You are on page 1of 30

DRS.

KHALID BIN JONIT


PENSYARAH FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

TOPIK 1 :KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1.Pengenalan
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-
kanak.Kefahaman asas terhadap kanak-kanak adalah perlu diketahui oleh pendidik yang
inginmenceburi dalam bidang awal usia ini. Amalan yang bersesuaian denganperkembangan dan
pembelajaran kanak-kanak adalah meliputi berbagai aspekperkembangan dan pembelajaran
kanak-kanak. Amalan yang bersesuaian perludifahami oleh pendidik dan menjadi landasan
kepada pelaksanaan program kurikulumpendidikan awal kanak-kanak. Kefahaman dan
kesedaran tentang pendidikan awalkanak-kanak akan meningkatkan kualiti pengajaran
Konsep adalah pendapat atau tanggapan mengenai sesuatu. Konsep-konsepprasekolah
bermaksud pendapat atau tanggapan berkenaan pengajaran danpembelajaran kanak-kanak yan
berumur empat hingga enam tahun. Pengajaran ialahsemua yang dipelajari oleh kanak-kanak.
Terdapat banyak pendapat berkenaan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.Antara konsep-
konsep penting dalam pendidikan prasekolah dan menjadi prinsip atauhukum dalam mendidik
kanak-kanak adalah:
•Belajar melalui bermain
•Naluri ingin tahu
•Perkembangan menyeluruh
•Penerapan nilai murni
•Kreativiti
•Kecerdasan pelbagai
2.Belajar Melalui Bermain
Dalam pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal, iaitubelajar
melalui bermain. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapatmerangsang naluri
ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus,menggunakan daya kreatif, memupuk
semangat bergaul, sifat hormat menghormati danberdisiplin. Belajar melalui bermain ini
meninggalkan beberapa faedah:
•menggalakkan perkembangan kognitif
•menggalakkan perkembangan fizikal
•menggalakkan kestabilan emosi
•menggalakkan perkembangan dan kemahiran sosial
•menggalakkan perkembangan bahasa
•menggalakkan kreativiti
•memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak

3.Merangsang Naluri Ingin Tahu


Guru dapat merangsang naluri ingi tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian merekasebelum
memulakan sesuatu pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secaraabstrak. Mereka perlukan
bahan konkrit dan pengalaman sbenar bagi memahamisesuatu perkara. Kanak-kanak belajar
melalui pelbagai deria seperti melihat, mendengar, menyentuh merasa dan bau.
Guru dapat merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan

•Memerhati : tarik perhatian kepada pelbagai objek


•Kasifikasi : galakkan mengumpul dan menyusun objek mengikut kriteria.
•Eksperimen : kemukakan soalan seperti “Apa akan jadi?”
•Menjangka : cuba atau teka hasil atau apakah yang akan berlaku.
•Menyoal : tanyakan soalan terbuka seperti “Mengapa kamu fakir…..”
•Penyelidikan : tunjuk bagaimana hendak dapatkan maklimat
•Komunikasi : jelaskan pengalaman

Selain itu, peranan guru membantu kanak-kanak menjelajah dan mencari sendirisesuatu
maklumat dengan cara berikut:

•Memberi motivasi kepada kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang


kaya dengan bahan.
•Mengenal pasti apa yang kanak-kanak tahu dan apa yang ingin tahu,kemudian
pilih tajuk dan aktiviti yang sesuai.
•Melibatkan semua kanak-kanak dengan memilih aktiviti yang mereka dapat
lakukan sendiri ataupun dalam kumpulan kecil.
•Berikan masa dan kebebasan yang diperlukan untuk kanak-kanak menjelajah
•Hormati perbezaan individu kanak-kanak. Cara kanak-kanak menyelesaikanmasalah tidak sama
dengan cara orang dewasa. Kanak-kanak belajar dengankadar yang berbeza-beza. Oleh itu
mereka mungkin tidak faham sepenuhnyasesuatu konsep yang diajar.
•Tanyaka berbagai soalan terbuka dan terima pelbagai jawapan mereka
•Kerap berikan maklum balas dan peneguhan kepada kanak-kanak semasa
proses pembelajaran.
•Kembangkan pelajaran dengan membuat lawatan, bercerita, melihat filem atau
menjemput penceramah.
•Tunjukkan model sikap positif dan guru berkongsi minat ataupun semangat dan
kekaguman bersama kanak-kanak berkaitan dunia di sekeliling mereka

4.Perkembangan Menyeluruh
Pembelajaran bukan terasing, tetapi perlu dihubungkan dan digabungkan dalam semuabidang
kurikulum. Pembelajaran perlu difokuskan kepada kanak-kanak secaramenyeluruh dengan
memenuhi keperluan fizikal, sosial, emosi dan intelektual kanak-kanak.
Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak daripada segiperkembangan
jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran danpembelajaran, semua
aspek ini adalah penting dan saling berkaitan. Tidak ada satuaspek yang berkembang secara
sendiri dan tidak ada suatu aspek yang paling penting.Contohnya, seseorang kanak-kanak yang
membaca melibatkan fungsi jasmani, emosi,rohani dan intelektual di samping lima aspek lain
seperti sosial dan kreatif.
Oleh itu, fokus guru adalah pada perkembangan kanak-kanak hendaklah secaramenyeluruh.
Pengajaran kanak-kanak yang menekankan semua aspek perkembangansangat penting.
Kurikulum dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dantidak terpisah.

5.Penerapan Nilai Murni


Segala sikap, prinsip, moral dan etika yang baik adalah nilai-nilai murni. Terdapat 16nilai-nilai
untuk Pendidikan Moral dan Kerohanian telah dinyatak dalam Buku GarisPanduan Kurikulum
Prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1993). Antaranya adalahketuhanan, baik hati, berdikari,
hemah tinggi kerjasama dan sebagainya.
Melalui Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah dijelaskan berkenaan pembentukaninsan
seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selainitu, aspek
penting yang difokuskan dalam FPN ialah pembentukan individu berakhlakmulia. Menurut ahli
falsafah dan psikologi, masa yang paling baik bagi menerapkan nilai-nilai murni adalah di
peringkat prasekolah kerana pada ketika ini kanak-kanak mudahmenerima sesuatu yang diajar,
dilhat dan didengar.
Ada pendapat mengatakan nilai-nilai tidak dapat diajar kepada kanak-kanak. Ini tidakbermakna
nilai-nilai tidak dapat dipupuk dalam diri mereka. Nilai-nilai dapat diperolehioleh kanak-kanak
secara tidak langsung melalui beberapa cara iaitu:
•melalui mata pelajaran tertentu, seperti Pendidikan Moral dan Kerohanian
•merentas kurikulum, dalam semua mata pelajaran secara tidak langsung
ataupun dikaitkan dengan topik tertentu.
•melalui aktiviti-aktiviti harian di sekolah.
5.Kreativiti
Kreativiti ialah sesuatu yang dibuat dan dihasilkan dengan menggunakan dayaimaginasi dan
pemikiran bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berguna kepadamanusia. Terdapat beberapa
aspek kreativiti yang perlu diberikan penjelasan iaitu:

