You are on page 1of 34

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODEL REKA
BENTUK
PENGAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 1


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

Terdapat pelbagai jenis model yang dapat diaplikasi untuk tujuan


pembangunan instruksi. Secara umumnya model-model tersebut dapat dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu untuk pembangunan instruksi di dalam kelas
pembelajaran, di dalam pembangunan bahan pengajaran, dan di dalam
pembangunan kurikulum atau kursus pembelajaran. Kertas kerja ini akan
membincangkan model pembangunan instruksi untuk pembelajaran di dalam kelas
yang lebih dikenali dengan kata ringkas :-

A.S.S.U.R.E.

 Menganalisa Pelajar (Analysis)


 Penyataan Objektif (State objective)
 Pemilihan Cara Instruksi, Media Dan Bahan Pengajaran (Select Method /
Media),
 Penggunaan Media dan Bahan Pengajaran (Utilize),
 Penyertaan pelajar (Required Participation),
 Penilaian dan Kajian (Evaluation).

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 2


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODEL ASSURE

 Menganalisis Pelajar

Sebelum pengajaran dilakukan maklumat-maklumat berkaitan pelajar


hendaklah diketahui dan dikumpulkan. Ini termasuklah maklumat umum ciri-ciri
pelajar (seperti jantina, umur, dan bangsa), tahap kemahiran mereka (seperti tahap
pengetahuan dan penguasaan pelbagai kemahiran) ,dan maklumat-maklumat yang
berkaitan gaya pembelajaran mereka.

Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid, terdapat tiga


perkarayang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan
pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. Ciri-ciri umum yang boleh
dianalisis bagi tajuk Pendidikan Kesihatan ialah jantina, taraf sosio ekonomi dan
petempatan / daerah /kawasan. Guru bolehlah menganalisis tahap penjagaan
kesihatan dan kebersihan diri pelajar lelaki dan perempuan melalui rupa dan pakaian
mereka. Seandainya rupa dan pakaian mereka kotor, maka dapat ditafsirkan
bahawa tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri adalah rendah dan begitulah
sebaliknya. Selain itu, tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri juga boleh
dilihat melalui taraf sosio ekonomi keluarga murid-murid. Jika taraf sosio ekonomi
keluarga murid-murid adalah rendah, maka dapat diandaikan bahawa tahap
kesihatan dan kebersihan diri murid-murid adalah rendah dan begitulah sebaliknya.
Seandainya murid tinggal di kawasan pedalaman, dapat diandaikan bahawa tahap
kesihatan dan kebersihan diri mereka adalah rendah.

Tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai tajuk Pendidikan


Kesihatan boleh diuji melalui sesi soal jawab atau ujian pra bertulis. Seandainya
diadakan sesisoal jawab, guru bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid
mengenai tajuk Pendidikan Kesihatan bagi memanggil semula ingatan murid
terhadap terhadap tajuk tersebut.Sebagai contoh, guru menanya dan berbincang
dengan murid mengenai keluarga mereka. Seandainya ujian pra bertulis diadakan,
guru bolehlah memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan
tajuk bagi menguji tahap pengetahuan murid-murid.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 3


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru juga boleh menganalisis gaya pembelajaran pelajar tentang tajuk


Pendidikan Kesihatan melalui penggunaan media bercetak seperti poster keluarga
bahagiai. Melalui penggunaan poster tersebut, murid-murid akan dapat menanggap,
berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi apabila melihat poster tersebut.
Contohnya, dapat dilihat murid-murid akan menanggap bahawa keluarga bahagia
akan menjamin kebahagian di dunia ini. Mereka juga akan berinteraksi bersama
rakan-rakan mereka mengenai poster tersebut selain menunjukkan reaksi muka dan
emosi yang menyentuh perasaan yang mengakibatkan mereka akan lebih rasa
menyayangi keluarga mereka.

