P. 1
pembelajaran inkuiri

pembelajaran inkuiri

|Views: 488|Likes:
Published by semporna

More info:

Published by: semporna on Nov 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/11/2013

pdf

text

original

BAB 1

PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan kurikulum sains di Malaysia banyak dipengaruhi oleh

Perkembangan

perkembangan sains luar negara khususnya Britain dan Amerika Syarikat.Pada mulanya pengajaran lebih memberi penekanan tentang fakta sains sahaja.Aktiviti amali telah dimuat turunkan dalam buku teks dan dibincangkan dalam amali sahaja. Perubahan telah berlaku selepas Rusia telah berjaya melancarkan setelit buatan manusia yang pertama.,iaitu sputnik 1957. Kajayaan ini telah mengejutkan Amerika Syarikat dan membuat reformasi dalam kurikulum sains dengan tertubuhnya National Science Foundation. Hasilnya wujudlah Program Elementry Science Study, Science Curriculum Improvement dan science dan

sebagainya.Science telah beralih dari pendakatan tradisional kepada proses aktiviti eksperimen dan aktiviti amali (hands on). (Pengenalan Amali Sains,OUM 2004) Perubahan ini turut melanda kurikulum sains di Malaysia . Kurikulum sains moden yang diperkenalkan pada tahun 1969 adalah ubahsuaian Scottish Integreted Science. Perubahan kurikulum ini melibatkan perubahan pendekatan dalam pengajaran sains sebagai satu proses. Masalah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya dihadapi oleh pelajar- pelajar di Malaysia tetpi merupakan masalah sejagat. Perbincangan International Congres on Mathematics Education (ICME) telah mewujudkan kumpulan PME (International Group on Psychology of Mathematic Education). Perbincangan lanjut juga telah dibuat oleh

bumi dan alam semesta serta dunia teknologi. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan namun terdapat sebilangan besar guru yang masih menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan pelajar yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Datta & Scarfpin (1983). Subjek sains merupakan pelajaran teras di sekolah menengah di Malaysia. rohani . Salah tanggapan pelajar yang mengganggapkan sains sebagai satu matapelajaran yang susah dan sukar untuk memahaminya. Nesher & Kilpatrick (1990). menyiasat alam fizikal. Tall (1991).1990) .Krantz (1993). (Mohamad Khatim. Pendidikan sains dalam KBSM dirancang dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang perkembangannya dari segi intelek. Jesteru itu matapelajaran ini merupakan satu matapelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Guru sepatutnya lebih . emosi konsep yang lebih tinggi. Ini kerana bidng sains merangkumi lima bidang utama iaitu menyiasat alam hidupan. Penelitian dan pencarian factor mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya menentukan kejayaan di dalam subjek ini seringa diperbincangkan. menyiasat alam bahan. 2001)Pengajaran dan pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks antara factor yang dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran sains. Topik ini dianggap susah dan sukar difahami kerana kajiannya lebih mendalam dan lebih daripada pemerhatian kita. Sharma (1989. Pembelajaran memerlukan kefahaman memahami masalah ini.

Calhoon (1963) menyatakan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran tidak dapat menjalankan tugas. Kimia. Sesuai dengan sifat sains sebagai satu proses. Dengan itu secara tidak langsung guru harus menyediakan keseronokan mengajar dan belajar. Matapelajaran sains merangkumi Sains Teras.2001) Daripada kajian menunjukan kaedah guru banyak memberi kesan dalam pemahaman konsep dan keseronokan untuk belajar. Mengajar sains adalah . Selain itu pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian turut diberikan dalam semua kurikulum sains.tugas rutinnya dengan baik. Tanpa sebarang matlamat.dan jasmani. Oleh yang demikian guru terpaksa menambahkan ilmunya sepanjang masa (Omardin Ashaari 1999) 1. (Shukor.1 Latar Belakang Kajian. Dalam abad ke -21 ini. Biologi dan Sains Tambahan yang perlu diajar dengan pendekatan yang sesuai samaada dalam bilik darjah mahupun dalam makmal. Ini penting agar guru lebih yakin dalam pengajaran dan ilmu yang disampaikan adalah yang terkini dan mengikut peredaran zaman.Guru perlulah meningkatkan ilmu pengatahuan sejajar dengan perkembangan semasa. Oleh itu untuk mencapai matlamat wawasan 2020 guru mestilah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. kita mungkin tidak pasti hala tuju kita dan mengapa kita melakukkannya. penekanan kepada kaedah pengajaran sains adalah sangat penting. Fizik. perubahan dunia dalam semu bidang memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru. Pendidikan sains di Malaysia yang dilaksanakan melalui KBSR dan KBSM mempunyai matlamat membina masyarakat saintifik yang progresif.

