You are on page 1of 48

BAB 1

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian


Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik Safiah Karim,
2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan
banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga
dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata
pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti
pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran
yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan
bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan
penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang
yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid
mengalami dua proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Justeru,
proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan dengan berkesan
(Roselan Baki, 2003).

Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi
juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd.
Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah
dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami
apabila dibaca (Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu
menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan
karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita.
Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah
karangan. Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik
semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan
penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan karangan
fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis
mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan.

Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan kemahiran
menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat dalam pemikiran penulis
melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau menggubah perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran
mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga
penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001). Proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian bagi menjamin
kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid. Dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan kandungan, pengatahuan am, kemahiran
pedagogi dan sikap yang menggalakkan pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Lutfi
Syed Hamzah, 1994).
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003), menegaskan bahawa tumpuan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Malaysia (BM) ialah supaya murid dapat menggunakan BM secara berkesan
dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.
Selain itu, dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan, guru juga perlu mempertimbangkan pelbagai
gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid
dengan menggunakan strategi berpusatkan murid.

Kementerian Pelajaran berusaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dengan
memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif seperti
yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan yang dipelbagaikan dari segi
pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Dalam konteks pelaksanaan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru harus melakukan penerapan nilai murni, dan
penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003).
Teknik pengajaran guru juga mestilah sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira
penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep
konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Penggunaan pendekatan
pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan
murid memiliki lebih kemahiran sosial. Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid
memperoleh beberapa kemahiran seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih mengingati,
berkeyakinan, berinteraksi dan menyeronokkan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).
Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid
menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Oleh itu, salah satu
teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). KPK merujuk kepada kaedah pengajaran yang
memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).

Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga
untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung
antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas
pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif
menjadi popular pada tahun 1980-an kerana positifnya terhadap pencapaian iaitu yakin diri,
kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri (Mahzan Arshad, 2003). Strategi ini juga
menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina
mahupun mental masing-masing (Kamaruddin Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong menolong dan
bertindak sebagai satu pasukan perlu dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih faham, yakin
dan seronok untuk belajar (Johnson & Johnson, 1989).

Pernyataan Masalah
Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang ialah untuk memulakan
penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan kebolehan semata-mata atau soal
pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran pun turut
menghadapi masalah yang serupa (Flower, 1985 dalam Roselan Baki, 2003).

Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai keputusan yang baik
dalam peringkat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid Cina menyebabkan pencapaian mereka
dalam bidang akademik rendah kerana mereka tidak dapat menyatakan sesuatu dengan baik dan
berkesan melalui tulisan. Penutur bahasa Melayu keturunan Cina adalah yang paling banyak
menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek tempatan dalam penguasaan
bahasa (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Hal ini disebabkan struktur bahasa Cina berbeza dengan Bahasa
Malaysia.

Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam penulisan. Murid
kurang mampu untuk mengarang dengan baik tanpa bantuan guru. Ini berlaku terutamanya bagi
karangan berbentuk fakta dan karangan berbentuk naratif. Pemeriksaan terhadap beberapa buah
karangan yang ditulis oleh murid dalam ujian di sekolah memperlihatkan bahawa pencapaian dalam
penulisan karangan murid-murid tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka kekurangan
idea untuk menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan dalam kalangan murid bukan Melayu kurang
memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata (diksi), kosa kata, struktur ayat, jenis ayat dan sebagainya.

Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga tidak dapat dinafikan dengan kaedah yang digunakan
oleh guru semasa mengajar menulis dalam kelas. Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas
menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan
dalam melakukan tugasan (Roselan Baki, 2003). Cara dan gaya pengajaran guru dalam kelas lebih
kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk dan mengamalkan pendekatan
membincangkan isi untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Tambahan pula, suasana dalam kelas lebih
berorentasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata.

Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran penulisan khususnya dalam
memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih untuk meneroka maklumat sendiri melalui
pelbagai bahan sumber. Selalunya guru mengawal dari segi isi, bukan berperanan membantu menyaring
dan menyusun maklumat yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan begini sebenarnya akan
mendorong murid terlalu banyak bergantung kepada guru. Keadaan ini seterusnya menyebabkan murid
kurang berkemahiran untuk mengarang.

Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam
pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta dan karangan naratif dalam kalangan murid bukan
Melayu . Objektif kajian ini seperti di bawah:

Mengenal pasti pencapaian penulisan karangan jenis fakta dan naratif dalam pra ujian.
Mengenal pasti pencapaian penulisan karangan jenis fakta dan naratif dalam pasca ujian.
Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan pencapaian dalam penulisan karangan jenis fakta.
Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan pencapaian dalam penulisan karangan jenis naratif.
Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan pencapaian dalam penulisan jenis fakta dan naratif dalam
pra ujian dan pasca ujian.

Persoalan Kajian

Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?


Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta antara pra
ujian dengan pasca ujian?

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan jenis naratif antara
pra ujian dengan pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis fakta
dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?

Kepentingan kajian
Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaikan buah fikiran mereka dengan
berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya kemahiran
menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa walaupun perkembangan teknologi
maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan tertinggal Tanpa keupayaan menulis yang tinggi,
kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan
dikaji (Maharom Mamat, 2000). Justeru, kajian ini diharap dapat memberi maklumat tentnang
keberkesanan kemahiran menulis karangan fakta dan karangan naratif kepada murid, guru-guru dan
juga para penyelidik pada masa akan datang.

Hasil kajian ini penting untuk membantu para murid yang mempunyai masalah tidak berminat untuk
belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan pelajar yang
sering menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar bukan Melayu, di sebuah Sekolah
Menengah Kebangsaan di daerah Klang, Selangor dalam penguasaan kemahiran menulis karangan fakta
dan karangan naratif.
Kepada guru-guru BM, kajian ini mendedahkan kaedah pengajaran koperatif yang boleh dicuba dalam
pengajaran menulis karangan BM. Justeru, kajian ini diharap akan menjadi satu amalan kepada guru-
guru BM dan mencuba kaedah baru dalam pengajaran penulisan. Dengan cara ini, pengajaran dan
pembelajaran BM menjadi lebih menarik.

Kajian ini juga diharap dapat menambah koleksi bahan rujukan tentang penyelidikan yang dijalankan
dalam bidang penulisan pada masa akan datang yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada para
penyelidik.

Batasan Kajian
Kajian ini memberi penekanan kepada keberkesanan KPK dalam penulisan karangan fakta dan karangan
naratif BM dalan kalangan murid tingkatan dua. KPK digunakan kerana kaedah ini lebih menekankan
pembelajaran secara kumpulan yang bersesuaian dengan saranan agar aktiviti kumpulan dititikberatkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental satu
kumpulan eksperimen (KE). Kumpulan eksperimen ini ditadbirkan dua jenis ujian iaitu praujian dan
pasca ujian bagi membandingkan tahap penguasaan menulis karangan fakta dan karangan naratif. Kajian
ini melibatkan sampel yang terdiri daripada 40 orang murid bukan Melayu tingkatan dua di sebuah
sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Data dianalisis menggunakan perisian “SPSS” Versi 1.5.
Ujian-t digunakan untuk mengukur sama ada wujud keberkesanan antara dua min iaitu pra ujian dan
pasca ujian.

Definisi Operasional
Kajian ini melibatkan penggunaan beberapa istilah dan konsep yang perlu dijelaskan. Antara istilah dan
konsep yang digunakan ialah:

Keberkesanan pembelajaran
Perkataan ‘keberkesanan’ berasal daripada ‘kesan’. Kamus Dewan (2002:663) ‘Kesan’ membawa maksud
tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau keburukan. Manalaka
‘keberkesanan’ membawa maksud berkesannya sesuatu tindakan atau perbuatan.

Dalam konteks kajian ini ’keberkesanan’ bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada penggunaan
kaedah pembelajaran koperatif dalam proses penulisan karangan fakta dan karangan naratif dalam
kalangan murid bukan Melayu.

Kaedah Pembelajaran Koperatif


Perkataan ‘kaedah’ mengikut Kamus dewan (1993: 513) bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu.
Selain itu, ‘kaedah’ merupakan cara keseluruhan mengajar bahasa bagi mencapai tujuan-tujuan yang
tertentu melalui prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh satu-satu kaedah itu (Arbak Othman,
1989:13). ‘Kaedah’ juga membawa maksud langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang diatur untuk
mengajar sesuatu bahasa atau bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang dipegang (Abdullah
Hassan, 1996:114).

Manakala KPK ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan strategi ini,
murid-murid digalakkan berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber. Kaedah
pembelajaran ini membolehkan pelajar yang heterogen bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai matlamat bersama (Gan, 1999). Hal ini bermakna, pengelompokan murid kepada kumpulan
kecil merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan kaedah ini.
Langkah seterusnya diserahkan kepada kumpulan-kumpulan murid berkenaan untuk berbincang dan
melantik ketua, pencatat, pelapor dan seumpamanya. Aktiviti ini memberi ruang kepada murid-murid
tadi untuk berinteraksi serta menyesuaikan diri antara satu sama lain. Aktiviti ini sangat penting kepada
murid yang lemah menguasai literasi membaca dan menulis.

Dalam konteks kajian ini, KPK merujuk kepada penggunaan teknik Putaran Giliran (Round Robin) dan
Meja Bulat (Round Table) kumpulan eksperimen dalam penulisan karangan fakta dan karangan naratif
dalam kalangan murid bukan Melayu. Melalui KPK murid dapat belajar secara bekerjasama untuk
mencapai matlamat pembelajaran dalam penulisan kedua-dua karangan tersebut.

Teknik Putaran Giliran (Round Robin) dan Meja Bulat (Round Table)
Dalam teknik Putaran Giliran (Round Robin), setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat
masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka (Kagan, 1994; Zawiah Abd. Shukor, 2001).
Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing sambil
menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah proses bertukar-
tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan bermakna.

Manakala teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara
bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. (Kagan, 1994; Zawiah Abd. Shukor, 2001).
Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini
dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu
idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan idea tersebut, setiap ahli digalakkan untuk membaca
dan menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan mereka mantap dan bermakna. Akhirnya, menerusi
teknik tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. Kedua-dua teknik ini hampir
sama dengan teknik Cooperatif Integrated Reading and Composition (CIRC).CIRC merupakan program
komprehensif untuk mengajarkan membaca dan menulis pada peringkat sekolah menengah (Madden,
Slavin, & Stevan, 1986 dalam Stavin 2008). Para murid ditugaskan untuk berpasangan dalam kumpulan
mereka untuk belajar dalam serangkaian kegiatan yang bersifat kognitif, termasuk membacakan certia
satu sama lain, membuat prediksi mengenai bahagian akhir berkaitan cerita naratif. Mereka juga saling
bekerjasama dalam menghasilkan cerita, menulis idea, dan melatih pengucapan, penerimaan dan kosa
kata (Slavin, 2008 halaman 16-17)

Menulis Karangan
Menulis adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi (Yahya Othman, 2005).
Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran menulis sebagai keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas.
Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999) penulisan ialah urutan ayat-ayat yang disusun
dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain dengan cara-cara tertentu. Urutan ini
mungkin panjang dan mungkin pendek. Walau bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini dapat membentuk
satu kesatuan yang jelas maksudnya.

Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun
perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-
peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan tersusun
(Kamarudin Hj. Husin, 1998).

Dalam kajian ini, menulis karangan adalah menulis karangan jenis karangan naratif dan karangan fakta.

Karangan Naratif
Karangan naratif menceritakan semula peristiwa-peristiwa yang telah berlaku menurut susunan
kronologi peristiwa-peristiwa itu terjadi (Abdd. Aziz Abd. Talib, 1989). Teks naratif menampilkan
pelbagai cerita dan disusun dalam satu pola yang mengandungi bahagian pengenalan, perkembangan
dan akhiran (Mahzan Arshad, 2003). Penulisan naratif boleh bersifat peribadi dan umum. Naratif
peribadi merupakan peristiwa yang melibatkan diri penulis sendiri. Naratif umum pula peristiwa yang
didengar atau diimaginasikan oleh penulis. Penulisan naratif biasanya dipaparkan mengikut urutan yang
kronologi (Roselan Baki, 2003).

Dalam konteks kajian ini, penyelidik membuat penilaian tentang karangan naratif umum iaitu peristiwa
yang diimaginasikan oleh penulis.

Karangan Fakta
Karangan fakta lebih memerlukan pernyataan fakta dan huraian yang mantap. Segala tanggapan yang
bertentangan tentang sesuatu isu atau perkara haruslah disokong dengan hujah-hujah dan fakta sebagai
pembuktian. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian sokongan yang mengandungi
keterangan, contoh, analogi, anekdot atau ungkapan berwibawa (Roselan Baki, 2003).

Dalam konteks kajian ini, karangan fakta merujuk kepada suatu tajuk perbincangan atau pendapat yang
memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti untuk menyokong pernyataan.

BAB II
SOROTAN LITERATUR

Pengenalan
Bab ini membincangkan aspek yang berkaitan sorotan literatur seperti teori yang mendasari
pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis karangan, rajah pembelajaran koperatif, ciri-ciri
karangan yang bermutu, prinsip-prinsip pembelajaran koperatif, kesan pembelajaran koperatif dan
kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan pembelajaran koperatif.

