Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

1.0

Pengenalan
Pada 28 Februari 1992, YAB Perdana Menteri ( Tun Mahathir) telah membentangkan

Wawasan 2020 melalui ucapan beliau yang bertajuk µ Malaysia the Way Forward¶ di persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia. Antara kandungan Wawasan 2020

adalah dari aspek pengurusan khususnya pengurusan pendidikan. Dalam abad ke-21, pengurusan pendidikan di Malaysia telah melalui proses perubahannya dalam usaha melonjakkan kecemerlangan pendidikan. Sistem pendidikan bagi sesebuah Negara mempunyai dasar dan matlamat pendidikannya tersendiri dan disesuaikan dengan falsafah dan aspirasi Negara. Sistem pendidikan terlebih dahulu dirancang, dibentuk, dan dikaji mengikut peredaran zaman dan kemajuan negara. Kajian dan tulisan beberapa tokoh dalam bidang pengurusan seperti Edmonds (1979) dan Sergiovanni (1987), telah menunjukkan bahawa kepemimpinan memainkan peranan yang penting untuk menentukan kelicinan, kecekapan, dan keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi khususnya sekolah. Sekolah telah mengalami dan menghadapi pelbagai perubahan seperti dari segi kurikulum, kaedah pengajaran, dan kegiatan ko -kurikulum, dalam usaha menyahut harapan masyarakat dan negara yang semakin mencabar. Antara perubahan dan reformasi dalam pendidikan ialah pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988, reformasi dasar penggunaan bahasa dan pengwujudan Falsafah Pendidikan Negara. Masyarakat sendiri menghadapi pelbagai perubahan sama ada dari segi sosial, ekonomi mahupun politik. Semua ini menyebabkan Guru Besar, sebagai pengurus sekolah, menghadapi cabaran yang lebih besar yang memaksa mereka sentiasa peka, kreatif, dan inovatif dalam menangani pelbagai masalah pengurusan harian mereka.

(http://sknyatoh.tripod.com/tesis.htm ) Menurut Abdullah Sani (1990) Dasar Pendidikan kebangsaan digubal sebagai garis panduan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan oleh negara terutamanya kesedaran ke aah kepentingan perpaduan kaum. Penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub di dalam Ordinan Pendidikan 1957 bertujuan membentuk sistem pendidikan kebangsaan yang meningkatkan perkembangan sosiobudaya, ekonomi, dan politik di dalam negara.

1

Kajiannya mendapati para pendidik. adil. seorang pemimpin diperlukan untuk menerajui sesebuah institusi pendidikan. Teuku Iskandar (1989) mendefinisikan kepimpinan sebagai keupayaan orang untuk memimpin. Kepemimpinan di sekolah kembali menonjol sejak tahun 1970-an. ahli komuniti. 2. menyatakan mengurus sekolah tidak lagi menjadi tugas utama seseorang pengetua kerana beliau mempunyai tugas-tugas lain yang lebih kompleks.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. kepemimpinan adalah proses mengarah daya usaha kakitangan supaya dapat mencapai matlamat organisasi. Penyelidikan mengenai kepimpinan sekitar tahun 80-an mengiktiraf peranan pengetua sebagai amat penting dalam kejayaan atau kegagalan sebarang pelaksanaan program pendidikan atau program kemajuan pendidikan (Hussein. Kemudian kepengetuaan mulai tenggelam selepas tahun 1904 menurut Ramaiah (1995). Menurut Hodgets (1975). Jika dilihat situasi sekolah pada hari ini.0 Konsep Kepemimpinan di Sekolah Kepemimpinan telah bermula sejak dahulu lagi dan antara kepemimpinan yang dapat dikenang adalah kepengetuaan mula diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan King Edward VII pada tahun 1883. dedikasi dan banyak lagi. Kachar (1989) beberapa konsep kepimpinan yang diamalkan sejak dahulu lagi sebelum perubahan pada tahun 1990-an dan seterusnya. Konsep yang 2 . Dalam setiap sistem pendidikan. Tren kepimpinan pendidikan masa kini tidak lagi melihat pengetua memikul semua tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah. Walau bagaimana pun Lashway (2003). Pemimpin pendidikan mestilah memenuhi beberapa ciri seperti amanah. demokratik. penyelidik dan penggubal polisi bersetuju bahawa pengetua hari ini tidak dapat memimpin sekolah secara bersendirian disebabkan tugas yang semakin kompleks dan mencabar. Malah lebih memberi tumpuan kepada bagaimana menghasilkan satu budaya kebertanggungjawaban sepunya dan perkongsian budaya pembelajaran serta membangunkan keupayaan kepimpinan sekolah Menurut Kamarudin Hj. dan Laissez Faire. 1997). sekolah-sekolah diterajui oleh seorang pemimpin yang mempunyai ramai orang di bawahnya untuk sama-sama melaksanakan tugas ke arah penambahbaikan sekolah. Gaya kepimpinan yang diamalkan sejak dahulu dan sehingga kini adalah autokratik.

