1.

0

Sistem Ekonomi Malaysia 1.1 Pengenalan

Menurut Modul OUM HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas perkataan ekonomi berasal daripada Greek iaitu oikou dan nomos. Oikou membawa maksud isi rumah manakala nomos bermaksud peraturan isi rumah. Dengan perkataan lain ekonomi ialah bidang sains sosial yang mengkaji usaha-usaha manusia menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak yang tidak terhad. Dalam ilmu ekonomi, barang-barang dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu barang percuma, barang ekonomi, dan barang awam. Sistem ekonomi terbahagi kepada 4 iaitu sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi campuran dan sistem ekonomi Islam. Istilah “ sistem ” berasal dari perkataan “ sistema ” (bahasa Yunani) yang bermaksud keseluruhan yang terdiri dari pelbagai bahagian. Sistem ekonomi pula ialah cara masyarakat membuat pilihan mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki bagi menyelesaikan masalah asas ekonomi. Setiap sistem mempunyai ciri-ciri dan kaedah penyelesaian masalah asas ekonomi yang berbeza. Akibat penjajahan British, ekonomi Malaysia sebenarnya bersifat ekonomi pasaran yang terikat kepada sistem ekonomi kapitalis antarabangsa, dengan pola pembangunannya mengutamakan dan menguntungkan para pelabur swasta asing dan sebilangan kecil pengusaha tempatan. Kegiatan kapitalis moden berkembang dengan pengeluaran dan eksport bijih timah dan getah. Tetapi di sini kita tidak akan membincangkan tentang sistem ekonomi kapitalis di Malaysia, tetapi apakah sistem ekonomi campuran dan bagaimana akhirnya sistem ekonomi kapitalis yang digunakan di Malaysia beralih kepada sistem ekonomi campuran.

1

2 Pilihan  Pengguna dan pengeluar. ekonomi campuran mengandungi unsur kapitalisme dan sosialisme.3 1. 1.3. Lazimnya.2 Definisi Ekonomi Campuran Menurut Wikipedea Bahasa Melayu. 1. atau pemilikan aset atau sumber pengeluaran oleh negara ).3.mengeluarkan barang yang gagal disediakan oleh mekanisme harga- meningkatkan taraf kebajikan rakyat.1 Ciri-ciri ekonomi campuran Kegiatan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta dan pihak awam  Kerajaan . ensiklopedia bebas. “ Ekonomi campuran adalah sistem ekonomi yang menggabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi. bebas membuat pilihan  Individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran yang mereka miliki  Kerajaan membuat pengawalan di pasaran supaya pihak swasta hanya mengeluarkan barang yang memberi manafaat kepada pengguna 2 .barang yang dikehendaki oleh masyarakat memaksimumkan keuntungan.” Manakala menurut (Yearm 2006:24) sistem ekonomi campuran adalah satu sistem di mana pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Tiada satu definisi untuk ekonomi campuran tetapi aspek penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian (termasuk pemilikan industri secara persendirian) bercampur aduk dengan ekonomi terancang (termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial.  Swasta . pemuliharaan alam sekitar.1.

Individu dan firma dalam ekonomi mempunyai kebebasan Untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.4 Kebaikan 1.  Firma bebas menentukan jenis dan jumlah barang yang hendak dikeluarkan.  Keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat dan swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan. 1. 1. Kerajaan boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi.4. 3 .1.1 Kegiatan ekonomi yang stabil.3.3.  Firma bebas bersaing tapi dikawal oleh pihak kerajaan.4 Keputusan Ekonomi  Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan dan mekanisma harga.  Campurtangan kerajaan bertujuan mengatasi kelemahan mekanisme harga.  Kerajaan mengeluarkan barang-barang yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta  Individu.4.  Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang supaya kegiatan ekonomi tidak menghasilkan kesan luaran negatif.3 Kegiatan ekonomi yang terkawal. pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan 1. Melalui dasar fiskal dan dasar kewangan. kerana sumber ekonomi dimiliki oleh pihak kerajaan dan swasta.2 Agihan pendapatan yang lebih setara. kaedah pengeluaran dan pengguna sasaran bagi barang yang hendak dikeluarkan.

