You are on page 1of 19

Sastera Rakyat

Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada
kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat
adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita
rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung.

Jenis-jenis Sastera Rakyat

Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan indah-indah yang lahir di
kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat. Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagi kepada 2
kategori yang besar, iaitu sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif.

Sastera rakyat naratif

Sastera rakyat naratif merujuk kepada sastera rakyat yang menghuraikan suatu peristiwa. Sub-genre sastera naratif
termasuklah mitos, legenda, dan juga cerita rakyat

 
a) Mitos - Mitos merupakan cerita yang bersifat dogeng yang berfungsi untuk menerangkan asal usul kejadian
tertentu, termasuklah kejadian alam, manusia binatang dan penempatan. Pada mulanya, mitos merupakan
satu bentuk kepercayaan yang memenuhi keinginan manusia untuk mengetahui asal usul sesuatu kejadian.
b) Lagenda - Lagenda pula ialah cerita yang mengisahkan sejarah satu-satu tempat atau peristiwa zaman zilam.
Ia mungkin berkisah tentang seorang tokoh, keramat dan sebagainya. Setiap penempatan yang bersejarah
lama mempunyai legendanya sendiri. Misalnya di Langkawi, kita akan menjumpai legenda Mahsuri dan di
Melaka kita dapat menjumpai legenda Hang Tuah.
Cerita Rakyat - Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi
c) hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat
seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman  
 

Sastera rakyat bukan naratif

Sastera rakyat bukan naratif merujuk kepada pengucapan yang indah-indah yang tidak mengandungi penceritaan
suatu peristiwa. Bentuk sastera ini sebenarnya wujud di sekeliling kita, tetapi umumnya orang ramai tidak menyedari
kewujudannya.

 
a) Peribahasa Peribahasa adalah bahasa kias yang digunakan untuk mengindahkan penuturan di kehidupan
seharian. Perkara yang termasuk dalam peribahasa termasuk perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah,
perbilangan dan kiasan.
b) Teka-teki Teka-teki adalah sastera lisan yang popular di kanak-kanak. Ia adalah soalan yang disampaikan
dengan berirama dan penuh kiasan. Fungsinya adalah untuk permainan.
c) Puisi rakyat Puisi rakyat adalah jenis puisi yang merangkumi pantun, jampi dan mantera.

Kegunaan Sastera Rakyat

Secara ringkasnya, sastera rakyat mempunyai kegunaan seperti berikut:

 
• Sebagai alat hiburan
• Sebagai alat pengajaran
• Membiasakan masyarakat menggunakan kata-kata yang indah.
• Menumbuhkan di kalangan masyarakat keupayaan menganal dan seterusnya mengapresiasi sastera.
• Menjadi dasar penciptaan karya sastera baru. Sumber Rujukan
Top of Form  
Pak Pandir suami Mak Andih dan mereka berdua tinggal di rumah buruk. Keadaan itu menyebabkan Mak
Andih risau kerana apabila hujan air masuk melalui atap rumah mereka yang bocor. Mereka selalu basah
dan kesejukan. Mak Andih cuba memujuk Pak Pandir supaya membaiki rumah mereka.
 
“Eh, manalah saya tahu! Itu kerja tukang rumah,” kata Pak Pandir cuba berdalih. Mak Andih mendapat
satu akal, dia membuat sebatang lorong yang bermula dari rumah mereka. Lorong itu berbelit-belit
merentas semak dan belukar yang akhirnya lorong itu sampai semula ke rumah mereka.
 

Esoknya, Mak Andih meminta Pak Pandir


mencari kerja dan katanya, ada orang di hujung kampung mencari tukang rumah. Dia hendak membaiki
rumahnya yang sudah buruk dan Mak Andih pun menyuruh Pak Pandir bekerja di sana dan lama-lama
Pak Pandir bersetuju. Maka, berjalanlah Pak Pandir mengikut lorong itu hingga sampai ke sebuah rumah
buruk.
 
Pak Pandir pun membaiki rumah itu dan bekerja dengan tekun. Dia menukar atap yang bocor,
mengganti dinding yang kopak dan memaku semula lantai yang roboh. Sepekan dia bekerja keras, tuan
rumah melayannya dengan baik dan menghidangkan Pak Pandir makanan dan minuman.
 
Pada hari yang kelapan, rumah itu siap dibaiki dan rupanya seperti rumah baru. Pak Pandir mendapat
upah yang lumayan dan dia berlari-lari pulang. Dia menunjukkan wang upahan kepada Mak Andih
isterinya. Tiba-tiba Pak Pandir hairan dan dia memandang ke sekeliling.
 
“Eh, Andih! Rumah kita sudah dibaiki? Siapa yang baiki? Siapa tukangnya?” tanya Pak Pandir.
 
