You are on page 1of 33

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan BersetiaYang SayaDengan Seberapa Daya
Upaya Saya Akan:

 Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara

 Menolong Orang Pada Setiap Masa

 Menurut Undang-Undang Pengakap


UNDANG-UNDANG

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan
orang-orang yang dibawahnya.
3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau
apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala
patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
9. Pengakap itu jimat dan cermat
10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

 Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;


 Memelihara satu cara hidup demokratik;
 Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
 Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak;
 Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 Kepercayaan kepada Tuhan,


 Kesetiaan kepada raja dan negara,
 Keluhuran perlembagaan,
 Kedaulatan undang-undang,
 Kesopanan dan kesusilaan
HORMAT PENGAKAP

Hormat Pengakap dilakukan apabila:

 Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan
persaudaraan dan penghormatan.

 Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

 Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

 Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

 Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

Cara Hormat Pengakap


Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari
telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari
menindih jari kelingking.

Makna Hormat Pengakap

Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:

 Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara


 Menolong orang pada setiap masa
 Menurut Undang-undang Pengakap.

Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa


maksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud
sebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang
Undang Pengakap.

Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan
pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.

COGANKATA PENGAKAP KANAK KANAK

Cogankata yang menjadi moto Pengakap Kanak-Kanak

"BUAT HABIS BAIK"


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA

Frank Cooper Sands

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands


menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910,
2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah
diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri
Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh
G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan
Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang
ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu
di Penang Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13
tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap
bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan
kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh
Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.
Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di
Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913
dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun
1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar
kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap

1910 Singapura F.C. Sands

1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .

1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman

1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff

1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker

1926 Perak I.R. Wheeler

1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone


1926 Selangor Ameen Akbar

1928 Johor

1927 Terengganu A.J. Gracle

1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong

1931 Perlis
SEJARAH PENGAKAP DUNIA

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde
Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell.

Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti
Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau
mempunyai tujuh orang adik-beradik.

Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan
ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama
ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan
di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.

Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-
pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di
bandar yang diserang itu.

Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati
BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu
perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.

Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang
sebuah buku bernama Scouting For Boys.

BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat
ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang
ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan
dasar dasar asas seorang manusia.

Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap
Agung bagi seluruh dunia.

Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden
Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja
mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan
Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang
aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang
diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.

Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah
menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia
kecuali negara-negara komunis.
Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam
pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada
mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord
Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja
popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.

Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua
Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan
usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.

Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan
pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan
kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap
apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh
kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.

Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :

TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.


CERITA HUTAN

MOWGLI

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan
paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan.
Harimau ini bernama Shere Khan.

Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak
sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan
seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu,
unggun api menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya
Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan
sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak
jauh dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia
terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia
ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu
adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan
diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.
Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan
dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah
berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.

Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri
dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan
menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui,
seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang
lain.

Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu
pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan
budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu,
yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba
hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti
budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama
keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala
sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka
mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan
berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.

Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan
atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan,
tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh,
hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari.
Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak
mereka ke Batu Sidang itu.

Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua
Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh
ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota
Kumpulan.

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut
sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila
Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-
tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.

"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup
bersama kumpulan Serigala!" katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa
menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan,
apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada
anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota
Kumpulan.

"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua
Kumpulan.

Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak
bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan
anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo,
seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.

Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu
Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan.
Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara
menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang
yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi
mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor
buruan.
Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan
disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai
anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai
anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.

Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah
Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.

Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan
kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka
memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya

dan

kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "


ISTIADAT LAUNG AGUNG

Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia.
Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik".
Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung
hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK

1. TUJUAN

1. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan


2. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
3. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
4. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
5. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG

1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring).
Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia
2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat
kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela
3. PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan
membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
4. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut
sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.
5. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan
PKK menjatuhkan tangan mereka.
6. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit.
Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan
kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan
hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus
berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan
perkataan BAIK, PKK suadah bangun tegak dalam keadaan sedia.
7. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar
"KAMU BUAT HABIS BAIK?"
8. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS
BAIK"
9. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan
tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.
3. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA

1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli
dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.
2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan
tiang bendera.
3. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera
untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera
serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke
tempat asalnya dengan berkawad.
4. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak n menyanyikan
lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap
kembali ke dalam bulatan seperti asal.
5. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata
"up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan
kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas
tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat
turunkan tangan.
6. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketau Pemimpin atau
minta menjalankan tugas lain.
7. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform
PKK sebelum membuat pengumuman.

LAGU KEBANGSAAN

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,


Raja kita selamat bertakhta,

Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,


Raja kita selamat bertakhta

Sila tunggu sebentar untuk mendengar lagu Negaraku


BENDERA MALAYSIA

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar
bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah
bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri:

1. Johor
2. Kedah
3. Kelantan
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. Pahang
7. Pulau Pinang
8. Perak
9. Perlis
10. Sabah
11. Sarawak
12. Selangor
13. Terengganu
14. Kerajaan Persekutuan.
15.
 Warna biru tua maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

 Anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.

 Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
 Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang
Maha Mulia Raja-raja.

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:

 Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,

 Menolong orang setiap masa,

 Menurut undang-undang Pengakap.

2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.

3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"

4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"

5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".


6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap
Sedunia".

7. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:

 Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",

 Hijau - "Pengakap Muda",

 Merah - "Pengakap Remaja"

8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

LAMBANG PENGAKAP DUNIA

1. Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada
Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
3. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
4. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
5. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
6. Warna putih-kesucian dan kebersihan.
SALAM PENGAKAP

Salam Pengakap Dunia Menggunakan Tangan Kiri

Salam Pengakap Malaysia Menggunakan Tangan Kanan

Salam Pengakap adalah tanda persaudaraan dan kepercayaan serta hormat kepada
saudara-saudara lain.