1.3 Pembaziran sumber akibat daripada kerugian perusahaan awam.  Contohnya.5.5 Kelemahan masyarakat seperti sebagainya.  Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai kos penyediaan barang awam yang strategik dan yang diperlukan oleh perkhidmatan pendidikan. kesihatan.- Pelaksanaan sistem percukaian dan pemberian subsidi untuk mengecilkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dengan golongan yang miskin.5. 1. 4 .2 Kesukaran menentukan dasar yang sesuai  Akibat kesukaran menjangka keadaan ekonomi masa depan dimana spekulasi ekonomi dunia yang tidak menentu ataupun ramalan berdasarkan maklumat yang tidak tepat.5. kelewatan kerajaan utnuk meluluskan projek pihak swasta dan pemberian lesen sering kali mengganggu kegiatan ekonomi yang ingin dilakukan oleh pihak swasta.4.  Jika pengurusan perusahaan awam itu tidak cekap sehingga mengalami kerugian yang besar.3 Menyediakan barang awam  Kerajaan bertanggungjawab untuk mengeluarkan barang awam bagi meningkatkan kebajikan dan pembangunan negara. 1.1 Kerenah birokrasi kerajaan menghalang perkembangan sektor swasta. 1. pertahanan dan 1.

undang-undang buruh diperkenalkan supaya tidak berlaku penindasan terhadap buruh. 1. industri berat dan ringan untuk mengelak kesan eksternaliti negatif. beras.2 Pengawalan harga barang dan perkhidmatan.  Kerajaan telah membuat peraturan dan undang-undang tertentu kepada perjalanan sistem pasaran. 5 . Pentadbiran sektor awam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang menyebabkan pihak pengurusan perusahaan awam sukar membuat keputusan dengan cepat untuk menghadapi perubahan. 1.6. 1.3 Sistem percukaian.6 Sistem Ekonomi Campuran di Malaysia 1. bagi barang keperluan asas seperti gula.6.6.  Kerajaan menentukan kawasan perindustrian. perumahan.  Pengeluar diwajibkan untuk mempamerkan bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan dan tarikh luput penggunaannya supaya pengguna tidak terbeli barang yang tidak sesuai atas sebab agama dan kesihatan sekaligus mengelakkan eksploitasi pengeluar ke atas pengguna.1 Peraturan dan undang-undang.  Contohnya.  Contohnya.  Aktiviti perniagaan harus mempunyai lesen daripada pihak berkuasa supaya aktiviti pengeluar tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan. garam dan susu adalah barang kawalan dan harganya tidak boleh dinaikkan atau diturunkan tanpa persetujuan kerajaan.

0 2. Pelaburan yang besar dan pulangan yang rendah b. Bertujuan menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan penggunaan pengguna terhadap sesuatu barangan. 1. Keluaran yang penting kepada ekonomi Dari perbincangan di atas jelaslah menunjukkan bahawa sistem ekonomi campuran di Malaysia bukanlah suatu sistem yang terlalu lama mahupun terlalu baru.  Beban cukai atau bahagian jumlah cukai yang perlu ditanggung oleh pembeli dan pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran.5 Pemilikan Kerajaan  Kerajaan akan memilik negarakan sesuatu firma supaya firma tersebut dapat menguasai seluruh pasaran dan dapat menghasilkan keluaran untuk menikmati ekonomi bidangan.1 Dasar-dasar Ekonomi di Malaysia Pengenalan 6 .6.  Ciri-ciri firma yang dimiliknegarakan : a. 1.4 Subsidi  Pemberian subsidi oleh kerajaan akan mengurangkan kos pengeluaran pengeluar  Jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran. Sistem ini lahir dari adaptasi akibat kegagalan sistem ekonomi sebelumnya iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis di mana sistem ini mengambil nilai-nilai terbaik dari sistem ekonomi tersebut.6. Menyediakan perkhidmatan yang sangat penting kepada masyarakat c. 2.

Manakala kaum Cina dan orang asing pula menguasai bidang perindustrian. masih ramai dan masih mundur. Hasilnya. memiliki masyarakat yang adil. Di sini jelas menunjukkan betapa kegagalan sistem ekonomi yang dijalankan di Malaysia. di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama oleh semua kaum.Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga ke akhir tahun 1960an. 239) Antara dasar ekonomi kerajaan yang diketahui umum ialah: • • • • • • Dasar Ekonomi Baru Dasar Pertanian Negara Dasar Perindustrian Berat Pelan Induk Perindustrian Dasar Penswastaan Dasar Persyarikatan Malaysia 7 . Oleh itu kerajaan telah menggubal beberapa dasar awam yang bertujuan untuk mencapai citacita tersebut. Ini bermakna. memelihara hidup yang demokratik. Matlamat utama dasar ekonomi ini ialah untuk mengatasi masalah-masalah ekonomi yang dihadapi oleh negara seperti inflasi. Salah satu dasar-dasar awam kerajaan ialah dasar ekonomi. kekayaan tidak diagihkan dengan baik. Golongan yang miskin. Justeru kerajaan sentia memberi keutamaan dan perhatian untuk mencapai cita-cita tersebut dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. ” (HBSS 2203 Perkembangan Ekonomi Asas : 238. pengangguran dan kemelesetan ekonomi. ” Malaysia mendukung cita-cita ingin mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat. kebanyakannya kaum bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan berkerja sebagai petani. pembangunan ekonomi di dorong oleh kuasa pasaran. Malaysia mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak seimbangan yang serius. walaupun pertumbuhan ekonomi tinggi. perniagaan dan sektor korporat. makmur dan stabil.

• 2. Strategi serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk di luar bandar. kuasa eletrik dan bekalan air telah menjadi kemestian. Sasaran juga ditetapkan iaitu 30% pegangan ekuti korporat oleh Bumiputera. mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuti korporat Bumiputera. Kemudahan moden seperti jalan raya. memodenkan sektor pertanian. klinik kesihatan.3% pada tahun 1970 kepada 5. Di kawasan luar bandar. meningkatkan tahap pelajaran. Ia bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil. Yang paling menonjol ialah penurunan kadar kemiskinan dari 49. pendapatan penduduk telah meningkat dan pengangguran tidak ketara (under employment) hampir hilang.7% pada tahun 2005 (Just Faaland : 129). Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. aman di samping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi berserta dengan agihan seimbang telah diakui oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu elemen penting dalam kejayaan ini. penetapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30% daripada bilangan pekerja mestilah Bumiputera. 8 .2 Dasar Kependudukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Oleh itu Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan untuk menangani masalah ketidak seimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Prinsip pokok pengstrukturan ini adalah supaya sasaran ini dapat dicapai dari ekonomi yang sedia berkembang dan tidak mengambil dari kaum Bukan Bumiputera untuk diberikan kepada kaum Bumiputera. sekolah.

Ini dapat dilihat. DEB telah berjaya dan secara kasar mencapai objektifnya seperti yang diharapkan ketika pembentangan dasar ini pada tahun 1969. Intervensi kerajaan diperlukan untuk mencapai sasaran DEB. nisbah pendapatan Bumiputera kepada Cina meningkat daripada 1:1. Akibatnya. Ertinya. wujud di kalangan kaum Bumiputera sindrom pergantungan kepada kerajaan. DEB juga telah merapatkan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera. Percubaan kerajaan untuk meningkatkan kadar pembangunan pasti memmerlukan lebih banyak perbelanjaan.64 pada tahun 2004. Namun masih banyak yang perlu dilaksanakan sebelum objektif muktamad dapat direalisasikan sepenuhnya. terdapat ibu bapa Bumiputera yang mampu membiayai anak mereka belajar di universiti di dalam mahupun di luar negara. lebih banyak cukai akan dikenakan. Justeru. Dalam erti kata lain.Bilangan profesional Bumiputera juga telah bertambah. Ada pengusaha atau peniaga Bumiputera yang berniaga secara “Ali-Baba” atau berniaga di atas angin. Misalnya. Sekarang ini. DEB telah melahirkan golongan profesional dan golongan kelas menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat. tahap kemiskinan dan ketidakseimbangan ras mungkin boleh dikurangkan. sebelum DEB. namun ianya juga mempunyai beberapa kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan. kaum Bumiputera adalah petani atau nelayan yang tinggal di luar bandar sementara kaum Cina merupakan peniaga di kota. Kini penglabelan automatik itu tidak lagi berlaku. Dalam banyak segi. Banyak syarikat besar di Malaysia sekarang diketuai oleh golongan profesional Bumiputera. Kini. Sekiranya ekonomi dapat berkembang dengan lebih pesat. misalnya dari pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di kawasan perumahan kota. 9 . terbukti telah ada pengstrukturan ekonomi di mana bidang pekerjaan tidak lagi dikenal secara automotik dengan kaum.74 pada tahun 1990 kepada 1:1. Ramai profesional Bumiputera mampu berdaya saing untuk bekerja di luar negara. Walaupun DEB telah membawa buah kejayaan. terdapat ramai pakar perubatan Bumiputera di hospital-hospital.

adalah mustahak lebih ramai orang Melayu digalakkan menyertai dengan lebih aktif dalam sektor ini. Pada tahun 70-an. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983.3 Dasar Perindustrian Negara Di dalam dekad 50-an dan 60-an. Memandangkan penyertaan orang Melayu yang sedikit dalam sektor ini dari segi keusahawanan. PIP pula bertujuan untuk 10 . program perindustrian negara lagi perkembangan menerusi penggalakan industri berat. program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP). tumpuan telah industri-industri berasaskan eksport dan industri yang mengunakan ramai buruh.Ringkasnya DEB tidak mungkin dapat membasmi kemiskinan dan mencapai kesimbangan ras dam tempoh ia beroperasi tetapi permulaan besar telah dibuat yang akan membawa ekonomi Malaysia memasuki fasa baru. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. KDPM benujuan untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport. “ Selaras dengan hasrat untuk mengenalpasti kelemahan ciri-ciri struktur serta mengatasinya. 2. kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan diberikan kepada mengalami satu pertumbuhan industri yang yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Namun kedua-dua komoditi ini tidak stabil. Perkilangan adalah sektor baru tetapi penting dan akan bertambah tinggi kedudukannya pada tahun-tahun akan datang. Dalam hal ini. Pada tahun 80-an pula. Oleh itu kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. modal dan guna tenaga.

Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan getah. pertumbuhan ekonomi Malaysia akan oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang berlandaskan strategi industrialisasi yang outward-looking.1990).” (Laporan Dasar Perindustrian Negara) PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. dan tekstil dan pakaian. kayu-kayan. Sejauh mana PIP akan mencapai hasil yang baik bergantung kepada keupayaan pekilang-pekilang di Malaysia mengekalkan.B. Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 . Dasar utama perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip asas yang terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini. Dasar Pembangunan Negara telah dilancarkan oleh Y. kelapa sawit. ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. menandakan 11 . peralatan pengangkutan.keluaran galian bukan logam. Melaluinya. 2. logam bukan ferus dan keluaran. kimia. logam-logam ferus. PIP merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa Malaysia ke diterajui dalam era sebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi teras kepada sebuah negara maju. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991.A.2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). mesin dan kejuruteraan. meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa yang penuh cabaran. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik. makanan. Dato' Seri Dr.am sektor ini. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 . Mahathir Mohamad.menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat.4 Dasar Pembangunan Nasional “ Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

” (Laporan Dasar Pembangunan Negara) DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan mengandungi dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Dasar penswastaan di Malaysia bermula dengan rasmi pada tahun 1983. Namun pelaksanaannya telah diberi nafas baru selepas Datuk Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan pada pertangahan tahun 1984 dan kemerosotan ekonomi pada tahun 19851986 (Ishak Shaari : 262). Dasar penswastaan ini boleh dianggap sebagai suatu lanjutan daripada DEB yang bertujuan memindahkan 30% daripada saham milik syarikat kepada kepentingan 12 berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan . perkhidmatan atau perusahaan daripada hak milik atau kawalan negara. terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan perpaduan negara.5 Dasar Penswastaan Penswastaan atau penyerahan milik negara kepada sektor swasta bermaksud mengubah sesuatu perniagaan. 2. Istilah “penswastaan” juga merujuk kepada penggunaan kontraktor swasta untuk memberi perkhidmatan yang dahulunya disediakan oleh sektor awam. Seperti DEB. Ia beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan. DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. kerajaan atau awam kepada hak milik atau pengendalian swasta.

