menerima pelajaran lebih awal/cepat daripada kanak-
kanak normal.
IQ lebih tinggi dari kanak-kanak biasa (IQ 120 ke atas).
Ciri-ciri yang boleh dilihat:
- Daya ingatan yang kuat, dapat berfikir secara logik,
fleksibel/meluas, mempunyai daya cipta, berupaya memberi
idea dan rekaan baru di samping mempunyai stamina yang
kuat.
- Menghadapi masalah psiko-sosial/masalah pergaulan,
kelakuan, emosi, masalah perkembangan bahasa yang lambat,
perbendaharaan kata yang keras, menyoal bertalu-talu, suka
bergaul dengan orang yang lebih tua dan suka mencari helah.
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN IBU
BAPA YANG ADA ANAK ISTIMEWA?
1.Fikirkan secara positif:
 Anak adalah anugerah Tuhan.
 Menjadi ibu bapa yang berbeza dengan
ibu bapa lain kerana mempunyai
kekuatan, kesabaran dan lebih baik
dalam menyayangi anak istimewa ini.

2. Kehadiran anak istimewa memerlukan


kekuatan dan ketabahan untuk:
 Menerima kehadirannya.
 Menyayanginya.
 Mendidiknya.
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBINA
KECEMERLANGAN ANAK ISTIMEWA:
1. Sikap ambil berat terhadap kehendak dan naluri
anak istimewa.
2. Fungsi/peranan sebagai ibu bapa anak istimewa.
3. Menghargai anak istimewa.
4. Menjalin hubungan rapat dengan ibu bapa anak
istimewa yang lain.
5. Menjalinkan hubungan baik dengan guru.
6. Menyertai persatuan ibu bapa sekolah.
7. Menyertai persatuan sokongan ibu bapa dan guru
pendidikan khas.
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBINA
KECEMERLANGAN ANAK ISTIMEWA
(SAMBUNGAN):
8. Penglibatan dalam aktiviti yang dijalan/anjuran
kelas pendidikan khas.
9. Strategi untuk karier/hala tuju anak istimewa.
1. Sikap mengambil berat terhadap
kehendak dan naluri anak istimewa:
 Kehendak jasmani seperti makan, minum, pakaian dan tempat
tinggal.
 Kehendak rohani:
- Mahukan keamanan seperti mahu berdampingan dengan ibu
bapa, elakkan rasa takut dan selamat.
- Memerlukan kasih sayang ibu bapa.
- Mahukan pengakuan iaitu diiktiraf sebagai seorang yang
berharga.
- Memerlukan kebebasan iaitu tidak mahu terlalu dikongkong.
- Memerlukan kawalan dan penjagaan.
- Memerlukan kejayaan dan perangsang.
 Kegagalan peka pada keperluan anak mengakibatkan
wujudnya perasaan rendah diri dan berasa diri tidak dihargai.
 Anak istimewa adalah insan yang paling sensitif berbanding
dengan anak yang lain.
2. Fungsi/Peranan sebagai ibu bapa
anak istimewa:
 Sebagai pemerhati anak sejak kecil yang menjadi
maklumat penting untuk para profesional.
Maklumat itu menjadi teras bagi program
pendidikan (ciri-ciri/kategori masalah anak).
 Mengambil peranan yang aktif dalam proses
pendidikan terutamanya semasa peringkat
prasekolah. Ibu bapa mungkin akan mendapat
maklumat mengenai kemahiran pengurusan diri,
praakademik, moboliti dan komunikasi.
 Latihan, ibu bapa dapat mengukuhkan
pembelajaran yang pernah dipelajari oleh anak
supaya dapat diaplikasikan di rumah.
3. Menghargai anak istimewa:
Ikhlas menerimanya, kerana dia zuriat serta amanah
kepada ibu bapa untuk mendidiknya. Mengenali apa
yang boleh dan tidak boleh dilakukannya.
Menjadi ibu bapa, sahabat dan orang yang paling
rapat dengan dirinya.
Mendidik anak istimewa dengan sabar. Setiap
kesabaran pasti membuahkan hasil yang baik.
Berikan tanggungjawab padanya, usah
memanjakannya secara berlebih-lebih kerana boleh
merosakkan dirinya. Contoh: Menyuruh sapu lantai
dan tunjuk cara yang betul dan berilah pujian sebagai
perangsang juga penghargaan.
Sambungan:
Titikberatkan potensi anak istimewa. Kembangkan
potensi yang ada dan bentuk anak dengan kelebihan
yang ada.
Berikan masa. Anak istimewa memerlukan masa yang
agak lama bagi menguasai sesuatu perkara. Ibu bapa
perlu banyak bersabar dalam melatih mereka
sekiranya inginkan mereka berjaya.
Kenali bakat istimewanya. Ibu bapa perlu mengenal
pasti bakat istimewa anaknya. Ini akan dapat
meningkatkan harga dirinya. Pujian dan semangat
yang diberi akan membentuk strategi yang akan dapat
membantunya mengatasi masalahnya.
4. Menjalin hubungan rapat dengan ibu
bapa anak istimewa lain:
Mereka lebih memahami.
Dapat bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman
yang mungkin boleh membantu.
Meringankan bebanan kerana boleh meluahkan
segala yang gusar di hati.
Pelbagai aktiviti boleh dibuat bersama-sama. Contoh:
menganjur perkelahan yang mana anak istimewa juga
bermain dengan rakan senasib serta kawan yang lain.
Ini dapat membantu meningkatkan pergaulan serta
keyakinan diri untuk bergaul dalam hidup
bermasyarakat.
5. Menjalin hubungan baik dengan guru
pendidikan khas:
Wujudkan hubungan baik dengan guru kerana guru
adalah orang kedua yang akan membantu anak
istimewa ini.
Perlu memaklumkan segala tingkah laku anak supaya
guru dapat membantu mengawasi serta mengubah
tingkah laku yang tidak diingini bersama-sama.
Dapat memfokuskan kepada perkembangan jangka
panjang anak istimewa.
Komunikasi dengan guru adalah kunci kejayaan
kerana guru mempunyai perspektif dan idea bagi
membantu anak istimewa.
6. Terlibat dengan persatuan ibu bapa:
Perlu memainkan peranan yang aktif dalam
Persatuan PIBG kerana ibu bapa dapat memberi
pelbagai cadangan yang dapat membantu
meningkatkan kecemerlangan anak istimewa ini.
Contoh cadangan:1.-Menyediakan pusat sumber khas
dengan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan anak
berkeperluan khas.
Contoh cadangan:2.-Bina taman permainan yang
dapat melatih kemahiran motor dan bersosial.
Kalau bukan ibu bapa yang membela anak siapa lagi.
7. Terlibat dengan persatuan sokongan
ibu bapa dan guru pendidikan khas:
Gabungan ibu bapa anak istimewa dengan
mewujudkan Persatuan Ibu bapa-Guru pendidikan
khas dapat menjalankan pelbagai aktiviti /projek khas
untuk anak istimewa.
Dapat berkongsi maklumat dan isu semasa mengenai
bidang pendidikan khas.
Dapat bergabung dengan ibu bapa lain untuk
membawa sesuatu yang baru demi kebaikan anak.
Kursus atau seminar boleh dianjurkan bagi
meningkatkan ilmu dalam pendidikan untuk anak-
anak istimewa.
8.Penglibatan anak dengan aktiviti yang
dianjur pihak sekolah/pendidikan khas:
Memberi kerjasama dengan memberi kebenaran anak
terlibat dengan segala aktiviti yang dijalankan oleh
pihak sekolah. Contoh: Sukan, permainan,
perkhemahan dan sebagainya.
Ini kerana sikap takut anak akan tercedera oleh ibu
bapa akan menyekat perkembangan serta
pengalaman anak untuk memajukan diri serta
memberi keyakinan kepada mereka.
Segala penglibatan adalah untuk membina
kecemerlangan anak istimewa.
9. Strategi untuk karier/hala tuju anak
istimewa:
Ibu bapa perlu memikirkan strategi bagi membantu
anak di masa hadapan.
Karier yang sesuai untuk ibu bapa mungkin tidak
sesuai dengan anak istimewa.
Perlu melihat dan meneroka minat ke arah mana anak
itu lebih cenderung. Contoh:1. Ke arah pertukangan-
hantarlah ke bengkel perabot dan sentiasa beri
semangat. Contoh:2. Jika ke arah masakan-hantar ke
kedai makan untuk menimba pengalaman.
Ibu bapa perlu meluangkan masa dan berusaha lebih
jika inginkan yang terbaik untuk anak.
Strategi untuk karier/hala tuju anak
istimewa (sambungan):
Mengenal pasti karier bertujuan membentuk peribadi
dan sikap positif dalam diri anak tersebut. Mereka
perlu diajar betapa pentingnya berusaha dalam hidup
untuk mencari sesuap nasi.
Contoh bidang yang boleh diceburi :
1. Bidang perkhidmatan.
2. Bidang separuh mahir.
3. Bidang pertanian.
4. Bidang industri sederhana atau kecil.
Bidang perkhidmatan:
Perhotelan (house keeping departmen, kitchen,
bellboy).
Pekerja am.
Bengkel mencuci kereta.
Kedai dobi.
Gedung perniagaan atau pasar raya (mengangkat,
menyusun, melabel).
Kedai fotostat.
Stesen minyak.
Restoran.
Gunting rambut.
Salun kecantikan.
Bidang separuh mahir:
Pertukangan seperti membuat perabot.
Pembinaan seperti menyusun bata, membancuh
simen.
Jahitan seperti jahitan butang, sembat dll.
Perkilangan seperti pemasangan, pengasingan.
* Semua kemahiran di atas telah diajar ketika di
sekolah.
Bidang pertanian:
Menternak-ayam, itik, kambing, lembu.
Hidrofonik- mencampur baja, menyemai dan
memetik buah.
Berkebun- mencangkul, merumput, menyiram dan
membaja.
* Semua kemahiran di atas telah diajar di sekolah.
Bidang industri sederhana dan
kecil:
Kraftangan – mewarna, mencelup, anyaman.
Batik- mencanting, menjemur, melipat.
Pemprosesan makanan ringan- memotong,
membungkus.
Industri di rumah- pemasangan, pengasingan.
• Semua aktiviti yang disenaraikan telah diajar ketika di
sekolah.
AKTIVITI YANG BIASA DILAKUKAN
BERSAMA ANAK ISTIMEWA:
Aktiviti gotong royong ibu bapa anak istimewa
bersama guru.
PENUTUP:

