1

6.3 Punca Masalah Membaca Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu : i. Faktor fizikal ii. Faktor kognitif dan bahasa iii. Faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan Faktor Fizikal Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat makanan yang serius, dll). Faktor Kognitif dan Bahasa Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi

kurang zat makanan. tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak. mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah. penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan. dan sebagainya.kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga. http://anuarsped. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu. dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca.blogspot.com/2009_04_01_archive.html . tiada galakan keluarga.

masa yang diuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak.2 Dalam kajiannya. . sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Faktor-faktor itu ialah:y ii. iii. terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah. masa yang diuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca. Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah. iv.

Persekitaran 5.3 Faktor Mempengaruhi Kebolehan Membaca Antara faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca termasuklah : 1. Kecerdasan dapat membantu pelajar dalam aktiviti membaca adalah dari segi membantunya : Pertama. Peranan. Diri 2. pertalian antara kecerdasan dan pemahaman sememangnya wujud. Sekolah 6. Pengalaman yang diperolehinya memudahkan pembaca itu memahami tajuk berkaitan tempat yang pernah dilawatinya. Budaya Faktor Diri y Kecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait antara satu sama lain di mana seorang individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami bahan yang dibaca jika dibandingkan dengan pelajar yang lemah. y y y y y y y . Contoh. Kajian-kajian menunjukkan pelajar yang cerdas mempunyai tahap pemahaman yang lebih baik daripada pelajar lain. seorang pembaca pernah melawat ke suatu destinasi pelancongan. murid dapat ingat apa yang dibaca Dalam proses membaca.pengetahuan dan pengalaman sedia ada pada pelajar tersebut membantunya memahami kandungan teks (apa yang dibaca) dengan baik. Komuniti 7. menumpukan perhatian semasa membaca. Kedua. Fizikal 4. Psikologi 3.

Permintaan yang kerap supaya sesuatu penerangan itu diulang b. Banyak masalah yang timbul apabila deria penglihatan tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya ramai pelajar mendiskriminasikan huruf dan perkataan. Menentukan pemilihan bahan. Menggalakkan aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan bacaan d. Perbuatan membuka mulut ketika mendengar d. Di samping itu. Minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Menunjukkan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian b. Ketidakupayaan pelajar itu mendengar dengan baik dan jelas mungkin boleh menggagalkannya membuat diskriminasi bunyi kata dan teks keseluruhannya. Ucapan murid itu sendiri tidak jelas c. Memberikan ganjaran yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Faktor Fizikal y Melibatkan pendengaran dan penglihatan. Selalu demam i. Terdapat nanah atau air keluar dari telinga h. y y . Lemah dalam kebolehan mengeja f. Kemahiran yang lain adalah ketajaman pendengaran pelajar yang diperhatikan melalui tanda2 berikut : y a. Menyediakan bahan bacaan yang banyak dan pelbagai pilihan dalam kelas c. Tidak dapat memberikan perhatian g. alatan.Faktor Psikologi y Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. kecacatan itu juga menjadikan pelajar itu tidak selesa sdengan teks yang dibaca. Perbuatan menyengetkan kepala ketika mendengar e. y y a. Dorongan dan pemupukan minat perlu disediakan oleh guru dalam persekitaran yang berikut. kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai e. Perbuatan meninggikan suara apabila membaca y Pembacaan juga memerlukan daya penglihatan yang jelas bagi mengenal pasti makna daripada teks.

Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi minat membaca. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca. corak interaksi dan komunikasi ke atas pembelajaran. ini memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. Pengukuhan yang digunakan. Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik beradik yang lebih tua merupakan role model dalam membina tingkah laku. Pemilihan bahan b. Jenis maklum balas yang diberi d. pembaca menggabungkan pengetahuan dan nilai yang ada dalam komuniti dengan perspektifnya sendiri y . termasuklah : y a. pendapatan. tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa. y Oleh itu : y Rumah yang diisi dengan majalah. Suasana pembelajaran e. kegiatan sosio budaya. Jenis soalan yang ditanya c. kestabilan sosio-emosi. Bagi membezakan tahap pembacaan.Faktor Persekitaran y Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menentukan kebolehan membaca. celik akal dan perspektif kepada pembaca.surat khabar dan buku mempunyai mesej kepada kanak-kanak ke atas nilai membaca Membaca adalah aktiviti yang bertenaga yang dianugerahkan dengan pengetahuan. y Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya. Faktor Komuniti y Komuniti juga memberikan pengalaman hidup yang berbeza yang membentuk pengetahuan asas individu. Dorongan f.(m.thiru 2007) y Faktor Sekolah y Persekitaran sekolah mempengaruhi kebolehan membaca pelajar.

y Sekian. bahasa.wordpress. Perbezaan sosial dan kelompok ekonomi dalam budaya mengakibatkan perbezaan dalam aktiviti membaca. kawasan setinggan atau pun di bandar yang kecil mempunyai perbezaannya yang tersendiri. Faktor Budaya y Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan artifak yang dihasilkan oleh kumpulan budaya itu seperti pekerja seni. semakin kaya pengetahuan latar pembaca yang dipenuhi semasa membaca.com/tag/kemahiran-membaca/ . makanan dan sebagainya. muzik. http://cikguhaidi.y Pengalaman bekerja di ladang. Lebih banyak pengalaman dalam komuniti serta penglibatan dalam aktiviti.

bangun. Begitu juga dengan membaca. dia akan memulakan dengan merangkak. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak berjalan. berdiri. y semua ³benda´ mempunyai nama. y nama benda boleh ditulis dalam perkataan. . dan barulah berjalan. seseorang kanak-kanak harus mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya. duduk. y kedua-duanya saling bertukar. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan seterusnya berjalan. Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep iaitu. Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis. bertatih.4 Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan Membaca Kesediaan Membaca Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran.

ke pameran atau ke pusat-pusat peranginan. motivasi. dan organ pertuturan yang sempurna. dan sebagainya. misalnya mendengar cerita. dan sahsiah y kecerdasan y pengamatan y penguasaan bahasa Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata. Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam persekitaran yang intelektual yang sentiasa berfaedah dengan tulisan seperti buku. surat khabar. 1985). Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanakkanak adalah: y keadaan fizikal y pengalaman dan persekitaran y emosi. dan juga kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan orang lain. . Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka. lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku.y simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado. dan sebagainya. telinga. kanak-kanak yang kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya.

Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. motivasi. Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat. mula mengajar kemahiran Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks.Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi. Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran. Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga adalah rumit dan saling mempengaruhi. perasaan. kehendak . Kesedaran tentang faktor-faktor . Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang mencukupi sebelum membaca kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. dan sahsiah kanakkanak.dan sebagainya semasa berkomunikasi. Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.

faktor yang ada pada bahan bacaan. http://dadwayne.yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran bacaan untuk murid-muridnya. iaitu: i.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasamelayu_19.html . Menurut Marohaini Yusoff (1999) faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua kategori besar.blogspot. faktor yang ada pada diri murid atau pembaca ii.

seseorang kanak-kanak dapat mengamati sesuatu dengan jelas. Kebolehan mendengar dengan tepat setiap bunyi bagi sesuatu huruf atau perkataan membolehkan pembaca membezakan bunyi atau fonem sesuatu bahasa. Untuk itu. Dengan memiliki penglihatan yang baik. Pendengaran yang baik juga membantu pembaca membunyikan sesuatu perkataan atau ayat dengan betul. Proses pendengaran yang dilalui oleh setiap individu dalam menguasai kemahiran membaca dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat: . Sekiranya kanak-kanak itu mengalami masalah kecacatan fizikal seperti kurang pendengaran atau penglihatan.5 Faktor-Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penguasaan Kemahiran Membaca Seperti yang telah dibincangkan. Faktor Fizikal Pertumbuhan dan perkembangan fizikal ialah salah satu aspek yang boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Kebiasaan melihat serta mengamati sesuatu bentuk visual/perkataan akan membolehkan pembaca menyimpannya dalam ingatan jangka panjang. maka sudah pasti keadaan itu menjejaskan proses perkembangan membaca bagi kanak-kanak itu. Oleh yang demikian faktor penglihatan dan pendengaran yang baik serta kebolehan bertutur secara normal membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca. dia dapat membezakan bentuk-bentuk visual/perkataan serta mengingatinya . Kesihatan fizikal amat penting dalam menentukan kebolehan dan kecekapan seseorang kanak-kanak itu belajar membaca. perhatian haruslah diberi ke atas faktor-faktor yang terlibat secara langsung dalam penguasaan kemahiran membaca. Lebih penting lagi ialah. faktor-faktor psikolinguistik yang mempengaruhi kemahiran membaca mempunyai pertalian rapat dengan diri pembaca dan pengetahuan latarnya. Sebelum itu seseorang pembaca perlu didedahkan dengan sistem bunyi bagi sesuatu bahasa.

mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Proses mendengar dan mengesan ini hanya mampu diterima oleh setiap individu yang mempunyai alat pancaindera dengar yang normal. bertindak terhadap bunyi-bunyi tersebut. individu yang berkenaan melalui proses menerima bunyi-bunyi . Kemahiran bertutur amat penting kerana ia menentukan penyebutan sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Pada peringkat ketiga. iii. Dalam pengajaran membaca. Proses ini lebih berkesan sekiranya deretan bunyi-bunyi tadi diulang beberapa kali sehingga menjadi kebiasaan kepada pelajar. Pada peringkat ini pelajar sudah dapat menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan kepadanya. jelaslah kepada kita betapa ciri-ciri fizikal . Apabila bunyi ±bunyi itu diperdengarkan dan diikuti pula dengan tingkah laku yang tertentu oleh guru. dan iv. Sehubungan dengan itu. peringkat yang seterusnya ialah kemahiran bertutur yang merupakan satu lagi aspek kemahiran bahasa yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang menguasai kemahiran membaca. Berdasarkan perbincangan di atas. memahami bunyi-bunyi tersebut. Setelah ketiga-tiga peringkat dilalui dan dikuasai . kanak-kanak/pelajar yang mendengarnya akan menghubungkan tingkah laku tersebut dengan bunyi-bunyi yang dihasilkan. sesuatu huruf. Bunyi-bunyi yang dimaksudkan itu merupakan bunyi-bunyi yang datang dari unsur luar dan sengaja dihasilkan dengan membawa maksud tertentu.i. Pelajar boleh melakukan sesuatu mengikut apa yang didengar atau menyebut sesuatu perkataan atau ayat seperti mana yang sebetulnya. peringkat terakhir ialah bertindak terhadap apa yang didengar. Sekiranya seseorang pelajar menghadapi masalah dalam pertuturan contohnya gagap. Sesuatu deretan bunyi itu biasanya dikaitkan dengan sesuatu maksud yang tertentu. pelajar telah menguasai makna beberapa perkataan dan memahami persamaan erti serta melihat kelainan makna yang wujud antara satu perkataan dengan perkataan yang lain dalam satu bahasa yang sama. Peringkat kedua dalam proses pendengaran ialah memahami deretan bunyibunyi bahasa yang diperdengarkan kepadanya. Dalam proses mendengar deretan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa itu. dia akan menghadapi kesukaran untuk membunyikan sesuatu ujaran. ii. perkataan atau ayat dibunyikan dengan tepat untuk membolehkan kanak-kanak atau pelajar mendengar dan mengesan bunyi-bunyi tersebut. menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Secara tidak langsung keadaan ini akan menjejaskan penguasaan terhadap kemahiran membaca dengan baik.

Sekiranya emosi seseorang itu terbangkit berhubung dengan sesuatu yang telah .1978). gugup. Pemahaman ini sebahagian besar bergantung kepada taraf kemampuan mental seseorang yang belajar untuk memahami apa yang dipelajarinya. Dalam aspek penguasaan kemahiran membaca. Bagi orang yang mengalami kebangkitan emosi. sedih dan sebagainya. Oleh yang demikian. Pembelajaran bacaan seperti ini lebih berkesan dan menjamin penguasaan kemahiran membaca yang baik dalam jangka masa panjang. kecerdasan dapat ditafsirkan sebagai kebolehan untuk melakukan pemikiran secara mujarad. dikatakan bahawa kadar pemahaman seseorang terhadap apa yang dipelajari dipengaruhi oleh darjah kecerdasannya. Faktor Emosi Emosi ialah keadaan kebangkitan seseorang sebagai satu reaksi terhadap benda atau keadaan. satu kajian yang telah dibuat di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai otak yang cerdas dan sederhana cepat menguasai kemahiran membaca jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan di bawah paras sederhana. Dari segi psikologi. Faktor Kecerdasan (Mental) Pada umumnya. Dia mungkin berasa takut. gementar. aspek emosi yang paling nyata ialah perasaan yang berhubung dengan emosi itu. Kecacatan fizikal . kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan cara tindakan terhadap sesuatu yang bermasalah (Atan Long. dalam pengajaran membaca. Di Amerika. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesempurnaan pemelajaran dapat dinilai dari segi senang susahnya dan cepat lambatnya pemahaman seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari.kecerdasan otak dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kebolehan membaca seseorang itu. seronok. iaitu yang melibatkan pancainderanya akan menjejaskan penguasaan kemahiran membaca. suka.seseorang memainkan peranan yang penting dalam membantunya untuk menguasai kemahiran membaca. seseorang guru haruslah peka terhadap perbezaan yang wujud di kalangan para pelajarnya agar dia dapat menentu dan memilih bahan yang sesuai dengan tahap pencapaian pelajar sekurang-kurangnya dapat membentuk dan memupuk minat membaca serta penguasaan terhadap kemahiran membaca secara berperingkat-peringkat.

Sebaliknya. keyakinan diri membantu seseorang itu menguasai kemahiran membaca dengan lebih mudah daripada pelajar yang mempunyai perasaan rendah diri. mental dan emosi. Lebih-lebih lagi jika guru mengambil tindakan yang negatif (seperti menyuruh pelajar berdiri di hadapan kelas. Pada dasarnya. maka dia akan digerakkan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. bimbang dan kecewa akan mengalami kesukaran untuk mempelajari sesuatu dengan berkesan. Penutup Hasil daripada perbincangan. http://aliassidek.memberikan pengalaman yang menyenangkan. jelaslah kepada kita bahawa faktor-faktor psikolinguistik begitu berpengaruh dalam menentukan tahap penguasaan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak dan pelajar. mengeluar kata-kata yang menyentuh perasaan pelajar dan sebagainya) terhadap pelajar yang tidak dapat membaca dengan baik akan menimbulkan gangguan emosi yang boleh menjejaskan proses perkembangan membacanya.com/2009/06/faktor-faktor-psikolinguistik-dalam. setiap orang akan dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan jayanya jika dia mempunyai keyakinan diri. Selain itu. seseorang yang dalam keadaan fikiran yang tidak tenteram. Untuk membolehkan seseorang kanak-kanak atau pelajar menguasai aspek membaca. dia seharusnya dapat bersedia dari segi fizikal.html .blogspot. Dalam konteks ini. emosi yang terbangkit oleh sesuatu yang mendatangkan kesakitan pada masa lepas akan menggerakkan seseorang melarikan diri atau menjauhkan dirinya daripada matlamat yang hendak dicapai.

cetakan dan ilustrasi teks iii.6 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehbacaan Menurut Keith. Faktor ini merupakan faktor yang paling mudah untuk dikuantitikan. reka bentuk teks (size. 1975 (dlm. faktor ini dapat diubah dengan memberi penghargaan atau merit kepada seseorang murid. panjang-pendek sesuatu baris. Menurut Laporan Bullock. minat dan motivasi pembaca ii. Kesemua faktor ini secara langsung atau tidak langsung boleh mempengaruhi kebolehbacaan. kerencaman perkataan dan ayat Aspek minat merupakan satu faktor yang penting dalam kebolehbacaan tetapi malangnya faktor ini amat sukar untuk dikawal. jarak antara baris). Misalnya. Faktor-faktor tersebut ialah: i. µumur membaca¶ ialah umur kronologi pembaca. Bagi aspek motivasi pula. suatu teks dengan µumur membaca¶ 12 tahun akan dapat dibaca dan difahami oleh kanak-kanak yang berumur 12 tahun. Misalnya seorang kanak-kanak akan membaca bahan bacaan yang diminatinya tanpa menghiraukan tahap senang-sukarnya. tahap sukar-senang sesuatu bahan bacaan akan dapat ditentukan sama ada sesuai dengan µumur membaca¶ (reading age). Menurut Keith. Faktor ketiga ialah perkataan dan ayat yang digunakan oleh penulis. Dengan menggunakan formula kebolehbacaan untuk membuat pengiraan. istilah kebolehbacaan merujuk kepada semua faktor yang mempengaruhi kejayaan pembacaan dan pemahaman sesuatu teks. jenis kertas dan warna. Keith) . Beberapa aspek yang berhubung dengan faktor cetakan dan ilustrasi ialah jenis huruf yang digunakan (sama ada huruf besar atau huruf kecil).

pdf .´ Bagi Ahmad Md.. jenis dan struktur ayat yang digunakan dalam penulisan teks memainkan peranan penting dalam menentukan kebolehbacaan. This longer sentence. This short sentence needs a reading age of less than nine years.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2005/tayjp2005. aspek-aspek yang akan mempengaruhi kebolehbacaan bahan bacaan itu ialah aspek leksikal. ii. Bahan yang mempunyai ayat-ayat majmuk atau campuran yang banyak sudah pasti mempunyai tahap kebolehbacaan yang lebih tinggi. Penggunaan perkataan yang berkaitan dengan sosiobudaya dan bersifat eufemisme pula boleh mengelirukan pembaca dan secara langsung akan mempengaruhi kebolehbacaan bahan tersebut. Dari segi ayat. ie. Mengikut Keith. Pembaca sudah semestinya lebih mudah memahami konsep konkrit berbanding dengan konsep abstrak. adalah jelas bahawa bahan bacaan yang mengemukakan konsep-konsep yang mudah difahami atau membicarakan konsepkonsep yang berada dalam lingkungan pengalaman dan pengetahuan pembaca akan mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi.edu. which contains an adjectival clause and polysyllabic words. Penggunaan rangkai kata yang biasa digunakan tentulah memudahkan pembaca berbanding penggunaan rangkai kata yang kurang kerap digunakan. has a reading age of more than sixteen years. luruh. ³«factor affecting readability is concerned with the words and sentences used by an author«. in a mixed-ability class of 12-year-olds.´ Dari sudut konsep sesuatu bahan. Nadzeri. merosot. Consider two examples: i. «. Dari sudut linguistik. 1998) aspek yang menentukan senangsukarnya sesuatu bahan bacaan ialah aspek linguistik dan konsep bahan itu sendiri. the reading ages would vary from 8 to 16. terbenam dan tumbang. morfologi. sintaksis dan semantik. ³The statistical distribution of reading ability in a population of a given age is µroughly normal¶.taburan statistik kebolehan membaca untuk sesuatu populasi pembaca akan menunjukkan taburan normal. Kecenderungan penulis memasukkan bahasa slanga atau rangkai kata ciptaan sendiri juga boleh menyukarkan pembaca mengagak maksud sebenar dan seterusnya boleh menjejaskan kebolehbacaan bahan.ipbl. Misalnya perkataan jatuh boleh disinonimkan dengan perkataan gugur. 1989 (dlm. turun. The expectation is that the range of reading achievement is likely to be two-thirds of the median chronological age of the group. http://www. Sharif.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful