P. 1
Kajian Tindakan Aktiviti Berkumpulan dalam P&P subjek Perdagangan Ting.4

Kajian Tindakan Aktiviti Berkumpulan dalam P&P subjek Perdagangan Ting.4

|Views: 10,948|Likes:
Published by nurrul
Sesi ”Fakta dan Auta” serta Aktiviti Berkumpulan dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Perdagangan Tingkatan 4 Oleh Nurrul Hidayah Binti Ismail Siti Noor Zhafarina Binti Roslan

Penyelia Dr. Siti Fatimah bt Mohd Yassin

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ambilan Julai 2009

Abstrak Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4. Sesi ‟Fakta dan Auta‟ serta aktiviti berkumpulan telah dilakukan di
Sesi ”Fakta dan Auta” serta Aktiviti Berkumpulan dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Perdagangan Tingkatan 4 Oleh Nurrul Hidayah Binti Ismail Siti Noor Zhafarina Binti Roslan

Penyelia Dr. Siti Fatimah bt Mohd Yassin

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ambilan Julai 2009

Abstrak Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4. Sesi ‟Fakta dan Auta‟ serta aktiviti berkumpulan telah dilakukan di

More info:

Categories:Types, Research
Published by: nurrul on Nov 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/05/2016

pdf

text

original

Sesi ”Fakta dan Auta” serta Aktiviti Berkumpulan dalam Pengajaran dan Pembelajaran subjek Perdagangan Tingkatan 4 Oleh

Nurrul Hidayah Binti Ismail Siti Noor Zhafarina Binti Roslan

Penyelia Dr. Siti Fatimah bt Mohd Yassin

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ambilan Julai 2009

Abstrak Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dalam matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4. Sesi ‟Fakta dan Auta‟ serta aktiviti berkumpulan telah dilakukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan bermatlamatkan kepada peningkatan terhadap penglibatan dan pencapaian pelajar bagi matapelajaran Perdagangan. Perbezaan individu dari sudut kognitif dan afektif menyebabkan guru harus bijak merancang strategi pengajaran danpembelajaran yang berkesan dan bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Sampel kajian tindakan ini terdiri daripada 47 orang pelajar tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran perdagangan. Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui pemerhatian, temubual, hasil kerja pelajar, ulasan penyelia dan rakan guru pelatih serta jurnal refleksi pengkaji yang mengandungi analisis SWOT terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian tindakan ini dijalankan melalui 2 kitaran yang mengandungi 11 peringkat bermula dengan mengenalpasti masalah, mereflek, merancang, bertindak sehinggalah kepada penulisan laporan. Kajian koloboratif ini turut

melibatkan lebih daripada dua orang guru daripada matapelajaran yang sama dimana mempunyai permasalahan yang sama di dalam bilik darjah. Perkembangan psikologi remaja dengan menyelitkan unsur kognitif dan afektif serta motivasi melalui aktiviti berkumpulan serta sesi ”Fakta Auta” dapat memberi impak kepada pencapaian dan hasil pembelajaran pelajar di dalam bilik darjah adalah bersesuaian untuk diamalkan kepada semua matapelajaran khususnya perdagangan.

PENGENALAN Pengajaran di dalam kelas seharusnya mendatangkan pembelajaran, iaitu ianya memerlukan pengetahuan tertentu bagi guru menjayakannya. Pelbagai kaedah baru yang diperkenalkan serta digunakan agar strategi pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Ini kerana tiada satu pun kaedah yang terbaik boleh digunakan kerana ianya bergantung kepada pelbagai faktor seperti persekitaran, budaya sekolah, kepelbagaian latar belakang pelajar dan sebagainya. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dengan guru. Maka, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah dengan berpusatkan pelajar dan aktiviti berkumpulan dipercayai dapat memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang, bergiat aktif, serta belajar sambil bermain. Selain itu juga, guru berperanan sebagai pengkaji dan pengkritik kepada amalan pengajarannya melalui refleksi kendiri, pemerhatian serta maklum balas dari persekitarannya. Kajian tindakan ini dilakukan bagi menambahbaik strategi dan amalan pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.

Penyataan Masalah Subjek Perdagangan merupakan salah satu subjek elektif yang diambil oleh pelajar menengah atas. Pengkaji mendapati kebanyakkan kelas yang menawarkan subjek ini terdiri daripada pelajar kelas sederhana dan lemah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah, pengkaji mendapati kurangnya penglibatan menyeluruh daripada pelajar dan pelajar didapati kurang menunjukkan minat untuk bergiat aktif dalam sesi soal jawab. Ciri-ciri pelajar yang berbeza seperti pelajar lemah yang tidak dapat mengikuti pengajaran secara terbuka serta pelajar yang tidak memberi perhatian di dalam kelas juga menuntut pembelajaran melalui aktiviti.

Tujuan Kajian Kajian tindakan yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian serta meningkatkan penglibatan dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Perdagangan melalui sesi ‟Fakta dan Auta‟ dan aktiviti berkumpulan.

Objektif Kajian Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan subjek perdagangan. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk: 1. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran perdagangan. 2. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran perdagangan.

Persoalan Kajian Sebanyak tiga persoalan kajian dibina bagi menjawab objektif kajian yang dikemukakan, iaitu: 1. Adakah sesi Fakta dan Auta serta aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam matapelajaran perdagangan? 2. Adakah sesi Fakta dan Auta dapat meningkatkan pencapaian pelajar di dalam matapelajaran perdagangan?

KAJIAN KEPUSTAKAAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lazimnya persoalan yang timbul adalah adakah guru memahami gaya pembelajaran pelajar yang berbeza-beza? Guru disarankan supaya melakukan anjakan paradigma dalam gaya pengajaran mereka supaya dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Sharifah A. Alsagoff (1987) menghuraikan psikologi perkembangan sebagai kajian terhadap faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti, motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu iaitu dari masa pralahir hingga ke dewasa. Oleh yang demikian, guru perlu memahami perkembangan fizikal, mental dan emosi pelajar demi membolehkan guru menyediakan rancangan mengajar yang sesuai dan berkesan. Melalui kajian psikologi perkembangan juga, guru akan dapat memahami perubahan personaliti dan konsep kendiri pelajar demi meningkatkan keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala, psikologi pendidikan dapat memberikan ilmu pengetahuan (tingkah laku pelajar, kemahiran dan sikap

mengajar, motivasi) tentang amalan pengajaran di dalam bilik darjah dan memberi kesedaran kepada guru terutamanya guru novis tentang perbezaan individu dari aspek mental, fizikal, kecerdasan dan minat demi membolehkan guru mengajar pelajar mengikut kebolehan mereka dengan aktiviti kumpulan. Menurut Jean Piaget, remaja (individu di dalam lingkungan umur selapas 12 tahun) telah boleh memikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan berfikir secara induktif dan deduktif. Maka, implikasi teori perkembangan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran seharusnya selari dengan perkembangan jasmani, kognitif, emosi dan rohani serta sosial. Bagi perkembangan jasmani, pengurusan jasmani dan permainan serta kerja praktikal haruslah mengikut perkembangan fizikal pelajar. Manakala, bagi perkembangan kognitif, guru perlu bijak merancang aktiviti yang menarik dan bermakna, menyediakan pelbagai alat bantu mengajar untuk membentuk konsep yang tepat dengan menghubungkaitkan konsep konkrit dan abstrak. Penggunaan strategi pengajaran berkumpulan adalah penting untuk

memupuk perkembangan sosial. Aktiviti-aktiviti seperti melakukan sesuatu projek, perbincangan dan permainan secara berkumpulan adalah bertepatan dengan peringkat perkembangan sosial remaja, di mana mereka dapat bekerjasama dan menyelesaikan masalah bersama-sama iaitu bersesuaian dengan teori perkembangan emosi-fizikal oleh Sigmund Freud iaitu pada peringkat umur 12-19 tahun (peringkat genital), individu itu mula bersosialisasi dengan rakan sebaya dan suka melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Ini diperkuatkan lagi dengan perlaksanaan Kurikulum (KBSR) dan Kurikulum (KBSM) yang membawa kepada perubahan iaitu daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan baru dalam proses pembelajaran di sekolah, di mana Wan Zahid (1993) menegaskan bahawa pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar mesti diamalkan dan mengurangkan atau menghapuskan pembelajaran yang tertumpu kepada guru. Strategi pemusatan pelajar adalah dengan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran dan bukannya sebagai penerima maklumat semata-mata. Sehubungan dengan itu, antara teknik yang sesuai digunakan adalah kerja berkumpulan dan perbincangan sesama pelajar. Hasil daripada beberapa pemerhatian dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang dikaji oleh pelajar pendidikan UKM (Julai-Ogos 1998), kelas aliran sastera yang merangkumi subjek Perdagangan mengamalkan pembelajaran antaranya ialah secara memberi nota dan membaca nota di papan hitam, penerangan dengan contoh dan latihan, penggunaan ABM, melalui kaedah penyoalan dan perbincangan kumpulan, di mana kebiasaanya kelas lemah adalah berpusatkan guru, manakala kelas cerdas adalah berpusatkan pelajar.

Abd. Rahim bin Abd. Rashid (1998), seorang tokoh pendidikan telah merumuskan kaedah pengajaran dan pembelajaran pelajar yang berkesan adalah guru perlu bijak menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan dan aspresiasi sesuatu matapelajaran dalam kehidupan pelajar. Selain itu, bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah lupa tentang apa yang telah dipelajari adalah dengan sentiasa mengaplikasikan apa yang telah dipelajari kepada situasi kehidupan seharian mereka. Konsep pengajaran pula ialah suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan betul. Pembelajaran pula ialah suatu proses bagaimana pelajar-pelajar memperoleh, menyusun, menyimpan dan menggunakan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diajarkan. Manakala belajar atau pembelajaran di sekolah merupakan satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa dan kefahaman konsep-konsep sesuatu bidang pelajaran dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas untuk menyelesaikan masalah di luar kelas. Menurut Tajul Ariffin Noordin (1988), menjelaskan kejayaan manusia adalah bergantung kepada keupayaan memilih proses pembelajaran yang paling sesuai dalam kehidupannya. Menurut beliau lagi, hanya menerusi pembelajaran yang baik dan sihat, manusia akan terus maju dan membangun dari satu tamadun ke tamadun yang lain. Perhubungan pengajaran dan pembelajaran begitu rapat kerana kedua-duanya berjalan serentak pada satu masa. Tanpa murid, guru tidak dapat mengajar dan tanpa guru, pelajar tidak mengetahui bagaimana cara untuk belajar. Connell (1981) menjelaskan bahawa proses mengajar belajar merupakan satu interaksi dinamik antara guru dan pelajar, malahan guru dan pelajar masing-masing saling mempengaruhi antara satu sama lain. Malah, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya supaya memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi subjek Perdagangan, ianya adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan 5 di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas, di mana bertujuan untuk memberikan pengetahuan perdagangan kepada pelajar supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menggunakan prinsip-prinsip serta amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan. Topik-topik yang berkaitan merangkumi bidang-bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan, bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika amalan

perniagaan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah bermula daripada pemahaman konsep, pengetahuan sedia ada serta pekembangan maklumat terkini di bidang perdagangan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Nor Aishah Buang dan Yap Poh Moi (2002), majoriti guruguru perdagangan memilih kaedah kerja kumpulan dan penerangan sebagai kaedah pengajaran yang paling sesuai di dalam mengajar subjek perdagangan. Ini adalah bersesuaian dengan memenuhi tuntutan perkembangan remaja adalah pengajaran secara kumpulan iaitu strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar. Aktiviti berkumpulan di dalam kelas membolehkan pelajar menjalankan aktviti melalui perbincangan, menyumbang kemahiran masing-masing dalam mencapai matlamat kumpulan. Ianya memberi semangat

kerbergantungan, kemahiran sosial, kesedaran tanggungjawab dan penilaian kumpulan bagi memperoleh ganjaran. Aktiviti berkumpulan merangkumi kaedah pengajaran melalui teknik simulasi, main peranan, kajian kes, permainan, sesi kuiz (fakta dan auta) serta perbincangan. Selain itu, Lilia dan Norlena (2000) juga menyatakan bahawa guru yang melaksanakan pengajaran yang bersifat tradisional menyebabkan pelajar belajar secara hafalan dan juga menyebabkan guru kurang upaya mengesan salah tanggapan pelajar tentang sesuatu konsep. Permainan di dalam kelas merupakan kaedah yang boleh dikatakan berjaya menarik perhatian pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut berapa kajian yang telah dijalankan, mendapati bahawa penggunaan kaedah permainan dapat menarik minat dan

penglibatan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam subjek tersebut. Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sama ada kepada kanak-kanak atau remaja. Melalui teknik ini juga dapat mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada pelajar supaya dapat belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana melalui bermain pelajar dengan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan maklumat melalui pengalaman secara semulajadi. Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi

perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus serta membina daya kreativiti dan inovasi. Dalam pengajaran dan pembelajaran, ramai guru menghadapi masalah penyampaian maklumat dengan kaedah yang menarik dan bermakna serta dapat menarik minat dan perhatian pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan guru terikat dengan sukatan mata pelajaran dan akhirnya menyebabkan guru mengajar berlandaskan buku teks sematamata tanpa mengaplikasikannya dalam kaedah pengajaran yang lebih kreatif. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat bukan sahaja dapat menangani masalah kurang minat pelajar dalam sesuatu subjek tetapi boleh meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar dalam semua mata pelajaran. Penggunaan kaedah permainan adalah bergantung kepada kreativiti guru. Dalam kaedah ini, guru boleh menerapkan unsur permainan dalam pembelajaran supaya kefahaman pelajar terbentuk dengan pelajar itu berfikir sendiri untuk mendapatkan jawapan. Kelebihan kaedah permainan ini adalah interaksi sosial di antara pelajar dapat diwujudkan dan dipupuk terutama semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Sesi Fakta dan Auta merupakan kuiz berkumpulan yang merangkumi penyoalan aras sederhana bagi menguji kefahaman pelajar secara umum tentang apa yang telah dipelajari. Ianya berbentuk permainan terkawal yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan secara senyap tanpa mengeluarkan sebarang kata. Sesi ini melibatkan soalan dikotomus iaitu bagi mendapatkan jawapan berbentuk ya (fakta) dan salah (auta). Selain itu, menurut teori Vygotsky di dalam psikologi pendididkan, fungsi kognitif (pemikiran) berasal dari interaksi sosial sesama individu dalam konsep budaya. Vygotsky juga yakin bahawa pembelajaran berlaku semasa seseorang pelajar itu melakukan kerja-kerja atau perkara yang belum dipelajarinya namun perkara tersebut berada di dalam “zone of proximal development” mereka. “Zone of Proximal Development” adalah jarak antara tingkat perkembangan yang ditunjukkan dalam kemampuan pemecahan masalah secara kendiri dan tingkat kemampuan perkembangan potensi yang ditunjukkan dalam kemampuan pemecahan masalah di bawah bimbingan orang dewasa atau teman sebaya yang lebih mampu. Dalam kajian ini, aktiviti berkumpulan yang telah dirancang memerlukan pelajar saling berbincang dan berbicara di dalam kumpulan dan belajar bersama-sama di antara satu sama lain.

Selain itu, teori Vygotsky yang mengandungi “scaffolding” memberikan bantuan kepada seseorang pelajar pada tahap awal pembelajarannya dan kemudian mengurangi bantuan tersebut secara beransur-ansur sehinggalah mereka mampu untuk melakukannya sendiri. Bantuan yang diberikan oleh guru seperti petunjuk, peringatan, dorongan menyelesaikan sesuatu masalah ke dalam bentuk lain yang mungkin pelajar tersebut dapat lakukan sendiri. Di dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan “scaffolding” melalui penerangan dan bantuan yang diberikan pada awal pembelajaran sesuatu tajuk, manakala aktiviti berkumpulan dan sesi “Fakta Auta” melibatkan pelajar melakukan aktiviti atau mencari sesuatu penyelesaian masalah dengan sendiri dan guru sebagai pemudah cara dengan memberikan sedikit bantuan atau petunjuk. Melalui aktiviti berkumpulan, interaksi sosial iaitu komunikasi dua hala antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar berlaku dalam usaha menyelesaikan atau pemecahan sesuatu masalah serta menemukan sesuatu jawapan atau konsep-konsep. Pelajar juga mampu belajar melalui penerokaan, menguji, memerhati dan menyusun maklumat. Adaptasi diaplikasikan apabila pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada mereka tentang suatu topik atau melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan memahami sesuatu fenomena, situasi atau matapelajaran tersebut. Kemudian mengubahsuai dan memperkembangkan lagi pemikiran atau pengetahuan mereka supaya dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan sebenar (equilibrasi). Selain daripada membuat kajian terhadap perkembangan kognitif pelajar, Bruner juga menyatakan bahawa sebarang teori pengajaran harus mengandungi empat ciri antaranya ialah ianya harus menentukan ganjaran dan dendaan selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya. Maka, aktiviti berkumpulan yang telah dilakukan adalah bersertakan konsep ganjaran supaya pelajar berlumba mencari ilmu serta penyelesaian dan menjayakan sesuatu aktiviti dengan memberi kerjasama dan semangat

berkumpulan yang jitu. Bruner juga turut mengaitkan naluri ingin tahu dan pencapaian kecekapan dengan motivasi pelajar dalam teori pengajarannya dan ini adalah bertepatan dengan perkembangan alam remaja pelajar. Kesediaan afektif pelajar juga diselitkan dengan merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaaan dan minat pelajar bagi melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut Stanford (1971), pembelajaran yang berkesan adalah dipengaruhi oleh sikap pelajar, dan bukannya bilangan kali seorang pelajar mengulangkaji bahan pelajarannya. Implikasinya

adalah apabila seseorang itu mempunyai sikap positif, motivasi diri yang tinggi, aktif, agresif, maka kesediaan afektifnya adalah tinggi dimana memudahkan proses pembelajarannya.

Perkembangan / psikologi remaja

Unsur Kognitif dan Afektif

Aktiviti Berkumpulan

Pelajar
Sesi Fakta dan Auta
Motivasi -Ganjaran

Pencapaian/ hasil pembelajaran

Rajah 1: Kerangka Teoritikal Kajian Tindakan

METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Kajian ini dijalankan dengan menggunakan serta menambahbaikkan pendekatan model kajian tindakan Kemmis (1988). Di dalam model kajian tindakan Kemmis (1988) ini, terdapat empat langkah yang terlibat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Di dalam kajian ini, penambahbaikan model tersebut dilakukan dengan menambah langkah memerhati (melihat masalah) dan mereflek pada awal kajian dan membuat laporan pada akhir kajian. Selain itu, kajian ini juga dilakukan sebanyak 2 kitaran iaitu bermula dengan memerhati (melihat masalah), mereflek, merancang, tindakan, memerhati dan mereflek pada kitaran pertama. Kemudian, pada kitaran yang kedua, pengkaji melakukan aktiviti merancang, bertindak, memerhati, mereflek dan membuat laporan.

Rajah 2: Model Kajian Tindakan Kemmis (1988)

Mengenal pasti masalah

Merefleks

Merancang

Laporan

Bertindak

Petunjuk: Kitaran 1

Memerhati

Kitaran 2

Rajah 3: Kerangka Konseptual Kajian Tindakan oleh Nurrul dan Rina (2010)

Sampel Kajian Pengkaji membuat kajian dengan meliputi 47 orang pelajar kelas perdagangan iaitu 22 orang pelajar daripada kelas 4 Dedikasi dan 25 orang pelajar daripada kelas 4 Elit. Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen pemerhatian, temubual, hasil kerja pelajar, ulasan penyelia dan rakan guru pelatih, jurnal refleksi pengkaji, markah sesi ”FaktaAuta” dan hasil soal selidik.

Pemerhatian Pemerhatian telah dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sama ada secara langsung dan tidak langsung. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Ianya juga melibatkan alat kamera untuk merekod video dan menangkap gambar bagi menjadi satu sumber yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian dijalankan.

Temubual Pengkaji juga melakukan temubual tidak berstruktur dan secara berkumpulan bersama pelajar, guru pembimbing serta rakan guru novis bagi mengenalpasti setiap kelemahan yang perlu diperbaiki dan kelebihan yang perlu dikekalkan dengan tujuan

menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Hasil Kerja Pelajar Hasil kerja pelajar seperti nota, latihan atau lembaran kerja yang diberi, puzzle dan hasil pembentangan oleh kumpulan pelajar merupakan salah satu instrumen kajian bagi melihat minat dan kesungguhan pelajar terhadap matapelajaran perdagangan.

Ulasan Penyelia dan Rakan Guru Pelatih Ulasan dan komen penyelia dan rakan guru pelatih bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan merupakan triangulasi data yang diperoleh untuk mendapat maklumat dengan lebih mendalam dan mempunyai kesahan.

Markah Sesi Fakta dan Auta Pengkaji juga melihat markah atau bilangan soalan yang telah dijawab dengan betul oleh pelajar pada setiap kali sesuatu subtajuk yang dipelajari bagi mengenalpasti tahap kefahaman awal pelajar terhadap sesuatu subtajuk.

Borang Soal Selidik Soal selidik yang digunakan adalah berbentuk dikotomus iaitu bagi mendapatkan pilihan sampel darpada dua penilaian iaitu ya atau tidak serta terbuka iaitu memerlukan sampel memberi pendapat mereka demi penambahbaikan amalan pengajaran dan

pembelajaran.