Ini jugalah strategi yang perlu diamalkan dalam pendidikan sains. telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Hasil kajian menunjukan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding pedekatan tradisional yang berpusatkan guru. Meneroka fenomena sekeliling kita adalah penerokaan sains. Perasaan inilah yang menjadikan manusia suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. . beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Sehubungan itu wajarlah pengajaran amali berasas inkuiri penemuan di ketengahkan bagi meningkatkan pemahaman pelajar. Bertolak daripada perasaan inilah. Brunner (1960).seperti mengajar mengenai sesuatu yag wujud disekeliling kita. Manusia mempunyai perasaan ingin tahu lebih ± lebih lagi terhadap apa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Pendekatan yang diberi focus pada masa kini ialah pendekatan berpusatkan pelajar. Strategi inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Perasaan inkuiri ini telah membawa kepada penemuan demi penemuan. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu µmelangkau melebihi maklumat yang diberikan (Beyond the information given) Hasil daripada pendekatan ini. sains berkembang pesat.

2 Pernyataan Masalah Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun.kaedah pengajaran yang terkini agar ia dapat diserap kedalam system pendidikan sekarang.Selain itu . Agness Voo 1996. Fatimah 1996 dan Amir 1996). ini menunjukan peningkatan yang cemerlang dalam pencapaian akademik. sosial dan psikologi pelajar. kegiatan hans-on dan minds.on telah disepadukan. Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan . Kaedah ini juga dapat membantu pendidik melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran yang analitik. amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama (KLSM) yang menekankan kaedah hafalan. didapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum tersebut . pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (JNS 1996. inovatif dan kreatif. disamping menambahkan lagi kaedah. Dalam proses ini pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang baru diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. kritis . Aspek lain seperti pemahaman. 1992). Oleh itu . tugasan amali juga biasanya dijalankan secara berkumpulan yang mengalakan perasaan positif serta saling menghargai. menyokong dan menghormati sesama sendiri dan menurut kajian . (Nik Azis Nik Pa. Abdul Razak & rakan-rakan 1996. Pembelajaran amali berupaya membantu pelajar membina pengetahuan sendiri. 1. Saw Kian Swa 1996. amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga kini masih ramai guru menggunakan kaedah tradisional iaitu ³Chalk and Talk´.Jika sistem pendidikan dahulu dan sekarang dapat digabungkan kerjaya akan menjadi lebih baik. Dari sudut kaedah pengajaran.

kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Oleh itu kaedah ³Chalk and Talk´ digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan. Keadaan ini tentunya akan melahirkan pelajar yang hanya pandai mengingat tetapi jahil tentang sains dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran berkaitan sains (Tengku Zawawi 1997). Guru juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan kepada pembelajaran sepnjang hayat. Oleh itu satu kaedah pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar ( inkuiri ) perlu diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Salah satu lagi alasan yang menyebabkan murid kurang berminat subjek sains adalah kerana tanggapan yang negatif terhadap subjek itu sendiri. Tanggapan ini tidak boleh .bantu mengajar. Murid-murid lebih banyak menghafal rumus. Omar 1994. 'petua' dan 'hukumhukum' yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar (Tengku Zawawi 1999. Amin 1993). Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 % daripada guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan. Kini dengan adanya kaedah inkuiri. Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad (Nik Azis 1992). salah tanggapan itu dapat diperbetulkan. Termasuk juga di kalangan guru-guru yang pernah mengikuti kursus orientasi KBSM. Pelajar menyatakan bahawa subjek sains adalah satu subjek yang sangat susah. Tanggapan ini dibuat adalah berdasarkan kegagalan generasi terdahulu. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains menjadi tidak bermakna (Ibrahim 1994).

Oleh kerana pendekatan lama kurang memberi kesan maka guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yang boleh menarik minat pelajar.4 Kerangka konseptual Tujuan Kajian Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan sama ada penggunaan kaedah Pembelajaran Inkuiri dalam pembelajara Sains Tingkatan satu dapat : 1. Dalam beberapa kajian. 1. Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar secara signifikan berbanding dengan kaedah tradisional . Berdasarkan tinjauan yang dibuat di sekolah-sekolah menunjukan para pelajar tidak didedahkan dengan kaedah pembelajaran inkuri yang sebenar. menunjukan bahawa matlamat kumpulan dan individu memberi impak yang positif terhadap pencapaian mereka.diterima lagi memandangkan subjek sains adalah berpusatkan pelajar dan seperti yang diketahui banyak kajian yang menyatakn pembelajaran yang berpusatkan pelajar boleh menghasilkan pemahaman yang lebih baik dan pencapaian yang memuaskan. kajian untuk menilai kesan pembelajaran inkuiri di sekolah amat sesuai dilaksanakan untuk melihat perubahan pencapaian pelajar di sekolah selepas perlaksanaan pendekatan pembelajaran inkuiri.3 1. Kaedah pembelajaran inkuiri yang melibat secara langsung individu dalam aktiviti atau eksperimen sains akan mempertingkatkan keyakinan diri. menggalakan integrasi kumpulan dan membina perasaan positif diri dalam pembelajaran.

Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran . pengkaji telah mengenalpasti beberapa persoalan kajian antaranya : 1. Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar tanpa mengira jantina berbanding dengan kaedah tradisional 3. Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza berbanding dengan kaedah tradisional 4. 2. Memberi kesan terhadap pencapaian pelajar dalam topic pengembangan haba pembelajaran inkuiri penemuan berbanding dengan kaedah tradisional 1.2.4 Persoalan Kajian Berdasarkan kepada pernyataan masalah dan tujuan kajian. 3. Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran pengembangan haba tingkatan satu tanpa mengikut jantina menggunakan kaedah pembelajaran Inkuiri berbanding dengan kaedah tradisional. Adakah terdapat perbezaan terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran pengembangan haba tingkatan satu menggunakan kaedah Pembelajaran Inkuiri berbanding kaedah tradisional.

Sejauh manakah kaedah Pemebelajaran Inkuiri berbanding dengan kaedah tradisional dapat memberi ransangan pembelajaran dan meningkatkan motivasi pelajar yang terlibat. Ho 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar tanpa mengira jantina yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di antara pelajar kecerdasan rendah yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional .5 Hipotesis Kajian Berdasarkan persoalan kajian.pengembangan haba tingkatan satu di kalangan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan berbanding kaedah tradisional. 1. 5. 4. Bolehkah mereka berfikir pada tahap yang tinggi menggunakan yang beza menggunakan kaedah Pembelajaran Inkuiri kaedah Pembelajaran Inkuiri untuk menyelesaikan masalah. beberapa hipotesis kajian turut diuji : Ho. 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di antara pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding dengan kaedah tradisional.

5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di antara pelajar kecerdasan tinggi yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional 1. .6 Kepentingan Kajian Matlamat yang ingin dicapai oleh guru adalah untuk memenuhi kehendak KBSM dan Falsafah Pendidikan Negara amnya. Selain daripada itu.Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan pencapaian pelajar di antara pelajar kecerdasan sederhana yang mengikuti kaedah pembelajaran inkuiri berbanding kaedah tradisional Ho. Di samping itu ia akan memberi peluang dan pengalaman kepada guru-guru Sains untuk mengetahui dan mempelajari teknik-teknik yang digunakan dalam kaedah Pembelajaran Inkuiri. guru-guru tentang keberkesanan penggunaan Kaedah Pembelajaran Inkuiri dalam mata pelajaran Sains. Penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan akan memberi implikasi yang buruk terhadap pencapaian pelajar dan cita-cita falsafah Pendidikan Negara. Kepada pihak PPD dan JPN akan dapat mengambil langkah proaktif memperkenal dan melaksanakan pendekatan kaedah Inkuiri ini di sekolah-sekolah khususnya untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran lain amnya. dapatan kajian ini juga akan menjadi pendorong kepada guru-guru mata pelajaran lain untuk mencuba pendekatan kaedah Inkuiri ini. Diharap dapatan kajian ini akan memberi maklumat kepada pihak-paihak berkenaan sperti pentadbir sekolah.

8 Definisi Istilah Meningkatkan : tahap yang lebih tinggi. Pelajar Tingkatan Satu : Pelajar yang belajar dalam tingkatan satu peringkat menengah rendah.Daripada dapatan ini juga diharap perancang kurikulum atau perancang modul pembelajaran memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan Pembelajaran Inkuiri. Jalan Kuala Kedah. Kajian ini hanya terbatas bagi pelajar dua kelas yang terpilih iaitu seramai 80 pelajar yang terdiri daripada 40 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan. Kajian ini juga terbatas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana. apa yang dicapai atau diperolehi. 1. meninggikan ke . 1.7 Batasan Kajian Kajian ini meninjau keberkesanan kaedah inkuiri khususnya amali dalam matapelajaran sains tingkatan satu melalui topic pengembangan haba. pencapaian dalam kajian ini merujuk kepada prestasi atau yang diperolehi berdasarkan ujian pra dan pos. Kedah Darul Aman.Tempat kajian dipilih berdasarkan kekangan masa dan pengurusan. Meninggikan kedudukan. ( Kamus Dewan Edisi Kedua ) Pencapaian : Prestasi. memperhebatkan. ( Kamus Dewan ).

( Mohd. BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Pengajaran sains adalah seperti mengajar mengenai sesuatu yang wujud disekeliling kita.Kaedah Inkuiri Penemuan : Salah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepda pelajar akan menjadi cabaran kepada mereka untuk menyelidik dan meneliti secara lebih mendalam. Manusia mempunyai perasaan ingi tahu lebih. Perasaan inilah yang menjadikan manusia .9 Kesimpulan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Inkuri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk ³Pengembangan Haba´ mata pelajaran Sains KBSM tingkatan satu.lebih lagi terhadap apa saja yang ada disekeliling mereka. Para pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti mengikut langkah-langkah yang disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.Zamri Sabran. 1. 1994).

Pembelajaran inkuiri. Mencari jawapan dalam sains melibatkan proses membina pengetahuan atau konstruktif. Redi Ujikajinya membuktikan hipotesisnya kemudiannya menolak andaian yang diyakini oleh orang ramai ketika itu berhubung dengan penghasilan beluncas. Sifat sains ini ditunjukan oleh sejarah yang memperihalkan bagaimana teori yang diusulkan oleh Francisci Redi telah menolak hipotesis yang diyakini oleh kebanyakan orang dikala itu. Konstruktif merujuk bagaimana individu membina pengetahuan sendiri dan bukan hanya menerima pengetahuan orang. Penolakan hipotesis itu menunjukan bahawa ilmu dalam bidang sains boleh diperbaharui dan diformulasikan semula berdasarkan penemuan bru yang diperolehi daripada kaedah saintifik (Martin 1985). pendidikan sains moden ialah proses yang mendidik pelajar berhubung sifat sains yang tidak muktamat dan boleh lentur.suka mengkaji dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk kesejahteraan hidup. telah melaksanakan telah ujikaji ringkas untuk membuktikan benar. Perasaan inkuiri ini akhirnya akan membawa kepada penemuan demi penemuan.2. Ketika itu ramai yang beranggapan bahawa beluncas (larva) terhasil secara spontan daripada daging yang sedang mereput . Berdasarkan epistemology. 2. Perasaan inkuiri yang hadir dalam diri pelajar sejak lahir perlu diperkembangkan dalam proses mencari jawapan ataupun penemuan. Redi kemudiannya hipotesisnya. Kaedah inkuiri Penemuan adalah satu pendekatan penyelesaian masalah yang disusun khas supaya sesuatu yang ditujukan kepada pelajar akan menjadi .

kemudian menguji hipotesis untuk menunjukan kebenarannya.Pelajar memilih dan mengintepresikan maklumat. Brooks & Brooks (1993) Menyatakan bahawa pelajar membina makna tentang dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami sebelum ini. Apabila mereka bertemu dengan objek .3 Tinjauan kajian lepas. Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses dimana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Melalui langkah ini ahli sains berupaya memperolehi ilmu baru dan menolak data sains yang ditemui sebelum ini.(Martin 1985) 2. idea dan .cabaran mereka untuk menyelidik dan meneliti secara mendalam. Oleh yang demikian.Ini bermakna menggunakan kaedah inkuri ±penemuan dalam pengajaran akan membolehkan pelajar mengambil peranan matematik mengenai strategi pengajaran yang mereka amalkan menunjukan bahawa guru pakar akan sentiasa menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang strategi yang mencari dan menemukan fakta melalui kaedah sainstifik yang mereka lakukan sendiri. pelajar dapat memahami sifat sins yang didak muktamat dan boleh lentur. dijangkakan melalui pendekatan pembelajaran inkuiri. membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan pembentukan pengalaman yang membolehkan individu ³melangkau maklumat yang diberikan´ Hasil daripada pendekatan ini. beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan. Ini bermakna pelajar seharusnya membina hipoesis berhubung sesuatu perkara yang ingin dikajinya.

1991.citakan. Menurut Zahari (1992) . menyatakan minat yang timbul dalam setiap diri pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran.motif. Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang.perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka. maka mereka akan mengintepretasikan apa yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah mereka bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat meerangkan maklumat yang baru ini dengan lebih baik. maka beliau akan bersedia belajar dengan tekun sehingga mencapai apa yang dicita. Apabila seseorang itu berminat dengan apa yang dilakukannya. Jika guru dapat menimbulkan minat pelajar yang diajar serta menimbulkan minat pelajar untuk membuat latihan. .(S. maka latihan yang disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Ia boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu sendiri. gerak balas emosi dari aspek disiplin kerja dan hasil penglaman dalam alam sekitar. 1994) Fryland (1994) dalam Omardin (1999). Ini bermakna proses pengajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek dan kaedah yang dijalankan. Burden dan Byrd.pelajar lebih berminat dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan mempelbagaikan strategi pengajaran yang digunakan dibilik darjah. benda atau kegiatan. Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan .Sukumaran . Menurutnya lagi Jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana ia kan menghsilkan produk yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak mempunyai minat. Pelajar.

Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan atau tingkahlaku dan pemikiran pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu.2 Reka bentuk kajian. 3. prosedur kajian. didapati kaedah inkuri dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bukan sahaja dari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi melahirkan interaksi yang baik diantara pelajar. Menurut Majid (1993).Kesimpulan Berdasarkan kajian literature.Best dan Kahn (1998) pula . Kajian ini bertujuan utuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah inkuiri dalam topic pengembangan haba tingkatan satu sains. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3. Kajian deskriptif ini dilakukan dengan menggunakan kaedah perbandingan skor. Bab ini juga menerangkan mengenai kajian dan peringkat pengumpulan data hingga keperingkat penganalisan dan pentafsiran.1 Pengenalan Tujuan bab ini adalah untuk membincangkan pelbagai prosedur metadologi yang digunakan untuk mengumpul data. penyelidikan deskriptif bermatlamat untuk meneroka sesuatu bidang yang belum atau kurang diterokai. analisis data dan kaedah pengajaran.

pendapat pada proses yang berlaku. keberkesanan dan corak yang dibangunkan. Selepas ujian pra pengkaji menyusun semula pelajar agar tahap pencapaiannya adalah sekata .menyatakan bahawa kajian deskripsi dapat menerangkan dan menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Penilaian deskripsi berguna untuk menilai sikap.3 Populasi dan sample. maklumat demografi. C. Soalansoalan bagi soalan pra dan pos diambil daripada buku. dan E. Perbandingan skor diambil kira untuk mengukur tahap kefahaman pelajar. Graf bar digunakan untuk membandingkan keputusan skor ujian pra dan ujian pos. 3. Selepas itu ujian pos akan dijalankan. Pengkaji membuat dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Jalan Kuala Kedah. Begitu juga dengan pelajar gred B. Ini disokong oleh Gray (1996) bahawa kajian deskripsi melibatkan data dalam usaha menguji hipotesis atau menjawab persoalan kajian dengan melihat status semasa terhadap perkara yang dikaji. Jumlah sample diambil daripada 2 kelas yang berbeza yang telah dibahagikan dalam kumpulan selepas ujian pra.Mereka terdiri daripada 40 lelaki dan 40 perempuan.Setiap kumpulan akan diajar tentang topic pengembangan haba. suasana dan prosedur.buku rujukan yang sedia ada. . Soalan bagi ujian pos adalah sama dengan soalan pra tetapi susunan soalan telah ditukarkan. Ia juga menjelaskan keadaan atau perhubungan. D.Pelajar yang mendapat gred A. akan dibahagikan kepada dua kumpulan satu kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Selepas itu kumpulan eksperimen akan diberikan amali dengan kaedah inkuiri tetapi kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah biasa yang digunakan oleh guru sebelumnya. Kedah Darul Aman. Kajian ini dijalankan keatas 80 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Tengku Laksamana.

Borang maklumat pelajar mengandungi maklumat tentang latar belakang sample kajian. 3. 2 kertas ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Data ± data yng diperolehi dianalisis menggunakan perisian µStatistical For Social Science¶ (SPSS) For Windows Release 10. Maklumat yang dikehendaki meliputi nama .0.3.Penganalisis data dibuat berdasarkan hasil pembelajaran topic pengembangan haba. Perbadingan ini dimasukan kedalam graf bar agar lebih jelas lagi.6 Kesimpulan . jantina bangsa dan markah ujian bulan lepas.Penganalisaan data kuantitatif dilakukan . Perbandingan juga dibuat antara pelajar lelaki dan perempuan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.5 Prosedur Analisis Data Menurut Majid (1994) Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan. 3.Statik deskriptif dilakukan dengan menentukan min dan peratusan untuk dibuat perbandingan diantara ujian pra dan ujian pos. penganalisaan.Susunan soalan bagi ujian pra dan pos akan diubahsuaikan agar pelajar tidak mengetahui corak jawapannya. Data yang diperolehi adalah bahan mentah seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu dan maklumat yang berguna. penyimpanan dan pengeluaran data.4 Instrumen Kajian Dalam kajian ini instrument kajian pelajar terdiri daripada borang maklumat pelajar.Kertas ujian pra dan pos pula mengandungi 20 soalan objektif dan 2 soalan ujikaji yang mengandungi 4 pilihan jawapan. 2 Soalan ujikaji adalah soalan bercorak struktur yang akan menguji tahap kefahaman pelajar..

Akhir sekali . Diharapkan data. .populasi dan sampel . Bab ini menjelaskan tentang metodologi yang digunakan untuk membuat kajian termasuklah rekabentuk kajian. instrumen kajian. rumusan dibuat oleh pengkaji dengan menggunakan dapatan yang diperolehi.data yang diperolehi boleh membantu pengkaji bagi menentukan keberkesanan kaedah inkuiri melalui ujian pra dan ujian pos dalam pengajaran dan pembelajaran. prosedur pengumpulan data dan analisis data.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->