1.

0

PENGENALAN

Program pendidikan khas ialah suatu program yang disediakan untuk muridmurid yang bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Manakala mengikut terjemahan Culatta (1999) pula, definisi pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan sepertimana kanak-kanak biasa. Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961; iaitu ³ sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya´ . Akta pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Menteri untuk menyediakan

kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai , pendidikan yang sesuai dengan jenis pelajar serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Dua pendekatan pendidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran dan Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,pendengaran dan penglihatan.

1

2.0

LATAR BELAKANG SEKOLAH KEBANGSAAN ABDUL SAMAT ( PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH )

Laporan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) dibuat di Sekolah Kebangsaan Abdul Samat. Sekolah Kebangsaan Abdul samat (dulunya Sekolah Kebangsaan Bandar Kapar ) telah dibina di atas tapak Sekolah Kebangsaan Kapar yang telah bepindah ke bangunan dan tapak barunya di Batu 10, Jalan Kapar pada tahun 1980. Dari tarikh perpindahan Sekolah Kebangsaan Kapar sehingga sekolah ini di bina semula pada tahun 1990, bangunan lama (SK Kapar ) telah digunakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor untuk menempatkan Sekolah Agama Rendah Pekan Kapar. Setelah Sekolah Agama Rendah Pekan Kapar berpindah ke bangunannya sendiri bangunan lama ini dijadikan pula sebagai sekolah cawangan kepada Sekolah Menengah Tengku Idris Shah Kapar. Pertambahan penduduk yang pesat berikutan pembinaan taman-taman

perumahan dan kompleks kakitangan Tenaga Nasional Berhad mengakibatkan Sekolah Kebangsaan Kapar tidak dapat menampung pertambahan pelajar. Ekoran daripada itu Jabatan Pendidikan Selangor telah membuat keputusan untuk mendirikan sebuah sekolah baru di tapak lama Sekolah Kebangsaan Kapar. Sekolah Kebangsaan Abdul samat mula beroperasi pada 1 Disember 1992 dengan seramai 487 orang murid, 23 orang guru, seorang pembantu tadbir dan 2 orang pekerja Rendah Awam. Kesemua murid dan sebahagian besar daripada gurunya adalah yang dipindahkan dari Sekolah Kebangsaan Kapar.

2

Sekolah Kebangsaan Abdul Samat telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.1 STRUKTUR ORGANISASI SEKOLAH Struktur organisasi sekolah diketuai atau dipengerusi oleh Guru Besar dan dibantu oleh guru-guru penolong kanan. Sebuah bangunan lama telah dikhususkan untuk program ini yang mempunyai 54 orang murid dengan pelbagai tahap keupayaan pembelajaran. Buat masa sekarang sebuah lagi bangunan empat tingkat telah dibina bagi menampung pertambahan murid yang kini berjumlah 869 orang. Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sementa. beliau telah mencadangkan agar nama Sekolah Kebangsaan Bandar Kapar ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Abdul samat sebagai mengenag jasa Allahyarham Tuan Haji Abdul Samat Bin Harun. Di Sekolah Kebangsaan Abdul samat ini terdapat Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) yang mula ditubuhkan pada tahun 2000. iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Semasa ucapan perasmiannya. Program ini adalah mengkhususkan murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Beliau juga merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan kapar semasa sekolah tersebut berpindah ke tapak dan bangunan barunya. 2. Carta organisasi pengurusan sekolah yang utama terbahagi kepada tiga : 1) Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum & Akademik (Sila lihat lampiran A dan B) 2) Carta Organisasi Hal Ehwal Murid ( Sila lihat lampiran C) 3) Carta Organisasi Kokurikulum ( Sila lihat lampiran D) 3 .Pada 1 Februari 1994.

