You are on page 1of 14

Jibril menurunkan ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad dan menunjukkan

kepadanya tempat di mana ayat-ayat itu perlu diletakkan dalam surah ataupun ayat-
ayat yang turun sebelumnya. Lalu beliau memerintahkan kepada para penulis wahyu
menulisnya di tempat itu.

Tertib atau susunan ayat di dalam al-Quran mengikut pendapat para ilmuwan
adalah tauqifi iaitu ketentuan daripada Nabi Muhammad berdasarkan wahyu daripada
Allah. Sebahagian ilmuwan menyatakan pendapat ini adalah ijmak atau sepakat semua
ilmuwan.

Antaranya al-Zarkashi dan Abu Ja`far bin al-Zubair. Abu Ja`far mengatakan:
“Tertib ayat-ayat dalam surah-surah berdasarkan tauqifi daripada Rasulullah dan atas
perintahnya, tanpa ada perselisihan kaum Muslimin.” Mengikut as-Suyuti, ijmak dan nas
atau dalil yang ada menegaskan ayat-ayat al-Quran itu berdasarkan tauqifi daripada
Nabi Muhammad.

Jibril menurunkan ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad dan menunjukkan


kepadanya tempat di mana ayat-ayat itu perlu diletakkan dalam surah ataupun ayat-
ayat yang turun sebelumnya. Lalu beliau memerintahkan kepada para penulis wahyu
menulisnya di tempat itu.

Beliau mengatakan kepada mereka, “Letakkan ayat-ayat ini pada surah yang
dalamnya disebutkan begini dan begini,” ataupun “Letakkan ayat ini di tempat itu.”
Usman bin Abil melaporkan, “Aku sedang duduk di samping Rasulullah, tiba-tiba
pandangannya menjadi tajam lalu kembali semula. Kemudian katanya, ‘Jibril datang
kepadaku dan memerintahkan supaya aku meletakkan ayat ini di tempat itu daripada
surah ini,

          
       

4
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan serta
memberi kepada kaum kerabat”1

Antara alasan-alasan yang digunakan bagi menunjukkan ayat-ayat al-Quran


disusun berdasarkan tauqifi adalah sejumlah hadis yang menunjukkan keutamaan dan
ke-lebihan beberapa ayat daripada surah-surah tertentu. Ini menunjukkan, tertib ayat-
ayat bersifat tauqifi. Sekiranya tertibnya dapat diubah, tentulah ayat-ayat itu tidak di-
dukung oleh hadis-hadis itu atau kelebihan ayat-ayat itu tidak dapat dipraktikkan.

Abu Darda’ menyebut satu hadis, “Barang siapa hafal 10 ayat dari awal surah al-
Kahfi, Allah melindunginya daripada dajal.” Dalam laporan yang lain dikatakan, “Barang
siapa membaca 10 ayat yang akhir daripada surah al-Kahfi.” 2

Terdapat juga hadis-hadis lain yang menunjukkan letak ayat tertentu pada
tempatnya. Umar berkata, “Aku tidak menanyakan kepada nabi mengenai sesuatu lebih
banyak daripada aku tanyakan kepadanya mengenai kalalah (pusaka), sehingga nabi
me-nekankan jarinya ke dadaku dan mengatakan, Tidak cukupkah bagimu ayat yang
diturunkan pada musim panas, yang terdapat dalam akhir surah an-Nisak? 3

Di samping itu, diceritakan pula nabi membaca sejumlah surah dengan tertib
ayat-ayatnya dalam sembahyang ataupun dalam khutbah seperti surah al-Baqarah, Ali
Imran dan an-Nisa’. Terdapat juga hadis yang mengatakan beliau membaca surah al-
A`raf dalam sembahyang Maghrib dan membaca surah as-Sajdah dan diikuti oleh surah
ad-Dahr dalam sembahyang Subuh hari Jumaat. As-Suyuti menegaskan, “Pembacaan
surah-surah yang dilakukan di hadapan para sahabat itu menunjukkan tertib atau
susunan ayat-ayatnya adalah tauqifi. Ini kerana, para sahabat tidak me-nyusunnya
dengan susunan yang berbeza dengan apa yang mereka dengar daripada nabi 4.

