You are on page 1of 10

 Nama sebenar : Abdullah bin abi khuhafah uthman bin umar bin ka’ab

 Tarikh lahir : 572 m dua tahun selepas kelahiran rasullullah


 Keturunan : bani quraisyh
 Pekerjaan : seorang ahli perniagaan yang Berjaya
 Tarikh wafat : 23 jamadilakhir 13 hijrah ketika usia beliau 63 tahun
 Beliau digelar as-siddiq kerana pendiriannya tetap teguh dan sentiasa yakin
akan apa apa sahaja yang dilakukan oleh Rasullulah ...

 Mendermakan keseluruhan hartanya dalam peperangan tabu’


 Sentiasa menemani rasullulah dalam setiap peperangan
 Menemani rasullah berhijrah dari mekah ke madinah

 Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar
mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis
yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah
bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan
menjadi khalifah pertama umat Islam.Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan
daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana
Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang
merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu
Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar.
Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu
Bakar selepas enam bulan.
 Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu dua tahun selepas
menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar.
Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina
Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar
mengesa masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang
baru.Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di
Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah
 Beliau adalah merupakan isteri nabi Muhammad s.a.w. yang pertama. Sebelum
berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid
dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan
suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan
suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.

 Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w.


hanya berumur 25 tahun.

 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum


hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri
nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang
dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah.

 Al-Qasim bin Muhammad


 Abdullah bin Muhammad
 Ibrahim bin Muhammad
 Zainab binti Muhammad
 Ruqaiyah binti Muhammad
 Ummu Kalthum binti Muhammad
 Fatimah binti Muhammad
 Sumayyah binti Khabbab merupakan hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-
Mughirah iaitu seorang pembesar Quraisy dan telah menetap bersama Abu Huzaifah
sedari kecil lagi memandangkan beliau seorang anak yatim piatu. Perwatakan beliau
yang baik dan taat kepada perintah tuannya
sememangnya menjadikan beliau cukup
disegani walaupun taraf beliau hanya
sebagai seorang hamba yang berkulit hitam.
Beliau juga ditakdirkan berkahwin dengan
Yasir yang juga bekerja dengan Abu
Huzaifah. Hasil perkahwinan itu mereka
dikurniakan seorang anak lelaki yang
bernama Ammar. Sumayyah sekeluarga
merupakan antara individu yang terawal
memeluk agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w.
di Mekah
 Kisah beliau yang masih dikenang adalah saat beliau sekeluarga ditangkap oleh Abu
Jahal dan kuncu-kuncunya. Dengan ketabahan hati Sumayyah sekeluarga serta taat
setianya mereka kepada Islam, mereka tidak gentar dengan seksaan-seksaan yang
dilakukan oleh Abu Jahal dan kuncu-kuncunya. Nabi Muhammad yang melihat
kejadian tersebut juga tidak mampu berbuat apa-apa. Baginda hanya mampu
bersabda, “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan
syurga.” Dalil ini menunjukkan jaminan Rasulullah kepada mereka sekeluarga
sebagai penghuni Syurga Jannatun Naim. Akhirnya dengan balingan lembing oleh
Abu Jahal, mereka sekeluarga gugur syahid dan Sumayyah merupakan wanita
pertama Islam yang gugur syahid.

Sumbangan Sumaiyah amat bermakna dalam mempertahankan kesucian akidah Islam.


Antaranya: Pertama, berani menyatakan yang hak. Kedua, Sanggup mempertaruhkan
nyawa kerana mempertahankan kesucian akidah. Ketiga, memberi imej yang baik kepada
umat Islam dalam soal mempertahankan agama Islam. Keempat, memperteguh keyakinan
dan keazaman penganut Islam yang lain untuk meneruskan perjuangan.

 Kaki dan tangan mereka diikat dan diheret ke tengah padang pasir yang panas terik
 Rumah mereka dibakar
 Dicucuk dengan besi panas
 Ditikam dengan lembing
 Dicungkil biji mata
 Dibenam ke dalam air
 Dilahirkan Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah
 Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani
Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah
s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri
dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.
 Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang
memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu
Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib
Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang
bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami
ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-
Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian
daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.
 Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di
Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin
terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup
menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah
menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai
juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap
juruazan atau bilal.

 Umayyah menyeksanya dengan dijemur ditengah panas padang pasir,kaki dan


tangannya diikat serta dadanya ditindih dengan batu besar.beliau tetap sabar
dengan mengucap kalimah ‘ahad’ ahad’ ahad’ yang bermaksud allah maha esa

Muezzin pertama dalam islam


Pernah menyertai peperangan bersama-sama rasullulah s.a.w
Contoh teladan yang unggul memperthankan kesucian islam
Bersama sama rasullulah s.a.w menyebarkan dakwah islam dikalangan hamba

You might also like