Program ini telah ditubuhkan pada tahun 1994. Setelah disahkan oleh pegawai perubatan murid mengalami masalah pembelajaran. Sekolah ini merupakan sekolah aliran perdana yang menempatkan satu Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). mereka perlu menjalankan ujian diagnostik terlebih dahulu. satu dokumen khas perlu dilengkapkan untuk memilih dan menentukan penempatan murid di Program Pendidikan Khas Integrasi.0 PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) telah merujuk kepada Sekolah Kebangsaan Abdul Samat.3. Instrumen ini menjadi sumber maklumat asas yang terdiri daripada : 1) Biadota Murid 2) Komponen Pengurusan DIri 3) Komponen Tingkah Laku Komponen Manipulatif 4) Komponen Bahasa Melayu 5) Komponen Matematik 6) Pelaporan Murid 7) Penempatan Murid 8) Surat Persetujuan Penempatan daripada Ibu Bapa / penjaga 4 . Sebelum murid khas ditempatkan di dalam kumpulan yang sesuai. Dokumen khas itu adalah Instrumen Penentuan Penempatan (IPP) Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (Sila lihat lampiran E). Kapar Selangor.

Guru Besar sebagai penaung dan diikuti dengan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sebagai penasihat atau Ketua Penyelaras Program. pemilihan dibuat untuk memilih guru berdasarkan pengagihan tugas seperti berikut : a) Pusat Sumber b) Data c) Keceriaan d) Buku Kerja e) Kebajikan/ Kesihatan f) Lawatan g) Keselamatan / Kecemasan h) Kesenian / Kebudayaan i) Inventori/ Stok memastikan perjalanan program ini berjalan lancar dan Setelah pemilihan dibuat. Taklimat seterusnya membincangkan mengenai aktiviti yang ingin dijalankan untuk sepanjang tahun. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas akan menerangkan tugas bagi setiap pengagihan tugasan untuk semua guru. Contoh aktiviti yang dirancang ialah 5 . ko-kurikulum dan lawatan. Pelbagai perkara yang dibincangkan untuk bersistematik. Aktiviti yang dirancang sepanjang tahun adalah melibatkan aktiviti kurikulum. Selepas itu.1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN KHAS Pada minggu pertama selepas seisi persekolahan dibuka pihak pengurusan mengadakan taklimat antara guru-guru pendidikan khas.3. Penyelaras Pengurusan Murid dan Penyelaras Ko-Kurikulum telah dilantik oleh Ketua Penyelaras terlebih dahulu. Lazimnya Penyelaras Kurikulum. Perkara pertama yang dibincangkan dalam taklimat ialah carta organisasi program pendidikan khas (Sila lihat lampiran F).

Minggu Orentasi.2 SISTEM PENGURUSAN FAIL Sistem pengurusan fail merupakan aspek yang penting dalam perlaksanaan pengurusan yang cekap dan bersistematik. Semua guru diberi tugas dua kali seminggu. Guru yang bertugas sebagai penyelaras Hal Ehwal Murid akan mengambil kedatangan murid pada setiap pagi. lawatan Genting Highlands dan sambutan Hari Kemerdekaan. kewangan dan borang supaya mudah diurus apabila diperlukan. guru yang terlibat dengan aktiviti perlu membuat persediaan awal bagi memastikan segala prosedur dipatuhi terutama bagi aktiviti lawatan. Kemudian rekod kehadiran murid akan diserahkan kepada guru besar. 3. Setiap fail yang dibuka terdapat no. Senarai nama guru bertugas harian bagi program pendidikan khas telah dibuat dan diedar kepada semua guru. Tugas harian ialah mengurus dan mengawal murid pada waktu pagi. Berdasarkan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) terdapat 15 buah fail yang dibuka. Minggu Bahasa Melayu. Tujuan adalah untuk merekod dan memantau kesalahan yang dilakukan murid berkaitan dengan tingkah laku. Pihak pengurusan telah menyediakan beberapa fail pengurusan. 6 . Hasil daripada perbincangan ini . pihak pengurusan telah menyediakan buku rekod displin atau salah laku murid. rujukan seperti : 1) 01/07/010/01 ± Surat-surat Pekeliling / Surat Edaran / Surat Keluar. waktu rehat dan waktu pulang. Disamping itu. 2) 01/07/010/02 ± Minit mesyuarat. Taklimat seterusnya oleh Penyelaras Kurikulum berkaitan tugas harian guru. Masuk / Dokumen-dikumen / Huraian Sukatan Pelajaran / Sukatan Pelajaran. pihak pengurusan perlu menyediakan buku pelawat untuk merekod setiap kali ada pelawat datang. Pihak Pengurusan Pendidikan Khas perlu menyediakan laporan taklimat dan takwim tahunan unit pendidikan khas bagi diserahkan pada guru besar dan difailkan. Selain daripada itu.