Teori Psikologi Leo S.Vygotsky dalam Proses Penulisan


Pelbagai perspektif mempengaruhi pengajaran kemahiran literasi amnya, dan penulisan khususnya,
seperti perspektif pemprosesan maklumat, perspektif naturalis, dan perspektif Vygotskian (McCathey &
Raphael, 1992 dalam Roselan Baki, 2003). Teori psikologi Vygotsky (1978) yang mengaitkan interaksi
lisan dengan pemikiran, sejarah sosial dan budaya melahirkan perspektif baru tentang proses
pengajaran dan pembelajaran (Roselan Baki, 2003). Proses pembelajaran bermula daripada konteks
sosial ke konteks individual, dengan interaksi lisan sebagai medium dan alat yang menghubungkan
kedua-dua konteks berkenaan. Interaksi lisan memungkinkan pembinaan pengetahuan, kefahaman dan
makna berdasarkan idea dan pemikiran yang murid miliki, dan perolehi daripada orang lain. Untuk kajian
ini, perspektif Vygotskian yang menghubungkaitkan proses kognitif dengan sejarah dan budaya komuniti
menjadi sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Proses pembelajaran
bermula daripada konteks sosial ke konteks individual, dengan interaksi lisan sebagai medium dan alat
yang menghubungkan kedua-dua konteks berkenaan. Sehubungan dengan itu, KPK berfokuskan
perbincangan dalam kumpulan iaitu murid berinteraksi antara satu sama lain secara lisan untuk
mendapatkan idea dan bertukar-tukar pendapat dalam proses pembelajaran penulisan karangan.

Harste dalam Mahzan Arshad (2003), berpendapat bahawa manusia tidak mengetahui sesuatu perkara
dengan sendirinya. Segala pengetahuan adalah hasil daripada penggabungan pengetahuan dengan
orang lain yang kita kenali serta dapat membezakan apa yang kita tahu dengan apa yang orang lain tahu.
Apabila guru memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti interaksi dalam kelas, lebih banyak
pembelajaran berlaku.

Dalam hal ini, kanak-kanak belajar apabila mereka terlibat dengan aktiviti budaya dan sosial di sekeliling
mereka. Interaksi dengan orang lain di persekitaran mereka terutamanya ibu bapa dan rakan sebaya
akan membantu mereka dalam proses perkembangan (Vygotsky, 1978 dalam Roselan Baki, 2003). Hasil
daripada interaksi dengan orang lain, kanak-kanak belajar untuk memahami sesuatu atau mula
mendapat pengetahuan. Pengetahuan itu akan menjadi pengalaman yang membantu proses
pembelajaran.

Dalam kajian Marohaini Yusoff (1999) mendapati bahawa sepanjang proses menulis karangan, murid
seringkali berinteraksi dengan kawan-kawan walaupun guru tidak membenarkan mereka bercakap dan
berkongsi pendapat ketika menulis karangan dalam bilik darjah. Sauders dalam Ahmad Zaini (2000)
menegaskan tentang perlunya bekerjasama dengan rakan sebaya dalam pembelajaran menulis
terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan bersama dan menerbitkan
bersama.

Pendapat-pendapat di atas adalah selari dengan perspektif psikologi sosiolinguitik yang melihat proses
menulis sebagai satu proses yang melibatkan aktiviti kognitif, sosial dan bahasa dalam meningkatkan
pengetahuan literasi (berbahasa) murid. Hal ini disebabkan kanak-kanak menguasai pengetahuan literasi
ketika mereka berhubung dengan orang lain dan mereka dapat meningkatkan penguasaan literasi
mereka jika mereka dapat berinteraksi dalam masyarakat secara bermakna.

Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Malaysia iaitu menulis
bebas, menulis berkolabratif dan menulis berkoperatif. Menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang
minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas
menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini. Menulis berkolabratif dilakukan secara
berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan
dalam karangan untuk membantu murid yang kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif
ialah satu kaedah pengajaran menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru
dan murid akan sama-sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan sama-sam
mencari isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian.

Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan untuk menghubungkan orang yang lebih berkebolehan,
iaitu guru, dan murid-murid yang lebih pintar dengan pelajar yang sedang menjalani pembelajaran
(Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003). Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid
yang pelbagai kebolehan membawa memberi idea atau pendapat dalam penulisan karangan seperti
yang terkandung dalam KPK.

Model Pembelajaran Menulis Secara Koperatif


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bilik darjah terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang
perlu digunakan oleh guru untuk menarik minat murid dan menjadikan P&P lebih berkesan. Salah
satunya ialah Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) Terdapat beberapa model KPK telah
diperkembangkan dalam P&P, misalnya Jigsaw, TGT (Teams-Games-Tournaments atau Kumpulan
Pertandingan Permainan), STAD (Students Teams- Achievement Division atau dikenali Kumpulan
Pembahagian Pencapaian Murid), Belajar Bersama (Learning Together), Permainan Panggil Nombor
(Numbered Heads), Round Robin (Putaran Giliran), Meja Bulat (Round Table) dan sebagainya (Kagan,
1992).

Berdasarkan teknik-teknik dan prinsip-prinsip KPK, pengkaji mengguna teknik Round Robin (Putaran
Giliran), Meja Bulat (Round Table) dalam penulisan karangan fakta dan karangan naratif. Dalam teknik
Round Robin, setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan
mengikut putaran giliran mereka. Melalui teknik ini berlakulah proses bertukar-tukar idea dan
pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan bermakna.

Manakala dalam teknik Round Table pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara bergilir-gilir
dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk
melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan
agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan
idea tersebut, setiap ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan
mereka mantap dan bermakna. Akhirnya, menerusi teknik tersebut, mereka dapat menguasai
kemahiran menulis dengan baik. KPK yang digunakan dalam kajian ini boleh ditunjukkan dalam Rajah 1.

Guru memberi arahan/ tugasan

Pelaksanaan tugasan secara berkumpulan

mengutarakan pendapat berkongsi maklumat membaca dan menyemak


masing-masing secara secara bergilir-gilir hasil tugasan
lisan mengikut putaran
Membuat Refleksigiliran mereka.

Membuat pembetulan isi, huraian, contoh,


kesalahan bahasa, olahan dan sebagainya.

Rajah 1: Pengajaran KPK dalam penulisan karangan fakta dan naratif BM.
Rajah 1 menunjukkan cara pelaksaan pengajaran menggunakan KPK semasa rawatan dijalankan ke atas
sampel kajian. Rancangan pelajaran bagi sesi rawatan tersebut adalah seperti dalam lampiran A yang
disertakan. Dalam pengajaran penulisan karangan, murid dilatih untuk bekerjasama menghargai isi,
memberi contoh dan menulis dengan bahasa yang betul, tepat dan berkesan. Di samping itu murid
dilatih untuk membanding hasil kerja sendiri dengan hasil kerja rakan-rakan dalam bilik darjah. KPK ini
dijalankan dijalankan untuk membantu murid menulis dengan lebih berkesan.

Ciri-ciri Karangan yang Bermutu


Sesebuah karangan dianggap baik jika memenuhi sekurang-kurangnya 3 aspek dalam penulisan iaitu isi
yang cukup, logik, huraian yang tepat, penyusunan yang baik dan gaya bahasa yang menarik (Lembaga
Peperiksaan, 2008). Tema haruslah dapat dikembangkan secara teratur dalam perenggan yang
bersepadu dan adanya peratutan dengan baik. Gaya bahasa menarik dari segi ayat yang gramatis,
berkesan dan pelbagai gaya

Dari segi perspektif guru, karangan yang dianggap bermutu mestilah mempunyai ciri-ciri berikut (Abdul
Hamid Ahmad, 1998). Antara ciri tersebut ialah isi karangan bertepatan dengan kaedah soalan atau
tajuk, isi karangan dihurai dengan tepat dan diberi contoh yang sesuai. Selain itu, idea dijalin mengikut
urutan kepentingan dengan menggunakan penanda wacana, pemilihan perkataan mestilah tepat, isi
karangan menepati mod wacana penulisan, gaya bahasa menarik dan mempunyai kepelbagaian. Di
samping itu, ayat digunakan hendaklah gramatis, berkesan dan tidak ada kesalahan tata bahasa. Unsur
peribahasa diselitkan secara berkesan, penggunaan tanda baca yang tepat serta setiap perenggan hanya
mempunyai satu isi sahaja.
Laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi SPM 2002 (Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2003) menggariskan maksud karangan yang cemerlang sebagai karangan yang dapat
memberi takrif kepada tajuk dengan baik, menyertakan contoh yangs sesuai, mengemukakan isi lebih
daripada tiga dan menghuaraikan serta mengembangkan isi dengan jelas. Isu-isu yang diutarakan dapat
dikupas secara matang dan dikaitkan setiap isu dengan keadaan semasa. Idea-idea yang dikemukan pula
matang, jelas dan teratur.

Dari aspek bahasa pula, karangan ditulis dengan bahasa yang memuaskan, lancar, terdapat kepelbagaian
dan keragaman dalam struktur ayat, gramatis dan pemilihan diksi yang sesuai mengikut tajuk yang
dibincangkan. Kesalahan bahasa pula kecil dan tidak ketara. Pengolahan, penyampaian dan
pemerengganan menarik dan berkesan.

Menurut Lembaga Peperiksaan lagi, sesuatu karangan dinilai sebagai sederhana apabila karangan yang
dihasilkan agak samar dengan tajuk yang diberi, kurang jelas dan gagal mengemukakan isi yang tepat. Isi
dalam karangan kurang dan bercampur aduk, kurang sesuai, kurang berkembang, idea dan contoh yang
diberikan kurang matang. Bahasa kurang memuaskan dan kadangkala salah penggunaannya.
Kepelbagaian dan keragaman ayatnya juga kurang. Pengolahan kurang menarik dan kurang berkesan.

Karangan dinilai sebagai lemah apabila murid gagal menulis mengikut kehendak soalan, memberi takrif
yang kurang tepat kepada tajuk, memberi isi yang tidak jelas, kabur dan tidak berkaitan. Huraian isi
kurang, tidak berkembang atau lemah, contoh kurang tepat, bahasa yang digunakan tidak lancer dan
banyak melakukan kesalahan tatabahasa sehingga sukar memahamimaksud ayat. Struktur ayat lemah
dan tiada keragaman serta kurang daripada 100 patah perkataan.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif


Terdapat 5 elemen yang perlu dipegang dalam KPK (Johnson dan Johnson, 1994). Antaranya ialah ahli-
ahli saling bergantung secara positif. Setiap ahli kumpulan mesti sedar bahawa mereka mempunyai
kaitan dengan orang lain dan usaha untuk melakukan sesuatu tidak akan berjaya jika usaha tidak
dilakukan bersama. Setiap ahli kumpulan harus sedar mereka saling bergantung dalam melaksanakan
beban tugas. Dalam hal ini, ahli-ahli kumpulan sedar mereka tenggelam bersama-sama. Sehubungan itu,
interaksi bersemuka merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam KPK. Dalam elemen ini, setiap
ahli perlu berkomunikasi secara bersemuka, membuat kerja bersama dan menunjukkan kesungguhan
untuk berkongsi maklumat dan berbincang dalam melaksanakan dan menyempurnakan tugasan dan
mencapai matlamat kumpulan.

Rasa tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan antara ahli kumpulan juga terkandung dalam elemen
KPK. Setiap kumpulan bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan mesti mempunyai
kesedaran untuk bekerjasama dan meyumbang tenaga untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan
sempurna. Setiap orang dalam kumpulan harus belajar dan terlibat secara aktif untuk membantu
kumpulannya berjaya (Jacobs, 1995). Selain itu, kemahiran sosial perlu diberi penekanan yang berfungsi
secara berkesan dalam kumpulan. Kemahiran sosial penting kerana tanpa kemahiran sosial, ahli
kumpulan akan menghadapi kesukaran dalam melaksanakan aktiviti kumpulan. Antara kemahiran sosial
yang harus ditekankan kepada ahli kumpulan ialah aspek kepimpinan, saling percaya, kemahiran
komunikasi, membuat keputusan dan sebagainya. Prinsip yang terakhir ialah pemprosesan kumpulan.
Tugasan perlu dilakukan secara muafakat dan keputusan yang dibuat adalah hasil persetujuan bersama.
Setiap ahli harus saling bantu-membantu, membuat keputusan bersama dan berusaha membuat
pembaikan dalam tugasan. Dalam hal ini, guru dan murid harus berupaya membuat refleksi sejauhmana
P&P telah berjaya (Kagan, 1994).

Implikasi Pembelajaran Koperatif terhadap Kemahiran Menulis


Kajian-kajian yang dilakukan telah menunjukkan keberkesanan pembelajaran koperatif dari segi
pencapaian akademik di samping meningkatkan proses sosialilasi murid. Melalui kaedah pembelajaran
koperatif ini, murid berpeluang meneguhkan domain kognitif dan domain efektif.

