You are on page 1of 45

PANDUAN

DISIPLIN
Oleh :
abdharis@ipis
DEFINISI DISIPLIN
Menurut kamus Longman ,
• Discipline ~ a practise of making people obey
rules and orders.
•Jelas menunjukkan bahawa disiplin disini adalah
merujuk kepada kebiasaan yang diamalkan dalam
mematuhi garis panduan dan arahan. Oleh itu
adalah tidak wajar apabila disiplin dikaitkan
dengan tingkah laku pelajar yang melanggar
peraturan sekolah.
•Jelas, disiplin merupakan garis panduan
menakala devian ataupun delinkuen pula
merupakan sekumpulan manusia yang tidak
mematuhi garis panduan ini.
JENIS-JENIS DISIPLIN
• Mengikut Lindgren (1976) , disiplin bilik
darjah boleh dibahagikan kepada empat
jenis;
• Disiplin Arahan Guru
• Disilin Arahan Kerja
• Disiplin Arahan Kumpulan
• Disiplin Arahan Diri
1. Disiplin Arahan Guru
Disiplin arahan guru ini mempunyai ciri autokratik, iaitu guru
mempunyai kuasa yang mutlak ke atas kawalan , arahan,
pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-peraturan yang
ditetapkan.
Guru mempunyai kuasa mendenda murid yang melanggar peraturan
dan jenis disiplin ini mempunyai ciri menghukum.

2. Disiplin Arahan Kerja


Disiplin Arahan Kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan ang
diberikan oleh guru perlu diselesaikan oleh murid dalam tempoh
masayang ditetapkan.
Disiplin ini berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab
serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan
menyempurnakan tugasan mengikut jadual.
Mempunyai ciri motivasi yang positif kerana menggalakkan murid
menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri. (
kematangan murid/umur , jenis tugasan dan keupayaan murid )
3.Disiplin Arahan Kumpulan
Disiplin Arahan Kumpulan diwujudkan di antara ahli-ahli dalam
dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan
berbagai-bagai kumpulan yang dengan tujuan menjalankan aktiviti
pembelajaran seperti pengayaan atau kerja Projek. (Ketua
kumpulan bertanggungjawab )
Dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli
yang serupa. Tingkahlaku murid dapat dikawal semasa interaksi
berlaku di antara rakan sebaya.Proses Penyesuaian berlaku dan
murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan akan
disingkirkan . ( Proses penyesuaian dan penyingkiran )

4. Disiplin Arahan Diri


Sharifah Alwiah Alsagoff dalam bulunya Ilmu Pendidikan
Pedagogi(1984) mentakrifkan didiplin arahan diri sebagai keadaan
yang membuat murid-murid mematuhi peraturan yang ditentukan
tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran.
Murid mematuhi peraturan sekolah secara sukarela ( sedar
kebaikannya )tanpa dipaksa dan di arah oleh guru. Dipupuk melalui
latihan dan bimbingan guru
JENIS-JENIS MASALAH DISIPLIN:
Peringkat Sekolah Rendah /Menengah
• Jenayah
• Lucah
• Kemasan diri
• Tidak pentingkan masa
• Kurang sopan
• Laku musnah
• Tidak jujur
• Ponteng
JENIS SALAHLAKU
• Tingkahlaku Jenayah
• Tingkahlaku lucah
• Tingkahlaku kekemasan diri
• Tingkahlaku tidak mementingkan masa
• Tingkahlaku musnah
• Tingkahlaku tidak jujur/menipu
• Ponteng
10 Kekerapan Tinggi:
• Ponteng sekolah
• Mencuri
• Mengancam murid sekolah
• Berkasar dengan murid
• Berbahasa kesat
• Datang sekolah lewat
• Membuat bising dan menggaggu pelajaran
• Merosakkan harta benda sekolah
• Ponteng aktiviti kokurikulum
• Ponteng Kelas
Pelbagai jenis tingkahlaku bermasalah :
1. T/L bermasalah negatif
• T/L menghalang pembelajaran ( bergantung ) =
membahayakan diri ; kebimbangan,pergantungan
berlebihan, pengunduran diri dan pengasingan diri
• T/L menganggu ( disruptif ) = membahayakan orang lain
: hiperaktif, kelakuan nakal, bising, bergerak sesuka hati,
ketawa kuat, agresif secara lisan / fizikal
• T/L Antisosial ( distruktif ) = membahayakan diri,sekolah
dan masyarakat : permusuhan nyata, vandalisme,
kumpulan liar, klik dan geng
2. T/L bermasalah positif
• Ingin tahu
• Cepat belajar
• Pintar cerdas
• proaktif
Punca-punca Masalah Disiplin
• Suasana persekitaran rumah yang kurang
selesa
• Suasana sekolah yang kurang kondusif
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
membosankan
• Keadaan fizikal sekolah yang kondusif
• Pengurusan sekolah yang bercorak autokratik
• Pandangan dan pendapat murid tidak dapat
perhatian pihak sekolah
• Penilaian negatif mewujudkan npermusuhan
yang nyata dengan membalas dendam
Punca salahlaku di Bilik Darjah/Sekolah
• Penggunaan pendekatan dan strategi mengajar
yang kurang sesuai
• Keadaan fizikal bilik darjah yang kurang
kondusif
• Perhubungan guru dan murid yang kurang
mesra dan kurang baik
• Sahsiah guru yang kurang menyakinkan
• Kesihatan murid yang kurang baik
• Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi
• Pengaruh negatif dari keluarga, rakan sebaya
dan persekitaran
• Bilangan murid yang ramai
Teknik mengumpul maklumat pelajar :
1. Jenis teknik Ujian ; ujian pencapaian
akademik, ujian kecerdesan, ujian
kecemderungan bakat, ujian minat, ujian
personaliti, ujian saringan, ujian
diagnostik,ujian aptitud khas
2. Jenis teknik bukan ujian ;kajian
dokumen, soal selidik, teknik
pemerhatian,rekod anekdot, kajian
dokumen,senarai semak
3. Rujukan pada kaunselor atau pihak
tertentu
Modifikasi tingkahlaku :
Langkah sistematik berdasarkan prinsip psikologi untuk
mengubah tingkahlaku yang negatif kepada yang positif :
• Mengenalpasti t/l yang perlu diubah
• Menetapkan matlamat
• Menentukan strategi bertindak
• Merancang prosedur atau plan bertindak
• Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
• Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan
jika perlu
• Memastikan pencapaian matlamat yang ditetapkan;
- Pengekalan dan peningkatan t/l yang diingini
- Pengurangan dan perlupusan t/l yang tidak diingini
Teknik modifikasi tingkahlaku :
1. Peneguhan Positif / negatif
2. Denda dan peneguhan
3. Reverse psikologi
4. Shaping
5. Token ekonomi
6. Kontrak lisan/bertulis
7. Kawalan kendiri
8. Ubahsuai dalaman/kendiri
MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu
sebagai manusia yang dapat memimpin diri
sendiri dalam didupnya pada masa hadapan.
Disiplin diri bagi setiap individu adalah
mustahak dalam usaha mewujudkan satu
masyarakat Malaysia yang bertatasusila,
bersatupadu , demokratik , adil , liberal dan
progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan
individu-individu yang kreatif serta
mempunyai kesedaran harga diri dalam
masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan
.
PRINSIP-PRINSIP ASAS DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan
kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut : -
• keadilan dan layanan sama rata
• pertimbangan minat dan keperluan pelajar
• kebebasan - tertakluk kepada undang-undang
• amalan menghormati seseorang individu
• perhubungan sihat sesama manusia untuk
kehidupan berharmonis
• perpaduan masyarakat dan negara
CIRI-CIRI DISIPLIN YANG BAIK
• Seseorang pelajar yang baik berdisiplin sentiasa mematuhi dan taat
kepada ajaran-ajaran agama, mengamalkan nilai-nilai kebudayaan
Malaysia , memahami dan menghayati Rukun Negara , serta
mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan undang-undang negara.
Di antara ciri-ciri penting seorang yang berdisiplin adalah
sebagaimana berikut : -
• memahami dan mematuhi peraturan-peraturan
• menepati waktu
• rajin dan berdaya usaha
• jujur dan ikhlas
• sentiasa bersedia berkhidmat dan bekerjasama
• berbudibahasa, bersopan-santun dan berdiplomasi
• bersih , cekap dan amanah
• menghormati orang lain
• taat setia kepada raja dan negara
• kasih dan sayang kepada ibu bapa
• mencintai sekolah
• berfikiran luas dan berpandangan jauh
PELAKSANAAN DISIPLIN :
• Semua guru bertanggungjawab dalam menangani
masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah .
Masalah ini perlu ditangani secara berhati-hati agar
segala tindakan yang dilakukan tidak terkeluar dari
ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang dan
peraturan –peraturan yang telah ditetapkan .
• Setiap aduan yang diterima akan diberi tindakan susulan
dengan segera.
• Pelajar terlibat akan disoal-siasat dan diberi peluang
membela diri.
• Siasatan yang dijalankan akan meneliti dan mengkaji
kes seterusnya saranan akan diberikan kepada HEM
untuk tindakan seterusnya.
• SISTEM MATA PENALTI merupakan teras atas segala
tindakan
Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin :
• Tatacara disiplin sekolah masakini dibentuk
berlandaskan kepada Ordinan Pelajaran 1957
dan Pekeliling Ikhtisas yang diedarkan dari
masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah-
sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Peraturan –peraturan pelajar (Disiplin Sekolah )
• Peraturan-perauran Lawatan Sekolah 1957
• Peraturan Majalah Sekolah
• Surat Pekeliling Ikhtisas
Jenis salahlaku dan tindakan dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas :
1. Pembuangan murid dari sekolah kerana kelakuan
jenayah seperti membawa senjata-senjata
merbahaya, menghisap rokok, meminum arak,
melibatkan diri dalam kongsi gelap, mencuri,
mengancam pelajarlain dan melawan pihak berkuasa
2. Peratutan hukuman dera
3. Peraturan asrama sekolah
4. Disiplin murid-murid menghisap rokok
5. Salahguna dadah : Garis panduan untuk guru dan
guru besar
6. Potongan rambut murid-murid
7. Pakaian murid-murid lelaki dan perempuan
8. Larangan bermain bahan letupan
9. Tatatertib perhimpunan sekolah
Buku panduan/pekeliling Disiplin sebagai bahan
rujukan :
• Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di
Sekolah ( 1994 )
• Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru
Besar dan Guru ( 1998 )
• Prosedur Gantung dan Buang Sekolah mengikut
Ordinan Pelajaran 1957 ( Terbitan JPN Perak,
1988 )
• Surat Pekeliling ( 1984-1987 )
• Surat Pekeliling ( 1988-1990 )
• Surat Pekeliling ( 1991-1993 )
• Surat Pekeliling ( 1994-1997 )
Tatacara menyelesaikan Masalah Disiplin :
• Kaji masalah disiplin secara objektif dan jangan
mengambil tindakan secara terburu-buru
• Elakkan diri dari nafsu marah dan wujudkan
suasana tenang
• Berikan peluang murid membuat penjelasan dan
cuba fahami perasaan murid
• Jika didapati bersalah, guru beri nasihat agar
murid sedar dan mengubah kelakuannya
• Jika murid mengulangkan kesalahannya rujuk
guru disiplin dan kaunselor
• JIka kelakuan jenayah lapor segera kepada
Guru Besar/Pengetua
Peranan Guru dalam konteks disiplin Bilik
Darjah :
1. Pengurusan rutin bilik darjah
2. Pengurusan peraturan-peraturan bilik
darjah
3. Pengurusan jadual bertugas murid
4. Pengurusan aktiviti kumpulan
5. Pengurusan murid bermaslah peribadi
Cadangan mengurangkan masalah disiplin:
• Melaksanakan pembelajaran secara sistematik
• Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Menggunakan strategi pemusatan murid
• Menghormati dan melayan murid dengan baik
• Menghargai dan memuji murid
• Bersifat adil dan tegas terhadap hukuman dan ganjaran
• Mengajar murid mengikut kebolehan
• Memberikan aktiviti pemulihan yang belum menguasai
kemahiran/kefahaman pelajaran yang diajar
• Memberikan aktiviti pengayaan
• Mengamalkan ciri kepimpinan demokratik
Perlaksanaan Disiplin di sekolah
• Semua guru bertanggungjawab dalam
menangani masalah disiplin di kalangan
pelajar di sekolah . Masalah ini perlu
ditangani secara berhati-hati agar segala
tindakan yang dilakukan tidak terkeluar
dari ruang lingkup yang dibenarkan oleh
undang-undang dan peraturan –peraturan
yang telah ditetapkan .
• Setiap aduan yang diterima akan diberi
tindakan susulan dengan segera.
• pelajar terlibat akan disoal-siasat dan
diberi peluang membela diri.
• Siasatan yang dijalankan akan meneliti
dan mengkaji kes seterusnya saranan
akan diberikan kepada HEM untuk
tindakan seterusnya.
• SISTEM MATA PENALTI merupakan
teras atas segala tindakan lanjutan disiplin
yang dikenakan kepada Warga sekolah.
Tindakan Disiplin
• Amaran
• Amaran Lisan
• Siasatan
• Nasihat
• Rotan
• Rujuk Kaunselor
• Surat Amaran
• Gantung Sekolah
• Perbincangan dengan ibu bapa /Penjaga
• Buang Sekolah
TINDAKAN DISIPLIN YANG DIAMBIL
• Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 menyenaraikan 4
tindakan disiplin yang boleh diambil
terhadap pelajar melanggar disiplin
bergantung kepada keseriusan kesalahan
disiplin yang dilakukan iaitu :-
• Hukuman yang difikirkan sesuai
• Dirotan
• Digantung persekolahan ; atau
• Dibuang sekolah
Komponen penting dan utama dalam
prinsip natural justice :
• mendengar orang yang terlibat
• pendengaran yang adil
• keadilan bukan sahaja perlu
dilaksanakan tetapi perlu juga kelihatan
dilaksanakan.
Sumber Disiplin :
• Aduan Guru / Pengawas / Ketua Kelas
/Pelajar
• Buku Kawalan Kelas
• Salahlaku / aktiviti negatif
• Mata Penalti
PERATURAN-PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH
Semua pelajar mesti mematuhi segala peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan
kesalahan berdasarkan . Negeri Selangor
menggunakan Sistem Penalti sebagai panduan
tindakan disiplin di sekolah.
SISTEM PENALTI.
Setiap pelanggaran peraturan sekolah dikenakan
mata penalti di mana direkodkan seterusnya
diambil tindakan. Mata penalti akan dikumpulkan
dan dihitung selama berada di sekolah.
MATA PENALTI
• Amaran Bertulis
• Khidmat sosial
• Hubungi
ibubapa/penjaga

5
MATA PENALTI
• Rotan 1 kali
• Surat Amaran dan
Perjanjian
• Pengakuan Pelajar

10
MATA PENALTI
• Hubungi
ibubapa/penjaga
• Rotan 2 kali
• Surat Amaran dan

20 Perjanjian II
• Pengakuan Pelajar
MATA PENALTI
• Hubungi
ibubapa/penjaga
• Rotan 3 kali
• Surat Amaran

30 • Perjanjian JPS
MATA PENALTI
• Hubungi
ibubapa/penjaga
• Surat Pemberitahuan
• Gantung

40 Persekolahan
• Perjanjian JPS
MATA PENALTI
• Sesi Kaunseling
• Buang Sekolah

50
GURU DISIPLIN
SENARAI TUGAS
a. Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah
b. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai dipraktikkan di
sekolah
c. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipenuhi
d. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar
e. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua
f. Menjadi pengawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa
/
penjaga dalam menangani masalah disiplin
g. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat
cintakan
sekolah di kalangan murid dan guru
h. Mencatatkan semua kes-kes disiplin yang telah diambil tindakan
dalaman
dalam borang disiplin atau buku laporan disiplin
i. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada
Penolong
Kanan HEM seminggu sekali atau segera jika perlu
j. Menghubungi pihak polis jika perlu
k. Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk
meronda kawasan sekolah
l. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM
berhubung kes-kes yang serius
seperti:
• Penyalahgunaan dadah
• Gambar lucah
• Video lucah
• Majalah lucah
• Peras ugut
• Kumpulan haram
• Bohsia
• Bohjan
• Hal-hal lain
Strategi menangani masalah disiplin :
• Mengukuhkan struktur,sistem organisasi
dan pentadbiran sekolah
• Mewujudkan iklim persekolahan yang
harmoni
• Menggunakan unsur-unsur perlembagaan
untuk penyuburan nilai-nilai murni
• Mengurus aktiviti pengajaran-
pembelajaran dalam bilik darjah dari segi
intelek,sosial,jasmani dan emosi pelajar
Jenis-jenis hukuman yang ditegah :
1.Hukuman terhadap Fizikal
• Berdiri di tengah panas
• Berdiri di bilik darjah/kaki lima
• Berdiri di atas kerusi/meja
• Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
• Cubit
• Lari keliling padang
• Memukul diri sendiri atau sesama sendiri
• Menarik rambut atau telinga
• Menjunjung kerusi dan meja
• Menghenjut atau
• Menampar
• Mengetuk atau menyekel kepala
2. Hukuman terhadap mental dan emosi :
• Gunting rambut sesuka hati
• Berdiri membuat latihan yang tidak dibuat
• Berleter
• Gantung kenyataan tertentu di badan murid
• Kelas tahanan pada waktu rehat atau pulang
• Maki hamun dengan kata-kata kesat
• Menjeling
• Menyindir
• Memperli murid
• Menconteng muka dengan kapur
• Mengoyak buku latihan murid
• Memperlihatkan air muka yang marah
• Mengugut atau mengertak murid
• Tidak menghirau atau memperdulikan murid
• Tidak menanda buku latihan murid
• Hukuman serta tindakan yang tidak dilarang :
• Membersihkan bilik darjah
• Memberi latihan tambahan
• Menulis beberapa ayat
• Mengatur kerusi, meja pada waktu rehat atau
pulang
• Mengemaskini papan kenyataan dalam bilik
darjah
• Membersihkan cermin tingkap
Hukuman :
Hukuman atau denda ialah tindakan disiplin
yang dikenakan terhadap murid yang
melanggar peraturan sekolah. Tujuan
hukuman atau denda ini ialah mengubah
tingkahlaku murid yang tidak mengingini
dan mencegahnya mengulangi kesalahan
tersebut.
KESIMPULAN :
Sebagai Guru Disiplin setiap tindakan perlu
mematuhi arahan dan pekeliling. Jika tindakan
yang salah diambil maka kita akan menanggung
risikonya. Panduan Disiplin ini adalah panduan
semata-mata dan ia berlandaskan pengalaman ,
bacaan dan kursus yang dihadiri.
Sifat seorang Guru Disiplin mestilah mesra,
bertanggungjawab, tegas dan tidak mengikut
perasaan sendiri. Oleh itu, setiap tindakan yang
di ambil perlulah difikir baik dan buruknya.Ingat,
tindakan didiplin bukan berupa hukuman tetapi
ianya sebagi pengajaran.
Sekian.

You might also like