•Hubungan kreativiti dengan seni kecerdasan


a.kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat buntuk
merangsangkan kreativiti ialah seni.
b.kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina
dan dilatih jika kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai.
•Ciri-ciri seseorang kreatif
a.kebolehan menghadapi risiko
b. berdikari
c. berkeyakinan mencuba
d.kesanggupan menahan ketegangan

5.1Peranan guru membina kreativiti


Guru memainkan peranan penting bagi membuna kreativiti kanak-kanak. Memberi
motivasidan mencipta suasana tidak memadai tanpa disertai sikap guru. Sikap guru
adalah salah satu faktor yang amat diperlukan bagi merangsangkan kreativiti. Oleh itu guru
perlulah bersikap positif seperti:
•Menghargai idea dan soalan kanak-kanak.
•Menggalakkan kanak-kanak bercakap dan bercerita.
•Memberikan komen yang ikhlas.
•Memahami kanak-kanak.
•Memberikan pandangan yang menggembirakan kepada hasil kerja mereka.
•Mewujudkan suasana menggalakkan.
•Merancang aktiviti yang berkualiti dengan menggunakan bahan yang mudah
diperolehi dan selamat digunakan.
•Mendisiplinkan kanak-kanak dengan memberi arahan yang jelas dan betul
semasa hendak menggunakan alat-alat.
•Menggalakkan kanak-kanak bekerjasama antara satu sama lain.

5.2Hubungan kreativiti dengan seni dan kecerdasan

•Kreativiti tidak boleh dipisahkan daripada seni kerana salah satu alat untuk
merangsangkan kreativiti ialah seni.
•Kreativiti yang berkait rapat dengan kecerdasan kanak-kanak, dapat dibina jika
kanak-kanak diberikan keadaan yang sesuai.

5.3Ciri-ciri seorang yang kreatif


•Kebolehan menghadapi risiko
•Berdikari
•Berkeyakinan mencuba
•kesanggupan menahan ketegangan

6.Kecerdasan Pelbagai
Setiap kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasanperlu dinilai
sama rata dan sama berat. Kecerdasan kanak-kanak dapat dipertingkatkanmelalui peluang-
peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kayadengan bahandan aktiviti yang
merangsangkan. Perlulah dikenalpasti kekuatan kanak-kanak bagi mempertingkatkan
pembelajaran kanak-kanak dalam semua bidang denganlebih berjaya. Sesuatu kecerdasan yang
kuat dalam diri kanak-kanak dapat digunakanbagi memperkukuhkan kecerdasan yang lemah.
Howard Gardner (1983) melalui Theory of Multiple Intelligences menjelaskan,kecerdasan adalah
kebolehan menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yangdihargai oleh sesuatu budaya.
Setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya tujuhkebolehan mental yang berasingan atau
bebas, iaitu kecerdasan.

Berikut dijelaskan pelbagai jenis kecerdasan bagi membantu guru-guru mengenal pasti
kecerdasan yang ada pada diri kanak-kanak di dalam kelasnya :

6.1.Kecerdasan Verbal - Linguistik


Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atautulisan,
termasuk – keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapandengan baik dan
sempurna.
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif,
bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka
dan bercerita.

6.2Kecerdasan Logik - Matematik


Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan,sebab dan
akibat (logik).Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secaraheuristik, induktif dan
deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi,perhitungan dan pengujian hipotesi
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan
sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

6.3Kecerdasan Fizikal - Kinestatik


Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangandan
kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea danperasaan.
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal,
pemain sukan dan seni pertahanan diri.

6.4Kecerdasan Visual - Spatial


Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaanterhadap
warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial danmengorientasi diri
dalam matriks ruang.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, menciptagambaran
mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial danmengorientasi diri dalam
matriks ruang.

6.5Kecerdasan Muzikal-Ritma
Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melaluimuzik.
Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingansuatu hasil
muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan
drama lagu.

6.6Kecerdasan Intrapersonal
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyaigambarann
yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman,kehendak, motivasi,
kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diridan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, taakulan tahap
tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

6.7Kecerdasan Interpersonal
Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dankebolehan untuk
berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petandatersebut.
Contoh aktiviti: komunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi
maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

6.8Kecerdasan Naturalis
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna. Melibatkan
kebolehan memerhati, memahami dan mengatur contoh-contoh dalam persekitaran
semulajadi.

TOPIK 2 :PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AWAL KANAK-KANAK

1.Pengenalan
Prinsip adalah hokum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupn tindakan sesuatuperkara.
Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah bermaksud, hukumatau asas dalam
mendidik kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Terdapat banyak prinsip pengajaran
dan pembelajaran prasekolah. Bagaimanapun prinsip-prinsip
asas yang perlu diberi perhatian adalah:

•Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak


•Prinsip-prinsip pembelajaran kanak-kanak
•Prinsip-prinsip arah perkembangan pembelajaran kanak-kanak

2.Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak-kanak


Semestinya guru perlu mengetahui aspek perkembangan kanak-kanak danmenyesuaikan aspek
ini dengan konten dan strategi yang digunakan dalam prasekolah.Guru perlu mendekati kanak-
kanak sebagai individu dan bukannya sebagai satukumpulan. Mereka juga perlu dilayan dengan
rasa saling hormat-menghormati, faham-memahami dan percaya pada kemampuan dan
kebolehan kanak-kanak untuk berubah.
Antara prinsip perkembangan kanak-kanak adalah:
•Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh.
•Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard
•Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama adadalam dirinya sendiri
(intrapersonal) ataupun antara kanak-kanak lain(intrapersonal).
•Peringkat prasekolah adalah masa yang terbaik bagi perkembangan kanak-
kanak.

2.1Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh


Perkembangan estetik, kognitif, bahasa, sosial dan fizikal adalah saling berkait. tidakada satu
aspek yang berkembang secara sendiri dan tidak ada satu aspek yang palingpenting. Oleh itu,
dalam program prasekolah, fokus guru adalah kepada perkembangankanak-kanak secara
menyeluruh.
Berdasarkan prinsip ini, masalah akan timbul jika satu aspek perkembangan sahajadiberi
tumpuan dan mengetepikan perkembangan yang lain. Contohnya, kanak-kanakyang mendapat
penjagaan fizikal yang mencukupi di rumah tetapi tidak mendapatperhatian yang cukup aripada
segi sosial dan emosi Oleh itu, pengajaran kanak-kanak secara menyeluruh ndalam program
prasekolahadalah penting. Kurikulum dan perkembangankanak-kanak secara menyeluruh
tidakterpisah.

