You are on page 1of 62

RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Tajuk 1 JENIS BAHAN MENTAH

SINOPSIS
Modul ini mendedahkan tentang perkembangan teknologi bahan dan pembuatan; jenis
bahan mentah yang terdiri daripada logam, polimer, kaca, simen, komposit, kayu dan
getah.
Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan jenis bahan.


2. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan bahan mentah
3. Menjelaskan jenis bahan mentah yang berkaitan dengan bidang pengajian.
4. Menganalisis persekitaran pembelajaran untuk keperluan pembelajaran yang
pelbagai dengan menggunakan teori dan strategi yang sesuai.

KERANGKA KONSEP TAJUK JENIS BAHAN MENTAH

1
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

1.0 JENIS BAHAN MENTAH

Pada masa ini terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan
buatan yang telah dihasilkan oleh manusia. Untuk memudahkan penerangan, pelbagai
bahan mentah dibahagikan kepada enam kumpulan utama iaitu logam,polimer, kaca,
komposit, kayu dan getah.

1.1 LOGAM

Tahukah anda sejak berjuta tahun dahulu logam telah memainkan peranan
yang penting dalam industri pembuatan? Antara logam pertama yang
digunakan ialah kuprum, gangsa dan besi.

Tahukah anda??
'Metal' berasal dari perkataan Greek; "metallon" dan Latin; "metallum" yang
kedua-duanya membawa maksud yang sama; "mine" atau 'metal' (logam).

1.2 LOGAM FERUS

Logam ferus adalah logam yang mengandungi besi. Logam ferus digunakan
dengan begitu meluas kerana bahan ini mudah didapati, ekonomi dan mempunyai sifat-
sifat magnetic yang unik di samping sifat fizikal yang lain.
Aloi-aloi ferus boleh dibentuk dengn mudah dalam keadaan sepuhlindap dan
kemudiannya boleh diberikan rawatan haba untuk mendapatkan sifat-sifat kekerasan
seperti kikir, sifat mulur seperti cangkuk kren atau dibajakan untuk dijaadikan alat
gerudi.

2
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Logam ferus boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu besi keluli (besi
waja), besi tempa dan besi tuang.

Penghasilan logam
”secara semulajadi dan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan samada
dalam bentuk asli atau campuran dengan logam-logam yang lain”

1.2.1 KELULI

Keluli merupakan logam yang sangat berharga yang diketahui oleh manusia.
Keluli adalah jenis logam yang paling banyak dan meluas digunakan. Keluli dihasilkan
melalui proses pengoksidaan yang mengurangkan jumlah karbon, silicon, mangan,
fosforus dn sulfur di dalam campuran besi jongkong lebur dan keluli sekerap.

1.2.1.1 Keluli karbon

Klasifikasi Dan Kegunaan Keluli Karbon Biasa.

Keluli karbon merupakan jenis keluli yang paling banyak dihasilkan brbanding
dengan jenis-jenis yang lain. Keluli karbon adalah terdiri daripada campuran besi dan
karbon.

Terdapat juga bahan-bahan lain dalam jumlah yang kecil seperti mangan,
fosforus, sulfur dan silicon untuk membantu meningkatkan kekuatan muktamad dan
menjadikan lebih keras. Kekuatan keluli karbon bergantung kepada kandungan karbon
yang terdapat di dalamnya iaitu bertambah dengan bertambahnya peratus kandungan
karbon.

Keluli karbon biasa dikelaskan kepada 3 kumpulan.

i. Keluli karbon rendah mengandungi kurang daripada 0.3 %C

3
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

ii. Keluli karbon sederhana mengandungi 0.3 - 0.8 %C.


iii. Keluli karbon tinggi mengandungi lebih dari 0.8%C.

1.2.1. 2 Keluli aloi

Keluli aloi ialah aloi besi dan karbon yang mengandungi unsure-unsur
pengaloian seperti mangan, silicon, sulfur dan fosforus dengan peratus kandungan
yang tinggi antara 0.5% hingga 2%. Tujuan utama ialah untuk mempertingkatkan mutu
dan sifat-sifat keluli supaya ianya mudah diubahsuai untuk mendapatkan sifat-sifat
khusus dengan diberi rawatan haba dengan lebih sempurna.

Penambahan elemen-elemen pancalogam (aloi) ini seperti kromium,


mangenese, molydebnum, nikel, plumbum, kobalt, phosphoros, silikon, sulfur, kuprum,
aluminium, tungsten dan vanadium boleh memberikan sifat-sifat kekuatan, kemuluran
dan keliatan yang lebih baik berbanding dengan keluli karbon. Oleh sebab banyak
unsur yang terlibat sesetengahnya adalah mahal maka keluli jenis ini menjadi lebih
mahal.

Keluli aloi boleh dikelaskan kepada dua bahagian dengan mengikut


penggunaan dan membentuk kumpulan yang yang lebih kecil berdasarkan
unsur-unsur mengaloian yang utama.

i. Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels)


ii. Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels)

1.2.1.3 Keluli Alat


Keluli alat merupakan keluli aloi yang mempunyai kandungan karbon yang tinggi
berbanding dengan jenis keluli yang lain. Keluli alat juga menggabungkan beberapa
unsure dengan besi dalam peratusan tertentu. Keluli alat dikelaskan berdasarkan
kandungan kimia atau cara pengerasan dan sifat-sifat mekanikal utama unsure
pengaloian yang terdapat pada keluli tersebut.

1.2.2 BESI TUANG (CAST IRON)

4
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Besi tuang mengandungi karbon antara 2 % hingga 4.5% karbon. Selain


daripada itu besi tuang juga lazimnya mengandungi silicon sebanyak 3.5%. Oleh sebab
kandungan karbon dan silicon yang tinggi, besi tuang mempunyai cirri tuangan yang
sangant baik dan boleh dileburkan dengan lebih mudah berbanding dengan keluli. Besi
tuang lebur juga boleh mengalir dengan baik berbanding keluli lebur.

Disamping itu besi tuang kurang bertindak balas dengan bahan acuan kerana
suhu penuangan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun gred nomal besi tuang tidak
begitu kuat dan agak rapuh, namun besi tuang digunakan dengan meluas sebagai
bahan kejuruteraan kerana murah, mudah dilebur dan dituang, keboleh mesinan yang
sangat baik .

1.2.2.1Jenis-Jenis Besi Tuang

Besi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya,


bentuk grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Struktur logam,
komposisi dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan
sifat-sifat kejuruteraan. Terdapat 4 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana
ditunjukkan dalam Carta 1 di bawah.

Besi Tuang

Kelabu Putih Boleh Tempa

Carta 1 : Jenis-jenis besi tuang

1.2.2.2 Besi tuang kelabu

5
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Besi tuang kelabu mengandungi karbon dalam bentuk kepingan grafit. Dinamai
besi tuang kelabu kerana berwarna kekelabuan di permukaan rekahnya akibat
kewujudan kepingan grafit. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang
tinggi melebihi keluli. Besi tuang kelabu tidak begitu mahal harganya. Ia digunakan
dengan meluas untuk menghasilkan komponen automotif mesin alat dan pelbagai
barangan industri yang lain.

1.2.2.3 Besi tuang putih

Besi tuang putih apabila pecah kelihatan berwarna keputihan. Ini disebabkan
karbon yang terdapat di dalam besi tuang putih adalah bentuk karbida. Besi tuang putih
dengan perqtus karbida yang tinggi sangat sukar untuk dimesin tetapi boleh dicanai.
Besi tuang putih juga dinamai besi tuang dingin. Ini disebabkan besi tuang ini
dihasilkan dengan menggunakan logam dingin.
Logam dingin adalah bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras dan
merintangi hasu seperti menghasilkan roda keret api penggelek untuk memecah bijian
dan plat ragum pemecah. Besi tuang putih juga merupakan peringkat pertama dalam
penghasilan besi tuang boleh tempa.

1.2.2.4 Besi BolehTempa

Besi tuang boleh tempa dihasilkan daripada besi tuang putih. Besi tuang putih
dipanaskan lebih kurang 460F selama lebih kurang 48 jam dan disejukkan secara
sangat perlahan untuk membolehkannya mudah dimesin dan dapat merintangi kejutan.
Semasa proses pemanasan ini kebanyakan daripada karbon berubah bentuk dan
disebarkan menjadi modul-modul karbon yang kecil di dalam matrik besi yang agak
tulen. Besi tuang boleh tempa digunakan untuk membuat komponen automotif, paip
dan peralatan industri pertanian.

Sektor logam bukan ferus di Malaysia meliputi produk-produk seperti


timah, aluminium, tembaga, zink dan plumbum.

6
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

1.2.3 BESI TEMPA

Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan
jenis-jenis besi yang lain. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0.12% dan
kandungan sangga adalah di atara 0.6% hingga 3%. Besi ini terdiri daripada zarah-
zarah besi logam yang halus berpadu dengan satu kuantiti sangga yang halus dan
teragih segaya. Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan
pembuangan karbon, dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak.

