You are on page 1of 5

LUMBA HARAM: Punca Dan Cara

Mengatasi

Pembabitan remaja dalam kegiatan lumba haram bukanlah satu isu

luar biasa dalam masyarakat kita hari ini. Oleh sebab desakan naluri remaja

yang suka mencuba dan tidak takut pada risiko yang bakal ditempuh, mereka

berani melakukan apa-apa sahaja. Mereka ini mudah berasa seronok dan

ingin mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh media. Pengaruh rakan sebaya

banyak memainkan peranan dalam menentukan pemilihan aktiviti yang

gemar dilakukan oleh kelompok remaja ini. Remaja akan mengikuti apa-apa

yang dilakukan oleh kawan-kawan mereka.

Selain itu, cara hidup remaja itu sendiri juga mendorong gejala ini

berlaku. Kebanyakan remaja berpendidikan rendah lebih cenderung

melibatkan diri dalam kancah lumba haram ini. Pergaulan mereka hanya

terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki tahap pemikiran yang

sama apatah lagi sekiranya masing-masing sentiasa memberikan galakan dan

semangat berbaur negative antara satu sama lain. Mereka bangga dan

seronok dengan pujian serta cuba menarik perhatian orang lain.

Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam diri mereka.


Ada kalanya, faktor kurangnya kasih sayang dan perhatian turut

mempengaruhi tindakan serta sikap remaja. Apabila berasa bosan, mereka

mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama-

sama rakan sebaya yang lain. Tempat tinggal yang kurang selesa dan sempit

turut mempengaruhi minda dan emosi golongan ini. Lebih-lebih lagi apabila

ibu bapa asyik meleter sekiranya mereka berada di rumah.

Ibu bapa harus sedar bahawa perhatian yang secukupnya perlu diberi

kepada anak-anak agar mereka berasa diri mereka dihargai. Selain itu,

sayangilah mereka bagai menatang minyak yang penuh agar mereka berasa

diri mereka dikasihi. Luangkan masa untuk berbual bersama anak-anak,

mendengar luahan serta rintihan hati mereka. Penguatkuasaan undang-

undang memang perlu dalam usaha menangani gejala ini daripada terus

berlarutan. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan

hukuman yang bakal dikenakan kepada mereka.

Motivasi dan kaunseling diperlukan untuk membantu membendung

masalah sosial ini. Kita jangan terlalu memberi tekanan kepada mereka

kerana zaman remaja memang penuh dengan tekanan dan gelosa. Mereka
sentiasa inginkan perhatian di samping pengiktirafan golongan dewasa.

Berinteraksilah secara matang dengan golongan remaja sebegini agar

mereka tidak berasakan diri mereka diperlakukan seperti budak kecil.

Kesimpulannya, kita jangan terlalu menuding jari terhadap golongan

remaja. Sebaliknya, sebagai individu dewasa, kita perlu membantu golongan

ini secara lebih rasional dan matang.


Kosa Kata
1) Kancah : keadaan, gelanggang, medan ;terkancah-

terlibat.

2) Berbaur : beraduk, bercampur.

3) Meleter : bercakap-cakap dgn tidak berhenti-

henti (biasanya apabila memarahi atau

menegur kesalahan seseorang),

mengomel.

4) Pengiktirafan : perihal menerima atau mengakui,

menghargai, pengakuan dan

penghargaan.
Isi-isi Penting

• Punca :

• perasaan ingin tahu

• pengaruh rakan sebaya

• pendidikan yang rendah

• keadaan sekeliling–rumah dan ruang remaja

• Cara mengatasi :

• Kasih sayang dan perhatian ibu bapa

• Penguatkuasaan undang-undang

• Motivasi dan kaunseling-cara pendekatan

yang terbaik ialah secara lemah-lembut dan

penuh prihatin

You might also like