Pengetua dilihat sebagai seseorang yang bertindak sebagai pembimbing. lajulah gerabak. relevan dan perlu bagi setiap pemimpin dalam sesebuah struktur pendidikan pada hari ini mengandungi beberapa unsur penting iaitu . 2. dan pemimpin tetapi meliputi ketiga-tiganya sekali.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. Jika kepala kereta api tidak bergerak maka gerabak gerabak dan penumpang semuanya tersadai. dan pennilai di sekolah. Oleh itu kepimpinan seorang pengetua atau Guru Besar amat penting dalam usaha membangunkan organisasi sekolah. Secara analoginya. Jika landasannya lurus. pemimpin di sekolah diibaratkan sebagai kepala kereta api. ( Hamedah & Normah. Kepala yang menentukan kelancaran gerabak-gerabak yang ditariknya sentiasa berada di landasan yang betul. Pengetua atau Guru Besar merupakan ketua organisasi bagi melahirkan staf yang komited da sebagai seorang pengurus yang dapat membimbing mereka yang patuh kepada peraturan kurikulum. 1. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). 2010 : 5-8) Jelasnya pengetua atau Guru Besar bukan sekadar pentadbir. halaju yang sesuai. penyelia. Merekalah yang menggalas tugas dan tanggungjawab membentuk manusia melalui manusia. dilaporkan bahawa pengetua dan guru tidak berupaya melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya kerana dikawal oleh µpolisi¶ atau kehendak pihak atasan. kepimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkahlaku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian suatu matlamat yang ditetapkan. Kepemimpinan yang mempunyai tugas ( fungsional) Kepemimpinan yang mempunyai pengaruh Kepemimpinan yang berkesan. pengurus. Pengetua juga berperanan mendefenisikan misi dan visi sekolah. menetapkan matlamat sekolah dan memastikan pencapaian pelajar terjamin. Dalam satu kajian berkaitan peranan kepemimpinan pendidikan di sekolah. 3. Laju dipandu. 3 . Dalam sebuah buku terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum. maka kereta api tidak akan tergelincir dan selamat sampai ke destinasi dengan selamat.

( Dr. Guru Besar sekolah sangat dominan dan dikenali sehinggakan sekolah-sekolah disebut dengan nama Guru Besarnya. Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh dikenali sebagai Sekolah Ahmad Sujak. Sekolah Menengah Perempuan Methodist dikenali sebagai Sekolah Mrs Quah. Pengetua yang cukup dikenali di 2 buah sekolah perempuan menjadikan sekolah tersebut turut dikaitkan dengan nama pengetuanya. dan bukan sekadar melaksanakan perubahan yang dirancang oleh pihak lain. Seseorang pemimpin yang berwibawa haruslah bertindak bercirikan idea. penekanan telah berubah daripada gaya kepimpinan yang bercorak pentadbir tulen kepada gaya kepimpinan yang baru iaitu Instructional Leadership. fasa pertama ialah Managerial Leadership yang menjadi amalan pemimpin sekolah dalam tahun 1960an dan 1970an. Fokus utama adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun dalam pertengahan tahun 1980an. 2. manakala Sekolah Menengah (P) Tengku Afzan Kuantan sebagai Sekolah Normah Teh. Dalam tahun 80an pula.Amin Senin. Seterusnya dalam tahun 1990an muncul suatu konsep baru kepimpinan yang berdasarkan kepada andaian bahawa sekolah bertanggungjawab memulakan perubahan.1 Senario Kepemimpinan Sekolah Sejak tahun 1960an sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya empat fasa utama perkembangan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang menjadi fokus kajian dan perbincangan pengkaji dan pengamal pendidikan. Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab disebut sebagai Sekolah Ghazali Manan. dan kemanusiaan 4 . Dalam penulisan Dr. proses. pemimpin sekolah bertindak sebagai sumber ilmu pengetahuan dalam pembangunan program pendidikan sekolah. Kepimpinan ini memberikan fokus kepada fungsi. 2008) Dalam tahun 60an hingga 70an. Andaian ini telah menukar bentuk kepimpinan kepada gaya Transformational Leadership di mana pemimpin sekolah perlu meraih sokongan dan dokongan guru-guru serta pihak-pihak lain yang berkepentingan supaya terlibat dalam proses mengenal pasti keutamaan dan melaksanakan tindakan penambahbaikan sekolah. dan Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Bahagia dikenali sebagai Sekolah Mrs. Setiap fasa didominasi oleh suatu gaya kepimpinan yang boleh mewakili tuntutan dan keperluan fasa berkenaan. tugasan dan perilaku staf dengan andaian jika fungsi tersebut dilakukan dengan baik maka kerja orang lain dalam organisasi itu dapat dipermudahkan. Amin Senin (2008). sekolah di Kelantan mengalami hal yang sama. Chong. Sebagai pemimpin instruksional.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

Mereka sangat takut akan ketua mereka dan takut untuk ingkar arahan yang diberikan. Pemimpin bertindak sebagai koordinator kepada subordinatnya dan berkongsi sebahagian kuasa dalam mencapat matlamat yang sama. (Hamedah & Normah. Segala arahan yang dikeluarkan oleh ketua mereka tidak ada yang berani membantah dan tidak boleh dibantah. kreatif. Lewat 70-an sistem pendidikan kita mula mengamalkan kepimpinan secara demokrasi dan cuba menenggelamkan konsep autokratik yang diperkenalkan oleh mereka yang telah lama. Jika kita lihat senario pada masa lampau. Kepemimpinan pendidikan yang dapat kita lihat pada hari ini lebih menjurus kepada penurunan kuasa atau empowerment. Tidak dinafikan pengalaman kerja yang lama akan memberikan satu sinergi kepada individu itu untuk memimpin. Tujuannya supaya orang-orang bawahan merasa lebih dipercayai. dihargai dan diberi peluang bersama-sama membuat keputusan ke arah matlamat bersama. (Hussein. 2010: 8-9) Kepemimpinan Guru Besar dan Pengetua juga semakin ditambahbaik pada masa kini. Ini menunjukkan gaya kepemimpinan bercorak autokratik. bersedia mengambil risiko. bekerja. kini memainkan peranan yang sangat besar dalam melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa. ketinggian ilmu seseorang itu juga akan melahirkan stail kepemimpinan yang jauh lebih berkualiti da bermakna. Hal ini mengubah cara berfikir. dengan berteraskan Wawasan Pendidikan. inovatif dan imaginatif. dan berkualiti. 2008 : 35-37) Institut Aminuddin Baki (IAB) yang telah lama ditubuhkan. mengurus. Institut ini memberikan latihan dan kursus kepada Guru Besar dan Pengetua yang akan membawa pengetahuan mereka ke sekolah yang dipimpin. kreatif. kualiti kepemimpinan dan ketrampilan pengurusan. Perkembangan intelektual dalam kalangan pemimpin di sekolah menunjukkan bahawa mereka menzahirkan idea-idea baharu dalam usaha menambahbaik pengurusan sekolah. berhubung dan bertindak. Ketinggian akademiknya tidak dititikberatkan. sebilangan akan mengatakan bahawa ketua mereka garang dan tegas orangnya. Ini sejajar dengan hala tuju Wawasan Pendidikan untuk mencapai stail 5 . ketua pentadbiran terdiri daripada individu yang dipilih berdasarkan pengalaman dan senioritinya.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. menyelia. Keberkesanan pengurusan berkait rapat dengan keberanian seorang pemimpin. Dalam tahun 80-an sehinggalah 90-an stail kepimpinan laissez-faire turut cuba diaplikasi bagi menilai keberkesanan gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan di sekolah. Namun demikian. Jika kita tanyakan kepada bekas-bekas guru yang telah lama bersara tentang pandangan mereka terhadap ketua mereka.

Jika mereka berjaya. Rentetan itu. 1954) . mereka memberikan 6 . Menurut Ramaiah (1995) kepemimpinan Pengetua dan Guru Besar beralih konteks iaitu ke arah kepimpinan pengajaran yang memperlihatkan Pengetua dan Guru Besar berperanan sebagai pembimbing. 1974). Pemimpin akan memberikan kuasa kepada subordinatnya untuk melatih dan membimbing ahli baharu mereka dan memberikan peluang yang sama. Keupayaan dan kewibawaan pengetua dan Guru Besar mula dipersoalkan berikutan dapatan Laporan Kabinet mengenai pelaksanaan dasar pelajaran (1979).Pemimpin Karismatik juga mempunyai kuasa rujukan yang tinggi. Institut Aminuddin Baki ditubuhkan bagi memberi latihan kepada pentadbir di sekolah. Pemimpin yang bijak tidak akan terus melatah apabila menerima staf atau guru baharu yang dianggap masih mentah dalam bidang ini. menyebutnya sebagai inovasi) yang radikal tetapi adakalanya ia membawa akibat yang negatif atau memudharatkan (Davies. Kepimpinan Karismatik ini akan menghasilkan transformasi (Stark. ( http://www.iab. penyelia.my ) 2. 1969. penilai. Kerapkali.3 Kepimpinan Karismatik Kepimpinan Karismatik ini kerap muncul dalam suasana krisis sebagai individu penyelamat (Bass.edu. pengurusan dan kepemimpinan yang menjurus kepada usaha meningkatkan produktiviti kecemerlangan. Laporan ini menyatakan bahawa pengurusan sekolah-sekolah di Malaysia secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan kerana Pengetua dan Guru Besar masih cetek pengetahuan dan kurang kemahiran untuk mentadbir pengurusan sekolah. dan pembekal sumber bagi menggalakkan dan pembelajaran (P&P). Sikap pilih kasih tidak akan wujud jika pemimpin ini melihat anggota baharunya sebagai satu cabaran dalam membentuk individu tersebut menjadi setanding dengan kakitangan lain yang lebih senior. Rentetan Laporan Kabinet pada tahun 1979 juga kurikulum baru sekolah diperkenalkan iaitu KBSR dan KBSM bagi mewujudkan keselarasan dengan perubahan yang dilaksanakan.2 Laporan Kabinet (1979).Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. memperbaiki pengajaran dan 2.

4 Kepemimpinan Transformasi Burns (1978) mendefinisikan Kepimpinan Transformational sebagai " Pemimpin Transformational mengenalpasti dan mengekploitasikan keperluan sedia ada atau kemahuan pengikut-pengikut yang berpotentensi. jujur dan tidak emosional. hasil dari Kepimpinan Transformasi ini adalah suatu perhubungan yang saling merangsang dan mempertingkatkan yang akan mengubah pengikutpengikut menjadi pemimpin dan mungkin mengubah pemimpin-pemimpin menjadi agen-agen moral.scribd.com/doc/25828622/Model-Kepimpinan) Pembentukan visi dan matlamat Tingkahlaku Pengetua yang bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang baru kepada sekolah. beyond that. Burns. Tetapi. lebih daripada itu. 1992. 1978. Leithwood & Steinbach. 1995) dan model -model Kepimpinan Transformasional yang telah berkembang dalam organisasi-organisasi lain (Bass. Yukl. But. menghubung dan mengilhamkan guru-guru dengan visi masa depannya 7 . membentuk. Jalan penyelesaian ini dipercayai dan yakini oleh para pengikutnya akibat dari kesetiaan mereka kepada pemimpin. tidak tamak dan tidak mencemburui kakitangannya. adil. the transforming leader looks for potential motives in followers. Cabaran-cabaran dalam penstrukturan semula sekolah telah disebut sebagai sebab musabab perubahan kepimpinan sekolah daripada Kepimpinan Instruksional kepada Kepimpinan Transformasional (Leithwood." ] Menurut Salleh Lebar (2000) Kepimpinan Transformasi memfokuskan kepada peringkat moral dan motivasi dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas. seeks to satisfy higher needs andenggages the full person of the follower. 1989). penyelesaian yang tepat tetapi radikal dalam menghadapi krisis.1994). Enam dimensi kepimpinan yang diutarakan oleh Leithwood & Jantzi (1997) adalah disesuaikan dari dapatan kajian empirikal untuk penyesuaian di sekolah ( Leithwood. Kepimpinan jenis ini memerlukan seorang bersifat kemanusiaan. [ " The transforming leader recognises and exploits an existing need or demand of a potential follower. The result of transforming leadership is a relationship of mutual stimulation and elevation that converts followers into leaders and may convert leaders into moral agents. 1994. 1985. (http://www.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. 2.