 Penyataan Objektif

Apabila maklumat berkaitan pelajar dapat diperolehi ini akan memudahkan


proses penyataan objektif dalam satu-satu kursus yang akan ditawarkan. Dalam
masa yang sama hasil-hasil pembelajaran juga dapat dirangka untuk memastikan
para pelajar dapat mencapai tujuan pembelajaran yang digariskan di dalam
kurikulum. Secara kasarnya penyataan objektif pembelajaran adalah mengetahui
ciri-ciri kumpulan sasaran, mengariskan kemahiran tingkah laku yang perlu
dipraktikan, mensasarkan keadaan pembelajaran yang sesuai, dan mengetahui
sekadar mana tahap kemahiran yang perlu dikuasai.

Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati


kehendak siapa yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak
capai dan ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk Pendidikan
Kesihatan, objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada objektif kognitif dan
objektif afektif. Contoh bagi objektif kognitif, murid-murid dapat menyatakan cara-
cara atau langkah-langkah yang betul bagi membahagiakan keluarga masing-
masing. Contoh bagi objektif afektif ialah murid-murid dapat menerapkan nilai
tanggungjawab dalam keluarga masing-masing bagi mengeratkan lagi hubungan
antara ahli keluarga.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 4


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Pemilihan Cara Instruksi, Media Dan Bahan Pengajaran.

Langkah seterusnya ialah dengan memilih cara penyampaian pengajaran


atau instruksi yang sesuai agar dapat memenuhi kehendak objektif-objektif yang
telah digariskan untuk ciri-ciri pelajar tertentu. Pemilihan media yang sesuai juga
amat penting agar ianya selari dengan keperluan objektif dan kehendak pelajar
tersebut. Contoh media ialah bahan-bahan seperti gambar, filem, suara, dan bahan-
bahan yang berasaskan komputer. Manakala bahan pengajaran adalah apa juga
bentuk bahan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menguasai objektif-
objektif pembelajaran. Sebahagian daripada bahan ini boleh dibeli di pasaran dan
disesuaikan dengan kehendak pengajaran. Sebahagian yang lain pula boleh
dirangka cipta oleh guru untuk memenuhi kehendak para pelajarnya. Contoh bahan
pengajaran ialah tape filem, program komputer, dan kaset ataupun alat pengajaran
seperti projektor LCD, alat pemain cereka DVD, komputer, radio, perakam suara,
dan peti TV.

Bagi tajuk Pendidikan Kesihatan, contoh kaedah yang dapat dijalankan


adalah kaedah main peranan.Guru bolehlah memanggil beberapa orang murid ke
depan bagi membuat demonstrasi bersalaman dengan ibu bapa dan cara
menyayangi dan menghargai ibu bapa kita. Contoh media yang dapat digunakan
dalam pengajaran tajuk Pendidikan Kesihatan adalah seperti video mengenai
tanggungjawab setiap ahli dalam keluarga bagi menjaga hubungan yang bahagia
tanpa menhadapi masalah. Tayangan video ini akan membolehkan murid-murid
lebih memahami dan nampak dengan jelas cara yang betul bgi menjaga hati dan
perasaan ibu bapa serta mengetahui lebih jelas cara ingin menjadi murid yang baik.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 5


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Penggunaan Media Dan Bahan Pengajaran

Bahan-bahan yang hendak digunakan hendaklah diuji terlebih dahulu


sebelum digunakan. Ini bagi memastikan ianya berfungsi seperti yang diharapkan.
Dalam masa yang sama ianya dapat membiasakan para guru dalam penggunaan
bahan-bahan tersebut dan tidak berasa kekok ketika proses penyampaian bahan
dilakukan. Malah ketika bahan yang berbentuk elektronik digunakan, para guru
sewajarnya mempunyai pelan pilihan yang boleh dilakukan sewaktu bahan-bahan
elektronik tersebut gagal berfungsi seperti yang diharapkan. Oleh yang demikian,
para guru hendaklah memastikan terlebih dahulu bahawa bahan-bahan ini sesuai,
dapat berfungsi dengan baik dan boleh digunakan ketika proses penyampaian
pengajaran dilakukan.

Bagi pengajaran tajuk Pendidikan Kesihatan, guru perlulah mengkaji bahan


sumber seperti power point berfungsi sebelum digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu menyediakan hand-out yang
mencukupi bagi setiap murid di dalam kelas. Selepas itu, guru perlu menyediakan
bahan yang betul, lengkap dan cukup untuk digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kemudian, rancang penggunaan power point bagi memberi
maklumat yang tepat kepada murid mengenai keluarga bahagia. Guru perlu
menyediakan persekitaran yang sesuai dengan persembahan murid semasa
menyanyikan lagu kelurga bahagia bersama-sama.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 6


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 Penyertaan Pelajar

Perkara yang perlu diingati oleh para guru ialah pelajar-pelajar akan dapat
belajar dengan baik jika mereka terlibat aktif secaral angsung dalam proses
pembelajaran. Pelajar yang pasif akan menghadapi kesukaran dalam menguasai
pelajaran yang disampaikan. Sebagai tenaga pengajar pelbagai cara boleh
dipraktikan untuk memastikan penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran. Ini
termasuklah perkara-perkara seperti diskusi, kerja dalam kumpulan, soal jawab, dan
aktiviti-aktiviti eksperimen. Malah di dalam pelanpengajaran, adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk memikirkan cara bagaimana penyertaan pelajar ketika
penyampaian dilakukan adalah menyeluruh dan tidak terbatas pada kumpulan
pelajar tertentu sahaja. Interaksi dua hala ini adalah penting dan jangan sekali-kali
diabaikan dalam rangka untuk mencapai objektif-objektif pembalajaran dengan
jayanya.

Dalam pengajaran tajuk Pendidikan Kesihatan, penggunaan bahan sumber


seperti menyediakan segmen nyanyian lagu kanak-kanak dan main peranan akan
dapat membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan pelajar dalam
pembelajaran. Hal ini seterusnya dapat menigkatkan perubahan tingkah laku yang
diharapkan iaitu murid-murid dapat mempraktikkan cara dan tanggungjawab bagi
setiap ahli keluarga bagi melahirkan dan mebentuk keluarga yang bahagia bagi
setiap keluarga murid. Setiap bahan sumber perlualah sesuai mengikut tahap
perkembangan murid di dalam kelas.

Penggunaan video semasa sesi induksi mengenai tajuk Pendidikan


Kesihatan adalah sangat sesuai. Tayangan video dapat membolehkan murid-murid
nampak dengan jelas sesuatu pembejaran, dapat diulang tayang seberapa kali yang
mahu serta dapat menjana idea murid-murid. Dalam tajuk Pendidikan Kesihatan,
guru boleh menayangkan pelbagai video berkenaan dengan tajuk seperti keluarga
bahagia yang akan membawa kejayaan dalam hidup berdasarkan dengan
pelaksanaan tanggungjawab masing-masing di dalam keluarga. Media bercetak
seperti poster juga sesuai digunakan semasa sesi induksi tajuk Pendidikan
Kesihatan dengan menayangkan poster berkenaan masalah-masalah yang timbul
akibat pengabaian menjadikan keluarga bahagia di dalam rumah.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 7


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Contoh penglibatan murid-murid dalam pembelajaran tajuk Pendidikan


Kesihatan adalah seperti sesi main peranan iaitu demonstrasi cara-cara yang boleh
dilakukan bagi membahagiakan ibu bapa kita. Selain itu, boleh diadakan sesi
pemerhatian video berkenaan keluarga bahagia serta sesi perbincangan selepas
selesai proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran


berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang
melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang
murid. Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat.
Jangan biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan
membuat murid-murid berasa bosan.

 Penilaian Dan Kajian

Langkah terakhir ini sering kali diabaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Keseluruhan langkah-langkah yang telah diutarakan di atas dapat
diolah oleh semua guru akan tetapi guru yang baik ialah mereka yang dapat menilai
semula adakah ianya efektif dan perlu diteruskan ataupun beberapa
penambahbaikan perlu dilaksanakan untuk persembahan yang akan datang. Ada
ketika rancangan pengajaran yang dirangka Nampak begitu sempurna, namun
sewaktu persembahan dilakukan beberapa masalah timbul seperti cara instruksi
yang tidak sesuai, alat pengajaran gagal berfungsi, dan bahan pengajaran yang
tidak sesuai dengan kehendak dan keperluan pelajar.

Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan


Kesihatanyang bertajuk Pendidikan Kesihatan, guru perlulah melakukan sesi refleksi
bersama dengan murid-murid. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada
murid-murid bagi mengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada
sesi pengajaran dan pembelajran yang telah dijalankan. Sesi refleksi ini juga dapat
membantu guru menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 8


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN
PENGAJARAN
HARIAN (RPH)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 9


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3

Tarikh : 17 April 2008

Masa : 10.30 – 11.30 pagi

Tahun : 3 Arif

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Aras : 1 dan 2

Tema : Melancong Ke Sarawak

Tajuk : Bumi Kenyalang

Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :

1 - Membaca dengan lancar dengan sebutan yang betul.

2 - Menyenaraikan isi penting dalam bahan bacaan.

3 – Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.

4 – Membina ayat tunggal.

Hasil pembelajaran :

Fokus utama :

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa serta sebutan intonasi yang

baik dan betul.

Aras 2

i Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton.

ii Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 10


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Fokus Sampingan :

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
lancar, serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

i Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.

8.2 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang tajuk.

Aras 1

i Membina ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.

KEMAHIRAN BAHASA : mendengar dan bertutur,membaca, dan menulis.

SISTEM BAHASA :

Tatabahasa :

 Ayat aktif
 Ayat pasif
 Ayat penyata
 Ayat tanya
 Ayat tunggal

Kosa kata :

- menurut
- kayangan
- pertanian
- sumpahan
- ibu negeri
- budaya dan adat resam
- maju

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 11


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENGISIAN KURIKULUM :

Ilmu - Kajian tempatan

- Pendidikan moral

Nilai murni – Menghargai dan kasih sayang

Kemahiran bernilai tambah :

(a) Belajar cara belajar

- Membaca

- Mendengar

(b) Kemahiran berfikir

- Mengesan lokasi

- Menjana idea

(c) Konstruktuvisme

- Teori kecerdasan pelbagai

- Muzik

- Interpersonal

- Naturalis

(d) ICT

- Tutorial

- Penerokaan

BAHAN BANTU MENGAJAR :

Buku teks, petikan, gambar, lembaran kerja, komputer riba dan LCD.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 12


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN


Induksi set (5 minit)
Pengenalan tajuk.  Guru menunjukkan gambar peta dan bendera Menggunakan
Murid mengetahui negeri Sarawak. persembahan
kedudukan negeri  Guru dan murid bersoal jawab tentang negeri “powerpoint”
Sarawak di dalam Sarawak.
peta.  Mengaitkan dengan pembelajaran. Gambar peta dan
 Guru menerangkan tajuk pengajaran dan bendera negeri
pembelajaran ialah “Bumi Kenyalang” . Sarawak di
tayangkan.
.
Langkah 1 (15 minit)
Mengetahui asal-usul  Guru menunjukkan gambar mengenai negeri Menggunakan
negeri Sarawak. Sarawak. persembahan
 Berbincang tentang gambar. “powerpoint”
 Guru bercerita tentang asal-usul negeri
Sarawak dipanggil “Bumi Kenyalang” secara Guru bercerita
ringkas. tentang asal-usul
negeri Sarawak.
Langkah 2 (10 minit)
Menyebut dan  Menyebut perkataan “Bumi Kenyalang”  Teks
membaca dengan dengan betul. petikan “Bumi
baik.  Murid membaca teks petikan. kenyalang”
 Murid pemulihan membaca teks dengan  Buku
mengikut guru dan murid yang lain. teks

Langkah 3 (10 minit)  Teks


Murid dapat bercerita  Guru memperdengarkan cerita “Puteri petikan “Puteri
dan menilai rakan. Santubung Puteri Sejinjang”. Santubung Puteri
Nilai dan pengajaran  Murid menceritakan semula cerita yang Sejinjang”
daripada cerita. diperdengarkan.  Kasih
 Murid menilai rakan bercerita. Sayang
 Guru menyerapakan nilai.  Menghargai
Langkah 4 (15 minit)
Membina ayat  Murid membina ayat tunggal (Lembaran Kerja)
tunggal. berdasarkan gambar.
 Murid pemulihan diberi latihan tandakan
jawapan yang betul.
 Latihan pengayaan “permainan bahasa”.

Penutup
Penutup Sosial  Murid mendengar lagu menerusi video.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 13


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid mendengar lagu Murid diberi lirik lagu. Video “Lagu Puteri
dan menyanyi Murid menyanyikan lagu “Puteri Santubung Puteri Santubung Puteri
beramai-ramai. Sejinjang” Sejinjang”

Refleksi :

Murid-murid dapat mengikuti hampir kesemua ilmu yang disampaikan.


Mereka juga dapat membaca dengan sebutan dan juga intonasi dengan betul,
walaupun menghadapi masalah pada mulanya, makna dan perkataan juga dapat
difahami hampir kesemuanya. Selain itu, mereka dapat juga bercerita dengan
menggunakan sistem bahasa yang agak baik.

LEMBARAN KERJA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 14


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEKS PETIKAN
NEGERI SARAWAK

Negeri Sarawak dikenali sebagai “Bumi Kenyalang” dan


terletak di Malaysia Timur.

Negeri Sarawak kaya dengan budaya dan adat


resamnya. Kita dapat melihat rumah panjang yang didiami
oleh orang Iban di sana. Kita juga boleh melawat ke Gua
Niah yang begitu popular di kalangan pelancong.

Ibu negeri Sarawak ialah Kuching. Bandar Raya Kuching


semakin maju pada masa ini. Jika ke Bandar Raya Kuching,
jangan lupa untuk melawat “Waterfront” iaitu tebingan
Sungai Sarawak yang indah. Kawasan ini merupakan sebuah
kawasan rekreasi yang sering menjadi tumpuan pengunjung,
khasnya pada hari cuti dan hujung minggu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 15


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PUTERI SANTUBUNG

PUTERI SEJINJANG

Menurut cerita orang-orang tua, Puteri Santubung dan


Puteri Sejinjang merupakan dua orang puteri yang turun dari
kayangan. Puteri Santubung suka menenun kain, manakala
Puteri Sejinjang pula menjaga kawasan pertanian. Mereka
berjanji tidak akan bergaduh.

Malangnya pada suatu hari, Puteri Santubung berasa


amat cemburu akan Puteri Sejinjang yang mencintai Putera
Serapi, kekasih Puteri Santubung. Sifat cemburu itu
menyebabkan mereka bergaduh. Pergaduhan itu berakhir
dengan kedua-dua orang puteri itu disumpah menjadi gunung.
Sumpahan itu berlaku kerana mereka telah melanggar janji.
Orang Sarawak menceritakan kisah kedua-dua orang puteri
itu di dalam lagu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 16


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk : Melancong ke Sarawak

Nama : …………………………………………..

Kelas : …………………………………………...

Bina ayat berdasarkan gambar yang diberi.

---------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------

------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------

Tandakan jawapan yang betul.


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 17
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Negeri Sarawak dikenali sebagai ___________ dan terletak di


Malaysia Timur.
   A. bumi kenyalang
B. Sarawak
  C.  Gua Niah
   D. Waterfront

2. Negeri _________ kaya dengan budaya dan adat resamnya.


A. Pahang
B. Kelantan
C. Terengganu
D. Sarawak

3. Kita dapat melihat ____________ yang didiami oleh orang


Iban.
A. rumah teres
B. bangunan
C. rumah panjang
D. banglo

4. Ibu negeri Sarawak ialah ____________ .

A. Gua Niah
B. bumi kenyalang
C. Kuantan
D. Kuching

PERMAINAN BAHASA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 18
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

S Q W E G B K N I L
E T A S U A G A R O
R V A D N M P A L I
A G N K U R U Z M H
P B G G N I H C U K
I N A I G A N G I N
E U A E Y C I V E H
T I B A N T A R E B

KATA KUNCI :

1.Ibu negeri Sarawak.


2.Rumah panjang didiami oleh orang ………….
3.Kekasih Puteri Santubong ialah Putera …………….
4.Kedua-dua orang puteri itu disumpah menjadi ………….

LIRIK LAGU PUTERI SANTUBUNG PUTERI SEJINJANG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 19


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ooo… Puteri Santubung,


Sejinjang sayang,
Kesah lama,
Jangan mensia sayang,

# Puteri Santubung,
Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung,
Negeri Sarawak,
Manic si ada,
Dapat dilawan,
Anak dak dewa,
Turun kayangan,

Ulang #

Ooo… sentubung puteri,


Bertenun kain malam,
Ooo… sejinjang puteri,
Menumbuk padi siang,

Satu harinya,
Duak kelai,
Beranok anok sik,
Henti henti,
Sorang madah diri,
Bagus agi,
Sorang sik kalah,
Walau sampai kemati,

Ulang #

Ooo… Puteri Santubung,


Sejinjang sayang,
Udah bermusuh,
Berpanjang panjang sayang,

Udah lejuknya,
Duak kelai,
Lalu bertukuknya,

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 20


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Duak puteri,
Sejinjang mengayun,
Aluk ke pipi,
Tebik sentubung,
Sampai gito ari,

Tapi sentubung,
Membalas juak,
Lalu di tikam,
Batang belida,
Hingga terkena,
Sejinjang kepalak,
Lalu bertabur jadi,
Pulo kerak,

Ulang #

Kesah Santubung,
Kesah Sejinjang,
Asal berkawan,
Jadi musuhan,
Kinek tok tinggal,
Jadi kenangan,
Pake ingatan,
Sepanjang jeman,

Ulang #

Puteri Santubung Puteri Sejinjang

Puteri Santubung Puteri Sejinjang

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 21


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PERSEMBAHAN
MULTIMEDIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 22


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 23


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 24


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 25


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 26


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 27


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 28


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
BERDASARKAN MODEL
ASSURE

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BERDASARKAN MODEL


ASSURE
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 29
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODEL A.S.S.U.R.E.

 Analisa (Analysis)
 Bilangan pelajar : 20 orang (11 L, 9 P)
 Tahun : 3 Arif
 Umur : 9 tahun
 Kesihatan pelajar : semua sihat

 Penyataan Objektif (State objective)


 : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :
 1 - Membaca dengan lancar dengan sebutan yang betul.
 2 - Menyenaraikan isi penting dalam bahan bacaan.
 3 – Menyampaikan cerita berdasarkan isi penting.
 4 – Membina ayat tunggal.

 Pemilihan Kaedah dan Bahan Media (Select Method / Media),


 BBM : Buku teks, petikan, gambar, lembaran kerja, kotak beracun, komputer
riba dan LCD.
 KAEDAH PENGAJARAN : Belajar cara belajar, Kemahiran Berfikir,
Konstruktivisme, ICT.

 Penggunaan (Utilize),
 Rujuk RPH pada set induksi, langkah 1, dan penutup.

 Penyertaan pelajar (Required Participation),


 Rujuk RPH pada langkah 2, langkah 3, langkah 4, dan penutup.

 Penilaian (Evaluation)
 Rujuk RPH langkah 4 berdasarkan lembaran kerja.

REFLEKSI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 30


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah


kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Encik Haji
Abdul Halim bin Konting ini dalam masa yang ditetapkan. Tugasan ini merupakan
salah satu kerja kursus yang diberikan kepada semua guru pelatih bagi Kursus
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah). Tugasan ini
hendaklah disampaikan dalam bentuk buku skraf. Guru pelatih dikehendaki
membuat satu buku skraf dan ’soft-copy’ tentang membina Rancangan Pengajaran
Harian berdasarkan model ASSURE. Ianya merupakan tugasan secara individu.

Tugasan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar tentang cara


penghasilan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan model ASSURE, iaitu
Analisa (Analysis) , penyataan Objektif (State objective), pemilihan Bahan (Select
Method / Media), penggunaan (Utilize), penyertaanpelajar (Required Participation),
dan penilaian (Evaluation). Tugasan ini juga dikehendaki disediakan dalam bentuk
persembahan elektronik iaitu ‘powerpoint’.

Setelah mendengar dan memahami penerangan serta perbincangan yang


diberikan, saya berasa sedikit keliru dan tidak memahaminya. Saya memulakan
tugasan ini dengan membuat rujukan awal bagi mencari tajuk yang sesuai bagi
membuat tugasan ini. Saya melakukan pembacaan dan pencarian menyeluruh
mengenai isu dan perkara yang berkaitan bagi menyiapkan tugasan saya. Setelah
sumber yang sesuai kami perolehi, saya mula mengumpulkan maklumat yang
berkaitan dengan sebanyak mungkin. Kaedah yang digunakan ialah melalui media
elektronik atau internet. Hampir keseluruhan maklumat yang saya guna pakai
adalah diperolehi daripada buku Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Selain itu saya juga menggunakan sumber internet bagi memantapkan lagi
maklumat yang telah saya perolehi.

Pada peringkat seterusnya, saya tidak mempunyai sebarang masalah. Saya


mula melaksanakan tugasan yang seterusnya iaitu membuat analisis data terhadap
segala maklumat yang saya terima. Saya mengasingkan berdasarkan kepada
beberapa kategori yang tertentu iaitu berdasarkan kepada jenis, huraian dan contoh
perkataan. Setelah semua maklumat yang telah siap dianalisis, saya mula
melakukan penyemakan awal buat kali pertama. Saya telah menyerahkan segala
maklumat awal yang perolehi ini bagi disemak oleh pensyarah. Setelah semua
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 31
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

maklumat siap sedia, maka saya mula melaksanakan tugasan buku skraf ini. Dalam
melaksanakannya terdapat beberapa kesukaran yang terpaksa saya hadapi.
Pertamanya dari segi masa. Saya mempunyai masa yang agak suntuk iaitu selama
kira-kira sebulan sahaja bagi menyiapkan segala tugasan ini. Pada masa yang sama
pelbagai aktiviti dan program lain yang dirancang dan perlu dilaksanakan. Oleh yang
demikian saya terpaksa menggunakan masa yang ada bagi dimanfaatkan untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Masalah yang kedua yang terpaksa saya hadapi ialah kesukaran


perlaksanaan iaitu kesalahan dan kesilapan samada kecil dan besar dalam
membuat buku skraf ini. Bermula daripada penghasilan Rancangan Pengajaran
Harian sehinggalah kepada pembinaan persembahan elektronik. Walaupun keadaan
ini berlaku, namun ia bukanlah sebab bagi saya untuk menyerah kalah dan
berputus asa. Saya tetap berusaha. Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi ini,
saya telah melaksanakan jadual perancangan yang teliti dan menggunakan segala
sumber yang ada dengan semaksimum yang mungkin. Setelah semua maklumat
dimasukkan dan diedit sepenuhnya, saya melakukan sekali lagi semakan buat kali
yang kedua. Ia adalah bertujuan bagi memastikan segala tugasan ini dihantar dan
disiapkan tanpa sebarang kesalahan. Saya telah meminta beberapa orang pelajar
bagi melakukan penyemakan bagi kali ini. Setelah segala komen dan pandangan
yang kami terima, saya telah membuat sedikit penambahbaikan ke atas hasil kerja
saya.

Maka dengan itu berakhirlah segala tugasan yang saya usahakan selama
hampir satu bulan ini. Saya berasa puas hati dengan segala hasil kerja yang telah
saya hasilkan. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telibat secara
langsung atau tidak bagi menjayakan tugasan saya ini. Jutaan terima kasih terhadap
apa yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 32


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 BUKU

 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran . Noriati A.Rashid, Boon


Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kmarauddin Wan
Hassan . 2009 . Oxford Fajar Sdn. Bhd.

 Teknologi Pengajaran . Roziahah Jamaludin . 2003 . Utusan Publications


and Distributors Sdn. Bhd.

 Pengajaran Bantuan Komputer . Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp,


Rose Alinda Alias. 1996 . Dewan Bahasa dan Pustaka

 LAMAN WEB

 www.tutor.com.my/tutor/motivasi/index.asp?.../pendidikan

 www.slideshare.net/.../penggunaan-teknologi-dalam-pendidikan-1335310

 www.scribd.com/.../Teknologi-Maklumat-Dalam-Pendidikan

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 33


TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU |EDU 3105 34

You might also like