1.3 LOGAM BUKAN FERUS


Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan
keluli. Logam ini digunakan untuk keperluan kejuruteraan samada sebagai logam tulen
ataupun aloi. Logam bukan ferus lebih mudah berubah sifat berbanding logam ferus
apabila dilakukan kerja-kerja mekanikal, tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba
dan tidak mudah berkarat.

Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia dan dicatitkan di
dalam Jadual Perkalaan Unsur. Di antara logam-logam lain yang sering digunakan di
dalam bidang kejuruteraan adalah seperti berikut :-

a) Aluminium b) Perak c) Kuprum

d) Plumbum e) Timah f) Nikel

g) Zink h) Kromium i) Emas

j) Molydenum k) Magnesium l) Kobalt

m) Manganese n) Tembaga

1.3.1 ALUMINIUM

Aluminium ialah sejenis logam yang banyak terdapat di dunia dan telah
digunakan secara komersial sejak 100 tahun yang lalu. Penggunaan aluminium amat

7
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

meluas sekali dan menduduki tempat kedua selepas keluli. Aluminium telah menjadi
logam bukan ferus yang paling penting dalam pelbagai industry seperti pengangkutan,
pembinaan, elektrik, kontena, peralatan mekanikal dan barangan pengguna. Hampir
separuh daripada bekalan aluminium dalam pasaran dihasilkan sebagai logam tulen
berbentuk kepingan, keratan gulung, tiub, bar dan dawai.

1.3.2 KUPRUM

Kuprum juga merupakan logam penting dalam kerja-kerja kejuruteraan telah pun
digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Kuprum telah menjadi bahan utama dalam
industry elektrik dan digunakan dalam keadaan yang tulen. Kuprum juga menjadi
unsure penting di dalam aloi kejuruteraan yang penting seperti gangsa dan loyang.
Proses yang digunakan untuk mengasingkan kuprum daripada bijihnya adalah
bergantung kepada jenis bijih tersebut. Secara umum, proses-proses yang terlibat ialah
pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan, diikuti oleh panggangan, penurunan dan
pembersihan.

1.3.3 LOYANG

Loyang terhasil apabila kuprum dialoikan dengan zink atau tembaga kuning
mengikut sukatan tertentu. Loyang lebih kuat daripada kedua-dua bahan asalnya.
Terdapat beberapa jenis atau kategori loyang, bergantung kepada peratus komposisi
zink yang digunakan serta struktur hablur kuprum yang terhasil. Sedikit penambahan
unsure-unsur lain seperti plumbum, timah, silicon, aluminium, nikel, fosforus dan
arsenic, boleh mengawal sifat-sifat loyang.

1.3.4 ALOI

Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih
kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi
tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen
adalah lembut dan lemah.

8
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi.


Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan
kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik.

Logam-logam yang biasa dialoikan ialah kumprum dan zink. Kuprum boleh
dialoikan denganbanyak unsur termasuklah zink, timah, plumbum, besi, perak, fosforus,
silikon, tellerium dan arsenik. Aloi kumprum bertindak seperti logam tulen. Aloi nya
tidak boleh dilakukan rawatan haba dan tidak boleh dikeraskan dengan mengenakan
haba dan diikuti dengan lindapkejut. Kekerasan yang diperoleh melalui pengerjaan
sejuk dan pelembutan dihasilkan dengan memanaskannya melebihi suhu penghabluran
semula.

1.4 KACA

Kaca diperbuat daripada silikon dioksida (SiO2) merupakan sebatian


kimia serupa dengan kuarza dalam bentuk polihabluran, pasir. Silika
tulen mempunyai tahap lebur 20000C. Dua bahan lain yang sering
dicampurkan dengan pasir dalam proses pembuatan kaca ialah Sodium Karbonat
(Na2Co3) atau posty setara dengan sebatian Sodium Karbonat yang akan menurunkan
tahap lebur kaca tersebut sekitar 10000 C. Namun begitu kapur (Kalsium oksida) perlu
ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.

1.4.1 Proses penghasilan kaca


Silika merupakan bahan utama kaca diperolehi daripada pasir yang dibersihkan
bagi tujuan pengasingan bendasing yang tidak diperlukan. Sumber utama soda ialah
Natrium karbonat, natrium nitrat dan natrium sulfat. Batu kapur atau kapur mati
digunakan sebagai agen kapur. Boraks atau asid borik digunakan dalam proses
penghasilan kaca borosilikat. Bahan binaan berdawai atau berlapis pula
digunakandalam proses pembuatan kaca keselamatan. Ia berfungsi untuk memegang
serpihan kaca jika kaca tersebut pecah. Kaca lapis pula dihasilkan dengan car a
meletakkan kepingan plastik antara lapisan kaca yang bersalut simen, ianya seterusnya

9
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

digelek untuk membuang gelembung udara. Kaca lapis ini banyak digunakan sebagai
cermin kenderaan. Proses penghasilan gentian kaca pula adalah dengan
menggerakkan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan menariknya keluar mengikut
saiz yang dikehendaki. Gentian kaca banyak digunakan sebagai bahan penebat dalam
proses pembinaan dan kaca gentian.

Kaca ialah
“bahan lutsinar yang dihasilkan dari pemanasan pasir
silika atau bahan silikon dioksida yang wujud secara
semulajadi dalam pasir menerusi proses pemanasan
melebihi 2000° C.”
1.5 Polimer
Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2,
terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun penggunaanya tidak
begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah kedalam bahan-bahan unsur
komposit bagi mendapat sifat yang diperlukan.. Polimer terdiri daripada kayu, getah,
kaca dan seramik selain dari plastik.

Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang
memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakkan
polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

i. Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahan organik
dan bukan organik.
ii. Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.
iii. Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.
Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam.
Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma,
elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian
atom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom

10
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat. Sementara ikatan


diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.

Polimer termasuklah;

“plastik, getah, beberapa jenis perekat dan lain-lain.”

1.5.1 Plastik

Apa itu bahan Plastik ? Plastik


adalah polimer tetapi polimer tidak
semestinya plastik. Secara semulajadinya
plastic diperoleh daripada pemprosesan
arang, petroleum ataupun tumbuhan
sehingga terhasil sifat plastic apabila
dipanaskan.
Plastik juga boleh didapati secara
sintetik atau semi sintetik dengan mencampurkan bahan atau unsur lain untuk
menghasilkan sifat yang unik dan boleh dipelbagaikan. Hasil kajian dan penyelidikan,
plastic terutamanya sintetik telah didapati mempunyai potensi yang besar untuk
mengambil alih tempat logam dalam industri pembuatan.
Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-
rigid). Semua bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Proses
pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam keadaan
lembut.

11
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Tahukah anda bagaimana plastik dihasilkan?

Tahukah anda bahawa polimer telah dapat menggantikan komponen yang


dahulunya diperbuat daripada logam dalam penggunaan seperti pada
automobil, pesawat terbang, kelengkapan rumah dan kelengkapan
pejabat. Fikirkan contoh-contoh yang ada disekeliling anda.

Carta 2 di bawah menunjukkan pengkelasan bahan-bahan plastik.

12
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Carta 2 : Jenis-jenis plastik

KEBAIKAN PLASTIK KELEMAHAN PLASTIK

Harga murah Ukuran boleh berubah disebabkan


kelembapan

Tahan lama Suhu operasi yang rendah

Sebahagiannya boleh dikitar semula Mudah rapuh pada suhu yang rendah

Mudah untuk dibentuk Lembut dan kurang anjal berbanding


logam

Penebat elektrik yang baik Sebahagian mudah diserang oleh cahaya


lampu unggu

Sebahagian kalis air Sebahagian plastik amat mudah terbakar

Rayapan pada semua keadaan suhu

13
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Plastik Termo ialah

“Plastik yang boleh dileburkan semula dan boleh digunakan berulangkali.”

Manakala Plastik Termoset ialah

“plastik yang boleh dileburkan sekali sahaja dan ia terus mengeras


mengikut acuan.”

Dan Akrilik ialah

“sejenis polimer yang bersifat lut cahaya dan tidak boleh


dijadikan legap.

Renung sejenak!
Pernahkah anda terfikir bahawa lensa dibuat daripada akrilik?
1.6 Komposit

Komposit dihasilkan apabila dua atau lebih bahan yang berbeza di


sambungkan atau diikat samada secara mekanikal atau metalurgi untuk
mendapatkan gabungan sifat yang tidak terdapat pada bahan asal. Komposit
mungkin berbentuk gabungan logam-logam, logam-seramik, logam-polimer,
seramik-polimer, seramik-seramik atau polimer-polimer. Komposit dikelaskan
kepada beberapa kumpulan berasaskan geometri atau bentuk bahan.

