P. 1
Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Modal Insan

Peranan Ibu Bapa Dalam Pembentukan Modal Insan

4.0

|Views: 16,936|Likes:
Published by Michelle
this is one of my essay that i have done for my revision..
this is one of my essay that i have done for my revision..

More info:

Published by: Michelle on Nov 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/01/2013

pdf

text

original

Soalan Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka jadi insan yang berguna.

Bincangkan usahausaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai. Setiap ibu bapa di dunia ini pastinya mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Baru-baru ini,berita tentang kejayaan adik Nur Madihah yang mendapat 20A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia sekali gus menjadikan beliau sebagai contoh bagi anak-anak muda untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, usaha ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan harapan mereka itu tercapai. Pertamanya, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi,seperti pepatah Melayu µmelentur buluh biarlah dari rebungnya¶. Hal ini demikian kerana, anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk memahami sesuatu mata pelajaran yang diajar. Buktinya, mereka tidak mudah melakukan perkara negatif dan sentiasa sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Oleh itu,hal sebegini akan menguatkan pegangan anak-anak dalam kehidupan dan sentiasa ingin memajukan diri demi menjadi modal insan yang sempurna. Selain itu,ibu bapa perlu menyediakan semua keperluan dan kemudahan yang berkaitan dengan pendidikan kepada anak-anak mereka. Segala pertolongan daripada ibu bapa akan dapat membantu meningkatkan proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah khususnya. Sebagai contoh,penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Ibu bapa harus menyediakan tempat belajar yang strategik serta mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak mereka. Dengan hal ini,anak-anak mereka dapat belajar secara efektif dan berkesan. Di samping itu juga,adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyokong setiap penglibatan dan aktiviti anak-anak yang menjurus ke arah kebaikan serta kecemerlangan mereka dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana ibu bapa yang memperuntukkan masa dan perhatian untuk anak-anak biasanya akan berjaya melahirkan insan yang berkualiti. Ibu bapa dapat member kata-kata peransang serta bimbingan sama ada secara formal atau melalui tindakan dan percakapan. Contohnya,ibu bapa dapat memberikan mereka hadiah sekiranya anak-anak mereka berjaya mendapat tempat pertama dalam kelas. Dengan cara ini,anak-anak mereka akan berasa lebih yakin dan bersemangat untuk belajar. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau setiap aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka. Hal ini penting bagi menjamin disiplin anak-anak agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan penyakit sosial yang kian berleluasa. Antaranya ialah melepak dan ponteng sekolah. Ibu bapa perlu sentiasa bertanya keadaan mereka di sekolah dan mengambil tahu setiap perkara yang mereka lakukan. Janganlah bersikap lepas tangan terhadap perkara seperti ini. Justeru,pemantauan daripada ibu bapa amat penting dalam merealisasikan impian mereka untuk menjadikan anak-anak mereka orang yang berjaya.

Konklusinya,semua pihak khususnya ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha membentuk modal insan dalam diri anak-anak selaras dengan visi kudsi mantan perdana menteri Malaysia,Tun Mahathir Mohammad dalam mencapai Wawasan 2020. Dalam pada itu,pembentukan modal insane amat penting bagi melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa dan berkaliber pada masa yang akan datang. Hal ini membolehkan Negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->