Penerangan Prosedur Kajian Kajian ini dilakukan sebanyak 2 kitaran dengan 11 peringkat iaitu:

KITARAN 1 Peringkat 1 : Memerhati (Mengenalpasti masalah) Sebelum kajian dilakukan, pengkaji telah melakukan pemerhatian dan temubual secara tidak berstruktur iaitu pada minggu kedua iaitu 9 Februari 2010 hingga 12 Februari 2010 untuk mengetahui kaedah atau amalan yang biasa digunakan oleh guru dalam mengajar matapelajaran perdagangan dan juga memerhati tingkah laku pelajar melalui penglibatan, maklumbalas, reaksi muka, dan minat mereka terhadap matapelajaran perdagangan. Peringkat 2: Mereflek Pengkaji juga telah melakukan refleksi terhadap kaedah-kaedah yang difikirkan mampu mengatasi masalah yang timbul dengan merujuk kepada kajian terdahulu. Beberapa kaedah yang pernah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti kaedah simulasi, kaedah inkuiri dan juga kaedah perbincangan telah dipilih oleh pengkaji pada kitaran satu kajian ini.

Peringkat 3: Merancang Pengkaji telah merancang untuk melakukan pelbagai kaedah pada kitaran pertama ini berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu yang dirasakan bersesuaian untuk diaplikasikan pada matapelajaran perdagangan iaitu seperti kaedah inkuiri, kaedah simulasi dan juga kaedah perbincangan. Peringkat 4: Bertindak Didalam peringkat ini, pengkaji bertindak sepertimana yang telah dirancang iaitu dengan meminta pelajar menceritakan apa yang mereka fikirkan apabila melihat sesuatu gambar yang ditunjukkan oleh guru (diguna pakai semasa sesi induksi dan langkah perkembangan), meminta pelajar menceritakan keadaan atau suasana yang dilihat di dalam kedai runcit, meminta pelajar melakonkan (simulasi) keadaan di dalam sebuah kedai yang mana dapat menerangkan fungsifungsi perniagaan runcit dan juga fungsi ejen, dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan meminta mereka membincangkan mengenai fungsi-fungsi peruncit diikuti dengan pemmbentangan hasil perbincangan berkumpulan di hadapan kelas. Peringkat 5: Memerhati Pengkaji memerhati reaksi, tingkah laku dan sikap pelajar ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan iaitu sebelum, semasa dan selepas aktiviti perbincangan, simulasi dan inkuiri yang di jalankan mulai 22 Februari 2010 sehingga minggu kelima. Pemerhatian telah dilakukan terhadap pelajar tingkatan 4 Dedikasi dan 4 Elit dalam matapelajaran Perdagangan Aspek yang diperhatikan adalah merangkumi penglibatan pelajar di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, tingkah laku pelajar, tumpuan yang diberikan serta reaksi pelajar sewaktu set induksi, isi-isi pengajaran dan penutup, hasil kerja pelajar seperti nota, latihan serta lembaran kerja yang diberi. Reaksi dan sikap pelajar sewaktu aktiviti perbincangan, simulasi dan inkuiri dilaksanakan turut diberi perhatian. Pengkaji juga merekod data melalui jurnal refleksi pada rancangan pengajaran harian setiap kali tamat sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, pengkaji membuat pemerhatian terhadap penglibatan setiap pelajar, perbincangan dengan ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan dan sikap serta tingkahlaku yang dipamerkan oleh pelajar sepanjang aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan.

Peringkat 6 : Mereflek Maklumat yang telah dikumpul, dianalisis melalui temubual dan pemerhatian daripada aktiviti perbincangan, simulasi dan inkuiri. Ulasan dan komen guru pembimbing dan penyelia terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta cara penyampaian guru diambilkira dalam penganalisisan. Selain itu, refleksi juga dilakukan melalui data yang dikumpul daripada keputusan ujian bulanan Mac dan juga latihan-latihan pengukuhan yang telah diberikan. Pemahaman dan keupayaan pelajar menjawab soalan yang diutarakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan turut serta dinilai dan dianalisis. Selepas data dianalisis, pengkaji mendapati penglibatan pelajar semakin meningkat di mana pelajar merasa lebih seronok, tidak bosan serta kadar ponteng kelas berkurangan. Walau bagaimanapun, kefahaman pelajar masih lagi kurang tercapai. Oleh itu, pengkaji telah memikirkan dan merancang untuk melakukan aktiviti berkumpulan serta sesi soal jawab yang menarik dengan aktiviti lain seperti permainan, perbincangan dan kuiz.

KITARAN 2 Peringkat 7 : Merancang Pada kitaran kedua, pengkaji telah merancang untuk melakukan kaedah soal jawab dan aktiviti berkumpulan seperti permainan, perbincangan, pembentangan kuiz, lakonan dan sebagainya. Bagi melaksanakan aktiviti soal jawab ini supaya menjadi lebih menarik, pengkaji telah mengubahsuai aktiviti soal jawab yang biasa kepada sesi ”Fakta Auta” serta mempelbagaikan aktiviti berkumpulan seperti permainan, perbincangan, pembentangan, puzzle serta kuiz. Peringkat 8 : Bertindak 1. Pengkaji telah menjalankan sesi soal jawab atau sesi ”Fakta Auta” di mana pelajar dikehendaki menjawab soalan guru secara berkumpulan dengan hanya mengangkat kad tangan fakta atau auta dalam keadaan mod senyap. Pelajar tidak dibenarkan bercakap, tetapi boleh berbincang atau merujuk buku. Markah diberikan kepada kumpulan yang betul dan markah ditolak bagi pelajar yang memberikan jawapan yang salah mahupun bercakap semasa aktiviti berlangsung. Pada akhir aktiviti, ganjaran berbentuk hadiah diberikan kepada kumpulan yang memperoleh markah tertinggi.

2. Pengkaji

melakukan aktiviti berkumpulan membahagikan pelajar kepada beberapa

kumpulan dan pelajar dikehendaki menjawab soalan sama ada fakta atau auta. Jumlah markah dikutip berdasarkan dengan kepelbagaian kaedah pengiraan markah iaitu berdasarkan balingan dart oleh pelajar serta balingan dua biji dadu.

3. Pengkaji turut melakukan pelbagai kaedah soal jawab berdasarkan aktiviti lakonan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang lain, serta cabutan soalan daripada kotak ajaib.

4. Aktiviti berkumpulan dilakukan dengan meminta pelajar melakonkan situasi sebagai ejen pengeluar, ejen penjual dan broker.

5. Melakukan aktiviti berkumpulan dengan meminta pelajar menyelesaikan puzzle kemudian membentangkannya. Peringkat 9: Memerhati Pengkaji telah memerhati reaksi, sikap dan tingkah laku serta penglibatan pelajar ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan iaitu sebelum, semasa dan selepas aktiviti soal jawab atau sesi “Fakta Auta” dan aktiviti berkumpulan dijalankan. Sesi “Fakta Auta” telah dilakukan seiring dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Pemerhatian tersebut telah dijalankan pada 22 Mac 2010 sehingga 24 April 2010 iaitu minggu kelapan sehingga minggu kedua belas. Perkara yang diperhatikan oleh pengkaji merangkumi penglibatan pelajar di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, tumpuan dan perhatian pelejar serta reaksi mereka sewaktu set induksi, isi-isi pengajaran dan penutup, hasil kerja pelajar seperti nota, latihan serta lembaran kerja yang diberi dan juga perhati reaksi dan sikap pelajar sewaktu aktiviti soal jawab atau fakta auta dan aktiviti berkumpulan serta aktiviti permainan, kuiz dan perbincangan dilaksanakan. Pengkaji juga telah membuat jurnal refleksi setiap kali tamat sesi pengajaran dan pembelajaran. Peringkat 10: Mereflek Maklumat yang dikumpul, dianalisis melalui temubual antara pelajar dan guru, guru dan guru serta pemerhatian daripada aktiviti berkumpulan dan sesi ”Fakta Auta”. Ulasan penyelia dan

guru pembimbing terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan diambil kira.Selain daripada itu, refleksi juga dilakukan melalui data yang dikumpul melalui borang soal selidik yang diberikan kepada pelajar. Seterusnya, latihan pengukuhan serta lembaran-

lembaran kerja atau peta konsep diberikan kepada pelajar sama ada sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun selepas pengajaran dan pembelajaran untuk mengetahui tahap pemahaman mereka. Pemahaman dan keupayaan pelajar menjawab soalan yang diutarakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan juga menjawab latihan yang diberi juga dinilai serta dianalisis. Selepas data dianalisis, pengkaji mendapati penglibatan pelajar semakin meningkat yang mana pelajar lebih seronok, tidak bosan serta tiada lagi pelajar ponteng kelas. Kefahaman pelajar juga dapat sentiasa diuji dari semasa ke semasa. Peringkat 11: Penulisan Laporan Pengkaji membuat laporan hasil daripada kajian tindakan yang telah dilakukan.

DAPATAN KAJIAN Dalam kajian ini, data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data secara kualitatif adalah merangkumi temubual, pemerhatian, hasil kerja pelajar, komen dan ulasan dari penyelia dan rakan guru pelatih, serta jurnal refleksi diri. Manakala pengumpulan data secara kuantitatif adalah merangkumi boring soal selidik, ujian bulanan Mac dan markah sesi “Fakta dan Auta”.

Data Kualitatif 1. Temubual Temubual secara tidak berstruktur telah dilakukan sebelum dan selepas kajian dilaksanakan. Sebelum kajian dilaksanakan, kaedah ini telah digunakan iaitu bagi membantu pengkaji mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 bagi matapelajaran perdagangan. Temubual secara tidak berstruktur ini dilakukan terhadap pelajar secara rawak yang mana ianya untuk mengetahui kaedah atau amalan biasa yang

digunakan oleh guru untuk mengajar matapelajaran perdagangan dan juga sejauhmana mereka berminat dengan matapelajaran perdagangan. Contoh beberapa soalan temubual tidak berstruktur yang telah pengkaji telah tanya kepada pelajar ialah; Adakah kamu berminat dengan matapelajaran perdagangan? , Bagaimanakah cara pengajaran yang kamu minati? , Apakah cara pengajaran guru yang kamu minati?, Adakah matapelajaran perdagangan membosankan? dan sebagainya. Hasil daripada temubual, kami mendapati kebanyakan guru menggunakan pendekatan mengajar secara kuliah dan ‟chalk and talk‟. Pelajar juga diberi nota yang panjang dan hanya diberi penerangan tanpa melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas. Seterusnya, pengkaji melakukan temubual secara tidak berstruktur semasa dan selepas kajian dilaksanakan. Pada kitaran pertama iaitu pada 22 Februari 2010 hingga 5 Mac 2010 iaitu minggu keempat sehingga minggu kelima. Pengkaji telah melakukan temubual secara tidak

berstruktur untuk mengetahui sejauh mana mereka seronok dan faham dengan pengajaran guru dalam matapelajaran perdagangan. Hasil daripada temubual tersebut, pengkaji mendapati kebanyakan pelajar berasa seronok dan tidak bosan dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Walaubagaimanapun, kebanyakan pelajar masih kurang faham dengan aktiviti inkuiri yang mana mereka tidak dapat melakukan aktiviti terlebih dahulu sebelum guru menerangkan atau mengajarnya. Pelajar lebih suka jika mereka diajar dan diterangkan mengenai sesuatu tajuk terlebih dahulu sebelum mereka ditanya. Pada kitaran kedua pula iaitu pada 22 Mac 2010 sehingga 24 April 2010 iaitu minggu kelapan sehingga minggu kedua belas. Pengkaji mendapati kefahaman pelajar masih

kurang tercapai, oleh itu pengkaji telah melakukan penambahbaikan iaitu dengan melakukan aktiviti soal jawab atau sesi ”Fakta Auta”. Daripada hasil temubual secara tidak berstruktur pengkaji terhadap pelajar, pengkaji mendapati pelajar lebih faham kerana apabila mereka ditanya soalan berulang-ulang kali, mereka akan lebih faham dan ingat. 2. Pemerhatian Pengkaji juga telah melakukan pemerhatian terhadap tingkah laku dan sikap, penglibatan serta reaksi pelajar sebelum, semasa dan selepas kajian dilaksanakan. Sebelum kajian dilakukan iaitu pada minggu kedua iaitu 9 Februari 2010 hingga 12 Februari 2010, pengkaji telah melakukan pemerhatian bagi mengenalpasti masalah pelajar tingkatan 4 dalam

matapelajaran perdagangan dan mendapati pelajar tidak gemar dan kurang berminat dengan pembelajaran perdagangan. Mereka cepat mengantuk, tidak memberikan perhatian pada pengajaran guru, membuat kerja sendiri serta tidak menyalin nota seperti yang di arahkan oleh guru. Pelajar juga gemar ponteng kelas perdagangan daripada duduk di dalam kelas terlibat dengan pembelajaran yang membosankan. Selain itu, sebelum aktiviti perbincangan , simulasi dan inkuiri dijalankan, kami mendapati bahawa pelajar berasa bosan dengan kaedah penerangan dan „chalk and talk‟ yang dijalankan oleh guru. pelajar juga berasa mengantuk, tidak memberikan perhatian kepada pengajaran atau penerangan guru, melakukan aktiviti sendiri dan juga ponteng kelas. Pelajar juga turut bosan dan tidak gemar dengan cara guru yang meminta pelajar menyalin nota yang banyak tanpa sebarang aktiviti yang menarik. Pada kitaran pertama iaitu mulai 22 Februari 2010 hingga 5 Mac 2010 iaitu minggu keempat sehingga minggu kelima, pengkaji telah melakukan pemerhatian semasa aktiviti perbincangan, simulasi dan inkuiri dijalankan pula ialah pengkaji melihat kebanyakkan pelajar lebih seronok belajar, tidak mengantuk dan juga pelajar sudah kurang ponteng kelas. Semasa aktiviti perbincangan dijalankan, pengkaji dapati kebanyakan pelajar bekerjasama melakukan perbincangan, walaubagaimanapun, mereka masih lagi lemah dalam melakukan pembentangan kerana malu dan juga tidak biasa melakukannya di hadapan. Semasa aktiviti simulasi dilakukan pula, mereka lebih berasa seronok dan aktif. Pada kali pertama aktiviti simulasi dilakukan, mereka malu-malu dan tidak melakukan aktiviti tersebut dengan baik. Walau bagaimanapun, pada kali kedua aktiviti simulasi dilakukan, mereka lebih berani dan telah dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik. Semasa aktiviti inkuiri dilakukan pula, kami dapati pelajar sukar untuk memahami dan melakukan seperti yang diminta oleh guru. Contohnya, guru meminta pelajar menceritakan keadaan atau apa yang dilakukan atau ada di kedai runcit. Guru perlu memberikan contoh seperti terdapat aktiviti memecah pukal, terdapat rak-rak dan sebagainya. Selain itu pelajar berasa seronok apabila mereka diminta menceritakan apa yang mereka inginkan seperti guru meminta murid menceritakan apakah perniagaan yang hendak dibuka dan di mana hendak dibuka jika mereka diberi RM 5000. Disamping itu, pelajar juga berasa seronok, guru juga dapat mencungkil pengetahuan pelajar. Dari segi hasil kerja pelajar, pengkaji mendapati bahawa pelajar kurang berminat untuk melengkapkan nota dan membuat lembaran kerja kerana mungkin pelajar masih lagi kurang berminat dengan matapelajaran perdagangan.

Selepas penambahbaikan dilakukan, pada kitaran kedua iaitu pada 22 Mac 2010 sehingga 24 April 2010 iaitu minggu kelapan sehingga minggu kedua belas. Pengkaji telah

memerhati reaksi, sikap serta penglibatan pelajar ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan iaitu sebelum, semasa dan selepas aktiviti soal jawab atau sesi “Fakta Auta”, aktiviti permainan, aktiviti berkumpulan, aktiviti perbincangan dan juga aktiviti kuiz dijalankan. Aktiviti Soal Jawab atau Sesi “Fakta Auta” dilakukan seiring dengan aktivitiaktiviti yang lain. Aktiviti soal jawab atau sesi fakta auta dan aktiviti berkumpulan yang dijalankan melalui aktiviti permainan, perbincangan dan juga kuiz memberi mereka kelainan yang mana pelajar tidak lagi berasa mengantuk dan bosan di dalam kelas. Pelajar juga berasa lebih semangat dan seronok untuk belajar dan berasa tidak tertekan. Sebelum aktiviti ini dijalankan, pengkaji mendapati masih terdapat segelintir pelajar yang bosan dan kurang berminat dengan aktiviti yang dilakukan, walau bagaimanapun, selepas aktiviti ini dilakukan, peratus pelajar yang berminat semakin bertambah. Selain itu, pemahaman pelajar juga lebih kerap dapat dinilai. Guru juga dapat menerangkan atau menjelaskan dengan segera jika di dapati pelajar kurang faham. Daripada reaksi muka pelajar, didapati bahawa pelajar lebih faham dan puas apabila guru menerangkan atau menjelaskan dengan lebih jelas selepas soalan diajukan kepada mereka. Selain itu juga, daripada pemerhatian guru terhadap aktiviti soal jawab atau fakta auta yang dilakukan melalui aktiviti berkumpulan, perbincangan atau kuiz juga memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang serta bertukar-tukar pendapat. Pelajar juga lebih seronok apabila mereka perlu bersaing secara sihat dalam mengumpulkan markah dan mengejar kemenanganan. Secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar. Secara keseluruhannya, guru telah memerhatikan penglibatan setiap pelajar, perbincangan pelajar dengan ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan, sikap yang dipamerkan sepanjang aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan serta tahap kefahaman pelajar. 3. Hasil Kerja Pelajar Antara kaedah yang digunakan di dalam pengumpulan data kajian tindakan ini adalah melalui hasil kerja pelajar sama ada di dalam buku nota mereka, latihan yang diberikan dan tugasan yang dhasilkan semasa aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah. Maklum balas yang diterima sama ada positif dan negatif menunjukkan minat dan semangat pelajar belajar. Keputusan daripada hasil kerja pelajar ini, didapati bahawa pelajar lebih berminat

dengan membuat nota melalui peta minda yang dikosongkan, membuat soaloan-soalan latihan, menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi seperti teka silang kata, „puzzle‟ dan sebagainya dan juga membuat pembentangan dengan menggunakan kertas mahjong berbanding dengan menyalin nota yang panjang lebar di dalam buku. Pengkaji juga telah membuat pemerhatian terhadap hasil kerja pelajar yang mana mereka bersama-sama menyelesaikannya dengan baik. Pengkaji juga turut melakukan temubual secara tidak berstruktur yang mana pengkaji telah bertanya pelajar berkenaan tugasan-tugasan yang diberi serta pendekatan yang bagaimanakah yang mereka minati atau ingini. Keputusan daripada pemerhatian serta temubual tersebut, pengkaji mendapati pelajar tidak suka menyalin nota yang panjang lebar dan mereka sukakan aktiviti berkumpulan dijalankan dengan tugasan-tugasan yang lebih menarik berbanding mendengar penerangan atau kuliah sahaja. 4. Ulasan Penyelia dan Rakan Guru Pelatih Ulasan penyelia dan rakan-rakan pengkaji sebagai guru pelatih merupakan salah satu tringulasi data yang diperoleh dalam pengumpulan data bagi kajian ini. Maklum balas yang diperoleh dari penyelia, guru pembimbing dan rakan guru pelatih yang mengajar subjek Perdagangan di sekolah lain merupakan suatu pemahaman di dalam merancang dan mencari suatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuian untuk subjek ini. Keputusan yang dapat dibuat deripada komen penyelia dan rakan guru pelatih, pelajar lebih memberikan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran jika guru melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas seperti aktiviti berkumpulan. Pelajar juga didapati tidak mengantuk dan bosan dengan aktiviti yang dijalankan. Bagi sesi “Fakta Auta” pula, penyelia dan rakan pelatih juga mendapati, ianya dapat menguji kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti apakah perkara yang pelajar masih kurang atau tidak faham. Disamping itu, tenknik penyoalan guru yang diselitkan dengan pelbagai kaedah juga membuatkan pelajar tidak bosan. Komen dan ulasan daripada rakan guru pelatih juga turut diambilkira bagi mengukuhkan lagi keputusan yang dibuat. Rakan guru pelatih juga turut melihat proses pegajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh pengkaji serta memberi cadangan penambahbaikan dan juga komen terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Dengan itu, pengkaji dapat mempelbagaikan kaedah soal jawab atau sesi fakta auta seperti melakukan

sesi fakta auta tersebut secara berkum[pulan dan kuiz. Selain itu, memberikan markah kuiz tersebut berdasarkan balingan dart atau cabutan atau pun balingan dadu. 5. Jurnal Refleksi Pengkaji Jurnal refleksi merupakan salah satu sumber pengumpulan data di dalam kajian ini. Ianya umpama catatan diari atau rekod yang mengandungi hasil pemerhatian, perasaan, dan penyelesaian dengan tujuan meningkatkan lagi pemahaman tentang amalan pengajaran yang telah dilakukan. Selain itu, teknik analisis SWOT (Strenght, Weaknessess, Opportunity dan Threats) digunakan dalam penulisan jurnal refleksi pengajaran harian pengkaji iaitu merangkumi kekuatan pengajaran pada sesuatu masa, kelemahan pengajaran pada sesuatu masa, cabaran yang dihadapi serta peluang yang ada sebagai suatu penambahbaikan amalan pengajaran dan penyelesaian kepada suatu permasalahan di dalam bilik darjah. Kesimpulan daripada jurnal refleksi tersebut ialah: Strength (kekuatan yang ada pada diri pengkaji/guru dan amalan pengajaran) Antara kekuatan yang ada pada diri pengkaji dan khususnya guru novis adalah hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar dimana jurang perbezaan umur tidak terlalu jauh menyebabkan guru lebih memahami kehendak dan cara pelajar (golongan remaja) berlajar. Selain itu, suara guru yang kuat dan tegas juga mampu menarik perhatian pelajar untuk memberi perhatian kepada apa yang disampaikan. Selain itu juga, amalan pengajaran guru yang melibatkan aktiviti berkumpulan telah dapat menarik perhatian dan penglibatan pelajar didalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran perdagangan. Weaknesses (kelemahan pada diri pengkaji/guru dan amalan pengajaran) Kelemahan yang terdapat pada pengkaji itu sendiri adalah kurangnya pendedahan tentang pengkaedahan terbaik serta pengalaman pengajaran yang berkesan berbanding dengan guru sedia ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, amalan pengajaran guru yang dianggap masih lemah termasuklah bercakap terlalu cepat, kurang sensitive dan peka terhadap perubahan tingkahlaku pelajar seperti berbual-bual, mengantok, tidak aktif dan sebagainya. Opportunity (peluang yang terdapat bagi penambahbaikan)

Peluang sedia ada yang terdapat bagi penambahbaikan amalan pengajaran didalam kelas adalah sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu perkara. Pelajar juga (remaja lingkungan umur 12 tahun keatas) gemarkan aktiviti sosial seperti aktiviti berkumpulan, belajar sambil bermain serta pelbagai aktiviti yang melibatkan interaksi sosial di dalam pengajaran dan pembelajaran di mana ianya memenuhi tuntutan jiwa dan psikologi remaja. Selain itu juga, pemahaman dan minat pelajar juga banyak dipengaruhi oleh amalan mengajar guru. Guru juga perlu merebut peluang sedia ada iaitu konsep pembelajaran berpusatkan pelajar dengan aktiviti berkumpulan sambil menerapkan unsur permainan, dengan memberitahu pelajar tujuan sebenar aktiviti seumpanya dijalankan. Ini bertujuan agar pelajar memahami unsur murni yang terselit pada konsep pembelajaran melalui aktiviti permainan mahupun aktiviti berkumpulan seperti semangat berkerjasama, mendengar arahan, berani bersuara dan lain-lain lagi. Threats (cabaran pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas) Ancaman yang terdapat pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah perubahan sikap, emosi dan tingkahlaku pelajar itu sendiri yang kadangkala memberi impak positif mahupun negatif semasa proses pembelajaan dan pengajaran berlangsung. Selain itu juga, segilintir kecil pelajar juga mengambil kesempatan untuk lebih bermain dari belajar dan menerima input dari apa yang didengari dan disampaikan oleh rakan pelajar yang lain. Selain itu juga, pengkaji juga mempunyai dilemma kerana terikat dengan beban sukatan pelajaran yang ketat dimana menyebabkan guru terpaksa berkejar untuk menghabiskan sukatan tanpa mengambil kira prestasi pelajar. Ini juga mewujudkan masalah tumpuan pengajaran yang terlalu cenderung kepada peperiksaan.

Data Kuantitatif. 1. Soal Selidik. Pengumpulan data secara soal selidik adalah merangkumi soalan berstruktur dan mudah di mana tujuannya hanyalah untuk mendapatkan pilihan sampel daripada dua penilaian

iaitu ya atau tidak. Selain itu, pengkaji juga menyediakan soalan berbentuk terbuka bagi mendapatkan pendapat responden tentang aktviti pengajaran yang telah dilakukan di dalam bilik darjah. Selain itu, soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Umum, Pengajaran dan pembelajaran dan Aktiviti berkumpulan). Berikut merupakan soalan berstruktur dan mudah yang ditanya pada soal selidik tersebut: 1. Apakah anda berminat mempelajari subjek perdagangan? 2. Adakah anda rasa subjek ini menarik? 3. Adakah anda rasa subjek ini sukar? 4. Adakah anda memahami penerangan guru mengenai sesuatu perkara yang diajar guru? 5. Adakah kaedah pengajaran guru dapat menarik minat anda untuk belajar? 6. Adakah anda suka akan aktiviti berkumpulan yang telah dijalankan? 7. Adakah tugasan/aktiviti yang diberikan menguji daya pemikiran anda? 8. Adakah aktiviti berkumpulan ini membantu anda memahami isi penting mengenai topik yang dipelajari? 9. Adakah aktiviti berkumpulan ini dapat menarik minat anda untuk mempelajari subjek ini? Berikut pula merupakan soalan berbentuk terbuka yang ditanya pada soal selidik tersebut: 10. Adakah aktiviti berkumpulan yang paling anda SUKA sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran subjek perdagangan yang telah dijalankan? 11. Komen/Cadangan.

Keputusan soal selidik bagi soalan-soalan berstruktur dan mudah seperti berikut:

Tingkatan 4 Dedikasi

Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9

YA 22 22 3 19 22 22 22 22 21 25 25 3 23 25 24 25 24 25

TIDAK 0 0 19 3 0 0 0 0 1 0 0 22 2 0 1 0 1 0 Jadual

4 Elit

1 2 3 4

1: 5 6 7 8 9

Keputusan Soal Selidik mengikut kelas

Keputusan soal selidik bagi soalan berbentuk terbuka pula ialah 36 orang pelajar suka akan aktiviti sesi fakta auta. Manakala selebihnya iaitu 11 orang pelajar suka aktiviti berkumpulan seperti aktiviti simulasi, puzzle, pembentangan, perbincangan, kuiz dan juga permainan dart. Cadangan atau komen pelajar pula ialah mereka suka sesi fakta auta dan aktiviti berkumpulan dilakukan kerana mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menarik seperti lakonan, pembentangan, perbincangan, puzzle, kuiz dan juga permainan dart. Mereka juga lebih faham dengan apa yang diajar, seronok serta tidak mengantuk dan tidak bosan dengan pengajaran guru. Secara tidak langsung, minat pelajaran terhadap matapelajaran perdagangan dapat dipertingkatkan. Pelajar juga berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti berkumpulan dan sesi fakta auta yang dijalankan telah dapat menarik minat, perhatian serta tumpuan mereka terhadap pengajaran guru. Selain itu, pelajar juga menyatakan bahawa aktiviti yang dijalankan seperti sesi fakta auta memudahkan mereka memahami pembelajaran serta dapat menguji daya pemikiran mereka. 2. Ujian Bulanan Mac Pengumpulan data kuantitatif yang turut digunakan oleh pengkaji ialah keputusan Ujian Bulanan Mac bagi matapelajaran Perdagangan yang telah dijalankan pada 10 Mac 2010 iaitu hari rabu. Ujian bulanan tersebut telah dijalankan bagi menilai sama ada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh pengkaji pada kitaran pertama berkesan atau tidak. Keputusan ujian bulanan seperti berikut:

17

17

18 16 14 12 10 8 6 4 2 0

8

LULUS
5

GAGAL

4 Dedikasi

4 Elit

Graf 1: Bilangan pelajar yang lulus dan gagal mengikut kelas bagi keputusan ujian bulanan

28%

LULUS
72%

GAGAL

Graf 2: Peratus keseluruhan pelajar yang lulus dan gagal Secara kesimpulannya, pelajar yang lulus adalah 72% iaitu 34 orang pelajar manakala pelajar yang gagal adalah 28% iaitu 13 orang pelajar. Pelajar kelas 4 Dedikasi dan 4 Elit

yang lulus adalah terdiri daripada 17 orang pelajar masing-masing manakala pelajar yang gagal terdiri daripada 5 orang daripada kelas 4 Dedikasi dan 8 orang daripada kelas 4 Elit. 3. Markah sesi ”Fakta Auta” Pengumpulan data kuantitatif yang seterusnya adalan melalui bilangan soalan yang dapat dijawab dan tidak dapat dijawab oleh pelajar semasa sesi ”Fakta Auta”. Sesi ini telah dijalankan selama 10-20 minit pada setiap akhir proses pengajaran dan pembelajaran sebagai latihan pengukuhan atau serta untuk mengukur tahap pemahaman pelajar. Keputusan sesi fakta Auta tersebut adalah seperti berikut:

Tingkatan

Subtajuk

Bilangan Soalan

BETUL/ FAKTA 16

SALAH/ AUTA 4

4 Dedikasi

Definisi perniagaan borong

20

Fungsi

perniagaan

borong

20

17

3

dalam saluran agihan Jenis-jenis pemborong 20 15 5

Pengambilalihan pemborong

fungsi

20

19

1

Dokumen perniagaan dalam negeri 4 Elit Definisi perniagaan borong

20

17

3

20

15

5

Fungsi

perniagaan

borong

20

16

4

dalam saluran agihan Jenis-jenis pemborong 20 15 5

Pengambilalihan

fungsi

20

18

2

pemborong Dokumen perniagaan dalam negeri JUMLAH 200 166 34 20 18 2

Jadual 2: Keputusan Sesi ”Fakta Auta” mengikut subtajuk Secara kesimpulannya, bilangan soalan yang dapat dijawab dengan betul oleh pelajar adalah 166 buah soalan daripada 200 buah soalan, bermakna 34 buah soalan tidak dapat dijawab oleh pelajar. Bersamaan dengan 83% soalan yang dapat dijawab dengan betul dan 17% soalan yang tidak dapat dijawab dengan betul. Ini bermakna pelajar faham dengan apa yang diajar atau disampaikan oleh guru sbanyak 83%. Dengan itu, dapat dirumuskan bahawa sesi fakta auta yang dijalankan dapat menarik minat dan mengukuhkan serta memperkayakan lagi pengetahuan pelajar mengenai sesuatu subtajuk yang diajar.

PERBINCANGAN Implikasi kajian Kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru supaya dapat mempelbagaikan kaedah atau pun melakukan pelbagai aktiviti semasa proses pengajaran pembelajaran dijalankan iaitu tidak hanya melakukan kaedah syarahan atau kuliah sahaja. Pengajaran dan pembelajaran juga perlulah berpusatkan pelajar dan tidak hanya berpusatkan guru kerana ianya boleh membuatkan pelajar bosan, mengantuk, malas, membuat kerja sendiri serta tidak seronok dengan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Melalui kajian ini, telah dapat dibuktikan bahawa aktiviti berkumpulan yang dilakukan dengan pelbagai aktiviti dan kaedah telah menarik minat pelajar untuk belajar dan secara tidak langsung menarik minat mereka terhadap matapelajaran perdagangan. Selain itu, sesi fakta auta juga boleh digunakan bagi menguji kefahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk.

Cadangan penambahbaikan

Untuk cadangan penambahbaikan, dicadangkan supaya guru perlu mempelbagaikan lagi aktiviti berkumpulan yang mampu menguji minda serta pemikiran pelajar supaya dapat mencungkil bakat serta keupayaan mereka. Selain itu, aktiviti juga boleh dilakukan di pelbagai tempat disekitar sekolah supaya pelajar tidak bosan serta dapat meluaskan lagi pandangan serta minda mereka. Pelajar juga dapat merasai suasana baru dan secara tidak langsung pelajar belajar dengan tidak bosan dan lebih teruja melakukan aktiviti. Selain itu juga, guru juga boleh melakukan aktiviti berkumpulan yang memerlukan setiap individu memainkan peranan yang mana ianya mampu menguji tahap kefahaman serta pemikiran pelajar secara individu. Perkara sedemikian membolehkan guru dapat mengenalpasti keupayaan dan kefahaman setiap pelajar secara individu bagi memastikan setiap ahli kumpulan bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing. Seterusnya, bagi sesi ”Fakta Auta”, guru perlu memberi arahan dengan lebih jelas, nyata dan terang bagi memudahkan pelajar memahami soalan yang dituju. Selain itu juga, arahan yang diberikan untuk aktiviti berkumpulan juga perlulah jelas dan ringkas serta dinyatakan dengan suara yang lebih kuat agar semua pelajar dapat memberi sepenuh perhatian dan tumpuan. Guru juga boleh mempelbagaikan bahan bantuan mengajar bagi setiap aktiviti yang dijalankan supaya pelajar diberikan pendedahan dan input yang berguna di samping menjadi lebih teruja serta seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Guru juga perlu memastikan pelajar bergerak pantas membentuk kumpulan masing-masing dengan kumpulan yang telah ditetapkan supaya masa tidak dibazirkan begitu sahaja. Guru juga perlu menggalakkan semangat kerjasama pelajar dan memantau setiap aktiviti yang dijalankan supaya penglibatan semua pelajar dapat dicapai. Selain itu, tugasan atau aktiviti yang dilakukan perlulah adil dan saksama supaya tiada pelajar yang tidak menyumbangkan apa-apa atau menjadi ahli kumpulan yang pasif di dalam kumpulan mereka.

Selain itu juga, guru perlu menyelitkan unsur ganjaran dan dendaan yang lebih berkesan agar pelajar dapat memberi sepenuh komitmen kepada aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Ini bertujuan agar pelajar bersikap positif dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan kerja dengan baik dan sempurna. Hukum kesediaan, latihan dan kesan juga perlu dilaksanakan pada masa akan datang agar dapat meningkatkan tahap kesediaan pelajar belajar, mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar, serta memberi

ganjaran atau peneguhan untuk respon dari pelajar. Peruntukan masa yang bertepatan juga harus dilaksanakan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang kelewatan.

KESIMPULAN Kajian tindakan yang telah dilakukan merupakan satu langkah berterusan oleh guru dan pengkaji untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan pengajaran sendiri. Data yang dikumpul juga dijadikan panduan bagi mengubahsuai dan menambahbaik amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dipertingkatkan. Kajian ini menyarankan agar aktiviti berkumpulan serta sesi penyoalan seperti sesi ”Fakta Auta” diteruskan kerana ianya merupakan suatu amalan pengajaran dan kaedah yang berkesan berbanding kaedah kuliah kerana ianya dapat menarik perhatian dan minat pelajar di samping dapat meningkatkan kefahaman pelajar serta menguji daya pemikiran pelajar terhadap sesuatu perkara. Maka, perubahan yang disarankan adalah dibuat secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip. Dari pengalaman pengkaji, jelaslah bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar seperti aktiviti berkumpulan mampu menarik dan meningkatkan penglibatan, minat serta kefahaman pelajar serta mengubah tingkah laku pelajar khususnya yang mengambil matapelajaran perdagangan.

RUJUKAN Halimah Harun (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (31) : 83-96. Kamaruddin Hj. Ilias (2007). Impak Kem Pemulihan Ekonomi (KPE) dalam meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar ekonomi. Kolej Matrikulasi Perak: 1-13. Mariani Md Nor (2006). Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya (26) : 63-78. Mook Soon Sang (2009). PTK Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk Pegawai perkhidmatan pelajaran Gred DGA 34, DG48, DG52 dan DG54. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Mook Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Sukatan Pelajaran Perdagangan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib (2004). Preferen Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya (24) : 5-26. Siti Fatimah Mohd. Yassin dan Halimah Harun (2009). Strategi pengajaran dan Pembelajaran Kursus Kajian Tindakan untuk Guru Pelatih. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke4: 848-854. Wan Zah Wan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (1998). Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di abad 21: Satu Perbincangan. Masalah Pendidikan Jilid 21: 1-21. Zulhana bt Md saad (2005). Program 15 minit dan pembelajaran berkumpulan ke arah meningkatkan tahap keberanian dan keyakinan pelajar menjawab soalan sewaktu mata pelajaran perdagangan. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005: 167-170.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->