You are on page 1of 2

Karangan Contoh forum

Tajuk: Rasuah

Pengerusi Forum : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Guru-guru dan rakan sekelas. Pada
pagi ini kita bersyukur kerana berpeluang membincangkan satu lagi masalah sosial yang saya
kira semakin kronik jika tiada usaha langkah yang drastik diambil untuk menanganinya. Tanpa
melengahkan masa, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel, iaitu di sebelah kiri saya ialah
saudara B dan dibelah kanan pula ialah saudara C. Tajuk forum pada pagi ini ialah "masalah
rasuah di Negara malaysia". Seterusnya saya mempersilakan ahli panel pertama kita, iaitu
saudara B memberi definisi rasuah dan ciri-cirinya.

Saudara B : Assalamualaikum dan terima kasih saudara pengerusi. Berdasarkan laman web
suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM), rasuah merupakan suatu perbuatan yang
melibatkan pemberian dan penerimaan wang atau barangan tertentu dengan niat untuk
mengelakkan tindakan diambil atau mendapat keistimewaan. Amalan rasuah ini melibatkan
semua lapisan masyarakat sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. Antara jenis sokongan
pula adalah dalam bentuk material seperti wang, kereta, dan rumah, dan bentuk hiburan seperti
wanita, melancong ke luar negeri dan sebahagainya.

Saudara C : Menurut Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan amalan
rasuah sebagai barah dan jika dibiarkan akan menyebabkan sesebuah kerajaan runtuh dan sekali
gus menjatuhkan imej Negara di mata antarabangsa.

Pengerusi : Kita sudah jelas mengenai isu rasuah. Sekarang apakah pendapat ahli panel kita
mengenai punca rasuah?

Saudara B : Saudara pengerusi. Izinkan saya mencelah sedikit. Punca utama ialah pengaruh
rakan. Apabila melihat rakan sekerja menerima rasuah dan menikmati pelbagai kemewahan
hidup tanpa dikenakan sebarang tindakan, seseorang itu akan terpengaruh untuk menerima
rasuah. Tekanan di tempat kerja ini mampu mengganggu perasaan, apatah lagi jika pegawai
atasan juga turut terlibat. Tanpa berfikir panjang, seseorang itu akan mudah terpengaruh dan
turut mengamalkan rasuah kerana ingin cepat menikmati kemewahan hidup di dunia yang fana
ini.

Pengerusi : Mungkin saudara C ingin menambah pendapat mengenai punca rasuah?

Saudara C : Pengerusi, saya bersetuju dengan pendapat saudara B. Selain itu , Undang-undang di
Negara kita pula lemah menyebabkan ramai orang tidak takut atas hukuman yang dikenakan.
Contohnya, tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-
pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan
satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Di
samping itu, Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu
untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana golongan penerima duit kopi ini sedar bahawa
mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang diterima oleh mereka itu setelah keluar dari
penjara.
Pengerusi : Terima kasih saudara C, saya berharap kita semua boleh berganding bahu untuk
mencegah rasuah dan jangan menbiarkannya berakar umbi dalam sanubari rakyat Malaysia.
Lagipun, masalah ini semakin serius. Apakah pandangan saudara B berhubung dengan langkah-
langkah mengatasinya?

Saudara B : Kerajaan perlu memgubah sikap kakitangan awam dan swata agar lebih amanah dan
bertanggungjawab. Slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” yang diperkenalkan oleh mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu dihayati oleh semua kakitangan awam dan
swasta. Perkhidmatan kaunter telah pun diperkenalkan di kesemua pejabat kerajaan untuk
mengelakkan sebarang amalan memberi dan menerima "wang kopi". Kerenah birokrasi juga
hendaklah dikurangkan ataupun dihapuskan bagi mewujudkan perkhidmatan yang lebih cekap
dan berkesan. Hal ini pernah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika
berucap di Parlimen baru-baru ini.

Pengerusi : Terima kasih saudara B. Nampaknya, saudara C ada sesuatu yang hendak diucapkan.
Silakan.

Saudara C: Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang agar masyarakat sedar
betapa bahaya dan seriusnya masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk
keselamatan Negara. Dendaan yang lebih berat dan hukuman penjara diperuntukkan dalam Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang baru diluluskan di Parlimen baru-
baru ini mampu menakutkan gologan berkenaan. Pihak mahkamah juga disarankan agar
mengenakan hukuman maksimum. Kuasa yang lebih untuk bertindak terhadap orang ramai yang
enggan bekerjasama den pihak SPRM juga boleh mengubah sikap orang rami yang selama ini
enggan bekerjasama. Pemberi maklumat juga perlu diberi ganjaran yang lumayan. Mereka juga
harus mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa.

Pengerusi : Terima kasih saudara C, dan saya kira kita sudah berada pada penghujung forum.
Sebagai rumusannya, saya kira masalah rasuah di Negara kita merupakan masalah yang serius
dan perlu ditangani segera. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak dapat menbantu kerajaan
menangani masalah ini. Di samping itu, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih yang
setinggi-tinggi kepada ahli-ahli panel. Namun, apakan daya masa tidak mengizinkan kita
berbicara dengan lebih lanjut. Sekian, terima kasih.

You might also like