Kemungkinan syarikat tertentu mendapat maklumat daripada orang dalam dan dapat membuat tawaran yang diterima oleh kerajaan. kerajaan tatap meneruskan lagi tempoh penswastaan dalam Rancangan Malaysia ke-enam (1991-1995). iaitu untuk mendorong dan mengarahkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan kerajaan dapam perusahaan awam. Penswastaan bukanlah suatu konsep baru. Walaupun pengalaman penswastaan di Malaysia masih terhad. Bagi mencapai matlamat ini satu Pelan Induk Penswastaan telah disediakan bagi memberi garis panduan untuk pelaksanaan penswastaan yang lebih teratur dan berkesan. sama ada secara rasmi atau tidak. kerajaan akan menyediakan Pelan Tindakan Penswastaan 13 . Kesan penswastaan di negara ini menjadi lebih buruk kerana dilaksanakan dalam keadaan ekonomi negara mengalami kemerosotan paling teruk semenjak merdeka iaitu pada tahun 1985-1986 ( Ishak Shaari : 266). Rancangan penswastaan telah menimbulkan banyak persoalan. Dasar tersebut merupakan pembaharuan yang penting dari segi strategi mencapai DEB. Sungguhpun beberapa projek telah diswastakan dan pelaksanaan projek-projek ini menimbulkan beberapa persoalan. Seterusnya berdasarkan pelan ini. termasuk kesimbangan di antara sektor awam dan sektor swasta dalam sebuah ekonomi campuran dan kesannya ke atas ekonomi secara keseluruhan. tetapi pelaksanaannya telah menimbulkan kebimbangan tentang pakatan atau persetujuan ala kartel. khususnya di Britain dan di Amerika Syarikat serta perkembangan pengaruh pemikiran ekonomi kanan di Barat dan galakkan agensi antarabangsa seperti bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (Ishak Shaari : 262).bumiputera. Dasar penswastaan di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kempen penswastaan antarabangsa yang bermula pada tahun 1980an. Pelaksanaan dasar penswastaan di negara ini telah meningkatkan tekanan terhadap pekerja sektor awam dan rakyat yang bergantung ada perkhidmatan awam.

(2009).jangka pendek yang menjelaskan secara terpeinci entiti yang akan diswastakan terutamanya industri yang berbentuk monopoli dan laporan akan diedarkan kepada umum. 3. M. optimis dengan memberikan maklum balas yang bijak dan tepat agar segala masalah negara ini dapat diatasi dan ditempuhi dengan jayanya.d Zyady Md. RUJUKAN Heng Siew Ngu. Kuala Lumpur. . situasi ekonomi kali ini masih mampu ditangani dengan perancangan dan program yang berkesan dan sistematik serta dasar – dasar kerajaan yang bertepatan yang dilancarkan untuk membantu keadaan gawat sekarang ini. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Namun hakikatnya. 2. 1.6 Kesimpulan Apa yang nyata. Longman Teks Pra Universiti 14 STPM Matrikulasi: mikroekonomi. Selain itu. amatlah diperlukan dilakukan kajian yang terperinci terhadap keperluan dan kepentingan yang terjejas teruk. Amatlah diharapkan juga agar semua pihak sama – sama bertindak pantas serta menjalanikan tanggungjawab masing masing dengan sikap yang lebih komited. situasi ekonomi kali ini berbeza dan jauh lebih meruncing jika dibandingkan pada sepuluh tahun yang lalu. Tahir.

my/dasar_pembangunan_negara http://pmr. 6. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Just Faaland (2005). 5. Pearson Malaysia Sdn Bhd. HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas. http://pmr. Open Universiti Malaysia.com. Kuala Lumpur. 7.my/dasar_pembangunan_nasional http://ms. 8. Ekonomi STPM : ekonomi Malaysia.gov.wikipedia. Utusan Publications & Distrubutors. Kuala Lumpur.gov. Normala Ismail (2009).com. Dasar Ekonomi Baru : pertumbuhan negara dan pencapaian ekonomi orang Melayu. Lai Mooi Chang (2005). 4. Ishak Shaari (1992).org/wiki/Ekonomi_campuran 15 . Pra-U Makroekonomi. 3. Kuala Lumpur.2.