You are on page 1of 21

GARIS PANDUAN

BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

1. TUJUAN

1.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memberi panduan mengenai
tatacara pelaksanaan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, kerajaan telah


bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid yang layak
meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian
seragam sekolah, peralatan sekolah, Bantuan Persekolahan dan
bantuan latihan dan bimbingan.

2.2 Kajian semula kenaikan kadar telah dilaksanakan pada tahun 2007
seperti Jadual berikut:

TAHUN
Jenis Bantuan
2006 (RM) 2007 (RM)
Bantuan
200 200
Persekolahan

Sek. Rendah = 300 Sek. Rendah = 500


Bantuan Am
Sek. Menengah = 400 Sek. Menengah = 600

2.3 Bermula tahun 2008, Bantuan Persekolahan telah dipinda nama


kepada Bantuan Am Persekolahan (BAP) manakala Bantuan Am
dipinda nama kepada Bantuan Bulanan (BB).

Garis Panduan KWAPM 1


3. PUNCA KUASA PENGGUNAAN DATA eKASIH

3.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan


Bil.7/2008 bertarikh 8 Ogos 2008 yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan supaya semua agensi
menggunakan Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH)
yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU),
Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan menyalur dan mengagih
bantuan serta penerima projek sama ada oleh Ketua Isi Rumah
(KIR) mahu pun Ahli Isi Rumah (AIR).

3.2 Selaras dengan keputusan tersebut, Mesyuarat Jawatankuasa


KWAPM bil.2 Tahun 2008 pada 24 Disember 2008 telah
memutuskan bahawa mulai tahun 2009, murid yang layak
menerima bantuan KWAPM adalah berdasarkan kepada KIR yang
berdaftar dengan eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin
atau Miskin Tegar sahaja.

3.3 ICU, JPM melalui surat siaran bertarikh 4 Februari 2010 rujukan
UPP:BPK.177/174/1Klt.2(46) memaklumkan bahawa Mesyuarat
Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1/2010
bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua
Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan
data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/
projek dan bantuan pembasmian kemiskinan.

4. TAFSIRAN

4.1 Ketua Isi Rumah (KIR) bermaksud daripada kalangan ahli isi
rumah biasa sesuatu tempat kediaman yang diberi tanggungjawab
atau bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli isi rumah
tempat kediaman tersebut.

Garis Panduan KWAPM 2


4.2 Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud mereka yang dianggap sebagai
penghuni biasa di tempat kediaman.

4.3 Pendapatan Isi Rumah (IR) bermaksud semua bentuk


pendapatan ibu bapa/penjaga dan ahli Isi Rumah daripada sumber-
sumber berikut:

4.3.1 Gaji dan segala pendapatan lain seperti hasil sewaan,


nafkah, pencen, royalti, faedah dan dividen;

4.3.2 Sumbangan tetap daripada agensi kerajaan atau pihak


swasta seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat
Pungutan Zakat;

4.3.3 Sumbangan daripada anak-anak yang telah bekerja; dan

4.3.4 Kiraan purata pendapatan bulanan hasil jualan pertanian


atau pendapatan daripada perniagaan.

4.4 PERKAPITA bermaksud jumlah pendapatan Isi Rumah dibahagikan


dengan bilangan Isi Rumah.

5. ASAS KELAYAKAN BANTUAN KWAPM

A. Murid

5.1 Warganegara Malaysia (penentuan kewarganegaraan seperti di


Lampiran A). Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan
Malaysia, pengesahan taraf kewarganegaraan mesti diperolehi
daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Bagi murid Orang
Asli/Penan, dokumen permohonan pengesahan taraf
kewarganegaraan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHEOA) boleh diguna pakai.

Garis Panduan KWAPM 3


5.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.

5.3 KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai


kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja.

