P. 1
Konsep Penilaian Pengujian Dan Pengukuran Repaired)

Konsep Penilaian Pengujian Dan Pengukuran Repaired)

|Views: 554|Likes:
Published by Siti Mastura Yunus

More info:

Published by: Siti Mastura Yunus on Nov 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/16/2013

pdf

text

original

1.

0

PENGENALAN

Kursus BMM 3103 memfokuskan kepada konsep dan prinsip pengujian, penilaian, dan pengukuran serta teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor. Di samping itu, mata pelajaran ini juga turut mengandungi jadual spesifikasi ujian, pembinaan ujian, jenis dan kaedah penilaian bahasa serta penilaian kemahiran bahasa dan tatabahasa.

Tugasan yang diberikan pada kali ini bertujuan supaya guru pelatih dapat menghasilkan folio yang memperlihatkan kefahaman kami tentang konsep pengujian dan pengukuran. Selain itu, supaya kami dapat menjelaskan domain kognitif taksonomi Bloom dan membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) serta item ujian Bahasa Melayu.

Oleh itu, kami harus mendapatkan terlebih dahulu pelbagai maklumat dari semua sumber yang berkaitan tentang konsep pengujian, penilaian dan pengukuran serta domain kognitif taksonomi Bloom. Kemudian menghuraikan dan menjelaskan tentang konsep pengujian, penilaian dan pengukuran serta domain kognitif taksonomi Bloom. Seterusnya, menghasilkan soalan berasaskan JSU dan menulis refleksi.

2.0

KONSEP PENILAIAN, PENGUJIAN DAN PENGUKURAN

Penilaian dan pengukuran merupakan satu istilah yang biasa digunakan untuk membawa maksud yang sama. Seorang guru haruslah mempunyai fahaman yang jelas tentang maksud pengujian dan penilaian. Penilaian dan pengujian juga sering kali melibatkan pengukuran. Sehubungan itu, pengujian, pengukuran dan penilaian adalah saling berkaitan antara satu sama lain. 1

2.1

Konsep Penilaian

Penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi mempertimbangkan pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

Dari sudut pengajaran dan pembembelajaran di sekolah, penilaian juga boleh dikatakan secar ringkasnya sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dicapai. Penilaian ini boleh dijadikan sebagai satu alat penilaian supaya guru dapat memastikan sejauh mana kefahaman murid terhadap pelajaran di kelas.

Menurut Azizi Ahmad & MOhd Isha Awang (2008) penilaian ialah konsep yang digunakan dalam pelbagai bidang yang mempunyai matlamat tersendiri. Hal ini bermakana, setiap guru mempunyai matlamat tersendiri dalam setiap pengajaran yang ingin disampaiakn seperti berharap objektif pengajaran tercapaiaku kepada yang lebih baik dan sebagainya. Oleh itu, melalui penilaianlah guru dapat menilai adakah matlamat mereka tercapai. Anggaran boleh dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.

2.2

Konsep Pengujian

Menurut Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2008) pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrument atau prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid. 2

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perilaku atau tigkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem berkategori. Hasil setiap jawapan yang diberikan oleh murid, satu ukuran iaitu market (skor) akan diberikan kepada individu berkenaan.

Seseorang guru dapat mengetahui sama ada murid telah menguasai kemahiran yang dipelajari bermula dari peringkat persediaan, diikuti peringkat pelaksanaanujian dan berakhir dengan pemeriksaan hasil uijan.

Pengujian juga bermaksud memperolehi maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem. Contohnya, guru meminta murid meminta mengisi borang biodata diri supaya guru dapat mengenal murid dengan lenih dekat. Perkara ini boleh dikategorikan sebagai pengujian. Hal ini juga menunjukkan pengujian merupakan satu proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dapat dibuat tentang penguasaan murid dalam kemahiran yang dipeljari dalam kelas.

Uijian

merupakan

alat

ukur.

Ujian

digunakan

mengukur

µpenguasaan¶ murid dalam sesuatu pelajaran. Ujian harus mempunyai satu set tugasan berdasarkan kemahiran yang dipelajari bagi

merangasang murid untuk memperlihatkan tahap penguasaan mereka dalam pelajaran tersebut. Contohnya, dalam pelajaran bahasa Melayu.

Guru memberikan satu set instrument yang berkaitan bahasa Melayu kepada murid untuk menguji tahap penguasaan mereka. Sebagai 3

guru, kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajarn dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh

dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini boleh berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

2.3

Konsep Pengukuran

Pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut criteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Secara ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperolehi dengan ringkas dan mudah.

Pengukuran juga membawa maksud yang lebih meluas berbanding dengan pengujian. Hali ini bermakna, pengukuran bermaksud sebagai satu proses mendapatkan penjelasan secara numeric atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid-murid mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan instrument dirujuk dalam definisi oleh Azizi Ahmad & Mohd ISha Awang (2008).

Apabila seseorang murid itu , contohnya Ahmad mendapat mendapat markah 70 peratus dalam bahasa Inggeris. Kita sebagai guru tidak menyatakan prestasi Ahmad sama ada baik atau sebaliknya. Tetapi, kita hanya mengukur sahaja tanpa penilaian. Sehubungan itu, pengukuran hanyalah merupakan penentuan tahap atau status.

Pengukuran boleh dilakukan tanpa pengujian dan pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Contohnya, seseorang murid itu tidak boleh dikatakan tidak me memahami pelajaran walaupun dia tidak mendapat 4

markah yang tinggi begitu juga sebaliknya. Oleh itu, seorang guru mestilah menggunakan instrument yang tepat agar mendapat pengukuran yang tepat..

3.0

DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi merupakan satu pengelasan. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan taksonomi sebagai satu kajian tentang prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.Ia pertama kali disusun oleh Benjamin S.Bloom pada tahun 1956. Domain pula bermaksud cabang. Kognitif pula merupakan satu aspek yang berkaitan dengan pemikiran.

3.1

Aras-aras Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom membahagikan domain ini kepada enam aras iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan akhir sekali ialah penilaian. Aras-aras tersebut pula terbahagi kepada 2 aras iaitu aras rendah dan dan tinggi. Aras rendah ialah pengetahuan, kefahaman dan aplikasi manakala aras tinggi pula ialah analisis, sintesis dan penilaian. Aras-aras tersebut ditunjukkan dalam gambar rajah 1 di bawah.

5

Rajah 1: Aras-aras Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom penting dalam pembinaan soalan ujian kerana setiap aras tersebut bermula dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir.

3.1.1 Pengetahuan Aras ini merupakan aras paling rendah dalam Taksonomi Bloom dan aras yang amat mudah dalam soalan. Ia meliputi kebolehan untuk mengingat kembali perkara-perkara khusus dan universal, kaedah-kaedah dan proses, corak, struktur serta latar. Aspek tingkah laku yang diutamakan dalam pada peringkat ini ialah aspek daya ingatan untuk mengingat.

Aras pengetahuan juga terbahagi kepada tiga tahap iaitu pengetahuan tentang sesuatu perkara yang khusus seperti yang berkaitan dengan yang berbentuk perkataan atau simbol.

Contohnya simbol µ¶=¶¶ dalam Matematik bermasuk jumlah atau sama dengan. Seterusnya ialah pengetahuan tentang cara 6

mengendalikan sesuatu seperti pengetahuan tentang proses, aliran atau pemeringkatan, penjenisan, kriteria dan teknik atau prosedur dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, pengetahuan juga terbahagi kepada pengetahuan tentang perkara yang bersifat umum dan abstrak dalam sesuatu bidang, iaitu pengetahuan mengenai sesuatu prinsip, teori dan struktur sesuatu perkara.

Ciri-ciri soalan berdasarkan aras pengetahuan 1. Menggunakan proses mental. 2. Memerlukan maklumat atau kandungan yang serupa dengan pengajaran guru dan buku teks. 3. Soalan tidak memerlukan murid-murid mengolah isi dalam bentuk baru. 4. Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah. Kata tugas yang biasa digunakan Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan, siapa, apa, di mana, bila,definisi. Contoh soalan aras pengetahuan Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Amin ____________ basikal barunya ke sekolah. A) memandu B) menuntun C) membonceng D) menunggang D Jadual 1: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras pengetahuan, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan aras pengetahuan.

7

3.1.2 Kefahaman Kefahaman merupakan aras rendah yang kedua selepas aras pengetahuan. Ia juga merupakan aras pengelasan yang paling rendah dalam penaakulan dan merujuk kepada kebolehan untuk memahami dan menaakul bentuk-bentuk komunikasi serta boleh menggunakan idea dengan betul. Dalam aspek pemahaman, murid-murid akan mengubah bentuk pemahamannya dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol tertentu.

Pemahaman dibahagikan kepada tiga aspek iaitu kebolehan menterjemah sesuatu yang melibatkan bentuk komunikasi diubah kepada bentuk lain tanpa mengubah mesej asal komunikasi tersebut. Contohnya membuat ringkasan daripada sebuah petikan yang panjang.

Aspek pemahaman yang kedua pula ialah kebolehan menginterpretasi pelbagai bentuk komunikasi apabila mesej berkenaan dikemukakan dalam bentuk tersirat atau tersurat. Setelah murid-murid faham terhadap sesuatu perkara, mereka akan menterjemahkan apa yang difahami mengikut kefahaman mereka sendiri. Contohnya setelah murid-murid melakukan

eksperimen bagi menguji adakah cahaya boleh mempengaruhi proses fotosintesis. Setelah murid-murid mengetahui hasilnya, mereka akan menterjemahkan kefahaman mereka dalam bentuk jadual.

Seterusnya

ialah

aspek

ekstrapolasi.

Ekstrapolasi

bermaksud membuat anggaran atau aliran yang wujud daripada 8

komunikasi yang ditunjukkan. Contohnya murid-murid akan dapat menyimpulkan apa yang akan terjadi sekiranya hujan lebat turun berpanjangan. Ciri-ciri soalan berdasarkan aras kefahaman 1. Menggunakan proses mental untuk memahami melalui langkahlangkah seperti terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi. 2. Maklumat asas telah diberikan kepada murid. 3. Memerlukan objek, data, atau alat komunikasi yang lain untuk diterjemah, ditafsir dan dilanjutkan. 4. Murid mengolah dan mengemukakan kefahaman mereka dalam ayat mereka sendiri. Kata tugas yang biasa digunakan Huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan, nyatakan dalam ayat anda sendiri, pilih, terangkan, tulis semula. Contoh soalan aras kefahaman Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris. ³ Jangan mandi di lombong itu´, larang ayah kepada abang. A) Abang melarang ayah mandi di lombong itu. B) Ayah memberitahu abang supaya mandi di lombong itu. C) Ayah tidak membenarkan abang mandi di lombong itu. D) Ayah menjangankannya mandi di lombong itu. Jadual 2: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras kefahaman, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan kefahaman.

3.1.3 Aplikasi Aplikasi merupakan aras ketiga dalam Taksonomi Bloom. Abu Bakar Noordin (1986) mentakrifkan aplikasi sebagai penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan cara am dalam situasi khusus dan situasi umum. Pada 9

peringkat ini, murid-murid perlu menguasai ciri-ciri asas yang terdapat pada aspek-aspek penggunaan telah berkaitan sesuatu memahami agar item mereka dengan dapat betul. yang

mengaplikasikan Contohnya,

murid

faktor-faktor

mempercepat tempoh pengeringan. Oleh itu, bagi memastikan baju yang dijemur cepat kering, mereka akan menjemur pakaian mereka di kawasan yang berangin dan panas.

Soalan

pada

peringkat

ini

juga

memerlukan

murid

memahami, meneliti dan mengingat semula idea-idea daripada kandungan teks, mengaitkannya dengan pengetahuan dan

pengalaman sedia ada seterusnya menggunakannya semula dalam situasi baru yang berlainan daripada kandungan teks untuk tujuan member huraian atau menyelesaikan masalah.

Bloom (1971) berpendapat murid akan dapat menguasai peringkat aplikasi jika mereka dapat menyatakan alasan yang munasabah untuk menyokong penggunaan dalam sesuatu situasi. Selain itu juga, murid tersebut akan boleh menentukan sesuatu tindakan atau keputusan dalam situasi baru menggunakan prinsip dan generalisasi yang sesuai. Ciri-ciri soalan berdasarkan aras aplikasi 1. Menggunakan proses mental aplikasi. 2. Soalan objektif memerlukan tiga frasa, iaitu kebolehan

menggunakan, prinsip atau generalisasi dan masalah atau situasi baru. 3. Situasi soalan yang ditanya mestilah situasi baru dan tidak boleh sama dengan situasi yang biasa berlaku dalam bilik darjah.

10

Kata tugas yang biasa digunakan Gunakan, pilih, buat, kira, selesaikan, ramalkan, cari, bina alat. Contoh soalan aras aplikasi Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. A) Cuaca pagi ini paling tercerah. B) Air sungai yang keruh itu sangat cerah dan pekat. C) Perutnya cerah apabila selalu lulus dalam ujian. D) Kulit adik lebih cerah jika dibandingkan dengan abang.

Jadual 3: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras aplikasi, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan aplikasi.

3.1.4 Analisis Peringkat analisis merupakan salah satu aras tinggi dalam Taksonomi Bloom. Peringkat ini mempunyai fungsi tertentu dengan membahagikan dan menentukan bahagian-bahagian kecil atau unsur bagi sesuatu perkara yang dikemukakan atau dengan kata lain sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada struktur yang kecil. Pada peringkat ini, seorang murid itu akan mampu menganalisis maklumat yang diterima dan membahagikannya atau

menstrukturkan maklumat tersebut ke bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya.

Analisis terbahagi kepada tiga iaitu analisis unsur, analisis perhubungan dan analisis prinsip organisasi. Analisis unsur menentukan fungsi kenyataan yang terdapat dalam sesuatu komunikasi. Bagi analisis perhubungan pula, ia menentukan perhubungan unsur-unsur yang terdapat dalam pelbagai bentuk bahagian komunikasi. Murid dikehendaki menentukan perkaitan 11

antara bukti atau hujah, bukti dengan hipotesis dan hipotesis dengan kesimpulan. Seterusnya ialah analisis prinsip organisasi. Analisis ini merupakan penyediaan sesuatu dengan tujuan, pandangan, pendirian, dan sikap.

Menurut Bloom (1971), analisis mempunyai ciri-cirinya yang tertentu. Antaranya ialah murid dapat mengelaskan perkataan, frasa dan kenyataan dalam satu set dokumen. Selain itu, murid juga dapat mengenalpasti kualiti tertentu atau sifat yang tidak dinyatakan dengan jelas daripada petunjuk yang diperoleh. Di samping itu juga, murid akan dapat menggunakan kriteria yang relevan dan menyusun kriteria tersebut mengikut sebab dan akibat.

Ciri-ciri soalan berdasarkan aras analisis 1. Menggunakan proses mental analisis iaitu dengan

menganalisis sama ada analisis itu merupakan analisis unsur atau analisis prinsip organisasi. 2. Situasi masalah mestilah baharu dan berbeza dengan apa yang diajar oleh guru. 3. Situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada murid. 4. Soalan ini memerlukan pengetahuan yang kritis dan bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Kata tugas yang biasa digunakan Mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan, buktikan, bezakan, pastikan, pilih, ramalkan, bandingkan, lakarkan. Contoh soalan aras analisis Terangkan kepentingan air kepada manusia dan benda hidup.

12

_______________________________________________________ _______________________________________________________ J Jadual 4: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras analisis, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan analisis.

3.1.5 Sintesis Aras tinggi yang kedua dalam Taksonomi Bloom ialah sintesis. Sintesis merupakan penggabungan unsur dan bahagian supaya komunikasi itu lebih berstruktur dan tersusun. Menurut Bloom (1971), bentuk penghasilan sintesis adalah seperti menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi atau lukisan.

Sintesis menghasilkan

terbahagi komunikasi

kepada yang

tiga unik

jenis dengan

iaitu

peringkat

menumpukan

perhatian kepada aspek penyampaian dengan tujuan tertentu seperti menghibur, menghuraikan, menarik minat atau

menunjukkan perasaan marah yang meluap-luap. Contohnya seorang murid bercerita mengenai kisah binatang dengan nada suara yang berbeza-beza bagi setiap watak dalam cerita tersebut.

Seterusnya ialah peringkat cadangan bagi menghasilkan satu himpunan perlakuan dan yang terakhir ialah mengaitkan set hubungan yang abstrak melalui analisis yang dilakukan terhadap perkara yang dikemukakan. Murid juga dapat menggunakan data dalam menghuraikan sesuatu dan dapat membuat andaian dalam ayat mereka sendiri.

13

Menurut

Bloom

(1971),

terdapat

beberapa

bentuk

penghasilan sintesis. Bentuk-bentuk tersebut ialah menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi atau lukisan, menghasilkan perancangan atau set operasi yang dicadangkan, dan akhir sekali ialah menghasilkan penerbitan atau satu set hubungan abstrak seperti membuat hipotesis. Ciri-ciri soalan berdasarkan aras sintesis 1. Soalan perlu sesuai dengan proses mental sintesis. 2. Masalah, tugas atau situasi hendaklah baru kepada pelajar dan berbeza dengan pengajaran guru di dalam bilik darjah. 3. Memberikan kebebasan kepada murid untuk menjawab sama ada dari segi isi atau masa. 4. Hasil dinilai oleh ³pengguna´ seperti pembaca atau pemerhati. 5. Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kreativiti. 6. Bentuk soalan objektif dan esei memerlukan masalah untuk diselesaikan dalam bentuk daya kreatif. Kata tugas yang biasa digunakan Ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa akan berlaku, bina, susun, kembangkan. Contoh soalan aras sintesis Kamu telah mengikuti satu perkhemahan unit beruniform. Tuliskan sebuah catatan mengenai perkhemahan unit beruniform yang telah kamu ikuti itu. Jadual 5: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras sintesis, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan sintesis.

14

3.1.6 Penilaian Peringkat penilaian merupakan paling tinggi dan peringkat terakhir dalam Taksonomi Bloom. Peringkat ini memerlukan murid tahu akan kriteria yang digunakan bagi menilai perkara yang berlainan. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai bagi sesuatu tujuan atau idea, hasil kerja, penyelesaian bahan, dan sebagainya.

Ciri-ciri soalan berdasarkan aras penilaian 1. Soalan menguji proses mental peringkat penilaian. 2. Situasi masalah mesti berbeza dengan pengajaran guru di dalam bilik darjah. 3. Mutu penilaian boleh dibandingkan dengan penilaian pakar. 4. Soalan dibentuk oleh tiga bahagian iaitu apa yang hendak dinilai, arahan tindak balas dan kriteria yang digunakan dalam penilaian tersebut. Kata tugas yang biasa digunakan Pertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan, pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan. Contoh soalan aras penilaian Pilih jawapan yang betul bagi soalan di bawah. I Berguni-guni padi telah musnah dalam kebakaran itu. II Projek Sekolah Sihat telah dilancarkan ke seluruh Negara. III Segala-gala persiapan Hari Anugerah Cemerlang dibiayai oleh ibu bapa. IV Setiap orang rakyat harus menunjukkan kesetiaan mereka terhadap negara.

