BIODATA TUN TAN CHENG LOCK Tun Dato Sri Tan Cheng Lock (Cina Ringkas: 陈祯禄; Cina

Tradisional: 陳禎祿; pinyin: Chén Zhēnlù, 5 April 1883-13 Disember 1960) ialah seorang pemimpin politik Cina di Tanah Melayu yang merupakan presiden pertama Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) pada tahun 1949. Dalam tempoh hampir 40 tahun, Tan memberikan pimpinan dan berjuang untuk politik, pendidikan, dan kebajikan masyarakat orang-orang Cina di Tanah Melayu. Dalam perjuangannya, beliau mempergunakan arena-arena politik dan ekonomi. Selain daripada menggunakan perdebatan, ucapan, kritikan dan ulasan, beliau juga mempergunakan memorandum dan petisyen dalam pengemukaan persoalanpersoalan. Seorang peranakan yang, berbeza dengan pendatang-pendatang Cina di Tanah Melayu, merupakan rakyat British, ini adalah asas untuk kebangkitan pengaruh beliau di bawah pemerintahan British. Kehidupan awal Dilahirkan di Jalan Heeren, Melaka, Tan ialah anak ketiga dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh adik beradik. Pada tahun 1899, beliau memperoleh pendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles di Singapura. Selepas persekolahan, Tan bertugas sebagai seorang guru selama enam tahun sebelum meletakkan jawatannya untuk menjadi Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang Berhad, sebuah ladang getah yang dimiliki oleh saudara sepupunya. Pada tahun 1909, beliau memulakan syarikat sendiri yang mula-mulanya digelarkan Ladang Getah Melaka Pindah Berhad dan kemudiannya, Ladang Getah Melaka Bersatu Berhad dan akhirnya Ladang Ayer Molek Berhad. Pada tahun 1913, Tan berkahwin dengan Yeo Yeok Neo, anak kepada Yeo Tin Thye, Presiden Persatuan Hokkien Melaka. Mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki, Tun Tan Siew Sin (bakal Menteri Kewangan Malaysia) dan empat orang anak perempuan. Kerjaya politik Pada tahun 1912, Tan dilantik oleh kerajaan British sebagai Pesuruhjaya Majlis Melaka serta Jaksa Pendamai Melaka. Beberapa bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar untuk bandar-bandar dan Pelabuhan Melaka. Pada tahun 1914, Tan menghidupkan semula pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka dan menjadi ahli biasanya sehingga 1919. Pada tahun berikutnya, iaitu 1915, beliau menghidupkan semula Persatuan Orang Cina Peranakan-British (SCBA), sebuah persatuan di Melaka yang bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat, dan dipilih sebagai Presidennya. Pada tahun 1923, Tan dipilih sebagai Ahli Tak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat, satu "jawatan" yang beliau menyandang sehingga 1934. Ketika Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942, Tan melarikan diri ke India [1] dan tinggal di sana sehingga 1946. Semasa di sana, Tan melahirkan gagasan untuk mencipta sebuah parti politik Cina

Disebabkan penentangan oleh orang-orang Melayu.S. Bersama-sama dengan rakan-rakannya. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. dan • bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Semua pemimpin parti politik sayap kiri ditangkap. 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Kempen-kempen itu menarik hampir 200. Malayan Union dibentuk secara rasmi pada 1 April 1946. pihak British membubarkan Malayan Union dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Oleh sebab Tan bukan dianggap sebagai seorang sayap kiri.S.000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun. Lee. . IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa.di Tanah Melayu. Pemusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H. Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan bersenjata dan memaksakan kerajaan Tanah Melayu mengisytiharkan Keadaan Darurat. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Tan menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) dan bekerjasama dengan Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA) di bawah pimpinan PKMM. Persoalan ini kemudian dimasukkan oleh pihak British sebagai salah satu prinsip dalam penubuhan Malayan Union. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Dasar ini dibantah oleh komuniti-komuniti perniagaan. Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) Pada 27 Februari 1949. menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). beliau terselamat. • melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952. Sebagai Presiden MCA. Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan kewarganegaraan. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk: • menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union menyebabkan Tan dan Parti Komunis Malaya (CPM) bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar. Pada tahun 1952. hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang. bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H. • bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme. Tan. selaku ketua MCA. Beliau kemudian memulakan Persatuan Cina Perantauan India (OCAI) yang mengirimkan memorandum kepada Pejabat Penjajah untuk memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang bukan dilahirkan di Tanah Melayu.

UMNO.Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos 1953. Meninggal Dunia Beliau meninggal dunia pada 13 Disember 1960 di Hospital Besar Melaka akibat sakit jantung ketika berumur 77 tahun. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA. . dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis Perlembagaan Persekutuan. dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman.

T. Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai. satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1955. sebuah parti politik Malaysia. Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar. Biografi ringkas Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput. Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan. Negeri Perak. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society). Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara. Tun V. terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Seterusnya pada tahun 1959.18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC). Pada tahun 1973. Perak. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta. nama Sambanthan telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia. Sejak kecil lagi. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Bagi mengenang jasanya kepada negara.BIODATA TU V. akibat penyakit jantung. Telekom dan Pos. Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh. Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun. begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan. Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979.T SAMBANTHAN Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 . Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. . Kuala Lumpur. Negeri Perak.

Pekan. ialah penggantinya sebagai Perdana Menteri ketiga. Disebabkan keupayaan politiknya. Abang ipar Abdul Razak. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK). Anak sulungnya. beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan". dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir. Pendidikan Sejak di sekolah rendah lagi. Perak.14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Mohamed Nizam. Sewaktu menuntut di England. Abdul Razak bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Bagaimanapun. Abdul Razak menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik.BIODATA TUN ABDUL RAZAK Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 . Abdul Razak juga menubuhkan "Forum Malaya". beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles. Selepas peperangan. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan ketua-ketua suku kaum Pahang. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Tun Hussein Onn. Singapura pada 1940. Allahyaraham Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Pada tahun 1950. Pahang. Selepas kematiannya. menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2009. Dua tahun kemudian. beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Kehidupan peribadi Dilahirkan di Pulau Keladi. Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Abdul Razak menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London. beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO. Bersamping itu. Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undangundang. Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Kerjaya Selepas kepulangannya. Abdul Razak berkhidmat sebagai Penolong . pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II. Pada tahun 1939.

dan disemadikan di Makam Pahlawan. berdekatan dengan Masjid Negara. Abdul Razak termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971. beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun. dan • menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum. pada Februari 1955. Selepas pilihan raya umum 1959. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. Disebabkan sebahagian oleh penyakit leukemia. puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku Abdul Rahman serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan. Selepas kematiannya. Abdul Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Abdul Razak mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 sebagai gantian untuk Parti Perikatan. Pada 22 September 1970.Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian. Kuala Lumpur. . Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955. iaitu mengurangkan dan pada akhirnya: • menghapuskan kemiskinan. Abdul Razak meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. NEP menetapkan dua sasaran yang asas. Abdul Razak menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan Menteri Pertahanan. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah". Abdul Razak juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British.

Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil. dan pada tahun 1934. Seorang kerabat diraja Johor. tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.26 Ogos 1951. parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Walaupun demikian. Kerjaya politik Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British. sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Pada 1 . tanpa mengira kaum.4 Mac 1946. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos. Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 . Malangnya. dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO. Menteri Besar Johor yang pertama. Hasil daripada mesyuarat ini. Semasa zaman Pendudukan Jepun. Di bawah kepimpinannya. kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama. Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam . Oleh sebab cadangan itu ditentangkan. beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Disamping itu. Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad. UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun. beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. 1951. Pada tahun 1954.BIODATA DATO` ONN JAAFAR Kehidupan awal Beliau dilahirkan di Bukit Gambir. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu. Pada 1 Oktober 1946. Bagaimanapun. 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman. Johor Bahru. serta memberi hak istimewa Melayu. Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Tiga tahun kemudian. dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu.

Johor. Johor Bahru. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah. dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. . beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.politik. Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein. Akhirnya.

Tunku biasa mengendap burung dan melastik. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.BIODATA TUNKU ABDUL RAHMAN Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955. Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. . telah pun berumur 30 tahun ketika itu. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan. Kehidupan peribadi Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat. Biasa berbahasa Siam di rumah. Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Pada tahun 1915. Alor Setar. beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". Alor Setar. seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara. Akhirnya. seorang pegawai daerah Thailand. Biasanya dikenali sebagai "Tunku". Di sini. Sultan Kedah yang ke-24. beliau membantah kepada William Peel. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Semasa kecil. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Bondanya Cik Menyelara. Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf. ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb). Seorang yang aktif. Pengganti Sultan Kedah. beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet. abang sulungnya. Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah. serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya. Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Pendidikan Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu. beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang. Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun. Penasihat British kepada Kedah. beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu.

Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Pada 9 Disember 1941. Bagi beliau. Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun. beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Semasa itu. di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931. Pada 1940. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Semasa beliau dihantar ke England. Penasihat British sewaktu itu. Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Berpakaian Tentera Utara Australia. Taib Andak. yang berumur 26 ketika itu. Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya. Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu. Pemangku Raja Kedah. Sewaktu tempoh itu. Tunku agak kebaratan. Semasa Jepun memerintah. dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Pada tahun 1937. sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). dipilih sebagai setiausaha. Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. . dan Abdul Razak. Pada 19 Disember 1941. Davies dan George Brown. Selepas pemulangannya. dekat dengan Kulim. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun.Dari segi berpakaian. Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Ketika di England. Tunku Badlishah. H. seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim. Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata. Ivor Jenning (Sir). Pada tahun 1938. Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus. Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah. tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa.V. Pada tahun 1927. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Mula-mulanya. siap dengan tengkolok. tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah. seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya. Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya.

dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Laluan ke kemerdekaan Pada tahun 1954. semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengahtengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. seorang calon Parti Liberal. Pada tahun berikutnya. kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun. pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976. beliau berjaya. Sebagai Perdana Menteri Selepas kemerdekaan. beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC). Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya.Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Pada tahun yang berikut. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Sarawak. Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Sabah. Pada kali ini. Kerjaya politik Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949. Bagaimanapun. Pada Ogos 1951. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.Pada tempoh itu. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu. Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik.Seorang yang bersemangat kesukanan. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. percubaan sulung itu tidak berjaya. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith. dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di . Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada tahun 1955. dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Singapura. Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya.

sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM). dan pada 22 September 1970. Pada 7 Ogos 1965. Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. dan MAGERAN. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku. pada 8 Ogos 1967. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar. mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat. Perhimpunanperhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965. beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Pada tahun 1961. Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu. Kegiatan Islam Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960. Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya. Untuk mengatasi kebimbangan itu. iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Pada 16 September 1963. majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya. Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya. Bagaimanapun.Singapura. faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Dalam Pilihan Raya Umum 1969. sebuah jawatan kuasa darurat. . Sebagai gerak balas. diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei. Dalam perkataannya. walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO.

dan disemadikan di Makam Diraja Langgar. Ruang-ruangnya. tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru.Pada 1961. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. dan pada tahun 1987. tetapi sewaktu itu. Alor Star. Dalam tahun-tahun terakhirnya. "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan. Pada 1969. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO. Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama. Tunku menjadi pengerusinya. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988. Kehidupan kemudian Pada 1977. Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia". Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87. suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951. Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. kesihatannya telah merosot. sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990. setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star. dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful