You are on page 1of 5

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia...

UCAPAN PENGUMUMAN

Buah pauh si bunga rampai


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan


kurnianya dapat kita bersama-sama dalam Bengkel Akhbar Dalam Darjah
anjuran bersama The New Straits Times Press, Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson bagi sekolah-
sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Daerah Port Dickson pada petang ini.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan serta hadirin sekalian ke


bengkel ini.

UCAPAN PEMBUKAAN

Sebelum meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah


ummul kitab. Al Fatihah...semoga bengkel yang dijalankan pada petang ini
mendapat keberkatan an rahmat daripada Allah swt...
UCAPAN PROTOKOL

Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin Ayob


Timbalan Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan

Yang Berusaha En
Pegawai Pelajaran
Pejabat Pelajaran Daerah Port Dickson

Pegawai-pegawai dari
The New Straits Times Press

Pegawai Teknologi Pendidikan


PKG Port Dickson dan PKG Chuah

Guru-guru sekolah ahli PKG Port Dickson dan PKG Chuah

Para guru, hadirin dan hadirat sekalian


UCAPAN ALU-ALUAN

Hadirat hadirat sekalian,

Dinihari pergi lautan


Untuk menjala si ikan bilis
Assalamualaikum tuan dan puan
Mohon saya meneruskan majlis

Ucapan alu-aluan

Saya bagi pihak majlis sekali lagi mengalu-alukan kehadiran Tuan Timbalan KPP
En Kamaruzzaman bin Ayob, Tuan/En........................................................
daripada PPD Port Dickson, Pegawai-pegawai daripada NSTP, seterusnya guru-
guru, hadirin dan hadirat sekalian. Sebagaimana yang kita maklum, program
yang akan dijalankan pada petang ini adalah berkaitan dengan Akhbar Dalam
Darjah atau ringkasnya ADD anjuran NSTP dengan kerjasama BTPN N
Sembilan dan juga PPD Port Dickson.

Untuk tidak melengahkan masa, seterusnya majlis menjemput yang berusaha En


Kamaruzzaman, Timbalan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Kamaruzzaman di atas


ucapan itu tadi.
Bengkel ADD

Seterusnya saya menyerahkan majlis ini kepada pegawai daripada The New
Straits Times untuk meneruskan bengkel.

PENUTUPAN

Hadirin, hadirat sekalian :

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah


    Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
    Diizin Tuhan bersua lagi

Dengan kata-kata ini maka selesailah sudah Bengkel Akhbar Dalam Darjah
Anjuran Bersama The New Straits Times, BTPNNS dan PPD Port Dickson pada
petang ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan ke bengkel yang diadakan pada petang ini.
Semoga bengkel ini memberi manafaat kepada tuan-tuan dan puan-puan dalam
memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tuan-tuan dan
puan-puan.

Selepas ini para hadirin dijemput untuk sessi bergambar di perkarangan


bangunan BTPNNS dan kemudiannya ke jamuan petang yang telah disediakan
di cafe BTPNNS

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu
datangnya dari diri saya sendiri.
Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi
wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

You might also like