terdapat juga fail yang dibuka mengandungi pelbagai jenis borang. Matlamat yang dicatatkan adalah perkara yang menyatakan kemahiran ataupun tingkah laku yang ingin kita lihat murid menguasainya.Temuduga / Kemasukan Murid 01/07/010/012 ± Kemasukan Ke Sekolah Menengah / Pertukaran 01/07/010/013 ± Data Murid 01/07/010/014 ± Displin Murid 01/07/010/015 ± Kewangan Fail yang dibuka disimpan di dalam 7esame7 dan diletakan dalam bilik Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas. 7 . RPI adalah sebuah dokumen bertulis yang bersifat individu bagi meningkatkan mutu pendidikan bagi murid pendidikan khas. Selain daripada fail pengurusan.3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) 01/07/010/03 ± Aktiviti / Lawatan 01/07/010/04 ± Analisis Ujian / Peperiksaan / Prestasi Murid 01/07/010/05 ± Bank Soalan 01/07/010/06 ± Maklumat Guru 01/07/010/07 ± Jadual Waktu 01/07/010/08 ± Aktiviti Ko-Kurikulum 01/07/010/09 ± Laporan Pencerapan Jemaah Nazir/ JPN / PPD 01/07/010/10 ± Laporan Pencerapan Sekolah 01/07/010/011 .3 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) Setiap program pendidikan khas perlu menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI). 3. Matlamat jangka panjang ditetapkan bagi sepanjang tahun. Setiap RPI yang disediakan perlu dikhususkan bagi setiap murid.

Stesen ialah bilik atau sudut atau ruang berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dengan bahan sokongan yang meliputi peringkat paling rendah ke peringkat paling tinggi khusus bagi satu-satu mata pelajaran di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.Contoh beberapa matlamat yang ditetapkan bagi dikuasai oleh murid ialah : 1) Bidang Akademik 2) Pengurusan Diri 3) Kemahiran Motor 4) Kemahiran Emosi dan Sosial 5) Kemahiran pra-vokasional dan vokasional Tujuan RPI adalah untuk menetapkan matlamat pembelajaran murid. tarikh lahir dan umur Rancangan akademik dan bukan akademik Tarikh memulakan rancangan dan tarikh semak semula Matlamat yang ditentukan bagi murid Objektif yang boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa ditetapkan y y y 3.4 Strategi perlaksanaannya Penilaian Catatan. PENGURUSAN KELAS Pengurusan kelas bagi program pendidikan khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Abdul Samat adalah menggunakan kaedah stesen. 8 . Selain daripada itu memastikan matlamat dan perkhidmatan yang disediakan bergantung pada analisis murid. Rancangan Pendidikan Individu adalah maklumat bertulis mengenai murid pendidikan khas yang mengandungi (Sila lihat lampiran G) : y y y y y Nama murid.

Pendekatan stesen merupakan suatu bentuk pengajaran dan pembelajaran yang dilengkapi bahan bantu mengajar yang efektif bagi pelajar berkeperluan khas melalui kaedah µhands on experience¶ dan µ main sambil belajar¶. Riadah Dan Kreatif 1) Stesen Pendidikan Jasmani 2) Stesen Pendidikan Seni 3) Stesen Pendidikan Muzik 4) Stesen Sains. Pendekatan ini member penekanan kepada pembelajaran mengikut tahap keupayaan. Terdapat tiga belas buah stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran disediakan berasaskan empat bidang di dalam kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Sosial dan Alam sekitar Sesebuah kelas yang standard perlu mempunyai pintu hadapan dan terdapat pagar besi bagi memastikan murid tidak keluar tanpa kawalan. kecerdasan. Stesen-stesen tersebut ialah: i) Bidang Pengurusan Kehidupan 1) Stesen Pengurusan Diri 2) Stesen Kemahiran Manipulatif 3) Stesen Pengurusan Tingkah laku 4) Stesen Kemahiran hidup ii) Bidang Akademik Berfungsi 1) Stesen Bahasa Melayu 2) Stesen Matematik 3) Stesen Bahasa Inggeris iii) Bidang Kerohanian dan Nilai Murni 1) Stesen Pendidikan Islam 2) Stesen Pendidikan Moral iv) Bidang Sosial. Tujuannya adalah untuk memastikan keselamatan murid terjamin. kemahiran. Ruang stesen pengajaran dan pembelajaran 9 .