14
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

i. Komposit lamina atau lapisan


ii. Komposit zarahan
iii. Komposit bertetulang gentian

1.6.1 Komposit lamina


Bahan rencam lamina termasuklah salutan-salutan yang sangat nipis,
permukaan pelindung yang lebih tebal, pelapisan, dwilogam,lamina atau lapis,
apitan dan berbagai-bagai lagi. Papan lapis ialah contoh komposit lamina.
Komposit lamina boleh dihasilkan dengan cara:
i. Menggelek
ii. Ikatan letupan
iii. Penyemperitan bersama
iv. Menekan
v. Pateri keras

1.6.1.1. Menggelek
Kebanyakkan daripada komposit lamina seperti pelapisan dan dwilogam
dihasilkan melalui ikatan gelekan panas atau sejuk. Sekiranya peratus ubah
bentuk secukup besar, tekanan akibat penggelek akan memecahkan oksida–
oksida di permukaan. Dengan itu permukaan akan tekimpal melalui sentuhan
atom ke atom.

1.6.1.2 Ikatan letupan


Proses dilakukan melalui cas letupan. Tekanan yang secukupnya dapat
menyambungkan logam-logam. Proses ini sangat sesuai untuk menggabungkan
dua kepaingan yang sangat besar yang tidak dapat dikendalikan dengan mesin
penggelek.

1.6.1.3 Penyemperitan bersama

15
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Bahan komposit lamina yang agak mudah seperti kabel sepaksi dihasilkan
dengan menyemperitkan dua logam secara serentak melalui sebuah acuan.
Penyemperitan sebegitu cara membolehkan bahan yang lembut mengelilingi
bahan yang keras polimer plastik haba juga dapat disemperitkan bersama bagi
mengelilingi dawai pengalir.

1.6.1.4 Menekan
Proses menekan dilakukan dalam keadaan panas. Bagi komponen yang
kecil, tekanan yang tinggi pada suhu yang tinggi akan menyebabkan berlakunya
kimpalan. Proses menekan panas ini selalunya dilakukan untuk mengawet
perekat di dalam lamina.

1.6.1.5 Pateri keras


Pateri keras digunakan untuk menyambungkan dua plat logam. Kepingan logam
dipisahkan dengan kelegaan yang kecil, lebih kurang 0.08 mm, dipanaskan
hingga melebihi suhu lebur aloi pateri keras. Aloi pateri keras yang sudah lebur
akan tertarik ke dalam sambungan yang nipis tersebut melalui tindakan
rerambut.

1.6.2 Komposit zarahan


Bahan komposit zarahan mengandungi zarah-zarah diskret bahan yang
lazimnya lebih keras dan rapuh, yang dikelilingi oleh matriks sejenis bahan lagi yang
lebih lembut dan mulur. Zarah-zarah bahan komposit zarahan boleh jadi lebih kasar
misalnya konkrit atau sangat halus seperti barangan yang diperbuat melalui proses
metalurgi serbuk.

1.6.3 Komposit gentian bertetulang


Bahan komposit bertetulang memperbaiki sifat mekanikal bahan. Bahan gentian
yang kuat, tegar dan rapuh dimasukkan ke dalam matriks yang lebih lembut dan
mulur. Bahan matriks memindahkan daya kepada gentian yang menghasilkan

16
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

kemuluran dan keliatan, manakala gentian menanggung kebanyakan daripada daya


yang dikenakan. Kekuatan ditingkatkan pada suhu bilik dan suhu yang lebih tinggi.
Terdapat begitu banyak sekali bahan-bahan bertetulang yang digunakan. Jerami
telah digunakan sejak berkurun lalu untuk menguatkan bata tanah liat. Bata
bertetulang keluli menguatkan struktur konkrit. Gentian kaca di dalam matriks
polimer menghasilkan gentian kaca untuk digunakan dalam bidang pengangkutan
dan angkasa lepas.

1.6.4 Aplikasi Komposit:


• Porsche membina cakera brek komposit silikat gentian karbon prestasi tinggi
 Pengurangan berat 50%, kecekapan pemberhentian dan prestasi dipertingkat
 Tahan lama-rintangan haus tinggi

Rajah 3 : Cakrera brek komposit

♦ Louisville Slugger menghasilkan kayu pemukul bola permainan besbol dengan


salutan komposit seramik keras
♦ Mengandungi bahan matrik bersalut, gabungan logam dan seramik, yang lazim
diguna dalam enjin jet
♦ Bahagian logam dalam salutan ultra keras ini meningkat prestasi permainan.
Bahagian seramik keras mengurangkan haus dan koyak ketika permainan

17
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Rajah 4 : Penggunaan komposit : Pemukul kayu besbol

Cuba fikirkan apakah bahan komposit yang terdapat dikeliling anda?

1.7 KAYU

Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat


secara semulajadi dan sumber yang boleh diganti. Kayu
merupakan bahan binaan yang paling meluas digunakan
dalam pembinaan di kawasan beriklim tropika. Kayu

18
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

merupakan sejenis bahan binaan paling meluas digunakan dalam pembinaan di


kawasan tropika.
Penggunaannya berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
terutamanya dalam pembinaan istana dan kediaman. Pada masa kini kayu balak telah
berkurangan disebabkan permintaan yang tinggi terutamanya di luar negara, aktiviti
pembalakan haram dan pembukaan kawasan pertanian dan penempatan barn.
Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lupus
suatu masa nanti. Semua pihak samada kerajaan atau pengusaha balak mesti
berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi
mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar di
dunia di masa hadapan.
Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi hanya 80 spesis
sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan.
Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang,
turpentine, dan lain-lain.

1.7.1 PENGKELASAN KAYU


Di Malaysia pengkelasan kayu yang dikeluarkan oleh MTIB's di dalam "Specifying
Timber For Building Constructions" kayu di kelas kepada empat kumpulan utama iaitu:

KUMPULAN JENIS
Kumpulan kayu keras yang berat Cengal, Balau, Selayan batu, Kekatong,
( HHW-Heavy Hardwood); Merbau, Tembusu dan Resak.

19
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Kumpulan kayu keras yang sederhana Kapur, Kempas, Keruing dan Tualang.
berat
(MHW-Medium Hardwood);

Kumpulan kayu keras yang ringan Jelutung, Meranti, Nyatuh, Ramin, Sepetir
(LHW-Light Hardwood) dan Kayu Getah.
Kumpulan kayu yang lembut Damar Minyak, Geronggang, Jelutong,
(SW-softwood) Petai, Pulai, Sesendok, Terap dan
Terentang.

1.7.2 Kegunaan Kayu


KUMPULAN NAMA KEGUNAAN

KERAS DAN BERAT CENGAL Kapal, rangka, ukiran


BALAU Jambatan, cerocok, gelegar, lantai dan
perabot
KEKATUNG Rasuk, rangka pintu/ tingkap, pemegang
alat, lantai, parket dan panel
MERBAU Kerja hiasan, parket, perabot, venire dan
pemegang alat
RESAK Pembinaan berat, tiang rasuk, corocok,
lantai, jambatan, kapal, rangka pintu /
tingkap
TEMBUSU Pembinaan berat, lantai, parket dan
perabot
KERAS DAN KEMPAS Pembinaan berat, tiang gelegar, panel,
SEDERHANA BERAT jambatan, parket, gerobok, cerocok dan
pemegang alat
KERUING Pembinaan umum, tiang, landasan,
jambatan dan gerabak lori
KAPUR Kekuda, rasuk dan tiang
TUALANG Tiang rasuk, lantai, perabot
KERAS DAN RINGAN NYATUH Pintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai,
perabot
MERANTI Pembinaan, lantai, perabot, papan lapis,
pelapisan pintu, tingkap dan panel
RAMIN Hiasan perabot, binding dalam dan
panel

20
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

SEPETIR Gerobok, panel dan perabot


KAYU GETAH Perabot, panel, susur tangga dan parket

1.7.3 Kebaikan dan kelemahan kayu


KEBAIKAN KAYU KELEMAHAN KAYU

Mempunyai nisbah kekuatan berat yang Mudah terbakar dan api mudah merebak
tinggi:
dengan cepat.
i. Kekuatan mampatan 5 hingga 25
N/mm2.
ii. Ketumpatan antara 400 hingga
1100 kg /m3.

Senang dikerjakan berbanding dengan la cepat mengecut dan meleding


bahan lain seperti besi. kerana perubahan cuaca yang
drastik dan merosakan mutu kayu.

Mempunyai rupabentuk kemasan yang Kos penyelenggaraan bangunan


menarik. lebih tinggi kerana mudah reput,
lembab dan berkulat serta'ianya mudah
diserang serangga perosak
Kelasakan yang tinggi jika diawetkan.

Kepelbagaian penggunaannya

1.7.4 Bahagian kayu dan fungsinya

21
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Rajah 5 : Keratan rentas kayu

1.7.5 PENGERINGAN KAYU

Pengeringan ialah proses mengeluarkan lembapan atau cecair


yang terdapat dalam rongga sel dan Binding kayu. lanya dapat
menurunkan peratus lembapan Bari 8% hingga 15%. Jika
kelembapan lebih kayu akan mudah rosak atau reput basah.

“Carikan maklumat kaedah yang digunakan untuk mengeringkan kayu”

1.7.6 TUJUAN PENGERINGAN


a) Mena mbah kan kekuatan , ketahan lasaka n dan
senan g dikerjakan.

22
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

b) Mengurangkan kemungkinan kayu pecah, kecut


d a n meleding.
c) Memudahkan kerja mengawet, mengecat dan menggilap.
d) Menjadikan kayu lebih mudah terbakar, jika digunakan sebagai.
e) Mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat.

1.7.7 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES PENGERINGAN


a) Jenis kayu.
b) Cara susunan kayu.
c) Saiz kayu.
d) Keadaan cuaca dan lokasi.
e) Cara pengeringan dijalankan.

1.7.8 CARA PENGERINGAN KAYU


a) Cara semulajadi.
b) Pengeringan bertanur/ relau.
c) Pengeringan air.

1.7.9 KECACATAN KAYU


Kecacatan kayu adalah dipengaruhi oleh faktor semulajadi, kecuaian
semasa menebang dan semasa proses menggergaji atau membelah, serangan
serangga, lumut dan lembapan.

1.7.10 JENIS KECACATAN SEMULAJADI


a) Dipengaruhi oleh Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang
dialami di sepanjang pertumbuhannya.

23
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

b) Jenis kecacatan yang sering berlaku ialah


i. Gerigis.
ii. Buku.
iii. Parut.
iv. Berongga( teras rosak).
i. Ira berpintal.

Rajah 2 : Kecacatan jenis buku

1.7.11 Jenis kecacatan semasa menebang dan mengeluarkan kayu


balak dari hutan ialah:
i. Rekah cincin/gelang.
ii. Rekah bintang.
iii. Rekah kipas.
iv. Rekah bulat

1.7.12 Jenis Kecacatan Kayu yang teian digergagi dan selepas mengalami
proses pengeringan ialah:
i. Pecah.
ii. Retak.
iii. Terpiuh.
iv. Keras meleding.
V. Melengkung/Meleper/relangan.
vi. Wen atau sisian wen.

24
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Rajah 6 : Kecacatan kayu

1.8 GETAH

Getah asli ialah bahan semula jadi yang dihasilkan


daripada susu getah ( kulit pokok getah ). Susu getah
mengandungi molekul-molekul getah ( C5H8 ), cecair
dan resin. Getah diasingkan secara pembekuan
menggunakan asid formik atau asid asetik. Susu getah
ditapis dan dicampurkan dengan air sehingga mencapai
kepekatan sebelum dicampur asid. Getah beku seterus digelek – (mesin gelek)
jadi kepingan nipis. Kepingan getah ini dibasuh, dikeringkan dan dijemurkan
( getah mentah ). Getah mentah adalah melekit dan lemah dan mempunyai sifat
lain yang tidak dikehendaki. Getah mentah diproses bagi memperbaiki sifat-
sifatnya. Proses membaiki ini dinamakan pemvulkanan ( vulcanization ) dan
biasanya melibatkan pencampuran 7 % - 42 % sulfur kepada getah itu. Getah

25
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

mentah dihiris-hiriskan, kemudian dicampurkan dengan sulfur dan bahan pelikat


pada suhu vulkan 140 dar C. Seterusnya dibentuk dgn cara menggulung atau
menekannya pd tekanan 2.5 – 12.5 N / mm2

LATIHAN 1

Berikan sepuluh rekabentuk yang berasaskan plastik termosett dan termoplastik.


Berdasarkan kepada rekabentuk yang anda pilih, jelaskan secara terperinci ciri-ciri
keselamatan dan reka bentuknya. Dari perspektif anda sebagai seorang pengguna,
berikan komen anda dalam rekabentuk produk tersebut.

LATIHAN 2

Sesebuah rumah diperbuat daripada bahan kayu terdapat beberapa struktur saperti
rangka bumbung, pintu, tingkap, tangga, lantai dan dinding.

Berdasarkan struktur rumah tersebut ;


i. Anda dikehendaki mengenal pasti jenis-jenis kayu mengikut pengkelasannya bagi
setiap pembinaan struktur rumah tersebut
ii Berdasarkan soalan diatas, anda perlu melakarkan secara terperinci struktur
pembinaan tersebut
Latihan

Terangkan bagaimana proses melopak dilakukan dalam pengeluaran besi


tempa.

26
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Tajuk 2 SIFAT BAHAN MENTAH

SINOPSIS
Topik ini mendedahkan sifat bahan mentah yang terdiri daripada logam, polimer, kaca,
simen, komposit, kayu dan getah.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan sifat bahan mentah.


2. Menjelaskan sifat-sifat bahan mentah yang berkaitan dengan bidang
pengajian.

KERANGKA KONSEP TAJUK SIFAT BAHAN MENTAH

27
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

2.0 SIFAT BAHAN MENTAH

Terdapat banyak jenis bahan yang dapat digunakan dalam kejuruteraan dan
pembuatan barangan. Pengetahuan tentang sifat bahan penting supaya bahan dapat
berfungsi dengan baik seterusnya dapat menghasilkan produk yang bermutu.

2.1 LOGAM

Tahukah anda bahawa logam dan aloinya seperti besi tuang, keluli, aluminium,
magnesium, zink, titanium dan nikel mempunyai sifat umum antaranya keberaliran haba
dan elektrik yang baik, kekuatan dan ketegaran yang tinggi, mulur atau mudah dibentuk
dan merintangi kejutan. Logam digunakan meluas sebagai bahan struktur dan bahan
galas beban. Walaupun logam tulen jarang digunakan, gabungan atau penambahan
logam lain yang dinamai aloi selalunya dapat memperbaiki sifat logam tulen atau
berupaya menggabungkan beberapa sifat yang baik seperti yang dikehendaki. Logam
yang mengandungi besi dikenali sebagai logam ferus, manakala logam yang tidak
mengandungi besi dikenali sebagai logam bukan ferus.

2.2.1 Sifat-sifat Keluli Aloi:

i. Menambahkan kekuatan tegangan.


ii. Menambahkan kekerasan dan keliatan bahan.
iii. Pengubahsuaian suhu kritikal bagi keluli tersebut. Suhu kritikal adalah
suhu maksima dan minima bagi keluli untuk dilindap kejutkan di dalam proses
pengerasan.
iv. Menambahkan rintangan terhadap kehausan lelasan.
v. Mengekalkan kekerasan keluli sewaktu ianya merah (red hardness).
vi. Meninggalkan rintangan terhadap kakisan.
vii. Membolehkan pembajaan dilakukan pada suhu yang lebih tinggi di
samping mengekalkan sifat kekuatan dan kemuluran.

28
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

2.2.2 Sifat Besi Tuang


Besi tuang dihasilkan dari besi jongkong yang telah dicairkan semula di relau
kupola dan dicampurkan dengan besi sekerap atau keluli. Mempunyai takat lebur di
antara 1150°C -1250°C dan jongkong lebur ini lebih cair dan menghasilkan tuangan
yang baik. Besi tuang mempunyai rintangan kehausan dan keupayaan kelembapan
yang baik. Harganya murah dan senang di mesin. Terdapat 5 elemen asas yang
penting dalam besi tung dan merupakan elemen yang berupaya mempengaruhi
sesuatu sifat besi tuang di antaranya silikon, mangenese, sulphur, phosphorus dan
karbon. Kandungan karbon lebih banyak jika dibandingkan dengan keluli.

2.2.3 Sifat-sifat utama Logam Bukan Ferus

Sifat Aluminium Kuprum

Kekuatan tegangan 100 N/mm2 215 N/mm2

Kekuatan mampatan 100 N/mm2 300 N/mm2

Kekerasan 40 (NKB) 80 NKB ( jenis tuangan )


90 NKB ( kerja sejuk )
66 NKB (kerja sejuk dan
disepuh lindap )
Takat lebur 660o C 1083 oC

Kemuluran 30% pemanjangan 25% (jenis tuangan )


55% ( sepuh-lindap )
3% (kerja sejuk )

Ketumpatan 2.6 g/cm3 8.9 g/cm3

i. Tahan kakisan i. Tahan kakisan atmosfera


atmosfera dan air dan air.
ii. Pengalir haba dan ii. Pen
galir elektrik yang amat baik
elektrik.
i. Pembalik haba dan
cahaya.
• NKB = Nombor kekerasan Brinell

2.3 SIFAT PLASTIK

29
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Plastik mempunyai sifat-sifat seperti nisbah kekuatan-berat yang tinggi,


ketumpatan yang rendah, kekuatan dan ketegaran yang rendah dan keberaliran haba
dan elektrik yang rendah. Disamping itu, plastik juga dapat merintangi bahan kimia
dengan baik dan mempunyai pekali pengembangan haba yang tinggi.
Plastik juga memberi pilihan yang luas terhadap warna, lutsinaran atau
lutcahaya, mudah untuk dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan kos yang agak rendah.