Menyediakan ransangan intelektual Tingkah laku Pengetua yang mencabar guru-guru supaya mengkaji semula andaian-andaian tentang tugas-tugas mereka dan berfikir semula bagaimana tugas-tugas tersebut boleh atau sepatutnya dilakukan. Memberikan sokongan secara individu Menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada guru-gurunya dan mengambil berat tentang perasaan dan keperluan mereka. Pembentukan stuktur pemuafakatan dalam membuat keputusan Tingkahlaku Pengetua yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan guru-guru dalam membuat keputusan dan menanamkan sifat-sifat kepimpinan kepada guru-guru. Dapatan dari kajian yang telah dijalankan oleh Leithwood dan Jantzi (1990) ke atas 11 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah menunjukkan bahawa Pengetuapengetua yang mengamalkan Kepimpinan Transformational di semua sekolah berkenaan telah mempraktikkan enam strategi untuk mempengaruhi budaya sekolah mereka. kualiti dan hasil kerja yang terbaik dari guru-guru. Menjangkakan hasil kerja yang terbaik . Tingkahlaku Pengetua yang menunjukkan pengharapannya untuk melihat kecemerlangan.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. dan membentuk kata sepakat (konsensus) tentang matlamat dan keutamaan-keutamaan sekolah. 8 . Menonjolkan amalan profession yang baik Menunjukkan tingkah-laku yang boleh dicontohi oleh guru-guru dan menunjukkan sikap keterbukaan untuk membuat perubahan berdasarkan idea-idea atau kefahaman yang baru.

2.] Menurut Salleh Lebar (2000) Kepimpinan Transaksional memfokuskan kepada keperluan motivasi luaran untuk menggerakkan pekerja bawahan. d. b. Ia bukan saja boleh dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi tetapi juga diluar organisasi terutama pada masyarakat yang lebih besar atau politik kepimpinan.6 Reformasi Pendidikan. Dalam era ini kepemimpinan adalah bercorak fokus kepada arahan atasan dan 9 . [ Leadership which is exercised through face-to-face contact with others. e.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. Reformasi pendidikan berlaku dalam tiga era iaitu era intensifikasi pada tahun 1980 hingga 1987.5 Pemimpin Transaksional Philip L. Menggalakkkan guru-guru berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masaalah. c. Mengharapkan guru-guru bekerja sebagai satu pasukan. 2. Memelihara hubungan yang baik di antara pengetua dengan guru-guru dan tidak ada kecurigaan dalam tugasan harian. Mengharapkan guru-guru memahami misi dan visi sekolah yang hendak dicapai. Menghargai jasa dan peranan guru dalam bilik darjah dan luar bilik darjah. Hunsaker (1986) menyatakannya sebagai kepimpinan yang diamalkan melalui perhubungan secara bersemuka dengan orang lain. f. Menurut Mohd Salleh Lebar (2000). Pengetua selalu memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk membantu kerja-kerja yang dianggap mencabar. dalam konsep bilik darjah di Malaysia. keberkesanan Kepimpinan Transformasi boleh dilakukan dengan cara berikut: a.

subordinat di bawah pengurusan sekolah akan merasa bertanggungjawab ke arah melonjakkan kecemerlangan sekolah mereka kerana keputusan yang dicapai adalah hasil dan idea yang mereka curahkan Ia merupakan satu . Konsepkonsep ini yang diharapkan akan menjadi wadah dalam pembangunan pendidikan negara. sumbangan dan pendekatan kepimpinan ini mendapat kritikan kerana ketidak upayaan membawa perubahan-perubahan dinamik seperti yang diharapkan dalam menyelesaikan masalah pengurusan terutamanya sumber manusia. Era ini menonjolkan konsep disentralisasi. dan pemilihan pelanggan. konteks kepemimpinan Pengetua dan Guru Besar juga disarankan mengalami perubahan dan pembaharuan. Kesan pengubahsuaian ini dapat dilihat dalam pelaksanaan konsepkonsepp baharu seperti disentralisasi dan penurunan kuasa kepada subordinat. Era yang seterusnya adalah era Penstrukturan pada tahun 1988 hingga 1995.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. Pengupayaan dalam membuat keputusan dan secara konsensus mula diamalkan di sekolah-sekolah sebagai usaha menambahbaik pengurusan sekolah masa kini. Pelaksanaan reformasi pendidikan dilaksanakan berdasarkan reformasi yang berlaku dalam penstrukturan organisasi perniagaan. Era Reformasi merupakan era yang terkini sejak tahun 1996 hinggalah sekarang. Dalam tahun 90an. pengupayaan profesional. Pemantauan diutamakan khususnya di peringkat pusat tanggungjawab. kegagalan buat semua jika matlamat bersama tidak berjaya dicapai. pentadbiran adalah berpusat. Dengan pengupayaan ini. Sejajar dengan perubahan ini. 10 . Konsep pengupayaan dalam pengurusan diterapkan dalam pengurusan sekolah. Kulaiti perancangan sekoalh dipertingkatkan di peringkat Daerah dan Sekolah. Era ini mengutamakan piawai akauntabiliti dan penswastaan.

dan menganalisa keputusan peperiksaan. Pengetua sekolah tersebut sering memantau perjalanan dan program akademik yang dilaksanakan dan menambahbaik program kecemerlangan sekolah. 1987) : James & Balasandran.7 Kepemimpinan Instruksional Dalam tahun 1990-an Kajian (Hallinger dan Murphy. Pengukuran prestasi dapat dilihat dengan adanya KPI.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. Kualiti pengajaran guru dan kemajuan akademik sering dinilai. petunjuk prestasi utama atau key perfomance index (KPI) dijadikan sebagai satu panduan yang mengarah kepada pencapaian sekolah. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pengamal kepemimpinan instruksional bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah. Pendekatan headcount digunakan bagi memantau pencapaian pelajar. guru-guru didapati kurang memahami proses pemantauan dan gagal merancang program ke arah meningkatkan pencapaian sekolah. 2009) menyatakan bahawa penglibatan pemimpin sekolah dalam usaha pemantauan pencapaian murid di dalam bilik darjah kurang diberi penekanan. Demikian juga dengan pemimpin yang kurang terdedah kepada perancangan sekolah dan gaya kepemimpinan yang masih perlu diperbaiki. ( James & Balasandaran.Seremban merupakan salah sebuah sekolah yang dianggap berjaya melonjakkan pencapaian pelajarnya berdasarkann keputusan cemerlang dalam PMR pada tahun 2007. 2. Pemimpin intruksional sering melakukan pemantauan terhadap pencapaian murid-murid sekolahnya. Di negara kita sendiri juga didapati amalan pemantauan pencapaian murid adalah berbeza walaupun secara umumnya sekolah-sekolah menyediakan maklumat analisis potensi murid (headcount). Walau bagaimanapun bagi sekolah berprestasi rendah dan di luar bandar. Gaya kepemimpinan ini telah diperkenalkan lewat tahun 1980-an lagi. Dalam kepimpinan instruksional. Kolej Tunku Kurshiah. Namun sambutan terhadapnya adalah seperti µsuam-suam kuku¶. 2009 : 97-101) 11 . memantau buku latihan murid. Kegiatan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid di sekolah sangat di ambil berat.