A) I dan II sahaja. B) III dan IV sahaja. C) I, II dan III sahaja. D) II, III dan IV sahaja.

15

Jadual 6: Ciri-ciri soalan berdasarkan aras penilaian, kata tugas yang biasa digunakan, dan contoh soalan penilaian.

4.0

JADUAL SPESIFIKASI UMUM (JSU)

Jadual Spesifikasi Umum (JSU) merupakan jadual yang menggambarkan ciri-ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya. JSU dikenali juga sebagai rancangan persediaan item atau soalan di samping dikenali sebagai ³ Test Blue Print´ dan ³test Specification´.

Ujian dan penilaian ialah alat pengukuran yang mempunyai pelbagai kegunaan di sekolah. kelemahan murid-murid. Ujian boleh digunakan sebagai alat untuk mengesan Di samping itu, ujan juga boleh dijadikan sebagai

peramal kajayaan dalam aktiviti pembelajaran masa hadapan. Tambahan lagi, ujian-ujian yang boleh digunakan untuk pemilihan murid bagi menempatkan mereka di dalam kelas tertentu mengikut tahap pegetahuan mereka. 4.1 Prinsip-prinsip JSU

Bagi pemastian ujian dan penilaian itu menepati tugas dan fungsinya, ia haruslah mempunyai prinsip-prinsip tertentu. Ujian haruslah mempunyai prinsip seperti berikut: 4.1.1 Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. Ujian perlulah mengandungi topik-topik pelajaran yang telah dipelajari. Kandungan ujian merupakan kandungan ujian yang

paling penting dalam sesuatu ujian. Kadungan ujian akan mewakili kandungan sukatan dan onjektif-objektif pembelajaran.

Kandungan ujian tentang topik-topik pelajaran menekankan bahawa isi ujian perlu ditentukan seperti kandungan sukatan 16

pelajaran, penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran, dan peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiaptiap tajuk. Setiap ujian yang dibina hendaklah dititikberatkan

mengenai tajuk-tajuk yang berkaitan pengetahuan yang telah dipelajari secara menyeluruh. Kita dapat simpulkan bahawa

pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JSU haruslah berupa pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah diajar di dalam bilik darjah.

4.1.2 Aras

Kemahiran

yang

mengikut

taksonomi

objektif

pendidikan. Dalam ujian yang dibina, aras kemahiran yang diselitkan hendaklah mengikut aras taksonomi bloom. Aras taksonomi bloom ini

terbahagi kepada enam peringkat iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis,dan penilaian.

Penentuan aras-aras kemahiran untuk diuji bergantung kepada mata-mata pelajaran, tajuk-tajuknya dan peringkat pelajarpelajar. Pada amnya, boleh dikatakan bahawa aras kemahiran

pengetahuan dan kefahaman adalah lebih ditekankan pada peringkat sekolah rendah, manakala di sekolah-sekolah

menengah penggunaan dan penganalisaan memainkan peranan yang lebih besar. Pada peringkat institut pendidikan guru, selain daripada aplikasi dan analisis, aras sintesis dan penilaian adalah ditekankan juga. Pada prinsipnya, untuk mencapai dan menguasai kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi, kemahiran asas atau kemahiran sebelumnya perlulah dibina dahulu.

17

4.1.3 Pemberatan

(%)

pada

kandungan

aras

kemahiran

berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk

pengajarannya. Contohnya, jika topik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan topik 2.

Rajah 2: Aras-aras Taksonomi Bloom

4.1.4 Bentuk ujian

sama ada

berbentuk objektif, esei, amali,

kertas kursus dan lain-lain. JSU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana dan susah dari segi aras kesukarannya. Aras

kesukaran soalan lebih kurang memadai aras kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. 18

4.1.5 Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Soalan aras pengetahuan biasanya adalah lebih mudah

berbanding dengan soalan aras kefahaman, aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang

menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah. Namun begitu, aras kesukaran soalan ini

merupakan satu perkara yang relatif. Yakni, satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalan mengikut kebolehan pelajarnya.

4.1.6 Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%. Setiap soalan dibina berdasarkan aras kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% hingga 80%. Soalan

yang dibina berdasarkan pemberatannya, akan menentukan kedudukan soalan itu. Berikut merupakan rumus bagi menetapkan bilangan item dalam sukatan :

Bilangan item

=

Jam Masa Jam Masa Keseluruhan

× Jumlah Soalan

4.2

Kepentingan JSU

JSU ini diwujudkan bukan hanya sekadar mencukupi syarat tetapi terdapat sebab musabab mengapa JSU ini dibina. 19 Bagi mengetahui

sebab pembinaan JSU ini, kita boleh melihat kepada kepentingan JSU kepada semua penggubal soalan. Pembinaan ujian berdasarkan JSU ini dapat mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Di sampingitu, ia juga menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Hal ini kerana kesahan kandungan isi merupakan kesahan paling pening bagi sesuatu ujian dalam bidang pendidikan. Kesahan isi menegaskan setakat mana ujian tersebut Kebiasaanya, ujian yang

meliputi bidang pelajaran yang harus diuji.

mempunyai kesahan isi yang tinggi akan mencerminkan bahasa isi kandungnya mempunyai sampel yang baik bagi mewakili kandungan sukatan dan objektif-objektif pembelajaran.

Seterusnya, berdasarkan JSU penggubal soalan akan sedar untuk menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Di samping itu, penggubal soalan juga perlu menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. JSU banyak memberi panduan untuk membentuk format ujian. Tambahan lagi, JSU juga memberi panduan untuk membentuk soalan. Lantas, menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. Justeru, JSU ini juga mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik. Apabila terdapatnya JSU, penggubal dapat mebuat perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

4.3

Langkah-langkah Pembinaan

Dalam pembinaan JSU, empat langkah utama yang harus dititikberatkan iaitu: 4.3.1 Tentukan topik kandungan Antara aspek-aspek yang dikaji antaranya ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Di samping itu,

pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk juga perlu diberi keutamaan bagi membentuk soalan. Seterusnya, 20

perbandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain amat penting bagi menentukan bilangan soalan bagi setiap tajuk. Kompleksiti sesuatu tajuk serta masa pengajaran yang

diperuntukkan bagi sesuatu tajuk juga perlu diambil berat.

Bil

Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran

Masa Belajar

1.1 ‡

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Asal usul BM, BM sebelum merdeka, dan selepas merdeka

5

1.2 ‡

Linguistik BM Pengenalan linguistik Definisi, Sejarah , Linguistik, Diskriptif

15

1.3 ‡ ‡ ‡

Fonologi Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan Fonem segmental Fonem suprasegmental Jumlah

20

40

Jadual 1 : Senarai tajuk dan masa belajar

4.3.2 Menentukan soalan yang ingin dibina Seterusnya, kita harus menentukan soalan yang akan dibina iaitu soalan objektif sebanyak 30 soalan. Jumlah soalan bagi setiap

topik dikira berdasarkan rumus di bawah:

Bilangan item

=

Jam Masa Jam Masa Keseluruhan 21

× Jumlah Soalan

4.3.3 Tentukan model aras kesukaran Bagi menentukan JSU, kebiasaannya menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom. Objektif pendidikan Bloom terdiri

daripada tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam pembentukan ujian, kita merujuk kepada Domain Kognitif. Domain kognitif telah dijelaskan arasnya dari aras mudah sehinga kepada sukar. Berikut merupakan Domain kognitif beserta aras:

4.3.4 Jenis ujian Bagi menyediakan ujian, perkara yang harus dititikberatkan adalah kita harus menentukan jenis ujian yang akan diuji. Guru perlu

memastikan ujian yang hendak dibina itu sama ada ujian objektif, ujian struktur, ujian esei, dan lain-lain.

4.3.5 Menentukan bilangan soalan. Kita harus menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen ujian sama ada ujian objektif, ujian struktur, ujian esei, dan lain-lain. Penentuan bilangan ujian perlulah mengikut aras kesukaran soalan iaitu dari soalan mudah kepada soalan sukar.
Bil Bidang/Topik/Topik Kecil Masa Belajar Anggaran Jumlah Item
1.1 Sejarah Perkembangan

Jumlah Item

Bahasa melayu

Asal usul BM, BM sebelum merdeka merdeka dan selepas

5

5 x 32 40

4

22

1.2

Linguistik BM

-

Pengenalan linguistik 15 5 40 x 32 12

-

Definisi,

Sejarah,

Linguistik Diskriptif

1.3

Fonologi

y

Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan 20 20 40 x 32 16

y

Fonem segmental

y

Fonem suprasegmental

Jumlah

40

32

Jadual 7 : Bilangan soalan mengikut topik

4.3.6 Pemarkahan Akhir sekali, perkara yang perlu dinilai ialah prestasi muridmuridnya dalam menghujah sesuatu fakta dengan mengunakan isi dan bahasa yang berkesan. Skim pemarkahan amatlah penting dalam menilai ujian. Markah bagi setiap item perlu ditetapkan

seperti contoh 1 markah bagi setiap item.

23

4.4

Jenis Ujian

Jenis ujian yang biasa dijalankan dalam bilik darjah terbahagi kepada dua iaitu ujian objektif dan ujian subjektif. Ujian objektif hanya memerlukan murid menandakan jawapan pada kertas soalan sahaja manakala ujian subjektif pula memerlukan murid menulis jawapan pada ruangan yang disediakan. Penilaian ini bertujuan untuk menumpukan kemajuan dan penguasaan murid terhadap pembelajaran berdasarkan objektif-objektif pelajaran itu. 4.4.1 Ujian Objektif Ujian ini terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan yang pendek sahaja. Jawapan bagi soalan ini adalah terbatas dan murid hanya boleh memilih jawapan daripada beberapa pilihan jawapan yang diberikan.

Dalam pemeriksaan jawapan bagi ujian objektif, jawapan bagi setiap soalan telah disediakan dan pemeriksa tidak boleh untuk membuat pertimbangan sendiri terhadap jawapan yang diberikan oleh murid. Justeru itu, pemeriksa yang tidak mempunyai pengetahuan terhadap subjek yang diperiksa juga boleh

menyemak kertas jawapan murid.

Terdapat ciri penting dalam item ujian objektif. Ciri tersebut ialah setiap item itu hanya tertumpu kepada pengetahuan atau kemahiran. Item itu adalah spesifik dan tidak menguji banyak perkara sekaligus dan dirangka secara berstruktur bagi

memudahkan calon untuk menjawabnya.

24

Ujian objektif terbahagi kepada dua bentuk iaitu jenis item respon bebas (gerak balas bebas) dan jenis item tetap (gerak balas tetap). Bagi gerak balas bebas, item ini hanya memerlukan calon memberikan jawapan yang pendek sahaja manakala bagi item tetap pula memerlukan calon memilih salah satu jawapan yang diberi.

4.4.2 Ujian Subjektif Ujian ini juga dikenali sebagai ujian esei atau ujian bertulis. Bagi soalan ini, calon dikehendaki menulis jawapan dalam ayat mereka sendiri pada ruangan yang disediakan. Bagi pemeriksa yang

memeriksa jawapan calon, pemeriksa tersebut perlu teliti dalam menyemak dan memberi markah kepada jawapan calon berdasarkan kriteria yang telah ditentukan.

Bagi

soalan

ini,

calon

bebas

memilih,

merancang,

menceritakan atau membentangkan hujah, idea dan isi dalam ayat mereka sendiri semasa menjawab soalan. Seperti ujian objektif, ujian subjektif juga terbahagi kepada dua iaitu jenis respons (gerak balas) terhad dan jenis respons lanjutan.

Jenis respons terhad hanya meminta calon memberikan jawapan pendek sahaja bagi setiap soalan yang dikemukakan. Kata kunci yang biasa digunakan ialah tuliskan, nyatakan, berikan, senaraikan, dan takrifkan. Bagi respons lanjutan pula member kebebasan kepada calon untuk menulis sebarang jawapan yang difikirkan tepat. Kata tugas yang biasa digunakan ialah seperti

25

huraikan, karangan.

terangkan,

bezakan,

tafsirkan, atau

tulis

sebuah

4.5

Jenis Penilaian

Terdapat enam jenis penilaian dalam bilik darjah. Jenis-jenis penilaian tersebut ialah melalui ujian formatif, ujian sumatif, ujian kefasihan, ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. 4.5.1 Ujian Formatif Ujian Formatif merupakan ujian yang dijalankan oleh guru setiap kali selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan untuk menguji kefahaman murid-murid terhadap

pengajaran guru. Ujian ini merupakan satu pentaksiran yang sistematik kerana maklumat daripada ujian ini dapat digunakan terus oleh guru untuk membantu guru merancang objektif pembelajarannya dan mengesan kelemahan murid-murid. Selain itu, guru juga boleh menyediakan satu ujian penguasaan (mastery test) yang pendek bagi mendapatkan maklumat yang menunjukkan penguasaan murid terhadap apa yang diajar oleh guru.

Penilaian formatif boleh dijalankan secara informal melalui latihan dan pemerhatian. Jika penilaian ini mahu dilakukan secara formal, ia perlu melalui beberapa langkah. Langkah-langkah tersebut ialah menentukan unit atau topik pembelajaran yang dinilai, menetapkan peringkat pencapaian yang dikehendaki, menyenaraikan perkara-perkara yang akan diuji dalam unit itu dan membetulkan item ujian.

26

4.5.2 Ujian Sumatif Ujian sumatif merupakan penilaian keseluruhan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat ujian ini adalah untuk menguji sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai dan skopnya juga meliputi sebahagian besar perkara dan kemahiran yang dipelajari. Ujian ini juga dijalankan secara formal.

Antara contoh ujian sumatif ialah seperti peperiksaan penggal dan tahunan sekolah, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Item ujian hendaklah menyeluruh dan aras soalannya disusun dari mudah kepada susah mengikut aras Taksonomi Bloom. Ujian sumatif dibuat bertujuan untuk

menggredkan pelajar mengikut taraf kedudukan mereka dalam pencapaian pembelajaran dan menentukan taraf pensijilan.

4.5.3 Ujian Kefasihan Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang murid itu dapat mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Selain itu ia juga digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Namun begitu ujian kefasihan berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak berpandukan kepada sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan keseluruhan

27

terhadap bahasa yang dipelajari murid. Terdapat beberapa aspek yang dinilai dalam ujian ini.

Antara aspek-aspek penilaian tersebut ialah dari segi penyebutan dan pengucapan sesuatu bahasa dengan betul dan jelas. Selain itu, aspek intonasi dan penggunaan nada yang sesuatu semasa berkomunikasi juga dinilai. Di samping itu, pemilihan ungkapan yang betul, ekspresi mimik muka yang dapat membayangkan sesuatu maksud dengan jelas, dan posisi tubuh badan yang betul serta pergerakan mata juga akan diberi penilaian.

4.5.4 Ujian Kemajuan Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya akan dinilai oleh guru kelas. Selain itu, ujian ini bertujuan untuk mengukur dan menilai sejauh mana seseorang murid itu telah menguasai topik satu-satu pelajaran. Namun begitu, ujian ini juga perlu berpandukan kepada objektif pengajaran, program

pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji. Hasil daripada ujian ini membolehkan guru mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.

4.5.5 Ujian Bakat Ujian bakat digunakan untuk mengelas individu kepada kumpulan mengikut kebolehan setelah individu tersebut dipilih ke dalam kursus yang sama. Ujian bakat juga boleh diguankan untuk mendiagnos masalah pelajar. Contohnya guru tersebut boleh 28

menjalankan Ujian Kesediaan kepada pelajar tersebut bagi menentukan sama ada pelajar tersebut telah menguasai

kemahiran membaca, menulis dan mengira. Jika tidak, guru tersebut akan menjalankan pemulihan ke atas murid itu.

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis ujian bakat yang spesifik yang digunakan untuk menguji pelbagai jenis kemahiran seperti bakat seni lukis, muzik, kreativiti, perkeranian dan mekanikal. Contohnya seperti Minnesota Clerical Test yang digunakan untuk memilih pegawai kerani manakala Minnesota Assembely Test pula menguji kebolehan calon untuk memasang kembali tiga puluh tiga objek mekanikal dalam masa yang terhad.

Salah satu ujian bakat yang sesuai dijalankan di peringkat sekolah rendah ialah ujian Metropolitan Readiness Tests.ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca. Menurut Sax (1974), ujian ini mengandungi enam sub ujian. Sub-sub tersebut ialah makna perkataan, menyalin. pendengaran, pemadanan, abjad, nombor, dan

Terdapat dua kaedah ujian bakat dapat dijalankan dalam membuat keputusan pemilihan. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah komposit dan kaedah penentu. 4.5.5.1 Kaedah Komposit

Melalui kaedah ini, calon diberi beberapa ujian bakat yang ingin diuji yang berkaitan dengan beberapa kriteria. Markah 29

bagi semua ujian itu akan dijumlahkan. Dengan itu, pemilihan calon boleh dibuat mengikut markah yang diperoleh tadi.

4.5.5.2

Kaedah Penentu

Berbeza dengan kaedah komposit, markah yang diperoleh individu adalah berasingan bagi setiap sub ujian. Individu akan dipilih berdasarkan markah sub ujian yang diperoleh dan bukan bepandukan markah keseluruhan.

4.5.6 Ujian Pencapaian Ujian ini digunakan bagi menilai tahap pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan semasa. Ujian pencapaian akademik berbeza daripada ujian bakat akademik iaitu dari segi tujuan dan kaedah pengesahan.

Ujian bakat diberi kepada calon sebelum calon dipilih dan ditempatkan manakala ujian pencapaian diberi sesudah murid menerima pengajaran guru. Selain itu juga, ujian bakat dan ujian pencapaian juga berbeza kegunaannya. Ujian pencapaian

akademik digunakan untuk mengukur pengetahuan yang diperoleh daripada pembelajaran formal manakala ujian bakat akademik juga digunakan untuk mengukur pengetahuan dan tingkah laku yang tidak diajar secara formal.

30

Ujian prestasi pula digunakan untuk menilai setakat mana seseorang itu dapat melakukan sesuatu perkara. Ujian ini tidak boleh diketahui oleh calon. Ujian ini boleh dilakukan melalui pemerhatian atau laporan kendiri. Pemerhatian boleh dibuat semasa diberi tugas seperti perbincangan dalam kumpulan dan sebagainya.

Melalui kaedah laporan kendiri juga maklumat mengenai personaliti seseorang juga dapat diperoleh. Ini kerana seseorang itu sentiasa menilai dirinya sendiri melalui soal selidik tetapi seseorang individu itu perlu jujur dalam melakukan ujian ini bagi mendapatkan keputusan ujian yang tepat.

5.0

SOALAN TATABAHASA TAHUN 3 (RUJUK LAMPIRAN A)

6.0

RUMUSAN

Dalam penilaian, JSU memainkan peranan yang penting. Individu-individu yang berkaitan dengan ujian seperti calon, pendidik yang mengajar dan ibu bapa mempunyai hak dalam maksud kata sebenarnya menolak sesuatu ujian tersebut jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang terhasil daripada ujian

sedemikian tidak layak digunapakai untuk tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Konkulsinya, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajara, dan prosedur penilaian perlu dititikberatkan.

7.0

REFLEKSI (RUJUK LAMPIRAN B)

31

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->