mempunyai ruang atau sudut yang mencukupi untuk menampung bilangan murid yang disarankan iaitu seramai 6 orang. Perabot. peralatan dan kelengkapan yang terdapat di dalam kelas tidak membahayakan seperti tidak tajam. Susun atur perabot dan peralatan yang brsesuaian dan tidak menghalang pergerakan aktiviti murid dalam kumpulan dan memudahkan interaksi dua hala. sinki. Penyusunan jadual waktu mengambil kira factor waktu dan kekerapan komponen diperlukan murid. tidak bertoksik dan tidak memudaratkan murid. Bagi stesen kemahiran pula. 3. Kerusi dan meja yang disediakan bersesuaian dengan keperluan murid. lampu. tingkap. Pihak pengurusan pendidikan khas perlu menguruskan papan tanda di luar sekolah berkenaan tentang kewujudan kelas pendidikan khas di sekolah kita sebagai makluman kepada masyarakat. punca kuasa elektrik dan lantai jubin yang tidak licin. potensi tahap kefungsian murid. Selain daripada itu terdapat cabinet untuk menyimpan peralatan-peralatan yang membahayakan. Pembinaan jadual waktu adalah dibuat oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan dibantu oleh Penyelaras Kurikulum.5 PENJADUALAN WAKTU Jadual waktu Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran merupakan satu penyusunan tempoh masa pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan secara bersistematik tetapi bersifat fleksibel berdasarkan keperluan. Lazimnya Penyelaras Kurukulum akan mengumpul segala maklumat bagi membina jadual waktu adalah berpandukan kepada : 10 . pintu depan dan pintu belakang. ia mempunyai kemudahan asas seperti kipas.

Kelas yang wujud terbahagi kepada dua tahap iaitu : a) Asas ± Asas 1 Asas 2 Asas 3 Asas 4 b) Peringkat ± Peringkat 1A Peringkat 1B Peringkat 2A Peringkat 2B Peringkat 3 2) Kemudahan fizikal stesen ± peralatan atau bahan sokongan atau bantuan yang terdapat dalam stesen 3) Bilangan guru Bilangan guru penting untuk membina jadual waktu. Riadah dan Kreativiti Untuk membina jadual waktu yang melibatkan stesen kemahiran pengajaran dan pembelajaran. 11 . Terdapat tiga belas orang guru dalam program PPKI ini.1) Tahap kebolehan mental Murid telah ditentukan kelas berdasarkan tahap kebolehan masingmasing. Seterunya penyelaras akan memilih komponen berasaskan empat bidang Pembelajaran untuk dimasukan dalam jadual waktu iaitu : 1) 2) 3) 4) Bidang Pengurusan Hidup Bidang Akademik Berfungsi Bidang Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni Bidang Sosial. penyelaras perlu mengambil kira aspek-aspek berikut : a) Tentukan pembahagian murid berdasarkan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).

e) Waktu rehat bagi pendidikan khas adalah lebih awal daripada waktu rehat kelas normal iaitu pukul 9. Kreativiti guru boleh membantu membina stesen µ kendiri yang lengkap¶melalui penyediaan bahan sokongan yang sesuai di setiap stesen.b) Tentukan komponen yang akan diajar oleh guru sekiranya bilangan guru melebihi seorang.30 pagi.30 tengah hari. jadual waktu stesen dan jadual waktu persendirian guru serta jadual waktu ganti bagi guru yang tidak hadir. Penyelaras perlu menyediakan jadual waktu yang terdiri daripada jadual induk. 12 . Ini bertujuan memberi peluang kepada muridmurid membeli dengan selesa dan seterusnya bersosialisasi. Komponen Pengurusan Tingkah Laku (PTL) dan Komponen Bahasa Melayu (BM) d) Mata Pelajaran Agama Islam dijalankan secara berkembar untuk latihan amali dan satu waktu teori.6 BAHAN BANTU BELAJAR Bahan bantu belajar adalah bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran. menarik dan selamat serta boleh diperolehi daripada bahan sedia ada di pasaran atau dibina sendiri oleh guru. Bahan bantu belajar hendaklah sesuai.30 pagi. f) Waktu persekolahan adalah mengikut waktu persekolahan arus perdana iaitu pukul 7. 3. Waktu pulang pula adalah lebih awal daripada arus perdana iaitu pukul 12. c) Tentukan kod komponen contohnya Komponen Pengurusan Diri (PD). g) Jumlah waktu pengajaran dan pembelajaran termasuk perhimpunan adalah 44 waktu seminggu.

