You are on page 1of 9

KERTAS KERJA DASAR

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN


SAMBUTAN AIDILFITRI
2009
KELAB ALUMNI FASILITATOR
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR

FACILITATOR ALUMNI CLUB


“Facilitate – Amalgamate – Cooperate”
KERTAS KERJA DASAR MAJLIS BERBUKA PUASA FACILITATOR ALUMNI CLUB

MUKADIMAH

Kertas kerja ini disediakan untuk pertimbangan semua ahli kelab untuk mengadakan

Majlis Berbuka Puasa bagi tahun 2009 serta mengadakan pra-keraian bagi sambutan

Aidilfitri 1430 Hijrah seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2008.

PENDAHULUAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan kemuliaan bagi umat Islam. Lantas, bulan tersebut

harus disambut dengan kesyukuran dan keinsafan. Sebagai umat Islam, kita adalah dengan

ini haruslah menyambut saranan agama untuk mengimarahkan bulan ini dengan ibadah dan

perpaduan sesama kita.

Berbuka puasa secara berjemaah merupakan satu tuntutan lantas merupakan satu cara

untuk mengeratkan lagi ukhwah di kalangan sesuatu komuniti disamping dapat bermesra

serta berkongsi cerita. Maka, seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung

Tahunan kali ke-2 2008, Kelab Alumni Fasilitator akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa

serta Sambutan Aidilfitri antara ahli kelab. Majlis Berbuka Puasa akan diadakan secara

sederhana serta keraian hari lebaran akan disambut serentak.

Adalah diharapkan dengan Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Aidilfitri ini dapat

mengeratkan silaturrahim dan menghayati bulan keberkatan bersama-sama serta

mengindahkan sambutan hari kebesaran yang bakal tiba demi mengagungkan keesaan Tuhan.

1
KERTAS KERJA DASAR MAJLIS BERBUKA PUASA FACILITATOR ALUMNI CLUB

TUJUAN

Meraikan bulan keberkatan iaitu bulan Ramadhan bersama-sama antara ahli

Facilitator Alumni Club dalam membentuk semangat muhibbah antara satu sama lain.

Dengan berjalannya majlis seperti ini, jalinan persahabatan antara ahli akan tetap terjalin

dengan erat dalam mengukuhkan kelab yang masih muda ini. Lantas, majlis seperti ini

mampu memberi peluang kepada ahli-ahli lain untuk memberi khidmat serta sumbangan

kepada kelab yang disertai untuk kebaikan bersama. Hal ini adalah bersesuaian dengan motto

kelab ini iaitu “Facilitate – Amalgamate – Cooperate” (Memudah cara – Bersatu –

Bekerjasama).

2
KERTAS KERJA DASAR MAJLIS BERBUKA PUASA FACILITATOR ALUMNI CLUB

OBJEKTIF

1. Membentuk kemesraan dan ikatan persaudaraan bersama antara ahli Facilitator

Alumni Club.

2. Berkumpul dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain terutamanya di IPT

mahupun sektor pekerjaan.

3. Menghayati keberkatan bulan Ramadhan serta menyambut hari lebaran Aidilfitri

bersama-sama.

MATLAMAT

1. Mewujudkan kerjasama daripada setiap ahli kelab yang merupakan bekas

fasilitator yang masih belum sempat berkenalan pada Minggu Pengurusan Pelajar

Baru yang lepas.

2. Mencungkil bakat kepimpinan yang baru dan melatih sistem pengurusan rasmi

kepada setiap ahli kelab.

3. Menjana pemikiran kreatif dan kritis bagi merancang program dengan lebih baik

dan berkesan.

3
KERTAS KERJA DASAR MAJLIS BERBUKA PUASA FACILITATOR ALUMNI CLUB

JAWATANKUASA KERJA INDUK MAJLIS BERBUKA PUASA

Penasihat:
Hassan bin Haji Haron@Haroun

Yang Dipertua:
Mohd Hafiz bin Mohd Saadon

Naib Yang Dipertua 1:


Aainaa Haizun bt Zulkefli

Naib Yang Dipertua 2:


Abdul Afiq bin Abdul Aziz

Setiausaha Agong:
Noraishah binti Sulaiman

Bendahari Kehormat:
Ebby Efrizal bin Mortadza

Penolong Setiausaha Agong:


Adnan Hafiz bin Zainal Adzam

Penolong Bendahari Kehormat:


