You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK KUMBAR

PULAU PINANG

MINIT CURAI

Nama Pegawai : Rosli bin Ibrahim

Jawatan : Penolong Kanan Pentadbiran

Mesyuarat Yang Dihadiri : Mesyuarat Peningkatan Pelajar PMR dan SPM

Penganjur : Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya

Tarikh : 26 Jun 2009

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Balik Pulau

Pengerusi : En. Huzaimi bin Mohd. Hashim (0174512550)


Penyelia, Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang

1.0 Butiran Mesyuarat

1.1 USM akan menjalankan Program Merakyatkan Ilmu pada setiap hari Sabtu
dan Ahad mulai 25 Julai 2009 hingga 23 Ogos 2009.
1.2 Program ini dikhaskan kepada 6 buah sekolah di PPD Selatan dan 6 buah
sekolah di PPD Barat Daya sahaja.
1.3 Program ini melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 3 dan 20 orang pelajar
Tingkatan 5 daripada setiap sekolah (tidak melibatkan pelajar aliran sains).
1.4 Program ini memberi fokus kepada Teknik Menjawab Soalan Bahasa
Melayu, Sejarah, Sains dan Matematik.
1.5 Program akan bermula pada jam 8.30 pagi dengan Sesi Motivasi dan diikuti
oleh dua Sesi Bengkel sebelum berakhir pada jam 4.30 petang.
1.6 Pelajar yang dipilih hendaklah pelajar daripada keluarga yang kurang
berkemampuan yang berpotensi untuk meningkatkan pencapaian mereka
dari D ke C/5C (atau lebih tinggi) atau C/5C ke B/3B (atau lebih tinggi).
Walau bagaimanapun, pihak sekolah boleh menggunakan budi bicaranya
dalam menentukan kriteria pemilihan tersebut.
1.7 Bas akan disediakan oleh pihak PPD. Waktu bertolak ke USM ialah pada jam
7.30 pagi dan waktu bertolak pulang ke SMKTK ialah pada jam 4.30 petang.
1.8 Pihak pengelola akan menyediakan Minum Pagi, Makan Tengah Hari dan
Minum Petang kepada semua pelajar dan guru.
1.9 Guru Pengiring dibenarkan membawa kenderaan sendiri dan tidak perlu
berada bersama-sama pelajar pada sepanjang masa.
1.10 Sekolah-sekolah daripada PPD Barat Daya akan terlibat dalam program ini
sebanyak 5 kali sahaja iaitu pada 25 & 26 Julai 2009, 8 & 9 Ogos 2009 dan
22 Ogos 2009.
2.0 Implikasi kepada Sekolah

2.1 Sekolah dikehendaki menyediakan 20 orang pelajar Tingkatan 3 dan 20


orang pelajar Tingkatan 5 untuk program tersebut.
2.2 Sekolah juga dikehendaki menyediakan 1 atau 2 orang guru (Guru GSTT
dibenarkan) sebagai Guru Pengiring bagi memastikan keselamatan pelajar.
2.3 Borang Kebenaran Waris hendaklah disediakan dalam 3 salinan. Salinan 1
disimpan di Sekolah, Salinan 2 dibawa oleh Guru Pengiring dan Salinan 3
dihantar ke PPD.
2.4 Semua pelajar dikehendaki memakai Pakaian Sekolah pada sepanjang masa
program tersebut berlangsung.
2.5 Pihak sekolah dikehendaki menyerahkan satu Senarai Nama Pelajar dan
Guru Pengiring (beserta nama dan nombor telefon PK Pentadbiran) kepada
PPD pada atau sebelum 17 Julai 2009 untuk perhatian dan tindakan Pn. Hjh.
Azizah.

Sekian untuk perhatian dan tindakan tuan/puan selanjutnya. Terima kasih.

ROSLI BIN IBRAHIM


PK Pentadbiran

You might also like