You are on page 1of 3

LAPORAN AKHIR

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu aktiviti yang dapat


menambahkan pengetahuan dan pengelaman baru dalam dunia pendidikan bagi
seorang guru pelatih. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang diperolehi hasil
daripada PBS yang telah saya jalankan di SK Pekan Bongawan, Sabah.

Walau pun banyak kemudahan dan aspek yang ditekankan di sekolah ini,
namun masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki dari pelbagai aspek
tertentu supaya sekolah boleh melahirkan pelajar yang lebih baik dan sempurna.
Sudah tentu setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri tetapi
sedikit perubahan dan tindakan perlu dilakukan untuk merealisasikan misi dan visi
sekolah serta matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Keadaan bilik darjah di sekolah kurang memuaskan dari aspek keselesaan dan
keselamatan yang diperlukan untuk menjadi bilik darjah yang kondusif. Cermin pada
pada tingkap-tingkap di kebanyakan bilik darjah tidak lengkap sepenuhnya di mana
hampir keseluruhan cermin pada tingkap kebanyakan pecah. Selain itu, struktur meja
di dalam bilik darjah didapati tidak kukuh dan berada dalam keadaan baik. Jika
diperhatikan laci meja tersebut kebanyakannya sudah berlubang dan hanya terdapat
ruang untuk menulis sahaja.

Di bilik darjah juga paparan maklumat, sudut pembelajaran, sudut bacaan dan
paparan bahan pembelajaran tidak diselaraskan di semua bilik darjah. Ada kelas yang
lengkap dengan kriteria-kriteria di atas namun terdapat juga kelas yang kurang
mementingkan perkara di atas ataupun tidak ada dana yang cukup untuk
melakukannya. Begitu juga dengan peraturan sekolah di mana peraturan am sekolah
tidak dilekat sepenuhnya oleh pihak pentadbiran. Saya ada mengusulkan hal ini dan
pihak sekolah menyatakan bahawa peraturan am tersebut dikatakan dalam proses
untuk melekatkan dan menampalkan di bilik darjah.
Kelemahan-kelemahan seperti di atas perlu diperbaiki supaya suasana sekolah
menjadi lebih ceria dan perkembangan minda pelajar menjadi lebih baik dan sihat.
Walaupun begitu, terdapat kekuatan yang saya lihat di sekitar sekolah ini dari segi
keceriaan sekolah, aktiviti dan program sekolah serta pencapaian sekolah tidak kira
dalam bidang akademik mahupun aktiviti kokurikulum.

Menurut pemerhatian saya, sekolah ini banyak menggantung kata-kata hikmat


di kawasan sekitar sekolah. Usaha seperti ini menyebabkan persekitaran sekolah
kelihatan ceria dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan murid-
murid walaupun di mana mereka berada. Selain itu, minda murid juga dapat dijana
dengan baik.

Masalah disiplin di sekolah adalah di antara sekolah-sekolah yang mempunyai


peratusan masalah disiplin yang rendah. Ini dibuktikan melalui rekod murid yang
bersih daripada kes-kes berat seperti buli, merokok dan yang lain-lain. Hal ini berlaku
disebabkan oleh usaha keras pihak pentadbiran untuk mengatasi masalah disiplin
dalam kalangan murid, dan juga kerjasama daripada murid-murid di sekolah ini untuk
mematuhi semua peraturan sekolah selain menghormati guru-guru mereka.

Terdapat banyak kelebihan dan kekuatan yang telah saya lihat di sekolah ini
termasuk usaha-usaha setiap guru dalam memastikan agar sekolah sentiasa menjadi
sekolah yang terbaik di daerah ini. SK Pekan Bongawan banyak mencapai kejayaan di
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pencapaian ini bukan sahaja hanya dalam
bidang kokurikulum, malah dalam bidang akademik. Perkara ini telah saya perhatikan
sejak saya masih bersekolah di sini lagi. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid
adalah kunci kejayaan kepada pencapaian ini.

Selain dapat melihat kekuatan dan kekurangan pada sekolah yang dapat saya
ambil iktibar, saya juga dapat mengetahui cara pengurusan sesebuah sekolah dan rutin
harian sesebuah sekolah. Secara amnya objektik utama PBS ini telah saya capai
sepenuhnya.
Kesimpulannya PBS ini dapat mendedahkan saya kepada budaya sekolah.
Saya dapat mempelajari daripada PBS ini mengenai pengurusan pihak pentadbiran
sekolah, sesi P & P yang berkesan dan berjaya, dan yang paling penting sekali adalah
saya dapat membina persesi dan sikap positif terhadap profesion perguruan. Saya
menyimpulkan bahawa PBS seharusnya diwajibkan kepada semua guru pelatih bagi
mendedahkan guru pelatih kepada budaya sekolah dan profesion perguruan itu
sendiri.

You might also like