You are on page 1of 8

Perjudian

Definisi:

Perjudian ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan


"nilai". Judi juga bermaksud mengambil risiko kewangan dalam usaha
melipatgandakan wang di atas sesuatu yang bertentangan dengan kemungkinan.
Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai
kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat
untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah. Terdapat banyak
jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya ialah nombor
ekor, sabung ayam, judi bola dan lain-lain.

Punca-punca kes perjudian berlaku:

i. Faktor situasi

Faktor situati ialah tekanan dari rakan-rakan yang mengakibatkan seseorang


menyertai apa-apa perjudian. Seseorang yang diusik oleh rakan-rakannya atau
seseorang yang lemahnya iman, akan menyertai perjudian kerana dia tidak hendak
dipandang rendah oleh rakan and tidak ingin dianggap dia tidak berani untuk
berjudi. Pengaruh rakan sebaya merupakan satu faktor situasi.

ii. Faktor persepsi

Faktor persepsi islah seseorang cenderung menganggap bahawa kemenangan


dalam perjudian adalah kerana keterampilan yang dimiliki. Seseorang itu akan
ketagih terhadap judi. Seseorang yang kekurangan penerapan nilai-nilai murni
dalam pendidikan agama dan moral akan ketagih terhadap perjudian.

iii. Faktor persekitaran


Oleh sebab penubuhan pusat-pusat permainan yang melibatkan unsur-unsur
perjudian. Seseorang yang kurang jati diri akan ketagih terhadap perjudian.
Remaja-remaja yang mempunyai perasaan ingin cuba dan kelemahan ketahanan
diri akan menyertai perjudian dan akhirnya ketagih terhadap perjudian.

Langkah-langkah mengatasi kes perjudian:

 Pusat-pusat perjudian harus diharamkan


Kerajaan harus mengharamkan pusat-pusat perjudian supaya mengelakkan
remaja daripada melibatkan diri. Hal ini demikan boleh mengelakkan para
remaja menguntung dalam bentuk yang salah. Ini dapat mengelakkan
mereka berasa mudah dengan menguntung wang dalam cara perjudian.
Selain itu, para remaja akan mencuba nasib mereka dengan melibatkan
aktiviti judi. Ini akan menyebabkan mereka mencuri wang untuk membuat
pertaruhan dalan perjudian. Dengan mengharamkan pusat-pusat perjudian,
para remaja akan menyedari bahawa perjudian bukan satu aktiviti yang
baik and mereka tidak mempunyai tempat yang sah untuk berjudi.

 Sediakan hiburan alternatif


Kerajaan harus menyediakan hiburan alternatif yang tidak melibatkan
unsur-unsur perjudian. Kerajaan boleh menyediakan tempat-tempat
rekreasi dengan aktiviti-aktiviti sukan yang terkini dan sesuai untuk para
remaja. Contohnya, menyediakan pusat-pusat yang sihat dan mencabar
minda seperti persatuan sukan.

 Pegangan agama

Seseorang insan perlulah mengislah peribadinya dahulu serta menyucikan


hatinya. Individu itu perlulah memperkuatkan dirinya agar tidak mudah
tertewas dengan pujukan syaitan dengan melakukan amal-amal yang
dituntut Allah dan menjaga nafsunya. Kita sendiri hendaklah beramal dan
membuat kebaikan, sebelum menyuruh orang lain. Kesedaran dan
keinsafan itu mestilah datang dari diri sendiri, dan bukannya mengikut
orang lain. 

Kesan-kesan perjudian:

a) Kepentingan kerja diabaikan


Seseorang yang menyertai perjudian akan mengabaikan kepentingan kerja-
kerja kerana banyak masa mereka telah digunakan untuk tujuan perjudian.
Perjudian telah menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat
Islam masa kini. 

b) Masalah jenayah berlaku


Mereka yang ketagih terhadap perjudian sanggup membuat apa-apa sahaja
demi berjudi, seperti mencuri untuk menyambung perjudian. Mereka akan
melibatkan diri dalam kegiatan jenayah untuk menampung kekalahan.
Perjudian telah menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya
tidak dibendung, parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada
generasi akan datang dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk.

c) Rumahtangga menjadi porak-peranda


Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa
terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Aktiviti judi
yang sedia ada di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah
telah menyebabkan kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan
hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti haram.

Teori Moral Sekular


Dua hujah yang menyokong tindakan berjudi :

a) Aliran Egoisme

Definisi : Bermoral apabila kegembiraan dan keseronokan yang maksimum kepada


diri sendiri.

Tindakan berjudi adalah disokong dan bermoral mengikut teori aliran egoisme . Ini
adalah kerana berjudi dapat menghasilkan kegembiraan dan keseronokan kepada diri
sendiri .Berjudi dapat melegakan seseorang yang berasa tertekan. Mereka berasa
seronok semasa berjudi dan ini telah menjadi kebiasaan dalam hidup mereka .
Mereka akan melaburkan wang dalam activiti berjudi asalkan tindakan itu dapat
memberi keseronokan dan mengurangkan tekanan . Di samping itu , mereka
beranggapan dengan berbuat demikian , mereka akan menjadi kaya dan dengan status
yang tinggi , mereka akan dihormati dan disanjungi . Maka , perjudi berasa gembira
dan ini menjadikan tindakan berjudi bermoral . Contohnya , Joe Cada yang baru
berusia 21 tahun pada tahun ini telah memenangi 8.55 Juta Dollar Amerika dan
dipanggil ‘The Lucky Man’ ( lelaki yang bertuah) . Dengan memenangi jumlah wang
yang besar ini , Joe telah menjadi seorang pemuda yang kaya dan juga disanjung
tinggi .

b ) Eksistensialisme

Definisi : Bermoral sekiranya dapat membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen
serta tidak membenarkan dirinya dipengaruhi pendapat dan pandangan orang lain
dalam membuat pilihan dan keputusan moral

Tindakan berjudi disokong dan bermoral mengikut teori Eksistensialisme . Ini adalah
kerana mereka yang berjudi telah membuat pilihan dan ini dilakukan tanpa sebarang
pengaruh daripada orang lain. Seseorang akan menerima pandangan dan nasihat
daripada orang lain sebelum membuat sesuatu seperti tindakan berjudi . Walau
bagaimanapun , dia telah membuat keputusan mengikut kehendak diri sendiri .Ini
disebabkan ada sikap ingin tahu yang terdapat dalam diri seseorang akan
melibatkannya dalam tindakan perjudian . Selain itu , ada yang berminat sangat dalam
perjudian . Pendek kata , teori eksistensialisme mengatakan semua individu
mempunyai hak dan kebebasan untuk membuat keputusan atas pilihan sendiri dari
segi bentuk kebebasan jasmani, kehendak dan moral.  Kebebasan ini bukan
bermaksud kita boleh bertindak sesuatu yang apa-apa yang kita mahukan tetapi
kebebasan bertindak tanpa diamanahkan, perasaan dan larangan serta dikenhendaki
olehnya sendiri.

Dua hujah yang menentang tindakan berjudi :

a)Teori kemoralan Sosial

Definisi : Tidak bermoral sekiranya tidak mematuhi peraturan masyarakat yang terdiri
daripada : tatahukum , tatasusila atau tatatertib masyarakat , tradisi , norma , kebiasaan
atau adat , kod , nilai dan pantang larang . Tidak bermoral sekiranya tidak menjaga
kerukunan atau keharmonian sosial

Tindakan berjudi tidak disokong dan merupakan tindakan yang tidak bermoral kerana
menentang peraturan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum , tatsusila
ataupun tatatertib . Tindakan berjudi bukan tradisi atau adat masyarakat kita serta
merosakkan keharmonian sosial .Berjudi adalah tindakan yang salah dan haram malah
dikutuk oleh masyarakat .Terdapat juga undang-undang negara yang ingin membanteras
gejala sosial ini . Mengikut aliran ini , tindakan moral tidak mendatangkan kebaikan kepada
semua pihak .Berjudi adalah perbuatan yang buruk .Masyarakat akan berasa risau , takut
dan cemas kerana bimbang bahawa anak mereka akan dipengaruhi . Oleh itu , berjudi
adalah tidak bermoral .
b) Teori keperibadian mulia

Definisi : Tidak bermoral sekiranya mengamalkan kesederhanaan : sikap tingkah laku dan
sifat-sifat lain melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera .

Tindakan berjudi tidak disokong dan tidak bermoral kerana perjudian tidak
mengamalkan kesederhanaan dari segi sikap , tingkah laku dan lain-lain .Mereka yang
berjudi tidak peduli akan akibatnya . Mereka yang kalah dalam aktiviti perjudian
akan terus berjudi sehingga wang mereka habis digunakan . Dalam keadaan ini ,
mereka akan mencuri dan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan wang untuk
berjudi . Oleh itu , tindakan berjudi adalah tidak bermoral . Sebagai contoh , Seorang
remaja berusia 19 tahun terpaksa kerugian 8 juta akibat kalah judi yang menjadi
hobinya sejak berusia 16 tahun.Remaja itu yang merupakan anak jutawan, mengikut
jejak langkah bapanya yang mempunyai hobi yang sama, menghabiskan wang
kekayaan bapanya dengan bertaruh dalam perlawanan bolasepak luar negara melalui
internet.

Pandangan Agama Islam


Dalam ajaran Islam , judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan
dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini
disebabkan harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira
bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana
terdapat unsur penindasan, penipuan, kebergantungan kepada nasib, mencetus
permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan Negara. Dalil
pengharaman judi adalah;

i. Surah al-Baqarah : 219

“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.
Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat
bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.
ii. Surah al-Maidah : 90-91

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor
dari perbuatan syaitan.

iii. Hadis :

“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”

Islam melarang penuntutnya berjudi dan jika mereka ditangkap berjudi , mereka akan
dihukum berdasarkan Hukum Ta’zir . Dari segi bahasa , ta’zir bererti menolak atau
menghalang , manakala dari segi segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas
orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan
yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau
hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah
ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.
Selain itu , hukuman syariah Islamiah terhadap umatnya yang berjudi dilaksanakan
supaya umatnya dapat memelihara akal fikiran mereka .

Pandangan Agama Kristian


Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan
diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain
hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana
yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31). Di sisi masyarakat
Kristian , judi juga dianggap sebagai perbuatan dosa yang dilarang. Ia dilarang kerana
ia bertentangan dengan ketentuan tuhan bahawa manusia hendaklah memperolehi
sumber hidupnya melalui penat lelah (Genesis : 3:19). Ia adalah dosa kerana ia
menyebabkan seseorang itu berhutang sehingga hilang tempat tinggal, pekerjaan dan
keluarga. Ia menyebabkan ketidakjujuran bagi memperolehi wang yang banyak, ia
menyebabkan ketagihan, membunuh inisiatif seseorang untuk berusaha keras dan ia
juga satu aktiviti yang mengambil harta orang lain hanya untuk segelintir manusia.

Ajaran Kristian mengajar bahawa aturan tuhan tidak membenarkan falsafah


‘something for nothing”. Manusia tidak boleh menghisap hasil usaha mereka yang
bekerja (II Thesalonians 3:10-14, Ephesians 4:28). Memperolehi sesuatu melalui
eksploitasi ke atas orang lain adalah salah (James 5:1-4).

Walau pun tiada satu perintah dalam Injil yang mengatakan ‘kamu tidak boleh berjudi
tetapi terdapat banyak ayat-ayat yang memberi petunjuk akan pengharaman judi
seperti dalam Matthew 7:12. Corinthians 8:1-13, Romans 14:13-21 dan Colossians
3:1-3.

Kristian bermazhab Anglican pula telah mengeluarkan resolusi dari Konvensyen 1954
yang mencela amalan judi dan melarang penganut Kristian dari berjudi. Pada tahun
1974 pula dilaporkan bahawa gereja Anglican mengeluarkan resolusi yang
membantah judi sah dalam bentuk kasino di New Jersey dan pada tahun 1995 pula
membantah permainan judi mesin loteri di New Jersey,Amerika .

Kesimpulan
Kesimpulannya, perjudian bukan aktiviti yang digalakkan dalam agama Islam ,
Kristian , Buddhism , Hindu dan lain-lain disebabkan keuntungan material secara
mudah tanpa perhitungan kerja keras dan kreativiti yang sihat. Kesemua agama
mengalakkan umatnya bekerja keras supaya dapat mencapai keuntungan yang
bermakna dalam kerjaya .

You might also like