Tahukah anda plastik terbahagi kepada dua kategori utama iaitu plastik
termo dan plastik termoset? Kedua-dua kategori ini mempunyai ciri-ciri
yang berbeza. Dapatkan maklumat mengenainya.

2.3.1 Sifat-sifat Am Plastik


i. Graviti tentunya rendah.
ii. Perintang haba dan elektrik yang baik.
iii. Kemasan muka yang baik.
iv. Boleh diperolehi dalam berbagai warna dan lutsinar.
v. Mempunyai kekuatan yang rendah berbanding logam.
vi. Tidak sesuai untuk kegunaan pada suhu yang tinggi.
vii. Kestabilan dimensi yang rendah terutama dalam cuaca yang lembab.

2.4 SIFAT POLIMER


Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang, dihasilkan
daripada sambungan beberapa molekul lain yang dinamakan monomer. Monomer-
monomer ini mungkin serupa, atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan
kimia yang diganti.
Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti
keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan. Dalam protein, perbezaan-
perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya menjadi
lingkaran rawak. Sungguhpun kebanyakan polimer ialah polimer organik, terdapat juga
polimer inorganik, yang juga dikenali sebagai polimer sintetik.

30
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein dan
gentian Kelvar yang mempunyai kekuatan tinggi. Satu sifat yang membezakan polimer
daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit-unit atom (monomer) dalam
rangkaian. Hal ini berlaku ketika proses pengpolimeran, di mana banyak molekul
monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses pembentukan
polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -CH2- berulang.
Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer berasal
daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang bermakna
"bahagian". Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-monomer
utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama panjang; tidak
seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim molekul relatif yang
sama. Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya berhenti berlingkaran
selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang masa rawak.
Protein ialah polimer yang terdiri daripada asid amino. Daripada sedozen
sehingga beberapa ratus monomer, yang terdiri daripada kira-kira dua puluh jenis,
membentuk rangkaian polimer protein, urutan monomer menentukan bentuk dan aktiviti
protein yang terbentuk. Tidak seperti pembentukan polyetena, yang berlaku serta-merta
dengan keadaan-keadaan tertentu, penghasilan biopolimer seperti protein dan asid
nukleik memerlukan mangkin.
Sejak tahun 1950-an, mangkin telah membolehkan penghasilan polimer sintetik
berlaku. Dengan mengawal tindak balas proses penghasilan polimer, polimer dengan
sifat-sifat baru, seperti polimer yang boleh menghasilkan cahaya berwarna dapat
dihasilkan.

Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Peter Stensel, Andrew Tung and Soh Beng
Seng. (2000). Keeping Up With Design and Technology For Upper Secondary. Singapore:
Pearson Education Asia Pte. Ltd; 381 -389.

2.5 SIFAT KACA

a. Mudah pecah

31
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

b. Keras
c. Lutsinar dan lutcahaya
d. Bahan biasan.
e. Boleh dibentuk dengan cara meniup, pengacuan, menekan, menarik atau
menggulung.
f. Penyejukan serta merta meningkatkan kekuatan sebanyak 400%.
g. Takat lebur yang rendah dan lebih stabil dari segi fizikal dan kimia.

2.6 Sifat Komposit


a. Kekuatannya tinggi
b. Ketegarannya tinggi
c. Kurang berat
d. Prestasi pada suhu tinggi
e. Rintangan pada lelasan
f. Kekerasan yang tinggi
g. Keberaliran yang baik
h. Kos yang rendah

2.7 SIFAT KAYU


Sifat-sifat kayu berbeza diantara satu jenis dengan jenis yang lain daripada
aspek berikut:
a. Rupa bentuk
b. Kekerasan
c. Berat
d. Kekuatan
e. Kecacatan
f. Penebat haba dan elektrik yang baik

2.7.1 SIFAT-SIFAT UTAMA KAYU

2.7.1.1 Kekuatan

32
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

a) la bergantung pada ketumpatan, kandungan lembapan, struktur ira kayu,


kecacatan kayu dan modulus keanjalan kayu.
b) Kayu berketumpatan tinggi lebih kuat dari berketumpatan rendah.
c) Dinding sel yang tumpat menghasilkan kayu yang kuat.
d) Sel ini sediakan ruang untuk menyimpan makanan seperti kanji, gula, garam
dan resin.
Ketahanlasakan kayu bergantung pada kandungan lembapan. Kayu yang
mempunyai lembapan yang tinggi menyebabkan pertumbuhan kulat dan
menari

2.7.1.2 Kekuatan Tegangan


a) Sifat rintangan terhadap daya yang menarik kayu ini.
b) Dinyatakan dalam bentuk tegasan.
c) Kekuatan tegangan selari dengan ira jauh lebih tinggi daripada kekuatan
tegangan tegak dengan ira iaitu 40 kali ganda pada keadaan kering
udara.
2.7.1.3 Kekuatan Mampatan
a) Diperhatikan dalam arah selari dan tegak kepada ira.
b) Dinyatakan dalam bentuk tegasan.
c) Kekuatan mampatan selari dengan ira untuk kayu lampung adalah lebih
kurang ½ hingga kekuatan tegangan selari dengan iranya.
d) Kekuatan mampatan tegak kepada iranya mempunyai kaitan rapat dengan
kekerasan kayu itu.
2.7.1.4 Kekuatan Ricih
a) Sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba
menggelangsarkan sebahagian dari atas bahagian yang lain.
b) Daya ini dinamakan daya ricih.
c) 4 jenis ricihan ; ricihan selari dengan ira, ricih tegak dengan ira,
ricihan serong, ricihan gelek.
d) Ricihan tegak kepada ira dan ricihan serong berlaku kepada
anggota kayu yang ditegaskan berlebihan.
e) Ricihan gelek disebabkan oleh beban yang melintangi kayu itu.

33
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Ricihan gelek biasanya berlaku pada binaan yang diperbuat


daripada papan lapis.
2.7.1.5 Kekuatan Lenturan Statik
a) Ukuran kekuatan bahan ini (sebatang rasuk) yang ditentukan
melalui ujian lenturan statik.
b) Ujian ini mengira tegasan serat, modula kekenyalan dan kerja melentur.
c) Modula patah adalah tegasan yang terbentuk dalam serat. Contoh kayu,
ketika ia, gagal atau patah ia dianggap bahawa teori lenturan mudah
berlaku.
d) Kerja melentur adalah jumlah kerja yang dilakukan untuk melentur
contoh rasuk kayu itu sehingga ke peringkat tertentu.

2.7.1.6 Kekerasan Kayu


a) Adalah rintangan kepada daya yang cuba melekukkannya.
b) Kekerasan kayu mempunyai kaitan rapat dengan kekuatan
mampatan tegak kepada iranya.
c) Kekerasan juga adalah ketahanan terhadap hausan; bergantung kepada
ketumpatan, kekukuhan dan lekitan sel kayu.

2.7 SIFAT GETAH


 Sifat-sifat getah bergantung kpd darjah pemvulkanan

 Getah tidak mengandungi sulfur peka terhadap perubahan suhu, larut dalam
sebilangan bahan uji, mempunyai kecenderungan menjadi lekit dan lemah

 Getah – 7 % sulfur –lebih kuat dan diregang 8-10 kali ganda panjang asalnya
tanpa putus, tidak mudah larut dalam pelarut getah

 Kurang peka terhadap perubahan suhu

 Getah yg mengandungi sulfur dengan peratusan lebih tinggi adalah keras dan
rapuh

 Sifat getah boleh diubah dengan mencampurkan bahan pelikat dan mengubah
darjah suhu dalam proses pemvulkanan

 Kesan bahan pelikat bergantung kpd kehalusan dan banyaknya bahan tersebut.

34
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

 Karbon hitam, zink oksida, magnesium karbonat asas dan tanah liat ( 30 %
m’ikut isipadu ) akan meningkat kekuatan dan ketegangan dan keliatan getah

 Masa pemvulkanan dipanjangkan sehingga suatu nilai had – kekuatan tegangan


mutamad akan bertambah tetapi pemanjangannya b’kurangan

 Jika masa melampaui nilai had – kekuatan tegangan muktamad getah dan
pemanjangannya berkurangan

 Oleh sebab itu getah boleh berubah bentuk dgn had atau limit yg besar sebelum
pecah, putus atau sebagainya, maka satu nilai tegasan mesti diberi

 Getah lembut mempunyai keupayaan menyerap tenaga per unit isipadu yang
terbesar

 Oleh itu getah banyak digunakan utk membuat tayar, penyerap kejutan dan
penimbal

Perbandingan sifat getah asli dengan sifat getah asli tervulkan

Getah asli Getah asli tervulkan


Lembut Lebih keras
Tidak tahan tindakan haba Lebih tahan tindakan haba
Kenyal Lebih kenyal
Mudah dioksidakan oleh oksigen Lebih tahan terhadap pengoksidaan

Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Mat Lazim Zakaria
(1987). Bahan dan Binaan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka;
ms. 110 - 162

2.8 SIFAT KERTAS

 Kertas bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian

35
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

 Biasanya gentian yg digunakan mErupakan gentian semulajadi dan berasaskan


selulosa

 Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada kayu pulpa
( kayu lembut ) spt : spruce, bahan gentian sayuran lain termasuk
kapas, linen dan hem boleh digunakan

 Ianya seperti gergaji halus dan nipis hingga meyebabkan luka

 Dihasilkan dengan tangan atau mesin

Tahukah anda?