Selain itu, Rasulullah saw seorang yg ummi, tidak tahu membaca maupun menulis spt
mana yg dfirman Allah,

1
Surah al-Nahl ayat 90.
2
hadith riwayat Muslim
3
hadith riwayat Muslim
4
Al-Qattan

5
            
 

Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (al-Qur'an) sesuatu Kitabpun dan kamu
tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah
membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang memgingkari(mu). 5

Nabi saw menerima al-Quran dgn cara menghafal. Jibril bukan hanya
menyampaikan wahyu tetapi jg memastikan al-Quran terpelihara di dada Nabi saw.
oleh kerana Baginda saw tidak mampu menulis, baginda memilih beberapa sahabatnya
untuk menuliskan wahyu Allah swt yg di antara sahabatnya ialah Khulafa' ar-Rasyidin,
Amir bin Furairah, Ubai bin Kaab al-Anshari, Muawiyah bin Abi Sufyan, Zaid bin Tsabit
dan ramai lagi. Mereka menulis di atas pelepah tamar, tulang belulang dan lain2.
Baginda saw mengarahkan sahabat2 ini menulis dihadapannya dan menegah mereka
dari menulis selain dari ayat2 al-Quran. Rasulullah saw bersabda,
"Barangsiapa yg menulis drpdku sesuatu yg bukan al-Quran maka hendaklah ia
memadamkannya."

Pada ketika ini, sahabat2 hanya menurut perintah baginda utk meletakkan
wahyu di tempat(surah) yang betul. Setiap tahun Jibril akan turun utk mentaddarus Nabi
saw di dalam bulan Ramadhan sekadar mana ayat2 yg turun seblm Ramadhan itu.
setelah selesai penulisan al-Quran, Rasulullah saw akan memerintahkan supaya
meletakkannya di rumah Baginda. Ada juga di antara sahabat yg menulis utk kegunaan
sendiri sbg rujukan.

Pengumpulan al-Quran dalam satu mushaf berlaku pada zaman Saidina Abu
Bakar. Cadangan ini diutarakan oleh Umar al-Khattab yg menyedari bhw ramai
penghafaz al-quran dikalangan sahabat telah syahid di medan peperangan al-
Yamamamh. Saidina Abu Bakar yg pada mulanya tidak bersetuju akhirnya bersetuju
5
Surah al-Ankabut, ayat 48

6
setelah dijelaskan masalah sebvenar oleh Umar ra. Abu Bakar ra melantik Zaid bin
Tsabit ra untuk mengumpulkan al-Quran ini. Zaid bin Tsabit akhirnya berjaya
mengumpulkan al-Quran dan hasilnya disimpan di sisi Abu Bakar ra. Pengumpulan
pertama ini kekal hingga zaman Umar ra sebagai khalifah.

Ketika pemerintahan saidina Uthman ra, telah berlaku satu peristiwa di mana
Huzaifah bin al-Yaman menyertai satu peperangan, beliau berasa terkejut kerana distu
berlaku perbezaan cara bacaan al-Quran di beberapa tempat yg dilaluinya di Syam dan
Iraq. Huzaifah lalu bertemu Uthman ra dan menceritakannya perihal tersebut. Uthman
ra kemudiannya mengutuskan orang untuk bertemu Hafsah(anak Umar ra) untuk
mengambil al-Quran hasil pengumpulan pada zaman Abu Bakr ra. Uthman ra
mengarahkan Zid Bin Tsabit,, Abdullah bin Zubair, Said bin al-As dan Abdul rahman bin
al-Harits agar menulisnya dalam beberapa naskah. Para penulis telah menyalin kembali
ke dalam 4 mushaf yg setiap satu diletakkan di Iraq, Syam, Mesir dan Madinah. 