5.4 Pendapatan Isi Rumah murid mengikut Paras Garis Kemiskinan


(PGK) Nasional semasa. Sehingga kini, PGK Nasional yang diguna
pakai adalah berdasarkan PGK Nasional Tahun 2007 seperti
berikut:

Kategori Pendapatan Bulanan Isi Rumah/Perkapita *


(Lokasi/Murid) Miskin Miskin Tegar
Semenanjung RM720 bulanan/RM180 RM430 bulanan/RM100
Malaysia perkapita perkapita

RM830 bulanan/RM190 RM520 bulanan/RM115


Sarawak
perkapita perkapita
Sabah dan
Wilayah RM960 bulanan/RM200 RM540 bulanan/RM110
Persekutuan perkapita perkapita
Labuan

Nota:
* Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa.

5.5 Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan


(BKP)/ Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah
Berasrama Penuh (PKSBP)/biasiswa kerajaan negeri/yayasan/
swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk
kewangan tidak layak dipertimbangkan menerima bantuan
KWAPM.

5.6 Bagi murid Berkeperluan Khas (OKU), mereka tidak layak


dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun OKU
oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.

Garis Panduan KWAPM 4


5.7 Murid yang bertukar ke Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) adalah tidak layak menerima bantuan KWAPM
kerana MRSM tidak berada di bawah pentadbiran KPM.

5.8 Bagi murid yang KIRnya belum berdaftar dengan eKASIH, pihak
sekolah perlu menasihatkan KIR untuk mendaftar dengan sistem
tersebut.

B. Perkiraan Perkapita

5.9 Perkiraan perkapita adalah seperti berikut:

MURID LAYAK

Sabah &
Kriteria Semenanjung Sarawak
WP Labuan

Kelayakan Perkapita RM180.00 RM200.00 RM190.00

Pendapatan Bulanan
RM1,251.00 RM1,251.00 RM1,251.00
Isi Rumah

Bilangan Isi Rumah 12 10 12

= RM1,251 / 12 = RM1,251 / 10 = RM1,251 / 12


Pengiraan Perkapita
= RM104.25 = RM125.10 = RM104.25

MURID TIDAK LAYAK

Sabah &
Kriteria Semenanjung Sarawak
WP Labuan
Kelayakan Perkapita RM180.00 RM200.00 RM190.00
Pendapatan Bulanan
RM1,251.00 RM1,251.00 RM1,251.00
Isi Rumah
Bilangan Tanggungan 6 5 6

= RM1,251 / 6 = RM1,251 / 5 = RM1,251 / 6


Pengiraan Perkapita
= RM208.50 = RM250.20 = RM208.50

Garis Panduan KWAPM 5


6. JENIS DAN KADAR BANTUAN

6.1 Jenis dan kadar bantuan adalah seperti berikut:

Bil. Kelayakan Murid Jenis Bantuan Kadar Bantuan

1. Miskin Sekolah Rendah:


RM 200.00 setahun
dan
BAP
*BB = RM250.00 setahun
(RM25.00 sebulan x 10 bulan)
dan
Sekolah Menengah:
BB
RM 300.00 setahun
dan
*BB = RM300.00 setahun
(RM30.00 sebulan x 10 bulan)

2. Miskin Tegar Sekolah Rendah:


BAP = RM 200.00 setahun
dan
BAP *BB = RM500.00 setahun
(RM50.00 sebulan x 10 bulan)
dan
Sekolah Menengah:
BB BAP = RM 300.00 setahun
dan
*BB = RM600.00 setahun
(RM60.00 sebulan x 10 bulan)

* Nota: Jumlah amaun bagi BB adalah tertakluk kepada kedudukan


kewangan Tabung KWAPM.

6.2 Bantuan Kewangan yang diterima boleh diagihkan oleh


Pengetua/Guru Besar kepada murid melalui cara berikut:

Bil Jenis Bantuan Cara Agihan


1. Bantuan Am Persekolahan a) Masuk ke akaun murid; atau
(Pakaian seragam sekolah, b) Barangan; atau
peralatan sekolah dan lain-lain c) Tunai
keperluan persekolahan murid)

Garis Panduan KWAPM 6


2. * Bantuan Bulanan a) Masuk ke akaun murid; atau
(Wang saku dan lain-lain b) Tunai
perbelanjaan harian murid)

* Nota: Boleh dibayar secara bulanan atau sekaligus

6.3 Sekiranya murid yang menerima Bantuan Bulanan tidak hadir ke


sekolah dalam tempoh tiga (3) hari berturut-turut tanpa alasan
yang munasabah seperti bencana alam, kemalangan dan
kesihatan, murid tersebut hendaklah diberikan surat amaran
terlebih dahulu. Jika murid masih tidak hadir ke sekolah selama
tujuh (7) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah
selepas itu, Kementerian berhak untuk memberhentikan bantuan
yang telah diberikan kepada murid berkenaan walau pun telah
berdaftar dengan eKASIH. Ini termasuklah murid Orang Asli/Penan
dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Wajib 2003 untuk semua
murid Malaysia. Perkara ini hendaklah dimaklumkan dengan
segera kepada Bahagian Kewangan KPM dan ibu bapa/penjaga
murid berkenaan.

7. TATACARA PERMOHONAN

7.1 Semua murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan
disahkan sebagai Kategori Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan
bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan
permohonan.

7.2 Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka
boleh membuat permohonan melalui laman web
http://www.ekasih.gov.my. Pembayaran bantuan KWAPM hanya
boleh dilaksanakan selepas pemohon dibanci oleh pihak Unit
Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri
(JPM) dan disahkan berada dalam kategori Miskin (M) atau Miskin
Tegar (MT).

Garis Panduan KWAPM 7


7.3 Bagi murid Orang Asli, data penerima KWAPM akan diambil
daripada sistem eDAMAK yang dibangunkan oleh Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang diintegrasikan ke dalam sistem
eKASIH.

7.4 Bagi murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan), pihak


sekolah perlu mengemukakan permohonan menggunakan Borang
Rumusan Permohonan (BRP) seperti di Lampiran B dan
dikemukakan ke KPM pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid
Tahun 2 hingga 6) dan pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid
Tahun 1 dan Tingkatan 1).

8. JAWATANKUASA PENGURUSAN BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH

8.1 Pihak sekolah hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa


Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah yang bermesyuarat
sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. Jawatankuasa ini
hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan
keahlian seperti berikut:

i. Penolong Kanan HEM/guru yang menguruskan KWAPM;

ii. dua (2) orang wakil PIBG (selain guru/kakitangan sekolah);


dan

iii. Ketua Kampung (sekiranya berkaitan).

8.2 Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bantuan


Peringkat Sekolah adalah seperti berikut:

8.2.1 menentukan bayaran BAP sama ada dalam bentuk wang


tunai, pemberian barangan atau dikredit ke akaun murid;

Garis Panduan KWAPM 8


8.2.2 memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut
Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan
Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas;

8.2.3 memastikan dan mengesahkan murid yang layak menerima


bantuan berdasarkan senarai penerima; dan

8.2.4 melaporkan kepada KPM sekiranya terdapat keraguan pada


status Miskin atau Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam
eKASIH.

8.3 Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah


bertanggungjawab mematuhi kriteria dan peraturan yang
ditetapkan oleh KPM dari semasa ke semasa.

8.4 Sekiranya pihak KPM mendapati terdapat sebarang unsur


penipuan atau ketidakjujuran dalam proses pendaftaran ke dalam
sistem eKASIH, urusan terimaan dan bayaran oleh mana-mana
pihak yang terlibat, pihak berkenaan boleh diambil tindakan
undang-undang di bawah Akta 694 (Akta Pencegahan Rasuah).

9. TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN

9.1 Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang


Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau
ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak
mempunyai akaun bank.

9.2 Bahagian Kewangan, KPM akan menghantar surat kepada JPN


untuk memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun bank
sekolah/PPD. Sekolah/PPD hendaklah menyemak dengan bank
sama ada peruntukan telah dimasukkan berdasarkan surat
makluman daripada Bahagian Kewangan, KPM.

Garis Panduan KWAPM 9


9.3 Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank, Resit Rasmi Pejabat
(RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan
telah sah dimasukkan ke Akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah
dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan
dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan
di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan KWAPM.

9.4 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank, Resit Kew.38
hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah
dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah
dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan
dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan
di bawah Bayaran-Bayaran Lain - Peruntukan KWAPM.

9.5 Sekolah/PPD hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke


atas transaksi melalui akaun bank kerajaan sepertimana keputusan
Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bank-Bank Bil.1/2006 bertarikh
25 Januari 2006 di para 3.5 Minit Mesyuarat tersebut - “Tiada
caj dikenakan bagi semua transaksi dengan Kerajaan”.

9.6 Bantuan KWAPM ini perlu diserahkan kepada murid yang layak
dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas peruntukan
diterima oleh pihak sekolah.

9.7 Bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini, sekolah


adalah dinasihatkan memasukkan bantuan terus ke akaun bank
murid. Walau bagaimanapun sekiranya pengagihan dilaksanakan
secara tunai, tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak
sekolah mestilah mudah, selamat dan mengikut peraturan
kewangan semasa. Pihak sekolah boleh memilih kaedah
pengeluaran wang tunai seperti berikut :

Garis Panduan KWAPM 10


9.7.1 Pengeluaran wang tidak melebihi RM2,000.00 boleh dibuat
oleh Pengetua/Guru Besar tanpa guru pengiring; atau

9.7.2 Pengeluaran wang dari RM2,001.00 hingga RM10,000.00


oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang
guru; atau

9.7.3 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru


Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah
keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan
eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137)
iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam
Perjalanan.

9.8 Potongan yang dibenarkan daripada bantuan KWAPM adalah


berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2009 – Bayaran-
bayaran Tambahan Persekolahan : -

9.8.1 Bayaran Tambahan Persekolahan adalah meliputi;

9.8.1.1 Kokurikulum;

9.8.1.2 Kertas Ujian Dalaman;

9.8.1.3 Sukan Tahunan Sekolah;

9.8.1.4 Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan


Moral;

9.8.1.5 Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM); dan

9.8.1.6 Insurans Takaful.

9.8.2 Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Garis Panduan KWAPM 11


10. MURID PINDAH SEKOLAH

10.1 Bagi murid yang bertukar sekolah, prosedur berikut perlu dipatuhi:

Sekolah Asal Sekolah Baru


Bil Tindakan
Ada Tiada Ada Tiada
KWK KWK KWK KWK

- Sekolah asal pindah peruntukan ke


1. √ - √ - akaun sekolah baru.

- Sekolah asal pindah peruntukan ke


akaun Khas PPD yang baru.
2. √ - - √
- PPD baru uruskan pembayaran
kepada sekolah baru murid.

- Sekolah asal maklumkan kepada


PPD asal.
3. - √ √ -
- PPD asal pindah peruntukan ke
akaun sekolah baru.

- Sekolah asal maklumkan kepada


PPD asal.

- PPD asal pindahkan peruntukan


ke akaun PPD baru.
4. - √ - √
- PPD baru akan uruskan
pembayaran kepada sekolah baru
murid.

Nota:
- Surat makluman hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM bagi
setiap tindakan yang dilaksanakan.

- Sekiranya murid tidak dapat dikesan, PPD hendaklah mengembalikan


peruntukan tersebut ke Bahagian Kewangan KPM melalui cek atas nama
Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 31 Oktober
tahun semasa.