Berdasarkan domain afektif, Sharon & Slavin (1989) dalam Zakaria Kassim (2003) menyatakan
pembelajaran koperatif meninggalkan pelbagai kesan yang dapat dikenal pasti seperti lebih
bekerjasama, saling meningkatkan harga diri dan menyayangi sekolah. Kajian yang dijalankan
menunjukkan murid yang belajar secara koperatif lebih bekerjasama dan saling bergantungan antara
satu sama lain berbanding kaedah pembelajaran secara individu.

Setelah dapat bekerjasama dalam kumpulan mereka juga akan saling menerima dan bertukar-tukar idea
antara satu sama lain. Perhubungan dengan individu akan mewujudkan persahabatan tanpa mengira
kaum dan kedudukan. Seterusnya pelajar berasakan diri mereka diterima dan dihargai oleh rakan-rakan.
Harga kendiri mereka akan meningkat dan secara tidak langsung mereka akan lebih menyanyangi
sekolah dan berminat untuk belajar.

Sehubungan itu, Johnson and Johnson (1994) dalam Mahzan Arshad (2003) menjelaskan bahawa belajar
secara berkoperatif memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti sosial dalam bilik
darjah dengan aktif. Kumpulan pembelajaran berkoperatif boleh terdiri daripada tiga orang atau lebih
dalam satu-satu kumpulan. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif
pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu menguatkan nada suara supaya didengari dan
difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik
kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.

Zakaria Kassim (2003) bersetuju bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat mengendalikan pelajar
melaksanakan tugas-tugas secara bersemuka. Kaedah pembelajaran koperatif juga mendorong pelajar
berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya secara harmoni. Dengan cara demikian, kaedah
pembelajaran koperatif memupuk nilai-nilai murni seperti kejujuran, bekerjasama, saling menghormati,
bertanggungjawab, bertolak-ansur berperikemanusiaan, sanggup berkorban sepakat dan berinisiatif.
Pelaksanaan tugas secara berkoperatif dapat menumpukan pelakuan dan keyakinan diri murid.
Berdasarkan domain kognitif pula, kajian oleh beberapa tokoh pengkaji (Deuttsh, 1949; Thomas, 1957;
Hulten dan De Vries, 1976; Madden dan slavin, 1983; Robert E. Slavin, Terjemahan Nurulita, D.Zubaedi,
2008) menunjukkan pembelajaran koperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif
pelajar. Pembelajaran koperatif yang menggunakan kerjasama dalam kumpulan kecil yang terdiri
daripada pelajar dari pelbagai kebolehan membolehkan pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan
tugasan yang diberikan bagi menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Dalam hal ini, kerjasama
dalam kumpulan sangat diperlukan supaya setiap individu dapat mencapai apa yang dihasratkan dan
dapat memperoleh manfaat bersama (Kagan, 1994).

Sehubungan itu, semua kaedah belajar bersama menekankan tanggungjawab setiap ahli dalam
kumpulan dengan tidak mengambil kira pencapaian akademik. Apabila yang cerdas berada dalam
kumpulan yang kurang cerdas, namun ia akan memberi faedah kepada golongan yang berbeza dalam
satu kumpulan (Robert E. Slavin, 2008).

Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk menguasai sesuatu
subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk tujuan ini,
pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Ini
mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi, yang meningkatkan daya ingatan dan
seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Justeru, kumpulan murid yang diajar dengan pendekatan pembelajaran koperatif mencatat pencapaian
yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang diajar melalui kaedah tradisional (Cheah dan
Poon, 1998). Dengan menggunakan kaedah kumpulan kecil, pelajar-pelajar dapat berkongsi kekuatan
dan membaiki kelemahan masing-masing. Selain itu, kemahiran interpersonal dapat dibentuk selain
daripada belajar menyelesaikan masalah bersama-sama. Melalui penempatan ke dalam kumpulan dan
memberi tugasan kepada mereka menyebabkan mereka perlu bekerjasama, saling bergantung antara
satu sama lain. Tanggungjawab menyelesaikan tugasan merupakan kaedah yang amat baik untuk
memberi peluang kepada pelajar memenuhi keperluan sosial mereka. Permuafakatan ini akan
membantu dan menggalakkan pembelajaran yang aktif.

KPK boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk membina peribadi insan mulia, menanam nilai-nilai
positif hidup bermasyarakat selain membantu perkembangan emosi dan mental pelajar (Robert E.
Slavin, 2008). Perkembangan koperatif tidak hanya berperanan meningkatkan prestasi akademik sahaja,
malah harus dilihat dalam aspek yang lebih luas iaitu pembentukan sahsiah generasi akan datang.

Sehubungan dengan itu, beliau bersutuju bahawa KPK juga mendorong pelajar meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran. Murid lebih cenderung dan berminat belajar sambil bertukar-
tukar pendapat atau berinteraksi dengan rakan. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran
koperatif menyumbang kepada peningkatan pelajar jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran
secara tradisonal.

Kaitan pembelajaran Koperatif dengan penulisan karangan


Menurut Vygotsky, pembelajaran bahasa harus bermula dengan aktiviti yang bersifat sosial sebelum
menjadi aktiviti yang bersifat individual dan personal (Roselan Baki, 2003). Oleh itu, sebelum pelajar
mula diminta untuk menulis karangan, mereka perlu diberi peluang melakukan aktiviti yang
membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru. Oleh itu, aktiviti perbincangan, aktiviti
kumpulan dan sebagainya perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Manusia tidak mengetahui sesuatu perkara dengan sendirinya. Segala pengetahuan adalah hasil
daripada penggabungan pengetahuan dengan orang lain yang kita kenali serta dapat membezakan apa
yang kita tahu dengan orang lain tahu. (Harste dalam Mahzan Arshad, 2003). Apabila guru memberi
peluang kepada pelajar melakukan aktiviti interstektualiti dalam kelas, lebih banyak pembelajaran
berlaku.

Dalam menghasilkan penulisan misalnya, pelajar gemar berinteraksi dengan aktif dengan membuat
perbandingan antara teks yang ditulisnya dengan teks yang ditulis oleh rakan yang lain. Hasil penulisan
secara individu ini apabila digabung akan menghasilkan penulisan yang mantap. Dalam hal ini, Saunders
(1999) dalam Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya kerjasama dalam pembelajaran menulis
terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan bersama dan menerbitkan
bersama.

Pendapat-pendapat di atas adalah selari dengan perspektif psikologi sosiolinguistik yang melihat proses
menulis sebagai satu proses yang melibatkan aktiviti kognitif, sosial dan bahasa dalam meningkatkan
pengetahuan literasi (berbahasa) pelajar. Ini adalah kerana kanak-kanak menguasai pengetahuan literasi
ketika mereka berhubung dengan orang lain dan mereka dapat meningkatkan penguasan literasi mereka
dalam masyarakat secara bermakna.

Kajian Berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif Aspek Penulisan Karangan


Rosni Yusof (1999) telah mengunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD (Students Teams-
Achievement Division) atau dikenali sebagai Kumpulan Pembahagian Pencapaian Murid, bagi melihat
pencapaian pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Kebangsaan di negeri Melaka dalam aspek
tersebut. Hasil eksperimen selama empat minggu mendapati bahawa pendekatan koperatif amat
berjaya berbanding dengan kaedah tradisional.

Kajian yang serupa dilakukan oleh Suraya (1999) dalam Masitah Zainuddin (2005), di Negara Brunei
Darul Salam. Beliau menggunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD, ke atas pelajar tingkatan tiga
dalam jangka masa enam minggu. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan pembelajaran koperatif
begitu berkesan berbanding tradisional.

Ahmad Zaini Yaacob (2000) yang mengkaji tentang kesan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar
tingkatan empat di luar bandar. Beliau telah menyelidik cara pembelajaran koperatif dapat
meningkatkan mutu penulisan pelajar. Enam aspek yang spesifik dalam penulisan karangan telah
ditumpukan dalam kajian beliau iaitu kematangan fikiran, perbendaharaan kata, olahan, struktur kata,
isi dan kesalahan bahasa. Beliau telah mendedahkan teknik koperatif kepada kumpulan rawatan.
Mereka diajar cara bekerjasama dalam kumpulan untuk menghasilkan karangan. Pelajar yang
didedahkan dengan kaedah ini didapati meningkat dari segi perancangan, penjanaan idea, mencari
bahan, olahan dan struktur kata dalam karangan pelajar. Dapatan kajian beliau menunjukkan
pembelajaran koperatif dapat meningkatkan aspek-aspek tersebut dalam mutu penulisan pelajar.

Zawiah Abd. Shukor dan rakan-rakan (2001), telah membuat kajian yang lebih menarik tentang
pengajaran penulisan dengan mencuba strategi pembelajaran koperatif menggunakan teknik ‘Round
Robin’ dan ‘Round Table’ dalam proses penulisan dalam kalangan murid tahun empat sebuah sekolah
rendah. Kajian yang dilakukan oleh mereka cuba meninjau kekuatan dan kelemahan kedua-dua teknik
berkenaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan. Kajian ini juga telah melihat
cara pengguna teknik ini boleh mendorong murid untuk menghasilkan karangan yang baik.

Roslina Othman (2002) telah mengkaji tentang strategi pembelajaran koperatif dalam kalangan kanak-
kanak bermasalah pendengaran di Kelantan pula mendapati kanak-kanak yang mengikuti strategi
pembelajaran koperatif telah menunjukkan pencapaian lebih baik dalam mengenal huruf dan suku kata
berbanding kanak-kanak yang belajar dengan kaedah tradisional.

Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam menulis
karangan BM. Kajian dilakukan terhadap 30 orang pelajar di Sekolah Menengah di daerah Kuala Nerang,
Kedah. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dan peningkatan dari segi penulisan
karangan terhadap kaedah yang digunakan oleh guru dalam penulisan karangan. Terdapat perbezaan
yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam menulis karangan sebelum dan selepas dirawat dengan
kaedah pembelajaran koperatif. Hasil hubungan interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah
berjaya meningkatkan pengetahuan kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.

Masitah Zainuddin (2005), dalam kajiannya tentang keberkesanan teknik pembelajaran koperatif dalam
penulisan karangan BM pelajar tingkatan dua. Kaedah yang digunakan adalah kaedah eksperimen yang
memakan masa selama hampir sebulan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar sekolah
menengah, di daerah Kangar, Perlis. Hasil kajian mendapati bahawa pembelajaran koperatif berjaya
meningkatkan penulisan dalam karangan setelah sesi rawatan dijalankan. Pelajar didapati bekerjasama,
tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap tanpa mengira perbezaan yang
wujud sesama mereka. Pembelajaran koperatif juga boleh membina kemahiran menulis yang berkualiti
tinggi di samping mengatasi masalah kesantunan mengembang, menghurai, menjana supaya lebih
mantap dan bernas.

Kajian Berkaitan Pengajaran Karangan dan Pembelajaran Koperatif Secara Am

Taylor, E. (2000) melalui kajian beliau terhadap murid yang diajar mengunakan unsur naratif iaitu cerita
rakyat. Hasil kajian mendapati teknik ini berkesan untuk murid lemah serta murid yang cemerlang pada
masa sama. Cerita rakyat memperkenalkan penggunaan bahasa yang pelbagai kepada murid.
Berdasarkan pemerhatian beliau terhadap murid yang diajar menggunakan cerita rakyat, beliau
mendapati murid-murid ini menunjukkan minat serta bersemangat untuk belajar. Pada akhir
pengajaran, murid-murid mengulas bahawa sesi pengajaran menggunakan cerita rakyat merupakan
bahagian yang paling disukai mereka. Cerita rakyat mempunyai ciri-ciri istimewa yang sesuai untuk
pengajaran bahasa. Pengulangan pada bahagian-bahagian tertentu membolehkan perbendaharaan kata
serta tatabahasa baharu diperoleh. Malah sangat sesuai untuk meningkatkan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.

Dayang Rositer Awang Ibrahim (2001), mengkaji tentang keberkesanan penggunaan Kaedah
Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa Bahasa Melayu.
Kajian eksperimental menggunakan Rekabentuk Kumpulan Kawalan Pra-Ujian-Pasca-Ujian telah
dijalankan di sekolah Menengah di daerah Kapar, Klang, yang melibatkan 64 orang pelajar. Pelajar ini
dibahagikan kepada dua kumpulan rawatan secara padanan iaitu 32 dalam eksperimen (KPK) dan 32 lagi
dalam kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Hasil kajian mendapati bahawa KPK secara relatif lebih
berkesan dalam pengajaran tatabahasa berbanding dengan kaedah tradisional.
Nor Azizah Salleh dan kawan-kawan (2002), mengkaji sejauh manakah pembelajaran koperatif dalam
mata pelajaran Sains dapat menerapkan nilai murni; bekerjasama; berdikari; kasih sayang; kebersihan
mental; kejujuran ; kerajinan dan rasional. Seramai 990 orang pelajar tingkatan dua dari 12 buah sekolah
di Selangor diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik (pra
ujian dan pasca ujian), pemerhatian guru dan temu bual pelajar. Kaedah kuasi eksperimen dijalankan
dengan mengambil setiap sekolah dua buah kelas dijadikan sample, sebuah dijadikan kelas eksperimen
dan sebuah lagi dijadikan kelas kawalan. Hasil kajian menunjukkan semua nilai murni yang dapat
diterapkan melalui kaeadah pembelajaran koperatif dan setiap nilai murni didapati berbeza antara
sekolah.

Kajian oleh Zakaria Kassim (2003) memberi tumpuan kepada kemahiran komunikasi, pembabitan dan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran perdagangan melalui kaedah permainan jigsaw II dan STAD
(Students Teams- Achievement Division atau dikenali Kumpulan Pembahagian Pencapaian Murid).
Beliau menjalankan kajian secara kuasi eksperimen selama 11 minggu bagi memastikan kesan kedua-
dua kaedah ke atas pencapaian, pembabitan dan amalan berkomunikasi pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif menyumbang kepada peningkatan pelajar jika
dibandingkan dengan kaedah pembelajaran secara konversional.

Faridah Hanim (2003), dalam kajiannya terhadap empat orang guru matematik di sebuah sekolah
menengah. Secara spesifik kajian ini meneroka faktor-faktor yang mendorong guru matematik
mengamalkan pembelajaran koperatif di samping mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
mereka. Hasil kajian mendapati bahawa lima faktor yang mempengaruhi guru matematik mengamalkan
pembelajaran koperatif iaitu pelajar, guru, kemudahan fizikal, kumpulan sokongan dan budaya sekolah.
Terdapat tujuh masalah yang telah dikenal pasti menyulitkan pelaksanaan pembelajaran koperatif
adalah pelajar, guru, masa, kaeadah penagajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, latihan dan
kandungan pelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru matematik mempunyai pengetahuan
yang sederhana mengenai pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran bilik darjah masing-
masing. Antara kaedah yang kerap digunakan oleh mereka ialah kaedah berstruktur, jigsaw dan Team-
Games-Tournaments. Hampir kesemua elemen dalam pembelajaran koperatif diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran kecuali kemahiran social dan refleksi kumpulan.
Tok Hoon Seng (2006) dalam kajiannya yang bertajuk “Cooperative Learning And Achievement In English
Language Acquisition N A Literature Class In A Secondary School”, menyatakan bahawa pembelajaran
koperatif adalah satu usaha untuk mengelompokkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan ke
dalam kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum. Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi
dengan dapatan kajian oleh oleh Siti Hajar Abd Hamid (2007) dalam kajiannya yang bertajuk
“Pembelajaran Koperatif Menggunakan EPembelajaran Di Kalangan Pelajar Yang Mengambil Subjek
Telekomunikasi Dan Rangkaian, Fakulti Pendidikan, UTM Skudai Johor”. Hasil kajian menunjukkan
bahawa penggunaan kaedah pembelajaran secara koperatif dapat membantu pelajar dan guru di
sekolah dalam usaha untuk memantapkan strategi pengajaran dan pembelajaran mereka.

Zaenab Hanim dan kawan-kawan (2004), dalam kajiannya tentang Penggunaan Kaedah Pembelajaran
Koperatif (KPK) dalam Pengajaran Matematik: Penyelidikan Sekolah Rendah, mengkaji tiga pemboleh
ubah paling penting tentang kemampuan guru, memotovasikan pelajar dalam PK yang bertujuan untuk
mengubah amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. KPK yang digunakan dalam kajian ialah
struktur jigsaw, Tind The Find dan Pairs Check. Hasil penyelidikan menunujukkan bahawa kemampuan
guru mengalami masalah pada peringkat awal tindakan. Namun kemampuan guru tersebut semakin
meningkat pada peringkat pusingan akhir. Dapatan juga menunjukkan bahawa kemampuan guru
memotivasikan pelajar pada peringkat awal tindakan adalah rendah dan meningkat pada bahagian akhir.
Keseluruhannya, kemampuan guru menstruktur PK adalah tinggi daripada pemboleh ubah yang lainnya.
Ruslim Mohd. Salleh (2005), menjalankan kajian berbentuk eksperimen untuk melihat kesan
pembelajaran koperatif kaedah Jigsaw terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam tingkatan empat. Kajian dijalankan selama 10 minggu di sebuah sekolah menengah di daerah
Kulim, Kedah. Seramai 60 orang pelajar tingkatan empat dipilih untuk menduduki ujin pra dan
seterusnya dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan eksperimen didedahkan dengan pengajaran
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah
pengajaran sedia ada. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pembelajaran koperatif yang
menggunakan kaedah jigsaw telah meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam.

Hwang et al. (2005) dalam Cheah Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007) yang mengkaji tentang
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam penmbelajaran bacaan pemahaman teks di
kalangan murid SJK (c) dan SJK (T), mengesahkan jangkaan yang pembelajaran bersama membolehkan
pedagogi menjadi lebih berkesan dalam menambah keupayaan pelajar-pelajar untuk memperolehi
pengetahuan perakaunan daripada satu tradisional kuliah kaedah dalam pasif selaras persekitaran
pembelajaran. Kajian ini melanjutkan Hwang et al.'s (2005) mengkaji dengan meneroka keberkesanan
menggunakan pembelajaran bersama di darjah-darjah ilmu berbeza di dalam Bloom (1956) taksonomi.
Penemuan-penemuan positif pereplikaan ini dan sambungan adalah penting kerana mereka harus
mengukuhkan keyakinan pengajar-pengajar perakaunan yang mengajar di satu persekitaran
pembelajaran yang pasif dalam melaksanakan pedagogi ini untuk menyampaikan topik-topik
perakaunan yang telah menjadi semakin lebih kompleks atas dua dekad lepas.

Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007), dalam kajiannya bertajuk Keberkesanan Kaedah
Pembelajaran Koperatif Dalam Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks Di Kalangan Murid SJK ( C ) Dan
SJK ( T ).Tujuan kajian dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif (PK)
Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-Achievement Divisions-STAD) dan kaedah
Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil. Kajian dilakukan terhadap murid darjah lima dari dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK C)
dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK T). Seramai 160 orang murid dari dua buah sekolah Cina dan
Tamil telah terlibat sebagai sampel kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa kaedah PK
(BPPP) merupakan kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah PT dalam pencapaian bacaan
pemahaman teks. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbandingan, peningkatan pencapaian
pemahaman teks bagi pelajar yang mengikuti kaedah PK (BPPP) heterogenous adalah lebih tinggi
daripada pelajar yang mengikuti kaedah PK (BPPP) homogenous.

Kajian oleh Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri (2007) untuk meninjau faktor-faktor yang
mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains
Mara Gerik, Perak. Responden kajian terdiri daripada 132 orang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah
Sains Mara Gerik, Perak. Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian ini adalah satu set soalan soal
selidik. Hasil kajian, didapati bahawa faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan
terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara
Gerik, Perak.

Rumusan
Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dijalankan, jelaslah bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran
secara koperatif mendatangkan kesan yang positif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas rawatan. Sikap dan perlakuan mereka didapati mengalami perubahan menerusi pembelajaran
koperatif. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dirancang oleh guru kerana
mempunyai tanggungjawab untuk menaikkan imej kumpulan masing-masing. Semangat perpaduan,
kerjasama dan saling bantu membantu amat penting memandangkan kaedah pembelajaran yang
menekankan persaingan. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran koperatif juga sesuai
digunakan dalam apa jua mata pelajaran yang hendak diajarkan kepada pelajar.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan
Bab ini akan membincangkan metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian ini. Aspek-aspek
yang dibincangkan ialah kerangka konseptual kajian, reka bentuk kajian, pemilihan sampel, tempoh
masa kajian, prosuder kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan dan penganalisisan data statistik.

Kerangka Konseptual Kajian


Secara umumnya, KPK menegaskan bahawa aktiviti berkumpulan yang melibatkan perlakuan murid
dalam pembelajaran dapat menarik minat dan menjadikan pembelajarn lebih bermakna. Terdapat
beberapa model KPK telah diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran, misalnya Jigsaw, TGT
(Teams-Games-Tournaments atau Kumpulan Pertandingan Permainan), STAD (Students Teams-
Achievement Division atau dikenali Kumpulan Pembahagian Pencapaian Murid), Belajar Bersama
(Learning Together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), Putaran Giliran (Round Robin),
Meja Bulat (Round Table) dan sebagainya (Kagan, 1992).

Namun dalam kajian ini, melibatkan dua teknik dalam KPK iaitu Putaran Giliran dan Meja Bulat. Dalam
pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan, aktiviti kumpulan digunakan untuk aktiviti
perbincangan hasil yang diperoleh. Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap pencapaian murid
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam menulis karangan fakta dan karangan
naratif. Dapatan kajian ini, didapati bahawa KPK menggunakan Putaran Giliran dan Meja Bulat dapat
meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan karangan fakta dan naratif seperti Rajah 2.

Putaran Giliran (Round Robin)


Meja Bulat (Round Table)
Penulisan Karangan Fakta Dan Karangan Naratif
Pembelajaran Koperatif
PENCAPAIAN
Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental iaitu Rekabentuk Prapasca ujian Ujian Satu Kumpulan.
Reka bentuk praujian-pasca ujian satu kumpulan hanya menggunakan satu kumpulan eksperimen (KE)
untuk mengkaji kesan olahan pembolehubah tak bersandar. Sebelum subjek diberi olahan, cerapan
dilakukan dengan menggunakan praujian bagi menentukan kedudukan subjek. Selepas olahan diberi,
cerapan dilakukan sekali lagi bagi menentukan kedudukan subjek dengan menggunakan pasca ujian
(Mohd. Majid Konting, 2005). Seramai 40 orang murid ini telah diminta menduduki pra ujian menulis
karangan fakta dan karangan naratif. Selepas itu mereka diberi rawatan dengan Kaedah Pembelajaran
Koperatif. Setelah selesai rawatan, kumpulan murid ini diberi pasca ujian. Reka bentuk kajian yang
digunakan boleh ditunjukkan dalam rajah 2 seperti di bawah.

Pasca ujian
Rawatan
Pra ujian
Pra ujian
Pemilihan sampel

Rajah 3: Reka bentuk Kajian keberkesanan KPK dalam pengajaran


kemahiran menulis karangan fakta dan karangan naratif BM.

Berdasarkan Rajah 3 di atas pembolehubah bersandar kajian ini adalah skor pra ujian dan skor pasca
ujian ujian yang diperolehi dari kumpulan yang dikaji. Untuk mendapatkan skor tersebut, penyelidik
menjalankan satu ujian pencapaian untuk menguji penguasaan kemahiran menulis karangan fakta dan
karangan naratif Bahasa Malaysia (BM) murid. Oleh itu penyelidik akan menguji penguasaan kemahiran
menulis karangan fakta dan naratif BM murid melalui pengujian. Hasil daripada sesuatu ujian akan dapat
membantu guru menentukan hala-tuju dalam proses pengajarannya, khasnya dalam menentukan
objektif, kaedah dan bahan yang sesuai untuk pelajar (Popham, 2000:10).

Pembolehubah tak bersandar dalam kajian ini ialah kaedah rawatan, iaitu kaedah pembelajaran
koperatif (KPK). KPK yang digunakan ialah Putaran Giliran(Round Robin) dan Meja Bulat (Round Table).
Kaedah ini mudah dan sesuai digunakan bagi guru yang hendak mencuba KPK dalam bilik darjah (Kagan,
1994:71) dalam Zawiah Abd. Shukor (2001). Kaedah ini digunakan sebagai bahan rawatan utama yang
bersesuaian dengan objektif utama kajian ini, iaitu untuk melihat sejauh manakah berkesannya KPK
dalam meningkatkan prestasi murid dalam tingkatan dua dalam pembelajaran aspek kemahiran menulis
karangan BM.

Secara ringkasnya, penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah eksperimental yang
berasaskan reka bentuk kajian seperti yang digambarkan dalam rajah 3

Praujian Pembolehubah tak bersandar Pasca ujian


C1 O C2
Rajah 4: Rekabentuk Prapasca ujian Ujian Satu Kumpulan

Nota:
Simbol O mewakili olahan pembolehubah tak bersandar.
Simbol C mewakili cerapan terhadap pembolehubah bersandar. C1 digunakan untuk cerapan pertama
iaitu pra ujian.
Simbol C2 mewakili cerapan terhadap cerapan kedua dan biasanya untuk mencerap pasca ujian.
Tempat Kajian
Kajian ini di jalankan di sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di daerah Klang. Tempat ini
dipilih berdasarkan ciri-ciri yang didapati memenuhi syarat-syarat dan keperluan kajian, khususnya
populasi kajian. Semua murid di sokolah ini adalah terdiri daripada kaum Cina yang menggunakan
bahasa ibunda iaitu Bahasa Teochu dalam pertuturan seharian. Salah sebuah sekolah yang terletak di
daerah Pelabuhan Klang telah dipilih oleh pengkaji, iaitu sekolah gred B.

Selain itu, di tempat kajian terdapat ciri-ciri heterogenus yang mewakili murid lelaki dan perempuan
yang mempunyai pelbagai kebolehan. Kerjasama baik yang ditunjukkan oleh pentadbir sekolah
berkenaan juga memudahkan pengkaji mengakses maklumat untuk keperluan kajian ini.

Tempoh masa kajian


Kajian ini dijalankan dalam tempoh empat minggu. Dalam tempoh tersebut pengkaji telah memberi
penerangan tentang tujuan kajian, mengendalikan pra ujian dan mendedahkan KPK kepada sampel
terbabit. Pelaksanaan pengajaran koperatif dijalankan selama lapan kali pengajaran iaitu selama 40
minit untuk setiap karangan. Dalam tempoh seminggu, sampel akan diajar kemahiran menulis sebanyak
dua kali pengajaran. Setelah selesai menjalani rawatan dalam masa yang disebut, sampel menduduki pra
ujian.

Sampel Kajian
Sampel yang dipilih terdiri daripada murid tingkatan dua di sebuah sekolah menengah. Jumlah sampel
hendaklah melebihi 30 unit kerana andaian taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel
melebihi 30 unit (Mohd. Majid Konting, 2005). Seramai 40 orang murid telah dipilih secara rawak yang
terdiri terdiri daripada lelaki dan permpuan. Bilangan seramai ini memudahkan aktiviti pembahagian
kumpulan. Daripada jumlah tersebut terdapat 10 orang murid lelaki dan 30 murid perempuan.
Penentuan ini dibuat dengan memilih murid yang mempunyai ciri-ciri heterogenus dari segi kebolehan
dan pencapaian mereka. Secara amnya pecahan bilangan murid boleh diringkaskan seperti Jadual 1 di
bawah.

Jantina Kekerapan (Sampel) Peratus (%)


Lelaki 10 25
Perempuan 30 75
JUMLAH 40 100
Jadual 1: Sampel kajian mengikut jantina

Pengkaji memilih murid tingkatan dua kerana sampel sudah mempunyai pengalaman menulis karangan
setahun di tingkatan satu dan dianggap mahir dalam penulisan karangan. Kriteria yang dipertimbangkan
semasa memilih sampel kajian kerana mereka mempunyai pencapaian akademik yang berbeza dan
terdiri daripada murid lelaki dan perempuan yang mempunyai ciri-ciri heterogenus dari segi pencapaian
dan jantina. Keputusan dalam UPSR dan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun menjadi asas
pemilihan sampel. Sampel kemudian dirawat dengan menggunakan KPK dalam penulisan karangan.

Prosedur Kajian
Secara amnya kajian ini dijalankan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama, pengkaji menjalankan
aktiviti eksperimental seperti penerangan, pra ujian, kaedah belajar secara berkumpulan. Tujuan
perbincangan ini adalah untuk memberi gambaran kepada pelajar tentang kaedah pembelajaran secara
berkoperatif.

Peringkat kedua merupakan sesi rawatan. Jenis rawatan yang diberikan ialah menulis karangan secara
kerjasama dan berkongsi idea atau menulis secara berkoperatif dengan menggunakan teknik Putaran
Giliran dan Meja Bulat. Rancangan pelajaran bagi sesi rawatan tersebut adalah seperti dalam lampiran
A.

Dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan fakta dan karangan naratif, murid dilatih untuk
bekerjasama memberi pendapat, menghurai isi, memberi contoh bagi isi, menulis karangan dengan
bahasa yang betul, mengolah isi karangan dan membaiki kesalahan bersama rakan dalam kumpulan. Di
samping itu, murid dilatih untuk membanding hasil kerja sendiri dengan hasil kerja rakan-rakan dalam
bilik darjah.

Peringkat ketiga dalam eksperimen ialah setelah selesai menjalani pembelajaran menulis secara
berkoperatif, satu pasca ujian diberikan kepada pelajar. Data yang dikumpulkan melalui ujian ini
dibandingkan dengan data yang diperolehi dalam pra ujian untuk melihat keberkesanan KPK ke atas
pengajaran penulisan karangan fakta dan karangan naratif. Pelaksanaan KPK ke atas kumpulan
eksperimen adalah seperti Jadual 2 di bawah:

Jadual 2: Kelas Rawatan Pembelajaran Koperatif

Perjumpaan

Aktiviti

1
Perjumpaan pertama, murid diberikan soalan pra untuk menjawab dalam masa 40 minit sebelum
menjalani sebarang rawatan.
2
Penerangan tentang cara Pembelajaran Koperatif iaitu pembentukan kumpulan, ciri-ciri kumpulan yang
baik, dan fungsi kumpulan.
3
Pengenalan pendahuluan karangan yang terdiri daripada definisi tajuk, bukti, contoh, persoalan dan
pendapat tokoh. Murid dikehendaki menjalankan perbincangan dalam kumpulan.
4
Cara mendapatkan isi. Murid didedahkan dengan cara mencari isi berdasarkan isi, huraian, dan contoh.
Setiap isi dihurai berserta contoh. Pembentangan secara kumpulan dan soal jawab.
5
Cara mengembangkan isi. Setiap kumpulan perlu membincangkan isi-isi dan membuat pembentangan.
Setelah itu, sesi soal jawab dan kupasan isi.
6
Cara menyusun keutamaan isi. Perbincangan isi oleh setiap kumpulan, kemudian pembentangan isi oleh
ahli kumpualn. Seterusnya sesi soal jawab dan kupasan isi.
7
Penggunaan penanda wacana. Guru menerangkan kepentingan wacana dan gunanya. Murid mencari
dan menyenaraikan penanda wacana daripada teks yang diberi sebagai latihan.
8
Membuat penutup atau kesimpulan. Penerangan cara menulis penutup oleh guru. Perbincangan
penutup dalam kumpulan. Sesi soal jawab dan mencari penutup terbaik antara kumpulan.
9
Latihan menulis karangan berdasarkan apa yang didedahkan. Pembentangan hasil kumpulan, penilaian
karangan terbaik, sesi soal jawab dan rumusan kelemahan karangan.
10
Murid menjawab soalan pasca dalam masa 40 minit setelah selesai menjalani kelas rawatan.

Karangan yang diajarkan setiap minggu pelaksanaan rawatan ini adalah seperti dalam Lampiran A.
Sehubungan itu, pemarkahan ke atas penulisan pelajar dibuat dengan mengambil contoh pemarkahan
yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam PMR 2007. Kriteria pemarkahan yang baik
(A1 dan A2), sederhana (B dan C), dan lemah (D dan E) adalah seperti Jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Pemarkahan bagi karangan Karangan Respons terbuka (40 markah),
Kriteria Penskoran Bahagian C; Lembaga Peperiksaan 2008.

Peringkat
Markah
Kriteria

Cemerlang
33-40

(37-40)

(33-36)
-Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-Penggunaan penanda wacana yang betul.
-Ejaan dan tanda baca yang betul.
-Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
-Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh yang sesuai.
-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemenggalan yang sesuai dan format menepati kehendak
tugasan.
-Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.

Kepujian

25-32

(29-32)

(25-28)

-Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.


-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-Penggunaan penanda wacana yang betul.
-Ejaan dan tanda baca yang betul.
-Penggunaan kosa kata yang luas.
-Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh.
-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemenggalan yang sesuai dan format menepati kehendak
tugasan.
-Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.

Baik

17-24

(21-24)

(17-20)
-Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai.
-Eejaan dan tanda baca yang betul
-Penggunaan kosa kata luas.
-Idea yang relevan dengan huraian yang masih jelas.
-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemenggalan yang sesuai dan format menepati kehendak
tugasan.

Memuaskan

09-16

(13-16)

(09-12)

-Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.


-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai.
-Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.
-Penggunaan kosa kata terhad dan minimum.
-Idea yang relevan dengan huraian yang kurang jelas.
-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemenggalan yang sesuai dan format menepati kehendak
tugasan.

Penguasaan
minimum

01-08

(05-08)

(01-04)

-Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.


-Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.
-Keseluruhan jawapan calon menggambarkan bahasa yang tidak cekap.

Bagi tujuan kajian ini, pemarkahan terhadap isi, pengolahan dan bahasa dibuat secara holistik
berdasarkan kategori seperti jadual di atas. Markah penuh yang boleh diperoleh ialah 40 markah.
Jumlah markah yang diperoleh murid kemudiannya ditukarkan dalam bentuk peratus

Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini ialah dua set soalan ujian menulis karangan. Pra ujian dan pasca ujian digunakan
untuk mengukur kebolehan murid dalam menulis karangan fakta dan karangan naratif. Panjang
karangan yang perlu ditulis oleh murid bagi ujian ini tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Ujian
menulis karangan ini dibina sendiri oleh pengkaji. Kedua-dua ujian ini ditadbir dengan soalan ujian yang
sama. Tajuk karangan fakta ialah "Punca-punca berlakunya masalah gengsterisme dalam kalangan
murid”. Tujuan pra ujian diadakan adalah untuk menilai kebolehan mengarang murid sebelum rawatan
dijalankan.

Dalam karangan naratif pula tajuk yang diberikan menghendaki murid melengkapkan cerita dengan ayat
yang berikut ..... ’’Dia menyesal. Tetapi dia tidak mengulangi masa yang telah berlalu. Dia malu kerana
telah mencemarkan nama baik keluarganya” sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
lagi. Tujuan diadakan pasca ujian adalah untuk melihat pencapaian murid dalam mengarang setelah
mereka didedahkan dengan pendekatan koperatif dalam menulis karangan fakta dan karangan naratif.

Kesahan Instrumen
Soalan bagi ujian menulis karangan ini telah diuji kesahannya oleh dua orang guru Bahasa Malaysia di
sekolah berkenaan yang mempunyai pengalaman mengajar melebihi tiga tahun. Selain itu, untuk
memastikan soalan tersebut mempunyai kesahan kandungan yang tinggi, pengkaji juga telah
membandingkan soalan-soalan tersebut dengan peperiksaan sekolah-sekolah menengah yang lain.

Sehubungan itu, untuk menentukan kesahan pembahagian markah bagi menilai ujian penulisan
karangan fakta dan karangan naratif, sebanyak sepuluh karangan yang telah diperiksa oleh pengkaji
telah dipilih secara rawak untuk dinilai semula oleh guru yang mengajar lebih dari tiga tahun. Didapati
markah yang diberikan oleh pengkaji dengan guru berkenaan menunjukkan hubungan yang hampir
sama.

Penganalisisan dan Pemprosesan Data


Data yang dikumpul dalam kajian ini iaitu pra ujian dan pasca ujian dianalisis dengan menggunakan
program SPSS. Statistik deskriptif digunakan untuk menghitung min dan sisihan piawai yang diperoleh
daripada kedua-dua ujian yang dijalankan melalui Ujian-t. Nilai min dan nilai-t untuk markah ujian
karangan fakta dan karangan naratif dalam setiap kumpulan kemudian diperbandingkan untuk melihat
keberkesanan atau manfaat yang diperoleh daripada rawatan yang diberikan.
BAB 1V

DAPATAN KAJIAN

Pengenalan
Bab ini akan membentangkan dapatan kajian untuk melihat keberkesanan Kaedah Pembelajaran
Koperatif (KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta dan karangan naratif dalam
kalangan murid bukan Melayu di sekolah menengah. Selain itu, dapatan kajian bertujuan untuk
menjawab persoalan kajian dan kajian yang telah dibentuk. Data diananlisis dengan menggunakan
program Statistical Package For Sosial Science (SPSS 15). Pembentangan hasil analisis kajian dijalankan
secara analisis deskriptif dan analisis inferens.
Soalan kajian tersebut dinyatakan seperti di bawah:
Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?
Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta antara pra
ujian dengan pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan jenis naratif antara
pra ujian dengan pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis fakta
dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?
Bahagian analisis deskriptif hanya melibatkan analisis berkaitan taburan frekuensi, peratus, skor min dan
sisihan piawai. Manakala bahagian analisis inferens akan melibatkan analisis berkaitan Ujian-t. Bagi
tujuan analisis inferens aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Pemilihan ujian analisis dapatan
berdasarkan kepada objektif kajian yang bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang
dikemukakan.

Data Demografi Sampel Kajian


Kajian ini melibatkan seramai 40 orang murid dari sebuah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor.
Jadual 4 menunjukkan pecahan sampel kajian mengikut jantina.

Jadual 4: Pecahan Sampel Kajian Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan (Sampel) Peratus (%)


Lelaki 10 25
Perempuan 30 75
JUMLAH 40 100

Jadual 4 menunjukkan pecahan sampel kajian mengikut jantina. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang
atau 25% murid lelaki dan 30 orang atau 75% murid perempuan. Ini menunjukkan bahawa sampel
karangan murid perempuan lebih ramai berbanding murid lelaki.

Peringkat-peringkat Pencapaian Murid


Mengikut skema pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia 2008, Bahagian C karangan respons
terbuka, terdapat lima peringkat pencapaian seperti yang disenaraikan dalam Jadual 5. Jumlah markah
keseluruhan adalah 40 markah

Jadual 5: Skema Pemarkahan Karangan Bahagian C (Lembaga Peperiksaan Malaysia


2008)

Markah Peringkat Pencapaian


A
(33 – 40) Cemerlang
B
(25 – 32) Baik
C
(18 – 24) Memuaskan
D
(10 – 17) Kurang Memuaskan
E
(1 – 9) Pencapaian Minimum
Jadual 5 menunjukkan peringkat-peringkat pencapaian karangan yang terdiri daripada Cemerlang atau A
(33-40), Kepujian atau B (25-32), Baik atau C (18-24), Memuaskan atau D (10-17), dan Pencapaian
Minimum atau E (1-9). Bagi melihat tahap pencapaian keberkesanan KPK dalam pengajaran aspek
kemahiran menulis karangan fakta dan karangan naratif dalam kalangan murid bukan Melayu di sekolah
menengah, data akan dianalisis mengikut aras pemeringkatan yang telah dikategorikan seperti Jadual 5.

Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian


Berikut merupakan huraian dapatan kajian berdasarkan persoalan kajian. Terdapat lima persoalan kajian
dan huraian dapatan adalah seperti berikut:

Persoalan Kajian 1

Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?

Jadual 6 : Taburan Markah Pra ujian Karangan Fakta

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)


12.00 4 10
14.00 1 2.5
16.00 18 45
20.00 5 12.5
22.00 1 2.5
23.20 1 2.5
24.00 1 2.5
27.20 1 2.5
28.00 3 7.5
30.00 2 5.0
32.00 2 5.0
36.00 1 2.5
JUMLAH 40 100
Jadual 6 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan fakta. Didapati markah minimum yang
diperoleh murid ialah 12 markah dan markah maksimum ialah 36 markah. Markah yang kerap diperoleh
murid ialah 16 markah dengan 18 orang murid atau sebanyak 45 peratus. Manakala markah kedua kerap
ialah 20 markah yang diperoleh 5 orang murid atau sebanyak 12.5 peratus. Perbezaan seramai 13 orang
murid wujud atau sebanyak 32.5 peratus.

Jadual 7: Taburan Markah Pra ujian Karangan Naratif


Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)
12 1 2.5
16 8 20
18 7 17.5
20 17 42.5
22 3 7.5
24 2 5.0
30 1 2.5
36 1 2.5
JUMLAH 40 100

Jadual 7 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan naratif. Markah minimum yang diperoleh
murid semasa pra ujian dijalankan ialah 12 markah dan markah maksimum ialah 36 markah. Didapati
murid kerap mendapat 20 markah yang diperoleh seramai 17 orang murid atau sebanyak 42.5 peratus.
Markah kedua kerap yang diperoleh murid pula ialah 16 markah yang diperoleh seramai 8 orang murid
atau 20 peratus. Perbezaan sebanyak 9 orang murid wujud di antara markah yang kerap diperoleh murid
atau sebanyak 22.5 peratus.
Rajah 5: Perbandingan Taburan Markah Pra ujian Karangan Fakta dan Karangan Naratif

Rajah 5 menunjukkan markah pra ujian karangan fakta dan karangan naratif. Didapati murid dalam
karangan fakta kerap mendapat 16 markah manakala murid dalam karangan naratif kerap mendapat 20
markah. Perbezaan sebanyak 4 markah wujud antara markah yang kerap diperoleh kedua-dua jenis
karangan.

Jadual 8: Taburan Min dan Sisihan Piawai Pra ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif

Pra ujian Min Sisihan Piawai


Karangan Fakta 19.76 6.40
Karangan Naratif 19.65 3.98
Jadual 8 menunjukkan keputusan taburan min dan sisihan piawai pra ujian dalam karangan fakta dan
karangan naratif. Skor min bagi pra ujian bagi penulisan karangan fakta adalah 19.76 dan sisihan
piawainya adalah 6.40. Manakala skor min pra ujian bagi penulisan ujian naratif adalah 19.65 dan sisihan
piawai adalah 3.98. Didapati skor min pra ujian bagi penulisan ujian fakta adalah lebih tinggi daripada
skor min pra ujian bagi penulisan karangan naratif.

Jadual 9: Peringkat Pencapaian Murid Pra ujian Karangan Fakta

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus (%)


A 1 2.5
B 8 20.0
C 8 20.0
D 24 57.5
E00

Jadual 9 menunjukkan peringkat pencapaian murid pra ujian dalam karangan fakta. Dalam pra ujian
karangan fakta, didapati seorang murid mendapat keputusan Cemerlang dengan 2.5 peratus. Seramai 8
orang murid atau 20 peratus daripada sampel kajian mendapat keputusan Baik dan Memuaskan. Murid
paling ramai mendapat keputusan Kurang Memuaskan iaitu seramai 24 orang atau sebanyak 57.5
peratus.

Jadual 10: Peringkat Pencapaian Murid Pra ujian Karangan Naratif

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus (%)


A 1 2.5
B 1 2.5
C 29 72.5
D 9 22.5
E00
Jadual 10 menunjukkan peringkat pencapaian yang diperoleh murid semasa menjawab soalan karangan
naratif pra ujian. Didapati terdapat seorang murid atau sebanyak 2.5 peratus yang mendapat keputusan
Cemerlang dan Baik. Murid paling ramai mendapat keputusan Memuaskan iaitu seramai 29 orang atau
72.5 peratus. Manakala keputusan Kurang Memuaskan diperoleh seramai 9 orang murid atau sebanyak
22.5 peratus.
Rajah 6: Peringkat Pencapaian Murid Pra ujian Karangan Fakta dan Karangan Naratif

Rajah 6 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pra ujian untuk karangan fakta dan karangan
naratif. Dapatan menunjukkan murid semasa menjawab karangan fakta ramai berada dalam peringkat
pencapaian Kurang Memuaskan. Manakala murid semasa menjawab soalan karangan naratif banyak
mendapat peringkat Memuaskan. Murid semasa menjawab karangan naratif lebih ramai mendapat
peringkat pencapaian Memuaskan berbanding karangan fakta iaitu seramai 21 orang murid atau
sebanyak 52.5 peratus. Manakala peringkat Pencapaian Minimum paling ramai diperoleh murid
karangan fakta berbanding karangan naratif iaitu seramai 15 orang murid atau 35 peratus.

Persoalan Kajian 2
Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?

Untuk menjawab persoalan ini Jadual 11 merupakan taburan markah pasca ujian karangan fakta, Jadual
12 ialah taburan markah pasca ujian karangan naratif, Rajah 3 ialah perbandingan taburan markah
karangan fakta dan naratif, Jadual 13 ialah taburan nilai min dan sisihan piawai karangan fakta dan
naratif, Jadual 14 ialah peringkat pencapaian murid karangan fakta, Jadual 15 ialah peringkat pencapaian
murid karangan naratif dan Rajah 4 ialah perbandingan peringkat pencapaian murid karangan fakta dan
karangan naratif.

Jadual 11 : Taburan Markah Pasca ujian Karangan Fakta

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)


16 8 20
18 1 2.5
20 10 25
22 6 15
24 2 5
28 2 5
30 4 10
32 3 7.5
34 1 2.5
36 2 5
38 1 2.5
JUMLAH 40 100

Jadual 11 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan fakta. Markah minimum yang diperoleh
murid ialah 16 markah dan markah maksimum ialah 38 markah. Murid semasa pasca ujian karangan
fakta kerap mendapat 20 markah iaitu seramai 10 orang murid atau sebanyak 25 peratus. Markah kedua
yang kerap diperoleh murid ialah 16 markah iaitu seramai 8 orang murid atau sebanyak 20 peratus.
Perbezaan kekerapan antara markah yang kerap dan kedua kerap yang diperoleh murid ialah 2 orang
murid atau 5 peratus sahaja.

Jadual 12 : Taburan Markah Pasca ujian Karangan Naratif

Markah Taburan Frekuensi Peratus (%)


16.8 1 2.5
20 12 30
22 5 12.5
24 13 32.5
25.2 1 2.5
26 1 2.5
28 2 5
30 2 5
32.8 1 2.5
36 1 2.5
38 1 2.5
JUMLAH 40 100

Jadual 12 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan naratif. Didapati markah minimum yang
diperoleh murid ialah 16.8 markah dan markah maksimum ialah 38 markah. Markah yang kerap
diperoleh murid ialah 24 markah yang diperoleh seramai 13 orang murid atau 32.5 peratus. Ini diikuti
dengan 20 markah yang diperoleh seramai 12 orang atau 30 peratus. Perbezaan seramai seorang murid
sahaja atau sebanyak 2.5 peratus di antara markah kerap dan kedua kerap diperoleh murid semasa
menjawab karangan naratif pasca ujian.
Rajah 7: Perbandingan Taburan Markah Pasca ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif

Rajah 7 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan fakta dan karangan naratif. Didapati semasa
pasca ujian karangan fakta, murid paling kerap mendapat 20 markah manakala karangan naratif 24
markah. Perbezaan sebanyak 4 markah wujud antara markah yang paling kerap diperoleh murid dalam
karangan fakta dan karangan naratif.

Jadual 13: Taburan Min dan Sisihan Piawai Pasca ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif

Pasca ujian Min Sisihan Piawai


Karangan Fakta 23.55 6.56
Karangan Naratif 23.82 4.50

Jadual 13 menunjukkan taburan nilai min dan sisihan piawai karangan fakta dan karangan naratif.
Didapati nilai min yang diperoleh murid semasa pasca ujian karangan fakta ialah 23.55 dengan nilai
sisihan piawai 6.56. Manakala nilai min karangan naratif ialah 23.82 dengan nilai sisihan piawai 4.50.
Dapatan menunjukkan nilai min karangan naratif adalah lebih besar berbanding nilai min karangan
naratif pasca ujian.

Jadual 14: Peringkat Pencapaian Murid Pasca ujian Karangan Fakta

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus (%)


A 4 10
B 9 22.5
C 19 47.5
D 8 20.0
E00
Jadual 14 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan fakta. Murid didapati
paling ramai mendapat peringkat Memuaskan iaitu sebanyak 19 orang atau 47.5 peratus. Peringkat
kedua ramai diperoleh murid ialah peringkat Baik iaitu seramai 9 orang atau 22.5 peratus. Perbezaan
sebanyak 10 orang murid atau sebanyak 25 peratus antara peringkat paling banyak dan kedua diperoleh
murid.

Jadual 15: Peringkat Pencapaian Murid Pasca ujian Karangan Naratif

Peringkat Taburan Frekuensi Peratus (%)


A25
B 6 15
C 30 75
D 1 2.5
E 1 2.5

Jadual 15 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan naratif. Didapati
murid kerap berada dalam peringkat pencapaian Memuaskan iaitu diperoleh seramai 30 orang murid
atau 75 peratus. Peringkat kedua ramai yang diperoleh murid ialah peringkat Baik dengan 6 orang murid
atau sebanyak 15 peratus. Murid yang mendapat peringkat Memuaskan 24 orang lebih ramai
berbanding murid yang memperoleh peringkat Baik atau perbezaan sebanyak 60 peratus.
Rajah 8: Peringkat Pencapaian Murid Pasca ujian Karangan Fakta dan Karangan Naratif
Rajah 8 menunjukkan perbandingan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan fakta dan
karangan naratif. Murid-murid paling ramai mendapat peringkat Memuaskan dalam kedua-dua jenis
karangan. Namun, murid karangan naratif 11 orang lebih ramai atau 27.5 peratus lebih banyak
mendapat peringkat Memuaskan berbanding ketika menjawab karangan fakta. Walau bagaimanapun,
terdapat seorang murid atau 2.5 peratus yang mendapat peringkat Pencapaian Minimum.

Persoalan 3 :

Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta antara pra ujian dengan
pasca ujian?

Jadual 16: Ujian-t Perbezaan di Antara Pra ujian dengan Pasca ujian Bagi Penulisan

Karangan Fakta
Karangan Fakta Min SP t df p
10.80 39 0.0001
Pra ujian 19.76 6.40
Pasca ujian 23.55 6.56

Nota: Signifikan pada aras keertian 0.05


N= 40

Jadual 16 menunjukkan perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan karangan fakta.
Berdasarkan jadual tersebut, skor min pra ujian bagi penulisan karangan fakta adalah 19.76 dan sisihan
piawai adalah 6.40. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan karangan fakta adalah 23.55 dan
sisihan piawai adalah 6.56. Terdapat perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan
karangan fakta yang signifikan, t (39) = 10.80, p = 0.0001.

Persoalan Kajian Keempat :

Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis naratif antara pra ujian dengan
pasca ujian?

Jadual 17 : Ujian-t Perbezaan di Antara Pra ujian dengan Pasca ujian Bagi Penulisan
Karangan Naratif

Karangan Naratif Min SP t df p


5.54 39 0.0001
Pra ujian 19.65 3.98
Pasca ujian 23.82 4.50

Nota: Signifikan pada aras keertian 0.05


N= 40

Jadual 17 menunjukkan perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan karangan
naratif. Didapati skor min pra ujian bagi penulisan karangan naratif adalah 19.65 dan sisihan piawai
adalah 3.98. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan karangan naratif adalah 23.82 dan sisihan
piawai adalah 4.50.

Ujian-t yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pra ujian dengan
pasca ujian bagi penulisan karangan naratif iaitu, t (39) = 5.54, p = 0.0001.
Persoalan 5:

Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis fakta dengan naratif
dalam pra ujian dan pasca ujian?

Jadual 18 : Ujian-t Perbezaan di Antara Penulisan Fakta dan Penulisan Naratif Di Dalam
Penulisan Karangan

Pra ujian Min SP t df p


0.12 39 0.91
Karangan Fakta 19.76 6.40
Karangan Naratif 19.65 3.97
Nota: Signifikan pada aras keertian 0.05
N= 40

Jadual 19 : Ujian-t Perbezaan di Antara Penulisan Fakta dan Penulisan Naratif Di Dalam
Penulisan Karangan

Pasca ujian Min SP t df p


0.27 39 0.80
Karangan Fakta 23.55 6.56
Karangan Naratif 23.82 4.50
Nota: Signifikan pada aras keertian 0.05 N= 40
Berdasarkan Jadual 18, didapati semasa pra ujian skor min penulisan karangan fakta adalah 19.76 dan
sisihan piawai adalah 6.40. Manakala skor min penulisan karangan naratif adalah 19.65 dan sisihan
piawai adalah 3.97. Ujian-t yang dijalankan terhadap skor markah pra ujian mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta dengan naratif, t
(39) = 0.12.

Manakala Jadual 19 menunjukkan semasa pasca ujian skor min karangan fakta ialah 23.55 dengan nilai
sisihan piawai 6.56. Skor min pasca ujian karangan naratif pula ialah 23.82 dengan nilai sisihan piawai
4.50. Berdasarkan ujian-t yang dijalankan didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara
karangan fakta dan karangan naratif semasa pasca ujian iaitu, t (39) = 0.27, p = 0.80, d = 0.04. Perbezaan
kecil juga berlaku di antara markah karangan fakta dan karangan naratif pasca ujian iaitu, d = 0.40.
BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN

Pengenalan
Bab ini membincangkan data yang diperolehi dalam kajian. Bab ini juga mengemukakan rumusan dan
cadangan untuk kajian lanjut yang boleh dilakukan pada masa akan datang.

Perbincangan Hasil Kajian


Perbincangan kajian berfokuskan kepada huraian kajian berdasarkan persoalan kajian.

Persoalan 1
Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?

Berdasarkan dapatan kajian dalam bab 4, didapati dalam pra ujian karangan fakta, ramai murid berada
pada peringkat pencapaian Kurang Memuaskan. Manakala murid dalam karangan naratif banyak murid
mendapat peringkat Memuaskan. Peringkat pencapaian Memuaskan dalam karangan naratif lebih ramai
berbanding karangan fakta iaitu seramai 21 orang murid atau sebanyak 52.5 peratus. Manakala
peringkat Pencapaian Minimum paling ramai diperoleh murid karangan fakta berbanding karangan
naratif iaitu seramai 15 orang murid atau 35 peratus. Daripada keputusan markah yang diperoleh,
didapati murid mendapat markah yang lebih tinggi dalam menulis karangan naratif. Hal ini disebabkan
bahawa murid beranggapan bahawa penulisan karangan berbentuk imaginatif atau naratif adalah lebih
mudah berbanding dengan karangan fakta.
Dapatan kajian ini relevan dengan kajian oleh Taylor, E. (2000) melalui kajian beliau terhadap murid
yang diajar mengunakan cerita rakyat. Didapati teknik ini berkesan untuk murid lemah serta murid yang
cemerlang pada masa sama. Cerita rakyat memperkenalkan penggunaan bahasa yang pelbagai kepada
murid. Dapatan kajian mendapati murid-murid ini menunjukkan minat serta bersemangat untuk belajar.
Pengulangan pada bahagian-bahagian tertentu membolehkan perbendaharaan kata serta tatabahasa
baharu diperoleh. Malah sangat sesuai untuk meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.

Persoalan 2
Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?

Dapatan menunjukkan skor min pasca ujian bagi penulisan ujian fakta adalah lebih tinggi daripada skor
min pasca ujian bagi penulisan karangan naratif. Didapati semasa pasca ujian karangan fakta, murid
paling kerap mendapat 20 markah manakala karangan naratif 24 markah. Perbezaan sebanyak 4 markah
wujud antara markah yang paling kerap diperoleh murid dalam karangan fakta dan karangan naratif.
Murid-murid paling ramai mendapat peringkat Memuaskan dalam kedua-dua jenis karangan. Namun,
dalam karangan naratif seramai 11 orang lebih ramai atau 27.5 peratus lebih banyak mendapat
peringkat Memuaskan berbanding ketika menjawab karangan fakta. Walau bagaimanapun, terdapat
seorang murid atau 2.5 peratus yang mendapat peringkat Pencapaian Minimum. Hal ini disebabkan
murid sudah dapat menghuraikan isi-isi penting dengan baik setelah rawatan KPK diberikan.
Dapatan kajian di atas selaras dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Ahmad Zaini Yaacob (2000) yang
mengkaji tentang kesan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar tingkatan empat di luar bandar.
Pelajar yang didedahkan dengan kaedah ini didapati meningkat dari segi perancangan, penjanaan idea,
mencari bahan, olahan dan struktur kata dalam karangan pelajar. Dapatan kajian beliau menunjukkan
pembelajaran koperatif dapat meningkatkan aspek-aspek tersebut dalam mutu penulisan pelajar.

Persoalan 3
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta antara pra
ujian dengan pasca ujian?

Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pra ujian dengan pasca ujian.
Skor min pra ujian bagi penulisan karangan fakta adalah 19.76 dan sisihan piawai adalah 6.40. Manakala
skor min pasca ujian bagi penulisan karangan fakta adalah 23.55 dan sisihan piawai adalah 6.56. Dapatan
juga menunjukkan terdapat perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan karangan
fakta yang signifikan, t (39) = 10.80, p = 0.0001, d = 0.17. Namun, perbezaan adalah kecil iaitu, d = 0.17 di
antara pra ujian dan pasca ujian bagi penulisan karangan fakta. Kesimpulan yang dibuat ialah
pencapaian karangan fakta dan karangan naratif dalam pasca ujian lebih tinggi berbanding dengan pra
ujian.

Dapatan kajian ini relevan dengan kajian oleh Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang
keberkesanan pembelajaran koperatif dalam menulis karangan BM. Dapatan kajian mendapati bahawa
terdapat perbezaan dan peningkatan dari segi penulisan karangan terhadap kaedah yang digunakan
oleh guru dalam penulisan karangan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar
dalam menulis karangan sebelum dan selepas dirawat dengan kaedah pembelajaran koperatif. Hasil
hubungan interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah berjaya meningkatkan pengetahuan
kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.

Secara keseluruhannya, penggunaan Kaedah Koperatif dalam pengajaran karangan fakta yang dijalankan
adalah berkesan untuk meningkatkan skor penulisan karangan murid menulis karangan fakta. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan ini sekali gus dapat menarik minat murid dalam
penulisan karangan. Justeru, Kaedah Koperatif ini boleh dijalankan di sekolah-sekolah bagi membantu
meningkatkan tahap pencapaian penulisan karangan murid.

Persoalan Kajian Keempat :


Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis naratif antara pra ujian dengan
pasca ujian?

Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi
penulisan karangan naratif iaitu, t (39) = 5.54, p = 0.0001. Skor min pra ujian bagi penulisan karangan
naratif adalah 19.65 dan sisihan piawai adalah 3.98. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan
karangan naratif adalah 23.82 dan sisihan piawai adalah 4.50. Ini bermakna terdapat peningkatan skor
min penulisan karangan naratif pasca ujian berbanding pra ujian.
Dapatan kajian di atas disokong dengan hasil kajian Zawiah Abd. Shukor dan rakan-rakan (2001), dengan
mencuba strategi pembelajaran koperatif menggunakan teknik ‘Round Robin’ dan ‘Round Table’ dalam
proses penulisan dalam kalangan murid tahun empat sebuah sekolah rendah. Kajian ini juga
menunjukkan bahawa pengguna teknik ini boleh mendorong murid untuk menghasilkan karangan yang
baik.

Berdasarkan dapatan di atas dapat disimpulkan bahawa KPK adalah sesuai dan berkesan untuk murid
bukan Melayu dalam pembelajaran penulisan karangan naratif.

Persoalan Kajian Kelima :


Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis fakta dengan naratif
dalam pra ujian dan pasca ujian?

Kajian menunjukkan ujian-t yang dijalankan terhadap skor markah pra ujian mendapati tidak terdapat
perbezaan yang signifikan di antara tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta dengan naratif, t
(39) = 0.12, p = 0.91, d = 0.02. Skor min penulisan karangan naratif adalah 19.65 dan sisihan piawai
adalah 3.97.
Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara karangan fakta dan
karangan naratif semasa pasca ujian iaitu, t (39) = 0.27, p = 0.80, d = 0.04. Perbezaan kecil juga berlaku
di antara markah karangan fakta dan karangan naratif pasca ujian iaitu, d = 0.40.

Implikasi Terhadap Murid


Berdasarkan kajian yang dijalankan, penggunaan teknik ini ternyata menunjukkan bahawa aspek kognitif
banyak memainkan peranan dalam melahirkan isi, struktur ayat dan bahasa yang baik dalam sesuatu
aktiviti penulisan murid. Aspek kognitif ini memainkan peranan penting dalam proses menjaring dan
memilih maklumat untuk dijadikan isi karangan. Dari segi afektif pula, dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa semua murid mempamerkan perasaan terkawal ketika mencatat isi dalam kumpulan masing-
masing. Secara keseluruhannya, bolehlah dirumuskan bahawa kedua-dua teknik ini memberikan
implikasi yang baik terhadap kestabilan emosi. Hal ini memberikan petanda yang baik bahawa teknik
tersebut dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran, khususnya penulisan karangan pada masa akan
datang. Teknik ini mempunyai potensi untuk melahirkan murid yang berketrampilan jika dapat
dilaksanakan dengan berkesan.

Implikasi Terhadap Guru


Dalam pembelajaran koperatif, guru berperanan sebagai ’supervisor’ untuk menggalakkan aktiviti
pembelajaran. Guru juga perlu memberi bantuan kepada setiap kumpulan yang memerlukan bantuan,
menjelaskan atau menerangkan perkara yang menjadi kekeliruan setiap murid. Selain itu, guru perlu
menunujukkan hubungan yang mesra dan bermakna kepada setiap kumpulan dan membantu
menghubungkan apa yang telah dipelajari dalam konteks yang lebih luas berkaitan mata pelaran yang
diajarkan. Hal ini bermakna dalam pembelajaran koperatif, guru perlu merancang dan menyusun proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teliti. Dengan cara ini guru dapat mempelbagaikan corak
interaksi (murid dengan guru dan sebaliknya) dalam proses pengajara dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
Rumusan Kajian
Sebagai rumusannya, dapatan kajian ini membuktikan keberkesanan KPK dalam meningkatkan prestasi
penulisan karangan fakta dan karangan naratif murid tingkatan dua bukan Melayu. Murid-murid
berpencapaian sederhana dijadikan sampel kajian ini. Walau bagaimanapun, teknik Putaran Giliran dan
Meja Bulat mempunyai kekuatan dan kelemahan dalam penulisan karangan. Kekuatannya teknik ini
dapat memotivasikan serta dapat memberikan keseronokkan kepada murid pada masa pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Keseluruhan aktiviti membolehkan mereka bergerak, dan mengaktifkan bilik
darjah serta dapat menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti ini juga melatih murid untuk mendengar arahan dengan teliti dan seterusnya melaksanakan
arahan dengan cepat dan tepat, sekali gus dapat menyemaikan sikap tanggungjawab antara ahli
kumpulan. Dalam KPK ini, murid yang cerdas dapat membantu murid yang lemah sama ada secara
langsung atau idak langsung. Perkongsian maklumat ini dapat membantu mereka menghasilkan
karangan yang lebih baik.

Bagi murid yang kurang mampu dalam kemahiran berfikir, teknik Putaran Giliran dapat meningkatkan
keupayaan mereka dalam penulisan karangan. Mereka dapat memberikan pendapat dan mendengar
komen daripada kumpulan yang lain. Namun demikian, guru pelu sentiasa membimbing murid untuk
mendapatkan hasil pembelajaran yang lebih positif.

Teknik ini juga dapat memdorong murid untuk matang dalam berfikir kerana proses pemerolehan
maklumat yang relevan, penyaringan maklumat dan penghasilan maklumat dalam bentuk lisan dan
tulisan yang memerlukan penjanaan fikiran. Sekiranya aktiviti ini berterusan, murid dapat berfikir
dengan matang yang boleh membantu penghasilan penulisan karangan yang baik. Keberanian dalam
mengemukakan pendapat dan kebolehan mengawal emosi merupakan aspek yang penting bagi
melahirkan murid yang berwibawa, dan berfikiran positif. Sikap ini akan dapat memupuk sikap rasional
dalam diri mereka.

Walau bagaimanapun, penggunaan teknik ini juga ada kelemahannya. Dalam proses pengajaran
karangan, teknik Putaran Giliran boleh menyebabkan kelas menjadi bising. Keadaan ini beleh
mengganggu pembelajaran sekiranya tidak dikawal dengan baik oleh guru. Justeru,guru perlu mentadbir
kelas dengan baik dan mengatur serta memastikan pembelajaran berlaku setiap masa.

Dari segi masa, proses pembelajaran menggunakan teknik ini memerlukan masa yang lebih panjang,
terutamanya bagi aktiviti pengumpulan dan penyaringan maklumat. Penyaringan maklumat
memerlukan ketelitian agar hasil yang diperoleh tepat dan relevan. Perbincangan dapatan kajian ini
selaras dengan kajian Masitah Zainuddin (2005), dalam kajiannya tentang keberkesanan teknik
pembelajaran koperatif dalam penulisan karangan BM pelajar tingkatan dua. Kaedah yang digunakan
adalah kaedah eksperimen yang memakan masa selama hampir sebulan. Sampel kajian terdiri daripada
30 orang pelajar sekolah menengah, di daerah Kangar, Perlis. Hasil kajian mendapati bahawa
pembelajaran koperatif berjaya meningkatkan penulisan dalam karangan setelah sesi rawatan
dijalankan. Pelajar didapati bekerjasama, tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan yang
mantap tanpa mengira perbezaan yang wujud sesama mereka. Pembelajaran koperatif juga boleh
membina kemahiran menulis yang berkualiti tinggi di samping mengatasi masalah kesantunan
mengembang, menghurai, menjana supaya lebih mantap dan bernas.

Cadangan Kajian
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan KPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran
memberikan kesan positif dalam meningkatkan pencapaian murid khususnya dalam penulisan karangan
fakta dan karangan naratif.

Dapatan ini diharap dapat membuka minda para pendidik, khasnya guru bahasa Malaysia untuk
membuat refleksi tentang kaedah pengajaran yang mereka amalkan dalam bilik darjah. Guru-guru
hendaklah berusaha untuk menggunakan KPK dalam pengajaran karangan dengan memperbanyakkan
aktiviti kumpulan belajar bersama supaya murid dapat berbincang dan berkongsi masalah dalam
penulisan karangan. Sewaktu teknik ini dilaksanakan, guru berpeluang untuk memantau penggunaan
bahasa murid, sama ada dalam lisan mahupun tulisan.Guru juga perlu sentiasa membaiki kesilapan
bahasa murid dalam semua aspek. Semakan yang teliti terhadap penulisan murid perlu diadakan dari
semasa ke semasa agar mempertingkatkan lagi penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan
murid.lisan karangan yang me

Hasil karangan sebahagian murid yang kurang memuaskan adalah berpunca daripada jarak jarak masa
yang terlalu lama antara aktiviti prapenulisan dengan penulisan karangan. Teknik Putaran Giliran dan
Meja Bulat telah mampu menyediakan minda murid untuk menulis karangan. Namun demikian,
kesediaan terganggu oleh sebab had masa yang ditetapkan. Oleh itu, dicadangkan agar masa untuk
pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan yang menggunakan teknik ini dipanjangkan sehingga
murid selesai menulis karangan. Waktu satu jam biasanya diperuntukkan untuk pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia tidak sesuai untuk pengajaran kemahiran menulis karangan
menggunakan teknik pembelajaran koperatif. Ini adalah disebabkan penulisan karangan merupakan satu
pakej PKP yang tidak boleh diasing-asingkan. Aliran idea terhenti dan mewujudkan keinginan yang
berlainan pada masa murid menulis. Walau bagaimanapun, dicadangkan agar percubaan lain dibuat
pada masa akan datang, iaitu masa untuk aktiviti yang menggunakan kedua-dua teknik ini dalam
prapenulisan diteruskan hingga terhasilnya karangan tanpa terikat dengan waktu satu jam yang
ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan sama ada pencapaian murid boleh berubah dengan cara
ini ataupun tidak.

Cadangan Kajian Lanjutan


Kepada pengkaji-pengkaji pula, dapat disimpulkan bahawa sebagai sebuah kajian kecil mempunyai
kelemahan yang tersendiri. Justeru, beberapa peruntukan cadangan dikemukakan. Antara cadangannya
ialah pengkaji perlu menggunakan jumlah sampel yang mewakili sekolah berpencapaian baik untuk
melihat sejahmana keberkesanan KPK terhadap murid cemerlang. Selain itu, pengkaji perlu
menggunakan masa kajian yang lebih lama supaya lebih banyak masa dapat diberikan untuk proses
rawatan dengan menggunakan KPK. Kepelbagaian jenis karangan juga perlu diuji dan diajar dengan KPK
supaya dapat ditentukan sama ada kaeadah ini sesuai dilaksanakan dalam semua jenis pengajaran
karangan.

Kesimpulan
Kajian ini telah berusaha untuk melihat sejauhmana keberkesanan KPK dalam penulisan Bahasa
Malaysia. KPK merupakan teknik yang bukan sahaja boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran penulisan karangan, malah dalam semua bentuk pembelajaran. Kajian-kajian yang
terdahulu telah berjaya membuktikan KPK dari segi keberkesannya untuk meningkatkan pencapaian
akademik murid di samping meningkatkan motivasi, kerjasama, tanggungjawab pelajar dalam
pembelajaran. Sehubungan itu, untuk melihat keberkesanan KPK ini, banyak perkara yang perlu
diberikan perhatian khususnya komitmen yang tinggi daripada pihak guru agar penggunaan teknik ini
dapat memberikan hasil yang optimum.
BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Talib. (ed) (1989). Pengajaran dan pengujian Bahasa: Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Hamid Ahmad. (1998). Persepsi dan kepercayaan guru dan pelajar terhadap
karangan berkualiti. Disertasi untuk sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia


di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis Master.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan Karangan: Beberapa Proses Yang Harus.
Dewan Bahasa. Februari, 1 (2): 24-27.

Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir.


Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14.

Ahmad Zaini Yaacob (2000). Keberkesanan pembelajaran koperatif dalam


meningkatkan penulisan bahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan 4 luar
bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang Tidak Diterbitkan Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.

Allen, V.G (1991). Teaching Blingual & ESL Children, Dalam Flood J, Jensen, J.M.
Lapp, D. & squire, J.R. Hand book of research on teaching the English Language
Arts. New York: Macmillan.

Arbak Othman. (1989). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri (2007). Tinjauan amalan pembelajaran
koperatif di kalangan pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara,
Gerik, Perak. Fakulti Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Bloom, B. (ed). (1956). Taxonomy of Educational Objektives, Handbook 1: Cognitive Domain. New York:
David McKay.

Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007). Keberkesanan kaedah pembelajaran


koperatif dalam penmbelajaran bacaan pemahaman teks di kalangan murid SJK (C)
dan SJK (T). UM: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak boleh diterbitkan.

Cheah & L.Poon. (1998). Efficacy of cooperative learning amaong Malaysian


Secondary school Student. Jurnal Pendidikan jilid 16, halaman 13-27.

Dayang Rositer Awang Ibrahim (2001). Keberkesanan penggunaan kaedah


pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran aspek
tatabahasa bahasa Melayu di sekolah menengah. UPM: Serdang:
Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Faridah Hanim Omar (2003). Pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam mata


pelajaran matematik di sebuah sekolah menengah: Satu Kajian Kes.
UKM. Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof & Raja Mohd Fauzi Raja Musa (2001). Masalah penulisan naratif di
kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan 27. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gan, SL (1992). Integrated curriculum and experative learning in Malaysia Multiracial


classrooms. Paper presented at The reaseach trumen wold conference on
Education (Cairo, 22-24 Mac 1992).

Ismail Ahmad, (2004). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jacobs, M. G., Gan, S. L. & Ball, J. (1995). Learning cooperative learning via
cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teacher education
on cooperative learning. Singapore: SEAMEO, Regional Language Centre.

Johnson, D. W. & Johnson, R. T. (1987). Learning together and alone:


Cooperative, competitive, and individualistic learning.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Johnson, D. W., Johnson, R. T. & Holubec, E. J. (1988). Cooperation in the classroom.


Edina, Minnesota: Interaction Book.

Johnson, D.J., & Grant, J.O (1989). Written Narratives of Normal& Learning
disebled of Dysledvia, 39: 140-156.

Kagan, M., & Kagan, Spencer.(1994). Advanced cooperative learning: Playing with elements. Los Angeles,
CA: Kagan Cooperative Learning..
Kamaruddin Tahir (2005). Kesan strategi koperatif dalam meningkatkan tahap
pemahaman di kalangan pelajar tingkatan 1. Universiti Malaya:
Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Khadijah Ahmad (2005). Keberkesanan koperatif dalam kemahiran menulis bahasa


Melayu di kalangan pelajar tingkatan 2. Universiti Malaya:
Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003).


Laporan prestasi SPM 2002.

Kementerian Pelajaran Malaysia.Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008).


Skema Pemarkahan Karangan Respons Terbuka.

_____________ (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Edisi


Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mahzan Arshad (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satu pendekatan


bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.

Maharom Mamat (2000). Kemahiran menulis dan pengajian umum: Antara sikap dan
keperluan, Persidangan Kebangsaan Pengajian Umum di Alaf Baru.
Bangi: 18-19 April.

Marohaini Yusoff (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman ke arah kemantapan pembelajaran
di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbitan UM.

Masitah Zainuddin (2005). Keberkesanan teknik pembelajaran koperatif dalam


penulisan karangan BM pelajar tingkatan dua. Universiti Malaya:
Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

McCarthey, S.J. & Raphael, T.E. (1992). Alternative perspectives of reading/ writing
connections. Dlm. Irwin, S. & Doyle, M. (pnyt), Reading/ Writing Connection.
Newark, DE: International Reading Associaton.
Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita Bahasa, Ogos, 14 (08): 44-45.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2003). Teori Bahasa: Implikasi terhadap pengajaran
tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nor Azizah Salleh, Siti Rohayah Ariffin & Musa Daia (2002). Penerapan nilai murni
melalui pembelajaran koperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan.
Jilid/ Volume 27, Mei.

Robiah Kulop Hamzah. (1999). Kemahiran menulis: Pengalaman penulis.


Bengkel Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.

Robert E. Slavin. (2008). Cooperative learning: Teori, riset dan praktik.


Penterjemahan Nurulita. Bandung: Penerbit Nusa Media.

Rohani Salleh (2002). Kajian terhadap pencapain bahasa Melayu bagi pelajar
berprestasi rendah sekolah menengah atas.
UM: Tesis Sarjana Pengajian Bahasa Moden yang tidak diterbitkan.

Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu.


Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.

Roslina Othman (2002). Keberkesanan strategi pembelajarankoperatif di kalangan


kanak-kanak bermasalah pendengaran: Satu kajian Eksperimen.
UKM: Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda tang tidak diterbitkan.

Rosni Yusof (1999). Kesan dua pendekatan pengajaran terhadap pencapaian


tatabahasa pelajar tingkatan 2. UM: Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak
boleh diterbitkan.

Rusnah Hashim (2003). Perlakuan dan proses pengajaran pra menulis karangan dua
orang guru tingkatan 4. UM: Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan.

Ruslim Mohd. Salleh (2005). Kesan pembelajaran koperatif ke atas pencapaian


pelajar pendidikan mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tingkatan 4
di sekolah dalam daerah Kulim. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan
yang tidak diterbitkan.
Suhaida Abdul Kadir (2002). “Perbandingan pembelajaran koperatif dan
tradisional terhadap prestasi, atribusi pencapaian, konsep kendiri.
akademik dan hubungan sosial dalam Pendidikan Perakaunan”.
Universiti Sains Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Suppiah Nachiappan (2006). Penggunaan gaya bahasa dan pemprosesan informasi dalam penulisan
karangan melalui analisis hermeneutik. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Slavin R.E (1989). Research on cooperatif learning. Theory, reseach& practive.


Boston. MA: Allyn& Bacon.

Siti Hajar Abd Hamid (2007). “Pembelajaran koperatif menggunakan epembelajaran


di kalangan pelajar yang mengambil subjek telekomunikasi dan
rangkaian, Fakulti Pendidikan. UTM Skudai Johor”.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Siti Zaleha M. Hashim (2005). Penulisan Kreatif Latihan Berfikir Yang Baik-Satu Pengalaman. Pelita
Bahasa. Julai, 18 (7): 18-20.

Syed Lutfi Syed Hamzah (1994). Peranan guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
bagi mencapai matlamat wawasan. Dalam Yaakub Isa (pnyt.). Guru yang efektif.
Kuantan: Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.

Taylor, K. E. (2000). Using Folktales. United State of America: Cambridge University Press.

Tok Hoon Seng (2006). “Cooperative learning and achievement in English


language acquisition N A literature class in a secondary school”.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur;
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yap Kim Fat (1991). Kesan sambutan interaktif penulisan karangan pPelajar tingkatan
4. Desertasi untuk sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakuti Pendidikan.
Universiti Malaya.

Zaenab Hanim, Rahmat Soe’oed, Siti Rihayah Ariffin & Noriah Ishak (2004)..
Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif (PK) dalam pengajaran matematik.
Penyelidikan Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan, Jilid/ Volume 29.

Zakaria Kassim (2003). Kemahiran kKomunikasi, pembabitan dan pencapaian pelajar


perdagangan melalui kaedah pembelajaran koperatif.
USM: Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan.

Zawiah Abd. Shukor, Suria Baba, Nadzeri Hj. Isa (2001). Strategi pembelajaran
koperatif menggunakan teknik ‘Round Robin’ dan ‘Round Table’ dalam
proses penulisan: Satu Tinjauan. Forum Penyelidikan Pendidikan.
Institut Bahasa Melayu Malaysia.

http://www.ipsah.edu.my/LamanR&D2007/KajianPemantauanBPG/Bahasa01.htm - keberkesanan-
koperatif

You might also like