Kertas dibuat daripada pulpa kayu dihasilkan dengan memotong dan mengisar pokok sehingga
menjadi pulpa. Secara purata 17 pokok berdiameter 20 cm pada paras dada lelaki dewasa
untuk menghasilkan 1 tan kertas.

LATIHAN 1

Sifat bahan kadang-kadang dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama sifat yang
sensitif kepada struktur dikenali sebagai sifat mekanikal sementara sifat yang tidak sensitif
kepada sruktur dikenali sebagai sifat fizik.

Huraikan perbezaan antara sifat mekanikal dan sifat fizikal strukruk bahan dengan memberikan
beberapa contoh.

LATIHAN 2

Sifat-sifat utama logam aluminium ialah ringan kuat secara relatif, tahan karat daripada tindakan
udara keliling dan merupakan pengalir eletrik yang terbaik. Ada kalanya logam ini mudah
dirosakkan.

Anda dikehendaki mencari punca utama mengapakah berlakunya kerosakan pada bahan
tersebut dan bagaimanakah untuk mengatasi masalah tersebut.

Tajuk 3 BAHAN KEMASAN

36
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

SINOPSIS
Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek kerja
kayu merangkumi kertas las, bahan penyumbat dan jenis bahan kemasan seperti lilin,
minyak linsid, syelek, lekar, cat, varnish dan timbertone. Tajuk ini merupakan
sebahagian daripada tajuk empat dalam pro forma meliputi sebahagian bab barangan
logam dan kelengkapan

HASIL PEMBELAJARAN

Menghuraikan jenis bahan pengikat, bahan kemasan

Kerangka konsep Jenis bahan mentah

3.0 PENGENALAN

37
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir


dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan. Keadah kemasan yang
betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja.
Untuk menghasilkan kemasan yang menarik bermutu tinggi bendakerja atau projek
perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan
menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut.
Antara langkah dalam kerja kemasan ialah:

• Memilih cat atau kemasan yang sesuai

• Merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung


penyumbat ( Filler power )

• Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las ( sand paper )

• Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan
mengecat samada mengunakan berus atau spray

• Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik

• Menghilangkan kesan calar atau cacat

• Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga

• Membuatkan projek atau bendakerja kayu lebih tahan lama

Tahukah anda mengapa kerja kemasan

perlu dilakukan ?

3.1 Jenis Bahan Kemasan

• Lilin

• Minyak Linsid

• Syelek atau sampang syelek

• Cat

38
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

• Lekar

• Varnis

• Stain

• Timber tone

JENIS BAHAN JENIS KEMASAN YANG SESUAI

Cat minyak
Syelek
Kayu Sampang
Lekar
Lilin
Lekar plastic
vinil

Cat minyak
Keluli Cat bitumen
lekar

Cat distemper
Lepa simen/gypsium Cat air / cat emulasi
Cat minyak

3.3.1 Kemasan Lilin

• Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan lembut.

• Kemasan yang dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan


menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dapat menyerap ke dalam ira
kayu.

39
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

• Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika


warna diperlukan, pewarna dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh
dengan lilin atau mengacau serbuk pewarna dalam cecair lilin.

Rajah 1 : Antara kemasan lilin

3.3.2 Syelek

• Merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu.

• Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang
hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara.

• Resin syelek larut di dalam alkohol – methylated spirit.

• Berfungsi untuk mengilat kayu dinamakan French polishing secara sembur


atau sapu dengan berus.

• Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk
digunakan atau dibeli secara bancuh siap.

• Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau
bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

3.3.3 Sampang (Varnis)

• Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau
resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung)

40
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah
digunakan secara sapu atai sembur.

• Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil masa


selama 12 hingga 24 jam.

• Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan
pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.

3.3.4 Cat minyak

• Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed.

• Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan


pengoksidaan.

• Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas,
lapisan alas dan lapisan kemasan.

• Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih dan
minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti turpentine.

• Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

3.3.5 Cat air atau cat emulsi.

• Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuhkan


dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan.

• Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan dan
memerlukan air sebagai agen pencair.

• Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk


mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok
luar.

• Pengeringanya ialah melalui sejatan dan resapan.

41
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

• Cat ini mudah digunakan samada disapu dengan berus, digelek dengan
penggelek ataupun disembur.

• Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang baru..

3.3.6 Lekar (lacquer)

• Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-cellulose).


• Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering.
• Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur.

3.3.7 Venier Kayu

• Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada permukaan
kayu.
• Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada
permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.
• Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:
a. Kayu Cengal
b. Kayu Nyatoh
c. Kayu Balau
d. Kayu Meranti
e. Kayu Sepetir

LATIHAN 1

• Nyatakan sebab-sebab utama kenapa kita perlu membuat kerja-kerja kemasan


selepas kita menyiapkan hasil projek.

• LATIHAN 2

• Dengan ringkasnya terangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk kerja-


kerja satu bahan pengemasan projek perabot.

• Langkah kerja yang perlu dilakukan mesti mengikut peraturan dan mempunyai
nilai-nilai murni serta mendapat hasil yang berkualiti.

42
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

PERKEMBANGAN INDUSTRI PEMBUATAN


TAJUK 4
TEMPATAN

SINOPSIS
Tajuk ini menjelaskan perkembangan industri tempatan; peranan, fungsi, proses
pembuatan dan kepentingan industri tempatan.
HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengkaji konsep daripada perspektif perkembangan industri pembuatan


tempatan dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk teknologi.
2. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi
pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.
3. Memodeli dan menggalakkan pembelajaran secara inkuiri dan koperatif
serta menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri.

KERANGKA KONSEP PERKEMBANGAN INDUSTRI TEMPATAN

43
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

4.1 PENGENALAN

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu
takrifan. Teknologi ditakrifkan sebagai pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Istilah teknologi selalunya
berkait rapat dengan rekaan menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun,
rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Selain daripada itu teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam
menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu,
teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Secara ringkas istilah teknologi membawa maksud penggunaan alat, bahan dan
proses oleh manusia untuk membolehkan mereka melakukan atau menghasilkan
sesuatu, Contohnya, makanan yang kita makan itu telah dihasilkan, dibungkus dan
diedarkan dengan menggunakan teknologi tertentu. Begitu juga dengan rumah yang
kita diami, kenderaan dan lain-lain barang, yang semuanya dihasilkan dengan teknologi
tertentu.
Teknologi digunakan untuk memenuhi keperluan manusia. Oleh sebab manusia
sentiasa mencipta dan menggunakan cara atau proses yang baru untuk memudahkan
kehidupan mereka, maka penggunaan teknologi telah menyebabkan berlaku
perubahan yang banyak kepada kehidupan manusia.
Istilah pembuatan telah diambil dari perkataan Latin iaitu manu factus, yang
membawa maksud ‘ diperbuat dengan tangan ‘. Perkataan ‘ pembuatan ‘ telah
digunakan pada kurun ke 16. Istilah ini membawa maksud penghasilan barangan
daripada bahan mentah menggunakan pelbagai proses, mesin dan operasi, dan
menurut suatu aktiviti yang tersusun serta dirancangkan terlebih dahulu.

44
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

4.2 TEKNOLOGI PEMBUATAN

• Pembuatan ialah suatu proses yang mengkoordinasikan kebolehan manusia,


alatan dan mesin untuk mengubah bahan mentah menjadi barangan berguna.
• Teknologi pembuatan telah menjadi teras kepada pembangunann manusia di
negara maju.
• Pembuatan adalah suatu aktiviti ekonomi yang penting.
• Hampir sepertiga daripada nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh
negara perindustian adalah hasil daripada bidang pembuatan.

4.3 Peranan dan Fungsi Industri Pembuatan Tempatan

Tahukah anda apakah peranan dan fungsi industri pembuatan tempatan? Mari
kita teliti maklumat berikut.

Sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah


dilaksanakan ke arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gentian - import.
Bagaimanapun strategi ini telah mula berubah dalam tahun 1970, di
mana lebih banyak tumpuan telah di buat terhadap kegiatan-kegiatan
yang berorientasikan eksport. Memandangkan kegiatan berorientasikan
gentian import membantutkan perkembangan perindustrian oleh kerana
Malaysia di anggap mempunyai skop pasaran yang kecil.