Nur Fazura bt Razali

Penolong Naib Yang Dipertua Perhubungan Dalaman dan Sosial


Ahmad Bazli bin Abdul Manan

Penolong Naib Yang Dipertua Kerohanian dan Pembangunan Insan


Muhammad Fahmi bin Ghazali

4
KERTAS KERJA DASAR MAJLIS BERBUKA PUASA FACILITATOR ALUMNI CLUB

JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS BERBUKA PUASA

Pengarah program:
1 orang
– bertindak sebagai penyelia dan penggerak kepada jawatankuasa pelaksana
sepanjang program
Sekretariat:
2 orang
– membantu dan merekod segala urusan program
– merancang perbelanjaan yang akan digunakan untuk program
– menyediakan laporan aktiviti selepas tamat program
AJK Teknikal & Logistik:
2 orang
– membantu menyediakan semua peralatan yang diperlukan untuk program jika tidak
disediakan oleh pihak penyedia
AJK Persiapan Jamuan, Tempat & Tempahan:
3 orang
– menentukan tempat jamuan yang bersesuaian dengan tentatif dan mudah dituju
– memastikan menu bagi jamuan adalah bersesuaian, berpatutan dan sederhana
AJK Aturcara & Disiplin:
2 orang
– memastikan perjalanan program berjalan seperti yang dirancang
– mengawal selia keselamatan dan kelancaran program
AJK Jemputan & Sambutan:
2 orang
– memastikan semua ahli mendapat jemputan program
– menguruskan jumlah ahli yang ingin menyertai program
AJK Cenderahati: (jika perlu)
1 orang
– menyediakan cenderahati kepada jemputan atau penerima khas yang berhak
ataupun sebagai kenang-kenangan kepada semua peserta program.

5
KERTAS KERJA DASAR MAJLIS BERBUKA PUASA FACILITATOR ALUMNI CLUB

TEMA PROGRAM

“Togetherness in Ramadhan”

TENTATIF PROGRAM

Sila lihat LAMPIRAN A

LOGISTIK DAN PENEMPATAN

BILANGAN AHLI YANG AKAN HADIR (ANGGARAN):

40 orang ahli

15 orang lelaki + 25 orang perempuan

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan:

Jemputan dan Pamplet Program

1 Rim kertas A4 X RM 7.00 RM 7.00

Makanan dan minuman


RM 40 X 40 orang RM 1600.00

JUMLAH KESELURUHAN RM1687.00

Pendapatan:

Bayaran jemputan RM 50 X 40 orang RM 2000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM2000.00

6
KERTAS KERJA DASAR MAJLIS BERBUKA PUASA FACILITATOR ALUMNI CLUB

PENUTUP

Pihak Facilitator Alumni Club KMJ amat berharap agar majlis ini dapat memberi

peluang kepada ahli untuk mengenali antara satu sama lain sebelum Mesyuarat Agung

Tahunan kali yang ke-3 dapat diadakan pada hujung tahun 2009. Kami juga berharap agar

mesyuarat ini berjaya mencapai objektifnya di samping memberi manfaat kepada semua

pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Selain itu, kami juga

berharap agar kerjasama, perhatian, dan bantuan daripada pelbagai pihak bagi menjayakan

setiap program yang serba sederhana ini. Segala bentuk sumbangan, sokongan, perhatian,

dan kerjasama yang dihulurkan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga

hubungan sesama ahli yang terjalin dapat membantu ke arah pembangunan kelab yang lebih

progresif dan mendapat keberkatan dan rahmat redha ALLAH hendaknya.

Disediakan oleh,

MOHD HAFIZ BIN MOHD SAADON


Yang dipertua
Jawatankuasa Kerja Kelab
Facilitator Alumni Club

7
KERTAS KERJA DASAR MAJLIS BERBUKA PUASA FACILITATOR ALUMNI CLUB

LAMPIRAN A

TENTATIF PROGRAM

“Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Aidilfitri”


-Togetherness in Ramadhan-

Tarikh: 5 September 2009


Hari: Sabtu
Tempat: Bakal ditentukan
Masa: 6.00 petang – 9.30 malam

6.00 malam : Ketibaan para jemputan


7.19 malam : Azan Maghrib
7.20 malam : Bacaan doa
7.22 malam : Berbuka puasa (makanan ringkas)
7.30 malam : Solat Maghrib berjemaah
7.45 malam : Menjamu menu utama
8.20 malam : Solat Isya’ dan solat tarawih
9.30 malam : Majlis bersurai

You might also like