You are on page 1of 3

Definisi : Kata Ganda

Kata ganda ialah kata yang diulang sebutannya, sama ada secara keseluruhan atau pada
bahagian-bahagian tertentu.

Kata ganda boleh terbahagi kepada 4 jenis iaitu :


1. Kata Ganda Seluruh
2. Kata Ganda Separa
3. Kata Ganda Berirama
4. Kata Ganda Berimbuhan

Kata Ganda Seluruh (Penuh)

Kata ganda seluruh (penuh) ialah kata yang diulang seluruh kata dasarnya. Ianya mesti
diberi tanda sempang (-).

Kata ganda seluruh boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu :


1. Gandaan Kata Nama
2. Gandaan Kata Kerja
3. Gandaan Kata Adjektif
4. Ganda Kata Keterangan

Gandaan Kata Nama

Gandaan kata nama ialah kata nama yang diulang seluruh kata dasarnya. Ianya mesti
diberi tanda sempang (-).

Contoh Gandaan Kata Nama


Kata Dasar Gandaan Kata
(Kata Nama) Nama
Gula Gula-gula
Buku Buku-buku
Udang Udang-udang
Kanak Kanak-kanak
Barang Barang-barang

Contoh Ayat Gandaan Kata Nama


1. Kanak-kanak yang gemar memakan gula-gula akan mengalami kerosakan gigi.
2. Buku-buku itu tersusun rapi di dalam almari.

Gandaan Kata Kerja


Gandaan kata kerja ialah kata kerja yang diulang seluruh kata dasarnya. Ianya mesti
diberi tanda sempang (-).

Contoh Gandaan Kata Kerja


Kata Dasar Gandaan Kata
(Kata Kerja) Kerja
Makan Makan-makan
Jalan Jalan-jalan
Gelak Gelak-gelak
Tengok Tengok-tengok
Baring Baring-baring

Contoh Ayat Gandaan Kata Kerja


1. Dia jalan-jalan di halaman rumahnya.
2. “Kamu jangan gelak-gelak, nanti menangis”, kata ibunya.

Gandaan Kata Adjektif

Gandaan kata adjektif ialah kata adjektif yang diulang seluruh kata dasarnya. Ianya mesti
diberi tanda sempang (-).

Contoh Gandaan Kata Adjektif


Kata Dasar Gandaan Kata
(Kata Adjektif) Adjektif
Cantik Cantik-cantik
Kuat Kuat-kuat
Banyak Banyak-banyak
Marah Marah-marah
Ragu Ragu-ragu

Contoh Ayat Gandaan Kata Adjektif


1. Rumah-rumah di situ cantik-cantik belaka.
2. Semua pelajar tidak suka berkawan dengan Mohan kerana dia sering marah-marah
sahaja.

Gandaan Kata Keterangan

Gandaan kata keterangan ialah kata keterangan yang diulang seluruh kata dasarnya.
Ianya mesti diberi tanda sempang (-).
Contoh Gandaan Kata Keterangan
Kata Dasar Gandaan Kata
(Kata Keterangan
Keterangan)
Betul Betul-betul
Masak Masak-masak
Kalau Kalau-kalau
Sungguh Sungguh-
sungguh
Tiba Tiba-tiba

Contoh Ayat Gandaan Kata Keterangan


1. Selepas menghadiri jamuan tersebut, tiba-tiba sahaja dia berasa hendak pitam.
2. Aku betul-betul tidak percaya bahawa orang itu sebenarnya adalah seorang
pembunuh.

You might also like