P. 1
SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

|Views: 2,624|Likes:
Published by Siti Nazurana

More info:

Published by: Siti Nazurana on Nov 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/12/2015

pdf

text

original

SYED SYEIKH AL-HADI

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

SEMESTER 2 2009/2010 (bbm3101)
Sejarah Dan Rumpun Bahasa Melayu Tajuk: Syed Syeikh Al-Hadi DI SEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIK PROGRAM

: SITI NAZURANA BT KONAEN : 150648 : BA. PENGKHUSUSAN BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU

PENSYARAH

: PROF MADYA DR ABD RASHID BIN DAING MELEBEH

SYED SYEIKH AL-HADI

TAJUK
PENGHARGAAN PENGENALAN

MUKA SURAT 1 2 – 14

PENCETUS GELOMBANG PEMBANGUNAN INTELEKTUAL BANGSA YANG AWAL 15-19 SUMBANGAN KESIMPULAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 23 19- 22

SYED SYEIKH AL-HADI

PENGHARGAAN

’Selawat serta salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w serta kepada para Sahabat
Sekalung ucapan tahniah serta terima kasih kepada pensyarah penasihat kursus Sejarah dan Rumpun Bahasa Melayu BBM 3101, Dr Abd Rashid yang banyak memberi dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan kertas kerja bertajuk ‘pencemaran makanan’ ini.

Tidak lupa juga kepada

rakan-rakan seperjuangan kami yang turut membantu dan sedia

berkongsi pendapat semasa menyiapkan kertas kerja ini. Budi dan jasa kalian amat disanjung tinggi. Insya-Allah.

PENGENALAN

SYED SYEIKH AL-HADI

Sejarah dunia Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Kedatangan Islam pada abad ke-13 ke Tanah Melayu turut disusuli dengan perkembangan yang melahirkan ribuan tokoh agama yang gigih berjuang menegakkan syiar agama suci itu. Seorang tokoh agama yang tidak asing dalam sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu ialah Syed Syeikh Al-Hadi. Beliau adalah reformis Islam yang ulung di Tanah Melayu yang memainkan peranan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara, khususnya agama Islam. Ini termasuk sumbangannya memajukan pendidikan agama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung Ulu Melaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangan Kaum Muda. Hasil perjuangan itu, lahirlah sistem pengajian madrasah di Tanah Melayu. Nama penuh Syed Syeikh Al Hadi ialah syed syeikh bin syed ahmad al- hadi. Syed Syeikh al Hadi merupakan anak kelahiran Kampung Hulu, Melaka. Beliau dilahirkan pada hari Selasa 24 Rejab 1281 H bersamaan 25 Disember 1864. Dalam usia 67 tahun beliau telah meninggal dunia, iaitu pada 20 februari 1934 bersamaaan 6 zulkaedah 1352 hijrah. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada malam rabu, di rumahnya di nombor 410 jalan jelutong, pulau pinang. Jenazahnya di kebumikan di tanah perkuburan masjid jelutong pulau pinang. Beliau merupakan seorang Melayu yang bercampuran darah Arab, iaitu Ibunya berketurunan Melayu, manakala bapanya, Syed Ahmad Ibn Hasan Ibn Saqaf al-Hady al-Ba’Alawi merupakan peranakan Arab dari Hadhramaut Yemen. Syed Ahmad dilahirkan di kampung hulu, melaka pada sabtu, 1 Syawal 1253 Hijrah dan meninggal dunia pada 15 Zulhijah 1312 Hijrah di Pulau Penyengat Riau. Nenda Syed Syeikh al Hadi turut di lahirkan di Melaka iaitu Syed Hassan bin Saggaf al Hadi. Bapa nya syed ahmad telah mendirikan rumah tangga dengan perempuan melayu melaka pada tahun 1275 Hijrah. Perkahwinan itu menghasilkan tujuh orang anak, tiga

SYED SYEIKH AL-HADI

lelaki dan empat perempuan. Adik- beradik

Syed Syeikh Al- Hadi kebanyakannya telah

meninggal dunia semasa kesil dan ketika remaja lagi. Cuma Syed Syeikh Al- Hadi dan keduadua adiknya, Syarifah Noor Dan Syed Hussein, hidup agak lama hingga melebihi usia 60 tahun. Perkahwinan antara Syeikh dan Syarifah syeikhun menghasilkan empat orang anak, iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Anak yang tua bernama Syed Alwi yang dilahirkan di Pulau Penyengat Indera Sakti pada 15 Muharam 1310 Hijrah. Anak yang kedua, lelaki bernama Syed Ahmad juga di lahirkan di Pulau Penyengat pada tahun 1314 Hijrah dan meninggal dunia semasa kecilnya. Anak yang ketiga, Aisyah di lahirkan pada 24 Safar 1314 Hijrah dan meninggal dunia di Kampung Baru,Air Itam Pulau Pinang pada 2 Ramadhan 1352 Hijrah Bersamaan 19 Disember 1933. Yang bongsu Umhani yang di lahirkan di Pulau Penyengat pada 18 Zulkaedah 1316 Hijrah dan meninggal dunia di Jelutong, Pulau Pinang pada 17 Zulkaedah 1344 hijrah bersamaan 4 April 1931 Syed Syeikh Al- Hadi pernah berkahwin lagi dengan seorang perempuan dari keluarga Melayu di Singapura dan mendapat seorang anak perempuan. Anak ini merupakan anak kelima Syed Syeikh Al- Hadi yang bernama Mariam. Dia dilahirkan di Teluk Belanga Singapura pada tahun 1321 Hijrah dan meninggal dunia di Mukim Jelutong, Pulau Pinang pada tahun 4 Syawal 1373 Hijrah bersamaan 5 Jun 1954. Waris dan zuriat keturunan Syed Syeikh Al- Hadi yang masih hidup dan antara yang di kenali ialah cucunya Dr.A.M al Hadi yang pernah menjadi Pakar Bedah Kanan Di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Kini Dr A.M Al Hadi menceburkan diri dalam bidang pelaburan saham sebagai Pengarah South East Asia Development Corporation Berhad (SEACORP) di kuala Lumpur.

SYED SYEIKH AL-HADI

Zaman remaja Syed Syeikh Al- Hadi banyak di habiskan di melaka, kuala terengganu, pulau penyengat dan timur tengah. Dalam usia remaja, beliau sudah didedahkan dengan suasana dan tradisi hidup merantau seperti yang biasa dialami oleh orang muda pada zaman itu. Bumi melaka di tinggalkan untuk mengikuti kedua-dua orang tuanya berhijrah ke pulau penyengat. Di pulau itilah bakatnya mula terserlah. Beliau yang mendapat pendidikan Bahasa Arab daripada bapanya dan seterusnya mendapat pendidikan agama di sebuah sekolah agama dan Sekolah Melayu Straits Settlements, Melaka. kemudian beliau mengikut keluarganya yang mempunyai pertalian darah dengan keluarga Di Raja Riau, berpindah ke Pulau Penyengat. Di sana beliau dijadikan anak angkat oleh Raja Ali Kelana bin Raja Ahmad, adik tiri kepada Sultan RiauLingga yang juga Raja Muda. Beliau belajar ilmu teologi dan bahasa Arab di Madrasah Raja Ali Haji. Kemudiannya beliau dihantar ke sebuah Pondok di Terengganu untuk mendalami ilmu agama. Namun begitu, beliau tidak lama di situ kerana beliau berpendapat bahawa sistem pengajian pondok hanya mengajar muridnya untuk menghafaz bukan berfikir. syed syeik al-

Hadi kembali ke pulau penyengat untuk mendalami ilmu agama, kebudayaan dan bahasa arab. Pada ketika itu riau menjadi pusat kegiatan kesusasteraan melayu yang tersohor. Setelah pulang ke Pulau Penyengat beliau terlibat dengan kesusasteraan di dalam Kelab Rasyidiyyah. Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah, sebuah kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an.Malah semasa tinggal di Pulau Penyengat, beliau berkesempatan ke Timur Tengah khususnya Arab Saudi dan Mesir kerana menemani anak-anak raja yang ingin melanjutkan pengajian atau menunaikan umrah dan haji. Beliau merupakan antara kumpulan anak melayu yang awal mendapat peluang

SYED SYEIKH AL-HADI

melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Terdapat beberapa faktor asas yang memudahkan syed syeikh al hadi mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke sana. Faktor utamaialah tugasnya selaku pengiring kepada anak-anak keluarga di raja Riau-lingga yang sering melawat Timur Tengah. Tempat-tempat di timur tengah yang sering di kunjungi ialah mesir, beirut dan mekkah. Kunjungan ini bertujuan untuk melawat dan melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang ilmu agam dan bahasa arab. Beliau menggunakan peluang yang ada untuk memperluaskan pengetahuannya dalam bahasa arab dan agama islam yang memang di minatinya. Di Universiti Al-Azhar Di sinilah beliau terpengaruh dengan reformis dari Mesir, Syed Muhamad Abduh yang membawa pemikiran Islah yang akhirnya pemikiran tersebut dikembangkan di Tanah Melayu. Di kaherah Syed Syeikh Al- Hadi menerima pelajaran daripada syeikh muhammad abduh (1849-1905) yang merupakan pengasas gerakan islam yang termasyur ketika itu. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1895 ketika beliau berusia 28 tahun. Syed Syeikh Al- Hadi begitu terpengaruh dengan cara berfikir syeikh muhammad abduh. Sejarah membuktikan Syed Syeikh Al- Hadi mempunyai semangat dan fikiran yang progresif dan cuba membawakan pembaharuan dalam masyarakat melayu, tyerutam dari segi pandangan melayu terhadap islam yang maha suci. Sungguhpun beliau tidak mendapat pendidikan formal di al azhar, namun ia tertarik dengan fikiran-fikiran revolusioner daripada syeikh muhammad abduh dan lain-lain tokoh agama yang progresif. Tahun 1909 menandakan titik penting dalam sejarah hidup Syed Syeikh Al- Hadi apabila beliau di lantik menjadi peguam di mahkamah syariah Johor Bahru. Beliau dilantik sebagai peguam kerana jasa dan sumbangan pemikirannya yang progresif amat di perlukan. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang peguam syariah ketika usianya menjangkau 42 tahun dan

SYED SYEIKH AL-HADI

mengundurkan diri daripada bidang itu pada tahyn 1916. Syed Syeikh Al- Hadi di minta meninggalkan negeri johor oleh sultan abu bakar apabila beliau mengeluarkan fatwanya bahawa perkahwinan beliau dengan lady marsila tidak sah kerana dilakukan cara pendaftaran, dan tidak mengikut lunas-lunas islam. Akibatnya bukan sahaja Syed Syeikh Al- Hadi di perintah meninggalkan johor , tetapi beberapa hektar tanah yang di kurniakan kepadanya di johor diambil balik oleh baginda. Selepas berhenti daripada jawatan peguam di johor bahru, syed syeikh al hadi pulang ke melaka, kampung kelahirannya. Beliau menyambung perjuangan sebagai seorang ulama, pendakwah dan penyebar ajaran islam dengan mendirikan madrasah al hadi di bandar kaba, melaka. Di madrasah ini, beliau mengajar ilmu-ilmu agama da ajaran islam berasaskan pemikiran progresif yang di pelopori oleh syeikh muhammad avduh. Cara berfikirnya yang sering mendahului zaman itu belum dapat di terima oleh penduduk zaman itu menyebabkan madrasah al-hadi terpaksa ditutup. Penentangan dan kemarahan golongan tua dan ulama tradisional terhadap kegiatannya itu melumpuhkan kegiatannya di melaka. Beliau di ugut dan akhirnya terpaksa meninggalkan melaka dengan menyamar dan memakai pakaian perempuan. Kemudian, syed syeikh al hadi berhijrah ke pulau pinang pula untuk meneruskan perjuangannya dalam usaha memulihkan maruah dan imej umat islam yang tercabar oleh penjajahan barat dan kejahilan umat islam itu sendiri yang enggan menerima pembaharuan dan kemodenan. Pulau pinang terbukti menjadi tapak yang subur untuk mengembangkan bakat dan skop perjuangannya dalam bidang penyebaran dakwah islamiah, kesusasteraan dan persuratkhabaran sehingga beliau di kenali sebagai “bapa novel melayu”. Sungguhpun Pulau Pinang menjadi destinasi terakhirnya, namun di Pulau Pinang ini perjuangannya menjadi lebih penting dan berkesan. Pulau Pinang telah memberi ruang yang di harapkan oleh Syed Syeik al-

SYED SYEIKH AL-HADI

Hadi untuk bergerak dengan lebih luas. Pelbagai prasarana telah wujud untuk memungkinkan perkembangan ini seperti adanya institusi pendidikan seumpama madrasah, syarikat percetakan, majalah dan akhbar serta secara tidak langsung sistem politik yang wujud ketika itu. Kedudukan Pulau Pinang sebagai salah satu negeri dalam kelompok negeri-negeri selat yang di bawah pentadbiran Inggeris telah memberi ruang kepadanya untuk lebih cergas kerana tidak ada

kekangan daripada raja-raja Melayu atau majlis agama Islam negeri seperti di negeri-negeri Melayu yang lain. Kampung Hulu, di Melaka adalah tanah tumpah darahnya. Kemudian beliau berhijrah pula ke Pulau Penyengat Sumatera bersama keluarga, berulang alik ke Timur Tengah menemani kerabat diraja, berkampung dan kemudian bersemadi di Pulau Pinang. Begitulah jejak-jejak Syed Syeik al- Hadi (1867- 1934). Selama 67 tahun melakukan ziarah ilmu kesana ke mari dan Pulau Pinang menjadi bumi terakhir untuk berbakti kepada agama dan bangsanya. Sungguhpun pulau pinang menjadi tempat terakhir syed syeik al- Hadi bergiat dalam bidang penulisan dan pendidikan pembaharuan islam, namun kesan dan sumbangannya pada waktu itu kepada masyarakat melayu tidak boleh di nafikan. Tidak di nafikan pemikiran beliau mendapat tentangan daripada golongan ulama yang mentadbir dan menguasai institusi agama ( kaum tua) namun, syed syeik al- Hadi tetap di kenang sebagai reformis islam tahun 1920-an di Malaysia.

SYED SYEIKH AL HADI PENCETUS GELOMBANG PEMBANGUNAN INTELEKTUAL BANGSA YANG AWAL.

SYED SYEIKH AL-HADI

Memang tidak di nafikan syed syeikh al hadi dan pengaran-pengarang yang sezaman dengannya merupakan golongan intelektual Melayu yang awal mencetuskan gelombang keilmuan dan tradisi intelektual serta kegiatan mencintai ilmu secara lebih terbuka dan open minded. Beliau telah bergandingan dengan kaum muda menggerakkan penerbitan malajah AlIman dan Al- ikhwan yang menganjurkan idea-idea progresif dan kontroversial yang membangkitkan polemik sengit di kalangan masyarakat Melayu khususnya di kalangan kaum Muda dan Kaum Tua. Polemik ini memulakan tradisi keintelektualan di kalangan masyarakat melayu bukan sahaja untuk membincagkan masalah-masalah keagamaan tetapi juga isu-isu kehidupan yang merangkumi kepentinagan bangsa Melayu. Pengarang sekaligus ulama yang progresif ini juga menghasilkan novel Hikayat Faridah Hanum yang tidak kurang hebatnya mencetuskan perdebatan dan polemik di kalangan kritikus dan sasterawan yang membahaskan apakah novel ini benar-benar novel melayu yang pertama atau ada novel lain yang lebih awal di terbitkan sebelum hikayat faridah hanum. Persoalan emansipasi wanita dan pemikiran kritis yang di timbulkan dalam novel itu mengundang perbahasan yang berpanjangan di kalangan masyarakat melayu. Apakah sewajarnya seorang yang bertaraf ulama dan reformis islam menulis novel-novel percintaan yang memaparkan babak-babak memberahikan dan membebaskan pergaulan antara lelaki dan wanita.hal-hal seperti ini menimbulkan tanda tanya, kritikan dan polemik yang berterusan sehingga ke hari ini. Syed syeikh al hadi dan angkatan kaum muda yang di peloporinya bersama syeikh tahir jalaluddin al azhari dan sebagainya mencetuskan minat yang mendalam dan meluas di kalangan masyarakat melayu pada awal abad ke-20 untuk mengejar kemajuan duniawi dan akhiri sepanjang yang maksimum untuk menyelesaikan masalah hidup dan berusaha menghapuskan sikap kolot yang jumut, bertaklid buta dan khurafat yang meluas di kalangan masyarakat melayu. Bukunya agama

SYED SYEIKH AL-HADI

islam dan akal amat menitik beratkan penggunaan akal fikiran untuk mencapai kesempurnaan hidup keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Berdasarkan penglibatannya yang meluas dan berpengarug dalam dunia kesusasteraan dan persuratan melayu pada awal abad ke-20 yang telah berhasil melahirkan ramai pengarang dan penilis kemudiannya, kedudukan dan imejnya sebagai intelektual dan ulama yang mengerakkan massa daripada tidurnya yang panjang, memang tidak dapat di nafikan lagi. Syed syeikh al hadi menepati ciri-ciri intelektual atau golongan inteligensia seperti yang di ungkapkan oleh Alias Muhammad iaitu satu golongan orang-orang yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, diterima oleh masyarakatnya sebagai mewakili yang wujud dalam negara atau dalam kalangan bangsa itu, mengambil perananan sebagai intelektual yang bertugas sebagai pembela nasib rakyat dalam bidang-bidang sosial dan politik yang memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Wajarlah jika berdasarkan ciri-ciri yang di gariskan oleh Alias Muhammad dan lain-lain sarjana juga, syed syeikh al hadi merupakan tokoh intelektual awal bangsa melayu yang mencetuskan era pembangunan intelektual dan pemikiran bangsa melayu yang cukup berpengaruh dan kesannya terasa hingga ke hari ini. Sejarah membuktikan sumbangan tidak ternilai syed syeikh al hadi dalam bidang kesusasteraan, penyebaran dakwah islam danmembangkitkan kesedaran ummah di negara ini akan terus tercatat dan dikaji zaman berzaman. Gerakan intelektual dan pembaharuan yang di perjuangkan oleh syed syeikh al hadi dalam bidang keagamaan, kesusasteraan dan kemasyarakatan mempengaruhi kebbangkitan gerakan intelektual pada zaman-zaman selepas kematiannya untuk menebus imej dan maruah bangsa yang tercabar akibat penjajahan Barat dan merebakkan budayanya di negara ini.

SYED SYEIKH AL-HADI

PERANAN DAN SUMBANGAN TERHADAP PERKEMBANGAN Bahasa Dan Kesusateraan Melayu. Jolokan yang sesuai kepada syed sheikh al hadi ialah beliau merupakan seorang

reformis, pemikir dan novelis dinamis. Syed syeikh al hadi adalah sinonim dengan hikayat faridah hanum kerana itulah ukuran komitmennya dalam bidang sastera. Hikayat adalah novel pertama yang di perkenalkan kepada alam sastera melayu. Syed Shikeh Al-Hadi adalah sinonim dengan Hikayat Faridah Hanum kerana itulah ukuran komitmennya dalam bidang sastera. Hikayat adalah novel pertama yang diperkenalkan kepada alam sastera Melayu. Dia juga melahirkan Siri Cerita Rokamlbul (karya adaptasi), Tafsir Juz Amma (1927), Taman Cinta Berahi (1928), Tafsir Al-Fatihah (1928), Hikayat Cermin Kehidupan (1929), Hikayat Puteri Nurul Ain (1929) Dan Kitab Agama Islam Dan Akal (1931). Peranan yang dimainkan oleh syed syeikh al hadi dalam dunia kesusasteraan melayu bukan hanya sekadar melahirkan hikayat faridah hanum bahkan beliau turut mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa melayu kepada isu ekonomi dan perjuangan anak watan. Sebagai reformis , beliau menengahkan kefahaman islam yang di war- warkan oleh muhammad abduh. Syed syeikh al hadi menggunakan majalah dan akhbar yang di pimpinkan untuk menyebarkan fikrahnya. Dalam novelnya pula, syed syeikh al hadi menyeru agar oarang melayu di zaman itu bersedia untuk menghadapi arus perubahan. Oleh kerana kelantangan beliau dalam mengutarakan idea pembaharuan, tulisannya tidak di senangi oleh golongan establishmen terutama jabatan agama islam negeri- negeri di tanah

SYED SYEIKH AL-HADI

melayu. Apapun kritikan dan teguran dari golongan ini, beliau hanya menjawab ‘ saya menulis apa yang saya kira sebagai suatu usaha yang benar” ( al- ikhwan, 16 november 1929) Segala yang diluahkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi adalah kesinambungan daripada fikrah reformis Muhammad Abduh di bumi Mesir dan banyak tulisannya dirujuk daripada reformis Muslim yang lain dan dalam bidang sastera dia berguru dengan Raja Ali Kelana di Pulau Penyengat Riau yang terkenal sebagai pusat sastera Melayu pada zamannya.

Keterlibatan syed syeikh al hadi dalam bidang penulisan telah di ketahui umum. Selain menghasilkan buku-buku berunsur agama, beliau jiga terkenal sebagai penulis karya-karya saduran, terutamayang berlatarbelakangkan mesir moden. Karyanya yang paling terkenal, Faridah Hanum yang di terbitkannya dalam dua jilid, pada 1925 dan 1926, mendapat sambutan meluas dan ini menggalakkan syed syeikh al hadi terus nerkarya dalam genre tersebut. Keuntungan daripada penjualan novel pertama dalam bahasa melayu itu membolehkan syed syeikh al hadi memulakan percetakan Jelutong Press yang memudahkan lagi rancangan penerbitan beliau selepas itu. Hal yang penting di sentuh di sini ialah walaupun Hikayat Faridah Hanum itu ialah kisah hubungan lelaki dengan perempuan dan mengandungi adengan-adengan dan kata-kata yang dianggap berlebihan dari segi adat dan agama, ia pada asasnya tidak lari daripada matlamat perjuangan syed syeikh al hadi selama ini. Inti patinya ialah tentang cinta suci, kebebasan memilih pasangan hidup, keperluan menuntur ilmu, dan membuat perubahan sesuai dengan keadaan, kesungguhan mempertahankan lunas agama di tengah-tengah cabaran, dan kecekalan dalam perjuangan.unsur hubungan antara lelaki- wanita yang agak berlebihan itu barangkali di sengajakan untuk menarik perhatian masyarakat kepada isu-isu yang lebih besar yang mahu beliau ketengahkan. Ulasan-ulasanyang menganggap penulisan kitab itu bermatlamat keuntungan kewangan semata-mata tidaklah tepat. Jelas, dalam keadaan tersepit pun, syed syeikh

SYED SYEIKH AL-HADI

al hadi terus berusaha untuk membawa perubahan dala pemiliran masyarakat melayu zamannya. Pendidikan terus di sampaikannya, termasuk dalam novel. KARYA
NOVEL: 1. Faridah Hanum (Cetakan Asal Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya atau Hikayat

faridah Hanum (1925-1926) . Dicetak oleh Pustaka Antara (1964).
2. Hikayat Taman Cinta Berahi Mahir atau Affandi dengan Iqbal Hanum,

Penang: Jelutong Press, 1928
3. Hikayat Pembelaan Dalam Rahsia atau Kasih Saudara Kepada Saudaranya,

Penang, Jelkutong Press, 1929
4. Hikayat Nurul Ain, Penang: Jelutong Press, 1929

5. Hikayat Anak Dara Ghassan atau Hindun dengan Hammad (1928-1929) 6. Hikayat Cermin Kehidupan (1929) KITAB- KITAB AGAMA 1. Tafsir Juz Amman (1927)
2. Tafsir Al-Fatihah (1928)

3. Kitab Alam Perempuan (1930)
4. Kitab Ugama Islam dan Akal (1931)

5. Hadiah Kebangsaan (1933)

SYED SYEIKH AL-HADI

CERITA-CERITA ROKAMBUL ( adaptasi) 1. Cerita Rokambul Dalam Jail Dan Di Paris 2. Cerita Rokambul Dalam Siberia 3. Cerita Rokambul Dengan Korban Hindi 4. Cerita Rokambul Dengan Malin Kaum Nur 5. Cerita Rokambul Dengan Taman Penglipur Lara
6. Cerita Rokambul Dengan Perbendaharaan Hindi

Sumbangan dalam penerbitan dan pencetakan Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat percetakan iaitu jelutong press. Melalui syarikat ini beliau telah menerbitkan sebuah majalah bulanan Al- Ikhwan pada tahun 1926 dan akhbar dwi-mingguan iaitu saudara pada tahun 1928 Syed Syeikh Al- Hadi juga mempuyai satu keistimewaan yang hampir sama dengan Hamka iaitu membabitkan diri dalam perkembangan kesusasteraan dengan mengahasilkan novel saudara yang laris pada ketika itu. Salah satu novelnya yang terkemuka ialah novel Faridah Hanum. Dengan adanya novel, majalah dan akhbar yang di hasilkan ini, ia dapat menyebarkan fahaman dan idea-idea ke arah pembaikpulihan orang-orang Melayu dan seterusnya menaikakn taraf hidup orang Melayu yang kritikal pada masa tersebut. Minat syed syeikh al hadi dalam bidang penulisan menjadi nyata dengan tertubuhnya malajah al iman di singapura sekembalinya dari timur tengah. Majalah ini diterbitkan pada 22

SYED SYEIKH AL-HADI

julai 1906. Kandungan dan intisari majalah al- iman ini menitikberatkan isu dan masalah utama seperti memperjuangkan islam berlandaskan al-quran dan hadis, memberi galakan kepada orang melayu supaya melakukan ijtihad dan menjauhkan diri daripada taklid buta, menyarankan sistem oendidikan baru iaitu suatu sistem yang berdasarkan pendidikan islam yang sihat serta di tambah tentang pengetahuan bahasa arab, inggeris, ilmu hisab dan agama. Penerbitan al-iman terhenti pada tahun 1908 kerana kesulitan kewangan walaupun majalah ini pada dasarnya telah dapat memikat hati pembaca-pembaca di tanah melayu dan indonesia. Selepas itu beliau telah menerbitkan pula majalah al- ikhwan. Majalah ini ditulis kerana mempunyai tujuan nya sendiri iaitu menyeru sekalian ikhwan muslimin kepada kemajuan dalam medan kehidupan menurut kebebasan yang dibenarkan oleh undang-undang kerajaan negeri, menyatakan kehendak agama islam yang memberu kebajikan bagi oerhimpunan kehidupan sekalian yang berpegang dengannya, menggemarkan kepada penunututan ilmu, membawa perkhabaran luar negeri yang memberi syarat kiasan bagi kehidupan yang sempurna, membawa perkhabaran di dalam negeri apa-apa faedah umum atau menolak mudarat dan membawa ceritacerita yang memberi ibarat kiasan bagi kehidupan yang sempurna. AKHBAR INI MULANYA Diterbitkan pada 16 ogos 1926 dan di cetak oleh the british malaya companay, kemudiannya oleh jelutong press, pulau pinang. Akhbar terakhir ini pada 16 Disember 1931 ( arkib negara 1995: 4) Setelah penutupan al-ikhwan, syed syeikh al hadi menerbitkan pula akhbar saudara yang pada mulanya diterbitkan tiga kali seminggu sekali mula di terbitkan pada 29 september 1928 Akhbar ini lebih panjang hayatnya, iaitu kira-kira 13 tahun. Akhbar ini bertulisan jawi dan di cetak oleh jelutong press yang dimiliki oleh syed syeikh al hadi sendiri. Akhbar ini di terbitkan secara mingguan ( setiap sabtu) dalamtahun 1928-1932, dua kali seminggu sepanjang tahun-

SYED SYEIKH AL-HADI

tahun 1932-1941 dan di terbitan akhir ialah dalam tahun 1941. Syed syeikh al hadi mula melibatkan diri dengan akhbar ini pada tahun 1933 hingga februari 1934, beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia. kemudiannya di kendalikan oleh anaknya, syed alwi al hadi. Oleh sebab hayatnya yang panjang akhbar ini di pimpin oleh ramai pengarang iaitu:

Sumbangan Syed Syeikh Al Hadi dalam Kewartawanan Syed syeik al- Hadi melihat bidang penulisan, sama ada melalui bidang kewartawanan ataupun kesusasteraan , boleh membawa gelombang pembaharuan islam dengan lebih berkesan. Syed Syeikh Al Hadi telah melihat medan penulisan sebagai satu elemen yang dapat membantunya dalam usahanya untuk menyedarkan umat Melayu ketika itu. Maka banyak

tulisan yang membawa semangat pembaharuan islam telah di hasilkan melalui pelbagai media penerbitan seperti majalah, akhbar dan karya kreatif. Bidang penulisan menjadi lebih rancak apabila syed syeik al- Hadi mempunyai syarikat percetakannya sendiri,iaitu jelutong press yang didirikan di pilau pinang. Usahanya ini terbukti apabila majalah Al Imam dikeluarkan pada 22 Julai 1906 yang ditulis dengan tulisan jawi berukuran lebar 6.3 inci serta panjang 8.6 inci. Pada mulanya majalah ini dicetak oleh Matbaah Melayu Tanjung Pagar dan kemudiannya oleh Al Imam Printing Company Limited. Al Imam mengandungi 32 halaman yang dijual dengan harga 25 sen wang British. Al Imam telah diterbitkan bersama-sama beberapa orang temannya seperti Syeikh Tahir Jalaluddin Al Azhari, Syeikh Salim Al Kalali, dan Haji Abbas bin Mohd Taha.

SYED SYEIKH AL-HADI

Namun begitu Al Imam terhenti disebabkan masalah kewangan tetapi majalah ini telah mendapat sambutan hangat di Tanah melayu dan Indonesia. Kemudiannya beliau menerbitkan akhbar Al Ikhwan pada 1926 dan akhir sekali akhbar Saudara pada 1928. Daripada akhbarakhbar inilah Syed Syeikh Al Hadi telah menyebarkan fahaman dan idea-idea ke arah pembaikpulih umat Melayu dan seterusnya meningkatkan taraf orang Melayu yang krtikal ketika itu. Beliau telah berusaha dengan gigihnya untuk menyedarkan orang Melayu betapa pentingnya untuk bangun dan berusaha dan bukannya sekadar bermalas-malasan. Bersama-sama beberapa orang rakannya, syed syeik al- Hadi telah meniup angin

perubahan pemikiran progresif ke dalam masyarakat melayu pada waktu itu melalui sebuah majalah bertajuk al- iman ( 1906) yang di terbitkan di singapura, kemudian al_-ikhwan (1926) dan akhbar saudara (1928) di pulau pinang. Kandungan dan intisari majalah al- iman ini menitikberatkan isu dan masalah utama seperti memperjuangkan islam berlandaskan al-quran dan hadis, memberi galakan kepada orang melayu supaya melakukan ijtihad dan menjauhkan diri daripada taklid buta, menyarankan sistem oendidikan baru iaitu suatu sistem yang berdasarkan pendidikan islam yang sihat serta di tambah tentang pengetahuan bahasa arab, inggeris, ilmu hisab dan agama. Penerbitan al-iman terhenti pada tahun 1908 kerana kesulitan kewangan walaupun majalah ini pada dasarnya telah dapat memikat hati pembaca-pembaca di tanah melayu dan indonesia.

Sumbangan Dalam Bidang Pendidikan

SYED SYEIKH AL-HADI

Sebagai seorang cendakia ulung, Syed Syeikh Al Hadi menyedari bahawa pendidikan adalah medan ke arah pembinaan jiwa yang murni. Syed syeikh al- hadi memainkan peranan yang penting dalam emamjukan sistem pendidikan di negara ini khususnya dalam bidang pendidikan agama di negeri- negeri melayu tidak bersekutu seperti singapura, melaka dan pulau pinang.tidak boleh di lupakan negitu sahaja. Menerusi pengajian madrasah inilah beliau dan angkatannya dari kalangan kaum muda yang dipelopori oleh beliau dan rakan-rakannya menyebabkan berkembangnya sistem pengajian madrasah di tanah melayu. Sistem pengajian madrasah yang di pelopori oleh syed syeikh al hadi memberi kesan yang tidak sedikit kepada sistem pengajian pondok yang telah bertapak di negeri- negeri melayu khususnya di pantai timur. Sistem pengajian ini memberi sainagn juga kepada sistem pendidikan sekular yang di anjurkan oleh penjajah British. Sistem ini juga bertujuan melahirkan pelajarpelajar yang alim, berilmu dan bertangggungjawab kepada dirinya, bangsa san agama. Perjuangan syed syeikh al hadi dalam penyebaran dakwah dan sistem pendidikan semakin ketara dengan usahanya menubuhkan satu sistem persekolahan sendiri iaitu Madrasah Iqbal Islamiyyah di Seligi Road, Singapura pada 1907. Madrasah ini merupakan yang pertama didirikan oleh syed syeikh al hadi untuk mengembangkan agama islam, menyalurkan pemikirannya yang menentang khurafat dan berusaha membangunkan kembali sikap kritis umat islam terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekitarnya khususnya kemodenan yang di datangkan oleh dunia barat. Madrasah al- iqbal yang telah didirikan selama dua tahun terpaksa ditutup disebabkan perselisihan faham antara ibu bapa dengan guru dan beberapa masalah lain. Namun hal tersebut tidak mematahkan semangat Syed Syeikh Al Hadi. Pada 1916, Beliau kemudiannya berhijrah ke

SYED SYEIKH AL-HADI

melaka, bumi yang pernah melahirkan dan mendewasakannya dahulu. Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah yang diberi nama Madrasah al Hadi di Bandar Kaba, pada tahun 1917. Madrasah islam itu di beri nama madrasah Al Hadi sebagai memenuhi kehendak penyokong-penyokongnya di melaka. madrasah ini telah mengajar ilmu-ilmu agama islam yang sebenar dan bebas daripada belenggu kepercayaan khurafat yang direka-reka oleh ahli-ahli agama. Syed syeikh al hadi yang mendapat pendidikan agama dan akademik di mesir mengajar di madrasah al hadi dengan berpengantarakan bahasa Arab. Tenaga pengajar yang mengusahakan dan menyebarkan ilmunya di madrasah ini adalah golongan kaum muda yang berusaha menyedarkan bangsa melayu dari di belenggui dan dijajahi oleh kepercayaan dan amalan yang bercorak tradisi yang merugikan umat islam. Bagaimanapun madrasah al-hadi ini terpaksa di tutup pada tahun 1918 kerana pelbagai faktor. Di antara lain termasuklah di sebabkan oleh masalah kewangan urusan pentadbiran, ketiadaan guru yang berkelayakan dan fenomena masyarakat sekitar yang masih tebal dengan perasaan dan perasaan dan pengajaran kolot yang masih berakar umbi dalam kalangan masyarakat ,elayu di melaka ketika itu. Pertentangan di antara kaum muda dan kaum tua di melaka merupakan proses yang mempercepatkan penutupan madrasah al- hadi ini. Golongan ini tidak ramai di melaka berbanding dengan kaum tua yang sudah bertapak subur di tanah melayu dalam jangka masa yang begitu lama. Dalam hubungan ini ahmad adam menjelaskan iaitu, walaupun pengasas dan gurunya (syed syeikh al hadi) seorang reformis islam yang gigih pada zaman itu namun pemikiran dan idea yang dibawanya iaitu kefahamn kaum muda ternyata di tentang keras oleh orang-orang melaka tengah.sementelahannya pula syed syeikh tidak disukai malah di anggap keras dalam sikap serta

SYED SYEIKH AL-HADI

pegangan kaum mudanya. Syarahan-syarahannya di pulaukan oleh golongan yang anti kaum muda. Maka kerana itu, syed syeikh telah meninggalkan melaka dan berhijrah ke pulau pinang. Perpindahannya ke pulau pinang membuka lembaran baru kepada perjuangan syed syeikh al- hadi dalam usahanya mereformasikan umat islam menerusi sistem pendidikan madrasah dan aliran pembaharuan yang mengalakkan kegiatan berfikir kritis dalam kalangan umat islam. Di sana beliaun telah menubuhkan madrasah Al masyhur Al- Islamiyah, di Tek Soon Street, Pulau Pinang pada 1919. Pulau pinang merupakan bumi yang subur kepada perjuangan syed syeikh al hadi dan menumpukan sepenuh usaha dan perhatiannya untuk membangunkan dan memajukan madrasah al masyur. Dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan, syed syeikh al- hadi mengemaskini perjalanan madrasahnya hingga nyata berjaya berbanding dengan madrasahmadrasah terdahulu yang pendek umurnya. Di pulau pinang , beliau tidak menumpukan semata-mata kepada usaha mengendalikan madrasah al masyur, tetapi juga memasuki bidang-bidang kehidupan lain yang boleh memantaokan kedudukan ekonominya. Beliau menyertai pelbagai bidang perusahaan, perniagaan dan perkumpulan am yang berdasarkan keagamman dan kebangsaan, seperti ‘persekutuan Ikhwan Al- Masakeen. Menurut catatan anaknya sendiri, syed alwi, persekutuan ikhwan al- masakeen didirikan dengan anjuran syed syeikh al hadi dan terus terdiri hingga ke hari ii di mukim jelutong, pulau pinang. Manakala madrasah al masyhur yang di usahakannya telah berhasil mengeluarkan pelajar-pelajar dan pemimpin masyarakat yang kembali menyumbangkan bakti dan fikirannya kepada kemajuan anak bangsanya. Tokoh- tokoh kaum muda seperti syeikh tahir jalaludin ikut

SYED SYEIKH AL-HADI

menyumbangkan sahamnya dengan memberikan syarahan dan tunjuk ajar yang banyak kepada penuntut di madrasah itu. Suatu kejayaan yang menggalakkan untuk madrasah ini ialah telah dijadikan sekolah batuan kerajaan. Unsur ini tidak dapat dilihat sama sekali pada madrasah-madrasah atau sekolah agama yang dibinanya terdahulu seperti madrasah al iqbal di singapura (1907) dan madrasah al hadi (1917-1918) di bandar kaba , melaka yang terpaksa di tutup selepas setahun penubuhannya. Kegagalan yang dialami dahulu ddi jadikan titik tolaknya bergerak dan terus melangkah maju tanpa perlu menoleh ke belakang lagi dalam usaha menyahut cabaran pada hari muka sebelum berjuang dan cuba di praktikkan benar-benar di pulau pinang. Penubuhan madrasah al masyur dibina dengan bantuan dan kerjasama beberapa orang arab dan penduduk tempatan di pulau pinang. Tokoh-tokoh terkemuka yang berkecimpung dalam penerbitan majalah al-iman dahulu seperti syeikh tahir jalaluddin menyumbangkan tenaga yang banyak dalam memperhebatkan perkembangan madarsah ini. Syeikh tahir jalaluddin debenarnya di jemput oleh syed syeikh al hadi pada tahun 1920 untuk mengajar dan mencurahkan ilmunya di madrasah ini yang merupakan yang terawal di bina di pulau-pinang. Menjelang tahun 1923 beliau berhenti dari mengajar dan kembali semula ke medan, deli untuk berubat dan bertukar angin di tanah tumpah darahnya dan terus berkahwin di padang panjang. Enam bulan kemudian beliau kembali ke pulau pinang. Di samping itu,tokoh-tokoh lain seperti abu bakar Rafe dan abdullah maghribi turut membantu syed syeikh al hadi membangunkan madarasahhya dengan memnjadi guru dan tenaga pengajar di situ.

SYED SYEIKH AL-HADI

Syed Syeikh Al Hadi dan Islah Syed Syeikh Al Hadi terpengaruh dengan pemikiran Kaum Muda hasil daripada pengajiannya dengan Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Jamal al Din Al Afghani di Mesir dan Arab Saudi. Pemikiran ini telah di ambil ketika beliau berulang alik dari Pulau Penyengat ke Timur tengah khususnya Mesir. Justeru, Syed Syeikh Al Hadi berusaha menghapuskan salah faham agama yang membelenggu umat Islam dengan memerangi amalan khurafat dan bida’ah. Beliau juga dengan bantuan beberapa teman-teman seperti Syeikh Abdullah al Maghribi dan Syeikh Tahir Jalaluddin menghapuskan ajaran Taslim dengan menjalankan penyelidikan selama 3 bulan. Berikutan itu satu perhimpunan diadakan di Masjid Jelutong dan beliau membuktikan ajaran tersebut adalah sesat dan kitab-kitab ajaran tersebut dibakar. Idea pemikiran islah atau aliran Kaum Muda ini telah banyak membantu ke arah “membasuh” minda masyarakat Melayu ke arah memahami Islam yang sebenarnya dan bukannya jumud dan beku seperti sesetengah golongan yang tidak mahu berubah. Wahai sekelian ikhwan timur yang sedang lenyak di dalam tidurnya. Wahai sekelian saudara" kami yang sedang lina bersedap-sedap di dalam keelokan mimpinya. Memadalah. Memadalah Memadalah tidurmu itu kerana telah melampaui sangatlah sudah daripada sempadan mengambil kesenangan bilangan pingsan atau orang mati yang bernafas. Bangunlah segera. Sapulah mata daripada bekas tidur yang membunuh itu..." Syed Syeikh Al Hadi, Al Ikhwan

SYED SYEIKH AL-HADI

Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh seorang tokoh yang banyak jasanya kepada negara kita ini. Syed Syeikh al Hadi satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun sejak akhirakhir ini tokoh yang telah menjadi bapa kepada kewartawanan ini semakin dilupakan. Malah jasa beliau yang paling teserlah adalah mendirikan sebuah Madrasah yang sangat masyur dan diberi nama Madrasah Al Mashoor di Pulau Pinang.(kini dikenali sebagai SMKA Al Mashoor dan Mahaad Mashoor Islami) Sejarah perjuangan beliau yang tidak mengenal penat dan lelah tersebut seharusnya disanjug sebagai sebuah pengorbanan yang besar. Namun demikian, tidak semuanya dihargai. Kediaman beliau di Jelutong, Pulau Pinang masih lagi menjadi monumen bersejarah yang dilupakan sejarahnya!. Justeru tulisan ini diharap dapat mengcungkil kembali rasa tanggungjawab umat Islam di Malaysia yang seharusnya bertindak segera ke arah menobatkan sebuah rumah yang melahirkan pemikiran-pemikiran yang menyedarkan umat Islam sebagai salah satu warisan negara yang tidak ternilai harganya!. Namun sayang sekali kerana rumah tersebut kini menjadi sebuah rumah berhala. Rumah di mana beliau melahirkan pemikiran dan syor-syor yang meyedarkan masyarakat Melayu di seluruh nusantara telah tergadai begitu sahaja. Melihat daripada sumbangan beliau kepada agama, bangsa dan negara sememangnya tokoh ini kaya dengan jasa. Oleh itu penulis menyeru supaya kepada pihak-pihak terbabit agar dapat membantu usaha mendapatkan kembali rumah Syed Syeikh Al Hadi ini. Syed Syeikh Al Hadi telah meninggalkan khazanah ilmu yang banyak kepada kita semua. Beliau telah tiada yang ada hanyalah rumah sebagai tanda usahanya selama ini. Adalah tidak patut untuk kita membiarkan rumah beliau “terlepas” begitu sahaja. Penulis merayu supaya pihak tertentu supaya memastikan rumah beliau kembali sebagai sebuah warisan dan bukannya rumah berhala. Marilah

SYED SYEIKH AL-HADI

kita sama-sama merenungi kata-kata Syed Syeikh Al Hadi dalam Akhbar Saudara untuk kita sama-sama muhasabah wajarkah kita membiarkan rumah tersebut terlepas begitu sahaja.
“ Wahai Saudara- Apa sukakah tuan-tuan menjadi ahli-ahli kubur sebelum mati? Ataupun menjadikan watan kita ini umpama padang-padang yang sunyi sama sekali isinya daripada ahli-ahli iman yang kasih akan watannya?” Saudara, 10 April 1932.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Syed Syeikh Al- Hadi telah meninggalkan kesan yang sangat bermanfaat kepada masyarakat melayu.melalui sumbangannya dalam pelbagai aspek seperti

SYED SYEIKH AL-HADI

yang telah di nyatakan khasnya dalam pendidikan islam di Tanah Melayu yang telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam lipatan sejarah. Hasil daripada pemikiran kritisnya telah melahirkan pembaharuan dalam gerakan Islam di Tanah Melayu pada ketika itu. Walaupun pada permulaan perjuangannya, pemikiran Syed Syeikh Al- Hadi sukar untuk menembusi nadi pemikiran masyarakat islam. Namun begitu ia telah bertapak kukuh di seluruh dunia sehingga ke hari ini. Penibuhan madrasah yang di peloporinya telah berhasil memberi pukulan kepada sistem pendidikan sekular yang dipaksakan oleh penjajah British di Tanah Melayu. Beliau di anggap sebagai peneroka dan perintis dalam kebanyakan bidang di negara ini selain bidang sastera. Syed Syeikh Al- Hadi dan rakan-rakannya dalam Golongan Muda berusaha serta mengasaskan sistem pendidikan madrasah di negara ini dan salah sebuah madrasah yang di tubuhkannya ialah madrasah Al- MASYUR AL ISLAMIAH di pulau pinang terus berfungsi hingga kini. Syed Syeikh Al- Hadi merupakan seorang reformis, ahli fikir dan novelis yang progresif dan moralis. Perjuangannya berlandaskan kepercayaan Islam. Pendekatan baharu yang terdapat ajaran Islam dan fikirannya yang maju dalam soal kemasyarakatannya dan bangsa Melayu serta pandangan dunianya tidak lari daripada lunas-lunas agama, iaitu kemajuan yang berlandaskan kepada moral dan etika Islam. Beliau merupakan bapa novel melayu semenanjung. Beliau juga merupakan seorang intelektual melayu yang mula-mula sekali mengenalkan bentuk nivel dalam kesusasteraan melayu. Beliau seorang reformis sosial yang dapat menguasai arus perkembangan sejarah bangsa melayu di awal abad ke- 20. Beliau sangat lantang membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Banyak melahirkan idea-idea sebagai seorang reformis Islam dan reformis sosial bagi menghapuskan

SYED SYEIKH AL-HADI

pemikiran kolot penganut Islam bangsa melayu pada masa itu. Segala bentuk kritikan dan teguran yang berguna itu banyak di salurkannya melalui akhbar dan majalah. Demikian juga sumbangannya menerbitkan majalah-majalah Al- iman, al-ikhwan dan saudara, sewajarnya di hargai oleh generasi muda hari ini. Tulisan-tulisannya yang sering mendahului zaman dan kontroversial telah mengubah dan mencelikkan mata dan hati mesyarakat melayu yang di kongkong oleh penjajah Barat dengan sistem sosial masyarakat yang jumut ketika itu. Tidak keterlaluan jika dikatakan sumbangan Syed Syeikh Al- Hadi yang meluas dan merangkumi pelbagai bidanag merupakan antara ribuan mutiara dan permata yang perlu di hargai, terutama mereka yang hidup sezaman dengannya. Sesungguhnya Syed Syeikh AlHadimasyarakat dan tokoh satrea yang istimewa bakat dan kecemerlangannya yang wajar di teladani. Perjuangannya harus di teruskan oleh generasi muda kini dan akan datang

BIBLIOGRAFI Awang Sariyan.2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn.Bhd Hashim Musa.1998. Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Sohaimi Abdul Aziz. 2003. Syed Syeikh Al- Hadi Cendekia Dan Sasterawan Ulung. Pulau

SYED SYEIKH AL-HADI

Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Talib Samad.1997. Syed Syeikh Al- Hadi Kehidupan Dan Pandangan Hidupnya Yang Terpancar Dalam Karya Sastera. Pulau pinang: Seminar Kefahaman Budaya” Syed Syeikh Al- Hadi Tokoh Melayu Pulau Pinang” Talib Samad.1959. Syed Syeikh Al- Hadi Sasterawan Progresif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1992 Baharuddin Zainal Dan Lain-Lain Wajah. ( Biografi Seratus Penulis).Kuala Lumpur.1981. Syed Syeikh Al Hadi. Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya Atau Hikayat Faridah Hanum.Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 1985 Abdullah Sidiq. Reformasi Islam Di Tanah Melayu:1900-1950.Latihan Ilmiah.Ukm Bangi.197919809 Abdullah Bin Hj Jaafar. Al-Iman Di Dalam Khoo Kay Kim Et Al. Sejarah Masyarakat Melayu Moden.Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.1984.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->