budaya kerja yang cemerlang. maka sesebuah organisasi sekolah itu akan mengalami kejatuhan dan pengurusan yang tidak sistematik. sekolah bestari. Seterusnya pada tahun 1988-1995 kepemimpinan bercorak disentralisasi diamalkan iaitu kebanyakan kuasa diberikan kepada subordinat. Hal ini sudah pasti melonjakkan kecemerlangan sekolah seperti yang diharap-harapkan. dan pelbagai konsep sekolah yang ditimbulkan seperti sekolah penyayang. Walaupun perubahan konteks ini tidak melalui satu proses yang bergerak dari satu konteks ke satu konteks. Justeru ia akan melenyapkan aspirasi negara ke arah kemajuan dalam bidang pendidikan khususnya menambahbaik sekolah. Ia jelas bertujuan mencapai kesempurnaan dalam usaha menambahbaik sistem pendidikan yang sedia ada. Sekolah jugalah yang akan melahirkan generasi yang cemerlang dan membangunkan negara pada masa akan datang. Jika dilihat Kepemimpinan Instruksional. tetapi ia juga boleh berulang pada bila-bila masa. penerapan budaya ilmu dalam kehidupan. Dalam usaha menambahbaik kualiti pendidikan negara. ia diperkenalkan dalam tahun 1980 an tetapi stail kepemimpinan ini kembali popular selepas tahun 2000.0 Penilaian Dinamika dalam kepemimpinan di sekolah adalah suatu usaha yang berterusan dan sentiasa berubah-ubah. dan sebagainya. Tanpa pemimpin sekolah yang berwibawa dan mempunyai gaya kepemimpinan yang sesuai. Corak kepemimpinan pada masa kini lebih kepada empowerment. sekolah wawasan. 3. kepimpinan di sekolah adalah sangat penting kerana sekolah merupakan keberhasilan yang dilihat dan memberi kesan yang sangat besar terhadap perkembangan generasi muda serta pencapaian mereka. Ia bukanlah suatu proses yang diubah mengikut suatu ketetapan tetapi berubah mengikut kesesuaian dan kehendak semasa.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. Corak kepemimpinan pengurus sekolah turut dipengaruhi oleh era reformasi pendidikan iaitu tahun 1980 ± 1987 merupakan era kepemimpinan dari atas ke bawah ataupun dikenali sebagai berpusat. Kualiti intelektual yang terbit dari penguasaan ilmu memancarkan perkembangan individu yang unggul dan berdaya saing dalam bidang tugas dan pengurusan sekolah. sekolah berkesan. 12 . Penerapan budaya ilmu yang dimaksudkan adalah galakan menimba ilmu dalam kalangan pendidik dan mencapai ketinggian akademik.

Usaha ke arah menambahbaik pengurusan sekolah melalui kepemimpinan tidak pernah berhenti dan ia melalui satu proses dinamika yang kaizen dan sentiasa digunapakai. Keupayaan seorang pemimpin menerajui sekolahnya dengan kepimpinan yang berkesan pasti akan membuahkan hasil dan meningkatkan pencapaian di sekolahnya. 13 .Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.

edu/publications/roundup/Summer_2003. 2010 from http://eric. Institut Aminuddin Baki Melangkah ke Hadapan. PTS Professional Publishing Sdn. Transformasi Kepimpinan Pendidikan. Hollander.Bhd. 1964.Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamedah Wok Awang & Normah Teh. New York. UTUSAN Publications & Distribution. Harris.my/sn16/Rosnarizah. Ibrahim Mamat. 2009.. Kamaruddin Hj. Journal of Educational Administration. Pahang Darul Makmur. 2010.uoregon. PTS Professional Publishing Sdn. Selangor D. Oxford University Press.pdf Hussein Mahmood . BIBLIOGRAFI Abdul Ghani Abdullah. 2009. Retrieved from http://www. Amin Senin. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Institut Aminuddin Baki. Groups. 2008. Retrieved October 10. Research Roundup.Kementerian Pelajaran Malaysia. 14 .E. Kepimpinan & Penambahbaikan Sekolah. 2008.iab. Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. 2010. ERIC Clearinghouse on Educational Management. Kepemimpinan Sekolah .html.E. Lashway. Selangor D. Kuala Lumpur.Bhd. Hussin. 1994. PTS Professional Publishing Sdn. Abdul Ghani Abdullah.edu.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini. Kuala Lumpur. Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah Edisi Kedua. Kuala Lumpur.Bhd. Sinergi dalam Pengurusan Sekolah. P. (2003). Distributed leadership according to the evidence. A (2008). E. and Influence. Distributed leadership. Kumpulan Budiman Sdn. Kuala Lumpur.1993. Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal.Bhd. Leaders. Teori untuk Praktis. Distributed leadership through the looking glass . James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah.

15 . Yahya Don. Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn Bhd. Mohd Salleh Lebar . Kuala Lumpur. Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan di Malaysia. 2007.Dinamika Konteks Kepemimpinan ke arah Menambahbaik Pengurusan Sekolah Masa Kini.2000 . Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. PTS Professional Publishing.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful