You are on page 1of 4

Undang-undang merupakan satu set peraturan yang konsisten dan menyeluruh diterbitkan

secara meluas.diterima secara umum dan biasa dikuatkuasakan.Undang-undang juga


ialah “apa yang mesti kita lakukan”.1

Undang-undang merupakan pengaruh yang paling menyerap dalam kehidupan


kita,melibatkan dalam hamper semua perkara kita lakukan.
Undang-undang didefinisikan sebagai peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh badan
pemerintah sesebuah negara.2

Menurut ahli falsafah undang-undang ialah suatu peraturan mengenai tingkah laku
manusia yang dikenakan dan dikuatkuasakan terhadap setiap ahli di dalam sesebuah
negara3

Undang-undang bagi masyarakat moden merujuk kepada undang-undang yang digubal


oleh badan perundangan(parlimen) yang mana terdiri daripada perintah,arahan dan
prinsip yang 4mengawal tingkah laku individu,agensi dan perbadanan serta masyarakat.

Undang-undang diklasifikasikan kepada undang-undang awam,undang-undang


antarabangsa dan undang-undang persendiraian.

1
Nota kuliah-Rojanah Kahar
2
Kenegraan Malaysia-Md Bohari Ahmad
3
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
4
John Austin (ahli falsafah undang-undang)
Tujuan undang-undang diwujudkan ialah untuk 1mencapai keadilan dalam
masyarakat.Keadilan merupakan idea yang abstrak mengenai betul dan salah,keadilan
dan kesamarataan.Selain itu,tujuan satu-satu undang-undang itu ialah menggalakkan ahli
masyarakat melakukan sesuatu yang baik dan adil dalam mana-mana keadaan tertentu.

Undang-undang bukan sahaja berkhidmat untuk masyarakat,malah ia merupakan hasil


dari proses interaksi sosial.Undang-undang itu menggambarkan masyarakat itu sendiri
dari aspek ekonomi,politik,sosial dan nilai-nilai moral.

Nilai-nilai masyarakat majmuk seperti di Malaysia adalah berbeza dengan masyarakat


Jepun,Saudi Arabia dan lain-lain,yang merupakan masyarakat homogenous.Maka dengan
ini adalah wajar undang-undang di Malaysia berlainan dengan undang-undang di negara-
negara lain.Jika mahukannya dapat berfungsi di negara ini,seperti undang-undang di
negara lain,undang-undang di Malaysia perlulah dibentuk atau di gubal berdasarkan
ethos,sejarah dan budaya tempatan.

Undang-undang yang selaras (coincide) dengan idea seseorang mengenai keadilan


berkemungkinan besar dihormati,dipatuhi dan dilaksanakan.Sebaliknya pula,apa yang
dilihat sebagai adil hari ini,mugkin tidak adil pula pada masa depan kerana norma hidup
manusia berubah-ubah dari semasa ke semasa.

1
Kenegaraan Malaysia-Md Bohari Ahmad
Undang-undang awam ialah mengawal hubungan antara individu dengan negara.

 Undang-undang perlembagaan ialah menetapkan hak individu dalam


negara,ketinggian parlimen,hak asasi rakyat dan hak warganegara.

 Undang-undang jenayah ialah soal kesalahan-kesalahan yang dilakukan


oleh individu terhadap negara.

Undang-undang antarabangsa ialah undang-undang yang melibatkan hubungan sebuah


negara dengan negara lain.

 Undang-undang antarabangsa awam ialah undang-undang yang


mengatasi sempadan antarabangsa antara dua negara.

 Undang-undang antarabangsa persendirian dikenali sebagai ‘konflik


undang-undang’sebahagian daripada undang-undang
perbandaran.Mengandungi peraturan yang memandu seseorang hakim di
dalam kes yang banyak undang-undang negara lain terlibat.
Undang-undang persendirian ialah perkara-perkara yang menjejaskan hak-hak dan
tanggungjawab individu di kalangan sesama mereka

 Kontrak ialah perjanjian (bila satu-satu janji @ beberapa set janji yang
berkuatkuasa dari segi undang-undang).Elemen-elemen penting adanya
tawaran,penerimaan tawaran dan lain-lain berkaitan dengan kontrak.Setiap
kontrak mestilah dipatuhi mengikut undang-undang.

 Tort ialah berasaskan obligasi yang dikenakan oleh undang-


undang.Merupakan pelanggaran@salah laku tugas am yang dikenakan
oleh undang-undang seperti fitnah dan kecuaian.

 Amanah ialah obligasi bersama @ sama rata mengikut seseorang


pemegang amanah untuk menjaga harta yang dia punyai kuasa
mengawalnya seperti harta amanah bagi faedah pewaris.

You might also like