“Ya, bang. Rumah kita sudah pun dibaiki. Tukangnya tak lain tak bukan ialah Pak Pandir!” jawab
isterinya ketawa terkekeh-kekeh.
 
‘Apa! Saya yang membaiki rumah ini?” tanya Pak Pandir sambil menggaru kepala. Dia pun akhirnya ikut
tertawa terkekeh-kekeh.

  1  

Perkembangan Kesusteraan Melayu dalam genre sastera rakyat terbahagi kepada dua
iaitu prosa dan puisi. Prosa merupakan cerita-cerita rakyat baik dalam bentuk mitos,
lagenda, asal-usul, cerita binatang, cerita jenaka serta cerita-cerita yang mempunyai
pengaruh Arab dan Farsi. Manakala dalam perkembangan puisi pula terdapat pantun,
syair, gurindam, seloka, jampi, serapah dan mantera serta terdapat puisi-puisi yang
mempunyai pengaruh Arab Farsi iaitu Nazam, Kit'ah, Ruba'l dan MasnawiBaik prosa mahupun puisi,
dalam zaman kegemilangannya yang disampaikan secara lisan
oleh penglipur lara yang profesional serta kalangan ibu bapa, nenek dan lain-lain secaraPanglipur lara
pada waktu itu merupakan orang yang penting, berpengaruh, dihormati serta
b) Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan Naratif) 

Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya; 

          I.      Pantun

      II.      Gurindam

III.      Seloka

     IV.      Teka-teki dan Nyanyian Rakyat

         V.      Jampi, Mantera dan Serapah

     VI.      Pepatah dan Perbilangan Adat

VII.      Ungkapan Berangkap

VIII.      Peribahasa, Bidalan dan sebagainya.

 
Rujukan

Hashim Awang. 1985. Sastera Rakyat Malaysia. (kertas kerja.butiran lain samar-samar).
-Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Top of Form

Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Si Luncai dihukum kerana
kesalahannya mempermain-mainkan raja serta pembesar-pembesar baginda oleh itu dia menerima
hukuman itu dengan tenang.
 
Pesuruh raja pun bersiaplah membawa Si Luncai ke dalam perahu untuk dibawa
ke tengah laut kerana Si Luncai akan dibuang ke dalam laut itu nanti. Si Luncai
telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan.
 
Apabila sekaliannya telah siap, maka perahu itu pun dikayuhlah ke tengah laut.
Dari dalam guni itu Si Luncai dapat melihat beberapa biji labu air terdapat di
dalam perahu. Setelah lama mereka berkayuh, maka Si Luncai berkata;
“kasihan benar aku melihat kamu semua terlalu teruk berkayuh. Mahukah kamu
semua jika aku ajarkan lagu untuk menghilangkan penat kamu semua itu?”
 
Salah seorang daripada mereka berkata; “Diamlah kamu, sebentar lagi kamu
akan dicampakkan ke dalam laut ini”. Mendengar kata-kata yang sedemikian
itu, maka Si Luncai pun menyanyilah. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Biarkan! Biarkan!”
 
Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja itu mula tertarik dan beberapa
orang pekayuh mula menyanyi: “Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”  
 
Maka beberapa orang yang lain pun menjawablah: “Biarkan! Biarkan!” Akhirnya mereka menjadi dua
kumpulan menyanyikan lagu itu.
 
“Si Luncai terjun dengan labu-labunya!”
 
“Biarkan! Biarkan!”

Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang hingga lekalah mereka


semuanya.

Melihatkan keadaan itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni dan dia mengisikan beberapa biji labu ke
dalam guni itu dan kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dar perahu itu. Si Luncai
berenang ke tepian menggunakan pelampung labu air yang dua biji itu.

Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampakkan guni itu ke
dalam laut. Pada mereka, matilah Si Luncai dan merka pun baliklah
memberitahu raja akan hal itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai
sebenarnya telah berenang sampai ke pantai.

  1  

Kesusasteraan Melayu Klasik


  Tentang Kesusasteraan Melayu Klasik
Kesusasteraan Melayu Klasik merupakan sastera tertua yang disampaikan secara
lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain yang mempunyai unsur
tokok -tambah.
Ia wujud sebelum adanya alat pencetak.
Ia di hasilkan sebelum tahun 1800 dan merupakan hasil yang masih tersimpan tidak
kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak.
Ia disampaikan dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan
tangan.Punya nilai dan ukuran yang tersendiri.Setiap karya adalah hak cipta
bersama dan tiada nama pengarang.
Penulisannya jenis khayalan dan dicampuradukkan dengan kenyataan bertujuan
hiburan dan pengajaran.   
 
Kesusasteraan Lisan.
 
 Kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke
satu generasi yang lain.
 Ia dikenali juga sebagai sastera rakyat

 Contoh sastera lisan berbentuk cerita:

a. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )


b. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
c. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
d. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
e. cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )

Kesusasteraan Melayu Klasik


  Tentang Kesusasteraan Melayu Klasik
Kesusasteraan Melayu Klasik merupakan sastera tertua yang disampaikan secara
lisan dan diturunkan dari satu generasi ke generasai lain yang mempunyai unsur
tokok -tambah.
Ia wujud sebelum adanya alat pencetak.
Ia di hasilkan sebelum tahun 1800 dan merupakan hasil yang masih tersimpan tidak
kira dalam apa bentuk dan bagaimana corak.
Ia disampaikan dalam bentuk lisan dan sebahagian kecil dalam bentuk tulisan
tangan.Punya nilai dan ukuran yang tersendiri.Setiap karya adalah hak cipta
bersama dan tiada nama pengarang.
Penulisannya jenis khayalan dan dicampuradukkan dengan kenyataan bertujuan
hiburan dan pengajaran.   
 
Kesusasteraan Lisan.
 
 Kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke
satu generasi yang lain.
 Ia dikenali juga sebagai sastera rakyat

 Contoh sastera lisan berbentuk cerita:

a. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )


b. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
c. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
d. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
e. cerita penglipur-lara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )

SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA


 
ESEI
Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih
pendek daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk. Menurut Encyclopedia
Britannica pula bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.
 
SAJAK
Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-
peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat
demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah,
segar dan bebas.
 
SIFAT-SIFAT SAJAK
 Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap
 Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di
hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga.
 Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah
tetap.
 Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap.
 Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan
bahasa.

BENTUK-BENTUK SAJAK
 Disitkhon

Sajak yang ditulis dalam bentuk dua baris bagi tiap-tiap serangkap

 Terzina

Sajak yang serangkapnya terdiri daripada tiga baris

 Quantrain

Sajak yang rangkap-rangkapnya terbangun atas empat baris. Bentuknya lebih


menyerupai pantun dan syair.

 Quintain

Sajak yang rangkapnya dibentuk oleh lima baris atau kalimat

 Sextet

Sajak yang digubah dengan pemaikaian rangkap yang terdiri daripada enam baris.
 Oktaf (stanza)

Sajak yang rangkapnya terdiri oleh lapan baris atau kalimat


  
ISI DALAM SESEBUAH SAJAK
 Unsur pujaan
 Unsur keagamaan

 Unsur kesedihan
 Unsur pengajaran
 Unsur sindiran
 Unsur percintaan
 Unsur pengisahan

 
CARA MENIKMATI SESEBUAH SAJAK
 Mengenali sifat luar sesebuah sajak
 Mengenali gaya bahasa atau imej visual sesebuah sajak

 Mengetahui latar belakang penyair atau penulis


 Mengetahui tujuan penyair sesebuah sajak

 
CARA MENDEKLAMASI SAJAK
 Pemahaman
 Mimik

 Peresapan
 Gerak geri
 Pengucapan
 Daya hafal
 Daya ucapan dan irama
 Batas kalimat

 
KRITIKAN SASTERA
 Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan
sistematik.
 Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sediri.

 Pertimbangan dan penilaian terhadap karya –karya sastera akakn diperkuat


dengan alasan –alasan yang munasabah.
 
 
FUNGSI KRITIKAN SASTERA
1. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan
pengetahuan itu.
2. Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera
dengan menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.
3. Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera
yang tidak baik.
4. Memberikan kenerangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan
karya sasteranya dengan pembaca.
5. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga
kesusasteraan.
6. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat
membaca.

 
 BUKU-BUKU KRITIKAN TEORI
1. Poetics oleh Aristotle
2. Principles of literary Criticism (1924 ) oleh L.A. Richards
3. Anatomy of Criticism (1957 ) oleh Norhrop Frye
4. Kritikan Sastera di Malaysia

 
BUKU-BUKU KRITIKAN AMALI
1. Lives of the Poets oleh Dr. Johnson.
2. Essays in Criticism oleh Mathew Arnold
3. Seleted Essays oleh T>S> Eliot
4. Novel-novel Malaysia dalam kritikan susunan Hamzah Hamdani

 
Jenis Lain Kritikan Sastera
 Kritikam mimetik – melihat karya sastera sebagai satu perimen alam.
 Kritikan prgmatik – melihat karya sastera sebagai alat yang boleh

 Kritikan ekspresif – melihat karya sastera sebagai alat bagi pengarang


menyatakan fikiran dan perasaannya

 Kritikan objektif – melihat karya sastera sebagai sesuatu yang istimewa yang
boleh berdiri sendiri.

 
PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM KRITIKAN SASTERA
 Pendekatan moral
 Pendekatan sosiologi
 Pendekatan psikologi
 Pendekatan tipainduk
 Pendekatan struktur

You might also like