P. 1
MUSIBAH ALAM & PENGAJARANNYA DALAM PUISI

MUSIBAH ALAM & PENGAJARANNYA DALAM PUISI

|Views: 650|Likes:
Published by Siti Nazurana

More info:

Published by: Siti Nazurana on Nov 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/25/2012

pdf

text

original

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI SESI 2 2009/2010

Puisi Melayu (BBK 3306)
TAJUK: MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

DI SEDIAKAN OLEH :

NAMA NO.MATRIK PROGRAM

: SITI NAZURANA BT KONAEN : 150648 : BA. PENGKHUSUSAN BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU

PENSYARAH : PROF.MADYA DR HJ SAMSINA BT HJ ABD RAHMAN

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

TAJUK
1. PENGHARGAAN 2. PENGENALAN 3. PENGAJARAN DARIPADA BENCANA ALAM 4. KESIMPULAN 5. BIBLIOGRAFI

MUKA SURAT 1 2±3 4 ± 18 19- 22 23

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

PENGHARGAAN

¶Selawat serta salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w serta kepada para Sahabat

Sekalung ucapan tahniah serta terima kasih kepada pensyarah penasihat kursus Puisi Melayu BBK3306, Profesor Madya Dr Hj. Samsina Bt Hj. Abd Rahman yang banyak memberi

dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan kertas kerja bertajuk ³Musibah Alam Dan Pengajarannya Dalam Puisi´ ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dan sedia berkongsi pendapat semasa menyiapkan kertas kerja ini. Budi dan jasa kalian amat disanjung tinggi.

Insya-Allah.

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

1.0 PENGENALAN

Melalui kertas kerja ini saya telah mengkaji tentang musibah alam dan pengajarannya dalam puisi. Musibah adalah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain, musibah dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang. Meskipun begitu, Allah menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya. Musibah alam pula bermaksud bencana alam yang berpunca daripada alam. Contoh bencana alam ialah gempa bumi, Tsunami, banjir, jerebu, kemarau, taufan dan banyak lagi. Pengajaran pula bermaksud mesej yang ingin disampaikan oleh penulis dalam karyanya dengan menimbulkan pelbagai bentuk perlakuan yang berkaitan dengan nilai, sama ada positif atau negatif untuk dijadikan panduan dan pengajaran kepada pembaca.

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan pelbagai bencana alam yang menimpa beberapa buah negara dunia termasuk negara jiran seperti musibah gempa bumi, letusan gunung berapi, Tsunami, taufan, banjir, tanah runtuh, kemarau, jerebu, dan tanah runtuh yang berlaku di Indonesia, Thailand Akibatnya masyarakat di negara-negara yang terlibat mengalami penderitaan, kematian dan kehilangan harta benda.

Bencana alam merupakan satu fenomena yang sukar dielakkan kerana bencana ini berlaku disebabkan sifat-sifat alam itu sendiri dan geologi bumi yang dinamik. Bencana alam boleh berlaku tanpa diduga. Walaupun bencana alam merupakan fenomena semula jadi yang sukar dikawal, dihindari dan diduga, namun ada juga di antaranya dipengaruhi oleh perbuatan dan kelalaian manusia sendiri. Kejadian banjir dan tanah runtuh disebabkan oleh pembangunan fizikal yang tidak dirancang mengikut prosedurnya.

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Puisi pula adalah kata-kata yang terpilih daripada minda dan jiwa yang jernih. Puisi mampu mewakili kata-kata panjang yang mempunyai seribu makna. Maka puisi mampu melukiskan rasa dan jiwa yang terluka dan carik dari derai air mata akibat bencana alam bernama Tsunami dan gempa bumi, Puisi menyelongkar minda penyair daripada susun katanya. Bencana Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Padang ternyata masih meninggalkan sisa simpati. Walaupun kejadian ini telah lama berlaku, namun penderitaan yang di tanggung oleh mangsa, masih di ratapi oleh masyarakat dunia. Jika penyanyi dengan lagu-lagu simpatinya, karyawan dengan karya-karya seninya sudah tentu penyair dengan puisi-puisi mereka yang sarat dengan tafsiran dan himpunan rasa.