2.1.1Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak


•Aktiviti dan jadual dibentuk supaya mengandungi semua aspek perkembangan
kanak-kanak.
•Guru perlu memikirkan bagaimana mata pelajaran yang diajar dapat membantu
perkembangan kanak-kanak.
•Pengagihan masa dalam sehari perlu difikirkan dan melibatkan semua aspek
kerana semua aspek perkembangan kanak-kanak adalah sama penting.
•Menggabungkan pengalaman dan bukan memisahkannya adalah mustahak. Halini melibatkan
integrasi aspek perkembangan, mata pelajaran dan tanggungjawab.

2.2Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan standard


Perkembangan adalah beruruta dalam perubahan berlaku daripada semasa ke semasamengikut
atruran tertentu. Kanak-kanak di seluruh dunia menhadapi corakperkembangan yang sama, iaitu
meliputi semua aspek perkembangan. Urutan standarddidapati berkait dengan pergerakan.
Contohnya, untuk bergerak dari satu tempat kesatu tempat yang lain, bayin bermula dengan
mengakat kepala, kemudian duduk, berdiridengan bantuan, diikuti dengan berjalan dan
seterusnya berlari.
Bagi kanak-kanak yang mula belajar memeang pensil dan menulis di atas kertas,sebelum dapat
menulis mereka cuba membentuk cakaran. Kemudian beralih perlahan-lahan kepada
pengulangan pergerakan, membentuk saripada satu huruf kepadaperkataan dan seterusnya.
Perubahan sedemian tidak sama keadaannya. Seseorang kanak-kanak memerlukansama ada lebih
ataupun kurang masa bagi mencapai sesuatu perubahan tingkah laku.Kanak-kanak mungkin
bergerak ke depan atau ke belakang sedikit, dank e depansemula. Kanak-kanak yang lain pula
mungkin tidak mengikut urutan sedemikian keranatidak sesuai dengan keadaannya,

2.2.1Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

•Memerhati dan membaca berkenaan kanak-kanak membantu pendidik


mengenalpasti pelbagai urutan standard.
•Pengetahuan berkenaan urutan perkembangan kanak-kanak dapat digunakanbagi menentukan
cara yang mencabar kanak-kanak dalam kelas dam ekspektasiyang sesuai untuk individu.
•Elakkan daripada terlalu mempercepatkan progress kanak-kanak melalui urutanstandard tertentu
seperti yang berkaitan dengan mengeja, mengenal nombor danmenulis.

•kebolehan guru menjelaskan urutan standard dapat membantu merekamemahami dengan jelas
berkenaan perkembangan kanak-kanak dan bagaimanaamalan dan tujuan di dalam kelas dapat
membantu pembelajaran kanak-kanak

2.3Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza


Setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa biologikalnya sendiri. Setiap kanak-kanak tidak
sama antara satu sama lain. Perbezaan ini dapat ditunjukkan daripada duaaspek, intrapersonal
iaitu dalam dirinya sendiri dan interpersonal iaitu kanak-kanak lain.
Pelbagai aspek perkembangan adalah penting pada masa yang berbeza sepanjangperingkat awal
kanak-kanak. Sebagai contoh, peringkat bayi adalah peringkatpembesaran yang paling cepat.
Walaupun perkembangan bahasa agak lambat, tetapiapabila kanak-kanak memasuki alam
persekolahan, perkembangan fizikal agak lambatberbandingh dengan perkembangan penggunaan
bahasa yang begitu pesat.Hal iniadalah contoh kepada perkembangan intrapersonal.Kepelbagaian
aspek intrapersonaldapat manggambarkantentang ketidaksamaaan antara kanak-kanak.
Bagaimanapunketidaksamaan dalam perkembangan adalah dalam jangkaan Kepelbagaian
interpersonal juga berlaku. Kecepatan kanak-kanak mengikut urutanstandard adalah berbeza.
Oleh itu kanak-kanak yang sama tarikh lahir mempunyaitingkahlaku dan pemahaman yang
berbeza. Kepelbagaian ini adalah normal danperbezaan boleh didapatimerentasi semua aspek
perkembangan.

2.3.1 Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

•Kanak-kanak di adalam kelas prrasekolah mempunyai kebolehan yang jauh


berbeza-beza.
•Pendidik perlu elakkan daripada memberi tumpuan kepada satu perkara sahaja
sebagau ukuran pencapaian atau potensi kanak-kanak secara menyeluruh.
•Pemerhatian yang teliti ke atas kanak-kanak mendedahkan corak tingkah lakuindividu daipada
pelbagai aspek perkembangan. Guru atau pendidikmenggunakan pengetahuan ini untuk
pengajaran individu dan bukan mengajarsemua kanak-kanak perkara yang sama dengan
menggunakan cara yang samapada masa yang sama.
•Jadual harian yang memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan aktivitimengikut
kemampuannya sendiri dapat membantu kanak-kanak berbandingdengan jadual yang telah
ditetapkan lebih awal ataupun kanak-kanakdikehendaki mengikut pusingan daripada datu aktiviti
kepada aktiviti yang lain.Rancangan boleh disesuaikan dan digubah bagi memenuhi keperluan
individudalam kumpulan.
•Standard perkembangan dapa berubah-ubah. Kanak-kanak tidak boleh dilabelsebagai “cepat”
ataupun “lambat” berbanding dengan kanak-kanak lain dalamkumpulan.
•Aktiviti kelas yang meliputi pelbagai objektif pembelajaran berbanding satuobjektif memberi
banyak peluang kepada kanak-kanak untuk dicabar dan untukmengalami kejayaan.