Matlamat pembangunan perindustrian ini telah menghasilkan kemajuan yang pesat


dalam tahun 70-an. Peranan dan fungsi industri pembuatan tempatan adalah seperti
berikut:
a. Mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru;
b. Mempelbagaikan industri dan mengembangkannya keseluruh negara;
c. Menambahkan tukaran asing menerusi penwujudan industri berteknologi
tinggi dan memupuk kemahiran bagi pekerja Malaysia;
d. Menambahkan lagi industri kecil dan sederhana;

45
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

e. Mengurangkan import barangan jentera, mengeksploitasi pertalian


pengeluaran dan pemprosesan;
f. Menguatkan lagi keupayaan teknologi dalam sektor pembuatan.

Huraikankan bagaimana industri pembuatan dapat membantu


penduduk negara ini memenuhi keperluan dan kehendak
mereka.

4.4 KEPENTINGAN INDUSTRI PEMBUATAN TEMPATAN


4.4.1 Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
4.4.2 Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk
untuk gantikan barangan import.
4.4.3 Galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan,
pembalakan dan perikanan - sumber bahan mentah industri.
4.4.4 Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan.
4.4.5 Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak
terlalu bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah
dan kayu-kayan.
4.4.6 Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan
negara sumber pertukaran wang asing.

4.5 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INDUSTRI PEMBUATAN DI MALAYSIA

46
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

a. Modal • Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang


banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan -
dapat keluarkan modal kepada pengusaha
(perlukan modal)
b. Sumber tenaga • Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera
di kilang.

• Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan


yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang
murah dan men-cukupi (tenaga elektrik dan bekalan
air)
c. Banyak • Perhubungan dan pengang-kutan, kawasan dan
kemudahan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah
asas serta kemudahan lain (bank dsbnya).
d. Bekalan bahan • Banyak, mudah didapati dan mencukupi.
mentah
e. Pasaran • Meluas dn permintaan yang banyak, sama ada
dalam atau luar negeri.
f. Dasar kerajaan • Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan
pelabur asing datang melabor dengan cara
kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan
pengecualian cukai ke atas barangan yang
dihasilkan.
• Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk
tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya :

a. Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan


Lepas.
b. Zon Perdagangan Bebas Cukai
Sungai Way.
c. Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir
Gudang

• Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian


Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri
maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.
g. Tenaga buruh • Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan
tenaga buruh yang murah dan mudah didapati -
mahir / separuh mahir.
h. Sistem • Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat,
pengangkutan udara dan air untuk penghantaran bahan mentah,
barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan
import dan eksport barangan atau sistem
telekomunikasi yang memudahkan perhubungan
antara pembekal-pengedar.

47
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

4.7 GALAKAN DAN PERANAN KERAJAAN DALAM MEMAJUKAN


LAGI BIDANG INDUSTRI PEMBUATAN DI MALAYSIA

1. Sediakan tapak / kawasan perindustrian yang dilengkapi dengan


pelbagai kemudahan seperti bekalan air, perhubungan dan
pengangkutan, kemudahan elektrik dsbnya.
2. Sediakan kemudahan pinjaman modal melalui bank dan sumber-
sumber lain (Bank Perdagangan dan MARA).
3. Menekankan kepentingan mata pelajaran teknikal dan vokasional
untuk melatih pekerja mahir.
4. Menubuhkan MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian) untuk
bantu pelabur tempatan dan luar negeri - khidmat nasihat, maklumat dan
dorongan.
5. Memberikan perlindungan tarif perintis kepada jenis-jenis industri
baru (beri galakan seperti pengecualian cukai dan pinjaman untuk jangka
masa tertentu).
6. Mewujudkan zon perdagangan bebas cukai untuk tarik pelaburan
dan industri berteknologi tinggi dari negara-negara maju yang lain. Zon
perdagangan bebas yang ada di Malaysia terletak di Sungai Way, Bayan
Lepas dan Pasir Gudang. Kilang-kilang di kawasan ini diberikan beberapa
keistimewaan seperti insentif cukai, kemudahan kredit serta pengecualian
cukai eksport dan import.
7. SIRIM ditubuhkan dengan tujuan menjamin mutu keluaran hasil
pengeluaran kilang dan jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu
barangan.
8. Berikan bantuan kewangan melalui Permodalan Kemajuan
Perusahaan Malaysia (MIDF) dan HICOM untuk memajuka industri berat
(mmbuat kereta dll).

48
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

9. Malaysia Industrial Estates Limited (MIEL) sediakan bangunan-


bangunan untuk disewa / jual kepada pengusaha-pengusaha kilang.

Rajah 1 : Kilang proton merupakan antara industri pembuatan tempatan yang menjadi
kebanggan rakyat Malaysia

Fikirkan sejenak! Apakah yang terkandung dalam


Pelan Induk Perindustrian Malaysia? Kenapa ia dilancarkan?

LATIHAN 1

Terangkan peranan dan fungsi indusri pembuatan tempatan automatif dalam menjana
ekonomi negara dan menurunkan kadar inflasi negara.

LATIHAN 2

49
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Teknologi pembuatan telah diciptakan atau dibangunkan dan diigunakan dalam


pelbagai bidang kehidupan manusia. Umpamanya bidang komunikasi yang berkaitan
penghantaran dan penerimaan maklumat melalui bahan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT)

Anda dikehendaki mencipta satu bentuk perkakasan komputer bidang komunikasi


dengan membuat ilustrasi berserta dengan butirannya cara penggunaannya.

Tajuk 5 PENGUNAAN BAHAN KITAR SEMULA

Sipnosis
Tajuk ini mendedahkan kepada pelajar tentang penggunaan bahan kitar semula
melibatkan bahan kertas, plastik, kaca, logam dan kayu.

50
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan jenis dan sifat bahan.


2. Mengaplikasikan teknik pembuatan produk berasaskan kayu dan logam
dalam pengajaran dan pembelajaran anda disekolah.
3. Menghuraikan jenis bahan pengikat, bahan kemasan, barangan logam
dan kelengkapan.
4. Menghuraikan perkembangan industri pembuatan tempatan
5. Menjelaskan penggunaan bahan kitar semula

Kerangka konsep Jenis bahan mentah

Industrialisasi banyak menghasilkan sisa buangan. Pelupusan sisa buangan ini


melibatkan kos yang tinggi. Sebaliknya, sisa-sisa ini boleh mendatangkan hasil
pulangan yang baik jika ianya dikitar semua

5.1 Pengenalan

51
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini
terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap
satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, ia bergantung
kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja
sebuah tapak pelupusan dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka.
Lambat laun tapak-tapak ini akan berkembang dan menular
mencerobohi hidup kita.

5.2 Tujuan kitar semula ialah:


a. Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan
bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan
gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang
dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

b. Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran


Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan
mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti
pencemaran air bawah tanah dan udara.

c. Kitar semula untuk menjimatkan kos


Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan
berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem
yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu
dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda
kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.

d. Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita


Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang
amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan

52
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi


menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain
untuk industri pengeluaran yang lain.

e. Kitar semula untuk menjimatkan tenaga


Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium
adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama
3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil
menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.

f. Kitar semula untuk menyelamatkan hutan


Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa
ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang
perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru
yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

Bahan kitar semula seperti kertas, plastik, kaca, logam (seperti aluminum, besi
keluli dll) dan kayu dapat membantu industri pembuatan tempatan untuk menghasilkan
produk seperti kertas surat khabar, kertas tisu, botol plastik, botol kaca dan bahan
binaan berasaskan logam.

Tahukah anda proses kitar semula bahan dapat membantu


membantu menjanakan ekonomi negara

5.3 Bahan yang boleh dikitar semula

53
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Semua jenis kaca Semua jenis barang Semua jenis kertas Beg-beg membeli
termasuklah botol yang diperbuat sama ada yang belah plastik, beg
minuman, bekas daripada aluminium berwarna ataupun plastik dari
makanan, botol seperti tin-tin yang tidak pasaraya, botol
vitamin dan bekas minuman boleh berwarna, seperti minuman plastik,
kosmetik dikitar semula. suratkhabar lama, botol air mineral
majalah lama, dan bekas
buku, katalog, makanan yang
risalah, kalendar, diperbuat daripada
kad, sampul surat plastik boleh
dan kotak boleh diproses untuk
dikitar semula. dikitar semula.

Kayu-kayu terpakai
Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah
atau meja burung. Juga boleh digunakan sebagai kayu api.

54
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Rajah 1 : Antara kegunaan kayu yang dikitar semula

5.4 Kebaikan Kitar Semula


• Dengan menggunakan bahan kitar semula dapat menjimatkan kos
berbanding dengan bahan mentah yang asal.
• Kerajaan terpaksa mengimport bahan kitar semula dari luar untuk
menampung permintaan yang tinggi dari industri menyebabkan kerajaan
kerugian bernilai berbillion ringgit hasil daripada pertukaran wang asing.
• Kira-kira 40% daripada sisa pepejal merupakan bahan kitar semula.
Sekiranya sebahagian daripada bahan kitar semula ini dapat diasingkan
( segregation ) dan disisihkan ( diversion ), Kerajaan dapat menjimatkan kos
pelupusan sisa pepejal untuk disalurkan kepada projek-projek yang lebih
bermanfaat untuk rakyat. Tapak-tapak pelupusan sanitari dan loji rawatan
termal dapat dikurangkan.
• kitar semula adalah strategi pengurangan sisa pepejal yang paling ‘ cost
effective ’ dimana bahan kitar semula yang diasingkan tidak perlu dilupuskan
– menjimatkan kos pelupusan – dan dapat digunakan sebagai bahan sumber
untuk industri pembuatan tempatan dan eksport
• Kempen kitar semula kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan
melibatkan segenap lapisan masyarakat termasuk Pihak berkuasa Tempatan,
Jabatan-Jabatan Kerajaan, NGO, syaraikat-syarikat swasta, institusi-institusi
pendidikan awal, menengah dan tinggi serta orang ramai termasuk di rumah,
pejabat dan tempat-tempat awam.

5.5 Proses kitar semula


a. Plastik

• Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan


mengikut kategori.

55
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

• Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan
ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang
bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang
segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan
melalui saluran udara panas.
• Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam
bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru
b. Kaca
• Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya
masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat
akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca
jernih
• Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan
dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk
dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair
dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk
untuk dijadikan botol.
• Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang
keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan
dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi
dengan makanan dan minuman

Tahukah anda

Bagi setiap 10 suratkhabar yang dibeli di Malaysia, hanya 6 suratkhabar yang dikitar
semula. Setiap bulan, 57,000 tan kertas dibuang ke dalam tapak perlupusan sampah di
negara ini. Ianya seperti memotong 680,000 pokok dewasa.

c. Kertas

56
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

• Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh
negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai.
• Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana
pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan
untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada
kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang
terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya,
proses penapisan dan pencerahan.
• Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air
lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas
kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi
satu gulungan kertas yang besar.
 Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai
saiz, bergantung kepada kehendak pelanggan

d. Aluminium

• Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk


diangkut ke pusat kitar semula.
• Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.

• Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin


yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding
memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.

Terdapat banyak computer riba yang menggunakan bateri Nickel


Metal Hydride atau Litium-Ion, yang mana boleh di kitar semula.
Bagaimanakah proses kitar semula bahan ini?.

LATIHAN 1

57
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Industrialisasi banyak menghasilkan sisa buangan. Pelupusan sisa buangan


ini melibatkan kos yang tinggi. Sebaliknya, sisa-sisa ini boleh mendatangkan
hasil pulangan yang baik jika ianya dikitar semua

Huraikan sumbangan anda dalam menangani bahan-bahan terbuang dalam


kehidupan harian anda berpandukan pernyataan di atas.

LATIHAN 2

Hasilkan satu projek kitar semula bertema kertas atau plastik yang
diintergasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terapkan nilai-
nilai kepentingan kitar semula, penjimatan dan sebagainya.

RUJUKAN

David, M.S. (1983). Pertukangan Kayu Reka Bentuk Dan Amalan. Selangor: Eastern
Universities Press (M) Sdn. Bhd.

John A Walton (1971). Pertukangan Kayu. Tiori dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mat Lazim Zakaria (1987). Bahan dan Binaan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka

Pugh, S. (1996). Creating Inovative Products Using Total Design. Massachusetts:


Addison-Wesley Publishing Company

Lesko, J. (1999). Industrial Design Materials And Manufacturing. New York: John Wiley
& Sons, Inc.

58
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Stensel, P., Tung, A. & Soh Beng Seng (2000). Keeping Up With Design And
Technology. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

Stensel, P., Tung, A. & Soh Beng Seng. (2000). Building A Foundation With Design &
Technology. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

Ulrich, K.T. & Steren, D.E. (2000). Product Design And Development. Boston: McGraw
Hill.

Zainal Abidin Ahmad (1999). Proses Pembuatan. Jilid 1. Johor Bahru: UTM

http://www.technologystudent.com/prddes1/prddex1.html

http://www.scienceclarified.com/everyday/Real-Life-Chemistry-Vol-1/Metals.html

http://www.history.com/encyclopedia.do?articleId=216320

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN)

NAMA KELAYAKAN

Dr. Noriati Binti A. Rashid Kelulusan:


Ph.D (Sosiolinguistik), UM
Ketua Penolong Pengarah M.Ed (Sociology Education), UM
Unit Kurikulum, B.A. Hons. (Geografi & Bahasa Melayu ), UM
Bahagian Pendidikan Guru, Diploma Pendidikan (Geografi dan Bahasa Melayu) UM
Kementerian Pelajaran Malaysia.

59
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Hj Rosehan b. Hashim Kelulusan:


M Ed (Tech. & Voc. Edu.), UTM
Penolong Pengarah B.Tech with Educ. Hons (Civil), UTM,
Unit Kurikulum, Diploma BTEC Civil Engineering (UK),
Bahagian Pendidikan Guru, Sijil Perguruan (Binaan Bangunan), MPTKL
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengalaman:
rbh14@hotmail.com.my Penolong Pengarah, Unit Dasar, BPG.
Penolong Pengarah, Unit Kurikulum BPG.

En.Tajul Ashikin Bin Hashim Kelulusan:


M.eD,Multimedia UPSI
Pensyarah, B.Tech with Educ. Hons (Living Skills), UTM
IPGM Kampus Perlis, Sijil Perguruan (SPU), MPT
Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar, Perlis Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Pengajian Teknikal,
Tajul1968@yahoo.com IPGM Kampus Perlis (2 Tahun),
Jurulatih Utama Mata Pelajaran Reka Cipta PPK dan JPN (8
Tahun)
Panel Pembangunan Bahan Pengajaran Berasaskan Web
Bah.Teknologi Pendidikan (2 Tahun)
Ketua Panitia Reka Cipta (8 Tahun)
Guru Sekolah Menengah (17 Tahun)

En.Abdul Razif Bin hj Abdul Rahman Kelulusan:


M. Sc. (Tech. & Voc. Edu.), UPM
Pensyarah, B.Tech with Educ. Hons (Living Skills), UTM
IPGM Kampus Temenggung Ibrahim, Sijil Perguruan (SPU), MPT
Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru. Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup (7 tahun)
Pensyarah Bestari (2 tahun)
Guru Sekolah Menengah (23 tahun)

PANEL PEMURNIAN PANDUAN PEMBELAJARAN


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN)

NAMA KELAYAKAN

Dr. Noriati Binti A. Rashid Kelulusan:


Ph.D (Sosiolinguistik), UM
Ketua Penolong Pengarah M.Ed (Sociology Education), UM
Unit Kurikulum, B.A. Hons. (Geografi & Bahasa Melayu ), UM
Bahagian Pendidikan Guru, Diploma Pendidikan (Geografi dan Bahasa Melayu) UM
Kementerian Pelajaran Malaysia.

60
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Hj Rosehan b. Hashim Kelulusan:


M Ed (Tech. & Voc. Edu.), UTM
Penolong Pengarah B.Tech with Educ. Hons (Civil), UTM,
Unit Kurikulum, Diploma BTEC Civil Engineering (UK),
Bahagian Pendidikan Guru, Sijil Perguruan (Binaan Bangunan), MPTKL
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengalaman:
rbh14@hotmail.com.my Penolong Pengarah, Unit Dasar, BPG.
Penolong Pengarah, Unit Kurikulum BPG.

Puan Asma bt. Muda Kelulusan:


M.Sc (Water Engineering), UPM
Pensyarah, B.Sc. Hons (Civil Engineering), University of Arizona, USA
Insitut Perguruan Teknik, Diploma Pendidikan, UTM
Jalan Yaacob Latif,
56000 Bandar Tun Razak, Pengalaman:
Kuala Lumpur. Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam,
Institut Perguruan Teknik (5 Tahun),
zaimk@streamyx.com Pensyarah Bestari (2 Tahun)
Ketua Panitia Lukisan Kejuruteraan (7 Tahun)
Guru Sekolah Menengah Teknik (11 Tahun)

En.Tajul Ashikin Bin Hashim Kelulusan:


M.eD,Multimedia UPSI
Pensyarah, B.Tech with Educ. Hons (Living Skills), UTM
IPGM Kampus Perlis, Sijil Perguruan (SPU), MPT
Jalan Behor Pulai,
01000 Kangar, Perlis Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Pengajian Teknikal,
Tajul1968@yahoo.com IPGM Kampus Perlis (2 Tahun),
Jurulatih Utama Mata Pelajaran Reka Cipta PPK dan JPN (8 Tahun)
Panel Pembangunan Bahan Pengajaran Berasaskan Web
Bah.Teknologi Pendidikan (2 Tahun)
Ketua Panitia Reka Cipta (8 Tahun)
Guru Sekolah Menengah (17 Tahun)

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

61
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

62

You might also like