Sebagai insan biasa yang serba kekurangan,


kanak-kanak istimewa amat memerlukan
sokongan dari pelbagai pihak terutamanya
dari ibu bapa mereka. Mereka perlu berusaha
untuk meneruskan kehidupan di kemudian
hari dan menjadi individu yang
bertanggungjawab kepada diri sendiri,
masyarakat dan negara.
RENUNGILAH KATA-KATA INI:
“Apabila kita tidak mencari sesuatu, kita tidak dapat
menemui sesuatu”

“Apabila kita bersyukur, kita berusaha memberikan


yang terbaik sebagai tanda terima kasih kita pada
Tuhan”

“Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan perkara


yang lebih sempurna”
“ Sabar dalam melayani mereka dan kita akan gembira
bersama mereka”

“Kasih sayang kita padanya ibarat hujan yang subur


menyirami tumbuh-tumbuhan”

“Semua perkara boleh diajar kepada sesiapa sekali pun”

“Hormatilah dia kerana dia juga seorang makhluk


Tuhan yang berhak dihormati”
TERIMA KASIH
“MEMBINA KECEMERLANGAN ANAK ISTIMEWA”
RUJUKAN:
 K.A. Razhiyah (2006).Anak Istimewa Panduan Bagi Ibu Bapa Membesarkan Anak
Istimewa.Kuala Lumpur:PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd

 Dr. Wan Zah Wan Ali(2009).HBEF2103 Psikologi Pendidikan.Selangor Darul


Ehsan:Open University Malaysia

 Abdullah Yusof (2009).HBSE1103 Pengenalan Pendidikan Khas. Selangor Darul


Ehsan: Open University Malaysia

 http://www.phkks.org/bm/info_syndrom.html
 Images.catachip.multiply.multiplycontent.com/…/kanak-kanak%20berkeperluan
%20khas%20di%peringkat%20awal%20kanak-…
 http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?
lang=kanak&sub=0&bhs=may&storyid=1154953166647
 http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/EPILEPSI.pdf
 http://pkbp.smkintan.edu.my/index2.php?option+com_content&do_pdf=1&id=117
 http://www.scribd.com/doc/22848672/PENGURUSAN

You might also like