2.4Peringkat prasekolah adalah masa terbaik untuk perkembangan kanak-kanak


Peringkat awal perkembangan kanak-kanak adalah masa terbaik berlaku perubahan-perubahan
yang penting. Perubahan-perubahan ini adalah berkaitan dengan interaksiyang kompleks, iaitu
antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak, serta pengalaman mereka dengan persekitaran
fizikal dan sosial. Pada ketika ini kanak-kanaklebih mudah menerima pengaruh persekitaran
yang positif ataupun negatif berbandingdengan masa-masa lain.
Kanak-kanak seharusnya diberi pengalaman yang menggalakkan perkembangan pada
ketika ini, agar mereka kekal bermotivasi dan berjaya mencapai potensi.
Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah secara biologi cenderung mengembangkankemahiran
motor asas seperti menangkap, membaling, melompat dan berlari. Kanak-kanak ini akan
menggabungkan kemahiran tersebut dengan kemahiran yang lebihkompleks. pada tahap ini,
kebanyakan kanak-kanak dapat menerima pengajaran dansanggup menghabiskan masa dengan
aktiviti fizikal yang dapat meningkatkankemahiran mereka.
Walau bagaimanapun kanak-kanak yang tidak diberi peluang sedemikian menjadikurang
sanggup memulakan pembelajaran dan berlatihkemahiran motor asas padamasa akan datang,
iaitu di sekolah rendah. Pada pertengahan sekolah rendah, kanak-kanak tersebut dikatakan tidak
mempunyai bakat yang diperlukan untuk berjaya.Kekurangan kemahiran dan kesanggpan,
membentuk satu halangan yangmenyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri daripada terlibat
dengan aktiviti fizikal danpermainan. Tindakan ini berkumpul dan selalunya mempunyai kesan
sepanjang hayat.Hal ini membuatkan pendidikan peringkat awal kanak-kanak sebagai masa
terbaik untukkanak-kanak mencapai kecekapan motor, Dengan itu, sikap dan kemahiran asas
kanak-kanak berkiaitan dengan fizikalnya perlu ditingkatkan.

2.4.1 Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak

•Prinsip berkenaan masa yang terbaik bagi perkembangan kanak-kanakmenunjukkan program


pengajaran mementingkan proses dan kemampuan yangmeliputi cara-cara yang menggalakkan
perkambangan kanak-kanak.
•Guru seharusnya berupayamenjelaskan sifat semula jadi yang kritikal untuktahun-yahun awal
kanak-kanak yang berkaitan dengan semua aspekperkembangan

TOPIK 3 : PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

1.PENGENALAN
Dalam pendidikan prasekolah, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatanpengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan diri, keperluan,kebolehan, bakat dan minat
serta latar belakang murid. Oleh sebab murid merupakanadalah pembelajar yang aktif, guru perlu
menyediakan aktiviti dan bahan yang konkritdan menarik supaya murid boleh melibatkan diri
secara aktif dalam proses pengajarandan pembelajaran.
Oleh itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dikelolakan secarateliti an
sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama dalamproses pengajaran
dan pembelajaran, sama ada secara kelas, kummpulan ataupunsecara individu

2.PENDEKATAN
Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, empat pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang perlu diutamakan iaitu :
•Pendekatan Belajar Melalui Bermain
•Pendekatan Bertema
•Pendekatan Bersepadu
•Penggunaan ICT dalam pembelajaran

2.1Belajar Melalui Bermain


Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagimemberi peluang
kepada murid belajar dalam kn keupayaan kognitif, suasana yangmengembirakan dan bermakna.
Pendekatan ini diberi penekanan dalam prosespengajaran dan pembelajaran kerana bermain
adalah fitrah kanak-kanak. Melaluibermain mereka dengan gembiran dan senang hati membuat
penerokaan, penemuandan pembinaan melalui pengalaman langsung semulajadi

Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran danpembelajaran itu
menggembirakan di samping meningkatkan kepupayaan kognitif,keinginan untuk meneroka bagi
memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasardan motor halus, serta meningkatkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.Pendekatan bermain sambil belajar menekankan
ciri-ciri berikut:
•aktiviti yang menggembirakan
•penerokaan dan interaksi dengan persekitaran
•permainan bebas dan terancang
•kelonggaran masa
•percubaan idea sendiri
•peluang memberi tumpuan dan perhatian
Semasa melakukan aktiviti bermain, proses penerimaan sensori atau deria sepertipendengaran,
penglihatan, bau, sentuhan dan rasa akan terangsang dan memberikansatu pengalaman
pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akanterbina serta membantu
perkembangan ke tahap optimum.
•Tanggapan main pada kanak-kanak adalah belajar. Naluri kanak-kanak sukabermain dan pada waktu
yang sama mereka belajar menerusi main. Tanggapanmain antara kanak-kanak dengan orang dewasa
adalah berbeza. Main bagiorang dewasa ialah untuk beriadah. Ada pula yang menjadikan main
sebagaiprofesion seperti main bola sepak, badminton dan golf. Main pula bagi kanak-kanak dua
perkara akan bertaku pada perkembangan kanak-kanak iaitu sosialdan kognitif.

2.1.2 Teori-teori main

•Teori Tenaga Berlebihan


Tenaga yang berlebihan perlu dikeluarkan. Sekiranya tenaga ini tidk dikeluarkan
boleh menyebabkan kanak-kanak berasa tidak selesaa dan boleh mengganggu
kesihatan mereka

•Teori Relaxation
Manusia kehabisan tenaga jadi ianya perlu diganti. Kehidupan modenmenyebabkan manusia
mengalami tekanan. Permainan perlu untuk melegakandan mengganti tenaga.

•Teori Instinct
Alam kanak-kanak merupakan tempoh seseorang menyediakan diri ke arahkedewasaan. Dalam
tempoh ini pengalaman bermain dan lain-lain merupakanlatihan membantu mencapai
kematangan.

•Teori Psikodinamik
Bermain akan dapay mengurangkan kebimbangan dan rasa takut dengan
membawanya ke peringkat sedar.
•Teori Perkembangan Kognitif
Dilihat dari sudut intelek, aktivitimain tidak terhad. Main menjadi latihanberimaginasi dan
menjadi alat untuk menguasai pengetahuan dari persekitaranserta membantu perkembangan
kognitif.

2.1.3Konsep belajar melalui bermain

•Sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang murid-murid


melahirkan perasaan.
•Murid dapat meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan sesuatau
kemahiran.
•Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian
•Membantu mengembangkan pertumbuhan darisegi kognitif dan psikomotor.
•Bebas, terancang dan selamat

2.1.4 Kepentingan main dan permainan

Main melibatkan pemilihan aktiviti bebas yang datang daripada motivasi sendiri,menyeronokkan dan
berorientasikan proses. Ini bermakna aspek di luar masa,penggunaan bahan dan peralatan,
persekitaran, peraturan aktiviti bermain dan perananyang mengambil bahagian yang dibuat semasa
kanak-kanak bermain. Semuaberdasarkan deria realiti kanak-kanak. Pada masa yang sama main dapat
memberimanfaat terhadap perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan kognitif.
Sebenarnya kanak-kanak bermain tidak memerlukan ganjaran pujian, wang ataumakanan. Mereka
bermain kerana sukakannya. Di sebaliknya kanak-kanak yangbertanding untuk membina kereta
menggunakan bongkah dianggap tidak bermain. Kanak-kanak yang disuruh menggunakan bongkah
berwarna merah sahaja masih dianggapbukan bermain. Kanak-kanak yang disuruh untuk melabelkan
warna pada lakarannyatidak dianggap bermain. Kanak-kanak bermain tanpa mengikut arahan orang
dewasa.Proses pembelajaran akan berlaku secara tidak langsung semasa bermain. Kanak-kanakakan
membina kefahaman sesuatu konsep menerusi bermain sama ada konsep sosialatau kognitif.

2.1.5Peringkat perkembangan main


Kanak-kanak belajar menerusi main. Hal ini mengundang ramai pendidik awal kanak-kanak mengkaji
peranan main kepada kanak-kanak. Terdapat dua pandangan tentangperingkat main kanak-kanak
yang telah dikaji iaitu:

(a)Kategori Main Sosial mengikut Mildred Parten (1932)


Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari aspek sosial. Beliaumengkategorikan main sosial
kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial
masih dianggap sesuaisehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus
dijadikanrujukan.Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:

•perlakuan tidak menentu (unoccupied behavior) - kanak-kanak bergerak di


kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain;
•main sendirian (solitary play) - kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain
yang duduk berhampiran dengannya;

•main pemerhatian (onlooker play) - kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain
tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan

•main selari (parallel play)

•main asosiatif (associative play) - kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-


kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam
aktivitimain; dan
•main koperatif (cooperative play) - kanak-kanak ini bermain dalam bentuk
sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.

(b)Kategori Main Kognitif Mengikut Sara Smilansky (1968)


Manakala Sara Smilansky (1968) melihat main dari aspek kognitif. Beliau melihataspek main dapat
membina perkembangan kognitif kanak-kanak. Main dapatmeningkatkan keupayaan kognitif kanak-
kanak iaitu diukur dari segi cara kanak-kanak menggunakan bahan atau peralatan mainan itu sendiri.
PandanganSmilansky yang berbeza dengan Parten dianggap sebagai pelengkap kepadapengkelasan
yang telah dibuat oleh Parten.
Kategori main mengikut Smilansky:
•main berfungsi (functional play) - kanak-kanak ini bermain menggunakan
motor untuk meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apa yang boleh
dibuat dengan objek berkenaan;
•main konstruktif (constructive play) - kanak-kanak ini bermain melibatkan
mencipta sesuatu objek;
•main dramatika (dramatic play) - kanak-kanak ini menggunakan objek mainan
untuk menggantikan sesuatu imaginasi; dan
•main dengan peraturan(games with rules) - kanak-kanak ini bermain melibatkan penerimaan
pandangan,mengubahsuai peraturan dalam permainan.

c) Permainan Bebas
Permainan bebas atau informal melibatkan aktiviti main yang spontan, tidak formal dan tidak
berstruktur dalam persekitaran yang kaya dengan bahan dan interaksi dengan rakan sebaya dan orang
dewasa.
Bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan di pusat pembelajaran. Dengan itu kanak-kanak tersebut
mempelajari dan mengalami banyak pembelajaran semasa menjalankan interaksi dengan rakan sebaya,
orang dewasa dan bahan yang disediakan.

(d) Permainan lakonan atau olok-olok


Permainan ini melibatkan interaksi verbal antara kanak-kanak untuk melakonkan watak-watak dalam
permainan tersebut. Permainan ini melibatkan peristiwa harian yang benar dan realistik. Ia juga
melibatkan fantasi dan imaginasi kanak-kanak.

(e) Permainan luar


Kanak-kanak perlu melepaskan tekanan perasaan semasa bermain dalam keadaan terkawal. Alat
permainan luar yang disediakan iaitu bekas main pasir, bekas main air, terowong, jongkang jongkit,
buaian, rangka besi dan gelungsur adalah untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam
keadaan riang dan menggembirakan.
Semasa bermain dengan alatan tersebut, kanak-kanak dapat mempelajari beberapa konsep seperti
imbangan, berat dan ringan, tinggi dan rendah, tarikan gravity, ayunan serta konsep banyak dan sedikit.
Penerapan nilai murni berlaku seperti bersabar, mengikut giliran, bekerjasama, tolong-menolong,
bersikap sederhana dan hormat- menghormati.
Aktiviti permainan luar ini melibatkan perkembangan otot kecil, otot besar, koordinasi
tubuh badan, perkembangan bahasa, interaksi sosial dan kreativiti.

2.1.6 Main dalam pembelajaran kanak-kanak

Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelumnya main adalah proses pembelajarankanak-kanak


untuk memahami sesuatu konsep. Melalui penerokaan dan membina semulakonsep menerusi main
dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsepyang ingin diketahui. Di dalam kelas
tadika untuk kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahunkanak-kanak bermain untuk membina konsep. Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran perlumenyediakan main bercorak konstruktif selain dari bersosial. Rajah
1.3 menunjukkancontoh bagaimana aktiviti pengajaran yang dikendalikan dapat membantu murid-
murid membina konsep menerusi pemerhatian dan pengalaman.Kanak-kanak kerap berhadapan
dengan masalah untuk mengenal pasti persamaan antaraobjek dan peristiwa, membanding dan
membezakan. Contohnya untuk meletakkansekeping jigsaw puzzle di atas papanj igsaw. Kanak-
kanak perlu membina persamaanantara sekeping jigsaw puzzle dan ruang jigsaw puzzle. Contoh yang
lain seorang kanak-kanak meletakkan segelas air sirap di atas meja kemudian bermain di
sudutpembelajaran. Apabila dia datang semula di meja terdapat dua gelas air sirap.Dia tentunya akan
tertanya-tanya yang manakah gelas miliknya. Keadaan inimenyebabkan dia perlu membina
persamaan antara gelas kepunyaannya sebelum inidan gelas yang baru dilihatnya.
Terdapat dua jenis persamaan iaitu pengenalan(identity) dan kesetaraan(equiv alence).Pengenalan
melibatkan antara dua penglihatan terhadap objek yang sama. Manakalakesetaraan melibatkan
persamaan dua atau lebih objek.
Pengenalan dapat dilihat menerusi contoh kanak-kanak dengan gelas air minuman. Dia tidak dapat
membezakan gelas miliknya. Manakala kesetaraan dapat dilihat menerusicontoh kanak-kanak
dan jigsaw puzzle. Kanak-kanak terpaksa membanding beza duaobjek untuk disesuaikan.
Kesimpulannya persamaan terbina sama ada antara dua penglihatan objek atau peristiwa,antara objek
yang berbeza atau peristiwa. Hal ini penting untuk memahami penemuanoleh kanak-kanak sewaktu
percubaannya menyelesaikan masalah.Perubahan adalah sesuatu yang kanak-kanak mahukan. Setiap
perubahan melibatkantempat permulaan dan tempat berakhir. Perubahan berlaku di antara tempat
permulaandan tempat berakhir. Sebagai contoh air (rupa asal permulaan) boleh diubah kepadawarna
merah (rupa akhir) dengan meletakkan sirap merah (perubahan). Jika kanak-kanakingin mengubahnya
ke rupa asal permulaan mereka perlu tahu sesuatu tentang cara air menjadi merah. Mungkin mereka
boleh menggunakan kain menapis warna atau pun menambah air ke dalam bekas.
Piaget telah mengenal pasti enam tahap keupayaan kanak-kanak memikirkan tentangperubahan dari
usia 1 hingga 7 tahun. Secara umum enam aras perkembangan kognitifyang disarankan oleh Piaget
adalah seperti berikut:
(a)tahap berbeza sepenuhnya;
(b) tahap penolakan
(c)tahap darjah berhati-hati;
(d) tahap kepelbagaian;
(e)tahap fungsi; dan
(f)tahap dapatan sebenar.
Berdasarkan pandangan teori yang dikemukakan oleh Piaget main konsruktif dianggapsesuai untuk aktiviti
penerokaan dan penemuan. Guru menyediakan persekitaran danbahan/peralatan pembelajaran. Manakala
kanak-kanak menyesuaikan kemahiran dankonsep yang perlu dibina menerusi aktiviti main konstruktif.
Peranan guru sebagaipendorong mencetuskan pembinaan pemikiran konstruktif kanak-kanak terhadap
sesuatukonsep.
Main di kelas tadika/prasekolah boleh dibahagikan kepada:
(a)main pilihan sendiri - guru menyediakan peralatan permainan di sudut-sudut tertentu untuk
dipilih oleh murid. Biasanya aktiviti ini dijalankan semasa rutinatau sementara menunggu aktiviti
pembelajaran bermula; dan.
(b)main terancang - guru merancang pembelajaran dengan memasukkan unsurmaindalam aktiviti
pembelajaran. Bahan dan peralatan boleh digunakan sebagaialat bantu yang mengukuhkan sesuatu
konsep yang dilakukan menerusi main.
Kesimpulannya main merupakan aspek penting dalam kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak belajar
menerusi main. Germain juga merupakan suatu rangsangan untuk kanak-kanak belajar. Main dalam
konteks pembelajaran kanak-kanak adalah suatu prosespembelajaran secara keseluruhan. Kenyataan
yang mengatakan 'bermain sambil belajar'atau 'belajar sambil bermain' bermaksud keseluruhan
konsep pembelajaran kanak-kanakyang menekankan adanya unsur main dalam pembelajaran kanak-
kanak. Setiap program,model, pendekatan dan aktiviti melibatkan unsur main sebagai intipati
keseluruhan
pembelajaran kanak-kanak.

2.1.7Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain

Sebelum mekasanakan pendekatan ini, guru perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
•Hasil pembelajaran yang ingin dicapai perlu ditentukan.
•Bahan perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan murid
•Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan
•Bahan yang digunakan mengalakkan komunikasi dan imaginasi
•Permainan menarik minat dan menggembirakan murid

2.1.8 Faedah pendekatan belajar melalui bermain.Melalui main sambil belajar, murid-
murid boleh:

•Mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih


spasifik.
•Meningkatkan keupayaan kognitif.
•Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa
•Meningkatkan kemahian emosi
•Mengukuhkan perkembangan fizikal
•Menguasai kemahiran manipulatif
•Melahir dan menyatakan perasaan

2.2Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satutopik atau
tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latarbelakang murid Tema yang
dipilh dijadikan sebagai wahana untuk menguasai sesuatu kemahiran sepertikemahiran bertutur,
membac, menulis, asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial.Selain itu, pendekatan ini
memberi peluang kepada murid meluaskan pengetahuanmelalui tema yang dipilih.
Pendekatan pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangkauntuk
menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum.Kanak-kanak
dapat membina kemahiran dan mempelajari topic-topik tertentu dalamruang lingkup yang lebih
luas.
Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidanpengalaman
melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pengalaman guru dan
juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelummemulakan pengajaran bertema.
Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang
pengalaman dan tahap perkembangan mereka.
Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkaa yang sama, sebagai
contoh haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidangyang luas tetapi tidak
mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh
diangap sebagai rangsangan kearah pembelajaran

2.2.1 Faktor-faktor pemilhan pendekatan bertema


Pemilihan tema perlu menimbangkan aspek-aspek berikut:

•Boleh merentas semua komponen


•Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan murid
•Bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa
•Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
•Guru berminat terhadap tema yang dipilih
•Pemeringkatan tema dari mudah kepada yang lebih mencabar

2.2.2 Kepentingan pendekatan bertema


•Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahanan untuk menghubungjalinkan
pengetahuan atau kemahiran daripada beberapa komponen yang berlainan.
•Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktivitidan menyediakan
bahan pengajaan dan pembelajaran secara lebih berfokus danmenyeluruh.
2.2.3 Pelaksanaan pendekatan bertema
Sebelum melaksanakan pendekatan ini, guru perlu:
•Mengenalpasti tema yang hendak digunakan
•Menjana idea berkaitan tema
•Membina peta minda tema yang mengandungi komponen yang berkaitan
dengan tema
•Menyediakan senarai aktiviti kepada setiap komponen yang berkaitan dengan
tema
•merancang iklim dan menyusun persekitaran kelas dan ousat oembelajaran
supaya mempunyai suasana yang berkaitan dengan tema.

2.3 Pendekatan Bersepadu


Pendekatan bersepadu membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalamkehidupan
sebenar, sesuatu itu saling berkaitan di antara satu sama lain dan bukannyasesuatu yang terpisah-
pisah. Mereka melihat pembelajaran secara menyeluruh danbersepadu dan tidak memisahkan
pembelajaran kepada subjek yang berbeza-beza.
Oleh itu pendekatan bersepadu digunakan dalam pengurusan pengajaran danpembelajaran yang
menggunakan lebih daripada satu komponen dalam aktivitipembeajaran. Selain daripada
kesepaduan antara komponen, pendekatan inimelibatkan juga kesepaduan antara:
•Beberapa kemahiran
•Kemahiran dan nilai murni
•Aktiviti dalam kelas dan luar kelas
•Aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid
•Pelbagai kaedah dan teknik
Pembelajaran melalui pendekatan bersepadu menyediakan murid peluang :
•Memenuhi keperluan mereka yang berbeza-beza dari segi perkembangan, minat
dan kebolehan serta perbezaan dari segi latar belakang.
•Meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam.
•Lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan belajar.
•Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti
•Meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi
•Meningkatkan nilai murni
Pendekatan bersepadu boleh digunakan dalam aktiviti seharian. Guru perlumenggunakan
pengalaman harian kanak-kanak dalam proses pengajaran danpembelajaran. Ilmu pengetahuan
yang dipelajari mesti diamalkan. Pengajaran danpembelajaran adalah tidak formal. Kanak-kanak
terlibat dalam aktiviti secara aktif.Semua deria kanak-kanak terlibat secara langsung dalam
pelbagai situasi yang dapatmerangsang pembelajaran di dalam atau di luar kelas. Kanak-kanak
memperoleh ilmu,konsep, kemahiran dan nilai murni yang berkaitan antara satu sama lain.
Contohnya dalam permainan pasir, kanak-kanak dapat merasakan tekstur pasir sepertikasar,
halus, konsep seperti kering dan basah, kemahiran membina timbunan pasirmengikut urutan
menaik ataupun menurun, serta memupuk nilai murni sepertibekerjasama, bertolak ansur dan
berdisipli. Pendekatan bersepadu bolehmenggabungkan beberapa kemahiran mendengar,
membaca, bertutur dan menulisatauoun menggabungkan aspek-aspek perkembangan kanak-
kanak seperti jasmani,emosi, rohani dan intelek.
Kaedah pendekatan ini menggabungkan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang perludikuasai
oleh murid. Merujuk jadual di bawah, hasil pembelajaran adalah kemahiranmembaca dan hasil
pembelajaran adalah menulis

2.4 Penggunaan ICT dalam pembelajaran


Komputer menyediakan peluang pembelajaran yang berkesan kepada murid
keranaianyamemberi peluang pengalaman pembelajaran dalam cara dan kadar yangberbeza-beza
untuk memenuhi keperluan setiap individu. Murid boleh menggunakancomputer secara
berpasangan untuk menggalakkan mereka sama-sama meneroka danmemperolehi pembelajaran.
Pendekatan ini digunakan untuk :

•Membantu proses pengajaran dan pembelajaran


•Memperoleh maklumat
•Berinteraksi dengan bahan untuk bekajar sendiri dan bersama rakan sebaya
•Memperkayakan pengalaman pembelajaran

2.4.1 Kepentingan penggunaan ICT

•Membantu membentuk persepsi pemikiran murid.


•ICT sebahagaina daripada kehidupan masa kini
•Boleh dijadikan bahan bantu mengajar
•Boleh diprogramkan dengan perisian khas
•Dapat merangsang minat murid dan memberi keseronokan.
•Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran
•Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat

2.4.2 Prinsip-prinsip penggunaan ICT


•Kesesuaian umur
•Kepentingan
•Kawalan kanak-kanak
•Arahan jelas
•Penggunaan berdikari
•Tanpa keganasan
•Berorientasikan proses
•model yang sebenar
•Ciri-ciri teknikal
•Boleh ditranformasikan
•Kepelbagaian bahasa

TOPIK 4 :TEKNIK PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN PRA SEKOLAH

1.PENGENALAN
Di bawah konteks pendidikan, teknik pengajaran ditakrifkan sebagai kemahiran guruyang
digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatuaktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialahuntuk
menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingintahu murid supaya
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

2.Tunjuk cara
Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkankemahiran
guru mendemontrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti dihadapan murid. Oleh itu
teknik tunjuk cra juga dikenali sebagai demonstrasi.

2.1Prinsip-prinsip tunjuk cara


Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara sengan berkesan guru
haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjukcara berikut

2.1.1 Sebelum demontrasi

a)Guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu.
b)Alatan hendaklah disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang
ditentukan.
c)Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat
menyaksikannya dengan jelas.
d)Pastikan keselamatan sebelum mengunakan alat, atau bahan yang mungkin boleh
menyebabkan kemalangan.
e) Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi dan
aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya tanpa membuat sebarang
kesilapan.

2.1.2 Semasa demonstrasi


a)Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti
demonstrasi yang dijalankan.
b)Sekiranya murid menunjukkan kerahuan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi.
c)Gurumenggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.
d)Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan
jelas.
e)Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuatdemonstrasi sekali lagi
untuk memperkukuhkan pemahaman tentangcara-cara melaksanakannya.

2.1.3 Selepas demonstrasi


a) Bincangkan dengan murid tentangbahagian-bahagiandemomonstrasi yang penting. Ini akan
memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan langkah-langkah demonstrasi yang
telahditunjukkan dengan betul.
b)Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka
membuat rumusan.
c)Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. Ini bolehdilakukan melalui aktiviti
demonstrasi murid dengan mencontohi guruatau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam
buku nota.

2.2 Langkah-langkah pengajaran melalui tunjuk cara


Pengajaran mengunakan tunjuk cara melibatkan beberapa langkah utama seperti
perancangan, pelaksanaan, latihan dan penutup.

2.2.1 Perancangan
a)Penentuan topik dan objektif.
b)Perancangan langkah-langkah demonstrasi
c) Persediaan alatan.
d)Penyusunan tempat demonstra

2.2.2 Pelaksanaan
a)Penerangan tujuan demonstrasi.
b)Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup.
c)Penggunaan alat mengikut langkah-lankah yang disediakan.
d)Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian.

2.2.3 Latihan
a)Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran.
b)Guru membetulkan kesilapan murid.

2.2.4 Penutup
a)Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.
b)Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang
berkaitan.

3.Penyoalan
Teknik penyoalan merupakan suatu teknik yang biasa dan kadang-kadang menjadidominant
dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian menunjukkanterdapat perhubungan
yang signifikan antara penyoalan guru dengan pencapaianpelajar (Turney et. al 973). Menyoal
semasa pengajaran dan pembelajaran mempunyaibeberapa tujuan, antaranya ialah:
•Menjadikan murid aktif
•Membangkitkan minat dan tumpuan murid.
•Meningkatkan perkembangan daya pemikiran murid.
•Menilai kefahaman murid berkenaan isi pelajaran serta kemajuan murid.

3.1Prinsip menyoal
a) Soalan
•Sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan urid dalam bilik darjah.
•Betul daripada tatabahasanya supaya maksudnya lebih jelas.
•Pendek, tidak berbelit-belit.
•Releven dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan.
•Dikhususkan supaya lebih jelas
•Pelbagaikan aras dan jenis soalan.

b)Cara menyoal
•Terbuka kepada semua murid dalam bilik darjah.
•Libatkan murid yang diam atau tidak bersedia menjawab.
•Beri masa yang sesuai (3-5 saat) untuk murid memberi respons kepada
soalan.
•Kemukakan soalan dahulu, kemudian menyebut nama murid.
•Melayan jawapan yang salah dengan baik.
•Dorong dan cungkil jawapan daripada murid yang tidak mampu memberi
respons kepada soalan guru.
•Elakkan mengulang-ulang soalan.
•Elakkan daripada menjawab soalan sendiri atau menyusun semula jawapan
pelajar seolah-olah guru menjawab soalan sendiri.
•Elakkan daripada mengulang-ulang jawapan pelajar.
•Elakkan daripada guru bercakap terlampau banyak.

3.2Tujuan menyoal mengikut peringkat dalam pengajaran


Paintal (1980) menjelaskan tujuam sseorang guru menyoal mengikut langkah-langkah
pengajaran adalah seperti berikut :
Peringkat Tujuan menyoal:

a. Pengenalan
•membantu set induksi guru
•mengetahui apa yang murid tahu
•mengulang pelajaran lepas

b. Penyampaian
•mengekalkan minat dan tumpuan murid
•menggalakkan penaakulan dan pemikiran
logik
•mengetahui setakat mana kefahaman murid

c. Aplikasi
•fokus dan penjelasan

•menghilangkan kesukaran dan membantu individu murid.


•memimpin murid membuat pemerhatian dan inferen

d. Penutup
•mengulang isi utama
•menguji kefahaman murid
•mencadangkan masalah dan isu berkaita

4.Pemudahcaraan
Pemudahcaraan adalah teknik yang digunakan guru untuk membantu kanak-kanakmencapai
matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dandisusun. Guru sebagai
fasilitator berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk,mengukuh, memberi bantuan dan
menolong kanak-kanak mencapai matlamat yangdirancang melaluisatu proses yang panjang.
Secara mudah, konsep fasilitator merujukkepada usaha-usaha untuk:
•Menjadikan senang
•Menggalakkan
•Memudahkan
•Mempercepatkan
•Membantu
•Memajukan
•Menolong

4.1Teknik-teknik pemudahcaraan
1. Penyoalan
•Bertujuan untuk memperluaskan idea
•Berfokus daripada soalan umum kepada khusus
•Mengikut aras pengetahuan
•Menggalakka pemikiran semula
•Jelas dari segi aras dan frasa
•Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir
•Sebaran kepada semua murid-murid
•Layanan jawapan sama ada memberi pujian atau galakkan

2.Layan dan damping


•Memberi perhatian dengan komunikasi mesra
•Menggunakan bahasa yang memujuk, tidak menyergah atau mengancam.
•Sentuhan kepala, bahu atau bahagian belakang.
•Libatkan lisan seperti ‘ya’, ‘ha’, sebutan ‘baik’, ‘bagus’, ulang dan
kembangkan jawapan murid.
•Gerak isyarat seperti senyum, angguk, melihat ke depan dan belakang, tepuk
tangan, tulis jawapan di papan hitam atau mengangkat ibu jari.
•Dapat meninggalkan kesan semangat ingin belajar, murid-murid menjadilebih positif, disiplin
kelas terkawal, hubungan mesra dan yakin keranadihargai.
•Tidak menghukum salah dan betul/

3.Renung kembali
•Menggalakkan murid merenung, imbas kembali pengalaman.
•Gabungan pengetahuan dan pengalaman murid.
•Sesuai digunakan apabila melakukan tajuk baru, memahami sesuatu konsep
dan pengukuhan.
•Memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah murid
lalui.

4.Pensrukturan kognitif
•Membantu murid memahami konsep dan menggunakan potensi kognitif yang
ada.
•Melibatkan struktur pemikiran, tindakan dan kepercayaan individu.
•Melibatkan pengalaman sedia ada dan penerokaan idea
•Merangkumi alam fantasi murid-murid menjelaskan sesuatu konsep yang
sesuai dengan pengalaman mereka.
•Dapat mendfinisikan sesuatu.
•Melibatkan penerokaan persamaan yang terdapat pada sesuatu konsep atau
idea.
•Penyoalan perlu terancang dan mengikut aras.

5.Kongsi dan bina bersama


•Berkongsi bersama guru dan murid dalam mencapai objektif ssuatu aktviti.
•Berkongsi untuk menyelesaikan masalah.
•Memperkukuhkan idea murid.
•Memberi pembayang.
•Guru sebagai pemangkin dalam kumpulan.
•Berkongsi selesaikan masalah.
•Guru mencadangkan idea/petunjuk dan murid buat keputusan.

6.Scaffolding
•Scaffolding adalah ciri yang dikemukakan oleh Vigotsky dam Zon of Proximal
Development (ZPD). Pembelajaran berlaku dengan sangat efektif apabila
berlakunya interaksi antara kanak-kanak dengan orang dewasa yang kebih
kompeten.
•ZPD merupakan lingkungan di mana kanak-kanak dapat berfikirmelebihijangkaan usianya hasil
daripada interaksi degan orang dewasa yangkebih kompeten.
•Guru memberi galakan berinteraksi, memberi motovasi dan memberi
dorongan.
•Memberi bantuan dan solongan dalam bentuk verbal.
•Menyoal untuk menggalakkan berfikir bagi menyelesaikan masalah/tugasan.

7.Pengembangan bahasa dan idea


•Teknik memperkembangkan bahasa dan perbendaharaan kata murid seta
meningkatkan kemahiran berfikir.
•Meningkatkan kemahiran bertutur.
•Memperluaskan perbendaharaan kata.
•Memupuk keyakinan diri.
•Memupuk kemahiran bahasa kanak-kanak denga bertutur, berbual, bercerita,
bersoal jawab dan galakan bertanya.

8.Mendengar
•Guru sebagai pendengar yang aktif.
•Apabila guru mendengar apa yang ingin disampaikan oleh muridnya, beliautelah mewujudkan
situasi penerimaan terhadap kanak-kanak dan idea yangdisarankan.
•Guru perlu memahami apa yang ingin disampaikan oleh murid dan melayani
setiap soalan dan pandangan yang diberikan oleh murid dengan adil.
•Murid berasa diri mereka dihargai dan diterima apabila idea mereka didengar
oleh orang lain.
•Guru dapat menilai dan mengesan kelemahan murid.

9.Galak dan saran


•Guru lebih banyak membuat pengesyoran sebagai alternatif.
•Banyak memberi pemujukan .
•Banyak memberi pandu arah supaya sesuatu aktiviti lebih jelas dan tersusun.
•Satu siri layanan guru untuk mencapai matlamat dan objektif yang
dikehendaki.

4.2Kepentingan kemahiran teknik pemudahcaraan

a)Memotivasikan murid supaya sentiasa mempunyai dorongan yang kuat untuk


belajar dan bercita-cita memperolehi pencapaian yang baik.
b)Membantu murid-murid mencari penyelesaian yang dihadapi dalam
pembelajaran.
c)Membimbing murid-murid dalam menjalankan aktiviti bilik darjah dengan baik
dan berkesan.
d)Meneguhkan pembelajaran murid-murid dengan menggunakan ganjaran dan
pujian

You might also like