Benarlah firman Allah:

       

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-


benar memeliharanya."6

Sheikh Mutawalli asy-Sya'rawi berkata, "Surah2 dalam rangkaian al-Quran


diturunkan menurut teraturan sejarah dgn mengikuti peristiwa2 yg terjadi. Sementara
susunannya di dalam al-Quran disesuaikan dalam bentuk yg lain, yakni sesuai manhaj
yg telah ditentukan, sebagai mediasi percakapan di antara manusia." Dalam fatwanya

6
Surah al-Hijr, ayat 9

7
yg kedua pula Sheikh Mutawalli mengatkaan susunandidalam mushaf itu adalah
sepertimana yg terdapat di Lauhul Mahfuzh.7

Sebenarnya Quran tidak dapat dinilai sebagai sebuah pola penyusunan kerana ia
bukan sebuah karya. Istilah penyusunan hanya layak bagi menilai karya-karya manusia.
Istilah penyusunan bagi Quran digunakan di sini hanyalah memudahkan kajian kerana
cara berfikir manusia terbatas. Ia sekadar mengkaji apa dan bagaimana kandungan
Quran disusun. Aspek-aspek berkaitan dengan pola penyusunan Quran yang
merangsang kecerdasan kurniaan Allah pada diri manusia dapat dilihat sebagai berikut:

Penggunaan Kata Dan Istilah

Apabila diteliti, penggunaan kata dan istilah dalam Quran, terbahagi kepada beberapa
ciri, antaranya:

1. Satu perkataan atau istilah bagi beberapa makna.

Quran menjimatkan penggunaan perkataan apabila meng-gunakan satu perkataan bagi


menjelaskan sejumlah makna, terutamanya bagi menyatakan kewujudan Allah.
Contohnya seperti kata rabb, al-nafs dan al-kitab. Kata rabb, dalam surah al-Fatihah
ayat 1 membawa maksud Tuhan. Tetapi dalam surah Yusuf ayat 12 rabb membawa erti
penguasa atau majikan.Perkataan al-nafs, bererti salah satu daripada bahagian badan
manusia yang dipanggil “jiwa”. Melalui firman Allah :

            
     
, “Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya al-nafs itu
selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 8

7
Perundangan Islam, Sejarah Perkembangan, Sumber dan Mazhabnya
oleh Fadilah Sarnap Terjemahan Al-Jami' al-Fatawa oleh Sheikh Mutawalli asy-Sya'rawi

8
Surah Yusuf, ayat 53

8

Melalui surah al-Anbiya’ ayat 35 Allah menyatakan,

          


 
“Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati”,

maka al-nafs di sini memberi erti manusia yang hidup.

Surah al-Fajr ayat 27 hingga 30 berbunyi,

        


       

”Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi
diredainya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba ku, dan masuklah ke
dalam syurgaku”.

Al-nafs di sini dimaksudkan sebagai “manusia yang telah mati dan kemudian
dihidupkan semula di akhirat kelak”.

Perkataan al-kitab pula bermakna kitab suci Zabur, Injil dan Quran. Surah an-Nisa’ ayat
136, Allah menyatakan,
        
          
        
 “Serta kitab yang telah Allah turunkan sebelumnya”,

dan surah al-Baqarah ayat 2,

         

9
bermaksud, Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang
bertakwa.”

Dalam surah al-Waqiah ayat 78, Allah menegaskan maksudnya sebagai buku utama di
Luh Mahfuz, “Pada kitab yang terpelihara di “Luh mahfuz”.

Al-Kitab juga boleh dimaksudkan sebagai buku catatan amal yang diberikan di
akhirat kelak, sebagaimana disebut dalam surah al-Isra’ ayat 71,

         


      

”Dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya”.

2. Beberapa Perkataan Atau Istilah Bagi Memberi Satu Maksud.

Banyak kata-kata dalam Quran yang memiliki satu pengertian, tetapi dituliskan dengan
beberapa istilah. Ia menunjukkan nilai kata itu dengan tingkat kualiti amal yang
dilakukan. Kasih sayang atau cinta contohnya, memiliki erti yang sama, tetapi
diletakkan dengan status yang berbeza kepada manusia.

Rahmah, diberikan kepada manusia bagi mencipta-kan kelembutan disebut


dalam surah Ali Imran ayat 159. Mawaddah, adalah bagi membina komunikasi antara
manusia, disebut dalam surah al-Rum ayat 21, as-Syura ayat 23 dan al-Mumtahanah
ayat 7. Hubb, sebagai imbalan tidak murtad dari Islam dinyatakan dalam surah al-
Maidah ayat 54. Wudd, dihadiahkan khusus bagi orang beriman dan beramal soleh,
dinyatakan melalui surah Maryam ayat 96. Hanana, adalah ganjaran bagi orang yang
memegang teguh Quran disebut dalam surah Maryam ayat 13.

10
Mahabbah, dimasukkan ke dalam hati orang-orang yang berdakwah dan berjihad di
jalan Allah di sebut dalam surah Taha ayat 39.

3. Menggambarkan Perkataan Ataupun Istilah Yang Sebenarnya.

Perkataan atau istilah yang dituliskan dengan makna sebenar-nya dimaksudkan untuk
lebih memudahkan penerimaan pesanan yang hendak disampaikan oleh Quran.
Supaya sesiapa sahaja dapat memahami dengan mudah apa yang dikehendaki oleh
Allah. Ia adalah perkataan yang paling banyak digunakan dalam Quran.

4. Kata Dan Istilah Kiasan.

Penggunaan kata dan istilah yang tercantum dalam Quran ada yang berbentuk kiasan
adalah sebuah metode yang dimaksud-kan bagi merangsang peningkatan kemampuan
pembacanya sebagai usaha memahami maklumat yang dikandung oleh Quran. Kiasan-
kiasan yang digunakan secara umum memiliki dua sifat iaitu:
Menggunakan kata-kata yang biasa digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Menggunakan kata-kata yang jarang-jarang digunakan.

Contoh kiasan yang selalu digunakan dapat dilihat dalam surah Ibrahim ayat 24 hingga
25,

           
           
     

11
“Tidakkah kamu perhatikan, bagaimana Allah telah membuat perum-pamaan kalimat
yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya ke langit. Pohon itu
memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya”.

Sementara contoh kiasan yang jarang-jarang digunakan, terdapat dalam surah al-
Baqarah ayat 17,

          
      

“Seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api menerangi sekelilingngya, Allah
hilangkan cahaya mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan; tidak dapat
melihat”

Gaya Bahasa

Quran berbeza dengan hasil karya seperti buku-buku. Walau-pun ia berbentuk


seperti buku, ia tidak sama dengan kaedah-kaedah yang biasa digunakan bagi menulis
sebuah buku. Quran ciptaan Allah, tidak terikat dengan sistem yang biasa digunakan
oleh manusia.

Penggunaan aspek logik, seperti memanfaatkan sistematik, bahasa dan


sebagainya bagi menulis sebuah buku, menunjuk-kan keterbatasan manusia. Quran
milik Allah, menitikberat-kan aspek jiwa manusia, tidak begitu ketat tetapi memanfaat-
kan aspek-aspek logik, sehingga Quran mudah diterima, difahami dan diamalkan.

Bahasa adalah alat bantu bagi memudahkan manusia menerima nilai-nilai


kandungan yang ada. Oleh itu, bahasa Quran juga perlu dihuraikan. Terdapat beberapa
bentuk penggunaan gaya bahasa dalam Quran:

1. Pola Penyusunan Menyeluruh Dan Sempurna.

12
Pola penyusunan menyeluruh dan sempurna adalah bermula dari judul surah hingga
seluruh ayat, memiliki bunyi akhir yang sama dari sisi huruf vokal(hidup) dan daripada
segi huruf konsonan(mati). Contohnya penyusunan keseluruhan surah al-Kautsar dari
ayat 1 hingga 3.

2. Pola Penyusunan Sempurna.

Pola ini terdapat pada surah yang bermula dari judul dan keseluruhan ayat-ayatnya
memiliki bunyi yang sama di akhir-nya, sama ada huruf hidup ataupun huruf matinya. Ini
dapat dilihat melalui surah al-Asr ayat 1 hingga 3 dan surah al-Qadr ayat 1 hingga 5.

3. Pola Penyusunan Dominan.

Pola penyusunan dominan adalah surah-surah yang berisikan judul dan ayat-ayat yang
sebahagian besar ataupun seluruh bunyinya dari huruf hidup yang sama. Contohnya
surah al-Kafirun ayat 1 hingga 6 dan surah al-Lahab ayat 1 hingga 5.

4. Pola Penyusunan Campuran.

Pola penyusunan campuran adalah surah-surah yang bermula dari judul hingga seluruh
ayatnya disusun dengan bunyi-bunyi di bahagian akhir ayat yang sama dengan huruf
hidup. Bunyi pada huruf matinya tidak sama. Contohnya terdapat pada surah al-
Humazah ayat 1 hingga 9.

5. Pola Campuran.

Adalah sebuah pola yang terdiri dari sejumlah ayat yang tersusun, tetapi berselang seli

13
pada bunyi akhir ayat. Contoh-nya dapat dilihat pada surah al-Qari’ah ayat 1 hingga 11.

6. Pola Bebas.

Adalah surah yang tidak sama daripada segi bunyi akhir ayat, judul ataupun seluruh
ayat, sama ada huruf hidup ataupun huruf mati. Urutannya juga berbeza, biasanya lebih
dari dua ayat yang berbunyi sama. Contohnya dapat dilihat dalam surah al-Takathur
ayat 1 hingga 8.
Susunan Ayat

Dalam Quran ditemui beberapa bentuk susunan ayat:

1. Sebuah ayat yang mengandungi sejumlah pesanan.


Bentuk ini dapat dilihat pada surah al-Baqarah ayat 255

                
             
            
           
  
yang bermaksud, “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang
Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak
tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tidak ada yang dapat memberi
syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka
dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah
melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah
tidak merasa berat memelihara keduanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”.

2. Sebuah Ayat Yang Adalah Sebahagian Dari Nilai.

Sebagaimana yang terdapat pada surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 yang bermaksud,
“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
14
(Iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat dan
menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka
yang beriman kepada Kitab (al-Quran) yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka
yakin akan adanya (kehidupan) akhirat”.

Bentuk-Bentuk Surah

Dari 114 buah surah Quran, semuanya dapat dikategorikan kepada tiga bentuk
surah, antaranya:

Surah yang mengandungi isi pembahasan secara menyeluruh, contohnya dapat


dilihat pada surah Yusuf yang terdiri 111 ayat. Di dalamnya diceritakan perjalanan Nabi
Yusuf dari awal sampai akhir.

Surah yang menceritakan sebahagian kisah seperti yang terdapat dalam surah
al-Syu’ara’ yang terdiri dari 227 ayat. Di dalamnya terdapat kisah lapan orang nabi,
namun tidak diceritakan sepenuhnya. Surah as-Saffat yang mengandungi 182 ayat juga
menceritakan kisah 8 orang nabi, tetapi hanya sebahagian daripada kisahnya.
Surah yang mengandungi berbagai-bagai maklumat bagi manusia sehingga kadang-
kadang sukar hendak di-kategorikan. Antaranya adalah surah al-Baqarah, surah Ali
Imran dan surah an-Nisa’.

Secara ringkasnya, bolehlah kita simpulkan berkenaan pengumpulan ayat-ayat Al-


Quran dan surah-surah ini berdasarkan kepada maklumat-maklumat berikut :

Pertama : Al Qur'an diturunkan ke dunia melalui dua tahap : Tahap pertama, diturunkan
sekaligus dari "lauhil mahfudz" ke "baitul izzah " di langit dunia sebagaimana susunan
yang telah ditetapkan oleh Allah. Tahap kedua, diturunkan dari langit dunia kepada
Rasulullah SAW, secara berangsur-angsur sesuai dengan sebab kejadiannya 9. Tetapi
susunan ayat-ayat dalam Al Qur'an yang ada sekarang, itu memang bukan menurut
sejarah turunnya, melainkan atas dasar perintah Allah sama dengan susunann Al-
9
lihat Manahilul irfan, lizzurqani, Jilid:1, hal:44-47

15
Qur'an yang di "lauhil mahfudz". Imam Ahmad, meriwayatkan bahawa setiap kali turun
ayat, Rasulullah s.a.w. memerintahkan para penulis wahyu, seraya bersabda "letakkan
ayat ini setelah ayat ini di surat ini " 10. Banyak riwayat yang menegaskan bahwa
Rasulullah mengimami shalat, dengan membaca Al-Qur'an sebagaimana susunan ayat
yang ada. Atas dasar ini ijma' ulama menegaskan bahwa susunan ayat-ayat Al-Qur'an
murni dari Allah tanpa campur tangan siapapun 11. Begitu juga susunan surah-surah
dalam Al-Qur'an, sekalipun ada perbezaan pendapat, tetapi pendapat yang paling kuat
adalah bahwa susunan surah-surah itu berdasarkan wahyu dari Allah SWT, bukan
ijtihad para sahabat. Pendapat ini didukung dengan banyak riwayat yang sahih, seperti
keterangan bahwa Rasulullah sering membaca dalam shalatnya, beberapa surah
secara berurutan seperti susunan yang ada. Rasulullah sebagaimana riwayat Imam
Bukhari, setiap tahun dua kali mengulang hafalan Al-Qur'an dari awal sampai akhir,
kepada Malaikat Jibril. Hafalan ini tentu secara berurutan sesuai dengan susunan yang
ada. Ini juga diperkuat dengan ijma' para sahabat dan kesepakatan jumhurul ulama
( majoriti ulama ) terhadap susunan Al Qur'an ada sekarang adalah merupakan bukti
yang menguatkan bahwa susunan surah-surah berdasarkan wahyu 12.

Kedua : Mengenai pengumpulan ayat dalam setiap surat sesuai dengan riwayat Imam
Ahmad di atas tentu juga berdasakan wahyu. Bagitu juga nama-nama surah, semuanya
sesuai dengan petunjuk wahyu. Demikian pula waqaf per ayat, tidak diketahui kecuali
melalui wahyu13. Adapun penentuan juz-juz Al-Qur'an yang tiga puluh jumlahnya, itu
bukan dari Sahabat Uthman, kerana mushhaf uthmani ( Al-Qur'an yang ditulis di zaman
Uthman ) tidak terdapat juz-juz tersebut. Melainkan dari para ulama, dengan maksud
untuk mempermudah. Sekalipun dalam hal ini para ulama berbeza pendapat antara
boleh dan tidak, namun kemudian dianggap boleh saja, selama mana tidak merosak
susunan Al-Qur'an yang asli14.

Ketiga : Adapun penentuan suatu ayat dimansukh dengan ayat lainnya, itu tidak melalui
ijtihad, melainkan melalui tiga hal berikut :
10
Musnad Imam Ahmad : Jilid:1, hal:57
11
lihat Manahilul irfan, lizzurqani : Jilid:1,hal:247
12
lihat fadhailul Qur'an, libni katsir, 86
13
lihat Manahilul irfan K lizzurqani : jilid:1, hal:340
14
lihat Manahilul irfan K lizzurqani : jilid:1, hal:409-410

16
1. Penegasan dari Nabi SAW atau sahabat r.a. Seperti hadits : " aku dulu pernah
melarangmu melakukan ziarah ke kuburan, maka sejak ini silahkan lakukan
ziarah kubur tersebut ".
2. Kesepakatan umat bahwa ayat ini nasikh dan yang satunya mansukh.
3. Mengetahui sejarah turunnya, maka yang diturunkan lebih dahulu itulah yang
mansukh15.

15
lihat mabahits fi ulumil Qur'an, limanna' Al Qattan, hal:234

17

You might also like