Garis Panduan KWAPM 12


11. LEBIHAN PERUNTUKAN

11.1 Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar (bagi


sekolah yang mempunyai akaun bank) atau PPD (bagi sekolah
yang tidak mempunyai akaun bank) hendaklah mengembalikan
lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek
atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia”
sebelum 31 Oktober tahun semasa.

11.2 Cek tersebut perlu ditandatangani seperti berikut:

11.2.1 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai kurang


RM10,000.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan
kepada 2 orang pegawai; manakala

11.2.2 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai lebih RM10,000.00


kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 3
orang pegawai.

11.3 Tempoh sah laku cek adalah selama 3 bulan dari tarikh ia
dikeluarkan (Arahan Perbendaharaan 117).

12. KES-KES KECEMASAN

12.1 Bagi kes-kes kecemasan, permohonan boleh dibuat oleh pihak


sekolah melalui JPN/PPD yang berkenaan bagi kes-kes yang
berlaku dalam tahun semasa sahaja. Pihak JPN/PPD perlu
membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan
beserta dokumen sokongan seperti laporan polis, laporan
perubatan dan sebagainya ke Bahagian Kewangan, KPM dalam
tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh kejadian
mengikut format Borang Kecemasan KWAPM (Rujuk Lampiran C).

Garis Panduan KWAPM 13


12.2 Bantuan kes-kes kecemasan terbahagi kepada 2 jenis:

i) Ketua Isi Rumah (KIR) hilang punca pendapatan


(Contoh: KIR meninggal/sakit tenat yang tidak berupaya
menyara keluarga/hilang upaya, ibu yang ditinggalkan,
tanaman musnah akibat banjir dan bencana alam);

ii) KIR tidak hilang punca pendapatan


(Contoh: kebakaran rumah dan tanah runtuh yang tidak
menyebabkan hilang punca pendapatan).

12.3 Bagi kes-kes di atas, had kelayakan pendapatan dan jenis bantuan
yang disalurkan di bawah kes-kes kecemasan adalah tertakluk
seperti jadual berikut:-

Had Kelayakan Bantuan Am Bantuan


Bil. Jenis Bencana
Pendapatan Persekolahan Bulanan **

Hilang Punca
1. < RM1,500 * √ √
Pendapatan
Mengikut kadar
Tidak Hilang Paras Garis
2. Punca Kemiskinan (PGK) √ X
Pendapatan Nasional

Nota:
* RM1,500 adalah kelayakan pendapatan untuk mendaftar dalam sistem
eKASIH
** Nilai Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan
semasa Tabung KWAPM

12.4 Murid boleh membuat permohonan bantuan di bawah kes


kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh JPN/PPD sebelum
dikemukakan ke Bahagian Kewangan, KPM bersama dokumen
sokongan seperti berikut:

Garis Panduan KWAPM 14


a) Borang seperti di Lampiran C yang disahkan oleh JPN/
PPD;

b) Laporan siasatan yang disahkan oleh JPN/PPD;

c) Laporan Polis;

d) Laporan perubatan (jika berkaitan);

e) Sijil Kematian (jika berkaitan); dan

f) Gambar Kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan).

13. KELULUSAN KHAS

13.1 Sebarang isu berkaitan tatacara pemberian bantuan KWAPM ini


hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM untuk
pertimbangan dan kelulusan khas.

14. PENUTUP

14.1 Sekolah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bantuan KWAPM


hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan dalam Arahan
Perbendaharaan (AP) dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan
Perakaunan Sekolah.

14.2 Semua dokumen bagi memperakaunkan urusan terimaan dan


bayaran bantuan KWAPM hendaklah sentiasa dikemaskini dan
disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.

Garis Panduan KWAPM 15


14.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan
bantuan KWAPM, JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian
Kewangan, KPM melalui talian 03-88847700 atau secara bertulis
ke alamat berikut:-

Setiausaha Bahagian,
Bahagian Kewangan,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 6-7, Blok E12, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
(u.p: Cawangan Bantuan)

Garis Panduan KWAPM 16

You might also like