Negara Indonesia kini sedang di landa musibah secara berturut-turut. Dari tinjauan Islam, segala musibah yang berlaku di sebabkan oleh kelalaian manusia, segala yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Berat mata memandang, tidak seberat bahu memikul. Suka atau tidak kehidupan harus diteruskan. Oleh itu tentulah ada hikmah yang dapat diambil dari berbagai kejadian yang berlaku, kerana Dia yang Maha Adil dan Penyayang pasti tidak akan menganiaya umatnya. Melalui kertas kerja ini saya akan mengkaji beberapa buah puisi berkaitan bencana alam beserta pengajarannya kepada manusia. Karya yang akan saya kaji ialah Antologi Musibah Gempa Padang dan Antologi Puisi Ziarah Ombak.

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

2.0 ANALISIS PENGAJARAN DARIPADA BENCANA ALAM
2.1 Pengajaran dalam Antologi puisi Musibah Gempa Padang dan Antologi Puisi Ziarah Ombak

Terdapat banyak pengajaran yang boleh di sampaikan melalui puisi yang berkaitan dengan musibah alam. Melalui kertas kerja ini, saya akan membincangkan tentang pengajaran yang terdapat dalam buku puisi penyair Nusantara berjudul, Antologi Puisi Musibah Gempa Padang yang telah di selenggarakan oleh Dato¶ Dr Ahmad Khamal Abdullah dan Antologi Ziarah Ombak terbitan LAPENA (LEMBAGA PENULIS ACEH) di hasilkan oleh D. Kemalawati dan Sulaiman Tripa yang memuatkan puisi tentang Tsunami. Langkah mereka menghasilkan antologi puisi ini kerana turut bersedih dan bersimpati terhadap nasib yang menimpa penduduk Padang dan Acheh yang telah dilanda musibah gemba bumi dan Tsunami pada tahun 2004 dan 2009. Para penyair memiliki caranya sendiri untuk mengungkapkan rasa simpati atas bencana terbesar dalam abad ini. Simpati itu telah melahirkan puisi dan sajak. Ratusan puisi yang menggambarkan dahsyatnya bencana telah di tulis dan diungkapkan oleh setiap penyair. Mereka mengungkapkan rasa duka, simpati dan doanya pada puisi dan sajak. Terdapat juga penyair yang menggambarkan dan melukiskan dahsyatnya gelombang Tsunami dan ngerinya gemba bumi.

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Antara pengajaran yang terdapat dalam antologi ini adalah:

1. Kita hendaklah sabar menerima segala dugaan.

Sifat sabar adalah sifat mulia dan disarankan oleh agama Islam. Sabar adalah sikap menerima dengan ikhlas sesuatu yang dianggap merugikan. Kesabaran yang tinggi amat dituntut dalam Islam. Dengan memiliki jiwa yang sedemikianlah umat Islam akan menjadi umat yang teguh peribadi dan kukuh jati diri, tidak gentar akan segala dugaan atau bencana yang menimpa. Segala ujian itu seharusnya ditempuh dengan penuh kesabaran kerana ini akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Bukan bermaksud orang yang sabar itu akan bergembira apabila ditimpa kesusahan dan ujian, tetapi mereka tetap sedih dan dukacita namun sentiasa sabar menerima musibah tersebut.

(TQS. Ali µImran [3]: 186) Jelaslah orang yang sabar itu tetap beriktikad bahawa diri mereka hamba dan milik Allah walaupun ditimpa musibah amat berat. Malah mereka sentiasa mengharapkan balasan pahala daripada Allah dan sentiasa takuti azab-Nya.

Contoh puisi:

( Antologi Musibah Gempa Padang) Telah Datang Tangan Raksasa Mungkin itulah suara Maha segala menyeru kita Untuk melipat tangan menerima ikhlas takdirNya Selamat jalan saudara-saudara kami Fitri susila (m/s 10)

Antologi puisi Musibah Gempa Padang memaparkan berbagai pengajaran yang dapat di renung dan di lihat dengan jelas oleh para pembacanya. Pengajaran yang dapat dilihat dalam Antologi puisi Musibah Gempa Padang adalah pengajaran untuk melihat

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba Allah. Secara khususnya kepada mangsa gempa di Padang diharapkan dapat menempuh musibah itu dengan banyak bersabar. Hanya dengan sabar semua kesulitan dan penderitaan dapat diatasi. Ia kerana sesuatu kehidupan itu tidak membeku begitu saja. Mudah-mudahan hasil daripada kesabaran itu, Allah akan berikan ganjaran pahala dan gantikan segala harta benda yang rosak itu dengan harta benda lain yang lebih baik. 2. Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah. Allah berfirman:
³Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul-Rasul kepada umat-umat sebelummu, kemudian Kami timpa mereka dengan kesengsaraan dan kemelaratan, supaya mereka bermohon (kepada Allah) dengan tunduk dan merendahkan diri.´ (QS.Al-An¶am : 42)

Jangan terlalu yakin bahawa kita sudah beriman dan bertakwa kepada-Nya. Bencana alam dan musibah yang sering melanda ini merupakan peringatan buat kita supaya sentiasa mengingati Allah serta memperbanyakkan amalan dan meninggalkan segala dosa.

Contoh puisi:

( Antologi Musibah Gempa Padang) Kuasa Pemusnah 1 Di malam Degegarkan bumi Dilanda musibah padang Sedih apabila di pandang Kemnatian di sana sini Tangisan daripada pribumi Ada di telan bumi Musnah rumah Musnah kampung Musnah masjid Musnah harta benda 2 Inilah gempa bumi inilah ujian dari Illahi Maksiat kena di jauhi Sebelum ini Mungkar di sana sini Gejala sosial meninhkat Aktiviti surau di sekat

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

AJK masjid yang dikhianat. Gempa bumi suatu ingatan Tinggalkan kerja-kerja syaitan Ikut saja Al-quran dan sunnah Biarpun bumi musnah Bibir tetap menyebut Allah

HMS Abu Bakar (M/S 148)

Melalui puisi ini, HMS Abu Bakar dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada musibah alam merupakan tanda dimana Allah mahukan umat-Nya sentiasa mengingatiNya sama ada ketika senang mahupun ketika dalam kesusahan. Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa mengingati Allah dengan cara melakukan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya. Semoga dengan mengingati-Nya kita akan di rahmati dan dilindungi dari sebarang musibah.

3. Kita hendaklah membantu golongan yang ditimpa kesusahan.

Maka diantara hikmah Allah, Dia memberi pelbagai cubaan berupa penyakit dan penderitaan kepada orang mukmin pada waktu-waktu tertentu, agar dia mengingat saudarasaudaranya yang ditimpa kesulitan, sehingga terdorong untuk membantunya. Sebagai seorang mukmin, kita haruslah peka terhadap keadaan sekeliling, terutamanya kepada saudara seagama yang di timpa musibah. Cara yang boleh dilalukan adalah dengan menghulurkan bantuan dan meghadiahkan doa agar mereka sentiasa sejahtera

Contoh puisi:

( Antologi Musibah Gempa Padang) Ingatlah Kami Kami yang berada di antara puing-puing ketidakberdayaan Berusaha menlapangkan hati seluas-luasnya Menunggu belas kasih dari berbagai penjuru Namun hati masih bimbang akan takdir yang menimpa Mengapa negeri ini tidak pernah lepas

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Dari rentetan bencana? Di sini, di bumi minang ini Kami mengharap ketulusan doa Agar kami dapat kembali bangkit Dan ingatlah kami Di setiap sujud tahajjudmu Ingatlah kami Kami menanti uluran keikhlasan Ingatlah kami wahai saudaraku. Dwi Mita Yulianti (m/s 154)

Melalui puisi ini, Dwi Mita Yulianti dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada musibah alam adalah kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mengingati keadaan saudara-saudara yang ditimpa musibah. Kita perlu terus membantu mereka dengan segala upaya yang ada pada kita. Mereka mungkin telah kehilangan segala-galanya seperti rumah, pakaian, makanan dan keperluan-keperluan asas lain. Kesusahan yang mereka alami perlu difahami. Berikanlah mereka semangat dan harapan untuk meneruskan kehidupan seharian. Dengan berbuat demikian kita mampu meringankan bebanan mangsa-mangsa musibah disamping dapat menginsafi diri dan berubah kearah yang lebih baik supaya tidak ditimpa nasib yang serupa. Kita juga masih diberikan kesempatan untuk berubah, dengan melihat kejadian yang menimpa saudara-saudara kita yang malang. Kita boleh berubah untuk menjadi lebih baik. Mungkin juga kita boleh menjadi lebih peka dan prihatin kepada nasib yang menimpa saudara- saudara kita, serta belajar menjadi lebih taat, merendah diri dan yakin terhadap kekuasaan Allah. Dengan cara ini, kita boleh meningkatkan kesabaran dan keimanan kita kepadaNya.

4. Setiap musibah yang berlaku, mengandungi pelbagai hikmah.

Setiap cubaan yang diberikan oleh Allah pastinya mengandungi 1001 hikmah yang tidak kita ketahui. Cubaan adalah petanda kecintaan Allah pd hamba-Nya. Bagi orang-orang yang

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

beriman, pasti gembira apabila mendapat cubaan kerana bagi mereka, cubaan merupakan sebuah kesenangan dan kelapangan yang diberikan oleh Allah . Rasullullah SAW menyebutkan bahawa para Nabi telah ditimpa cubaan berupa penyakit dan kemiskinan. Kemudian beliau bersabda:

³«Dan sesungguhnya salah seorang diantara mereka benar-benar merasa gembira karena mendapat cobaan, sebagaimana salah seorang merasa gembira karena telah mendapatkan kelapangan.´ (HR. Ibnu Majah)

Contoh puisi:

( Antologi Musibah Gempa Padang) Hikmah di Balik Musibah Musibah yang terjadi padamu... Cobaan yang teramat sangat berat pada warga Masyarakatmu... Kepiluan karena kehilangan keluarga.. Kesedihan kerana kehilangan harta benda... Kepedihan karena porak peranda semua keindahan.. Miris... karena tak busa berbuat apa- apa disaat bencana.. Itu semua membuat ki prihatin pada ranah minang.. Sekarang.. Setelah semua itu terjadi, setelah semua berlalu.. Membuka mata kita untuk menyadari.. Bahwa tak akan rusak, tak akan binasa Kalau tidak izin Allah.. Bahwa Allah sayang pada kita Karena kita di berikan nya teguran... Bahwa... Allah tak akan mencoba umat NYA Di luar batas kemampuannya.. Kini... Kita akan memetik hikmahnya .. Karena setiap cobaan yang diberi Allah, Pasti ada hikmah.. Ratnaputri m/s (59-60)

Melalui puisi ini, Ratnaputri dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada musibah alam adalah, kita hendaklah percaya bahawa terdapat hikmah disebalik setiap cubaan dan ujian yang diberikan oleh Allah terhadap hamba-Nya. Yakinlah bahawa ada hikmah di

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

sebalik bencana yang menimpa. Rahmat Allah sentiasa terbentang selagi kita yakin dengan jalan menuju ke arah keredaan-Nya.

5. Kita hendaklah percaya bahawa segala bencana yang melanda

merupakan tanda kemurkaan Allah kepada umat-Nya.
Kemurkaan-Nya atau Mungkin lebih halus disebut peringatan-Nya merupakan sebahagian dari azab-Nya kerana kita sudah mulai lupa kepada-Nya, kerana kita sudah mulai berani melawan-Nya, bahkan nekad menentang-Nya serta mendustakan-Nya. Kini umat Islam semakin berani menentang perintah ALLAH dan mendekatkan diri kepada larangannya.

Contoh puisi:

( Antologi Musibah Gempa Padang) Pause Musibah Negeri ****** ya Allah..ya Rabb... Belum sempat kami menghela nafas untuk meraih mimpi Anak-anak kami Engkau sudah menunjukkan murka-Mu kepada kami Apakah kami termasuk dalam golongan orang-orang Yang Engkau murkai? Jack Efendi ( m/s 83)

Melalui puisi ini, Jack Efendi dengan jelas menunjukkan bahawa pengajaran daripada musibah alam adalah, Kita hendaklah percaya bahawa segala bencana yang melanda merupakan tanda kemurkaan Allah kepada umat-Nya. Kemurkaan ini kerana umat-Nya mulai leka dengan keseronokan hidup sehingga meninggalkan segala perintahnya dan mengerjakan segala larangannya. Antara perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah adalah meninggalkan solat

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

fardhu, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, keruntuhan moral, mensekutukan Allah dan sebagainya.

6. Kita hendaklah sedar bahawa hidup dan mati ditentukan oleh Allah.

Setiap yang bernyawa di dunia ini pasti akan mati. Itulah resmi kehidupan di muka bumi ini. Hidup dan mati setiap makhluki adalah atas kehendak Allah yang Maha Berkuasa. Tiada seorang pun yang mampu melawan ketentuan tersebut.

Contoh puisi:

( Antologi Musibah Gempa Padang) Bersedia Menanti Mati Dunia Dia yang punya manusia Dia yang ciptakan. Dia yang menghidupkan Dia yang mematikan Dia lakukan di padang HMS Abu Bakar (m/s150)

Melalui puisi ini, HMS Abu Bakar dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada musibah alam adalah Kita hendaklah menyedari bahawa setiap kehidupan dan kematian itu adalah ditentukan oleh Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu bila akan tiba saat kematian setiap umatnya. Hanya Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan umatnya.

7. Kita hendaklah sentiasa memohon keampunan kepada Allah

Setiap manusia tidak lali daripada melakukan kesilapan. Lantaran itu, kita hendaklah segera memohon keampunan kepada Allah jika menyedari kita telah melakukan kesilapan. Keampunan penting agar segala dosa- dosa kita mampu di luputkan, seterusnya untuk mendapat keredhaan daripada Allah.

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Contoh puisi:

( Antologi Musibah Gempa Padang) Bergumam Pada Sebuah Senja Wahai rakan-rakanku yang malang di Padang Kejapkan mata melukis angin dengan doa Dan keikhlasan Dengan kata-kata keampunan Sebab kita yang tidak mengetahui Kini di jemput takdir yang terbaris di kitab suci Kitab yang kita mulakan dan akhiri dengan kefahaman Yang belum tentu tepat dan benar Tetapi terus-terusan belajar. Arbak Othman (m/s 91)

Melalui puisi ini, Arbak Othman dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada musibah alam adalah, kita hendaklah sentiasa memohon keampunan kepada Allah. Keampunan daripada Allah boleh sahaja di pohon walaupun sedang berdepan dengan saat kematian. Penulis meminta agar semua mangsa gempa berdoa memohon keampunan kepada Allah agar segala dosa-dosa mereka di hapuskan. Dengan itu mereka mampu menempa ke pintu syurga.

8. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup. Musibah yang menimpa seseorang itu merupakan suatu dugaan yang diturunkan oleh Allah untuk menguji kecekalan iman umatnya. Lantaran itu, kita hendaklah sentiasa tabah dalam menghadapi segala musibah yang diturunkan oleh Allah supaya dapat meningkatkan tahap keimanan kita.

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Contoh puisi:

( Antologi Musibah Gempa Padang) Hikmah Di Balik Musibah Kedepan... Aku berdoa padamu ya Allah... Semoga semua warga ranah Minang akan tabah Dan tawakkal.. Semoga mereka diberi kesabaran, ketabahan dan kegigihan Untuk berbenah... Ratnaputri 2 (m/s 60)

Melalui puisi ini, Ratnaputri 2 dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada musibah alam adalah kita hendaklah tabah dalam menghadapi musibah yang di turunkan oleh Allah. Pengarang mendoakan agar mangsa gempa bumi di Padang tabah menghadapi musibah yang melanda.

9. Janganlah terlalu leka dengan kemewahan dunia sehingga melupakan

perintah Allah.
Kesibukan manusia berlumba-lumba untuk mengejar kemewahan duniawi mengakibatkan mereka sering melanggar perintah Allah. Oleh itu, kita janganlah terlalu alpa untuk mengejar kemewahan dunia semata-mata, sehingga melupakan segala suruhan Allah.

Contoh puisi:

( Antologi Musibah Gempa Padang) Gelegak 7, 6 Merak kuncup sayap angkara apa ini? sarang ranap dalam badai gelas arak bersepai gelinding menghentak dinding berlian, mutiara, wang dan keangkuhan sekedip mata ditelan bumi. Emmy Marthala (m/s 88)

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Melalui puisi ini, Emmy Marthala dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada musibah alam adalah janganlah terlalu alpa dengan kemewahan dunia sehingga melupakan perintah Allah. Puisi ini jelas menunjukkan masyarakat di Padang terlalu mengejar kebendaan dan kemewahan duniawi. Mereka leka dengan aktiviti sosialnya, dan taksub mencari kemewahan yang berupa berlian, mutiara dan wang ringgit. Di sebabkan terlalu leka dengan hal duniawi, mereka mula meminggirkan segala suruhan Allah. Akhirnya mereka mendapat pembalasan akibat kealpaan mereka sendiri.

10. Kita hendaklah taat kepada perintah Allah

Bencana alam merupakan kejadian yang seharusnya membuat kita taat kepada Allah S.W.A dan sekaligus mengakui kelemahan diri. Kejadian musibah bukanlah hukuman, tetapi hanya peringatan agar kita sedar, bahawa Allah berkuasa ke atas segalanya. Allah Maha Kuasa atas apa pun, sehingga Dia ³berhak´ menunjukkan kekuasanNya untuk memberikan pelajaran dan mendidik, agar kita lebih taat kepada-Nya.

Contoh puisi:

(Antologi Musibah Gempa Padang)
Untuk Kita Renungkan Anugerah dan bencana adalah kehendakNya kita mesti tabah menjalani Hanya cambuk kecil agar kita sadar, adalah Dia di atas segalanya.´

Ebiet G

Melalui puisi ini, pengarang dengan jelas menunjukkan bahawa, pengajaran daripada musibah alam adalah Kita hendaklah taat kepada perintah Allah. Segala perkara yang terjadi

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

dimuka bumi ini adalah atas kehendaknya. Dan kita sebagai hamba perlulah menerimanya dengan redha dan taat atas segala yang berlaku.

11. Musibah merupakan sebuah ujian daripada Allah .

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian dan cubaan. Apabila tidak diuji atau dicuba, maka tidak akan kelihatan keasliannya, sehingga orang tidak mengetahui mana yang emas tulen dan mana yang tembaga. Begitu juga terhadap manusia khususnya terhadap orang yang telah mengaku bahawa dirinya beriman, sudah tentu mereka harus melalui ujian dan cubaan pula. Terdapat pelbagai jenis ujian dan cubaan. Ada ujian yang menimpa badan, harta, anak, pengaruh kekuasaan, jawatan, aqidah dan lain-lain. Begitu juga perintah dan larangan dalam agama termasuk ujian dan cubaan, tegasnya agama itu sendiri adalah ujian dan cubaan. Ujian yang berat adalah nikmat kesenangan, sedangkan yang ringan adalah ujian yang menimpa pada badan, seperti terkena penyakit atau kemalangan. Ujian pada badan ini dimaksudkan untuk menguji kesabaran, kerelaan seseorang dalam menerima qadha dan qadar Allah s.w.t., kalau benar mereka sabar, diberikan pahala untuknya atau dihapuskan sebahagian dari dosanya atau diangkat darjatnya, hingga ujian itu menjadi suatu nikmat baginya. Kenyataan ini sangat ketara dalam bait
pertama dan bait terakhir puisi.

Contoh puisi:

( Antologi puisi ziarah ombak) Engkau tak Pernah Membenci. Tuhanku kekasih Engkau tak pernah membenci kecuali menguji sejauhmana kami bersabar sejauhmana kami merela

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

.... Tuhan yang pemaaf kami masih dapat bersabar kami telah dapat merela kami masih meminta uji tegur-Mu

Nurdin F. Joes:Banda Aceh, 19 Februari 2005

Nurdin yang juga kehilangan ramai anggota keluarga, walaupun bukan keluarga kandung, memandang Tsunami itu sebagai ujian kesabaran dan ketabahan. Bahkan, ia 'berani' menyatakan bahawa 'saudara-saudaranya' iaitu orang Aceh, masih sanggup menerima ujian Tuhan, malah jika Tuhan menghendaki lagi kami masih meminta ujian yang berupa tegur-Mu.

12. Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa beriman kepada Allah

dengan menerima kematian orang tersayang dengan penuh redha.
Ajal dan maut merupakan ketentuan Ilahi. Oleh itu, sebagai seorang insan yang beriman, kita hendaklah merelakan pemergian insan yang di sayangi dengan sepenuh hati. kita juga perlulah yakin bahawa setiap kehidupan itu pasti akan berakhir dengan kematian. Lantaran itu sebagai tanda kasih terhadap orang yang telah meninggal, kita haruslah sentiasa mendoakan rohnya semoga sentiasa dicucuri rahmat.

Contoh puisi:

( Antologi puisi ziarah ombak) 100 HARI ENGKAU KUNANTI (Untuk putraku: Husni Taufik) kukirim salam untukmu ketika fajar mulai merekah bibir ini mendesah membisikkan namamu kukirim salam untukmu ketika malam tanpa cahaya bibir ini bergetar menyebut namamu

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

rinduku padamu ananda seratus hari tanpa berita di laut manakah engkau merendam tawa di pulau manakah engkau membukit senda langitku yang biru samakah dengan langitmu adakah rinduku sama dengan rindumu di sini aku menanti dalam rindu yang ngilu dalam pasrah tanpa gelisah dalam doa tanpa suara

Dalam puisi itu, dapat dilihat keteguhan iman Faridah menyikapi apa yang terjadi pada anaknya yang hilang dalam Tsunami. Sebuah kerinduan sang ibu nampak kental dalam barisbaris puisi; sesuatu yang tidak boleh disembunyikan oleh seorang wanita yang melahirkan sang anak: adakah rinduku sama dengan rindumu. Namun, Faridah yakin bahawa batas antara kerinduan semu dan penantian kepulangan putranya ada.

13. Kita hendaklah berusaha untuk meneruskan kehidupan walaupun sering

dilanda musibah
Setiap orang yang di timpa musibah haruslah segera bangkit daripada mimpi ngeri tersebut. Hal ini bermaksud, mereka perlu untuk memperbaiki kehidupan dan negara yang musnah setelah diamuk gempa bumi dan tsunami Desember 2004. Secara fisik, Seorang penyair ternama Malaysia, Raja Ahmad Aminullah, ikut menyokong kebangkitan kembali Aceh dari semua kemusnahan.

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Contoh puisi:

( Antologi puisi ziarah ombak) TUNAS JIWA dari robohan kota dan desa pemusnahan ladang dan belantara bot nelayan dan hidupan ternakan teriakan tanpa putus kanak-kanak dan orang dewasa bangunkanlah dari cambah nyiur ke tunas jiwa merentas ombak dan gelombang tsunami hidup hidupkanlah seperti tunas-tunas kelapa yang membesar mengembara dari benua ke benua mengisyaratkan nyawa dan kehidupan yang bertahan bangun bangunkanlah jiwa-jiwa kental selepas mengharungi ombak dan gelombang melayari kehidupan seterusnya seperti phoenix bangun menghidupkan

Melalui puisi ini dapat di lihat pengajaran yang terdapat ialah kita hendaklah meneruskan kehidupan walau sering di landa musibah. Raja Amanullah begitu yakin akan keteguhan orang Aceh menghadapi ujian Ilahi. Beliau turut berharap orang Aceh dapat hidup di mana-mana sahaja bagaikan kelapa, yang akan tumbuh di mana ia terdampar. Kejadian bencana bukanlah penghalang untuk seseorang meneruskan kehidupan mereka.

14. Janganlah mengejar pembangunan sehingga mengabaikan alam sekitar.

Pada masa kini manusia begitu ghairah untuk mencapai pembangunan sehingga sanggup memusnahkan alam semulajadi. Alam semulajadi di musnahkan dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akibat dan kesan jangka panjangnya. Oleh itu, benarlah bahawa bencana alam merupakan suatu pengajaran kepada manusia akibat perlakuan rakus mereka kepada alam.

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Contoh puisi:

Sungai Kelang Hujan lebat Membawa banjir kilat Sungai kelang yang menerima sisa kota Dalam sabar dan diam Kali ini membuak Membalas dendam. Banjir kilat Air menjerat di tayar±tayar Angin memberat Di bumbung kereta Hujan telah menawan Ibu kota. Sungai kelang yang biasanya diam Sabar menanggung beban pembangunan Tiba-tiba bangun Membalas dendam.

(Pujangga Tidak Bernama 1994, 17)

Isu banjir kilat dilihat sebagai dendan sungai terhadap perlakuan manusia.dalam ghairah mengejar pembangunan, manusian kadang-kadang lupa bahawa mereka sedang mencederakan alam.pembinaan penempatan setinggan telah menyebabkan sungai kelang menjadi mangsa atau menanggung bebannya. Dalam sajak ini dapat di gambarkan keadaan sungai kelang yang tidak mengalir dan tidak mampu berbuat apa-apa ketika warga kota yang majoritinya terdiri daripada para setinggan yang juga terperangkap dalam arus kehidupan kota.menghumbankan sampah sarap ke dalamnya

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

3.0 KESIMPULAN
Dapatlah disimpulkan bahawa, Allah sentiasa menguji keimanan setiap hamba-Nya dengan pelbagai musibah. Musibah yang diturunkan oleh Allah bukan sekadar kematian sahaja, malah musibah itu didatangkan dalam pelbagai bentuk serta keadaan. Sesungguhnya hidup di dunia ini memang tidak sunyi daripada kesenangan dan kesusahan, daripada suka dan duka yang datang silih berganti. Barang siapa yang menyangka bahawa hidup ini hanya kesenangan, kegembiraan serta kemewahan semata atau menyangka bahawa hidup ini hanya kesusahan, kesedihan, kesempitan selama-lamanya, maka sudah pasti sangkaannya itu adalah sangkaan yang salah. Di antara kesenangan dan kesusahan itulah merupakan seni kehidupan, dan ianya juga telah merupakan sunnatullah pada alam semesta ini.

Jika kita melihat ujian Allah seperti banjir, tanah runtuh, ribut taufan, kebakaran hutan dan juga gempa bumi, sebagai umat Islam, kita perlu melihat apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran dan peringatan daripada Allah SWT kepada makhlukNya. Setiap peristiwa yang berlaku, pastinya mempunyai iktibar yang perlu dikaji dan diteliti oleh umat manusia dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Segala peristiwa ini juga akan membawa kita merujuk kepada konsep beriman kepada qada' dan qadar. Beriman kepada qada' dan qadar bermaksud kita meyakini dengan sebenar-benarnya keyakinan bahawa Allah SWT penguasa alam semesta ini juga mengaturkan apa jua yang ada di dalam alam ini. Tiada suatu kuasa yang boleh menghalang Allah SWT dan segala apa yang berlaku adalah di atas kehendak dan kebijaksanaanNya.

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

Mulai sekarang sedarlah bahawa, semua musibah merupakan kesan perbuatan manusia itu sendiri, kita harus sedar dan bertaubat. Bencana akan berakhir apabila manusia sedar dan kembali ke pangkal jalan. Apabila manusia tidak sedar maka bumi ini akan menghukum kita semua dengan berbagai masalah dan bencana yang mengerikan. Hanya dengan mengembalikan kesucian hati dan berpegang kepada Tuhanlah kita akan selamat dari semuanya.

Puisi boleh di jadikan wadah oleh para penulis untuk menyatakan perasaan mereka terutamanya kesedihan atas kejadian bencana alam di muka bumi ini. Selain itu, puisi yang bersifat universal juga mampu di terima ramai, seterusnya menarik lebih ramai pembaca menghayati tentang pengajaran yang terselit dalam setiap puisi yang mereka hasilkan. Secara tidak langsung, pengajaran- pengajaran ini mampu menyedarkan manusia tentang keburukan bencana alam. Akhir kata di harapkan musibah bencana alam dapatlah berkurangan setelah timbul kesedaran dalam diri para pembaca.

kesimpulannya, dalam menghadapi bencana dan musibah, marilah kita menghayati prinsip keimanan kepada qada' dan qadar yang menjadi asas kehidupan seorang mukmin ahli Alsunnah waljamaah. Setiap mukmin yang beriman kepada qada' dan qadar akan merasa lapang dada dan merupakan manusia yang paling jauh daripada sifat kecewa dan putus asa. Jika dia ditimpa kesusahan atau tidak tercapai apa yang dicita-citakan setelah dia berusaha dengan sebaikbaiknya, dia tidak sekali-kali menyesal atau merasa kecewa.

Jika seseorang itu diberikan nikmat, rahmat serta rezeki yang melimpah-ruah, mereka tidak akan terlalu gembira sehingga lupa dengan Allah SWT. Bagi mereka yang tidak ditimpa musibah, mereka akan terus bersyukur kepada Allah SWT dan akan membantu mereka yang tidak

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

bernasib baik. Ini adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh keihklasan dan memohon keredhaan daripada Allah SWT, kerana harta dan pendapatan yang diperolehinya di dunia ini, perlu dibelanjakan ke jalan Allah dan bukan untuk kepentingan diri sendiri sematamata.

MUSIBAH ALAM DAN PENGAJARANNYA DALAM PUISI

4.0 BIBLIOGRAFI
1. Zurina Hassan.Memoir Zurina Hassan menjejak puisi: penerbitan UKM, Bangi, 2003. 2. Dato Dr.Ahmad Khamal Abdullah (Dato Kemala). Musibah Gempa Padang. 2009. 3. D. Kemalawati dan Sulaiman Tripa (eds.). Antologi Puisi Ziarah Ombak. Banda Aceh:Lapena.2005. 4. Mohd. Harun al Rasyid. Lagu Pilu Orang Kuyu. Banda Aceh: Lapena. 2005 5. A. Teeuw. 1984. Sastra dan Ilmu Sastra Pengantar Teori. Jakarta: Pustaka Jaya.2005. 6. Http// www. Jabatan Agama Islam Selango.com ( JAIS). 20 Feb 2010. 10.pm

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->