13 . Susun atur perabot dan peralatan mestilah menimbulkan suasana yang menarik. Bahan sokongan ini juga dapat membentuk tingkah laku murid kea rah yang lebih positif melalui kaedah main peranan menggunakan µpuppet¶ dalam aktiviti bercerita. keluasan fizikal ruang perlu diambil kira supaya tidak mengganggu pergerakan aktiviti murid. Contohnya radio kaset. ceria dan kemas. tumbuhan dan manusia. 3.Bahan sokongan yang selamat dan mudah digunakan adalah lembaran kerja. Cara ini menarik minat pelajar. Selain daripada itu guru juga dapat memberi penerangan yang lebih jelas contoh seperti model haiwan. Komputer digunakan sebagai alat bantu mengajar dengan memasangkan CD yang berformatkan pendidikan.Bahan bantu belajar dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain daripada itu bahan yang digunakan mestilah selamat digunakan dan mudah alih dan pelbagai guna. Suasana iniakan membantu member rangsangan minda kepada murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Di sini terdapat 10 buah 13esame13a disumbangkan oleh CIMB Bank Berhad untuk diletakan di dalam stesen. Bahan bantu belajar juga dapat mengembangkan potensi diri boneka dan permainan lego. Selain daripada itu kita dapat melatih murid menggunakan computer. Contohnya semasa guru merancang untuk menempatkan perabot di stesen.7 RUANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Ruang pengajaran dan pembelajaran yang disediakan hendaklah selesa dan selamat dengan mengambil kira beberapa aspek.

Murid tidak dibenarkan bermain dengan suis dan plug. tergelincir. Murid tidak dibenarkan menghampiri ruang memasak tanpa pengawasan guru. tersadung di dalam bilik darjah jika tidak berhati-hati. 3. Setiap perabot yang ditempatkan di stesen perlu difikirkan dari segi keperluannya supaya tidak berlaku pembaziran ruang. 7) 8) Pastikan kerusi dan meja tidak menghalang pergerakan. 14 . Pastikan guru senantiasa di dalam bilik darjah. Contohnya menempatkan katil di bilik urus diri dengan tujuan melatih murid membuat latihan mengemas katil. besi atau plastic. Contohnya rak buku. Maka guru perlu menetapkan peraturan yang perlu murid ikuti semasa di dalam kelas iaitu : 1) 2) Murid dilarang makan dan minum di dalam kelas Duduk dengan betul ± jangan biarkan murid duduk sambil menyengetkan kerusi. Hendaklah menyimpan peralatan tajam di tempat yang selamat.8 PERATURAN BILIK DARJAH Sebagai guru pendidikan khas. 3) 4) 5) 6) Tidak dibenarkan berdiri di atas kerusi atau meja.Perabot yang disediakan boleh diperbuat daripada kayu. Murid khas mudah terjatuh. kerusi. kita perlu memastikan murid berada di dalam keadaan selamat. meja dan almari diperbuat daripada kayu.

2) Bertanggungjawab menyambut kedatangan murid semasa mengahdiri kelas / stesen pengajaran dan pembelajaran. 5) Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu.3.9 PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) Pembantu pengurusan murid (PPM) adalah orang yang bertanggungjawab membantu guru pendidikan khas mengawal dan membantu melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah Kebangsaan Abdul Samat ini terdapat lima orang PPM iaitu terdiri daripada : 1)Norzehan 2)Noorezuri 3)Siti Normala 4)Noraliza 5)Suhaili Pembantu pengurusan murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut : 1) Menjaga hal ehwal murid pendidikan khas iaitu memastikan murid senantiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas. 6) Mengawasi murid semasa perubahan P & P atau sewaktu guru menghadiri taklimat/ urusan rasmi. 3) Bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sewaktu berada di sekolah. 4) Bertanggungjawab menunggu murid yang pulang lewat dan memastikan murid keluar daripada kawasan sekolah dalam keadaan selamat. 15 .

10) Mengurus daan membantu pergerakan dan aktiviti murid pendidikan khas yang tidak mampu bergerak. ia hanya untuk ibu bapa yang ingin guru menguruskan pembelian murid pada waktu rehat. 3. Pembantu pengurusan murid adalah penting dalam perlaksanaan program pendidikan khas. peralatan dan buku yang diminta oleh guru sebelum sesi P& P.7) Bertanggungjawab terhadap pengurusan Bilik darjah dan bangunan Pendidikan Khas. Contohnya memasang peralatan elektronik dan 16esame16at.Contohnya mengemas kini rekod dan fail murid. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan duit peruntukan bagi PPKI bagi melancarkan program ini. Ia mampu melancarkan perjalanan aktiviti di sekolah tanpa gangguan. Duit peruntukan ini dibahagikan kepada beberapa 16 . PPM boleh bertindak membantu guru sekiranya terdapat murid yang enggan mengikuti P&P.00 adalah tidak diwajibkan.00. Selain daripada yuran tahunan. Kutipan sebanyak RM20.10 PENGURUSAN KEWANGAN Murid pendidikan khas juga diwajibkan membayar yuran tahunan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. 9) Membantu menyediakan bahan. 8) Mengurus dokumen dan stok Pendidikan Khas. Di dalam kelas sekiranya guru member tumpuan kepada murid dalam menyiapkan tugasan. pengurusan pendidikan khas ada membuat kutipan wang bagi membeli makanan pada waktu rehat sebanyak RM20. Sekiranya pihak sekolah ada menjalankan aktiviti di luar sekolah maka PPM wajib mengikuti aktiviti tersebut.

Setelah permohonan diluluskan. terapi. Guru Besar akan memeriksa baki duit peruntukan pendidikan khas terlebih dahulu dan meluluskan permohonan.matapelajaran khususnya bagi pembelian buku latihan. Terdapat banyak cabang perkhidmatan yang boleh membantu menangani masalah mereka. Tabung PIBG dan sumbangan daripada pelbagai sumber seperti orang 17 . Apabila barang dihantar pembekal.11 KHIDMAT SOKONGAN Perkhidmatan bagi murid khas bukan hanya terbatas pada tenaga guru sahaja. alat tulis dan sebagainya. penyelaras PPKI akan membuat pesanan barang. Sebagai guru adalah penting bagi kita memahami peranan mereka yang boleh memberi perkhidmatan pada murid pendidikan khas. invois akan diserahkan kepada kerani kewangan untuk membuat pembayaran melalui cek. Antara khidmat sokongan yang diguna pakai dalam melancarkan keberkesanan perlaksanaan program pendidikan khas adalah seperti : 1) Pentadbir sekolah Pihak pentadbir memainkan peranan penting dalam merealisasikan program ini dengan mengadakan taklimat untuk ibu bapa dan guru tentang program nin agar ianya difahami dan dilaksanakan dengan jayanya. beliau perlu mengisi borang nota minta terlebih dahulu untuk diserahkan kepada Guru Besar . naik kuda dan sebagainya. Duit ini juga digunakan untuk membuat lawatan atau pembelajaran di luar kelas. Sekiranya Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas ingin membuat pembelian barang-barang keperluan pendidikan khas. Dalam melengkapkan frasarana yang selesa dan sesuai dengan program khas ini pihak pentadbir boleh menggunakan wang daripada Peruntukan Bantuan Pelajaran Tahunan (Per Kapita Grant). 3. Contohnya permainan bowling.

18 . kaunseling dan psikoterapi. Melalui aktiviti ini ibu bapa dapat bertukar-tukar fikiran 18esame mereka bagi menyelesaikan masalah anak mereka. membina konsep kendiri murid yang baik dan membentuk suasana bilik darjah yang mempunyai emosi yang stabil. Seminar ibu bapa dan Hari Keluarga. perkhemahan. Mereka dapat berkongsi dan menyumbang idea bagi saling membantu antara satu sama lain. Selain daripada ituibu bapa boleh membantu guru menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. atau keperluan pendidikan Contohnya pengubahsuaian tandas dan penyediaan rem perlu dititikberatkan bagi memastikan ianya sesuai dengan keperluan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai pelbagai kecacatan. 2) Ibu bapa Ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha mengeratkan hubungan dan menjalankan aktiviti antara guru-guru dan ibu bapa sekolah itu. Pakar Klinikal ini akan menangani perkembangan emosi. social dan intelektual kanak-kanak. 3) Kaunselor Seorang kaunselor boleh membantu guru dan murid PPKI. Minggu Kesihatan. 4) Ahli psikologi klinikal Doktor yang mempunyai kemahiran dalam merawat masalah emosi adalah salah satu khidmat sokongan dalam menangani masalah secara individu. contoh aktiviti yang dijalankan adalah gotongroyong. Kaunselor telah mengatur sesi perbincangan dengan beberapa murid khas untuk merancang program meningkatkan kendiri bagi pendidikan khas. Kaunselor boleh mencadangkan pada kita bagaimana mengatasi perasaan malu.perseorangan melengkapkan dan badan-badan stesen korporat bagi menampung khas.

Yuran tahunan sebanyak RM50 seorang. 19 . Tabung kebajikan digunakan untuk membeli hadiah perpisahan. perkahwinan.3.12 KELAB KEBAJIKAN PPKI ada membuat kelab kebajikan guru PPKI. sambutan hari jadi murid dan guru PPKI. melawat guru dan murid yang sakit atau masuk hospital.

murid duduk di dalam kelas. 2) Sukatan Matapelajaran Pengajaran dan pembelajaran bagi PPKI adalah mengikut sukatan namun ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian murid. Manakala pengurusan sekolah pula. guru akan datang mengajar. Contohnya sekiranya murid berumur 11 tahun tetapi masih tidak mampu mengurus diri dan mengikuti 20 . guru membenarkan berbuat demikian. Ini kerana guru aliran perdana tidak hanya mengajar khusus satu subjek sahaja. Contohnya pada ketika P & P dijalankan sekiranya terdapat murid yang ingin tidur.0 BEZA ANTARA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH DAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI) Terdapat banyak perbezaan antara pengurusan sekolah dan PPKI antaranya ialah : 1) Cara pembelajaran Bagi program PPKI kaedah yang digunakan adalah kaedah stesen. di mana seorang guru telah ditetapkan untuk berada dalam setiap stesen. Ini kerana murid PPKI ada pelbagai permasalahan ketika P & P dijalankan.4. Murid akan datang ke dalam stesen mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Keadaan ini berbeza dengan pengurusan sekolah kerana pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengikut sukatan yang telah ditetapkan tanpa ada pengubahsuaian. 3) Umur Bagi program PPKI murid ditentukan kelas mengikut tahap kebolehan dan kemampuan dari segi IQ.

Manakala pengurusan sekolah. Ini kerana murid khas memerlukan guru memberi penumpuan sepenuhnya dalam P & P. Sosial dan Alam Sekitar. Contohnya darjah satu telah ditetapkan berumur tujuh tahun dan seterusnya.pembelajaran. Semua buku aktiviti adalah ditentukan oleh guru itu sendiri mengikut kesesuiaan. 21 . Pengurusan diri dan Sains. aktiviti dan rujukan untuk murid aliran perdana. murid dimasukan ke dalam kelas mengikut umur. Manakala pengurusan sekolah. 4) Buku teks Bagi program PPKI tidak ada buku teks dan aktiviti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bilangan murid di dalam kelas PPKI adalah sedikit iaitu antara 6 hingga 8 orang dalam satu kelas. Manakala pengurusan sekolah tidak terdapat subjek tambahan tersebut. Pengurusan Tingkah Laku. 5) Mata pelajaran Bilangan mata pelajaran berbeza kerana terdapat subjek tambahan dalam PPKI iaitu berkaitan dengan pengurusan diri dan kehidupan seperti Kemahiran Manupulatif. Manakala bilangan murid dalam aliran perdana adalah melebihi daripada 25 orang dalam satu kelas. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan buku teks. pihak PPKI akan meletakannya dalam kelas asas. 6) Bilangan Murid.

Ia diadakan dua kali setahun. emosi dan sebagainya. 9) Pembahagian guru mengikut opsyen Guru PPKI layak mengajar semua subjek kecuali subjek agama (mesti ada sijil agama).7) Rekod kehadiran Rekod kehadiran murid telah diambil setiap hari dan diserahkan kepada guru besar. Ini berbeza dengan murid aliran perdana ketidakhadiran perlu memberi surat tunjuk sebab sekiranya kehadiran kurang memuaskan dan tindakan akan diambil. Namun demikian ketidakhadiran murid tidak diambil tindakan kerana sebagai yang kita ketahui murid khas mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Soalan adalah yang dibuat oleh Jabatab Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala guru aliran perdana adalah mengikut opsyen yang yang telah diambil sebelum ini. Manakala pengurusan sekolah terdapat takwim peperiksaan dan ujian yang dirancang dalam satu tahun. 22 . Soalan disediakan sendiri oleh guru. Penilaian dibuat untuk menentukan perkembangan murid. 8) Peperiksaan dan Ujian Program pendidikan khas tidak ada peperiksaan dan ujian. 10) Kelas tambahan Murid khas tidak ada kelas tambahan atau bimbingan yang disedikan Ini berbeza dengan murid aliran perdana terdapat kelas tambahan dan tuisyen.

11) Peruntukan masa P & P dalam seminggu Masa P & P bagi murid khas adalah 44 jam seminggu termasuk perhimpunan. Keadaan ini berbeza dengan pengurusan sekolah di mana masa yang diambil adalah 51 jam seminggu termasuk perhimpunan. 23 .

kemudian rekod itu akan diserahkan kepada bahagian pentadbir sekolah untuk disemak dan dibuat analisa.5. Kumpulan Wang Amanah Pelajar (KWAMP). Sumbangan yang disalurkan adalah seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT). sumbangan Hari Raya dan sumbangan zakat. 24 . 2) Data Segala maklumat berkaitan dengan data dan penempatan murid adalah ditentukan oleh pihak sekolah.0 HUBUNG KAIT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH DENGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) Pengurusan dan pentadbiran sekolah mempunyai hubung kait dengan Program Pendidikan Khas Intrgrasi (PPKI) dalam beberapa perkara seperti : 1) Rekod kehadiran Rekod kehadiran murid khas direkod setiap hari. Data diri yang lengkap mengenai murid akan diuruskan oleh pihak pengurusan pendidikan khas dan ia akan diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah. Begitu juga kehadiran guru PPKI akan direkodkan bersama rekod kehadiran guru arus perdana. Segala maklumat adalah penting untuk rekod sekolah. 3) Bantuan atau sumbangan Pihak pengurusan PPKI akan memberi maklumat tentang murid kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak pentadbir sekolah yang akan menentukan siapa murid khas yang layak untuk menerima bantuan atau sumbangan.

00 seorang ke dalam akaun murid. Apa sahaja perbelanjaan dan pembelian alatan atau sebagainya perlu melalui prosedur iaitu membuat permohonan dari pihak kewangan sekolah. guru PPKI juga memegang beberapa jawatan dalam pengurusan sekolah. Pihak sekolah yang akan menentukan kemasukan guru PPKI.4) Elaun Orang Kurang Upaya (OKU) Pihak PPKI akan memberi maklumat murid kepada sekolah dan pihak sekolah akan menghantar data kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada itu. Guru-guru PPKI juga terlibat secara lansung dalam apa juga aktiviti sekolah. 6) Peruntukan kewangan Segala urusan keluar masuk duit peruntukan bagi PPKI akan diuruskan oleh pihak pengurusan sekolah. 25 . Pihak sekolah akan masukan elaun yang berjumlah RM150. 5) Guru Penempatan guru PPKI adalah melalui pengurusan sekolah. Seterusnya pihak kementerian akan menyalurkan elaun itu kepada sekolah. Setelah program atau aktiviti itu telah diluluskan oleh pihak pengurusan sekolah. barulah ia boleh dijalankan. 7) Program / Aktiviti Sekiranya pihak pengurusan PPKI ingin menjalankan apa sahaja bentuk program atau aktivit hendaklah diberitahu terlebih dahulu kepada pihak pentadbir sekolah.

Kurikulum Pendidikan Khas Strategi Pengajaran dan Pembelajaran .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful