You are on page 1of 6

Nama Murid Tahun 6

SK DATUK ISMAIL SAADON


KOTA TINGGI, JOHOR

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


2010

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TAHUN 6
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap –tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D. bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak


2

1. Remaja lelaki akan mengalami perubahan fizikal ketika zaman peralihan dari zaman kanak –
kanak. Berikut adalah perubahan yang berlaku KECUALI :
a) Suara menjadi halus
b) Dada dan bahu melebar
c) Tumbuh jerawat
d) Tumbuh bulu ketiak

2. Langkah positif yang perlu diambil para remaja dalam menghadapi perubahan fizikal adalah :
a) Menganggap perubahan fizikal, emosi dan social sebagai perkara normal semasa
remaja.
b) Tidak perlu mementingkan aspek kebersihan diri.
c) Menyimpan segala masalah sendirian.
d) Mencari rakan – rakan yang bermasalah sosial.

3. Remaja perempuan juga akan mengalami perubahan fizikal ketika zaman peralihan dari kanak –
kanak KECUALI :
a) Tumbuh bulu pubis
b) Punggung melebar
c) Ketinggian menurun
d) Bentuk badan berubah

4. Berikut adalah tips untuk menjaga kebersihan diri,MELAINKAN :


a) Mandi dan cuci rambut supaya badan dan rambut bersih, tidak berbau dan berasa segar
b) Pakai pakaian dalam yang bersih dan kering bagi mengelakkan penyakit kulit.
c) Elakkan berkongsi pakaian, tuala dan sikat bagi menghindari penyakit kulit dan kutu.
d) Guna stokin yang tidak dicuci

5. Hormone___A______ akan menyebabkan berlakunya haid kepada remaja perempuan. A adalah:


a) Estrogen
b) Progesterone
c) Androgen
d) Testosterone

6. Antara maklumat yang terdapat pada label kandungan produk makanan adalah seperti di
bawah,KECUALI :
a) Jenama makanan
b) Komposisi makanan
c) Isipadu
d) Warna makanan

7. __________adalah senarai nutrien yang terkandung dalam makanan.


a) Tarikh luput penggunaan
b) Isipadu
c) Komposisi makanan
d) Nama dan alamat pengilang

8. Imej Kendiri terdiri daripada beberapa imej KECUALI :


a) Imej fizikal
b) Imej sosial
c) Imej rohani
d) Imej pengalaman
3

9. Konflik ialah satu situasi yang memaksa kita memilih dan membuat keputusan tentang dua
matlamat. Konflik yang tidak diuruskan akan menyebabkan :
a) Stress
b) Ketenangan
c) Keyakinan bertambah
d) Kesihatan semakin baik

10. Faktor – faktor yang mempengaruhi imej fizikal adalah seperti berikut KECUALI :
a) Makanan dan pemakanan
b) Pengalaman
c) Senaman
d) Penyakit

11. Konflik dan stress boleh mendatangkan kesan pada kesihatan seperti berikut melainkan:
a) Sukar tidur
b) Hilang selera makan
c) Denyutan jantung meningkat
d) Kanser hidung

12. Antara cara menangani konflik dan stress adalah seperti di bawah KECUALI:
a) Aktiviti rekreasi
b) Memendamkan masalah sendirian
c) Bersenam
d) Beribadat

13. Kesan pengambilan dadah adalah terdedah kepada penyakit AIDS. Selain itu, pengambilan
dadah akan menyebabkan….
a) Gagal dalam pelajaran kerana kurang tumpuan
b) Wajah akan bertambah cantik dan menarik
c) Sikap buruk dalam diri bertukar menjadi baik
d) Membenci jenayah

14. Berikut adalah kesan pengambilan dadah terhadap keluarga,KECUALI :


a) Maruah dan nama baik keluarga penagih tercemar
b) Keluarga penagih disisih oleh masyarakat
c) Rumah tangga menjadi porak peranda
d) Hubungan kekeluargaan dengan jiran – jiran semakin erat

15. Agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam penyalahgunaan dadah adalah :
a) Agensi Pelancongan
b) Agensi Kekeluargaan
c) Agensi Antidadah Kebangsaan
d) Kementerian Pelajaran Malaysia

16. Langkah – langkah mencegah pengambilan dadah adalah seperti berikut , KECUALI:
a) Memilih kawan – kawan yang terjebak dengan rokok dan dadah
b) Patuh pada ajaran agama
c) Mengamalkan cara hidup dan sihat
d) Melibatkan diri dengan aktiviti luar bilik darjah

17. Tarikh luput dilihat sebelum membeli sesuatu produk kerana:


a) Supaya makanan yang kita beli berkeadaan baik
b) Supaya tarikh tersebut tidak melangkaui tarikh lahir anda
c) Supaya kita dapat mengetahui bahan tambahan dalam ramuan makanan
4

d) Supaya kita dapat mengetahui identifikasi barangan di pasaran

18. Hormon yang menggalakkan pembentukan ciri – ciri sekunder bagi remaja lelaki seperti
pertumbuhan bulu halus di ketiak ialah :
a) Protozoa
b) Androgen
c) Kromosom
d) Malism

19. Hormon estrogen bertugas sebagai:


a) Merangsang berlakunya haid bagi perempuan
b) Merangsang suara menjadi garau bagi lelaki
c) Merangsang halkum agar kelihatan
d) Merangsang otot untuk menghantar mesej kepada testis

20. Menurut kajian, peringkat keremajaan terbahagi kepada :


a) 2 peringkat
b) 3 peringkat
c) 4 peringkat
d) 5 peringkat

21. Remaja mempunyai tanggungjawab dan peranan terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
Berikut adalah peranan remaja, KECUALI :
a) Membantu ibu bapa pada waktu lapang
b) Mencium tangan ibu bapa sebagai tanda menghormati mereka
c) Mementingkan kawan – kawan lebih dari keluarga sendiri
d) Menyayangi orang kurang upaya dan warga emas

22. Imej mental dan imej emosi dipengaruhi beberapa factor. Berikut adalah factor – factor tersebut
melainkan :
a) Pengalaman
b) Ubat – ubatan
c) Pengetahuan
d) Persekitaran

23. Dadah boleh menyebabkan ketagihan sekiranya….


a) Diambil mengikut nasihat doctor
b) Diambil secara berlebihan dan berterusan
c) Diambil berdasarkan penyakit tertentu menurut dos yang ditentukan

24. Berdasarkan maklumat yang diberikan, mereka yang memiliki 20 gram ganja boleh didenda
sehingga RM 20,000. Dengan menggunakan konsep matematik, berapakah denda yang akan
dikenakan sekiranya seseorang memiliki 5 gram ganja.
a) RM 5000
b) RM500
c) RM 1000
d) RM 400

25. Kematangan diri dapat dibina dengan melibatkan diri dengan aktiviti berikut, KECUALI :
a) Penglibatan dalam acara debat dan syarahan
b) Beramah mesra dan bergaul dengan masyarakat
c) Memberikan ucapan penghargaan kepada rakan yang Berjaya.
d) Memencilkan diri
5

26. Antara yang berikut, yang manakah bukan punca keracunan makanan?
A) Makanan tercemar
B) Pening kepala
C) Makanan luput tarikh
D) Makanan di dalam bekas rosak

27. Apakah kesan muntah?


A) Pandangan berpinar-pinar
B) Berasa sakit pada bahagian perut
C) Berasa tidak selesa
D) Bibir dan mulut menjadi kering

28. Apakah punca utama penyakit taun?

A) Bakteria
B) Cirit-birit
C) Air yang tercemar
D) Rawatan yang sempurna

29. Apakah penyakit bawaan vektor?

A) Taun
B) AIDS
C) Kencing manis
D) Selesema burung

30. Haiwan apakah yang dijangkiti virus Influenza A (H5N1)?

A) Lembu
B) Burung
C) Cicak
D) Kucing

31. Cara yang sesuai untuk mencegah selesema burung ialah

A) Batuk
B) Buang bekas yang menakung air
C) Memusnahkan ayam dan itik
D) Gunakan kelambu semasa tidur

32. Berikut merupakan tanda-tanda demam denggi kecuali

A) Loya dan muntah


B) Bintik-bintik merah pada kulit
C) Sakit kepala
D) Hilang selera makan

33. Apakah punca AIDS?

A) Nyamuk
B) Lalat
C) Burung
D) Kuman HIV
6

34. PROSTAR ialah

A) Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja


B) Program Sihat Sekeluarga
C) Program Sihat Tanpa Dadah
D) Program Belia Benci Dadah

35. Bilakah PROSTAR dirasmikan?

A) 21 Mac 1983
B) 9 Mei 1981
C) 24 November 1996
D) 18 April 1970

36. Apakah bahan yang digunakan untuk menampal luka-luka kecil?

A) Kapas
B) Pembalut
C) Plaster
D) Splin

37. Apakah fungsi losen kalamina?

A) Membersihkan luka
B) Menggunting kain
C) Menyokong anggota badan yang patah
D) Melegakan rasa gatal

38. Antara berikut , yang mana tidak ada di dalam peti pertolongan cemas?

A) Pad steril
B) Kain kasa
C) Kapas
D) Parang

39. Antara berikut, yang mana bukan perkhidmatan kesihatan?

A) Hospital
B) Jaya Jusco
C) Klinik
D) Perkhidmatan doktor pakar

40. Di manakah Prostar dirasmikan?

A) Perpustakaan Negara
B) Zoo Negara
C) Dataran Merdeka
D) Hospital Kuala Lumpur

You might also like