You are on page 1of 5

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2010

SK KAMPUNG TENGAH DAN SK SERI GELIGA KEMAMAN, TERENGGANU.

TARIKH : 8 NOVEMBER 2010 (ISNIN)


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN ISTIQAMAH, SK SERI GELIGA

“Mengumumkan perarakan masuk para penerima Sijil Tamat Prasekolah , Sekolah


Kebangsaan Kampung Tengah diikuti Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman
Terengganu sesi 2010.”

Seterusnya Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Untuk itu hadirin
hadirat diminta berdiri.

- Nyanyian Lagu Negaraku dan Selamat Sultan-

Hadirin hadirat dipersilakan duduk.


Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahhim…

1. Yg Berusaha, Pn Zaini bt Mat Nor


GB SK Kampung Tengah, Kemaman

2. Yg berusaha, En Omor b Deraman


GB SK Seri Geliga, Kemaman

3. Yang dihormati - Guru-guru Penolong Kanan


- Guru-guru dari SKKT dan SKSG
- Dif-dif jemputan
- Para ibu bapa

4. Yg dikasihi, murid-murid Pra-sekolah yang diraikan,


Seterusnya, sidang hadirin hadirat warga dewan yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum…….

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT, atas perkenan limpah dan inayahnya
jua dapat kita berhimpun di majlis meraikan anak-anak kita yang kita sayangi
dalam satu majlis yang dinamakan “Majlis Konvokesyen Prasekolah sesi 2010”,
gabungan 2 buah sekolah iaitu SK Kampung Tengah dan SK Seri Geliga,
Kemaman Terengganu.

Selamat datang diucapkan kepada semua para jemputan yang hadir terutama
sekali para ibu bapa atas kesudian meluangkan masa ke majlis ini.
Sesungguhnya, keprihatinan tuan-tuan dan puan-puan semua hadir ke majlis ini,
membuktikan kecaknaan dan tautan kasih, kerjasama erat antara kita guru-guru,
ibu bapa dan anak-anak khususnya, dalam menjana kecemerlangan masa depan
anak-anak.

2. Bacaan Doa

Pembuka tirai, sebelum majlis pada pagi ini diteruskan, sama-samalah kita
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Al-Fadhl Utz Hj Ahmad Saiful b
Ibrahim..Dipersilakan…

- BACAAN DOA-
Amin amin ya rabbilalamin…Terima kasih diucapkan kepada Utz Hj Ahmad Saiful
atas bacaan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis pada pagi ini mendapat
keberkatan dariNya jua. InsyaAllah.

3. Bacan Ayat Suci Al-Quran oleh murid Prasekolah SKSG


Hadirin hadirat yang dimuliakan,
Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan
________________________________________ dari SKSG bagi mengalunkan
bacaan ayat suci Al-Quran dari surah _________________________________.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan..

- BACAAN AL-QURAN-

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________________ atas


bacaan ayat suci Al-Quran itu tadi.

4. Ucapan Aluan GB SK Kg Tengah


Meneruskan aturcara pad pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yg Berusaha Pn Zaini bt Mat Nor, GB SKKT selaku tuan rumah majlis pada kali
ini untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan…

- UCAPAN –

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha Pn Zaini atas ucapan
aluan itu tadi.

5. Ucapan Perasmian Tn GB SKSG


Seterusnya dipersilakan Yg Berusaha En Omor b Deraman, GB SKSG untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan……..

- UCAPAN PERASMIAN –
Terima kasih diucapkan kepada Yg Berusaha En Omor . Dengan ucapan
perasmian itu tadi, maka rasmilah sudah Majlis Konvokesyen Prasekolah Sesi 2010.

6. Persembahan Nasyid SKKT.


Hadirin hadirat warga dewan yang dirahmati Allah sekalian
Ucapan sudah perasmian pun sudah,
Hanya menunggu penyampaian sijil dan hadiah..
Sebelum majlis diteruskan, sama-samalah kita saksikan sebuah persembahan
nasyid oleh murid-murid SK Kampung Tengah dengan judul nasyid “ Alif Ba Ta”.
Dipersilakan…

- PERSEMBAHAN NASYID –

Terima kasih kepad murid-murid praekolah SKKT atas titipan persembahan


nasyid itu tadi..

7. Persembahan Murid SKSG.


Seterusnya, kita saksikan pula persembahan ____________________________dari
murid-murid prasekolah SKSG. Dipersilakan..

- PERSEMBAHAN –

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Prasekolah SKSG atas persembahan


menarik itu tadi.

8. Penyampaian Sijil dan hadiah Murid Prasekolah SKKT


Tamatlah sudah Prasekolah
Tahun Satu menggamit megah
Acara dinantikan satu anugerah
Penyampaian sijil dan juga hadiah

Hadirin hadirat yang dimuliakan, sampai kita ke acara yang


dinantikan..penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid prasekolah sesi
2010.

Untuk itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yg berusaha Pn Zaini bt Mat


Nor, Guru Besar SKKT, diiringi oleh En Mohd Nasir b Hamzah, GPK 1 SKKT bagi
menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan…
Mendahului senarai penerima sijil tamat Prasekolah dipersilakan…
(Rujuk lampiran)
- PENYAMPAIAN SIJIL –

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berusaha Pn GB SKKT atas


penyampaian sijil dan hadiah itu tadi.
9. Persembahan Murid SKKT
Meneruskan aturcara pada pagi ini, kita disajikan pula dengan persembahan
nyanyian oleh muri-murid Prasekolah SKKT yang akan mendendangkan lagu
berjudul “Tanya Sama Pokok”.
Dipersilakan…

- PERSEMBAHAN –
Tkasih diucapkan kepada murid-murid Prasekolah SKKT atas persembahan itu
tadi..

10. Penyampaian Sijil dan Hadiah Murid SKSG


Seterusnya penyampaian sijil dan hadiah kepada Murid-murid Prasekolah SKSG.
Dengan ini dipersilakan Yg Berusaha En Omor b Deraman, GB SKSG diiringi oleh
_____________________________________ bagi menyampaikan sijil tamat
Prasekolah dan hadiah kepada Murid Prasekolah SKSG. Dengan segala
hormatnya dipersilakan….

- PENYAMPAIAN SIJIL/HADIAH –
(Rujuk lampiran)

Majlis merakamkan setinggi tkasih kepada Yg Berusaha En Omor kerana sudi


menyempurnakan majlis.

11. Pertunjukan Fesyen Muri SKKT


Hadirin hadirat sekalian.
Sekarang kita saksikan pula persembahan pertunjukan fesyen oleh murid-murid
Prasekolah SKKT yang akan menampilkan bakat dan aksi masing-masing.
Sama-samalah kita saksikan….

- PERTUNJUKAN FESYEN –

Tkasih murid-murid Prasekolah SKKT atas sajian persembahan menarik itu tadi.

12. Persembahan Murid SKSG


Persembahan seterusnya, sama-samalah kita saksikan murid-murid SKSG yang
akan menyampaikan persembahan _______________________________________
Dipersilakan…

- PERSEMBAHAN –

Tkasih kepada Murid-murid Pra-sekolah SKSG atas persembahan itu tadi.


13. Penutup

Indah pekerti indah budi


Bersulam adat Melayu jati
Majlis Konvokesyen Prasekolah berakhir di sini
Dipanjangkan umur bertaut hati bersua kembali

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.


Mengakhiri persembahan itu tadi maka Majlis Konvokesyen Prasekolah Sesi 2010
menutup tirai.

Majlis ingin mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada


semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Sekalung tahniah jua kepada semua graduan prasekolah yang berjaya tamat
prasekolah dengan jayanya.

Ampun maaf dipinta atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata. Sesungguhnya,
yang baik itu dari Allah jua, manakala segala kekurangan adalah dari kelemahan
kami jua..Semoga dipertemukan lagi di tahun hadapan.

Dengan itu saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia..


Wabillahitaufik…………………
Majlis bersurai

14. Jamuan

Yan 10’

You might also like