Ahli Pengakap di seluruh dunia berjabat tangan sesama sendiri dengan cara yang istimewa.
Mereka berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri sebagai persaudaraan dan
kepercayaan. Di sesetengah Negara termasuk Negara kita Malaysia, menggunakan tangan
kanan semasa berjabat tangan.

Bagaimana berjabat tangan tersebut wujud?

Semasa Baden-Powell bertugas sebagai askar di Afrika, dia menemui ketua-ketua dan
pahlawan-pahlawan yang terdiri daripada suku kaum yang membawa lembing dan perisai.
Pada suatu ketika, dua suku kaum ini selalu bermusuh-musuhan, meyerbu dan membunuh
sesama sendiri sehingga menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Permusuhan yang
berlanjutan itu akhirnya menemui jalan pendamai.
Taktik peperangan serta keberanian yang ditonjolkan oleh pahlawan-pahlawan kedua-dua
suku kaum menunjukkan kehebatan kepahlawanan masing-masing. Bila ketua salah satu
kaum terserempak dengan ketua lawannya, dia memberi isyarat kepada pahlawannya supaya
berundur.

Ketua suku kaum tersebut kemudian menghampiri ketua kaum lawannya secara bersendirian.
Ketika dia menghampiri lawannya dia menanggalkan perisai yang melindungi bahagian
dadanya dari terkena senjata musuh serta membuang lembingnya. Dia pun mengangkat
tangan kirinya kepada musuhnya sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan.

Tanda tersebut membawa kepada perundingan perdamaian di antara kedua-dua suku kaum
yang bermusuhan. Ketua suku kaum di Afrika sekarang menerima kenyataan bahawa orang
yang paling berani di antara orang berani adalah orang yang berjabat tangan dengan
menggunakan tangan kiri.

B-P menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi Pengakap di
seluruh dunia.
KUASA PENGANJUR

Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah:-

 Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan


Pengakap Malaysia;
 Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official signatories)
[ seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit
pengakap itu;
 Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap;
 Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di
mana perlu;
 Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran ( seperti rombongan, kembara,
perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli;
 Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di saekolahnya.

TEMPAT BERIBADAT

Mengetahui agama-agama di malaysia serta tempat-tempat ibadat seperti Masjid, Gereja,


Kuil, Tokong dan lain-lain di kawasan sekitar tempat tinggalnya.

 Masjid - Penganut Agama Islam


 Tokong - Penganut Agama Buddha
 Kuil - Penganut Agama Hindu
 Gereja - Penganut Agama Kristian
NILAI IBADAT

Rukun Iman ada enam perkara iaitu:

 Beriman Kepada Allah


 Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita
hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan
secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.

 Beriman Kepada Malaikat-Malaikat


 Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama
Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita
percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita
menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah.

 Beriman Kepada Rasul-Rasul


 Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh
Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.

 Beriman Kepada Kitab-Kitab


 Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah
yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran.

 Beriman Kepada Hari Kiamat


 Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini
masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan
kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.
 Beriman Kepada Qada' dan Qadar
 Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita
berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala
sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

Rukun Islam ada lima perkara iaitu:

 Mengucap dua kalimah syahadat


 “ Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi
Muhammad itu adalah pesuruh-Nya”
Dengan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan dengan
pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi
Muhammad adalah pesuruh-Nya.

 Solat Lima Waktu Sehari Semalam


 Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya.
Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat
dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

 Mengeluarkan Zakat
 Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian
daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

 Berpuasa di Bulan Ramadan


 Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada
Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini
secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan
kepada Allah s.w.t.

 Mengerjakan Haji Di Baitullah


 Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita
dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan
sekurang-kurangnya sekali dalam hidup
ASAS PERBARISAN

Rehatkan Diri

Senang Diri
Sedia

Ke Kanan Lurus

Ke Hadapan Lurus
Ke Kanan Pusing

Ke Kiri Pusing
Ke Belakang Pusing

Nota Tambahan:

Dalam sesuatu pertandingan kawad, butiran pemarkahan akan berdasarkan beberapa perkara
berikut (contoh untuk pemarkahan penuh bersamaan dengan 200 markah):

Persediaan Pasukan (20):

 Pakaian Lengkap (10)


 Kekemasan (5)
 Keseragaman (5)

Pergerakan & Formasi (Kawad Asas + Kawad Formasi = 180):

Kawad Asas (120):

 Ketua : Melaporkan pasukan (10)


 Ketua : Kata perintah (20)
 Ketua : Pengendalian pasukan (20)
 Ketua : Nada suara (10)
 Pasukan : Kekemasan berkawat (60)

Kawad Formasi (60):

 Pasukan : Kreativiti Formasi (30)


 Pasukan : Kemantapan (20)
 Pasukan : Dinamik (10)

Butiran berikut juga perlu diberi perhatian:


 kawad asas ketika masuk padang
 kawad statik
 kawad dinamik
 kawalan pasukan
 tutur cara pasukan melapor keluar dari padang kawad.

Markah akan ditolak sekiranya:

 berkawad di luar kawasan ditetapkan


 gagal meneruskan langkah
 pakaian asas atau aksesori terlucut atau tidak pada tempatnya
 tidak mengikut urutan kawad semasa masuk, keluar, mara menghadap dan formasi.
SERAGAM PENGAKAP

Topi

Skarf & Wogel

Baju Lengan Pendek


Tali Pinggang

Seluar Biru

Lencana Negeri, Daerah &


Kumpulan (Lengan Kanan)
Lencana Malaysia (Poket baju kanan) & Lencana Keahlian (Poket baju kiri)

Cara Pemakaian Lencana Di Lengan Baju Pengakap

You might also like