You are on page 1of 150

MELAYU BARU MELAYU LAMA

BAB 1
APA ITU “MELAYU”

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa
terutamanya di Semenanjung Malaysia. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas pula
menyatakan Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa melayu dan
mengamalkan adat resam orang melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama
sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di
sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya
kerajaan Srivijaya.

Seterusnya dari segi etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada
perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi. Ada juga
sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu”
di Jambi .

1. MASYARAKAT MELAYU

Siapa yang dikatakan “melayu”?

Mereka yang dikatakan melayu secara normalnya mempunyai kulit beerwarna


coklat, fizikalnya tahap sederhana tetapi gagah dan bersopan santun atau lemah lembut.
Mereka juga dikenali atau dilabel sebagai “bumiputera”di Semenanjung Malaysia. Secara
amnya, terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang
melayu atau tidak. Ianya terdiri daripada penakrifan undang-undang dan penakrifan
antropologi.

Menurut penakrifan undang-undang, orang melayu di Malaysia didefinisikan dengan


merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160(2) orang melayu ditakrifkan
sebagai :
 Seorang yang beragama Islam
 Bertutur bahasa Melayu

1
MELAYU BARU MELAYU LAMA

 Mengamalkan adat istiadat Melayu


 Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau
pada hari merdeka, di bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia.
Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang
Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya, di selatan Thailand
terdapat juga kelompak manusia yang berrtutur Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya
orang Melayu.

Manakala, penakrifan Antropologi pula menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli
antropologi di Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang,
berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem
kemasyarakatan dwisisi dan kenegarasian yang termasuk dalam bangsa Mangoloid.

Adakah orang Kelantan orang Melayu sebenar?

Benarkah Melayu Kelantan merupakan orang Melayu orang asal di negara ini
berbanding dengan orang Melayu di tempat lain? Hipotesis mengenainya mungkin
berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti
Sains Malaysia (USM) Kubang kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin. Menurutnya,
hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid
Deokrsiribonukleik (Mithochondial-DNA) dalam kalangan beberapa penduduk di pedalaman
Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.

Bagaimanapun, katanya hipotesis itu memerlukan kajian lebih mendalam mengenai


Siapa Melayu sebenarnya yang akan dijalankan menerusi Rancangan Malaysia kesembilan
(RMK-9) dan dijangka siap tiga tahun lagi. Ketika ini, 12 etnik Melayu di negara ini termasuk
mereka yang berasal dari Indonesia termasuk Jawa, Bugis, Minang, Champa dari Kemboja
dan Yunan dari China. “Bagaimanapun kajian ini bukannya untuk mengubah sejarah

2
MELAYU BARU MELAYU LAMA

bahawa orang Melayu berasal dari tempat lain tetapi adalah intuk mencari fakta terbaru
berdasarkan penyelidikan kita sendiri,” katanya.

Kajian ini bukan untuk mengelirukan status Melayu dalam kalangan etnik-etnik
Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling
awal wujud. Penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan
kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi
Melayu Moden dengan Melayu Proto.

Hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada
populasi “Mongoloid” dari selatan China atau “Austranasian” yang berhijrah ke kawasan lain
di Asia antara 6000 hingga 8000 tahun dahulu. Manakala, populasi Melayu Proto pula wujud
lebih awal iaitu kira-kira 200 000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika. Walaupun kajian ini
belum dibuktikan secara keseluruhannya namun, Dr. Zafarina berharat hasil kajian ini dapat
digunakan dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat.

Hal ini kerana, Sejarah awal pula menyatakan kewujudan orang Melayu di
Semenanjung sebagaimana penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak, masih lagi menjadi
persoalan yang agak kabur. Walaubagaimanapun, dengan mengkaji satu kategori orang Asli
yang masih wujud sehingga sekarang, iaitu orang Melayu Proto atau orang Asli, sedikit
sebanyak persoalan tentang asal-usul orang Melayu akan terurai. Orang Melayu Asli yang
masih wujud hari ini dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan orang Melayu Moden
sekarang. Terdapat juga sejarawan yang mengatakan bahawa orang Melayu Dustro
merupakan nenek-moyang orang Melayu hari ini.

Sejarah ini bermula apabila berlakunya gelombang perpindahan suatu kumpulan


baru penduduk Yunan ke Tanah Melayu, iaitu kira-kira pada 300 S.M. Mereka telah
merempuh masuk dan menewaskan orang Melayu Asli dan memaksa pendatang ini, yang
lebih dahulu membuat penempatan, berundur ke kawasan pedalaman. Orang Melayu
Dustro yang dipercayai mempunyai salurgalur keturunan Monggol mempunyai kemahiran
dalam penggunaan logam dan senjata mereka diperbuat daripada besi. Di samping itu,
peralatan yang lain juga diperbuat daripada besi, dan kehidupan pada zaman itu dikenali

3
MELAYU BARU MELAYU LAMA

sebagai zaman besi. Mereka tidak mengamalkan amalan berpindah-randah dan membuat
penempatan tetap di desa.

2. TANAH MELAYU

Kedudukan Geografi Tanah Melayu

Tanah Melayu adalah sebahagian daripada benua Asia dan kedudukan yang terletak
di tengah-tengah, iaitu di antara China dengan India menyebabkannya menjadi laluan
perdagangan yang strategik. Berdasarkan kedudukan geografi tersebut, Tanah Melayu amat
terdedah kepada pengaruh dan peradaban kebudayaan dari kedua-dua buah negara
tersebut khususnya dari negara India.

Tanah Melayu menjadi tempat pertembungan dua musim angin yang bertiup dari
dua arah pada waktu berlainan dalam tiap-tiap tahun. Pada bulan Mei hingga Ogos, musim
tiupan angin barat daya adalah dari Lautan Hindi dan Khatulistiwa, manakala pada bulan
November hingga April merupakan musim tiupan angin timur laut yang bertiup dari pesisir
negeri China melalui Laut China. Ini akan memudahkan kapal-kapal perdagangan untuk
belayar.

Tanah Melayu juga merupakan tempat persinggahan mereka sementara menunggu


kedatangan tiupan dari arah yang berlainan untuk pulang ke tempat asal. Selat Melaka yang
memisahkan di antara Tanah Melayu dengan Sumatera juga merupakan kawasan laluan
yang strategik dan bebas serta terlindung dari ombak besar yang membolehkan banyak
kapal dagang menggunakannya.

Berdasarkan faktor geografi ini, Tanah Melayu dianggap sebagai “rumah separuh
jalan” yang penting kepada kegiatan perdagangan sejak zaman-berzaman dan telah berjaya
menemukan pelbagai kelompok manusia yang telah membawa kepada pembentukan
kepelbagaian pola kebudayaan, peradaban, tamadun, agama dan corak pemerintahan.

4
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Zaman Batu di Tanah Melayu

Sewaktu penduduk di Lembah Nil sudah membentuk satu peradaban tamadun,


penduduk di Tanah Melayu masih lagi di zaman batunya. Pada waktu itu, terdapat beberapa
puak manusia sedang bergerak turun dari Utara menuju ke Selatan melalui Tanah Melayu.
Antara puak-puak tersebut ialah orang Negrito dan Semang. Kedatangan mereka
kemudiannya disusuli oleh kedatangan orang Melayu Asli yang dikatakan berasal dari
Daerah Yunan dan mereka ini dipercayai menjadi nenek-moyang orang Melayu yang
mendiami Malaysia sekarang.

3. BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa


Austronesia yang telah digunakan di Wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak
melebihi 1000 tahun lagi. Walaupun assal usul bangsa Melayu yang paling asal belum
diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari
Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah
sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Brunei serta salah
satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia
dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-
empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di
Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Bahasa Melayu Piawai ialah bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui
oleh Indonesia, Malaysia dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa
Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal
1970-an Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-
akhir ini, nama Bahasa Melayu digunakan semula. Bermula pada tahun 2007, bahasa

5
MELAYU BARU MELAYU LAMA

kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa
bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.

Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan
ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahassa Jawa
mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain.
Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran
pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara bahasa Melayu dan dialek
Hokkien. Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah
penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini
masih dalam perbincangan.

Sejarah Bahasa Melayu

Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah Kuno Asia Tenggara masih
belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun, istilah “Melayu” adalah sangat baru dan
timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu
menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan:
ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi,
Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya
terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:

1. di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi


2. di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi
3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi
4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.

Ada yang berpendapat bahasa Melayu beasal daripada Asia Tengah, ada juga yang
berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.

Perkembangan Bahasa Melayu

6
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah
menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu
Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak
mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa
membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap bahasa
mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu Kuno mempunyai pengaruh
Sanskrit dan Hindu yang kuat dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab
dan Islam. Manakala bahasa Melayu Moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah barat
terutama sekali Inggeris.

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia?

Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah
“Bahasa Melayu” dan “ Bahasa Malaysia”. Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah
muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan sebagai
bahasa rasmi.Ada pihak yang memikirkan “Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul
Rahman sebagai Perdana Menteri pertamanya memeperkenalkan istilah “Bahasa Malaysia”
sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas”. Sebenarnya istilah bahasa
Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara
spontan selepas Mei 13, 1969. Ini dibukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada
masa itu wujud persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan
Malaysia tidak berubah. Pada tahun 1986, istilah “bahasa Malaysia’ ditukar kepada “Bahasa
Melayu”. Menurut Perkara 152 Perlembangan Persekutuan Malaysia, “bahasa kebangsaan
[Malaysia] ialah bahasa Melayu”.

7
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Namun begitu, pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan
pennggunaan “Bahasa Melayu” kepada “Bahasa Malaysia”. Kabinet mengarahkan supaya
semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan
serta agensi berkaitan untuk menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” dalam surat menyurat,
notis dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Pada 5 November 2007, Menteri
Penerangan Malaysia, Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan
istilah baru “Bahasa Malaysia” adalah Muktamad. Namun, kuasa menukar istilah demikian
bukanlah hak individu. Oleh itu, istilah bahasa Melayu tetap digunakan.

Pendapat ahli sejarah terhadap asal usul Bahasa Melayu

Ada beberapa pendapat mengenai asal usul Bahasa Melayu. Salah satunya ialah
Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah. Teori ini disokong oleh beberapa ahli sejarah dan
bahasa. Berikut merupakan kajian mereka terhadap bahasa Melayu :

R.H. GELDERN

Beliau menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang. Beliau juga menemui kapak yang
mempunyai bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern
membuat kesimpulan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan
Melayu ini.

J.H.C. KERN

J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari
terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa
perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagascar, Filipina,

8
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Taiwan dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah
padi, buluh, rotan, nyiur, pisang , pandan dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang
dikajinya itu, Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk
yang ada di Asia.

W. MARSDEN

W. Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang
digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang
rumpun.

E. AYMONEIR, A. CABATON DAN HAMY

E. Aymoneir dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Champa serumpun dengan
bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Champa
merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental.

W. HUMBOLDT

W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa)
telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

J.R. FOSTER

J.R. Foster berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa
Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal
daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

A.H. KEANE

A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang
terdapat di Kampuchea.

9
MELAYU BARU MELAYU LAMA

SLAMETMULJANA

Berdasarkan perbandingan bahasa, Slametmuljana berkesimpulan bahawa bahasa


Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu berasal dari Asia.

ASMAH HAJI OMAR

Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke
Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan
iaitu Tanah Semenanjung melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China.
Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya, asal bahasa
mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan
komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Klasik berasal daripada
bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba
merupakan anggapan yang keliru.

BAB 2
KONSEP MELAYU

Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu
punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza daripada segi pengaruh
alam sekitar. Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai
penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan
daripada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Melayu dapat didefinisikan sebagai nama
suatu bangsa dan bahasa termasuk di Semenanjung Malaysia iaitu mengikut cara hidup
orang Melayu (Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga : 874). Pembinaan masyarakat dan
budaya Melayu yang lebih luas adalah hasil daripada kepelbagaian kelompok sosial dan sub
budaya  yang telah memberikan kekuatan tentang kekayaan khazanah budaya Melayu.

10
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Melayu didefinisikan


sebagai mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang
Melayu. Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai
Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya sebuah Kerajaan Melayu
sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu,
dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit
"Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Terdapat juga sumber sejarah yang
mengatakan bahawa perkataan "Melayu" ialah berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Pengertian Melayu di Malaysia dinyatakan dengan lebih khusus lagi dalam


Perlembagaan Malaysia yang mengandungi kepentingan daripada aspek sosial dan politik.
Pengertian itu adalah berasaskan kepada prinsip bahasa, budaya dan Islam. Menurut
Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang
berketurunan Melayu yang menganuti agama Islam. Dengan kata lain, bukan semua orang
yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah merupakan orang Melayu.
Pengertian Melayu secara khusus tersebut merupakan sebahagian daripada konsep Melayu
yang luas.
Oleh yang demikian, apabila pelbagai kelompok sosial yang terdiri daripada
penduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam, tidak dapat mencakupi dalam
pengertian Perlembagaan ini. Pengertian Melayu yang digunakan dalam pentadbiran dan
kepentingan politik terdapat perbezaan dengan konsep Melayu yang digunakan dalam
realiti iaitu lebih berasaskan kepada kelompok sosial Melayu dengan sub budaya masing-
masing. Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut Perlembagaan
Persekutuan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai :

1. Seorang yang beragama Islam


2. Bertutur dalam bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau
pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

11
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara


Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat bahawa sebenarnya terdapat
juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia contohnya di selatan
Thailand terdapat segelintir kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan
mengamalkan budaya orang Melayu. Bagaimanapun, menurut UNESCO pada tahun 1972
istilah "Melayu" ditakrifkan sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia,
Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan seorang ahli antropologi di negara
Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan
sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi
etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem
kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama kalinya pada kira-kira 100-150 Masihi
dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E.
Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau
malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia.

Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung


Penyabung. Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba,
yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah
yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para
pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera. Istilah "Mo-lo-yu" juga
turut dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645
Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji berpendapat bahawa perkataan "Mo-lo-
yo" yang dimaksudkan itu ialah merupakan kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau
Sumatera dan juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Sejarah peradaban Melayu yang berasaskan kepada perkembangan budaya Melayu


merupakan fenomena penting dalam pembinaan identiti Melayu dalam konteks yang luas
itu. Peradaban Melayu itu telah dibina oleh kelompok-kelompok Melayu di alam Melayu ini

12
MELAYU BARU MELAYU LAMA

secara umumnya dan daripada keadaan ini maka terbinanya identiti Melayu yang
berasaskan kepada tradisi sejarah yang sama yang telah dilalui oleh kumpulan Melayu
tersebut. Penduduk asal atau lebih dikenali sebagai orang Melayu yang mendiami di alam
Melayu ini telah membina asas peradaban yang telah mantap sebelum mereka bertembung
dan melalui proses difusi budaya. Pertembungan dengan peradaban India dan kemudian
Islam telah memperkukuhkan peradaban Melayu setelah sekian lama.

Kerajaan-kerajaan Melayu yang terdapat di alam Melayu telah menyumbang dan


memainkan peranan yang begitu penting dalam pembinaan pusat-pusat peradaban itu.
Islam juga telah membawa kepada peradaban penting dalam pembinaan peradaban
Melayu. Walaubagaimanapun, pengaruh-pengaruh tersebut meningkatkan peradaban
Melayu. tetapi tidak menjejaskan dan menghilangkan identiti budaya Melayu. Konsep
Melayu juga bukan sahaja merangkumi aspek-aspek etnik, suku kaum atau negara bangsa,
tetapi entiti budaya yang merangkumi pelbagai etnik, suku kaum dan negara bangsa,
asalkan semua itu tercerna dan terjelma dalam tiga ciri budaya Melayu yang asasi iaitu
berpengantar bahasa Melayu, beradat resam dan bertingkah laku sebagai manusia Melayu
dan mengamalkan agama islam.

Berdasarkan konsep Melayu sedemikian, kita telah menerima bahawa Melayu


merupakan orang yang berasal atau berketurunan dari Arab atau India seperti Malik Ibrahim
iaitu seorang wali songo pembuka Gerisek pada tahun 1396, Syarif Abu Bakar atau dikenali
sebagai Sultan Syarif Hashim Sultan Sulu pada tahun 1405, Sultan Syarif Ali Brunei pada
tahun 1426, Syarif Muhammad Kebongsuan Sultan Mindango pada tahun 1515, Syeikh
Nuruddin al-Raniri Syeikh al-Islam di Aceh pada tahun 1637, dan puluhan ulama dan
pendakwah dari keturunan al-Eidrus, al-Attas, al-Haddah, al-Habsyi, al-Sagot, al-Badawi, dan
lain-lain.

Konsep Melayu Lama

Melayu lama merupakan sebuah warisan peninggalan nenek moyang pada zaman
dahulu kala. Warisan tersebut memberikan sumbangan yang begitu penting dan berharga
pada generasi pada masa kini. Secara amnya, takrifan Melayu boleh dikenal pasti

13
MELAYU BARU MELAYU LAMA

berdasarkan bangsa yang tergolong dalam Rumpun Melayu-Indonesia atau Nusantara


seperti Jawa, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau dan sebagainya. Berdasarkan bahasa
pula takrifan Melayu terdiri daripada golongan keluarga bahasa Austronesia. Menurut
Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 160 Fasal 2 ialah “ Melayu ertinya seseorang
yang menganuti adat-istiadat dan resam Melayu ”.

Melayu lama juga bermakna ia akan mengekalkan ‘apa sahaja yang diajarkan dan
diperturunkan oleh datuk neneknya’ seperti adat bersanding, kenduri kendara dan
menghidupkan budaya lama seperti berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan
mendendangkan lagu berunsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong.
Peribahasa Melayu yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat” ialah merupakan
sebuah peribahasa lama yang membawa maksud yang cukup mendalam. Hal ini
membuktikan bahawa pemikiran orang dahulu yang sanggup mati anak semata-mata mahu
mempertahankan adat.

Orang Melayu lama telah membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas
yang dianggap sebagai jati dan harga diri mereka. Agama dan tatasusila adat Melayu,
berfungsi untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak
supaya cantik dipandang, sedap didengar dan manis dirasa. Oleh yang demikian, jika kita
bertemu dengan watikah bertulis sebagai ‘Hukum Adat’, janganlah terus dihumban ke tepi
bahawa adat itu adalah budaya resam yang merosakan agama. Hal ini kerana, adat itulah
merupakan agama pada bahasa Melayu Lama.

Selain itu, konsep Melayu turut melibatkan pemikiran iaitu lebih dikenali sebagai
konsep pemikiran Melayu yang menggambarkan keunikan pemikiran Melayu berbanding
dengan bangsa-bangsa lain. Orang Melayu menggunakan kaedah berfikir yang bukan sahaja
bersifat emprikal dengan menggunakan kuasa inderawi atau pacaindera mereka untuk
memahami realiti alam di luar diri mereka, untuk memahami kelakuan manusia dan
keadaan sosial tetapi bersifat abstrak dan metafizik.

Proses fikiran ini bersifat non-linear iaitu lebih banyak menggunakan kuasa imaginasi
dari otak sebelah kanan iaitu akal kreatif dan kemudian digabungkan dengan proses berfikir
yang menggunakan akal rasional dari bahagian otak sebelah kiri untuk melahirkan makna

14
MELAYU BARU MELAYU LAMA

dan nilai yang emprikal sekaligus bersifat abstrak. Proses pemikiran ini dapat dikaji dan
dibuktikan berdasarkan puisi tradisional Melayu iaitu pantun berdasarkan peribahasa serta
pepatah Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam pantun 4 kerat, misalnya rangkap pertama yang
disebut sebagai rangkap pembayang maksud iaitu digunakan secara kreatif untuk
melahirkan maksud pada rangkap kedu berikutnya.

Jikalau Shakespeare sering diagungkan sebagai manusia yang mampu berfikir atau
menyatakan maksudnya melalui sajak atau puisi, pemantun atau pemikir Melayu tradisional
pun tidak kurang agungnya. Stuktur pantun juga turut mengandungi rima dan rentaknya,
penggunaan bahasa yang halus, tepat dan bernas. Walaubagaimanapun Shakespeare tidak
mengungkapkan maksudnya melalui rangkap pembayang maksud sebagaimana yang
dilakukan oleh pemantun Melayu. Struktur dan cara berfikir Melayu ini tentunya
menunjukkan konsep pemikiran yang lebih kreatif dan lebih kompleks lagi.

Konsep Melayu Baru

Manusia bukannya objek statik tetapi manusia ialah makhluk ciptaan Tuhan
yang terbaik dalam kalangan makhluk yang lain. Salah satu aspek yang mencerminkan
kualitinya ialah tahap kebolehannya untuk membaiki dan menjadikan dirinya lebih baik
daripada sebelumnya, malah lebih baik daripada manusia yang lain. Oleh yang demikian
apabila merangka kelahiran manusia Melayu yang baru sebenarnya perkara tersebut
bukannya merupakan tempelak atau satu sinis kepada Melayu yang sebelumnya. Hal ini
adalah kerana kita berlandaskan kepada hakikat bahawa manusia pada hari esok mesti lebih
baik daripada manusia pada hari ini. Hal ini menunjukkan bahawa perubahan daripada
Melayu Lama kepada Melayu Baru adalah merupakan satu keperluan.
Melayu Baru bukanlah merupakan satu utopia tetapi Melayu Baru adalah
merupakan satu jangkauan yang real atau nyata yang boleh dicapai dengan menggunakan
strategi dan gerakan yang sempurna dan menyeluruh. Menggunakan strategi secara
sempurna adalah bermaksud dari segi ‘ apa yang mesti dibuat ’ dan menyeluruh bermaksud
‘ komitmen daripada setiap individu ’. Konsep Melayu Baru ini telah diperkenalkan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Konsep Melayu Baru ini
sebenarnya adalah penerusan daripada konsep Revolusi Mental yang dipelopori oleh

15
MELAYU BARU MELAYU LAMA

sebuah panel yang ditubuhkan oleh UMNO pada tahun 70 an dan telah dipimpin oleh Dato
Senu Abdul Rahman iaitu Setiausaha Agung UMNO pada masa itu. Salah seorang daripada
ahli panel tersebut ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada masa sekarang konsep Melayu Baru ini disempurnakan pula oleh Wawasan
Islam Hadhari atau Islam yang Bertamadun yang menjadi pegangan Kerajaan pimpinan Pak
Lah iaitu Perdana Menteri Malaysia pada hari ini. Konsep Islam Hadhari ini adalah
merupakan salah satu paksi yang penting dalam manifesto Barisan Nasional pada
Pilihanraya Umum Yang Kesebelas pada tahun lalu yang memperlihatkan kemenangan yang
cukup besar dan membanggakan kepada Barisan Nasional. Pilihanraya tersebut telah
menghasilkan penubuhan Kerajaan Negeri Terengganu oleh BN dan tumbangnya Kerajaan
PAS di Terengganu manakala Kerajaan BN yang semakin bertambah kuat di Kedah dan PAS
hanya menang tipis dengan kelebihan dua kerusi di Negeri Kelantan. Pilihanraya tersebut
telah memperlihatkan dan membuktikan bahawa kembalinya kekuatan UMNO dan BN di
Pulau Pinang, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Faktor
yang menyumbang kepada kekuatan gelombang biru ini adalah merupakan faktor Islam
Hadhari dan personaliti Pak Lah sendiri yang cukup menawan hati rakyat terutamanya
Orang Melayu.

Konsep Melayu Baru iaitu merupakan lanjutan daripada Revolusi Mental adalah
merupakan faktor yang telah membuka minda orang Melayu yang kemudiannya menjurus
kepada slogan Melayu Boleh dan Malaysia Boleh. Hal ini telah membuka jalan bagi
melepaskan Orang Melayu daripada sebarang limitation atau sekatan dan belenggu yang
wujud dalam diri kita sendiri. Melayu Baru lebih menjurus kepada Melayu Global yang
penuh dengan ketahanan dan kuat peribadi untuk bergerak diperingkat global dan
antarabangsa samada sebagai usahawan, peniaga, sarjana, pemikir, pujangga, ahli sukan
dan lain-lain lapangan atau bidang.

Selain itu, Melayu Baru berasaskan prinsip Islam Hadhari tersebut tidak akan
terkongkong oleh fikiran agama yang sempit dan yang tidak mengikut peredaran masa.
Sebaliknya Islam Hadhari akan menjadikan agama Islam sesuai dengan kurun yang kedua

16
MELAYU BARU MELAYU LAMA

puluh satu ini bahkan Islam Hadhari juga amat sesuai untuk kehidupan umat Islam bagi
generasi yang akan datang selagi dunia ini masih kekal hingga kiamat.

Dengan kata lain Islam Hadhari memastikan Melayu Baru yang global serba handal
lagi kebal itu tetap mempunyai aqidah dan iman didalam hatinya. Ini akan memastikan
bahawa Orang Melayu bukan sahaja berjaya di dunia bahkan juga di akhirat.

BAB 3
PERUBAHAN ANTARA MELAYU BARU MELAYU LAMA

MELAYU LAMA

Kepercayaan Animisme

Dari segi kepercayaan animisme iaitu sebelum kedatangan Islam, manusia pada
umumnya mempunyai naluri ingin tahu terutama tentang alam di sekeliling yang mereka
diami. Manusia melayu pada zaman purbakala juga mempunyai sifat yang sama. Tetapi
kerana manusia purba tidak memahami tentang fenomena alam dan kejadian tabii, maka
mereka memberi tafsiran terhadap sesuatu kejadian mengikut fahaman mereka. Menurut
E.B Taylor, manusia awal yang hidup di dunia menempuh pengalaman seperti mimpi,

17
MELAYU BARU MELAYU LAMA

khayalan dan peristiwa kematian. Peristiwa-peristiwa yang ditempuhi itu menjadi tanda
tanya kepada mereka sehingga mereka berfikir dan meyakini tentang wujudnya roh (spirit)
dalam diri manusia atau apa yang diistilahkan oleh Taylor sebagai animisme.

Menurut beliau lagi, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas
kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif.
Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk cultural universals yang wujud di kalangan
suku-suku primitif. Terdapat pelbagai kepercayaan karut yang diamalkan dan dipercayai
oleh masyarakat melayu lama seperti pemujaan arwah datuk nenek, hantu, hubungan
dengan alam ghaib dan sebagainya.

Pemikiran Melayu Lama

Sebelum kedatangan Islam, pengaruh agama Hindu telah tersebar di alam melayu.
Oleh itu, pengaruh Hindu telah mempengaruhi pemikiran melayu lama pada masa itu.
Sebelum agama Hindu tersebar di alam melayu, orang melayu dipengaruhi fahaman
animisme yang diwarisi sejak zaman purba. Fahaman ini berbentuk kepercayaan kepada
semangat, pemujaan roh datuk nenek dan makhluk-makhluk alam ghaib. Kepercayaan
kepada animisme ini adalah suatu kepercayaan yang kompleks. Kepercayaan ini mengatur
tingkah laku manusia terhadap alam sekeliling kerana mereka mempercayai bahawa setiap
fenomena alam mengandungi kuasa ghaib atau penunggu. Apabila agama Hindu dibawa ke
daerah ini dan berkembang dengan pesat pada abad ke-4 dan ke-5 Masihi, tidak banyak
pembaharuan yang dilakukan terhadap pemikiran melayu malah konsep ketuhanan agama
Hindu Vidaisme yang percaya kepada kekuasaan dewa-dewa atau tuhan telah mengambil
tempat dan mengisi ruang kepercayaan kepada penunggu atau kuasa ghaib yang dipercayai
oleh orang melayu wujud pada setiap fenomena seperti hujan, ribut, bukit, lautan, hutan
belantara dan sebagainya.

18
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pengaruh Hindu dalam Sistem Pemerintahan Melayu Lama

Pengaruh Hindu bukan sahaja mempengaruhi dalam kepercayaan dan agama orang
melayu sahaja tetapi turut mempengaruhi dalam sistem pemerintahan. Menurut Coedes,
kebudayaan Hindu yang berkembang di daerah Asia Tenggara hanya tertumpu di kalangan
kaum bangsawan atau masyarakat atasan. Oleh yang demikian tidak hairan kalau banyak
kesan pengaruh Hindu dalam sistem pemerintahan melayu tradisional. Konsep Raja dan
kerajaan adalah istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu. Raja disamakan dengan
konsep devaraja atau pemerintah yang sama kedudukannya dengan dewa-dewa. Sistem
pentadbiran melayu juga dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu. Misalnya sistem pewarisan
pemerintahan adalah diasaskan kepada keturunan. Dalam pelaksanaan pentadbiran melalui
undang-undang, sistem pemerintahan melayu telah meminjam beberapa aspek daripada
undang-undang Hindu seperti undang-undang jenayah yang berdasarkan kitab
Dharmasutra. Pengaruh Hindu juga jelas dilihat dalam peraturan-peraturan mengenai
pakaian, senjata-senjata dan warna kuning yang dikhususkan untuk Raja.

Pengaruh Hindu dalam Bahasa dan Sastera Melayu Lama

Selain itu, pengaruh Hindu juga mempengaruhi dalam bahasa dan sastera melayu.
Bahasa sanskrit telah mempengaruhi bahasa melayu sejak pengaruh di kebudayaan Hindu
berkembang di daerah Nusantara dari awal kurun Masihi hingga zaman kedatangan Islam
pada abad ke-13 Masihi. Di samping bahasa, pengaruh sastera dari India telah banyak
berkembang dalam sastera melayu. Epik-epik Ramayana dan Mahabrata telah melahirkan
berbagai-bagai prosa atau hikayat-hikayat dalam sastera melayu. Unsur sastera Hindu juga
turut mempengaruhi cerita-cerita penglipur lara, cerita jenaka dan lain-lain. Di samping itu,
Hindu juga mempengaruhi puisi melayu seperti seloka dan gurindam.

Kepercayaan Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam

Selepas kedatangan Islam, Islam telah mengubah pandangan dunia orang melayu
daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman Hindu kepada
kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa (Allah). Di samping itu, mereka itu mempercayai

19
MELAYU BARU MELAYU LAMA

nabi-nabi, rasul, malaikat, kitab-kitab suci seperti Injil, Zabur dan Al-Quran, percaya kepada
hari akhirat dan kepada qadak dan qadar. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat
seperti yang tersebut dalam Rukun Islam yang berbentuk sembahyang, puasa,
mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.

Walaupun kepercayaan lama tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, namun


kebudayaan Islam telah berjaya mempengaruhi bentuk-bentuk kepercayaan melayu lama
dengan memperkenalkan konsep Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad
sebagai Rasul-Nya. Walaupun unsur-unsur dewa-dewa masih lagi diwarisi dalam sastera
melayu, namun fungsi mereka tidak lagi sebagai tuhan-tuhan, tetapi hanya sebagai
makhluk-makhluk alam ghaib seperti hantu dan jembalang yang masih lagi mempengaruhi
pemikiran orang melayu hingga ke dewasa ini.

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam

Sebelum kedatangan Islam, bahasa melayu dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan
Jawa kuno. Menurut Winstedt, bahasa melayu pada zaman Hindu itu ditulis dalam bentuk
huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Pallava, India. Selepas kedatangan Islam, bahasa
Arab sebagai bahasa rasmi agama Islam mulai mengambil alih tempat bahasa sanskrit di
kalangan orang melayu. Huruf Arab telah digunakan untuk penulisan bahasa melayu yang
dipanggil huruf jawi. Huruf baru yang berasal daripada al-Quran ini telah menggantikan
huruf Kawi dan Nagari. Selepas kedatangan Islam ini, bahasa melayu telah mengalami
perubahan yang pesat dengan peminjaman kata-kata Arab sehingga bahasa melayu menjadi
media kepada ilmu pengetahuan seperti teologi, falsafah, etika dan lain-lain.

Pengaruh Islam telah membawa pinjaman kata-kata Arab dalam bahasa melayu
dengan begitu luas sekali meliputi semua aspek dalam bidang kehidupan orang melayu
seperti dalam aspek agama, pemikiran, pendidikan mahupun undang-undang. Dalam segi

20
MELAYU BARU MELAYU LAMA

kesusasteraan pada zaman permulaan Islam, pemyebar-penyebar Islam telah menulis


risalah-risalah agama yamg menerangkan tentang rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.
Di samping tulisan tentang ajaran Islam, penyebar-penyebar agama Islam itu telah turut
mengisahkan tentang pembawa ajaran tersebut iaitu Nabi Muhammad. Cerita-cerita
tentang Nabi Muhammad dapat dianggap sebagai yang paling tua usianya, jika dibandingkan
dengan karya kesusasteraan pengaruh Islam yang lain.

Menurut R.O Winstedt, hikayat-hikayat bercorak Islam dalam kesusasteraan melayu


klasik diterjemahkan dari sumber Islam yang asal. Sebagai contoh, Hikayat Bayan Budiman,
Hikayat Khoja Maimun, Hikayat Khoja Mubarak dan Cerita Taifah diterjemah dari Parsi
sungguhpun berasal dari kesusasteraan Sanskrit yang bernama Sukasaptati. Menurut S.
Sontoso pengaruh Islam juga memberi kesan terhadap penulisan melayu klasik seperti
Sejarah Melayu yang mengandungi unsur-unsur Islam yang dimasukkan oleh penulis
melayu. Gaya penulisan dalam Sejarah Melayu dan kebanyakan persoalannya menunjukkan
buku Sejarah Melayu itu berdasarkan tradisi penulisan Islam.

Sistem Politik Melayu Tradisional

Dalam sistem politik melayu tradisional, perpaduan di kalangan masyarakat melayu


pada masa lampau berdasarkan kepada asas kekeluargaan dan kesukuan. Kepentingan
ramai lebih diutamakan daripada kepentingan individu dan individu itu terikat pula dengan
peraturan dan adat istiadat serta kepercayaan yang dianuti oleh masyarakatnya. Sementara
itu, anggota masyarakat tersebut tidak pula menentang dasar perpaduan dalam masyarakat
kerana perpaduan dapat menjamin keamanan dan keselamatan setiap anggota di dalam
masyarakat. Masyarakat alam melayu pada peringkat awalnya adalah sebuah masyarakat
yang hampir tertutup, tidak mudah bagi seseorang itu melepaskan hubungannya dengan
suku atau kelompok masyarakatnya. Orang luar pula tidak mudah dterima menjadi anggota
dalam kelompok atau sesuatu suku itu. Sebelum orang asing diterima menjadi anggota
dalam sesuatu kelompok masyarakat atau suku itu ia harus menjalani upacara penerimaan
masuk ke dalam satu-satu kumpulan atau initiation. Dalam upacara ini, individu yang

21
MELAYU BARU MELAYU LAMA

menjalani upacara itu mengumumkan peninggalannya daripada ikatan yang lama dan ia
diperkenalkan dengan suasana yang baru. Ia diibaratkan sebagia sudah mati dan dilahirkan
kembali dalam suku yang baru. Sebenarnya upacara ini dianggap sebagai satu ujian untuk
menghadapi hari dewasa dan sebagai anggota masyarakat yamg bertanggungjawab. Oleh
itu, upacara ini dilakukan juga kepada semua anak di dalam sesuatu kelompok masyarakat.

Pemimpin Masyarakat

Dalam kelompok keluarga terdapat seorang ketua atau pemimpin yang mengetuai
upacara adat dan bertanggungjawab tentang kebajikan dan keselamatan keluarga. Pada
peringkat yang lebih luas diwujudkan organisasi yang bercorak kawasan. Seseorang yang
ingin memimpin perkumpulan yang bercorak kawasan atau daerah ini perlu memenuhi
syarat utama iaitu memiliki kepandaian yang tertentu seperti pandai bermain senjata untuk
memimpin peperangan atau mempunyai kuasa yang sakti atau ghaib yang menjadikan
pengikutnya patuh kepadanya dan tidak barani bertindak menentangnya. Walau
bagaimanapun, dalam urusan masyarakat, anggota-anggota suku sering mengadakan
perbincangan atau permesyuaratan di kalangan mereka tentang kerja-kerja yang dilakukan,
sementara pekerjaan mereka dilaksanakan dengan cara gotong-royong.

Sistem Pemerintahan

Menurut Koentjaraningrat bermula daripada organisasi-organisasi desa, suku-suku


yang kecil itu berkembang menjadi sebuah negara melalui penaklukan oleh salah satu
persekutuan kelompok-kelompok yang kecil. Kumpulan yang menang menggunakan tenaga
tawanan mereka untuk dijadikan buruh paksa atau hamba. Maka dengan itu timbullah satu
sistem kenegaraan dengan golongan yang menang memegang kuasa dan menikmati faedah
yang lebih daripada masyarakat. Sistem pemerintahan seperti yang tersebut diatur amat
rapi sehingga orang yang ditakluk tidak dapat memberontak menentang mereka yang
berkuasa melalui penanaman kepercayaan tentang kekuasaan luar biasa yang dimiliki oleh
golongan pemerintah dan hukuman berat yang dikenakan terhadap orang yang menentang.
Dalam sistem pemerintahan yang terawal diadakan pasukan tentera yang bertujuan untuk

22
MELAYU BARU MELAYU LAMA

menakluki kawasan yang lain dan meluaskan daerah kekuasaannya. Pasukan tentera itu
dikerah daripada rakyat biasa, sedangkan keluarga para pemimpin menjadi golongan
bangsawan dan raja merupakan pemimpin tertinggi yang mempunyai kekuasaan mutlak dan
memiliki kewangan yang banyak. Istana raja menjadi pusat pendidikan dan budaya untuk
melatih pemimpin dan pentadbir negara.

Dengan itu, struktur organisasi politik melayu tradisional itu bermula dari desa dan
kampung, kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya menjadi negeri.
Ketua kampung merupakan pemimpin yang terkecil. Pembesar-pembesar menjadi
pemimpin pada peringkat daerah atau jajahan dan raja menjadi pemimpin atau ketua
organsasi politik pada peringkat negeri. Pusat pemerintahan negeri adalah di bandar-bandar
yang terletak di kuala-kuala sungai yang mudah dihubungi melalui sungai atau lautan.
Kedudukan pusat pemerintahan di kuala-kuala sungai bertujuan membolehkan raja
mengawasi orang ramai yang keluar masuk di dalam negerinya bagi menjamin keselamatan
dan pertahanan daripada musuh. Di samping itu, kedudukan tersebut juga memudahkannya
mengutip cukai yang menjadi sumber kewangan negara yang terpenting. Jajahan atau
daerah merupakan unit pentadbiran di dalam negara yang diketuai oleh pembesar negeri.
Jajahan yang bersempadan dengan sungai-sungai yang menjadi jalan perhubungan yang
penting. Oleh sebab sistem perhubungan yang sukar dengan jajahan-jajahan dalam negara,
maka pembesar-pembesar daerah menjadi amat berkuasa di daerah masing-masing.

Menurut Ralph Linton, organisasi politik penduduk alam melayu sebelum


dipengaruhi oleh peradaban luar merupakan unit-unit politik yang kecil pada peringkat desa
yang diketuai oleh pemimpin mereka yang bernama penghulu. Sering kali permasalahan
pentadbiran pada peringkat desa tersebut dibincangkan melalui permesyuaratan di
kalangan anggotanya terutama di kalangan ahli-ahli yang sudah tua. Pada peringkat unit
yang terkecil itu penduduk-penduduknya biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang
mempunyai pertalian darah atau berasal daripada suku yang sama. Wertheim pula
berpendapat bahawa ciri organisasi politik tradisional di daerah alam melayu pada peringkat
awal terbahagi kepada tiga jenis seperti berikut:

23
MELAYU BARU MELAYU LAMA

1. Di daerah-daerah di mana terdapat penanaman padi yang menjadi asas


kehidupan atau sumber rezeki penduduknya, maka sistem politiknya adalah
bercorak sistem beraja yang berpusatkan sistem pentadbiran di istana atau
keraton yang dikelilingi oleh perkampungan petani yang bekerja di sawah.
2. Unit politik melayu tradisional yang kedua bercorak sebuah negara kota yang
kebanyakannya terletak dipesisir pantai di seluruh kepulauan melayu. Bentuk
negara kota ini diketuai oleh seorang raja dan sumber rezeki dan kewangan
penduduknya bergantung kepada aktiviti perdagangan.
3. Unit politik melayu tradisional yang lain ialah dalam bentuk negara-negara
kecil yang berpusat di pedalaman yang mengandungi rakyat yang melakukan
aktiviti perekonomiannya melalui penanaman padi huma.

Pengaruh Hindu

Apabila pengaruh Hindu-Buddha mulai memasuki alam melayu organisasi politik


pada awal masihi, mulai berkembang daripada bantuan penguasaan bagi satu kawasan yang
kecil kepada sebuah organisasi politik yang besar dan menguasai jajahan yang luas. Sistem
pentadbiran politik Hindu telah dipinjam oleh orang melayu dan dilaksanakan setelah
dilakukan berbagai-bagai penyesuaian. Ketua negara yang memimpin kerajaan dipanggil raja
iaitu istilah yang dipinjam daripada bahasa sanskrit. Konsep raja yang berkembang dalam
masyarakat melayu adalah sebagai pemimpin kerajaan. Di samping itu, raja juga dikatakan
berketurunan daripada dewa-dewa.

Raja-raja seperti yang disebut dalam Hikayat Pendawa Lima (karya saduran daripada
Kitab Mahabrata) dikatakan sebagai berketurunan daripada dewa-dewa atau tuhan-tuhan
yang dipanggil devaraja. Sistem politik yang menerima pengaruh Hindu memberi kedudukan
yang tinggi kepada raja sehingga mempunyai kekuasaan mutlak tanpa boleh dipersoalkan
lagi. Dalam sistem politik pengaruh Hindu ini raja dianggap sebagai berdarah dewa atau
penjelmaan dewa dari kayangan. Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka
raja-raja di Pulau Jawa telah mendirikan istana mereka di tempat-tempat yang tinggi seperti
kerajaan Sailendra (gunung) kerana dipercayai bahawa syurga terletak di atas gunung.

24
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sistem perlantikan raja dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan adalah berdasarkan


keturunan. Raja-raja hanya dipilih daripada putera yang dipanggil gahara iaitu putera raja
daripada permaisurinya yang sah. Sementara pegawai-pegawai tinggi kerajaan juga dilantik
berdasarkan keturunan seperti jawatan bendahara yang bersamaan dengan perdana
menteri. Selain itu, perlantikan orang besar untuk membantu perjalanan pentadbiran
negara pula adalah berdasarkan sistem astrologi Hindu seperti orang besar berempat, orang
besar lapan, orang besar enam belas, orang besar tiga puluh dua sebagaimana yang
diamalkan di negeri Perak dan Pahang hingga ke hari ini.

Zaman Islam

Selepas raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan telah disesuaikan
dengan agama Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan.
Beberapa perubahan telah dilakukan, misalnya gelaran Sri Maharaja yang dipakai dalam
kerajaan Sriwijaya telah diubah kepada gelaran sultan seperti yang digunakan oleh raja-raja
Islam di India dan di Asia Barat. Pemikiran Hindu yang beranggapan bahawa raja sebagai
berketurunan daripada dewa (devaraja) telah dihapuskan. Sebagai gantinya sultan dikatakan
sebagai berasal dari keturunan pahlawan Islam, iaitu Zulkarnain dan sultan itu sebagai
bayangan tuhan di atas muka bumi (Zillullah Fil alam). Untuk mengekalkan sifat
keistimewaan sultan sebagai pemerintah maka ditonjolkan kepercayaan bahawa sultan itu
mempunyai kuasa yang luar biasa yang dipanggil sebagai daulat. Seorang yang melakukan
kesalahan kepada raja seperti tidak bertutur dengan menggunakan bahasa raja di
hadapannya akan mendapat tulah (kecelakaan) akibat daripada kekuasaan daulat yang
dimiliki oleh setiap sultan itu.
Dalam menjalankan pentadbiran negara, sultan masih mengekalkan sistem politik
yang lama yang mengandungi pengaruh kebudayaan Hindu. Sultan dibantu dalam
menjalankan pemerintahannya oleh orang-orang besar yang menjadi pegawai-pegawai
tinggi yang dilantik oleh sultan menurut sistem yang lama. Misalnya bendahara masih
menjalankan tugasnya sebagai perdana menteri seperti dalam sistem kesultanan melayu
Melaka. Sistem politik melayu tradisional adalah berbentuk piramid. Raja diletakkan di atas
puncak dan diikuti oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada keluarga diraja, diikuti
pada peringkat bawahan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang lain, sementara golongan

25
MELAYU BARU MELAYU LAMA

rakyat jelata terletak pada peringkat paling rendah. Sistem pentadbiran seperti ini adalah
bercorak sistem feudal kerana sistem ini membahagikan golongan-golongan rakyat di dalam
negara mengikut susun lapis yang tertentu.

Pendidikan Melayu Lama

Sebelum perkembangan pengaruh peradaban luar di alam melayu, orang melayu


mempunyai sistem pendidikan dan pengajaran mereka sendiri yang bercorak informal dan
formal. Sistem pendidikan yang tidak formal berlaku dalam peringkat keluarga yang
mengajar nilai-nilai budaya masyarakat tradisional melalui tradisi cerita-cerita lisan. Kanak-
kanak juga mempelajari segala pantang larang, adat istiadat dan adab kesopanan melalui
proses sosialisasi. Salah satu media pendidikan yang berkembang dalam masyarakat melayu
tradisional ialah melalui institusi bercerita atau sastera lisan. Cerita-cerita lisan dituturkan
kepada anak-anak secara perseorangan atau perkumpulan oleh orang dewasa sebagai
memainkan peranan dalam pendidikan budi dan tatasusila. Pendidikan melalui bercerita
merupakan cara pendidikan yang paling berkesan kepada kanak-kanak. Pendidikan bentuk
ini masih diteruskan hingga ke zaman moden ini. Cerita-cerita lisan ini memainkan peranan
yang penting untuk pendidikan anak-anak dalam masyarakat melayu tradisional.

Selain itu, masyarakat melayu tradisional juga menyampaikan pendidikan melalui


peribahasa, pantun, teka-teki dan lain-lain. Jila kita mengkaji segala puisi melayu lama akan
temui unsur-unsur pengajaran dan falsafah pendidikan untuk memberi pendidikan secara
informal khususnya kepada orang muda yang tidak berpengalaman. Pendidikan bercorak
formal dalam masyarakat melayu pula berlaku dalam bentuk mempelajari seni
mempertahankan diri seperti permainan silat dan teknik peperangan. Sistem pendidikan
seperti ini bercorak sistematik dengan mempelajari ilmu daripada guru-guru yang ahli dalam
bidang ini dan dikenakan pula syarat dan keperluan yang tertentu. Pengajian yang bercorak
separuh formal juga berlaku dalam mempelajari berbagai-bagai cabang seni termasuk
kemahiran dalam pertukangan. Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu dalam bidang-bidang
seperti ini biasanya diperturunkan kepada ahli keluarga sahaja. Pengajian yang bercorak
separuh informal juga diamalkan dalam mempelajari ilmu perubatan atau perbomohan
serta berbagai-bagai kepakaran yang lain.

26
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Zaman Hindu

Pada zaman Hindu-Buddha, bidang ilmu pengetahuan hanya dimonopoli oleh


keraton kerana golongan bangsawan khususnya raja-raja dianggap sebagai penjelmaan
dewa-dewa. Kebijaksanaan yang mereka miliki membolehkan mereka memerintah negeri
dan menguasai ilmu kependetaan. Dongeng-dongeng daripada kebudayaan Hindu langsung
tidak membicarakan kehidupan rakyat jelata tetapi hanya memberi penekanan kepada
golongan bangsawan yang didakwa sebagai golongan istimewa yang mempunyai hubungan
keturunan dengan dewa-dewa dari alam kayangan. Akibat daripada sistem agama tersebut
maka golongan raja dan kaum bangsawan sahaja diberikan pendidikan demi membolehkan
mereka memerintah negeri dan menjalankan pentadbiran negara. Oleh itu, pendidikan
formal diadakan di istana atau keraton. Pendidikan ini diberi oleh guru yang ditugas khas
untuk menyampaikan pengajaran kepada bakal-bakal pemerintah dan pegawai-pegawai
negeri.

Zaman Islam

Kedatangan Islam ke alam melayu membuka lembaran baru dalam penyebaran ilmu
pengetahuan. Sistem pendidikan yang bercorak formal mulai berkembang dengan pesatnya
pada zaman ini di kalangan rakyat biasa dan juga golongan bangsawan. Sistem pendidikan
ini lebih bercorak keagamaan. Antaranya seperti pengajian di rumah khusus untuk
mempelajari bacaan al-Quran, institusi pendidikan masjid dan surau yang penting untuk
menyebarkan ilmu pengetahuan agama Islam, institusi pendidikan madrasah atau pondok
yang merupakan perkembangan daripada sistem pendidikan di masjid atau surau, pengajian
di Mekah yang merupakan lanjutan daripada pengajian di peringkat sekolah pondok dalam
masyarakat melayu tradisional dan pendidikan di istana.

Sistem Ekonomi Melayu Lama

27
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Masyarakat melayu lama mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Penempatan dan
kegiatan ekonomi orang melayu pada umumnya terletak di kawasan tanah yang subur
seperti di tepi sungai dan di pinggir laut. Usaha ekonomi cukup hidup atau ekonomi sara diri
hanya setakat untuk keperluan penggunaan peribadi dan keluarga. Lebihan pula ditukarkan
untuk mendapatkan barang keperluan yang tidak dapat mereka hasilkan sendiri. Sistem
ekonomi sara diri tidak menggunakan teknologi moden. Tenaga ahli keluarga adalah penting
dari peringkat penanaman sehingga ke peringkat pengeluaran. Unit keluarga merupakan
unit pengelur dan unit pengguna. Keluarga bukan sahaja merupakan unit sosial tetapi juga
unit ekonomi. Masyarakat melayu tradisional adalah masyarakat pertanian dan bidang
pengeluarannya bergantung kepada unit keluarga sebagai satu unit asas pengeluaran.

Dengan ini, jumlah hasil mereka bergantung kepada keluasan tanah yang dapat
diusahakan dan jumlah keperluan mereka sendiri. Dalam sistem ekonomi sara diri, telah
wujud sistem gotong-royong, berderau atau bentuk kerjasama yang lain. Institusi kerjasama
dan gotong-royong dalam masyarakat melayu tradisional mempunyai hubungan yang rapat
dengan nilai-nilai masyarakat, pertalian sosial dan ekonomi. Semua penduduk kampung
mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain dalam menjalankan satu tugas secara
bersama terutama dalam pertanian padi sawah. Masyarakat melayu tradisional yang
merupakan masyarakat agraria sudah pandai menyesuaikan diri dengan kebolehan mereka
menguasai alam bagi kepentingan penanaman padi dan perairan sawah mereka.

Nilai Etika Masyarakat Melayu Lama Selepas Kedatangan Islam

Untuk mengkaji nilai-nilai asli masyarakat melayu tradisi amatlah sukar kerana
masyarakat melayu sejak zaman silam menghadapi berbagai-bagai proses difusi dan
akultrasi, bermula dengan kebudayaan Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun,
kebudayaan Islam banyak mempengaruhi cara hidup orang melayu termasuk nilainya sekali.
Oleh yang demikian, sukar sekali untuk menentukan yang manakah nilai-nilai melayu tradisi.
Antara sumber yang dapat menyingkap kembali nilai-nilai masyarakat melayu tradisi ialah
daripada warisan kesusasteraan melayu lama. Seperti yang diperkatakan kesusasteraan
mencerminkan masyarakat yang melahirkannya.

28
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Untuk melihat nilai-nilai asal masyarakat melayu tradisi, kesusasteraan rakyat


merupakan pengucapan kesusasteraan orang-orang melayu yang terawal. Dalam
masyarakat melayu, nilai berbudi dan berbahasa dianggap suatu nilai yang disanjung tinggi.
Sifat berbudi dan berbahasa dianggap ukuran ketinggian peribadi. Berbudi dan berbahasa
adalah sifat yang dimiliki oleh seseorang yang pandai mengguna tutur katanya dengan
sempurna dan melayan tetamu dengan baik. Pantun dan peribahasa melayu sering
mengungkap sifat yang terpuji ini. Contoh-contoh nilai berbudi dan berbahasa adalah
seperti nilai budi, niai rendah diri, nilai pemurah, nlai kebenaran, nilai kesabaran dan banyak
lagi.

Contoh pantun nilai berbudi dan berbahasa:

Makan sirih berpinang tidak


Pinang ada dari Melaka
Makan sirih mengenyang tidak
Sebab budi dengan bahasa.

Yang kurik ialah kundi


Yang merah ialah saga
Yang baik ialah budi
Yang indah ialah bahasa.

Orang berbudi kita berbahasa


Orang memberi kita merasa.

Pucuk pauh sedang terjela


Penjuluk bunga gelundi
Agar jauh silang sengketa
Perhalus bahasa dan budi.

29
MELAYU BARU MELAYU LAMA

MELAYU BARU

Kepercayaan dan Agama Melayu Baru

Pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi negara dalam Perlembagaan Persekutuan


telah memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan Islam di Malaysia. Hampir semua
masyarakat melayu kini telah menganuti agama Islam kerana di atas pengiktirafan tersebut.
Berbeza dengan sistem kepercayaan dan agama yang diikuti oleh masyarakat melayu lama
yang mempercayai kepada kepercayaan animisme iaitu mempercayai kepada alam
sekeliling. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat melayu sekarang masih
mempercayai kepada alam sekeliling tetapi hanya ada sesetengah sahaja yang masih
mempercayai perkara-perkara karut tersebut. Hal ini kerana telah banyak penerapan Islam
yang telah diberikan dalam pelbagai aspek dan telah wujud satu konsep Islam iaitu Islam
Hadhari.

Konsep dan Falsafah Islam Hadhari

Islam hadhari telah digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu
Khaldun dalam kitab agungnya al-Muqaddimah dan pemikir al-Jazair, iaitu Malik Bennabi
yang cenderung menggunakan istilah hadhara yang mempunyai maksud hampir sama
dengan keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Islam
hadhari merupakan satu pendekatan Islam yang syumul atau komprehensif yang memberi
penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh yang berupaya
menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa melayu,
khususnya dan umat Islam, amnya. Islam Hadhari menjadikan warisan dan tamadun Islam
yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong
kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang
kehidupan. Justeru, Islam Hadhari merupakan satu kerangka dasar nasional yang akan
dijadikan asas perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju

30
MELAYU BARU MELAYU LAMA

menjelang tahun 2020. Oleh itu, wawasan 2020 yang telah dijadikan matlamat negara
selama ini harus berpaksikan pendekatan Islam Hadhari.

Maksud Islam Hadhari

Islam Hadhari ialah gabungan dua perkataan bahasa Arab, iaitu ’Islam’ dan ’Hadhari’
(sifat). Perkataan ’Hadhari’ berasal daripada istilah hadharun-hadharatun (hidup di bandar)
yang membawa maksud ’membangun, maju atau bertamadun’, iaitu berlawanan dengan
perkataan badawah (’pedalaman atau kemunduran’). Bertolak daripada kata dasar tersebut,
perkataan hadharah atau hadhari boleh ditakrifkan sebagai hasil tindak balas antara
manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia
untuk memperbaiki kualiti hidup di dunia dengan mencapai keseimbangan antara rohani
dengan kebendaan mengikut keperluan dan peredaran masa. Pengertian hadharah semakin
luas bagi komuniti manusia yang jauh meninggalkan corak hidup pedalaman dan mereka
mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa
mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah atau tamadun merupakan hasil
usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi sumber alam yang ada di
sekitarnya. Tujuannya adalah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat
manusia serta menyebarluaskan faktor kebaikan dan kebahagiaan dalam kalangan manusia
sejagat.

Sebab Islam Hadhari diperkenalkan

Islam Hadhari diperkenalkan di Malaysia ketika dunia Islam dan umatnya telah
dilabelkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai masyarakat pengganas, huru-hara, miskin
dan mundur. Sebahagian besar umat Islam sendiri gagal menjadikan diri mereka sebagai
umat yang maju, membangun dan bertamadun dari pandangan masyarakat dunia. Setelah
sekian lama negara umat Islam dijajah oleh Barat, kebanyakan umat Islam masih melihat
ketamadunan Islam dari sudut akidah dan ibadah semata-mata. Mereka lebih suka
membahaskan perkara remeh-temeh yang akhirnya memecahbelahkan umat Islam itu

31
MELAYU BARU MELAYU LAMA

sendiri. Sehingga kini, tiada sebuah negara Islam pun di dunia ini yang mampu membuktikan
bahawa umat Islam ialah umat yang terbaik dan umat contoh. Antara faktor yang yang
menjadi penyebab kepada kelakuan dan kelesuan umat Islam yang amat berbeza daripada
sifat umat Islam semasa zaman kegemilangan Islam pada masa dahulu adalah seperti
berikut :

a) Ketaksuban dan kebelengguan gerakan pemikiran dan ijtihad dalam kalangan alim
ulama.
b) Perluasan pemikiran khurafat yang menyebabkan umat Islam menjadi rendah diri dan
mudah menyerah kalah. Faktor ini juga menyebabkan penyebaran fahaman yang
menyimpang daripada ajaran sebenar Islam.
c) Kegagalan menghayati dan melaksanakan panduan al-Quran berkaitan dengan
pembinaan tamadun dan tidak mendapat petunjuk daripada rahsia hakiki kegemilangan
tamadun Islam masa lalu.
d) Kecetekan dan kedangkalan umat Islam terhadap petunjuk al-Quran untuk memahami
hakikat alam, manusia dan kehidupan yang menyebabkan mereka gagal memakmurkan
dunia ini.

Walaupun Islam Hadhari menjurus pada pengamalan cara hidup Islam secara
menyeluruh, namun ini tidak bermakna kepentingan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama diabaikan sama sekali. Oleh itu, konsep Islam hadhari amat
relevan dan sesuai dipraktikkan di negara ini.

Pemikiran Melayu Baru

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, kita telah meneliti perkembangan
budaya fikir melayu dan fahaman-fahaman yang telah terbentuk dalam akhir abad ini.
Penelitian ini adalah penting kerana evolusi pemikiran melayu semasa ada kaitannya dengan
pergolakan yang wujud jauh dalam sejarah sosio intelektual melayu. Bahkan boleh
dikatakan bahawa bentuk-bentuk pemikiran yang wujud kini adalah manifestasi dan kesan
daripada pergolakan masa-masa yang baru berlalu. Kerangka pemikiran melayu telah

32
MELAYU BARU MELAYU LAMA

mengalami proses pembaratan melalui pendedahan kepada konsep sains dan falsafah
moden semenjak zaman kolonial dan berterusan sehingga negara mencapai kemerdekaan.
Proses pembudayaan tersebut bertambah giat lagi dalam program pendidikan pasca-
merdeka. Program tersebut telah berjaya melahirkan satu masyarakat melayu yang
mempunyai budaya fikir sains. Di kalangan mereka ini wujud keadaan di mana konsep sains
dan kosmologi sekular moden seolah-olah telah menggantikan kerangka idea dan kosmologi
tradisional. Nilai-nilai asas, estetik, sosial dan juga kepercayaan melayu lama digantikan
dengan kosmologi dan semiotik sains moden. Dari kelompok ini juga timbul satu fahaman
baru yang kini lebih dikenali sebagai Mahathirisme. Satu fahaman yang menjadi subur di
kalangan orang melayu kelas menengah dan atasan pada tahun-tahun 80-an dan 90-an.

Walaupun kita cenderung untuk membahagikan minda melayu sebagai berpaksi


kepada dua pola pemikiran yang ekstrem iaitu rasionalis dan tradisionalis. Mereka yang
tergolong dalam kelompok rasionalis, biasanya mereka adalah daripada kalangan kelompok
kelas menengah dan atasan, berpendidikan moden ala barat. Manakala mereka yang terdiri
daripada kelompok tradisionalis ialah daripada kalangan kelas buruh, petani dan nelayan
atau berpendidikan tradisional. Pendidikan rasionalis dicirikan oleh objektiviti, sekularisme,
empirisme dan materialisme. Pemikran rasionalis cenderung kepada pemikiran saintifik,
kualitatif dan logik tertib Aristotelian. Manakala pemikiran tradisional cenderung kepada
pemikiran magis, metafizis dan logik bebas tertib yang kabur. Namun begitu, kita telah
perhatikan bahawa gambaran sebenarnya tidaklah semudah yang disangkakan. Kita dapati
paradoks dan kontradikasi dalam sejarah perkembangan pemikiran melayu. Misalnya, di
kalangan mereka yang kononnya mewakili kelompok rasionalis masih lagi berleluasa
kepercayaan terhadap ilmu mistik dan sihir. Kita dapati tokoh-tokoh politik, terutamanya,
walaupun yang berpendidikan barat, bermain sihir. Kita hairan sekiranya ilmu mistik dan
sihir berleluasa di kalangan kelompok tradisionalis. Sebaliknya yang kita dapati ialah sering
sekali mereka yang berada dalam kelompok tradisionalis berkhidmat dan mendokong cita-
cita keduniaan material mereka dari fahaman kelompok tradisionalis. Oleh demikan,
terdapat bermacam interaksi atau kekaburan antara dua alam fikir yang dianggap sebagai
terpisah, dalam konteks yang agak aneh. Senario yang kompleks ini terserlah pada tahun-
tahun 1970-an dengan kebangkitan fahaman Islam rasionalis di kalangan pemuda terpelajar
melayu dan penubuhan badan ilmiah seperti Akademi Sains Islam (ASASI). Antara

33
MELAYU BARU MELAYU LAMA

manifestasi tersebut ialah dalam bentuk ilmiah dan usaha ”islamisasi” ilmu sains oleh para
profesional melayu berpendidikan barat dan sekular. Hal tersebut jelas merupakan paradoks
dalam sejarah budaya fikir melayu. Namun begitu, terdapat beberapa fahaman moden yang
timbul dalam kelompok rasionalis seperti Mahathirisme lebih mudah difahami.
Mahathirisme, misalnya telah mewujudkan keadaan di mana penyuburan pemikiran digital
dan orang turing melayu suatu kemungkinan yang amat mudah diwujudkan. Kontrakdiksi
dalam budaya fikir melayu yang digambarkan di atas tidak menjadi masalah besar dalam
konteks kerangka fahaman moden seperti Mahathirisme. Bahkan penyuburan kontrakdiksi
seperti itu dapat dicapai dengan efisien dalam alam fikir maya yang berteraskan konsep
digitalisasi. Dalam alam maya dunia mistik dan khayalan dengan dunia objektiviti, empiris
dan fizis sains seolah-olah wujud secara harmoni dalam dunia alam maya dan digital
perkomputeran.

Dalam alam maya dan dunia digital perkomputeran, Mahathirisme mendapati


kerangka fikir yang amat serasi, bahkan mampu mengukuhkan teras ideologi dan
fahamannya. Kerana itulah migrasi kepada pemikiran digital boleh dianggap satu langkah
yang hampir mesti. Ditambah pula dengan faktor luaran yang berkebetulan pula menjadikan
pemikiran digital dam komputesi sebagai arus perdana dunia semasa. Ditambah pula juga
dengan manifestasi teknologi dan material dengan bantuan pengiklanan ”hype” yang agresif
mempromosikan teknologi digital dan perkomputeran sebagai teknologi dan wahana
kemajuan alaf baru berjaya menambat hati sebahagian besar orang melayu. Selain itu,
pembudayaan teknologi maklumat (IT) juga telah meluaskan teknologi perkomputeran
dengan penggunaan komputer di kalangan orang awam. Pembudayaan IT bukan semata-
mata terlaksana dengan sektor-sektor awam seperti pendidikan, kesihatan, perniagaan dan
media massa yang beroperasi berteraskan teknologi perkomputeran. Pembudayaan IT juga
bererti bahawa idea pembangunan iaitu satu konsep moden yang diterima oleh orang
melayu, amnya serta objektif kesejahteraan sekelompok mungkin tercapai dalam
lingkungan waktu tertentu melalui meditasi Technology Mapping (TM). Budaya fikir individu
dan masyarakat semasa harus diselaraskan dengan pemikiran TM. Pembudayaan TM bererti
komputer digunakan secara meluas dan maksimum oleh setiap peringkat orang awam bagi
tujuan insaniah. Sektor awam menggunakan TM bagi tujuan peningkatan khidmat dan
kecekapan untuk rakyat terbawah dan terbiar. Tidak ada budaya fikir yang tidak mengalami

34
MELAYU BARU MELAYU LAMA

perubahan sama ada akibat daripada proses dalaman atau pengaruh dari luar. Budaya
melayu tidak terkecuali daripada proses dan pengaruh tersebut terutamanya yang
dicetuskan oleh idea-idea baru dan inovasi teknologi terkini.

Politik Melayu Baru

Dari sudut politik adalah diakui bahawa penjajah telah membawa unsur demokrasi
dengan memperkenalkan sistem pilihan raya barat dan persaingan bebas. Pelbagai alat
politik moden diperkenalkan kepada penduduk tempatan. Kerajaan British telah
memperkenalkan institusi pilihan raya moden dengan pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur
pada 1952 serta pilihan raya persekutuan pada 1955. Dewan perundangan secara moden
juga telah diperkenalkan oleh kerajaan British di samping proses dan pentadbirannya.
Demikian juga dalam bidang perundangan, pentadbiran awam dan pendidikan. Kontruksi di
sini tidak terbatas dari sudut sosial semata-mata tetapi juga di dalam ruang politik dan
undang-undang.

Namun pada masa yang sama dasar pecah dan perintah ini telah merenggangkan
hubungan antara kaum yang berbeza yang kemudiannya memberi kesan kepada
perkembangan politik tanah air. Kini masyarakat tradisinal juga telah mengalami
percampuran idea dan budaya, khususnya di dalam politik. Kesetiaan kepada autoriti
tradisional masih wujud namun dalam masa yang sama menerima kemasukan idea dan
amalan politik moden. Nilai-nilai tradisional tidak pupus sepenuhnya secara serentak. Dalam
kata lain, ia berada di dalam satu tahap transisi dari sifat tradisi kepada suatu bentuk yang
baru. Pendidikan moden sudah diperkenalkan, namun sebenarnya masih belum
menyeluruh. Masyarakat telah diperkenalkan dengan pendidikan asas, namun bilangan yang
ketinggalan tidak sedikit jumlahnya. Pendidikan tradisi yang sudah sebati selalunya
berorientasikan keagamaan masih kekal di dalam fikiran. Sejak sebelum merdeka media
sudah mula berkembang dengan penerbitan beberapa akhbar tempatan, namun
pengedarannya masih terbatas dan bilangan pembaca juga tergolong kepada golongan
inteligensia di bandar. Mobilisasi dan migrasi baru bermula tatapi pada kadar yang sangat
perlahan.

35
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Di dalam keadaan serba kekurangan ini, sistem politik demokrasi yang kompetitif
cuba diamalkan secara menyeluruh. Masyarakat baru ini terlalu terpengaruh dengan cara
pemerintahan bekas penjajahnya. Pilihan raya bebas telah diadakan. Persaingan dibenarkan
dan kempen serta manipulasi isu juga tidak dihalang. Media memainkan banyak peranan di
dalam melaksanakan demokrasi ini dengan menyiarkan berita tanpa tapisan. Dengan
keadaan perbezaan kaum yang ketara, maka media dengan topeng demokrasi dan hak
bersuara tidak dapat disekat dari memanipulasikan isu yang berbau perkauman. Dengan itu,
sentimen perkauman menjadi lebih hangat. Pertembungan ini tidak menghasilkan
percampuran yang baik. Sesuatu yang sesuai bagi masyarakat moden yang bersifat organik
dilaksanakan kepada masyarakat tradisional atau belum penuh matang. Bagaimanapun
masyarakat ini tidak menolak secara sepenuhnya sistem politik moden ini, sebaliknya cuba
mengamalkannya dengan kapasiti dan latar belakang yang ada. Maka terjadilah suatu
bentuk persaingan yang tidak sepenuhnya demokrasi dan tidak juga sepenuhnya tradisional.

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Baru

Bahasa adalah alat yang digunakan oleh anggota masyarakat sebagai saluran untuk
menyatakan fikiran dan perasaan. Selagi masyarakat itu berkembang, maka bahasa turut
berkembang. Selain itu, bahasa juga suatu simbol yang berfungsi sebagai wahana
perhubungan. Ia membolehkan dan melicinkan pemindahan maklumat, pertukaran makna
serta interaksi sosial antara pelaku-pelaku berkenaan. Bahasa melayu adalah bahasa
kebangsaan bagi negara Malaysia.

Cabaran Teknologi Maklumat (IT) Terhadap Bahasa

Teknologi maklumat dengan segala macam ragam dan perkakasan penyebar


maklumatnya memudahkan kita memperoleh, menyebar luas malah menguruskan
maklumat dengan canggih. Ruang kehidupan kita tidak lagi terbatas kepada ruang

36
MELAYU BARU MELAYU LAMA

tradisional iaitu berhubung secara bersemuka saja malah sudah dikuasai oleh ruang
penumpuan maklumat yang dinamakan siber ruang. Ada kemungkinan tidak lama lagi kertas
yang digunakan tidak lagi berfungsi kerana masyarakat kita sedang menuju kepada
masyarakat tanpa kertas. Ada kemungkinan masyarakat kita menjadi semakin digital.

Di pejabat, sudah ada rangkaian komputer yang digunakan kerajaan dalam usaha
memaklumatkan seluruh sektor kerajaan. Jelaslah kerajaan sedang menuju ke arah kerajaan
elektronik. Dalam dunia korporat demikian juga. Hal yang terjadi ialah revolusi yang cukup
drastik dalam semua aspek dunia korporat, misalnya dunia pengurusan yang memasuki
ruang korporat digital dan maya (virtual). Dalam bidang pemasaran, kita sudah
membicarakan malah mungkin menerapkan siber pemasaran dan mulai difikirkan mengenai
adanya jenayah siber yang memungkinkan digubal undang-undang siber.

Dunia elektronik di tanah air kita sudah mulai dimasuki konsep logik fuzi (fuzzy logic).
Begitulah hampir semua aspek kehidupan mulai diterkam oleh teknologi maklumat. Pendek
kata, berbekalkan teknologi maklumat dengan segala macam ragamnya, kita sedang
memasuki ruang kehidupan yang dinamakan ruang kehidupan maya (virtual life).

Kehadiran ruang kehidupan maya berkat munculnya teknologi maklumat


mempunyai kesan terhadap pengembangan dan pembinaan bahasa Melayu. Tegasnya
bahasa Melayu diterjah oleh kehadiran teknologi maklumat secara drastik. Kesannya dapat
dilihat terhadap beberapa aspek pengembangan dan pembinaan bahasa Melayu.

Pembinaan korpus bahasa Melayu harus menjadi bahagian malah seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat mutakhir. Dengan teknologi maklumat, bahasa Melayu
tidak lagi boleh dilihat secara konvensional. Tegasnya IT mencabar kita melihat bahasa
Melayu dalam konteks lebih proaktif dan inovatif.

Pengembangan istilah bahasa Melayu sekali gus bergerak sejajar dengan


epistemologi pengembangan teori dan pengembangan bahasa Melayu. Lebih penting

37
MELAYU BARU MELAYU LAMA

bahasa Melayu mulai terdedah kepada dunia proses pengantarabangsaan supaya mencapai
tahap bahasa antarabangsa.

Penubuhan Majlis Antarabangsa Pengembangan Bahasa Melayu (MAPBM) yang


diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini cukup signifikan untuk mengangkat martabat
bahasa Melayu ke tahap bahasa antarabangsa. MAPBM akan dikendalikan oleh sebuah
sekretariat tetap di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan pengerusi tetapnya iaitu A.
Aziz Deraman yang juga Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

MAPBM akan memanfaatkan perkembangan teknologi maklumat mutakhir untuk


mendedahkannya ke arena antarabangsa. Pada pihak lain, DBP cukup terpanggil dengan
perkembangan teknologi maklumat dalam erti kata bahawa DBP sudah ada lamannya
(homepej) tersendiri yang membawa DBP berada di Internet. Usaha pengkomputeran,
kehadiran halaman DBP dan Internet terhasil berkat kerjasama Jabatan Bahasa, Bahagian
Komputer dan Pusat Dokumentasi Melayu.

Penyediaan halaman DBP bertujuan:

• Memperkenal organisasi DBP, kegiatan serta peranannya kepada


masyarakat setempat, serantau dan antarabangsa.
• Menyebar luas maklumat kebahasaan dan sastera Melayu.

• Mempromosi penerbitan DBP, menggalakkan pembacaan di


kalangan masyarakat Malaysia khasnya dan masyarakat penutur
dan pengkaji bahasa dan budaya Melayu amnya.
• Menyediakan perkhidmatan PDM dalam talian untuk keahlian dan
untuk mengakses koleksi PDM.
• Menyebarkan maklumat kegiatan penyelidikan dalam bidang
bahasa dan sastera Melayu.

Saluran Internet bukan saja dapat memperkenalkan DBP ke peringkat antarabangsa


malah menjadi alternatif kepada pemasaran penerbitan untuk maju data pasaran yang lebih

38
MELAYU BARU MELAYU LAMA

luas. Pengumuman judul buku yang akan terbit mengikut bidang dan judul buku semasa,
judul majalah terbitan DBP, fokus artikel majalah yang akan terbit dan senarai pengedar
adalah sebahagian promosi penerbitan DBP. Pertanyaan mengenai penerbitan dan pesanan
serta Rakan Dewan-MBF yang menawarkan kemudahan diskaun buku dan majalah terbitan
DBP di samping memberi peluang kepada ahlinya menyertai kegiatan semasa anjuran DBP
turut diperkenalkan.

Pusat Dokumentasi Melayu sebagai perpustakaan yang mempunyai koleksi khusus


dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu berusaha memperluas penyebaran dan
perkhidmatan maklumat melalui Halaman DBP. Antara maklumat yang disediakan ialah
kemudahan perkhidmatan untuk pengguna, pendaftaran keahlian dan kemudahan
mengakses pangkalan data bibliografi, indeks dan direktori melalui Katalog Awam Dalam
Talian (KADT). Pengguna boleh membuat pilihan untuk mendapatkan maklumat mengenai:

• Katalog monograf dan audio visual.


• Indeks akhbar dan majalah.
• Penerbitan karya.
• Biodata.
• Persatuan (Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu).
• Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pembinaan antara muka cerian yang menghubung Halaman DBP dengan sistem
komputer PDM menggunakan perisian BRSSLOIS yang sedang dilaksanakan untuk
membolehkan pengguna mengaksesnya secara telus.

Potensi Internet memberi peluang kepada PDM memperkenalkan pembekalan


dokumen elektronik melalui rangkaian jarak jauh pada masa akan datang. Ia merangkumi
teks penuh artikel majalah terbitan DBP dan laporan penyelidikan. Perkhidmatan
pembekalan dokumen akan dapat membantu PDM memenuhi keperluan pelanggan untuk
mendapatkan bahan dengan cepat dan penyebaran dokumen yang cekap dan berkesan.
Sumbangan halaman DBP turut menambah statistik pembekalan maklumat Malaysia kepada
masyarakat setempat dan antarabangsa. Hal ini bermakna lebih banyak produk baru yang

39
MELAYU BARU MELAYU LAMA

dapat memberi nilai ekonomi kepada bahasa Melayu di samping mewujudkan produk
premium yang mampu menjana pendapatan organisasi.

Pada pihak lain DBP menghasilkan alat teknologi penyemak ejaan dan tesaurus yang
dinamakan Dewan Eja. Dewan Eja adalah perisian yang dapat membantu pengguna
komputer menyemak ejaan atau mencari perkataan sinonim. Dewan Eja dapat mengesan
kesilapan ejaan yang dalam surat, esei, laporan dan sebagainya dan mencadangkan
perkataan yang betul.

Dewan Eja menggunakan dua sumber utama yang berwibawa iaitu Kamus Dewan
dan Tesaurus Umum Bahasa Melayu. Kedua-dua buku itu diterbitkan oleh DBP. Perisian
hasil gabungan teknologi dan budaya itu mempunyai keistimewaan khas kerana ia dapat
berinteraksi dengan beberapa pemproses perkataan yang lain digunakan iaitu Microsoft,
Word, Corel, WordPerfect mahupun Lotus Ami Pro.

Pendidikan Melayu Baru

Mengimbau sejarah pendidikan seabad yang lalu, kita tidak dapat lari untuk
membuat kesimpulan bahawa tidak ada elemen lain yang lebih layak yang boleh
bertanggungjawab untuk memacu perkembangan negara sehingga menjadi seperti apa yang
kita nikmati sekarang.

Pendidikan bertanggungjawab menyatupadukan tiga rumpun bangsa di negara ini


yang ketika awal penubuhan Malaysia, seolah-olah mahu membawa haluan masing-masing.
Bangsa Melayu ketika itu tebal dengan sifat prejudisnya yang begitu takut pendidikan akan
menyebabkan anak-anak mereka berfikiran sekular. Menarik juga jika dilihat pemikiran
masyarakat Melayu terhadap pendidikan terutamanya terhadap anak-anak perempuan
mereka, seperti mana yang dinyatakan dalam laporan tahunan seorang pegawai British, F.J.
Morten pada 1935 iaitu :
Ibu bapa Melayu menganggap bahawa pengetahuan menulis dan membaca itu akan
menggalakkan penulisan surat cinta dan berlaku percintaan rahsia...,". Malah, bangsa
Melayu ketika itu juga menolak pendidikan yang cuba diberikan oleh penjajah kerana

40
MELAYU BARU MELAYU LAMA

cemburukan kehilangan tenaga perkhidmatan anak-anak mereka di rumah. Elemen


pendidikan bagi masyarakat Melayu ketika itu lebih tertumpu kepada mendalamkan ilmu
agama di sekolah-sekolah pondok dan sekolah agama Madrasah.

Bagaimanapun, masyarakat Cina menampakkan minat yang lebih tinggi terhadap


pendidikan. Kedatangan mereka secara beramai-ramai pada pertengahan abad ke 19
hinggalah menjelang 1940 memberikan minat kepada bangsa ini melalui orang
perseorangan yang kaya dan persatuan-persatuan menubuhkan sekolah-sekolah vernakular
Cina. Langkah ini adalah bagi memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa mereka di
negara ini. Justeru, kurikulum sekolah-sekolah Cina ini adalah berkiblatkan Tanah Besar
Cina. Malah buku teks dan guru-guru juga didatangkan dari negara China. Murid-murid
sekolah Cina diajar bahan-bahan klasik secara hafalan, mengira dengan sempoa dan tulisan
Cina.

Bagi masyarakat Tamil pula, kemasukan buruh-buruh India secara beramai-ramai di


antara pertengahan abad ke 19 hingga Perang Dunia Kedua di ladang-ladang kopi, gula,
kelapa dan getah telah menyebabkan kewujudan sekolah-sekolah Tamil di kawasan ini.
Malangnya, bilangan murid-murid di sekolah Tamil amatlah rendah kerana kekurangan
infrastruktur, sikap tidak mementingkan pelajaran di kalangan masyarakat India ketika itu
dan kesan tarikan sekolah Inggeris di bandar-bandar.

Bangsa Inggeris sebagai penjajah ketika itu pula membawa haluannya sendiri dengan
menubuhkan sekolah Inggeris yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar. Kurikulum sekolah Inggeris mementingkan akademik dan persediaan
untuk peperiksaan 'Cambridge Overseas School Certificate'. Mata pelajaran yang diajar ialah
Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan
Jasmani dan Lukisan. Perkembangan pendidikan sehingga peringkat ini tidak banyak
melibatkan campur tangan penjajah. Pihak penjajah dalam usaha tidak mahu mewujudkan
penyatuan di antara kaum di negara ini, telah mengamalkan dasar 'laissez-faire' di dalam
bidang pendidikan. Dasar ini telah mewujudkan lima jenis persekolahan dalam zaman
pemerintahan penjajah. Lima sekolah itu ialah Sekolah Vernakular Melayu, Vernakular Cina,

41
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Vernakular Cina, Vernakular Tamil, Sekolah Inggeris dan Sekolah Agama Madrasah.
(Vernakular bermaksud bahasa pengantar bahasa ibunda).
Perubahan

Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945
hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik
tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita laksana kini. Selepas tamat Perang Dunia
Kedua pada tabun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik
serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan
dan sikap kaum. Prinsip penjajah yang terlalu longgar dalam dasar pendidikannya telah
menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh pendakwah Kristian, sekolah vernakular
Cina oleh masyarakat Cina dan sekolah Vernakular Tamil oleh pemilik ladang kopi dan getah.
Apa yang berlaku ini membayangkan betapa penjajah sememangnya tidak mempunyai
objektif dalam bidang pendidikan di negara ini. Semuanya adalah sekadar memenuhi
tuntutan dan desakan daripada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk kepentingan
peribadi kaum yang diwakili, tanpa memikirkan kepentingan bersama.

Bagaimanapun, pendidikan di tanah air mengalami zaman malapnya semasa


pendudukan Jepun di negara ini dari tahun 1941 hingga 1946. Ketika ini, banyak sekolah
telah ditutup dan sekolah ketika itu menjadi alat propaganda Jepun untuk menaburkan
benih-benih kebencian kepada bangsa Inggeris dan sebaliknya menghormati bangsa Jepun.
Selama tiga setengah tahun Jepun menduduki Malaya, pemerintahan Jepun ala tentera
turut memberikan kesan kepada perkembangan sekolah di tanah air pada masa itu. Kesan
paling ketara ialah dari segi bilangan murid ke sekolah yang begitu merosot sekali.
Memandangkan kebanyakan sekolah digunakan sebagai tempat perlindungan semasa
serangan Jepun, kebanyakan sekolah mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat
digunakan untuk tujuan pengajaran. Keadaan huru hara negara ketika penjajahan Jepun
juga menyebabkan tiadanya kurikulum baru diperkenalkan dan guru terus mengajar
berpandukan kurikulum lama dan yang wajib diajar di semua sekolah ialah bahasa Jepun.

Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945
hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik

42
MELAYU BARU MELAYU LAMA

tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita laksanakan kini. Selepas tamat Perang Dunia
Kedua pada tahun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik
serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan
dan sikap kaum pendatang di Malaya ketika itu. Orang Melayu pula telah mula sedar peri
mustahaknya pendidikan moden dan sekular bagi meningkatkan kedudukan ekonomi dan
sosial mereka. Ini menjadikan orang Melayu mula meminta kerajaan Inggeris membaiki
keadaan pendidikan di sekolah Melayu dan meluaskan peluang pendidikan untuk anak-anak
Melayu. Keadaan ini mendorong kepada penubuhan sebuah jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang ditugaskan untuk menyemak dan membaiki keadaan
pendidikan untuk orang Melayu.

Laporan Barnes kemudian disusuli Laporan Fenn-Wu untuk mengkaji masalah


pendidikan Cina. Laporan-laporan ini bolehlah dilihat sebagai satu usaha untuk menukarkan
sistem pelajaran penjajah kepada sistem pelajaran kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952
yang dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa mengkaji kedua-dua laporan tersebut. Laporan
Razak yang dihasilkan pada 1956 seterusnya dibentuk bagi menghasilkan sebuah dasar
pendidikan yang komprehensif bagi Malaya yang merdeka dan laporan ini seterusnya
menjadi tulang belakang kepada dasar pendidikan negara sehingga kini. Cadangan Laporan
Razak ini dijadikan asas untuk penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang
termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya, Penyata Rahman Talib, 1960 boleh
disifatkan sebagai pelaksana penyata Razak. Antara pembaharuan-pembaharuan yang
diperkenalkan dalam sebuah sistem pendidikan negara yang merdeka ialah peperiksaan
penilaian Darjah Lima, Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Malaysian Certificate of Education
(MCE), 'Higher School Certificate (HSC).

Sejak merdeka sehingga tahun 1960, corak dan struktur sistem pendidikan di
Semenanjung adalah mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Razak (1956) dan
Ordinan Pelajaran (1957). Bagi Sabah dan Sarawak pula, corak dan struktur sistem
pendidikan adalah mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Woodhead (1955)
sehinggalah kedua-dua negeri itu bergabung dalam Malaysia pada 1963. Corak dan struktur
pendidikan di Semenanjung mengalami perubahan besar selepas Laporan Rahman Talib
(1960) diusulkan dan Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan khususnya di Semenanjung. Unsur

43
MELAYU BARU MELAYU LAMA

dasar besar dalam laporan Rahman Talib yang menjadi asas sehingga kini ialah pendidikan
sejagat percuma untuk semua jenis sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan, had
umur berhenti dinaikkan dari umur murid 12 tahun kepada umur murid 15 tahun.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia dalam tahun-tahun


1960-an memerlukan ramai tenaga kerja terlatih dalam berbagai-bagai bidang, khususnya
dalam bidang perkhidmatan sosial dan ekonomi. Jawatankuasa Perancangan Pelajaran
Tinggi 1967 ditubuhkan bagi mengenal pasti keperluan tenaga kerja ikhtisas dan separa
ikhtisas yang perlu diberi perhatian. Hasilnya, beberapa IPT ditubuhkan seperti Institut
Teknologi Mara (ITM) (1967), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969), Politeknik Ungku Omar
(1969), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) dan
Universiti Pertanian Malaysia (1971). Seterusnya, dari tahun 1970 hingga 1990, pendidikan
di negara ini boleh dikategorikan sebagai era penyusunan semula sistem pendidikan negara.
Tumpuan khususnya diberikan kepada reformasi yang menyeluruh dalam sistem pendidikan
bagi membina sebuah masyarakat yang bersatu padu.

Satu perubahan penting dalam pendidikan era 70-an atau era Dasar Ekonomi Baru
(DEB) ini ialah apabila Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran
dikemukakan pada November 1979. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri
Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mendapat berbagai-bagai
kelemahan dalam sistem pendidikan yang sepanjang tahun. Hasilnya, jawatankuasa
memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan aspek 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira pada KBSM diteruskan di peringkat menengah dengan
pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dimulakan.

Tidak sahaja pendidikan di peringkat asas diberi perhatian, tahun 1970 hingga 80
menyaksikan perkembangan pesat pendidikan tinggi dengan penubuhan beberapa universiti
iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadikan bilangan universiti kepada lima buah
termasuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pertambahan universiti ini

44
MELAYU BARU MELAYU LAMA

adalah ekoran permintaan mendesak pelajar lulusan sekolah menengah aliran Melayu yang
lulusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan dengan cara amalan kuota pelajar bumiputera.
Pada tahun 1980-an pula, dua buah universiti lagi ditubuhkan iaitu UIA (1983) dan Universiti
Utara Malaysia (UUM) (1984).

Perkembangan rancak pendidikan dalam angka masa 20 tahun (1970 hingga 1990)
bolehlah dianggap sebagai zaman pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan bagi
mencapai hasrat pendidikan yang berkualiti dan kemajuan dalam bidang ekonomi dan
sosial. Tahun 1990 pula menyaksikan pendidikan negara memasuki era global dengan
pelbagai anjakan paradigma untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih relevan
dengan tuntutan dan keperluan semasa.

Kurikulum futuristik yang diperkenalkan pada tahun 1996 umpamanya diperkenalkan


di peringkat sekolah bagi mewujudkan satu matlamat pendidikan yang tidak semata-mata
berorientasikan peperiksaan. Sebaliknya, kurikulum futuristik ini akan memasukkan unsur-
unsur kreatif, pemikiran literal, rasional dan kreatif dalam peperiksaan. Kurikulum ini akan
berorientasikan pelajar dan bukan lagi guru. Konsep futuristik ini juga telah menggerakkan
penubuhan konsep Sekolah Bestari yang bermula secara rasmi pada tahun ini. Sekolah
Bestari merupakan persediaan negara ke arah pendidikan alaf baru yang akan
memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat (IT).

Konsep pendidikan terbuka juga menjadi antara asas pendidikan era 90-an.
Pendidikan terbuka menitikberatkan pemikiran kreatif, kritikal serta kebebasan bersuara di
kalangan pelajar. Konsep pendidikan terbuka ini juga membawa bersamanya penjanaan dan
pembudayaan ilmu tulen dan juga prinsip ilmu merentasi disiplin. Konsep pendidikan
terbuka ini menyaksikan pendidikan tinggi di universiti-universiti awam mengamalkan
sistem pendidikan terbuka ini dengan membenarkan pelajarnya mengambil subjek-subjek di
luar disiplin pengajiannya.

45
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Lonjakan perubahan dalam era pendidikan terutamanya pendidikan tinggi di negara


ini semakin ketara dengan kelulusan lima akta baru pada 1995 dan 1996. Akta-akta tersebut
ialah Akta Pendidikan 1995, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Akta Universiti dan
Kolej Universiti (1995), Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) dan Akta Lembaga
Akreditasi Negara. Lulusnya akta ini terutamanya Akta Pendidikan Tinggi dan AUKU juga
membawa satu dimensi baru kepada era pengurusan dan pentadbiran universiti awam di
negara ini. Buat pertama kalinya bermula 1996, semua pengurusan universiti awam
termasuk Institut Teknologi Mara (ITM) dikorporatkan. Sementara itu, Akta IPTS dan juga
LAN serta sokongan sasaran kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi
kecemerlangan pendidikan di rantau ini membuka lembaran baru dalam pendidikan tinggi.
Pintu pendidikan kini semakin luas terbuka bukan sahaja kepada rakyat di negara ini, tetapi
juga kepada rakyat asing. Penubuhan lebih 500 IPTS dan juga tujuh universiti swasta di
negara ini serta penubuhan universiti-universiti cawangan di negara ini secara terus
menjadikan negara ini pilihan pelajar daripada luar negara terutamanya daripada negara-
negara Asia untuk melanjutkan pelajaran ke negara ini.

Pendidikan negara seabad yang lalu iaitu daripada sebuah sistem pendidikan yang
hanya berasaskan kepentingan kaum, kini telah melangkah jauh kepada satu sistem yang
mampu membawa negara dan juga bangsanya ke arena global.

Ekonomi Melayu Baru

Sistem Residen yang diperkenalkan oleh penjajah British di negeri-negeri melayu


menjelang akhir abad ke-19 bukan sahaja menandakan permulaan perubahan dari segi
politik, malah juga melibatkan bidang ekonomi dan sosial. Langkah tersebut berjaya
memulihkan kekacauan yang tercetus akibat perebutan kuasa dalam kalangan pembesar
melayu dan pergaduhan antara kongsi gelap. Perubahan tersebut telah mewujudkan satu
suasana yang membolehkan ekonomi tanah melayu berkembang dengan pesat dan
seterusnya memberi peluang kepada British untuk mengubah ekonomi Tanah Melayu
daripada kegiatan pertanian sara diri kepada kegiatan ekonomi yang bercorak komersial
secara beransur-ansur. Selain mendapat modal tempatan daripada golongan saudagar di
Negeri-negeri Selat, pihak British juga membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan

46
MELAYU BARU MELAYU LAMA

dalam sektor ekonomi yang sedang berkembang seperti perlombongan dan perladangan
bagi tujuan eksport.

Perkembangan yang berlaku di peringkat antarabangsa seperti keperluan


memperoleh bahan mentah oleh negara perindustrian di Barat, pengggunaan kapal wap
yang mengurangkan masa pelayaran serta pembukaan terusan suez yang memendekkan
jarak dan masa pelayaran turut mempengaruhi perubahan ekonomi di Tanah Melayu.
Kedudukan negeri-negeri melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah menarik minat
kuasa Barat, khususnya pihak British untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri-negeri
melayu. Usaha ini diperkukuhkan oleh kesediaan sultan atau raja dan para pembesar untuk
membina pengaruh dan teknologi dari luar. Perkembangan ini membawa kepada
pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah serta penemuan beberapa
sumber galian yang lain seperti emas, arang batu, bauksit dan bijih besi. Pada masa yang
sama, berlaku kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran, terutama dari China dan
India untuk bekerja dalam sektor perlombongan dan perladangan.
Walaupun ekonomi Tanah Melayu berkembang dengan pesat, namun penjajah
British terus membiarkan orang melayu kekal dalam kegiatan pertanian bercorak tradisional
tanpa diberi peluang untuk diserapkan dalam kegiatan ekonomi moden seperti sektor
perlombongan dan perladangan. Penjajah British lebih mementingkan jaminan supaya
jentera ekonomi dapat bergerak dengan cekap dan teratur. Mereka merasakan struktur
masyarakat melayu yang sedia ada tidak perlu diganggu. Akibat dasar ini, orang melayu
terus terpisah daripada arus kepesatan ekonomi yang sedang berlaku. Dasar ’pecah dan
perintah’ penjajah ini telah membentuk kawasan petempatan yang berasingan antara
ketiga-tiga kaum yang utama. Sebahagian besar orang melayu kekal dengan kegiatan
ekonomi di luar bandar sebagai petani dan nelayan. Orang cina yang tertumpu di kawasan
bandar menjadi peniaga dan pelombong, manakala orang India yang menetap di ladang
getah bekerja sebagai penoreh getah. Melalui dasar ini, kaum bukan melayu dapat
melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi moden. Keadaan ekonomi moden
berkembang pesat di kawasan bandar, lombong, ladang dan kawasan perdagangan dan
pada masa yang sama, ekonomi tradisional dan sara diri turut berkembang pesat di kawasan
luar bandar.

47
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Sistem Perbankan dan Insurans Islam

Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengembangkan sistem ekonomi


Islam melalui institusi-institusi kewangan Islam dengan fungsi dan peranan tersendiri.
Institusi-institusi kewangan Islam seperti Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Muamalat
Malaysia Berhad telah diperkenalkan. Sistem perbankan Islam boleh didefinisikan sebagai
satu sistem perbankan yang menjalankan operasi berlandaskan hukum syarak. Penubuhan
sistem perbankan ini telah menunjukkan bahawa melayu baru sekarang telah maju dan
penerapan Islam dalam bidang ekonomi telah meningkat.

Nilai-nilai Melayu baru

Masyarakat Melayu di seluruh dunia Melayu sudah semakin terdedah dan dirempuh
oleh nilai-nilai hidup dari luar merata dunia. Tanpa kekuatan minda dan ilmu yang kental
serta sistem nilai diri yang utuh, rempuhan nilai-nilai pelbagai arah yang saling bercanggah
ini menyebabkan kita mengalami krisis kekeliruan nilai. Generasi muda Melayu memerlukan
panduan dan pemupukan nilai yang lebih jelas Membina Minda dan Budaya Melayu Baru
dan teratur, sama ada dari institusi keluarga, sekolah atau pertubuhan sosial yang lain.
Lantas, inilah salah satu punca rentetan masalah sosial yang dihadapi masyarakat. Sistem
nilai dan penilaian kita perlu dibetulkan.
Selain penekanan pada nilai ilmu, perlu juga kita mengenal pasti nilai-nilai murni
Melayu yang progresif untuk pembinaan budaya seterusnya. Jika diteliti, nilai-nilai Melayu
memang banyak yang baik dan murni. Namun, pemilihan dan huraian yang positif perlu
dilakukan terhadap sistem nilai yang telah diwarisi ini untuk dinilai semula dan disesuaikan
dengan keperluan hidup kini dan pada masa depan. Misalnya, nilai menuntut ilmu, nilai
tanggungjawab, berusaha gigih, nilai merantau ke alam baru, nilai kebenaran, nilai keluarga,
nilai gotong royong dan lain-lain. Langkah seterusnya, ialah suatu program penyemaian dan
penyaluran nilai yang lebih terarah dan teratur serta mekanisme untuk memantau dan
memastikan pendidikan nilai ini dapat dilaksanakan dan dicapai dengan berkesan. Apa
dapat dilihat daripada nilai yang dimiliki oleh melayu baru tidak banyak mengalami
perubahan kerana unsur-unsur nilai melayu lama masih dapat dikekalkan.

48
MELAYU BARU MELAYU LAMA

PENDAPAT PENULIS TERHADAP PERUBAHAN YANG BERLAKU DI ANTARA MELAYU LAMA


MELAYU BARU

Pada pandangan kami, perubahan yang berlaku antara Melayu lama kepada Melayu
baru menunjukkan satu perubahan yang baik. Perubahan-perubahan yang berlaku ialah
perubahan dari segi ekonomi, politik, pendidikan dan agama dan kepercayaan. Perubahan
yang paling ketara yang dapat kita lihat di sini ialah perubahan dari segi ekonomi. Kita boleh
lihat ekonomi Melayu lama dahulu hanya bergantung kepada kegiatan pertanian semata-
mata. Masyarakat Melayu lam juga hanya menggunakan sistem ekonomi sara diri. Mereka
menjalankan kegiatan ekonomi ini hanya untuk keperluan diri mereka dan keluarga.

Berbeza dengan ekonomi masyarakat Melayu baru yang berkembang pesat seperti
kegiatan perlombongan dan perladangan. Kegiatan ini adalah bertujuan untuk dieksport.
Akibat daripada perkembangan inilah, pendapatan masyarakat Melayu baru telah
meningkat dan ini menunjukkan taraf hidup masyarakat Melayu turut meningkat.
Perubahan yang berlaku dalam ekonomi masyarakat Melayu telah memberi satu perubahan
yang ketara dalam kehidupan masyarakat Melayu sekarang.

Selain itu, perubahan dalam sistem politik pula juga menunjukkan satu perubahan
yang baik. Sistem politik Melayu lama dahulu bermula daripada organisasi-organisasi desa,
suku-suku yang kecil kemudian berkembang menjadi sebuah negara iaitu melalui
penaklukkan. Struktur organisasi politik Melayu lama juga bermula dari desa dan kampong,
kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya menjadi negeri. Di samping
itu, unit politik Melayu lama bercorak sebuah negara kota yang kebanyakkan terletak di
pesisir pantai di seluruh kepulauan Melayu. Sistem politik Melayu lama juga telah
dipengaruhi oleh pengaruh hindu. Pada masa itu, ketua negara dipanggil raja. Dalam sistem
politik, pengaruh hindu ini, raja dianggap sebagai berdarah dewa atau penjelmaan dewa
dari kayangan. Selepas raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan telah
disesuaikan dengan agama Islam. pada zaman Melayu baru, sistem politik ini telah berubah.

49
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Akibat daripada penjajahan, penjajah telah membawa unsur demokrasi dengan


memperkenalkan sistem pilihan raya barat dan persaingan bebas. Pelbagai alat politik
moden diperkenalkan kepada penduduk tempatan. Kerajaan British telah memperkenalkan
sistem pilihan raya moden dengan pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur pada 1952 serta
pilihan raya persekutuan pada 1955.

Di samping itu, Dewan Perundangan secara moden juga telah diperkenalkan oleh
pihak British di samping proses dan pentadbirannya. Namun begitu, kesetiaan kepada
autoriti tradisional masih wujud namun dalam masa yang sama menerima kemasukan idea
dan amalan politik moden. Itulah apa yang dapat kita lihat, perubahan dari segi politik
Melayu lama kepada Melayu baru. Perubahan ini telah membawa kepada keamanan negara
serta perpaduan kaum dan tiada perbalahan serta perpecahan kaum sepertimana yang
berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Perubahan dari segi pendidikan pula, apa yang dapat kita lihat pada zaman Melayu
lama, orang Melayu hanya mempunyai sistem pendidikan dan pengajaran mereka semdiri
yang bercorak informal dan formal. Sistem pendidikan dahulu telah dipengaruhi oleh agama
hindu iaitu bidang ilmu pengetahuan hanya dimonopoli oleh keratin kerana golongan
bangsawan khususnya raja-raja dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa. Kebijaksanaan
yang mereka miliki membolehkan mereka memerintah negeri dan menguasai ilmu
kemerdekaan. Dalam kebudayaan hindu, langsung tidak membicarakan kehidupan rakyat
jelata tetapi hanya memberi penekanan kepada golongan bangsawan yang didakwa sebagai
golongan istimewa yang mempunyai hubungan keturunan dewa-dewa dari alam kayangan.

Pada zaman Islam, sistem pendidikan bercorak formal telah berkembang dengan
pesatnya pada zaman ini dalam kalangan rakyat biasa dan juga golongan bangsawan. Sistem
pendidikan ini lebih bercorak keagamaan seperti pengajian di rumah khusus untuk
mempelajari al-quran, institusi pendidikan di masjid dan surau. Berbeza dengan pendidikan
Melayu baru kerana sistem pendidikan pada zaman ini telah berkembang tanpa banyak
melibatkan campur tangan penjajah. Pada zaman Melayu juga, konsep pendidikan terbuka
telah menjadi asas kepada pendidikan era 90-an. Pendidikan terbuka menitikberatkan
pemikiran kreatif, kritikal serta kebebasab bersuara dalam kalangan pelajar. Selain itu,

50
MELAYU BARU MELAYU LAMA

lonjakan perubahan dalam era pendidikan terutamanya pendidikan tinggi di negara ini
semakin ketara. Pintu pendidikan kini, semakin luas terbuka bukan sahaja kepada rakyat di
negara ini tetapi juga kepada rakyat asing. Oleh itu, kami berpendapat bahawa pendidikan
Melayu lama dahulu ialah sebuah sistem pendidika yang hanya berasaskan kepentingan
kaum, kini telah melangkah jauh kepada satu sistem yang mampu membawa negara dan
juga bangsanya ke arena global.

Perubahan dalam aspek kepercayaan dan agama juga telah menunjukkan perubahan
yang ketara. Pada zaman Melayu lama, masyarakat Melayu dahulu mempercayai kepada
kepercayaan animisme kerana pada masa itu, Islam belum datang ke Tanah Melayu.
Masyarakat Melayu terdahulu sangat taksub dan percaya dengan benda-benda karut serta
benda-benda yang ada di sekeliling mereka. Pada zaman Melayu baru pula, pengiktirafan
Islam sebagai agama rasmi negara dalam Perlembangan Persekutuan. Hampir semua
masyarakat Melayu kini telah menganuti agama Islam. memang tidak dinafikan bahawa
masyarakat Melayu sekarang masih mempercayai alam sekeliling tetapi hanya ada
sesetengah sahaja yang masih mempercayai perkara-perkara karut tersebut.

Hal ini kerana, telah banyak penerapan Islam yang telah diberikan dalam pelbagai
aspek dan telah wujud satu konsep Islam iaitu Islam Hadhari. Perubahan dalam kepercayaan
dan agama telah membawa satu perubahan terhadap kehidupan bangsa Melayu kini dan
pada masa ini, knsep Islam yang baru telah dapat dibentuk iaitu Islam Hadhari. Ini telah
menunjukkan satu kemajuan dalam pembangunan Isalm di negara kita.

51
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kesimpulannya, perubahan-perubahan yang berlaku dalam aspek ekonomi, politik,


pendidikan dan agama dan kepercayaan ini telah membawa kepada satu masyarakat
Melayu yang ada masa depan serta terus maju ke hadapan. Jika perubahan ini tidak berlaku,
masyarakat Melayu akan terus digelar sebagai Melayu mundur dan lemah. Akibat
perubahan inilah, masyarakat Melayu telah mencapai kejayaan terutamanya kejayaan
dalam bidang ekonomi kerana banyak bidang dan teknologi yang telah diterokai oleh
masyarakat Melayu sekarang. Oleh hal yang demikian, melayu kini tidak lagi digelar sebagai
Melayu mundur kerana Melayu sekarang telah mencapai kemajuan serta dapat
meningkatkan taraf hidup mereka secara perlahan-lahan. Maka, jelaslah di sini bahawa
perubahan-perubahan yang berlaku telah membawa kepada kemajuan masyarakat Melayu
itu sendiri seterusnya pembangunan negara juga turut meningkat.

BAB 4
TOKOH-TOKOH MELAYU

TOKOH-TOKOH MELAYU LAMA

i) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


ii) Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad (PendetaZa’ba)
iii) Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)

52
MELAYU BARU MELAYU LAMA

TOKOH-TOKOH MELAYU BARU

i) Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir Bin Mohamad


ii) Datuk Sri Anwar bin Datuk Ibrahim
iii) Dato' Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Biodata tokoh melayu lama

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu 1955, dan menjadi Perdana Menteri
yang pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia
pada tahun 1963 merupakan salah satu pencapaiannya yang teragung. Biasanya, beliau
dikenali sebagai “Tunku” dan juga dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa
Malaysia”.
Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan pada tanggal 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Star,
Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Beliau merupakan anak lelaki yang
ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah
yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah
gahara ialah anak perempuan seorang pegawai daerah Thailand.

Pendidikan dan Kerjaya

53
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau memulakan pendidikannya pada tahun 1909 di sebuah sekolah rendah


melayu di Jalan Baharu, Alor Setar, Kedah. Beliau biasa berbahasa siam di rumah, belajar
bahasa melayu di sekolah dan seorang guru akan datang ke rumahnya untuk mengajar
bahasa inggeris. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa inggeris
yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1915, beliau meneruskan
pengajiannya di Penang Free School dan ketika berumur 16 tahun beliau mendapat Biasiswa
Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti
Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama yang menerima pendidikan di United
Kingdom di bawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah.

Pada mulanya, beliau mengambil jurusan undang-undang tetapi kemudiannya


bertukar kepada jurusan sastera (sejarah) dan memperoleh ijazah pada pada tahun 1925.
Selapas itu, beliau bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Latihan di Pejabat Penasihat
Undang-Undang Kedah pada tahun 1931 dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala
Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh
Clayton, Penasihat British pada sewaktu itu. Pada tahun 1937, beliau bertugas sebagai
Pegawai Jajahan di Sungai Petani disamping bertindak sebagai Hakim Daerah dan Pengurusi
Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid
Rahmaniah sempena nama beliau.

Pada tahun 1938, beliau melanjutkan semula pelajarannya di England dalam jurusan
undang-undang dan kembali pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang
akan meletus di Eropah. sekembalinya, beliau dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan
Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah pada tahun 1940. Beliau menyambung semula
pengajiannya di Inner Temple pada tahun 1947 dan sewaktu tempoh itu beliau dipilih
sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain. Semasa itu juga, beliau telah
menyertai Persatuan Pelajar India Islam yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga
berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Beliau akhirnya
dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.

Keluarga

54
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pada tahun 1933, beliau berkahwin dengan Mariam iaitu seorang wanita kacukan
cina-siam yang merupakan anak tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua
cahaya mata iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah dan isterinya meninggal
dunia pada tahun 1934. Selepas kematian Mariam, beliau berkahwin dengan Violet Coulson
iaitu bekas tuan rumahnya di England. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin
dengan wanita inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kepten Francis Light
yang merupakan seorang inggeris. Selepas itu, beliau dititahkan untuk menceraikan Violet
oleh Pemangku Raja Kedah dan beliau kemudiannya berkahwin dengan Sharifah Rodziah
Syed Alwi Barakbah pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana Sharifah Rodziah
berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak
mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman
dan Mariam. Beliau juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963
dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama
Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.

Kerjaya Politik

Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, beliau ditugaskan untuk


bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta
berpindah ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas
itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu, semangat
nasionalisme bertambah hebat dalam kalangan kaum Melayu di tengah-tengah
pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union dan
beliau menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk
Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan beliau dilantik sebagai presiden yang
baru serta memegang jawatan itu selama 20 tahun.
Laluan ke Kemerdekaan

Pada tahun 1954, beliau mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk


memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya.

55
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan
yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada
52 kerusi yang ditandingi. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC
yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.

Pada tahun 1955, beliau membuat satu lagi perjalanan ke London untuk berunding
tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya dan 31 Ogos 1957 diputuskan
sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, beliau mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar
beliau dengan tangan yang diangkat naik dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh
emosi tetapi berazam mengetuai sorakan.

Sebagai Perdana Menteri

Selepas kemerdekaan, beliau mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti


Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian beliau
yang teragung.

Beliau merupakan orang yang pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan


Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan
Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963,
dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang pertama.

Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan


Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua
UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada
waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada
pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba
membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai
gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di

56
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian.
Ini membangkitkan kemarahan beliau yang mendesak supaya Singapura meninggalkan
Malaysia.

Pada 7 Ogos 1965, beliau mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur
bahawa Parlimen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada
Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua
pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak menunjukkan sebarang kesetiaan
kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan
PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965. Pada tahun
1961, beliau menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang mengumpulkan Malaya,
Thailand dan Filipina. Kumpulan ini kemudian digantikan dengan kumpulan yang lebih besar
iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 8 Ogos 1967.

Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan
rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang
diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh beliau dan
MAGERAN sebuah jawatan kuasa darurat mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan
keadaan darurat.

Pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana


Menteri. Kemudian beliau meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971
di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-
penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudiannya masing-
masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kegiatan Islam

Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, beliau
mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM) iaitu sebuah pertubuhan untuk

57
MELAYU BARU MELAYU LAMA

membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau
memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran
Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada
gagasan beliau sewaktu beliau mengadakan pertandingan peringkat negeri yang pertama di
Kedah pada tahun 1951.

Pada 1969, beliau membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank
Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Beliau juga
merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP)
dari 1982 sehingga 1988.

Kehidupan Terkemudian

Pada 1977, beliau menjadi pengerusi sebuah syarikat surat khabar iaitu The Star iaitu
akhbar yang memaparkan ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan
"Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan. Pada tahun
1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu dan ini menyebabkan
perpecahan di dalam UMNO. Beliau dan bekas Perdana Menteri yang ketiga Tun Hussein
Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia" tetapi pendaftarannya
dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. beliau kemudiannya
menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh
Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam
Pilihan Raya Umum 1990 tetapi pada waktu itu kesihatannya telah merosot.

Dalam tahun-tahun terakhirnya, beliau tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.


Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87 tahun dan disemadikan
di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah.

58
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)

Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba
merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan
bahasa Melayu.

Biodata dan keluarga

Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir,
Jempol, Negeri Sembilan. Beliau telah berkahwin dengan isteri pertamanya pada tahun 1917
tetapi hubungan mereka tidak kekal lama. Mereka talah dikurniakan seorang anak
perempuan. Selepas itu, beliau telah berkahwin dengan isteri keduanya yang bernama
Fatimah binti Umar. Beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika beliau berusia 78
tahun.

Pendidikan

Semasa beliau berumur tujuh tahun, beliau telah khatam Al-Quran, menghafal Surah
Yassin dan menyertai aktiviti berzanji. Beliau memulakan alam persekolahnya ketika berusia
12 tahun iaitu di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, beliau bertukar ke
Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada tahun 1915, beliau

59
MELAYU BARU MELAYU LAMA

berjaya tamat (Senior Cambridge) dan menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri
Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam
tahun. Ketika berumur 59 tahun, beliau menduduki peperiksaan akhir kursus luar di
Universiti Of London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower). Pada tahun 1973,
beliau mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti
Kebangsaan Malaysia
Kerjaya

Beliau mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di
Johor Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di
Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan beliau adalah
keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi,
pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Beliau juga tekun menulis mengenai
kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun
aktiviti penulisannya ditahan, beliau kekal bergiat aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan
Sultan Idris, beliau memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke
dalam Bahasa Melayu dan menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan
buku teks sekolah dan bahan bacaan umum.

Beliau meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana


keagamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan
diterbitkan pada 1932. Pada tahun 1947, beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa
Melayu di Universiti of London. Beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika
berusia 55 tahun. Perkhidmatan beliau masih diperlukan dan pada tahun 1953 dan beliau
dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department
(JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Ketika itu, beliau bersama-sama dengan Ungku Aziz
mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan
Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya.

Politik

60
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau turut aktif dalam khidmat kemasyarakatan. Ini termasuk menjadi Penasihat
Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937 dan pada tahun 1945
sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang
pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa
Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya
politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan.

Sumbangan

Beliau dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia
menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang
kurikulum sekolah, sebagai penterjemah dan pensyarah. Semasa era Jepun, belaiu diberi
tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.

Anugerah

Pada tahun 1956, beliau menerima gelaran Pendeta sacara rasmi dalam bentuk
songkok dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik
peluh yang beliau curahkan dalam hasil kerjanya adalah kerana beliau mahu meletakkan
bahasa Malayu diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah, beliau pernah menolak
bintang penghormatan Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Dato' dan juga
Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, beliau akhirnya bersetuju
menerima anugerah Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau telah
dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima
Mangku Negara (gelaran "Tan Sri").

YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)

61
MELAYU BARU MELAYU LAMA

YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid merupakan
seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan juga seorang
ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

Biodata dan Keluarga

Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922 dan merupakan keturunan diraja
Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Laftenan
dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah binti
Abdullah. Beliau telah berkahwin dengan Azah binti Aziz dan telah dikurniakan seorang anak
perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar yang merupakan Gabenor Bank
Negara Malaysia sekarang.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudiannya


menyambung pengajiannya di Raffles College. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajarannya
di Universiti Malaya Singapura dan mendapat ijazah pada tahun 1951. Pada tahun 1964,
beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda Universiti, Tokyo.

Perkhidmatan

62
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada tahun 1951, kemudian
menjawat jawatan sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura dari tahun
1952 hingga 1961. Pada tahun 1961 hingga 1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan
Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. kemudiannya, beliau dilantik
sebagai Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut
iaitu kira-kira 20 tahun.

Anugerah

Pada tanggal 17 Jun 1978, beliau telah dianugerahkan gelaran Professor Diraja.
Beliau juga merupakan pengasas gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak
ditubuhkan pada tahun 1971. Pada tahun 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal
Hijrah oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Kini, beliau
juga memegang jawatan sebagai Pengerusi bagi Kolej Cosmopoint. Beliau juga menempa
sejarah negara apabila menjadi penerima pertama bagi Anugerah Melayu Terbilang
sempena sambutan ulang tahun ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada
11 Mei 2005.
Sumbangan

Antara sumbangan utama beliau kepada negara ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis
Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).

Biodata tokoh melayu baru

Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad

63
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia
ke-empat. Beliau juga digelar Dr. M. ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981
sehingga 31 Oktober 2003, beliau menjuruterakan modenasasi yang pantas sekali dan
menyebabkan kemakmuran dalam semua lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaiannya
yang utama ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah
negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang
melayu. Walaubagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang
autokratik dan bersifat kronisma.

Dr Mahathir merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang berterus terang


dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur yang gagah dengan nilai-nilai
Asia-kapitalisma autokratik. Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat
sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia” negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia
sbuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada tahun 2005, beliau
dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Dengan
perkhidmatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin yang
paling lama memegang jawatan di Asia Tenggara.
Biodata dan Keluarga

Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais,
Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Bapa beliau bernama Encik Mohamad bin Iskandar dan
ibunya bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Beliau mempunyai sembilan adik
beradik dan beliau merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Empat dari mereka adalah

64
MELAYU BARU MELAYU LAMA

saudara sebapanya iaitu hasil perkahwinan Mohamad bin Iskandar dengan isteri yang
pertama.

Beliau telah berkahwin dengan Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos 1956.
Mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak
beliau ialah Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah dan
kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah.
Beliau menyambung pelajarannya di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya di
Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS)
pada tahun 1953.

Selepas mendapat ijazah perubatannya, Dr Mahathir berkhidmat sebagai pegawai


perubatan di Alor Star, Jitra, Langkawi dan Perlis dari tahun 1954 hingga 1957. Pada tahun
1957, beliau berhenti dari perkhidmatan kerajaan dan membuka kliniknya sendiri iaitu
Maha Clinic di Alor Star, Kedah.

Kerjaya politik

Beliau telah bergiat aktif dalam politik sejak tahun 1945 yang mana beliau
mengambil bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan
pada 1946, beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli.
Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan
tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah terhadap golongan yang mempunyai kaitan
dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-
kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum tahun 1959. Berasa sakit
hati atas penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya,
Dr Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.

65
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, beliau telah dipilih sebagai Ahli Parlimen
Kota Setar selepas menewaskan Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan majoriti
sebanyak 60.2%. beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan
Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff bin Rawa dengan 989 undi sahaja.
Selepas beliau mengumumkan behawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina untuk
mencapai kerusinya. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, beliau dipecat daripada keahliannya
dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai 1969 selepas pengedaran umum suratnya
kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran
Tunku Abdul Rahman dan pada 26 September pada tahun itu beliau juga dipecat
keahliannya dalam UMNO.

Semasa di luar parti, beliau mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay Dilemma).
Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang melayu telah
diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas beliau
menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya. Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana
Menteri, beliau masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai
senator pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu dalam Pilihan Raya umum 1974,
yang mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai
Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada
tiga kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975.

Pada tahun 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara
mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn. Pada masa itu, Datuk Hussein Onn melantik
beliau sebagai timbalannya danl masih mengekalkan portfolio pendidikan yang
disandangnya serta tidak lama selepas itu beliau menjadi Menteri Perdagangan dan
Perindustrian. Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn
mengumumkan persaraannya dan menamakan beliau sebagai penggantinya. Pada 10 Julai,
1981 beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan lapan hari selepas itu
beliau dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003, beliau bersara dan
menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.

66
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan
bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia antara tahun 1994 sehingga 1998. Beliau juga
adalah bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau
merupakan bekas aktivis dalam pergerakan pelajar dan belia serta merupakan pengasas
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Institut Kajian Dasar. Beliau pernah menjadi
presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Bahasa
Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Biodata dan Keluarga

Belaiu dilahir pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman merupakan
bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia manakala
ibunya Che Yan binti Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO dan ibunya
sentiasa membawa beliau ke majlis-majlis ceramah wanita.

Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Dr Wan Azizah binti Datuk Ismail seorang
penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, England. Isteri beliau bertugas di Klinik Mata di
Hospital Universiti , Petaling Jaya. Beliau dikurniakan 9 orang cahaya mata yang terdiri
daripada 5 orang puteri dan seorang putera.

67
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pendidikan

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit


Mertajam, Pulau Pinang dan Kemudiannya beliau meneruskan pengajian persekolahan
menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 .
Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato
sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK,
beliau mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad . Selepas itu pada
tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian
Melayu (Sastera ).

Zaman belia

Pada tahun 1968, beliau dilantik menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melau dan
Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia. Pada tahun berikutnya iaitu
tahun 1969, beliau berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS
menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang berhubung Akta
Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.

Pada tahun 1971, beliau menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
bersama–sama dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu serta dilantik menjadi Presiden
Majlis Belia Malaysia (MBM). Pada tahun 1973, beliau menjadi penasihat Majlis Belia
Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden
Pakistan iaitu Zia Ul Haq pada tahun 1979 dan beliau menerima gelaran Datuk daripada
Sultan Ahmad Shah di Istana Pekan, Pahang dan kemudiannya dari Sultan Selangor.

Penglibatan dengan politik UMNO

Beliau menceburi dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di
atas tiket UMNO dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar dan
kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun
yang sama beliau menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin iaitu penyandang untuk menjadi

68
MELAYU BARU MELAYU LAMA

ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri
penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian, beliau
dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian.

Dalam tahun 1987, beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan
kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri
Kewangan dalam tahun 1991. Dalam tahun 1993, beliau menewaskan Ghafar Baba untuk
menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri Malaysia. Beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO
dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Dana
Kewangan Antarabangsa (IMF). Oleh kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara
kebudayaan beliau di anugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh Ateneo de Manila
University dan anugerah presiden oleh Georgetown University.

Pada 29 Mac 1982, beliau bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau
Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar dan
Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya. Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku
Razaleigh Hamzah membawa beliau berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri
Perdana, Kuala Lumpur.

Dalam Pilihan raya umum 1982, beliau mendapat 18,849 undi di parlimen Permatang
Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini
(1978) calon PAS memenangi kawasan tersebut. Kemasukan beliau telah menyisihkan
Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid , Abdullah Ahmad Badawi dan lain-
lain. Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh
beliau sendiri.

Pada tahun 1984, perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO . beliau mendapat 226
undi dan Suhaimi Kamaruddin dapat 137 dengan membawa slogannya iaitu 'Pemuda
Penggerak Zaman'. Pada dua tahun berikutnya iaitu tahun 1986, beliau menewaskan Syed
Hamid Jaafar Albar. Beliau mendapat 303 undi dan Syed Hamid dapat 109 undi. Pada 24

69
MELAYU BARU MELAYU LAMA

April 1987 pula beliau menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah
Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad.

Pada tahun 1990, beliau mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti
terbanyak iaitu 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi. Beliau
sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba pada tahun 1993 yang
membawa isu Grand Design dan politik wang digembar-gemburkan sehingga imej beliau
tercalar. Kemasukan beliau dalam UMNO merupakan panglima baru yang ditunggu-tunggu.
Beliau adalah bukti UMNO sebuah parti Islam dan bukannya parti sekular. Selepas beliau
masuk dalam parti ini, penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan iaitu Bank Islam, Universiti
Islam Antarabangsa, Takaful dan lain-lain telah dijalankan. Sebelum ini, umat Islam hanya
bermimpi dengan ekonomi Islam.
Jawatan dalam kerajaan

Pada tahun 1982 hingga 1983, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri dan tahun berikutnya iaitu tahun 1983 hingga 1985 beliau menjadi Menteri Belia
dan Sukan. Pada tahun 1985 hingga 1986, beliau memegang jawatan sebagai Menteri
Pertanian dan seterusnya pada tahun 1986 hingga 1990 memegang jawatan Menteri
Pendidikan. Pada tahun 1990 hingga 1998 beliau menjadi Menteri Kewangan serta dilantik
menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993 dan jawatannya itu berakhir pada
tahun 1998.

Penyingkiran

Dr Mahathir Mohamad menyingkir beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri


Malaysia pada 1997 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam
UMNO. Faktor utama penyingkiran beliau kerana kemaraan beliau tidak dapat dibendung
lagi dan membahayakan kedudukan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri
Malaysia dan Presiden UMNO. Jika Dr Mahathir Mohamad lambat bertindak, kemungkinan
Dr Mahathir akan 'tersingkir' sebagaimana Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.

70
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Isu 'Grand Design' diperkatakan di mana-mana dan wawasan Islam dibandingkan


dengan Wawasan 2020. Dr Mahathir semakin malap.Peluang terbaik menyingkirkan beliau
apabila tersebarnya surat layang 30 halaman di Perhimpunan UMNO dan kemudian terbit
buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh Khalid Jafri atau Datuk Abdul
Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah.

Krisis politik dan pemecatan keluar dari UMNO

Beliau dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat dan beberapa bulan selepas
itu, beliau ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah tiga kali pihak pendakwa
memindah tuduhan, barulah beliau disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi
tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan. Beliau
kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung
penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan
salah laku seksual.

Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh


Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan
kesalahan meliwat berhubung pensabitannya dalam kes iaitu genap enam tahun beliau
dipecat daripada Kabinet. Keputusan itu bermakna beliau telah bebas daripada hukuman
penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun
2000 atas kesalahan tersebut. Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain iaitu
tuduhan beliau cuba mempengaruh penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang
homoseksual. Isteri beliau menubuhkan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan
beliau dan politiknya.

Dalam tahun 2004, Mahkamah Persekutuan menerima rayuan beliau terhadap


pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau
pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya
dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas
tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai

71
MELAYU BARU MELAYU LAMA

profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di


Universiti Georgetown.
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah
merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu mewarisi Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Beliau juga merupakan Presiden UMNO iaitu parti politik yang paling besar dalam Malaysia.
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam
kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B'
dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi
sehingga 1991. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang pada masa itu merupakan Timbalan
Perdana Menteri telah dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999
Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir dan pada tahun 2003 beliau
akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan
Presiden UMNO.
Biodata dan keluarga

Beliau dilahirkan pada 26 November 1939 dalam keluarga yang warak di Kampung
Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon
binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat
cucu. Pada 20 Oktober 2005, isteri beliau telah meninggal dunia selepas bergelut dengan
penyakit barah payu dara sejak 2003. Dalam tempoh kurang dari 2 tahun menduda, beliau
berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.

Pendidikan dan kerjaya

72
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di


Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang dan kemudiannya beliau memulakan
kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun
setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian
dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima
Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun
1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan
Perkhidmatan Awam.

Pada tahun 1969, beliau berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu
sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas
rusuhan kaum pada Mei 1969. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua
Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelum menjadi Timbalan Ketua
Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.

Kerjaya politik

Pada tahun 1964, beliau menyertai UMNO. Pada tahun 1978, beliau meletakkan
jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan
parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981,
Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib
Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990 serta dipilih semula untuk jawatan
tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, beliau dilantik sebagai
Timbalan Presiden bagi tahun 2000 hingga tahun 2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian
yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kumpulan.
Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang
menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan
Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh.
Oleh sebab beliau seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam iaitu mentor politiknya,
beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.

73
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan
Menteri Luar Negeri. Sehingga tahun 1987, beliau pernah menjawat jawatan seperti
Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1978 hingga tahun
1980, Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1980 hingga tahun
1981, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga tahun 1984, Menteri
Pelajaran dari tahun 1984 hingga tahun 1986, Menteri Pertahanan dari tahun 1986 hingga
tahun 1987 dan Menteri Luar Negeri dari 15 Mac 1991 hingga Januari 1999.

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan


Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999 iaitu selepas
pemecatan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik
menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, beliau juga adalah
Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri

Sejak menjadi perdana menteri, beliau telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah
dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan
rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat
tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir dan merupakan
satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai. Beliau juga mengemukakan Islam Hadhari, satu
tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah
secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor
pertanian Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung beliau
sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional,
parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu,
partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir
menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda

74
MELAYU BARU MELAYU LAMA

berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta
sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.

Pada September 2004, sewaktu dibebaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dikurung oleh Dr Mahathir memuji beliau di
khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan
tentang sabitan liwatnya. Pada 10 September 2004, beliau sebagai Menteri Kewangan
mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi
pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr
Mahathir. Beliau juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas
menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.

Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan
untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau
harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat
khabar. Bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi.
Sebenarnya, beliau sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri
sendiri dalam perhimpunan awam.

Sejak menjadi Perdana Menteri, beliau telah menjawat jawatan pengerusi untuk
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Bermula dari tahun 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

BAB 5
PEMIKIRAN TOKOH-TOKOH TERHADAP MELAYU

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - (Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia)

75
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Beliau digelar Bapa Malaysia disebabkan oleh peranannya menubuhkan Malaysia


dengan menggabungkan sebelas buah negara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak
dan pada satu ketika Singapura. Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957 sebagai sebuah
negara yang mengamalkan pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi
Berparlimen. Tanah melayu yang merdeka itu juga bukan lagi eksklusif sebuah negara
berdaulat yang dihuni oleh bangsa melayu, tetapi uga menjadi negara berbilang bangsa.
Malaysia menjadi satu kenyataan politik pada 16 September 1963.

Rakyat menyanjung tinggi beliau kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan
menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat.
Sebelum mencapai kemerdekaan, beliau sudah yakin bahawa beliau perlu menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan menyatupadukan rakyat.
Ini menyebabkan rakyat berasa terhutang budi dan mengaguminya. Setelah dilantik menjadi
presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah untuk menyatupadukan parti-parti kaum
yang lain bagi mencapai tujuan ini. Oleh itu, dia membentuk Parti Perikatan dengan
menggabungkan UMNO-MCA. Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan
memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan
memenangi 51 daripada 52 kerusi.

Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai gabungan
ini. Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar bagi Tunku Abdul Rahman.
Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada kerajaan
British bahawa tanah air kita yang terdiri daripada berbilang kaum sudah sedia untuk
merdeka. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti.
Beliau membuat lawatan ke hampir seluruh Tanah Melayu tanpa mengira penat dan lelah.
Akhirnya beliau berjaya melepasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya itu. Beliau
seterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 untuk
mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan


sebagai tarikh kemerdekaan. Selepas kejayaan ini, beliau mendapat perhatian masyarakat di

76
MELAYU BARU MELAYU LAMA

seluruh dunia, terutamanya media massa. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan
cadangan untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei bagi
membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Idea tersebut mendapat sokongan dari
negara-negara tersebut kecuali Brunei. Pada 6 Januari 1962, kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi dan
pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. Akhirnya Malaysia
dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak.

Bagaimanapun, Singapura keluar dari Malaysia, atas persetujuan bersama


kepimpinan Malaysia dan Singapura iaitu pada 9 Ogos 1965. Dua negara jiran iaitu Indonesia
dan Filipina membantah projek Malaysia ini. Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap
Malaysia dan menganggap Malaysia sebagai projek imperialisme Barat yang bertujuan
untuk menggagalkan cita-cita Presiden Sukarno untuk membina Indonesia Raya yang
meliputi Indonesia, Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak. Filipina pula menuntut Sabah
sebagai sebahagian daripada wilayahnyayang pada suatu ketika dimiliki oleh Kesultanan
Sulu yang kini merupakan wilayah Selatan Filipina. Bagaimanapun, beliau dengan bantuan
Inggeris, Australia dan Amerika Syarikat berjaya mengharungi bantahan negara jiran itu
dengan jayanya. Akhirnya Jakarta dan Manila mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara
yang berdaulat dan merdeka.

Tunku Abdul Rahman mengambil alih kepimpinan Malaya yang merdeka ketika iklim
hubungan antarabangsa ditadbirkan oleh era Perang Dingin antara blok kapitalis di satu
pihak oleh blok komunis yang lain. Negara juga berada dalam keadaan darurat yang
diisytiharkan oleh inggeris pada 1948. Tanah Melayu hanya diisytiharkan bebas daripada
ancaman pemberontakan komunis pada 1960. Malaya seperti aktor antarabangsa yang lain
juga diheret dalam perbalahan ideologi kapitalis-komunis itu. Sebagai sebuah negara yang
pernah dijajh oleh Inggeris dan setelah merdeka menjalin hubungan yang baik dengan
negara yang pernah menjajah adalah logikal bagi Tunku Abdul Rahman untuk mengamalkan
dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Tanah Melayu itu sendiri adalah sebuah negara
kapitalis. Di dalam negara pula, Kuala Lumpur menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya
(PKM) yang melancarkan pemberontakan bersenjata pada 1948 untuk mengambil alih

77
MELAYU BARU MELAYU LAMA

pemerintahan negara. Dalam senario itu, untuk menjamin kelangsungan Malaya, maka
Tunku Abdul Rahman menjalin hubungan baik dengan London. Melalui Anglo-Malaya
Defence Agreement (AMDA), bekas kuasa penjajah itu mempunyai tanggungjawab untuk
melindungi Malaysia jika diancam dan siserang oleh kausa luar.

Di Asia Tenggara pula, Tunku Abdul Rahman memainkan peranan untuk


menubuhkan sebuah persatuan yang dianggotai olehnegara-negara serantau yang bukan
komunis. Pada mulanya beliau mencadangkan penubuhan ASA atau Association of South
East Asia. Filipina dan Indonesia diundang untuk menyertai ASA. Tetapi projek itu berkubur
berikutan pembentukan Malaysia yang dibantah oleh Jakarta dan Manila. Maphilindo
kemudian dirancang, tetapi ia juga tidak menjadi kenyataan. Hanya selepas perubahan
kepimpinan di Jakarta dan Filipina barulah sebuah persatuan negara-negara Asia Tenggara
dapat dilahirkan. Dikenali sebagai ASEAN (Association of South East Asia), selain Malaysia,
Indonesia dan Filipina, ia turut dianggotai oleh Singapura dan Thailand. Di peringkat
antarabangsa pula, Tunku Abdul Rahman mengambil sikap anti-aparteid dan memainkan
peranan penting dalam menghalang kemasukan Afrika Selatan di dalam Commonwealth.
Tunku Abdul Rahman juga mendayausahakan penubuhan Persidangan Negara-negara Islam
(OIC). Selepas bersara daripada politik, beliau sendiri menjadi Setiausaha Agung OIC pada
1971 yang beribupejabat di Jeddah. Malah sewaktu menjadi Perdana Menteri, Tunku Abdul
Rahman pernah mencadangkan agar tiga tempat suci bagi umat islam iaitu Makkah,
Madinah dan Baitulmukadis yang diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa Islam
antarabangsa.

Tetapi jasa Tunku Abdul Rahman dalam membina sebuah Malaysia yang berjaya hari
ini tidak akan dapat dipendamkan oleh sesiapa. Beliau adalah pengasas Tanah Melayu yang
demokratik. Di bawah kepimpinan beliau juga, wilayah Tanah Melayu dibesarkan untuk
meliputi Sabah dan Sarawak. Beliau juga bertanggungjawab membina tapak yang kukuh
untuk perkongsian kuasa yang diterima oleh kaum-kaum utama di negara ini.

78
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad (PendetaZa’ba)

PEMIKIRAN DAN SIKAP ZA'BA TERHADAP BANGSA MELAYU

Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali Za’ba adalah seorang pemikir Melayu
dan tokoh reformis yang mempunyai sumbangan yang besar dalam perkembangan dan
pembangunan orang melayu. Usaha Za'ba menangani keadaan orang Melayu dari aspek
kemiskinan, pendidikan dan politik amat jelas dan mengemukakan beberapa panduan untuk
mengatasinya. Antaranya ialah orang Melayu mesti mempunyai kesedaran mengubah sikap
dan mengutamakan ilmu. Segala telahan Za'ba terhadap kemunduran dan kemiskinan orang
Melayu adalah berdasarkan kepada pemerhatian semasanya akibat dari pencerobohan
British. Namun suasana ini tidak di fahami oleh seluruh masyarakat dan segala sindirannya
disalahertikan menghina bangsanya sendiri sebaliknya beliau telah berusaha sedaya
mungkin untuk kemajuan bangsanya sama seperti tokoh lain yang sezaman dengannya
seperti Syed Syeikh Al Hadi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad.

Pendidikan inggeris dan jawatan yang diperolehi Za'ba menjadi "untaian mutiara"
yang membawanya pro kepada British dan memandang rendah bangsa Melayunya boleh
dipertikaikan. Contohnya telahan Za'ba tidak sesuai mengkritik Inggeris pada ketika itu
adalah relevan iaitu "....pada masa ini belum sekali-kali layak kita memajukan perasaan
demikian dan tiada faedahnya..." Pertamanya dilihat negeri Melayu ketika itu kurang
pemimpin Melayu benar-benar memahami keadaan orang Melayu ketika itu. Beberapa
tokoh lain juga memperkatakan hal ini antaranya Ishak Haji Muhammmad, seorang
pemimpin Kesatuan Melayu Muda ada menyatakan bahawa "kegagalan pergerakan orang
melayu sebelum perang adalah disebabkan oleh ketiadaan pemimpin yang berkaliber".
Segelintir sahaja yang berpendidikan seperti Syed Syeikh Al Hadi memandang masa depan
orang Melayu penting manakala yang ramainya adalah dari golongan atasan atau elit
walaupun berpendidikan Inggeris tetapi secara sedar tidak pernah memahami kesengsaraan
dan kekurangan orang Melayu di luarbandar yang tercicir dari pelbagai aspek ini. Bagi Za'ba
Golongan raja-raja dan pembesar adalah kolaborator kolonialisme British di sepanjang
zaman penjajahannya. Peranan sosial dan politik mereka bukannya melindungi rakyat malah
jadi penghalang utama kepada pembangunan pemikiran dan fizikal orang Melayu

79
MELAYU BARU MELAYU LAMA

sepertimana dalam bidang pendidikan yang menjadi aset penting untuk kemajuan dan
perkembangan sesuatu bangsa terabai.
Tanpa ilmu, tidak mungkin seorang itu boleh berlaku adil walaupun dia cuba berbuat
demikian kerana kalaupun dia mahu melaksanakan keadilan tetapi dia tidak tahu caranya
disebabkan ilmunya terbatas . dia boleh terdedah pada kesilapan secara tidak sedar. Tiada
penyediaan mantap untuk memimpin orang Melayu dan daifnya pemikiran golongan elit
jelas dilihat pada cemuhan Yamtuan Negeri Sembilan terhadap orang melayu, "....i do not
like the idea of the the children of rajas and chiefs sitting side by side with the children of
people who were once our slaves." Sikap golongan elit ini menyebabkan pendidikan terabai,
bahasa Melayu mundur, ekonomi Melayu tercicir di belakang ekonomi orang asing dan
politik Melayu terhina oleh penjajahan. Kesedaran tentang keprihalan ini telah benar-benar
mengesani jiwanya dan Sikapnya ini jelas diperlihatkan pada awal 1920an. Oleh itu tidak
salah beliau meletakkan segala kemunduran dan kekurangan orang Melayu disebabkan
kebodohan dan kesombomgan golongan raja dan pembesar Melayu itu sendiri.

Za’ba berusaha menyedarkan orang Melayu dalam bentuk sindiran melalui penulisan
telah mendapat tekanan dari golongan pemerintah tradisional dan kolonial British
contohnya pada tahun 1921 Za'ba dapat amaran lisan dari Raja Sir Chulan, dituduh cuba
menghasut para pembaca akhbar dan majalah melalui tulisan yang bersifat anti kerajaan,
disekat kenaikan gaji tahunannya, ditukar atau terbuang ke jabatan karang mengarang SITC
di Tanjung Malim 1924. Sebegitu juga tokoh yang lain menerima nasib yang sama dalam
suasana yang berbeza seperti Ahmad Boestamam di tahan beberapa tahun. Menurut
penulis "setiap orang melayu yang berfikir dan mempunyai semangat kebangsaan tentu
mengetahui dasar dan sikap penjajah inggeris, tinggal lagi sejauhmanakah kesedaran dan
kesanggupan mereka serta langkah yang diambil untuk berhadapan denagan ranjau
inggeris".

Dalam hal ini Za'ba memilih cara dalam bentuk penulisan dan kegiatan sosial
berbanding tokoh lain seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Segala
penulisannya adalah dari segala pemerhatian dan penelitian yang mendalam dan bentuk
sindiran terhadap bangsanya yang mundur dan kekurangan semasa kuasa kolonial amat
dahsyat adalah alternatif untuk menyedarkan bangsanya kerana bergerak bertentangan

80
MELAYU BARU MELAYU LAMA

dengan arus yang deras meyebabkan diri kita dan orang lain hanyut dan lemas. Segala
sindirannya itu boleh jadi panduan pada generasi sekarang sepertimana penyataan Datuk
Senu iaitu "jika ciri-ciri negatif ini benar, maka hal itu harus di tinggalkan dan di singkirkan.

Tidak guna kita menafikan atau menunjukkan kemarahan kita terhadap pendapat
dan tuduhan demikian. Sebaliknya biarkan pendapat demikian mendorong kita mencari
apakah sifat yang akan membolehkan kita bertanding dengan orang lain." Dengan itu
perjuangan Za'ba pada tahun 1920an hingga 1930an adalah lebih kepada banyak bekerja
contohnya menulis seberapa banyak buku yang terdaya olehnya berkaitan dengan orang
melayu untuk panduan pada generasinya yang akan datang daripada banyak bercakap
sahaja. Manakala pujian Za'ba sepertimana juga Syed Al Hadi bahawa Inggeris adalah
penyelamat bangsa Melayu adalah telahan terawal mereka , merasakan British dapat
menahan akan gerak menggelunsur orang Melayu dari terus ketinggalan namun
perkembangan seterusnya tiada siapa dapat menentukan . Za'ba sendiri ada menjelaskan
kemudiannya kekejaman pemerintahan raja dan pembesar Melayu tidaklah berakhir dengan
perubahan pemerintahan kepada pihak British itu. Ini kerana institusi pemerintahan tradisi
dieksploitasi untuk kepentingan British. Oleh kerana itulah Sikap anti kolonialisme British
timbul sejak ia melibatkan dirinya secara serius dalam penulisan rencana untuk akhbar
tempatan pada 1917 dan merasakan orang British atau orang Barat atau orang Nasrani atau
kaum kafir musuh Islam.

Za'ba bersekongkol dengan kolonial British berdasarkan jawatannya sebagai seorang


kakitangan di dalam pentadbiran kolonial adalah telahan mengelirukan kerana sikap Za'ba
telah jelas dan tegas iaitu membantu masyarakatnya untuk mencapai kemajuan hidup di
dalam berbagai lapangan sesuai dengan perkembangan di kurun ke 20 ini. Iaitu berusaha
dalam bentuk apa cara asalkan ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adanya beliau
dalam pentadbiran kerajaan dapat menyuarakan pendapatnya mengenai orang Melayu
khususnya dalam menyediakan pendidikan. Semuanya dilakukan supaya orang Melayu dan
muslim mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan kehendak Islam dan sesuai
dengan tuntutan perkembangan zaman. Dan ianya senjata penting didalam perjuangan
untuk membebaskan orang Islam dari cengkaman penjajahan Barat.

81
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Zaba, Abdullah Munshi, Syed Sheik Al Hadi dan Ahmad Rashid Talu disifatkan sebagai
golongan yang "selamat" tidak mengusik atau memijak ranjau Inggeris. Gambaran penulis
mengenai hal ini semata-mata melihat pengorbanan perjuangan seseorang tokoh
berdasarkan tekanan fizikal sahaja seperti dipenjarakan. Sebenarnya Walaupun Za'ba tidak
dipenjarakan berbanding tokoh yang lain tetapi beliau juga mengalami tekanan peribadi
sepanjang perjuangannya seperti penulisannya sentiasa diawasi oleh pihak kolonial, gaji dan
jawatannya di tahan dan ditukar kerja. Namun peluang ini diguna sebaik mungkin oleh Za'ba
menymbangkan ideanya dalam bidang penulisan dari aspek bahasa Melayu khususnya.

Dalam hal ini tidak dinafikan sama sekali peranan tokoh seperti Ahmad Boestamam
Dan Ishak Haji Muhammad dalam perkembangan perubahan orang Melayu contohnya
Ahmad Boestamam telah terlibat secara langsung dalam banyak kegiatan politik tanah
Melayu pada tahun 1946-1948 seperti dalam PKMM, API, PUTERA dan AMCJA. Manakala
Za'ba tidak bergiat aktif dalam poltik pada tahun 1947 dan menjelaskan bahawa "Saya tidak
percaya politik cara yang dijalankan dalam dunia sekarang akan boleh atau pernah jadi
lurus, bersih dan jujur, kebolehan istimewanya adalah cenderung menulis dan mengarang
keadaan fikiran dan ilmu pengetahuan." Namun begitu beliau berjaya tubuhkan The Malay
Literary Association Kuala Lumpur (1923). Ianya gagal bergerak cergas tetapi ia merupakan
satu proses penyatuan di kalangan anak muda Melayu berpendidikan Inggeris sudah
dimulakan oleh Za'ba iaitu melahirkan Persatuan Guru-Guru Melayu. Adanya Sahabat Pena
sehingga 1942 merupakan pertubuhan yang bukan saja tersusun rapi dari segi organisasi
malah tercapai hasratnya untuk melihat orang Melayu dan muslim bersatu berasaskan
konsep setanah Melayu di Semenanjung Melayu.

Sukar membandingkan sejauhmana tokoh ini berperanan kerana mereka bergerak


dalam cara yang berbeza. Sekiranya Za'ba dikatakan bersekongkol dengan kolonial British
bagaimana pula hubungan Ahmad Boestamam dengan Jepun. Beliau telah bekerja dengan
Jepun dan dalam masa yang sama cuba mendapat restu untuk bergiat dalam politik .
keadaan ini digunakan pula untuk menentang Jepun . Dilihat kedua-duanya melakukan yang
terbaik untuk kebaikan orang Melayu ketika itu. Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau

82
MELAYU BARU MELAYU LAMA

dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu. Antara di
SITC mengasaskan pejabat penterjemah. Walaupun Kerja yang dibuatnya sangat berat
tetapi beliau berjaya menerbitkan buku siri buku teks (The Malay Scholl Series ) terjemah
dokumen penting dan sediakan enakmen untuk pelbagai jabatan. Pada tahun 1929 beliau
memulakan kelas bahasa Inggeris secara sukarela untuk guru-guru muda di SITC dan terbit
Buku Ilmu Bahasa (1927 ) dan Rahsia Ejaan Jawi ( 1929 ).

Usahanya tidak kenal putus asa walaupun kesihatan terganggu dan atas nasihat
doktor beliau berehat ke Indonesia. Peluang ini digunakan untuk meneliti keadaan
perkembangan orang Melayu misalnya mahukan perubahan SITC sama seperti Balai Pustaka
di Indonesia tetapi pendapatnya di tolak oleh Winstedt. Begitu juga pemergiannya ke
Universiti London pada tahun 1947 dalam usia 52 tahun bukan bertujuan makan angin
sepertimana telahan penulis sebaliknya dengan ketepikan kesihatan diri semata-mata untuk
menambahkan ilmu dalam bidang bahasa dan khidmatnya kelak amat diperlukan untuk
kemajuan pengajian bahasa Melayu. terbukti kembalinya ke tanahair beliau menjadi satu-
satunya tenaga pengajar di Jabatan Pengajian Melayu dan membentuk Persekutuan Bahasa
Melayu Universiti Malaya 29 Januari 1955. Jelas disini Za'ba berjaya meneruskan kegiatan
beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu. Ramai
mengakui Za'ba adalah pendeta melayu yang tinggi semangat patriotismenya. Namun
gelaran pendita bukanlah kemahuan nya tetapi penilaian dan pengiktirafan di atas segala
usahanya kepada orang Melayu secara keseluruhannya. Bagi Za'ba "To me a man's value is
only estimated by grandeur of his ideas and his achievement as influencing the thought and
destinies of mankind for good, not by the gradeur of his 'title' or by his own estimate of
himself.....".

Secara kesimpulannya ialah pada peringkat awal (1916-1923), Za'ba merupakan


idealis yang berani mengkritik kelemahan pemerintah, golongan pembnesar serta orang
melayu secara terbuka melalui media umum. Manakala Peringkat ( 1924 -1950 ),
pengawasan yang rapi daripada pihak pemerintah meyebabkan corak perjuangannya lebih
sederhana dan pragmatis. Walaubagaimanapun bentuk beliau menyemarakkan idea
pemikirannya terhadap bangsa melayu ketika itu tidaklah menjadi persoalan besar,

83
MELAYU BARU MELAYU LAMA

pokoknya usahanya dan sumbangannya mesti dikaji kerana semuanya itu dapat
menyemaikan bibit-bibit semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari
kongkongan pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari
ini yang jauh dan buta daripada perjuangannya itu.

Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)

Tragedi pemikiran Melayu

Prof. Diraja Ungku Aziz terlibzt aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat melayu
sejak zaman sebelum merdeka lagi. KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada
saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka
menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang
Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat
menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk
berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati
orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang
Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa
yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang
dihasilkan oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik
pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini
semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah. Itu pengaruh
penjajah. Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap

84
MELAYU BARU MELAYU LAMA

tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap
pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains


dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya. Malangnya, di
Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka
di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa? Di negara kita, pelajar tidak
berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak
wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik. Sikap
negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang
saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada
hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk
lihat apa manifestasi hantu. Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan
tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang
akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini
sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai


Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains,
kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan
hendakkan kebebasan. Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang
Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja
dia, ajar Melayu buat bakul. Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers
Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun. Telah ada
banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan
dasar yang mengongkong minda Melayu. Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka,
minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila
hendak kuasa dan hendak jadi kaya. Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak
berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

85
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh
memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini sentiasa ada
sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada
tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan
1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu
pada dekad-dekad terakhir ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya. Sebagai
seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang
mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah. Contohnya pada akhir tahun
1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal
asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang


terutamanya untuk wanita. Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar
gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja
kilang. Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan,
tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan
Melaka? Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah
menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-
an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran
budak-budak perempuan Melayu. Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu
pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal
selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini
berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan,
tetapi akhirnya bercerai juga. Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier
baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak
bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

86
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata
lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin
dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat
anak susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak
diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja. Tetapi masyarakat Melayu tidak faham
keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran
konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar
di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan
tinggi. Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia
mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada
perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku secara tidak
sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga
progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu. Bagaimanapun, kadang-
kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya
pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik
tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-
nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak. Minda Melayu tidak dapat memikul
ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka
sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu.
Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia
sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa
tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya
menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh
Barat, peranan media massa, politik serta agama. Kita memang berubah sedikit dari segi
lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.
Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak

87
MELAYU BARU MELAYU LAMA

dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO
mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan. Kita hendak menjadi apa yang
Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan
istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi
orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang
Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap. Tetapi itulah
minda Melayu sekarang. Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen
terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku
mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

Tun Dato’ Seri Utama Dr. Mahathir Bin Mohamad

Pengasas negara maju

Beliau akan dikenang sebagai arkitek pembangunan sebuah Malaysia yang moden
dan mampu mengamalkan demokrasi dengan ekonomi yang berjaya. Di bawah beliau juga
Malaysia dianggap sebagai negara model dalaman dimana warga melayu dan bukan melayu
boleh hidup dengan harmoni. Beliau berjaya menguruskan masalah-masalah mentadbir
penduduk pelbagai kaum dan pelbagai kepercayaan dengan baik.

Selama dua dekad menerajui negara, beliau telah menjadikan Malaysia sebuah
negara yang moden dalam kalangan dunia membangun. Dalam kalangan negara OIC
(Persidangan Negara Islam), Malaysia dianggap sebagai sebuah negara islam contoh. Dalam
tempoh itu juga, ekonomi Malaysia yang dari segi tradisi bergantung kepada getah dan bijih
timah berjaya ditranformasikan. Sektor perkilangan, industri dan perkhidmatan berjaya
dibangunkan untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara bersama dengan sawit,
patroleum dan gas. Beliau turut membangunkan sektor industri berat. Pada 1984 beliau
melancarkan pembuatan kereta nasional, proton dan diikuti dengan perodua. Dasar
penswastakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kerajaan juga diperkenalkan secara

88
MELAYU BARU MELAYU LAMA

agresif. Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom adalah antara yang awal diswastakan,
diikuti dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain selepas itu.

Beliau juga memperkenalkan dasar-dasar yang mesra perniagaan yang menekankan


bahawa bisnes perlu mengalami pertumbuhan, nilai perlu ditokok tambah dan daya saing
perlu dipertahankan di peringkat antarabangsa.untuk membantu matlamat ini semua,
kerajaan membuat pelaburan besar dalam sektor pendidikan iaitu dari sekolah rendah
hingga ke universiti. Bidang pendidikan juga diliberalkan dengan menggalakkan penubuhan
institusi pengajian tinggi swasta dan pengenalan program ijazah tinggi kembar dengan
universiti-universiti ternama di luar negara.universiti-universiti tempatan pula diberi
rangsangan untuk meningkatkan pengajian dalam bidang sains dan teknologi. Hasratnya
adalah untuk mengeluarkan pekerja berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran. Sebuah
Taman Teknologi bernilai berbilion ringgit dengan Koridor Raya Multimedia (MSC)
ditubuhkan.

Sebagai persiapan untuk masa depan, beliau membangunkan Putrajaya sebagai


pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru. Sebuah lapangan terbang bertaraf
dunia KLIA (Kuala Lumpur International Airport) juga dibina. Infrastruktur bertaraf kelas
pertama seperti Lebuh Raya Utara Selatan, kemudahan-kemudahan pelabuhan turut
dibangunkan. Rancangan beliau yang terakhir ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju sepenuhnya pada 2020. Tetapi belaiu mahu Malaysia maju dengan acuan
sendiri seperti yang digariskan di bawah wawasan 2020. Semilan ciri khas dikenalpasti
seperti berikut: maju sebagai sebuah negara yang bersatu padu, memiliki sebuah
masyarakat yang bebas, teguh, terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga
dengan keadaan-keadaannya, membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat
demokratis yang matang, membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri moral etikanya
dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh ditunjangi oleh
budi pekerti yang luhur, membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif,
berdaya cipta, berpandangan jauh ke hari muka, membentuk sebuah masyarakat yang
berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang mementingkan masyarakat
daripada diri sendiri, menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya dan

89
MELAYU BARU MELAYU LAMA

akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu
menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.
Beliau juga menyuntik semangat Malaysia Boleh dalam kalangan warganya untuk
mencipta pelbagai rekod dunia. Hasilnya, pelayar Azhar Mansor mengelilingi dunia secara
solodengan kapal layarnya. Sekumpulan anak muda yang mendaki gunung tertinggi dunia
iaitu Gunung Everest, perenang Malek Mydin menjadi anak Malaysia pertama yang
menyeberangi Selat Inggeris tanpa henti. Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir pula melakukan ekspidisi solo merentasi Kutub Selatan.
Dalam hubungan antarabangsa pula, beliau mengamalkan dasar luar yang proaktif. Beliau
menjalinkan hubungan yang akrab dengan negara-negara membangun yang lain melalui
Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan OIC. Beliau menjadi jurucakap memperjuangkan
kepentingan negara-negara membangun daripada penindasan negara-negara maju atau
dunia pertama. Beliau secara berani dan lantang menelanjangi ketidakadilan, kepura-puraan
dan sikap talam dua muka kuasa-kuasa besar yang cakap lain buat lain. Perbuatan tidak
bertanggungjawab Amerika menceroboh Iraq dan menggunakan Majlis Keselamatan
Bangsa-Bangsa Bersatu dikritik. Beliau adalah antara yang lantang mengesyorkan supaya
struktur kuasa badandunia itu disusun semula untuk mencerminkan realiti hari ini supaya ia
selari dengan amalan-amalan demokrasi.

Sebagai Perdana Menteri, beliaumemulakan tugasnya dengan langkah yang pasti.


Beliau mewajibkan pegawai kerajaan memakai tanda nama, mengetip perakam waktu
datang dan pulang dari kerja. Beliau kemudiannya menyeragamkan waktu antara
semenanjung denga sabah dan sarawak, memperkenalkan dasar Bersih, Cekap dan Amanah.
Nilai-nilai islam diterapkan di dalam sektor awam secara sistematik. Secara berani beliau
melaksanakan Dasar Pandang ke Timur dengan menjadikan Jepun dan Korea Selatan
sebagai contoh pembangunan. Pada waktu yang sama beliau melancarkan dasar
memulaukan pembelian barangan British menerusi dasar “buy British last”, walaupun buat
seketika.

Dato’ Seri Anwar bin Datuk Ibrahim

Reformasi Pendidikan

90
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Reformasi pendidikan ini telah dibuat pada tahun 1989 iaitu semasa datuk sri Anwar
Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan. Dalam merumuskan dan menentukanFalsafah
Pendidikan Negara (sekarang FPK) kita, selain mengikat diri kita dengan faktor sejarah dan
ketuanan bangsa, bagi menjamin kesinambungan yang harus tekal, maka gagasan dan
wawasan yang harus kita kembangkan haruslah asli, sesuai dengan iklim, suasana dan
persekitaran politik, sosial dan ekonomi setempat. Inilah yang disebut gagasan idea
pendorong bagi kita. Dan dalam konteks ini pulalah harus kita lihat reformasi pendidikan
negara.

Sejak sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan perakuan-perakuan


Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960) dan Akta Pelajaran (1961), beberapa
perkembangan telah berlaku sehingga telah berlaku sehingga kajian semula perlu dibuat ke
atas sistem tersebut dari semasa ke semasa. Dalam tahun 1979, umpamanya, jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran , yang dipengerusikan olah Dato’ Seri Dr.
Mahathir Mohamad selaku Menteri Pelajaran pada ketika itu, telah membuat beberapa
perakuan penting ke arah memperkemas pelaksanaan sistem pendidikan. Sebahagian besar
perakuan itu telah dilaksanakan.

Pada tahun 1987, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa
Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula Akta Pelajaran 1961 secara menyeluruh ke
arah menentukan apakah reformasi yang perlu dilaksanakan untuk memperkukuh
pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan kita. Kajian semula Akta Pelajaran 1961 itu
sedang giat kita lakukan. Kajian semula itu perlu merangkum beberapa isu pokok yang kini
menjadi keprihatinan kita bersama.

Isu pertama yang beliau kaji pada waktu itu ialah melibatkan penyataan Falsafah
Matlamat Pendidikan Negara. Dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Negara, kita perlu
pula mencari strategi yang sesuai bagi merealisasikan hasrat falsafah tersebut untuk
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis. Falsafah pendidikan
itu juga menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan kita supaya semua
program dan aktiviti pendidikan merupakan pancaran prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang

91
MELAYU BARU MELAYU LAMA

terkandung dalam falsafah tersebut. Falsafah Pendidikan Negara kita bukanlah semestinya
sesuatu yang baru. Falsafah tersebut harus diikat dan dihubungkan dengan asas kekuatan
falsafah yang sedia ada. Falsafah Pendidikan Negara dalam bentuknya yang baru ini
berasaskan penyataan matlamat dalam Penyata Razak (1956), yang dikembangkan dalam
Penyata Rahman Talib (1960) dan diperluas dalam Penyata Mahathir (1979). Tugas kita ialah
merumuskan matlamat dan idea-idea dibelakangnya secara keseluruhan. Rumusan itu harus
menggabungkan keperluan sejarah ketuanan bangsa, keperluan semasa itu termasuklah
keperluan yang disebut ‘utility’ iaitu keperluan melatih generasi muda dalam bidang
kemahiran dan ketrampilan untuk memungkinkan anak-anak kita bekerja dan bertugas
sebagai tenaga terlatih dan tenaga mahir dalam sistem ekonomi yang pesat berubah dalam
masyarakat teknologi dan industri.

Isu kedua, sehubungan dengan reformasi pendidikan ialah bahasa kebangsaan iaitu
bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan. Kedudukan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar perlu dimantapkan supaya mampu menjadi
bahasa ilmu dan bahasa pengantar yang berkesan di semua peringkat. Di samping itu,
penguasaan bahasa inggeris oleh murid-murid perlu diperkukuhkan supaya bahasa itu
menjadi bahasa kedua yang berkesan. Kita perlu juga menentukan bahawa murid-murid
diberi peluang yang lebih untuk mempelajari bahasa Cina, Arab, Tamil, Perancis, Jepun dan
lain-lain.

Isu bahasa ini berhubungan pula dengan isu yang ketiga reformasi pendidikan ialah
perpaduan. Tidak dapat dinafikan bahawa kita telah mencapai kemajuan dalam usaha untuk
memupuk perpaduan negara dan integrasi kaum. Walau bagaimanapun, cara-cara dan
strategi baru perlu difikirkan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi ini. Umpamanya,
usaha-usaha memupuk dan meningkatkan rasa cinta kepada negara melalui mata pelajaran
sejarah perlu dipergiatkan lagi. Strategi-strategi lain perlu juga difikirkan bagi mencapai
hasrat ini. Asas yang telah dilelapkan sejak tahun 1956 yang menekankan soal penyatuan
negara dan perpaduan kaum melalui sistem pendidikan dengan bahasa pengantar utama,
akan tetap dipertahankan. Dengan demikian, tidaklah perlu ditimbulkan perbincangan,
polemik dan perbahasan yang acapkali terkeluar daripada dasar yang telah ditetapkan itu
iaitu sitem pendidikan hendaklah menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar

92
MELAYU BARU MELAYU LAMA

utama dengan tujuan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Soal ini,
dengan kata lain, merupakan dasar yang sudah selesai. Apabila kita membicarakan soal
reformasi , yang kita maksudkan reformasi yang harus terpisah daripada asas yang sudah
diterima tadi.

Isu keempat sehubungan dengan reformasi pendidikan ialah pendidikan ke arah


membentuk insan. Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
bertujuan untuk membina masyarakat yang bertaqwa, berdisiplin dan progresif.namun
begitu, strategi pengajaran yang berkesan perlu diadakan supaya nilai-nilai yang hendak
diterapkan benar-benar dapat dihayati dan diamalkan. Bagi mengimbangi ciri universal
dengan kekuatan induk. Kita mewajibkan mata pelajaran sejarah bagi semua pelajar dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kurikulum sejarah harus cukup menyakinkan
untuk membina asas pemahaman yang kukuh mengenai negara, sejarah pertubuhannya dan
rationale penggubalan perlembagaan dan dasar-dasar utama negara. Kita juga menginsafi
kenyataan bahawa falsafah murni jika tidak diterjemahkan ke dalam kurikulum secara
terperinci, perancangan yang teratur, kaedah latihan guru yang cukup baik dan pengurusan
sekolah yang berkesan, akan tinggal sebagai penyataan falsafah sahaja. Oleh itu, yang perlu
ditekankan juga ialah penyediaan beberapa strategi pada peringkat pelaksanaan.

Isu kelima ialah berhubung dengan reformasi pendidikan ialah pendemokrasian


pendidikan daripada segi peluang dan mutu di semua peringkat pendidikan. Ini memerlukan
pengagihan peruntukan secara adil dengan memberikan tumpuan khusus kepada kawasan
luar bandar di semenanjung, kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak serta kawasan-
kawasan yang sesak dan miskin di bandar-bandar. Apabila disebut ‘pendemokrasian
pendidikan’ maksudnya bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah
‘democratization of access to quality education’ atau “peluang mendapat pendidikan
bermutu”. Daripada segi kemudahan dan prasarana atau infrastruktur pendidikan luar
bansar, Malaysia boleh dikatakan di antara negara membangun yang mencatat rekod yang
cemerlang. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita harus berpuas hati kerana kita
tidak wajar mencatat rekod kejayaan berbanding dengan negara-negara yang lebih mundur
dan dhaif. Tetapi apabila kita katakan pendemokrasian, kita harus melihatnya daripada segi
perbandingan di antara bandar dan luar bandarserta daripada segi Malaysia dengan negara-

93
MELAYU BARU MELAYU LAMA

negara yang lebih maju lagi, termasuk negara maju di rantau ini. Jika kita enggan melihat
tahap pencapaian negara kita berbanding dengan negara-negara ini kita akan menjadi lebih
jumid, terkongkong dalam kepompong atau ‘cocoon’, terselubung seperti kata pepatah
Melayu hidup bagai katak di bawah tempurung.

Isu keenam dalam reformasi pendidikan ialah hasrat untuk membangun negara
dengan lebih pesat melalui Dasar Pertanian Negara dan Pelan Induk Perindustrian. Untuk
memenuhi hasrat ini, keupayaan generasi muda dalam bidang sains dan teknologi perlu
ditingkatkan.dengan itu, peluang dan kemudahan pendidikan vokasional dan teknologi perlu
diperbanyak dan diperluaskan. Sistem pendidikan harus sesuai dengan tuntutan
persekitaran dan keperluan semasa serta masa hadapan. Oleh yang demikian, kita dituntut
juga supaya memperkenalkan bidang ilmu baru, termasuklah yang kini ditekankan seperti
informatik, yang di dalamnya termasuk komputer. Bidang ini harus diajarkan dan harus
diperkenalkan di universiti dan di sekolah-sekolah. Pendidikan ialah pelaburan jangka
panjang untuk menyediakan tanaga mahir generasi baru yang akan menjawab cabaran yang
akan datang.
Sebenarnya, pendidikan dihubungkan dengan usaha menyongsong dan melihat
kedudukan pada hari muka. Jika kita tidak bersedia untuk melengkapkan diri anak-anak kita
menghadapi masa depan mereka, maka sistem pendidikan kita akan dianggap gagal atau
separuh gagal. Apakah persediaan yang harus dibuat bagi menyediakan mereka menghadapi
hari muka? Persediaan itu meliputi usaha membina ketrampilan murid untuk menyesuaikan
diri dengan keadaan yang berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan dalam lapangan
industri. Ini bermakna kita pelu memberikan pengajaran yang berkesan dalam bidang-
bidang sains, teknologi, informatik, yan antara lain meliputi matematik dan komputer. Selain
menambah bidang ilmu, pendidikan dan latihan dalam bidang vokasional dan teknikao perlu
juga ditambah.

Isu terakhir sehubungan dengan gerakan reformasi pendidikan ialah pelepasan diri
dari kongkonganvpemikiran yang sempit. Pemikiran sempit kita itu mestilah diubah supaya
kita dapat melihat gejala dalam persekitaran kita dengan sikap keterbukaan atau
‘globalisation’. Oleh sebab itulah dalam falsafah pendidikan, kita masukkan matlamat
pembinaan insan dalam konteks yang sarwajagat atau global sifatnya. Amatlah tidak benar

94
MELAYU BARU MELAYU LAMA

jika dikatakan bahawa sikap keterbukaan itu bermaksud kita mengetepikan Melayu atau
mengetepikan Malaysia. Yang kita maksudkan ialah kesejagatan yang berpijak pada suasana
Malaysia. Pernah diungkapkan kata-kata: manusia Melayu itu hendaklah berakar nasional
dan berakal global. Kita harus menerima kenyataan bahawa sistem pendidikan perlu
berubah mengikut masa. Ertiya,reformasi pendidikan harus berlaku.

Sementara itu, kita hendaklah memastikan bahawa peluang yang ada digunakan dan
dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan kenyataan bahawa
peluang sekarang adalah jauh lebih baik daripada keadaan sebelumnya. Dan
mempergunakan peluang kini bermakna menghadapi persaingan yang lebih sengit. Kita
tidak hidup dalam satu kekosongan. Sebaliknya kita hidup dalam dunia yang penuh dengan
cabaran dan persaingan. Dalam konteks Malaysia, persaingan itu terutamanya ialah antara
bandar dengan luar bandar dan antara kaum. Tugas kita adalah memastikan bahawa kita
menggunakan peluang-peluang yang disediakan dengan sebaik mungkin. Bukan hanya
sekadar daya saing atau ‘competitiveness’ dalam kalangan kia sesama sendiri. Daya saing itu
harus diperluas dalam konteks kawasan, dalam konteks rantau dan dalam konteks dunia
yang menjadikan persaingan itu global sifatnya iaitu persaingan yang ada hubungkaitnya
dengan ‘competitive advantage’ negara kita dengan negara-negara lain.hal-hal ini paling
kitikal untuk menjamin masa depan Malaysia dengan negara-negara serantau dan sedunia.
Persaingan dan kecemerlangan ditekankan sebagai persediaan mengharungi dekad-dekad
yang leih mencabar. Pendidikan dalam konteks ini adalah bersifat futuristik. Kita
mewajibkan pelajaran sejarah supaya pelajar-pelajar kita mempunyai kesedaran sejarah dan
memahami the unic Malaysian experience, pengalaman Malaysia yang unik supaya kita
tidak terlalu terlalu terpesona dengan pengalaman orang lain sehingga melupakan kekayaan
pengalaman masyarakat sendiri. Tetapi memahami pengalaman sejarah bukan bermakna
kita mengambil langkah untuk kembali ke zaman lampau atau dibelenggu oleh rasa
nostalgia sehingga mengambil sikap yang tidak realistik dalam persoalan sosial, ekonomi
dan teknologi yang berubah begitu pantas.

Sebagai bangs dan umat yang merdeka, sistem pendidikan kita harus melahirkan
jiwa merdeka yang berani melihat masa depan berdasarkan perspektif dan nilai umat kita,
bukan pandangan yang dipaksakan kepada kita. Benar bahawa kita harus bersifat realistik

95
MELAYU BARU MELAYU LAMA

dan memahami situasi global dan hakikat interdpendence, dengan kita merupakan bahagian
dalam global village itu. Tetapi kita perlua ada keberanian untuk menenukan masa depan
umat kita. Perubahan yang amat pesat dalam alam teknologi harus dijadikan cabaran daya
fikir untuk merumuskan dasar-dasar penggunaan teknologi yang sesuai dengan nilai hidup
dan untuk menjamin kestabilan alam sekitar.

Dato' Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi

Pendekatan islam hadhari

Selaras dengan islam sebagai agama rasmi Malaysia kerajaan telah memperkenalkan
“Islam Hadhari” sebagai satu pendekatan baharu dalam memacu agenda pembangunan
negara ke arah merealisasikan negara maju berdasarkan acuan sendiri sebagaimana yang
termaktub dalam Wawasan 2020. Pendekatan Ialam Hadhari diperkenalkan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agong
UMNO kali ke-55 pada 23 September 2003. Islam Hadhari bukanlah satu ajaran atau
mazhab baharu tetapi iaitu satu pendekatan bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang
kesempurnaan ajaran islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Tambahan
pula, pendekatan Islam Hadhari yang menitikberatkan keharmonian hubungan etnik ini
telah pun wujud pada zaman awal islam lagi.
Pada zaman islam tersebut Nabi Muhammad SAW telah memeterai perjanjian
dengan pelbagai kumpulan etnik yang mendiami kota Madinah sebagaimana yang
digambarkan dalam Piagam Madinah (sebuah perlembagaan negara bertulis yang pertama
di dunia). Di samping itu, Islam Hadhari juga merupakan satu pendekatan yang ingin
membawa kemajuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan anutan
agama mereka. Oleh itu, islam hadhari sebagai satu pendekatan juga harus difahami oleh
semua lapisan masyarakat terutamanya di negara seperti Malaysia yang bersifat multietnik
agar tidak disalahtafsirkan sehingga menjadi isu yang boleh membawa kepada perpecahan
dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pendekatan islam hadhari bertujuan menjana kemajuan manusia untuk


pembangunan fizikal, spiritual, pembangunan insan, pembangunan ilmu demi kemajuan

96
MELAYU BARU MELAYU LAMA

hidup di dunia dan di akhirat. Sepuluh prinsip yang diperkenalkan dalam Pendekatan Islam
Hadhari akan memberi kebaikan kepada semua masyarakat tanpa mengira agama. Bagi
mereka yang beragama islam, prinsip-prinsip tersebut menepati maqasid syariat (tujuan-
tujuan syariah) terutama dalam menyelamatkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Pendekatan Islam Hadhari akan memberi kebaikan seperti Kerajaan Adil dan
Beramanah, Rakyat berjiwa Merdeka, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Pembangunan
Ekonomi Seimbang dan Komprehensif, Kehidupan Berkualiti, Pembelaan Hak Kumpulan
Minoriti dan Wanita, Keutuhan Budaya dan Moral, Pemeliharaan Alam Semulajadi dan
Kekuatan Pertahanan perlu dihayati bagi melahirkan masyarakat yang harmonis dan bersatu
padu.

Pendekatan Islam Hadhari yang hendak disampaikan amat komprehensif dan


menyeluruh dan sewajarnya dilaksanakan secara jujur dan berterusan dalam dunia ini
sekiranya manusia sejagat ingin hidup dalam satu dunia yang sejahtera dan aman. Keadaan
ini selari dengan kehendak dan hikmah kejadian manusia yang dicipta dalam kepelbagaian
bangsa, kaum dan suku, lelaki dan wanita agar saling mengenali, berkasih sayang, tolong
menolong antara satu dengan yang lain bukan untuk berpecah belah dan bermusuh-
musuhan.

Untuk mencapa hasrat dan aspirasi ini, maka seluruh umat manusia perlu
mempelajari dan memahami sosiobuudaya sesuatu kaum dan bangsa lain secara lebih
mendalam. Sekalipun perkongsian ilmu dan kerjasama dalam segala bidang pengetahuan
antara manusia telah dapat mewujudkan kemajuan manusia sejagat selari dengan konsep
Pendekatan Islam Hadhari, namun begitu sikap tamak dan mementingkan diri sendiri
sesetengah pihak boleh mencetuskan pergeseran, permusuhan dan perpecahan. Hal ini
akan membantut usaha memaju dan membangunkan negara. Pendekatan Islam Hadhari
yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, bukan hanya untuk kelompok dan
golongan tertentu sahaja, malah perlu dikuasai oleh semua bangsa tanpa dibatasi oleh
sempadan geografi. Hal ini menunjukkan sikap akomodatif Islam dalam mendapatkan ilmu
tanpa ada perbezaan antara masyarakat islam dan bukan islam.

97
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Selain itu, prinsip kerajaan yan adil dan amanah enjadi pemangkin dan pendorong ke
arah tercetusnya sistem ekonomi agar kekayaan negara dapat diagihkan secara adil dan
saksama. Tindakan ini merupakan satu instrumen penting bagaimana pembahagian
kekayaan dan harta dapat diwujudkan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu
padu. Walaupun prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ditekankan dalam
masyarakat Hadhari, ini tidaklah bermakna kebebasan agama disekat. Manusia yang
berilmu seharusnya tahu membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Kefahaman
terhadap konsep patriotisme yang membawa maksud sayang akan bangsa dan negara
adalah selari dengan prinsip rakyat yang berjiwa merdeka sebagaimana saranan dalam
Pendekatan Islam Hadhari.

Sekiranya masyarakat tidak memiliki jiwa yang merdeka, akan menyebabkan


berlakunya penjajahan sama ada secara langsung atau tidak ke atas sesebuah negara.
Akibatnya masih banyak negara di dunia ini terjajah dab terbelenggu dengan krisis ekonomi
dan politik yang begitu serius dan dengan mudah mencetuskan kekacauan kaum, perang
saudara serta kehadiran kerajaan boneka penjajah dengan segala kekejaman dan dasar kuku
besinya. Kehadiran penjajah pada hakikatnya tidak disenangi terutamanya dalam kalangan
anak watan yang mempunyai semangat cinta kepada negara atau tanah air mereka.

BAB 6
KESAN PERUBAHAN MELAYU LAMA KEPADA MELAYU BARU

Kesan perubahan berlaku apabila bangsa Melayu mulai melupakan tradisi atau
budaya sendiri dalam usaha hendak menjadi bangsa yang maju dengan melihat proses
globalisasi yang berlaku sekarang sebagai cabaran utama, padahal cabaran yang lebih serius
datangnya dari dalam diri bangsa Melayu itu dan dari dalam negera sendiri. Kita sering
mendengar orang berkata bahawa manusia hendaklah berubah mengikut zaman. Hal ini

98
MELAYU BARU MELAYU LAMA

timbul kerana implikasinya terhadap masalah perubahan dan kemajuan manusia sangat luas
dan kompleks mengikut zaman. Perubahan yang berlaku menyebabkan pelbagai kesan yang
timbul dari Melayu lama ke Melayu baru. Terdapat pelbagai kesan dari perubahan tersebut
iaitu dari segi pemikiran atau kepercayaan manusia, poltik, ekonomi, budaya, pendidikan
dan bahasa.

Pemikiran

Pemikiran merupakan suatu bidang baru dalam ilmu sejarah. Setiap masyarakat
memiliki aliran pemikiran yang tersendiri dan ia berkembang mengikut peredaran masa.
Masyarakat Melayu mengalaminya dan perubahan secara evolusi bermula dengan
pegangan kepada konsep kepercayaan Paganisme, Animisme, Hindu-Budha, Islam dan
Sekularisme. Dalam perkembangan dari segi pemikiran ini, didapati perubahan dalam
pegangan masyarakat Melayu turut dipengaruhi oleh konsep-konsep tersebut. Setiap alam
pemikiran, ini membawa kepada pegangan dan amalan yang berbeza-beza, menyebabkan
berlakunya pertembungan pemikiran dalam budaya Melayu.

Namun kebaikannya ialah masyarakat Melayu mengalami proses perubahan minda


atau disebut anjakan paradigma. Daripada sebuah alam pemikiran yang tertutup kepada
sebuah alam pemikiran yang lebih liberal. Sebagai contoh, seniman dan pemikir Melayu
dahulu kala mampu menggunakan bahasa Melayu dengan betul maka kita pada hari ini
dapat mengetahui kebijaksanaan dan pemikiran Melayu yang original, yang kreatif melalui
karya seperti pepatah, peribahasa dan puisi tradisional Melayu itu. Hari ini nampaknya
orang Melayu sedang mengalami pelbagai masalah pemikiran kerana orang Melayu
terpengaruh dengan ideologi bahawa untuk maju seterusnya mereka diseru supaya berfikir
dan menuntut ilmu dalam bahasa asing untuk menjadi ‘bangsa yang maju’.

Akhirnya, ilmu yang mereka perolehi dalam bahasa sendiri, walaupun tinggi dan
bermutu, tidak akan diiktiraf layak untuk mendapat pekerjaan dalam sektor swasta di
negara ini. Proses perubahan pemikiran sebenarnya berlaku di mana-mana sahaja dan ia
turut dialami dalam semua masyarakat manusia. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan

99
MELAYU BARU MELAYU LAMA

juga bahawa dalam proses perkembangan pemikiran tersebut, sedikit sebanyak akan
mewujudkan konflik antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pada kebiasaannya
konflik ini akan berlaku antara golongan pembaharuan dengan golongan tradisional atau
antara golongan moden dengan golongan konservatif. Ia turut dialami oleh masyarakat
Melayu.

Setakat mana budaya fikir ini telah mendatangkan kesan kepada pemikiran Melayu
merupakan persoalan yang mugkin maseh belum dijawab dengan memuaskan. Namun, apa
yang jelas ialah budaya fikir tersebut dianggap sebagai tidak memainkan peranan yang besar
dalam membentuk ciri-ciri utama Weltanschauung Melayu tradisional (lama). Orang Melayu
tradisional menghayati satu pandangan alam yang dianggap unggul dari segi kaca mata
pandangan moden semasa. Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini
sebagai penuh dengan makna halus, simbolisme transenden, gurindam dan syair.
Pandangan mereka tidak hanya terhad kepada manifestasi material alam. Bahkan bagi
mereka dimensi fizikal, dimensi yang amat penting bagi sains dan teknologi moden,
hanyalah satu manifestasi kecil fenomena alam yang amat luas. Bagi mereka kewujudan
alam fizikal yang telus kepada pandangan kasar ini sebenarnya bergantung kepada dimensi
alam hakikat dan ruh yang maha seni.

Penghayatan pandangan ini, jelas dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan
seharian dan amalan kemasyarakatan mereka. Ciri keunggulan lain yang wujud dalam
budaya fikir orang Melayu tradisional ialah kepentingan kehidupan harmoni dengan alam
tabii. Prinsip keharmonian ini dihayati melalui ritual dan manisfestasi kebudayaan. Ritual
dan manifestasi kebudayaan tersebut biasanya digariskan oleh semiotik tabii dan kosmologi
kebudayaan yang diwarisi dan dimantapkan generasi demi generasi. Pemantapan ini dicapai
melalui pemeliharaan adat resam dan petua kemasyarakatan.

Kita telah perhatikan bahawa perkembangan semiotik tabii dan kosmologi


kebudayaan generasi-generasi tersebut juga dimantapkan melalui penyerapan pelbagai
unsur yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli. Unsur-unsur luar tersebut datang
daripada timur dan barat. Pengaruh Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan antara
yang menyumbang kepada pembentukan semiotik dan kosmologi Melayu. Namun
demikian, intipati semiotik dan kosmologi Melayu masih terpelihara. Pada asasnya intipati

100
MELAYU BARU MELAYU LAMA

semiotik Melayu ada hubungannya dengan kepelbagaian dimensi yang wujud pandangan
alam Melayu. Intipati ini, antara lain, ialah mengenai kepercayaan bahawa alam fizikal ini
hanyalah manifestasi kecil atau hijab bagi alam metafizik. Dalam kosmologi Melayu,
misalnya, alam tabii dianggap penuh dengan unsur-unsur ghaib dan mistik. Haiwan,
tumbuh-tumbuhan, dan bahkan batu-batan cenderung dilihat daripada sudut simbolisme
transendentalnya berbanding daripada sudut manifestasi fizik dan duniawinya.

Oleh itu dalam "alam Melayu," tidak hairanlah haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-
batan mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang
pujangga manusia. Walaupun dalam dongeng masyarakat barat alam seperti itu wujud,
namum senario dalam alam Melayu itu bukan sekadar gambaran dongeng bagi tujuan
hiburan. Ia merupakan satu kenyataan yang diterima oleh pandangan alam Melayu. Sebab
itulah dalam alam Melayu, manusia (khasnya syaman, pawang, bomor, sufi dan wali Allah)
berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima
dan untuk dibayangkan oleh manusia sekular. Ilmu bertinterkasi tersebut juga merupakan
antara yang sangat dihargai kerana ia membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup
berharmoni dengan alam tabii.

Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk
lain selain sesama manusia hanya mungkin berlaku dalam cerita dogeng. Dalam dunia
Melayu, hal tersebut tidak dianggap dongeng atau fiksyen semata-mata. Kepercayaan dan
pandangan alam mereka dianggap bertentangan dengan kenyataan moden atau pandangan
sains, namun hampir tidak ada langsung manusia Melayu tradisional yang akan menidakkan
kosmologi mereka. Pada umumnya orang Melayu masih terikat dengan Weltanschauung
tradisional dan gagasan budaya fikir Melayu. Gagasan iniboleh disimpulkan sebagai melihat
alam tabii ini penuh dengan simbolisme semantik, gurindam dan syair.
Penghayatanpandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam penghayatan
ritual dan manisfestasi kebudayaan

Politik

Jika kita memerhatikan suasana politik sedunia hari ini, maka dapatlah disimpulkan
bahawa negara bangsa masih merupakan perkelompokan politik yang paling dominan di

101
MELAYU BARU MELAYU LAMA

kalangan masyarakat dunia. Kesedaran politik orang Melayu ini kemudiannya diperkembang
terus dalam badan-badan yang berusaha menggembleng sentimen kemelayuan dan
keislaman. Dalam bidang politik, kuasa demokrasi Melayu tidak lagi sekuat dahulu. Dalam
pilihan raya 1955, 85% kerusi Dewan Perundangan Persekutuan berada dalam tangan
UMNO ( satu kerusi Parti Islam SeMalaya atau Pas hari ini ). Hari ini jumlah kerusi Parlimen
yang dipegang oleh UMNO atau orang Melayu hanya lebih kurang 55% sahaja. Para
pemimpin politik Melayu sendiri mengakui keadaan ini apabila mereka berkata bahawa
orang Melayu terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu untuk terus berkuasa atau
berkongsi kuasa di negara ini, padahal lebih 65% daripada penduduk Semenanjung Tanah
Melayu adalah orang Melayu. Dalam Barisan Nasional (BN), hanya ada sebuah sahaja parti
Melayu, iaitu UMNO, tidak ada parti Melayu lain. Ini bererti, merosotnya kuasa politik
UMNO dan menurunnya ‘kuota’ kuasa pemerintahan Melayu, lemahlah kuasa politik bangsa
Melayu di Malaysia. Perubahan sistem kepimpinan bangsa Melayu dari sistem lama yang
dikatakan bercorak ‘feudal’ kepada sistem baru yang boleh disebut ‘sistem kepimpinan
politik’ yang berlaku dalam persekitaran baru, iaitu persekitaran demokrasi dan ekonomi
kapitalisme yang mementingkan persaingan, lalu keadaan ini menjadikan manusia lebih
bersifat individualistik, mementingkan diri sendiri,menggantikan struktur sosial ‘tradisional’
berdasarkan kesedaran dan tanggungjawab bersama, tanggungjawab komuniti.

Dari sudut politik, perkembangan terkini yang berlaku di Cambodia amat menarik.
Cambodia bergerak ke arah satu sistem politik hasil campuran antara tradisi Inggeris dan
Amerika. Selepas memperkenalkan sistem pilihanraya tiga penggal yang lepas, Cambodia
bukan sahaja telah mengembalikan demokrasi tetapi juga sistem monarkinya. Perubahan ke
arah sistem demokrasi yang relatif pantas selepas Cambodia di bawah cengkaman regim
komunis Pol Pot adalah sesuatu yang memberangsangkan. Mengikut sistem yang diamalkan
di Amerika Syarikat, Cambodia memilih ahli–ahli senat dan parlimen mereka. Ini sesuatu
yang menarik dan agak menyimpang dari sistem Inggeris seperti yang diramalkan di
Malaysia di mana ahli – ahli senat adalah dilantik. Cabaran politik yang bersifat ideologikal
yang boleh membantut pertumbuhan ekonomi yang stabil, nampaknya sudah berkurangan
kerana secara umunya negara – negara sedang membangun seperti Asia Tenggara sudah
pun bergerak dan lebih selesa dengan nilai politik yang dikenali sebagai ‘pendemokrasian’
yang dianggap oleh Huntington sebagai ‘gelombang ketiga’ (Hungtington, 1991). Penyatuan

102
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Vietnam Utara dan Selatan dan gerakan pendemokrasian di Myanmar nampaknya semacam
membenarkan tesis Hungtington.

Ekonomi

Demi melemahkan kedudukan orang Melayu supaya tidak dapat bangun menentang
penjajah, mereka telah disisihkan dalam proses pembangunan ekonomi dan perdagangan di
tanah air mereka sendiri pada zaman penjajahan, orang Melayu secara terhormat mendiami
kawasan luar bandar untuk melakukan pekerjaan pertanian sekadar cukup untuk keperluan
dalam kehidupan seharian. Sementara segala sektor ekonomi diberikan kepada pekerja-
pekerja asing yang dibawa dari luar. Oleh kerana tersisih jauh di pedalaman orang Melayu
tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi.

Kesan terhadap ekonomi turut berlaku sama ada positif atau negatif. Masalah yang
sering dihadapi oleh manusia dalam zaman Melayu baru melalui ekonomi bebas hari ini
ialah masyarakat tidak tahu lagi bagaimana hendak menjaga pintu rumahnya atau
sempadan budayanya daripada dimasuki atau dicerobohi. Melayu lama tidak menjadi kaum
pedagang kerana mereka ditolak ke pendalaman menjadi kaum petani dan pekebun kecil
oleh dasar kuasa luar British. Dasar British juga menyekat orang Melayu daripada
melibatkan diri dalam ekonomi pasaran. Perkara ini malang buat bangsa Melayu dan ia
berulang sehingga hari ini. Dalam hal ini, ia tidak menunjukkan kebodohan orang Melayu,
tetapi suatu peristiwa penjajahan ekonomi Melayu. Peristiwa ini masih lagi berlaku iaitu
kuasa ekonomi ‘pasaran bebas’ barat masih terus melakukan perkara yang sama di
peringkat perdagangan antarabangsa, misalnya melalui WTO dan IMF, dan melalui ugutan
senjata. Dasar ekonomi baru yang dijalankan oleh kerajaan merupakan satu cara untuk
meningkatkan penyertaan orang Melayu dan bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

Kerajaan berharap jumlah penyertaan kaum bumiputera dalam sektor ekonomi


negara dapat meningkat hingga mencapai kadar 30%. Untuk mencapai matlamat tersebut,
kaum bumiputera telah diberi kemudahan latihan serta peluang perniagaan dan
perdagangan. Jelasnya, Dasar Ekonomi Baru itu bertujuan untuk memberi kedudukan yang
lebih adil khususnya kepada orang Melayu yang telah tertindas dan tertinggal jauh di

103
MELAYU BARU MELAYU LAMA

belakang akibat penjajahan. Melalui kemerdekaan tanah air, orang Melayu berharap dan
berpendapat bahawa mereka seharusnya mendapat kedudukan yang adil dan seimbang
dengan kaum-kaum lain yang menjadi warganegara di tanah air mereka dalam sektor-sektor
yang telah direbutkan. Golongan yang berfikiran positif pula beranggapan walaupun statistik
menunjukkan penguasaan ekuiti Melayu tidak meningkat bukan disebabkan kaum Melayu
tidak maju.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu kaum
melayu , cina dan india. Sudah 446 tahun negara kita dijajah dan kini sudah 50 tahun negara
kita merdeka maka semestinya berlaku perubahan ekonomi dalam kalangan hubungan etnik
di negara ini. Ekonomi kaum melayu didapati bertambah baik dan maju jika dibandingkan
dengan 50 tahun dahulu. Jika dahulu kita sebut sahaja petani dan nelayan maka
kebiasaannya dirujuk kepada kaum melayu tetapi pada hari ini kita sudah ada ramai
usahawan, peniaga dan juga golongan professional yang terdiri daripada kaum melayu.
Namun begitu, bilangan sedia ada kaum melayu dalam pekerjaan yang membanggakan
masih kurang memberansangkan. Kita memang tidak dapat menafikan bahawa kehidupan
dan ekonomi kaum Melayu jauh lebih baik berbanding dahulu tetapi secara keseluruhannya
ekonomi melayu masih berada di paras sederhana. Hakikatnya kita telah mempunyai ramai
golongan melayu yang berjaya tetapi sekiranya bilangan ini dibandingkan dengan bilangan
Melayu yang kurang berjaya amat ketara jurang perbezaannya. Kehidupan orang Melayu
bertambah baik disebabkan oleh revolusi ekonomi yang dilancarkan oleh Bapa
Pembangunan kita iaitu Tun Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri kita yang kedua.
Tun Abdul Razak melaksanakan Dasar Ekonomi Baru untuk memajukan kehidupan dan
ekonomi kaum Melayu di negara kita. Secara realitinya sememangnya Dasar Ekonomi Baru
ada pencapaiannya. Namun begitu , sekiranya kita lihat dari sudut statistik ekuiti Melayu
masih tidak berubah.

Jika Dasar Ekonomi Baru ini dilaksanakan 20 tahun yang lalu menunjukkan kaum
Melayu mencapai ekuiti negara sebanyak 18.9% maka hari ini iaitu pada tahun 2007 data
terbaru masih menunjukkan kaum Melayu tetap menguasai ekuiti sebanyak 18.9% dari segi
statistik. Natijah daripada statistik ini menunjukkan beberapa pendapat yang berbeza
berkaitan dengan ekonomi Melayu kini. Antara pendapatnya ialah kaum Melayu masih

104
MELAYU BARU MELAYU LAMA

mundur dan tidak meningkat ekonomi mereka sedikit pun sekiranya hendak dinilai dari segi
statistik. Seterusnya ada juga yang beranggapan orang melayu masih mundur tetapi sudah
berlaku peningkatan dan maju dari segi ekonomi. Pada masa yang sama , ada juga
sesetengah pihak yang tidak mahu lihat dari sudut statistik tetapi bentuk fizikal yang
membuktikan kaum Melayu sudah sangat berjaya dan tidak mundur lagi. Ada pula yang
berfikiran kaum Melayu sebenarnya masih berada dalam paras sederhana yang bermaksud
tidak semundur yang difikirkan dan pada masa yang sama juga tidak semaju yang dianggap.
Golongan yang berfikiran positif pula beranggapan walaupun statistik menunjukkan
penguasaan ekuiti Melayu tidak meningkat bukan disebabkan kaum Melayu tidak maju
tetapi peningkatan dalam ekonomi Melayu juga diikuti dengan perkembangan ekonomi
hubungan etnik lain di negara kita khususnya pelabur asing dan kaum Cina. Oleh yang
demikian, kumpulan kita merasakan satu pelan ekonomi yang baharu dan lebih baik perlu
digubal untuk memantapkan lagi ekonomi kaum Melayu di negara kita. Mengikut kajian dan
tafsiran yang dilakukan oleh kumpulan kita pula adalah kurang elok sekiranya kita masih
hendak melabelkan kaum Melayu sebagai kaum yang mundur dari segi ekonomi. Realitinya
secara holistik ekonomi Melayu kini berada dalam paras sederhana dan semakin meningkat
dari sehari ke sehari.

Dalam pada itu, kesukaran ekonomi orang Melayu berkembang dengan pesat
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya mentaliti sesetengah atau mungkin
majoriti Melayu yang kurang berani untuk mengambil risiko. Majoritinya masih memilih
jalan yang selamat iaitu saling berebut–rebut sesama sendiri untuk bekerja dalam sektor
kerajaan. Sekiranya seseorang itu bercadang bekerja dalam sektor kerajaan disebabkan
ingin berbakti kepada negara mahupun ingin memberi perkhidmatan yang baik kepada
masyarakat mahupun apa–apa sebab yang baik sememangnya merupakan sesuatu yang
baik tetapi sekiranya niat bekerja dengan kerajaan kerana ingin mengambil jalan selamat,
mahukan lebih masa bersama keluarga, idamkan pekerjaan yang kurang sibuk dan mudah,
tidak berani mencuba sesuatu dan baru dan sebagainya maka amat sukar untuk kaum
Melayu maju dengan cepat dalam sektor ekonomi negara. Tidak mustahil sekiranya Melayu
tetap dengan mentaliti sebegini dan masih mampu untuk maju tetapi mengambil masa yang
amat lama dan sukar sedikit untuk maju.

105
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Ekonomi Melayu dalam sesebuah keluarga pada masa ini juga akan lebih kurang
berbanding dengan hubungan etnik yang lain walaupun mungkin pendapatan Ketua
Keluarga amat tinggi. Hal ini disebabkan mengikut kajian kumpulan kita majoriti kaum
Melayu biasanya melahirkan anak minima 4 hingga 6 orang anak dalam sesebuah keluarga.
Sebagai contoh ketua keluarga berpendatan RM 5000 sebulan sekali pun tetapi hendak
dibahagikan kepada pendapatan per kapita keluarga seramai 7 orang maka seorang hanya
RM 714 sebulan dalam setiap bulan tanpa menolak perbelanjaan dan kos tanggungan yang
lain lagi.

Kemungkinan ini juga merupakan antara sebab perkembangan ekonomi Melayu masih
lembab. Perkembangan lembab tidak bermaksud tidak maju tetapi meningkat dengan kadar
yang amat perlahan.

Disebalik cerita–cerita yang menunjukkan kelembapan orang Melayu dalam sektor


ekonomi kini kita juga tidak boleh menafikan terdapat juga sesetengah golongan Melayu
yang sudah berani keluar mengambil risiko dan menjadi usahawan dan seorang peniaga
yang amat berjaya. Kini, banyak juga golongan Melayu yang sudah berumah dan berkereta
besar. Melalui hasil kajian juga mereka yang keluar menjual pisang goreng, karipap, kuih-
muih dan sebagainya mampu memperoleh pendapatan antara RM2 hingga 10 ribu
walaupun hanya sekadar gerai yang kecil. Oleh itu, di negara yang begitu aman dan damai
ini sekiranya seseorang itu rajin bekerja maka mustahil seseorang individu itu akan mati
kelaparan.

Melalui kajian juga didapati majoriti penjual burger sebenarnya merupakan pekerja
sambilan golongan Melayu. Majoritinya merupakan pelajar yang inginkan pendapatan yang
lebih. Anggaran keuntungan biasanya antara RM 300–1500 sebulan. Keadaan ini jelas
menunjukkan ada juga golongan pelajar yang rajin mencari duit. Kajian kita mengenai ramai
dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang menganggur pula disebabkan oleh sikap
dan mentaliti graduan yang malas, ego dan selalu ingin memilih jalan yang mudah dan
pintas. Mereka kadang–kala hanya memohon untuk bekerja di sektor kerajaan dan apabila
permohonan tidak dapat maka mereka sudah tidak berinisiatif mencuba rezeki di sektor
swasta. Mungkin ada dalam kalangan kategori tersebut yang mencuba tetapi selepas gagal
sekali atau dua kali sudah berputus–asa.

106
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Mutakhir ini, walaupun menjadi petani dan nelayan tetapi pekerjaan ini sudah
berbeza dengan 50 tahun yang lepas. Didapati daripada hasil kajian lebih sesetengah petani
dan nelayan berpendapatan lebih tinggi daripada mereka yang bekerja di sektor kerajaan
dan kadang–kala juga lebih tinggi berbanding dengan mereka yang bekerja di swasta. Petani
moden sebenarnya mengaut keuntungan yang tinggi. Malangnya, walaupun pekerjaan ini
menjanjikan pendapatan yang baik tetapi dipandang serong oleh graduan yang
beranggapan pekerjaan ini tidak setaraf dengan sijil mereka.

Budaya

Budaya Melayu sudah terdedah kepada budaya global atau sudah menjadi ‘Melayu
moden’ atau ‘Melayu baru’ yang mengamalkan cara hidup moden, mendapat pendidikan di
barat, bertutur dan berfikir dalam Bahasa Inggeris. Memakai pakaian seperti orang barat di
pejabat atau di tempat kerja telah menjadi trend orang Melayu sekarang ini malah
memakan makanan ‘bukan Melayu’ di restoran, misalnya makanan fast food (makanan
segera) dan meminum kopi di kedai kopi Starbuck, Dome, Coffee Bean dan San Francisco
sudah menjadi kebiasaannya. Bagi mereka, budaya tradisional beerti budaya lama, budaya
warisan nenek moyang yang sudah ketinggalan zaman, budaya tidak moden dan tidak maju
lagi.

Mereka menyatakan bahawa orang Melayu hendak menjadi bangsa yang maju di
dunia hari ini, dunia ilmu sains dan teknologi, dunia pasaran bebas yang mendesak manusia
menjadi tenaga ekonomi berdaya saing, maka budaya lama itu tidaklah boleh dijadikan alat
untuk memajukan keadaan hidup materialistik bangsa Melayu. Orang Melayu hari ini
nampaknya makin lama makin ditenggelami oleh pelbagai pengaruh yang tidak diwarisi dari
pengalaman bangsanya sendiri sejak dahulu kala. Maka itulah kita melihat pelbagai masalah,
misalnya krisis budaya dan moral yang sedang dialami oleh bangsa Melayu dalam zaman
pembangunan hari ini. Ini adalah disebabkan mereka semakin lama semakin tidak
memahami sistem nilai bangsa Melayu islamnya sendiri untuk dijadikan asas atau pedoman

107
MELAYU BARU MELAYU LAMA

hidup mereka dalam proses pembangunan itu. Namun ini tidak bererti bahawa nilai budaya
Melayu lama itu mesti ‘kaku’, tidak boleh berubah-ubah. Bangsa Melayu dapat kekal hingga
hari ini kerana mereka sanggup melakukan perubahan sepanjang zaman, tetapi perubahn
itu tidak meliar, melainkan berdasarkan struktur atau sistem nilai teras yang sudah
terbentuk kukuh dalam budaya Melayu itu.

Teknologi maklumat mutakhir memang ada kesannya kepada budaya Melayu.


Budaya Melayu yang sedia kita fahami yang kita pegang selama ini berpaksikan kesantunan,
kelembutan dan kehalusan akhlak kini berdepan dengan segala macam ragam maklumat
dari seluruh dunia terutama Barat. Maklumat itu banyak yang baiknya, tetapi tidak kurang
juga yang jahatnya. Parabola cuma wahananya saja, tetapi ia mempunyai makna yang besar
kepada budaya popular kita khususnya yang memanfaatkan televisyen. Tidak cukup dengan
Metrovision, muncul pula Astro, rangkaian TV digital stereo yang menawarkan hiburan dan
rancangan canggih lagi mutakhir. Selanjutnya melalui Internet, dapat diketahui fesyen baru
di seluruh dunia yang dapat kita akses. Keadaan ini akan mempengaruhi corak fesyen
remaja kita sehingga mereka dapat mengetahui sekurang-kurangnya apakah fesyen atau
hiburan digital terkini. Keadaan ini mungkin mengubah cara hidup masyarakat daripada
suatu masyarakat konvensional, yang serba sederhana kepada sebuah masyarakat yang
serba canggih dan mewah. Teknologi maklumat dengan segala macam ragamnya boleh
menjadikan kita, melalui penggunaan teknologinya, manusia yang lebih materialistik dan
individualistik. Dunia hiburan menjadi jauh lebih canggih dengan penggunaan teknologi
hiburan digital dan penggunaan CD-ROM yang berhasil mengubah tumpuan remaja kepada
hiburan yang pada mereka jauh lebih canggih daripada hiburan yang lebih konvensional.
Begitulah sekelumit daripada sekian banyak daripada cabaran yang ditampilkan oleh
teknologi maklumat terhadap nilai budaya kita.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa teknologi maklumat mutakhir ada baiknya, tidak
kurang juga keburukannya. Tujuan kita memperoleh maklumat, membangunkan maklumat
dalam bahasa Melayu adalah untuk kebaikan. Tujuannya yang tertinggi ialah meneruskan
kelangsungan hidup manusia yang beradab dan berbudaya tinggi. Jadi tujuan tertinggi dari
sudut falsafahnya ialah untuk memperoleh kebahagiaan yang kita idamkan. Teknologi
maklumat melalui penggunaan alat perkakasnya dapat mengubah nilai budaya masyarakat

108
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Islam untuk memanfaatkan maklumat yang baik jika ia digunakan secara yang betul. Jika alat
perkakas teknologi maklumat ini disalahgunakan maka ia akan mendatangkan akibat buruk.
Oleh itu teknologi maklumat yang betul bukan saja harus berwajahkan manusia seperti yang
diwarwarkan oleh ahli falsafah Martin Heiddeggar dan EF Schomacher, malah harus
bertanggungjawab kepada manusia (dalam konteks hablumminannas) dan kepada Allah
(dalam konteks hablumminallah). Hanya ketahanan dalaman yang kuat saja iaitu dalam
konteks keteguhan iman sajalah yang membolehkan kita berdepan dengan cabaran
teknologi maklumat yang tiada tepiannya.

Pendidikan

Pada zaman Melayu lama, perkembangan Islam di Alam Melayu adalah melalui
peranan para ulama dan intelektual Islam yang waktu itu mendapat tempat dalam
masyarakat Melayu sama ada di peringkat istana mahupun di peringkat masyarakat
bawahan. Hubungan mereka begitu akrab sehingga ada antara mereka dilantik sebagai
pegawai istana, guru istana, mubaligh negara, pembesar dan juga pakar rujuk bagi
memainkan peranan untuk menjelaskan Islam di Alam Melayu. Hubungan pihak pemerintah
dan para da’i islam itu amat rapat dan terdapat semacam suatu keistimewaan antara
mereka dalam usaha mencorakkan pemikiran masyarakat Melayu dengan nur Islam. Melihat
akan fakta sejarah bahawa peranan ulama dalam sistem pendidikan pondok telah berjaya
melahirkan ramai intelektual Melayu Islam di rantau Nusantara. Sistem pendidikan pondok
amat popular dalam kalangan masyarakat Melayu sebelum perang dunia. Melalui institusi
ini, banyak generasi baru dilahirkan, generasi baru yang lebih berilmu dan lebih luas
pemikiran serta pandangan terhadap alam kehidupan. Malah ia juga berjaya melahirkan
aliran-aliran pemikiran Islam di Tanah Melayu yang lebih bersikap terbuka dan rasional
sehingga melahirkan kesatuan pemikiran dan perpaduan dalam kalangan umat Melayu
Islam di Alam Melayu nanti. Institusi-institusi pondok ini menjalankan sistem pendidikan
pondok yang merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang dikuasai oleh para ulama dan
berpengaruh dalam masyarakat Melayu. Ia merupakan wahana yang menghubungkan
antara masyarakat Melayu dengan Islam. Lantaran itu, para pelajar Melayu yang
menamatkan pengajian di dalam sistem pendidikan pondok meneruskan pengajian ke
peringkat yanh lebih tinggi di Timur Tengah seperti ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

109
MELAYU BARU MELAYU LAMA

dan Universiti Madinah, Madinah, Arab Saudi bagi mendalami ilmu Islam. Di sini, bermula
satu era baru dalam arus pemikiran dan kebangkitan Islam di Alam Melayu. Sekembalinya
mereka itu sebagai pendakwah serta penyambung warisan pendidikan pondok yang tumbuh
subur di Tanah Melayu.

Malangnya, bilangan murid-murid di sekolah Tamil amatlah rendah kerana


kekurangan infrastruktur, sikap tidak mementingkan pelajaran di kalangan masyarakat India
ketika itu dan kesan tarikan sekolah Inggeris di bandar-bandar. Bangsa Inggeris sebagai
penjajah ketika itu pula membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan sekolah Inggeris
yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kurikulum
sekolah Inggeris mementingkan akademik dan persediaan untuk peperiksaan 'Cambridge
Overseas School Certificate'. Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan.
Perkembangan pendidikan sehingga peringkat ini tidak banyak melibatkan campur tangan
penjajah. Pihak penjajah dalam usaha tidak mahu mewujudkan penyatuan diantara kaum di
negara ini, telah mengamalkan dasar 'laissez-faire' di dalam bidang pendidikan. Dasar ini
telah mewujudkan lima jenis persekolahan dalam zaman pemerintahan penjajah. Lima
sekolah itu ialah Sekolah Vernakular Melayu, Vernakular Cina, Vernakular Cina, Vernakular
Tamil, Sekolah Inggeris dan Sekolah Agama Madrasah. (Vernakular bermaksud bahasa
pengantar bahasa ibunda).

Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945
hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik
tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita lakeana kini. Selepas tamat Perang Dunia
Kedua pada tabun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air.

Perkembangan politik serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filinina
telah mengubah pandangan dan sikap kaum. Prinsip penjajah yang terlalu longgar dalam
dasar pendidikannya telah menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh pendakwah
Kristian, sekolah vernakular Cina oleh masyarakat Cina dan sekolah Vernakular Tamil oleh
pemilik ladang kopi dan getah. Apa yang berlaku ini membayangkan betapa penjajah
sememangnya tidak mempunyai objektif dalam bidang pendidikan di negara ini. Semuanya
adalah sekadar memenuhi tuntutan dan desakan daripada masyarakat berbilang kaum di

110
MELAYU BARU MELAYU LAMA

negara ini untuk kepentingan peribadi kaum yang diwakili, tanpa memikirkan kepentingan
bersama. Bagaimanapun, pendidikan di tanah air mengalami zaman malapnya semasa
pendudukan Jepun di negara ini dari tahun 1941 hingga 1946. Ketika ini, banyak sekolah
telah ditutup dan sekolah ketika itu menjadi alat propaganda Jepun untuk menaburkan
benih-benih kebencian kepada bangsa Inggeris dan sebaliknya menghormati bangsa Jepun.
Selama tiga setengah tahun Jepun menduduki Malaya, pemerintahan Jepun ala tentera
turut memberikan kesan kepada perkembangan sekolah di tanah air pada masa itu.

Kesan paling ketara ialah dari segi bilangan murid ke sekolah yang begitu merosot
sekali. Memandangkan kebanyakan sekolah digunakan sebagai tempat perlindungan
semasa serangan Jepun, kebanyakan sekolah mengalami kerosakan yang teruk dan tidak
dapat digunakan untuk tujuan pengajaran. Keadaan huru hara negara ketika penjajahan
Jepun juga menyebabkan tiadanya kurikulum baru diperkenalkan dan guru terus mengajar
berpandukan kurikulum lama dan yang wajib diajar di semua sekolah ialah bahasa Jepun.
Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945 hingga
1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik tolak
kepada dasar pendidikan negara yang kita laksanakan kini. Selepas tamat Perang Dunia
Kedua pada tahun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik
serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan
dan sikap kaum pendatang di Malaya ketika itu. Orang Melayu pula telah mula sedar peri
mustahaknya pendidikan moden dan sekular bagi meningkatkan kedudukan ekonomi dan
sosial mereka. Ini menjadikan orang Melayu mula meminta keraiaan Inggeris membaiki
keadaan pendidikan di sekolah Melayu dan meluaskan peluang pendidikan untuk anak-anak
Melayu. Keadaan ini mendorong kepada penubuhan sebuah jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang ditugaskan untuk menyemak dan membaiki keadaan
pendidikan untuk orang Melayu. Laporan Barnes kemudian disusuli Laporan Fenn-Wu untuk
mengkaji masalah pendidikan Cina. Laporan-laporan ini bolehlah dilihat sebagai satu usaha
untuk menukarkan sistem pelajaran penjajah kepada sistem pelajaran kebangsaan.

Ordinan Pelajaran 1952 yang dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa mengkaji kedua-
dua laporan tersebut. Laporan Razak yang dihasilkan pada 1956 seterusnya dibentuk bagi
menghasilkan sebuah dasar pendidikan yang komprehensif bagi Malaya yang merdeka dan

111
MELAYU BARU MELAYU LAMA

laporan ini seterusnya menjadi tulang belakang kepada dasar pendidikan negara sehingga
kini. Cadangan Laporan Razak ini dijadikan asas untuk penggubalan Dasar Pendidikan
Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya, Penyata
Rahman Talib, 1960 boleh disifatkan sebagai pelaksana penyata Razak. Antara
pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan dalam sebuah sistem pendidikan negara
yang merdeka ialah peperiksaan penilaian Darjah Lima, Sijil Rendah Pelajaran (SRP),
Malaysian Certificate of Education (MCE), 'Higher School Certificate (HSC). Sejak merdeka
sehingga tahun 1960, corak dan struktur sistem pendidikan di Semenanjung adalah
mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran
(1957). Bagi Sabah dan Sarawak pula, corak dan struktur sistem pendidikan adalah mengikut
rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Woodhead (1955) sehinggalah kedua-dua negeri
itu bergabung dalam Malaysia pada 1963. Corak dan struktur pendidikan di Semenanjung
mengalami perubahan besar selepas Laporan Rahman Talib (19.60) diusulkan dan Akta
Pelajaran 1961 dikuatkuasakan khususnya di Semenanjung. Unsur dasar besar dalarn
laporan Rahman Talib yang menjadi asas sehingga kini ialah pendidikan sejagat percuma
untuk semua jenis sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan, had umur berhenti
dinaikkan dari umur murid 12 tahun kepada umur murid 15 tahun.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia dalam tahun-tahun


1960-an memerlukan ramai tenaga kerja terlatih dalam berbagai-bagai bidang, khususnya
dalam bidang perkhidmatan sosial dan ekonomi. Jawatankuasa Perancangan Pelajaran
Tinggi 1967 ditubuhkan bagi mengenal pasti keperluan tenaga kerja ikhtisas dan separa
ikhtisas yang perlu diberi perhatian. Hasilnya, beberapa IPT ditubuhkan seperti Institut
Teknologi Mara (ITM) (1967), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969), Politeknik Ungku Omar
(1969), Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) dan
Universiti Pertanian Malaysia (1971). Seterusnya, dari tahun 1970 hingga 1990, pendidikan
di negara ini boleh dikategorikan sebagai era penyusunan semula sistem pendidikan negara
Tumpuan khususnya diberikan kepada reformasi yang menyeluruh dalam sistem pendidikan
bagi membina sebuah masyarakat yang bersatu padu. Satu perubahan penting dalam
pendidikan era 70-an atau era Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini ialah apabila Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran dikemukakan pada November
1979. Jawatan kuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Dr.

112
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Mahathir Mohamad mendapat berbagai-bagai kelemahan dalam sistem pendidikan yang


sepanjang tahun. Hasilnya, jawatankuasa memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang menekankan aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada KBSM
diteruskan di peringkat mene-ngah dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) mulai; Tidak sahaja pendidikan di peringkat asas diberi perhatian, tahun
1970 hingga 80 menyaksikan perkembangan pesat pendidikan tinggi dengan penubuhan
beberapa universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian
Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadikan bilangan universiti
kepada lima buah termasuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Pertambahan universiti ini adalah ekoran permintaan mendesak pelajar lulusan


sekolah menengah aliran Melayu yang lulusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan dengan
cara amalan kuota pelajar bumiputera.Pada tahun 1980an pula, dua buah universiti lagi
ditubuhkan iaitu UIA (1983) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) (1984). Perkembangan
rancak pendidikan daam angka masa 20 tahun (1970 hingga 1990) bolehlah dianggap
sebagai zaman pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan bagi mencapai hasrat
pendidikan yang berkualiti dan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial. Tahun 1990
pula menyaksikan pendidikan negara memasuki era global dengan pelbagai anjakan
paradigma untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih relevan dengan tuntutan dan
keperluan semasa.

Bahasa

Pada zaman permulaan Islam penyebar-penyebar Islam telah menulis risalah-risalah


agama yang menerangkan tentang rukun-rukun Iman dan rukun-rukn Islam. Di samping
tulisan tentang ajaran Islam, penyebar-penyebar agama Islam itu turut mengisahkan
tentang kisah pembawa ajaran tersebut, iaitu Nabi Muhammad.cerita-cerita tentang Nabi
Muhammad dapat dianggap sebagai yang paling tua usianya, jika dibandingkan dengan
karya kesusasteraan pengaruh Islam yang lain. Lagipun cerita-cerita seperti ini tiba bersama-
sama kedatangan Islam ke daerah ini. Cerita- cerita tentang Nabi Muhammad ini
memaparka ketokohannya, sifat-sifatnya yang ideal, peristiwa-peristiwa yang luar biasa
tentang dirinya sebagai pesuruh Allah dan lain-lain. Cerita-cerita ini telah disadur oleh
penulis-penulis Islam setempat dari kesusasteraan Arab dan Parsi seperti Hikayat Nur

113
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Muhammad, Hikayat Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Muhammad
dengan iblis dan banyak lagi karya yang dihasilkan.

Sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca
(bahasa perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa
Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di
kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang seperti pedagang-pedagang dan
pengembara-pengembara dari Eropah, Asia Tengah, Cina dan India. Pada amnya proses
evolusi Bahasa Melayu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan
kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya melalui peperangan, perkahwinan,
perdagangan, pentadbiran, persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga telah
menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah berkembang dari status bahasa Melayu Purba
menjadi bahasa Melayu Kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui
beberapa penyerapan dan penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina,
Belanda, Portugis dan Inggeris. Dalam perkembangan era globalisasi dunia hari ini yang
telah dipercepatkan oleh perkembangan tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT),
meneruskan proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya yang akan memberi cabaran-
cabaran baru kepada masyarakat bahasanya termasuk di negara ini untuk bersaing dengan
bahasa-bahasa utama dunia yang lain.

Sehubungan itu, karangan prosa ini akan membincangkan aspek-aspek umum yang
menjadi isu dan cabaran asas kepada pengembangan penggunaan bahasa Melayu dalam era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pengupasan dan penghuraian yang dibuat oleh
penulis merupakan satu bentuk pandangan dan tinjauan secara umum kepada masyarakat
yang berbahasa Melayu (masyarakat bahasa Melayu) tanpa melalui kajian empirikal yang
memungkinkan berlakunya bais kepada kenyataan-kenyataan yang dikemukakan kepada
pembaca. Bahasa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh
perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga
menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi,
telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan internet telah
meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan
diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.

114
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan
bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan
liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat
dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi
kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan
pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard
yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini
menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT
sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya?
Mampukah pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan,
perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat bahasa Melayu perlu memperlihatkan


sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam
ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa
Melayu masih lagi ‘muda’ dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan
bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan
terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah
dicapai oleh bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya
akan melalui pelbagai isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian dan penelitian untuk
kepentingan masyarakat bahasanya.

Kesimpulannya, Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahankan bahasa


Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategik yang teratur, masyarakat
bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat
di dalam era ICT. Dengan mempelajari usaha-usaha dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti Bill
Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan MSN adalah perlu usahawan-
usahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan sahaja persaingan
di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di peringkat global.
Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang
masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung oleh
bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan memanupulasikan ICT sepenuhnya.

115
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Oleh itu, segenap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu
mempunyai nilai yang simbolik dan tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas.
Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di
pasaran dunia. Ini merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat Melayu
khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai
bahasa Melayu di persada era ICT.

Bagaimanapun, nilai bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang
bersifat sejagat. Nilai dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat
Melayu di Nusantara membuat ‘pelaburan’ sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang
sedang mengagungkan bahasa Inggeris sebagai ‘pelabur’ utama. Bahasa Melayu di dalam
era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan yang penting dalam masyarakat
bahasanya untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa yang
sama, biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi
dalam arus pemodenan dan penyejagatan dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu
menyerantau di raung siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri dan
akhirnya pupus di mata dunia.

BAB 7
MODEL MELAYU PADA MASA HADAPAN

MINDA
MENGABUN
MINDA G JALIN MINDA
MENCIPT 116 DISIPLI
A N
MELAYU BARU MELAYU LAMA

MINDA
MENG- MINDA
BERETI
HORMATI
KA

Dalam tubuh manusia, terdapat  dua “rahsia” besar untuk manusia mencapai
kejayaan. Iaitu dari otak yang menghasilkan minda dan hati yang menhasilkan perasaaan
dan emosi. Kedua-dua organ ini sangat penting dalam individu mencapai kejayaan yang
besar dari segi duniawi dan akhirat. Barisan minda yang paling terkedepan ialah minda yang
mencipta idea baru dan berfikir di luar kotak kebiasaan. Cara pemikiran sedemikian
menjangkau disiplin ilmu yang tertentu dan perlu mempunyai kebolehan menggabungjalin
tetapi tidak dibataskan atau hambat oleh sesuatu yang pernah difikirkan dan dilakukan
sebelum ini.

Sebagai manusia kita perlulah berfikir sesuatu yang lebih kreatif berbanding dengan
orang lain. Hal ini kerana, faktor inilah menunjukkan perbezaana atau kelebihan diri kita
berbanding dengan orang lain. Lebih penting lagi ialah minda sebeginilah yang kita perlukan
kepada model Melayu pada masa hadapan. Minda mencipta secara langsungnya dapat
menyumbang kepada kemajuan sesebuah masyarakat serta kepada ekonomi negara kerana

117
MELAYU BARU MELAYU LAMA

minda jenis dapat menghasilkan pelbagai ciptaan baru sama ada dalam bidang pendidikan
mahupun bidang sains dan teknologi.

Selain itu, jenis minda mencipta ini juga diperlukan dalam zaman era moden yang
mempunyai pelbagai cabaran kerana model seperti inilah boleh dicontohi oleh orang lain.
Bagi memajukan bangsa Melayu pada masa hadapan kita perlu mengekalkan tradisi
“Melayu Baru Melayu Lama” dan pada masa yang sama kita juga berusaha untuk “Melayu
Universal” pada masa hadapan dengan memiliki jenis-jenis minda seperti minda mencipta.
Minda mencipta bukan sahaja menyumbang kepada bangsa tetapi juga kepada
pembangunan negara.

Melayu Universal ialah Melayu yang mempunyai dan dilengkapi dengan ciri-ciri yang
penuh dengan ketahanan dan kuat peribadi untuk bergerak diperingkat global dan
antarabangsa samada sebagai usahawan, peniaga, sarjana, pemikir, pujangga, ahli sukan
dan ahli-ahli dalam lain-lain lapangan. Selain itu, Melayu Universal akan diiktiraf serta
dinobatkan sebagai hebat di dalam negara kerana kejayaannya serta jati dirinya yang tetap
berpaksi kepada Islam. Melayu Universal ini juga merupakan budaya Melayu dan warisan
pribumi kita yang bertunjangkan dan berpaksikan kebolehan akal dan nilainya yang kuat di
peringkat antarabangsa dan berperanan besar dipersada antarabangsa.

Hal ini dapat dicapai dan direalisasikan melalui transformasi budaya dalam kalangan
orang Melayu. Tranformasi budaya dapat diselaraskan selari dengan perkembangan
ekonomi dan teknologi moden, penawaran bahan-bahan budaya yang didatangkan khas
daripada negara-negara maju yang mendapat pasaran baik di rantau ini, sebagaimana yang
telah dinyatakan atas kepentingan nilai-nilai kemodenan. Walau bagaimanapun, berasaskan
kepada perubahan yang berlaku itu terdapat usaha untuk membina industri budaya Melayu
yang lebih baik dengan meggunakan teknologi dan pengurusan moden.

Bahan-bahan warisan budaya Melayu dengan menggunakan teknologi moden turut


dihasilkan sebagai bahan-bahan pengguna moden, misalnya muzik dan nyanyian, filem dan
bahan-bahan kepenggunaan yang lain seperti batik, kraftangan, penjagaan kesihatan, dan
seumpamanya turut tersebar luas sebagai usaha komersial tempatan. Dalam perkembangan

118
MELAYU BARU MELAYU LAMA

itu bahan-bahan budaya warisan itu disesuaikan dengan perubahan dan perkembangan
semasa. Misalnya, muzik dan nyanyian Melayu dihasilkan dalam bentuk teknologi moden
sebagaimana perkembangan industri muzik negara-negara maju. 

Berdasarkan pada Melayu berdisiplin (kepakaran dan kesarjanaan), masyarakat


Melayu mestilah didisiplinkan dalam tiga lapisan makna atau cara. Masyarakat Melayu
dalam model ini perlu mempunyai kepakaran dan kesarjanaan. Seseorang insan itu mestilah
mampu berfikir mengikut disiplin ilmiah atau bidang kesarjanaan seperti sejarah,
matematik, sains dan kesenian. Dengan adanya kepakaran dan kesarjanaan, masyarakat
Melayu dapat mengaplikasikan dalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Melalui
bidang kesarjanaan, mereka akan sentiasa memperolehi ilmu pengetahuan secara
berterusan sehinggalah pembelajaran berlaku sepanjang hayatnya.

Melalui melayu menggabungjalinan (menguasai, memanfaat maklumat, ‘open


minded’ atau perpaduan) ini, masyarakat Melayu akan terdedah kepada jumlah informasi
yang disampaikan bukan sahaja dalam negara kita malah di serata dunia. Informasi yang
masyarakat terima akan mengubah fikiran masyarakat dari tahap yang kuno kepada tahap
yang lebih terbuka ke arah menuju Wawasan 2020. Oleh itu kita perlu bijak membuat
keputusan untuk menentukan mana yang lebih penting dan bagaimana cara yang terbaik
untuk mengatur atau mengurus maklumat untuk diri sendiri dan orang lain dengan
mengguna informasi ini untuk berkomunikasi dengan masyarakat lain sehingga semuanya
menjadi sebati (automated) dalam diri. Dengan ini, masyarakat Melayu pada masa akan
datang dapat memberi kerjasama dalam berinteraksi dengan masyarakat yang berbilang
kaum.
Melayu Menghormati (hormati kelainan) ini pula akan menjangkau tahap toleransi
bukan sahaja antara masyarakat Melayu tetapi ia juga dapat bertoleransi dengan pelbagai
jenis masyarakat pada masa yang akan datang. Bagi masyarakat Melayu yang mempunyai
sikap hormat-menghormati ini akan dipandang mulia oleh masyarakat lain iaitu terdiri
daripada kaum Cina, India dan lain-lain. Melayu menghormati ini mengalu-alukan
kepelbagaian manusia atau insan tidak kira asal-usul masyarakat tersebut. Ini adalah
bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang memahami serta bekerjasama dengan orang
lain tanpa menimbulkan perasaan benci di antara satu sama lain dan seterusnya memupuk

119
MELAYU BARU MELAYU LAMA

suasana yang terbuka serta saling menerima (reciprocity). Oleh yang demikian, masyarakat
Melayu Universal akan melahirkan insan yang bertamadun selaras motto negara Malaysia
iaitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Melayu beretika (warga dunia atau Pembina kemanusian sejagat) ini adalah dibina
atas landasan rasa hormat tetapi ia mempunyai sikap yang lebih abstrak dan moral yang
tinggi. Masyarakat Melayu yang beretika mentafsir peranan dirinya sebagai pewaris kepada
generasi yang bakal menjadi pemimpin untuk meneruskan pejuangan yang berterusan.
Mereka akan melaksanakan tugasannya dengan baik dan sempurna sehingga mencapai
kerjaya yang lebih cemerlang, beretika dan bermakna pada dirinya. Mereka menganggap
diri mereka sebagai warga masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul dan
sahsiah yang tinggi bukan sahaja di Tanah Air malahan ke serata dunia. Secara tidak lansung,
masyarakat Melayu Universal yang akan datang ini dapat bertindak secara membina bukan
dengan cara yang mementingkan diri (non egocentric ways). Sehubungan dengan ini, ia
dapat melahirkan generasi yang lebih beretika dan berakhlak tinggi di samping mempunyai
tahap pendidikan mereka yang cemerlang.

Kesimpulannya, hidup ini adalah ibarat sungai, kebanyakan kalangan kita terjun ke
sungai kehidupan ini tanpa ada matlamat yang jelas dengan arah tuju kehidupan akhir kita.
Jadi ada yang terperangkap dengan arus seperti arus ketakutan, arus cabaran, arus
kesakitan dan tanpa sedar mereka mengikut arus tersebut tanpa arah tujuan dan tidak
dapat keluar dan membuat sebarang keputusan yang betul. Ingatlah jika anda tidak
membuat keputusan anda sebenarnya telahpun membuat keputusan iaitu untuk
membiarkan suasana membentuk diri anda dan juga bangsa anda. Oleh itu, untuk mencapai
objektif model Melayu iaitu “Universal” menggunakan jenis minda mencipta ini untuk
menghasilkan idea-idea yang bernas.
BAB 8
PANDANGAN PELAJAR TENTANG MELAYU BARU MELAYU LAMA

Soalan : Pada pandangan anda terhadap Melayu Baru Melayu Lama.

120
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Responden 1 Jantina : Perempuan


Semester : 4

“Pada pandangan saya perbezaan antara 'Melayu Lama Melayu Baru' cukup luas untuk
dijelaskan tetapi apa yang saya faham tentang Melayu Lama ini ialah sesuatu tempoh masa
yang dikatakan sebagai tamadun Melayu tradisional terdahulu. Manakala Melayu Baru pula
merujuk kepada tamadun Malaysia yang sedang membangun pada masa kini. Bagi saya
perbezaan yang dapat dilihat adalah melalui kesan peninggalan kedua-dua tamadun
'Melayu Baru Melayu Lama'. Keadaan ini dapat dilihat dari segi politik dan sistem
pemerintahan, dimana sistem tersebut pada zaman Melayu Lama adalah lebih bersifat
tradisional dan kurang menyerlah tetapi Melayu Baru sistem ini sudah dicapai dan sedang
mengalakkan proses pemantapan dengan kejayaanya. Hal ini kerana, kejayaan dalam sistem
politik dan pemerintahan adalah merupakan satu lanjutan dan kemunculan kerajaan Melayu
Lama terdahulu. Maka paksi utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan
tamadun Malaysia hari ini adalah daripada sejarah tanah Melayu Lama. Dari segi sistem
perundingan pula semua kerajaan Melayu Lama iaitu negeri-negeri Melayu pada masa
tersebut mempunyai kanun perundangan yang berasaskan kepada adat Melayu dan Hukum
Islam tetapi pada masa kini sistem perundangan Melayu baru hasil daripada kemerdekaan
yang dicapai telah membawa rakyat yang berpegang dan berdiri di atas tunjang Rukun
Negara. Kesimpulannya, pada pandangan saya kelangsungan sesuatu tamadun itu terletak
kepada kekuatan masyarakat, perkembangan budaya, agama, sosial, ekonomi, politik dan
sains dan teknologi adalah menjadi aspek penting dalam kewujudan tamadun yang
gemilang. Sesuatu tamadun tidak akan berkembang selagi masyarakat tidak memiliki tahap
pemikiran yang inginkan satu perubahan kepada yang lebih global.

Responden 2 Jantina : Perempuan


Semester : 2

“Pada pandangan saya, jika tidak ada Melayu lama maka tidak mungkin wujudnya Melayu
Baru yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan pada masa kini. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa Melayu Lama memainkan peranan penting dalam pelagai aspek

121
MELAYU BARU MELAYU LAMA

untuk membangunkan Melayu Baru pada zaman moden ini. Melayu Lama diibaratkan
sebagai tunjang atau akar kepada pembentukkan sesebuah Melayu Baru yang serba lengkap
dalam semua aspek. Demi memberikan Melayu Baru berkembang dengan lebih jauh lagi.
Melayu Baru tidak boleh melupakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Melayu Lama
dan bersikap individualistik disebabkan oleh kemodenan yang dikecapi dan melupakan
Melayu Lama ini betungkus lumus dan bermati-matian untuk membangunkan Melayu
Baru”.

Soalan : Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa Melayu Baru yang diperkenalkan dan
dipraktikan pada masa kini tidak akan mampu menjadikan golongan Melayu lebih maju,
berdikari, dan berdaya saing khususnya bagi mencapai matlamat Wawasan 2020.

Responden 3 Jantina : Perempuan


Semester : 5

“Ya. Saya bersetuju bahawa Melayu Baru pada masa kini tidak akan membentuk dan
melahirkan golongan Melayu yang mampu berdikari, maju dan berdaya saing sepenuhnya
terutamanya dalam mencapai dan merealisasikan Wawasan 2020. Hal ini kerana, Melayu
Baru, yang diperkenalkan masih belum mampu menghapuskan satu-satunya masalah atau
penyakit kronik yang dihadapi oleh golongan melayu. Rasuah adalah penyakit kronik yang
dihadapi oleh golongan Melayu. Rasuah merupakan penyakit kronik yang melanda golongan
Melayu yang masih belum menemui jalan penyelesaiannya walaupun Melayu Baru
kononnya digunakan dan dipraktikkan pada masa sekarang. Oleh yang demikian, konsep
Melayu Baru harus dikaji, ‘dibedah siasat’ dan dilakukan ‘post mortem’ semula untuk
menghapuskan sifat atau penyakit rasuah dalam kalangan orang Melayu daripada terus
menjadi kronik dan akhirnya akan memakan diri golongan Melayu itu sendiri. Apabila
masalah ini berlaku dan tidak ditangani dengan segera walaupun Melayu Baru telah
diperkenalkan, ini tidak akan mampu untuk mencapai serta merealisasikan Wawasan 2020”.
Soalan : Pada pandangan anda adakah Melayu Baru dan Melayu Lama mempunyai
persamaan setelah diperkatakan bahawa berlakunya perubahan daripada zaman Melayu
Lama kepada Melayu Baru?

122
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Responden 4 Jantina : Lelaki


Semester : 2

“Pada pendapat saya, Melayu Baru dan Melayu Lama mempunyai persamaan dan
perbezaan yang tersendiri. Persamaan ketara yang dapat dilihat walaupun berlakunya
perubahan atau transisi daripada Melayu Baru kepada Melayu Lama adalah dari segi adat
tradisi. Adat tradisi yang diamalkan dalam kalangan orang melayu masih tidak berubah
contohnya dalam adat istiadat perkahwinan seperti amalan persandingan, amalan
menepung tawar, amalan menyambut menantu, merisik, melamar, bertunang dan bernikah
yang diamalkan sejak dahulu lagi masih diamalkan pada masa sekarang. Perbezaan yang
ada apabila berlakunya perubahan daripada zaman Melayu Lama kepada Melayu Baru
adalah dapat dilihat dari segi aspek pemikiran atau mentaliti orang Melayu itu sendiri. Pada
masa sekarang boleh dikatakan orang Melayu sudah mampu untuk berfikir dan membuat
keputusan sendiri tanpa bantuan orang lain dalam pelbagai aspek berbanding pada zaman
dahulu. Malahan, orang Melayu pada masa sekarang sudah mampu menghasilkan sesuatu
produk, penemuan ciptaan baru dan mempunyai pemikiran yang inovatif selaras dengan
kemampuan negara-negara barat hasil daripada perubahan yang dilaksanakan”.

Soalan : Pada pandangan anda, di antara faktor politik, ekonomi, agama dan sosial, faktor
manakah yang paling ketara perubahannya?

Responden 5 Jantina : Perempuan


Semester : 3

“Pada pandangan saya, kesemua faktor di atas merupakan faktor penting dalam
menggerakkan era malayu lama kepada dunia melayu baru tetapi bagi saya, faktor ekonomi
adalah paling jelas memperlihatkan kekuatan perubahannya. Hal ini dapat diperhatikan
pada zaman melayu lama, terutama sebelum kedatangan Islam dan negara belum mencapai
kemerdekaan, tahap ekonomi amat kurang menyerlah. Hal ini disebabkan oleh banyak
faktor antaranya tahap negeri melayu pada masa itu masih kurang membangun di samping
negeri melayu menghadapi masalah penjajahan daripada pihak asing. Keadaan ini berbeza
pada masa ini kerana negara telah mencapai kemerdekaan dan memiliki sistem

123
MELAYU BARU MELAYU LAMA

pemerintahan yang mantap. Di samping itu juga, pencapaian dalam aspek ini didorong oleh
kewujudan bidang sains dan teknologi yang memberi kesan yang cukup hebat dalam sistem
ekonomi negara untuk mencapai kejayaan dalam aspek ini. Faktor politik juga memainkan
peranan penting seperti sokongan daripada pelbagai badan kerajaan mahupun NGO telah
membantu dalam perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, saya tidak dapat memilih
manakah faktor yang paling ketara perubahannya kerana semua faktor-faktor tersebut
berkaitan antara satu sama lain. Justeru itu, rakyatlah yang memainkan peranan penting
dalam merealisasikan hasrat negara ke arah yang lebih moden dan berjaya”.

Soalan : Pada pandangan anda, apakah kesan yang dapat dilihat daripada perubahan
melayu lama kepada melayu baru?

Responden 6 Jantina : Perempuan


Semester : 3

“Pada pandangan saya, kesan daripada perubahan dapat dibahagikan kepada dua iaitu
kesan positif dan kesan negatif. Kesan positif dapat diperhatikan apabila rakyat saling
bersatu padu tidak mengira lapisan umur, kaum mahupun jantina. Di samping itu juga,
penglibatan masyarakat dalam pembangunan negara dapat menggambarkan perubahan
drastik yang berlaku selepas tamadun melayu lama. Selain itu, kesan positif yang dapat
dilihat sekarang ini ialah dari aspek ekonomi. Hal ini kerana ekonomi negara kita sedang
membangun setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sebagai contohnya dari segi
pendapatan rakyat pada masa kini telah mencapai tahap yang memuaskan berbanding
dahulu yang hanya bergantung kepada kegiatan pertanian sahaja. Oleh itu, perubahan yang
berlaku memberi kesan baik kepada seluruh rakyat. Namun, disebalik pembangunan yang
mapan, terdapat kesan negatif yang dapat diperhatikan. Pada pandangan saya, keadaan
yang jelas nyata lagi bersuluh adalah masalah sosial yang semakin hari semakin meningkat
sekarang. Masalah sosial yang tidak terkawal ini seakan-akan memberi gambaran bahawa
masih terdapat masyarakat melayu yang tidak bertamadun dari segi pemikiran. Sebagai
contohnya, kadar kes pembunuhan, rogol dan sebagainya semakin hari semakin bertambah.
Adakah ini yang menjadi tanda kepada kemajuan negara? Selain itu, antara kesan yang
menyebabkan berlakunya masalah sosial ini disebabkan oleh faktor negara yang

124
MELAYU BARU MELAYU LAMA

mengamalkan dasar terbuka menyebabkan rakyat melayu mudah terpengaruh dengan


budaya Barat yang tidak mempunyai pegangan hidup. Penerapan unsur-unsur negatif amat
mudah dan cepat diterima oleh masyarakat melayu. Oleh hal demikian kemajuan yang
dicapai oleh negara tidak seharusnya dicemari dengan perkara-perkara yang tidak elok itu.
Secara peribadinya, saya berpendapat negara pada masa ini hanya mencapai kemajuan dari
segi pembangunan sahaja tetapi tahap mentaliti masyarakat melayu boleh dianggap tidak
mencapai perubahan yang diinginkan seiring dengan pembangunan negara pada hari ini”.

Soalan : Apa pandangan anda tentang melayu baru melayu lama?


Responden 7 Jantina : Perempuan
Semester : 2

“Pada pandangan saya melayu baru lebih banyak mengikut budaya barat yang jauh berbeza
dengan adat dan budaya timur. Masyarakat melayu baru kini lebih cenderung mengamalkan
kehidupan mengikut arus permodenan dan peredaran zaman yang lebih banyak
menggunakan teknologi moden berbanding melayu lama yang lebih suka mengamalkan
kehidupan secara tradisional. Contohnya dapat dilihat kebanyakan melayu lama atau lebih
dikenali generasi lama lebih cenderung untuk tinggal di kampung, desa-desa dan kawasan
luar bandar sebaliknya melayu baru lebih gemar tinggal menetap di bandar-bandar besar.
Selain itu, semangat kejiranan dan perpaduan dalam masyarakat melayu lama lebih kukuh
dan utuh sehingga kini berbanding melayu baru. Perkara ini dapat dilihat melalui majlis-
majlis seperti kenduri kahwin, majlis berkhatan dan sebagainya dilakukan secara bergotong
royong dan beramai-ramai antara penduduk setempat, segala aktiviti yang dijalankan
mendapat sambutan dan kerjasama dari penduduk setempat yang secara tidak langsung
dapat mengeratkan silatulrahim antara penduduk. Sebaliknya jika di lihat melayu baru kini
lebih cenderung mengamalkan kehidupan bersendirian tanpa menghiraukan jiran disebelah
apatah lagi penduduk setempat dan dalam melakukan sesuatu majlis lebih suka
melakukannya secara bersendirian dan segala kelengkapan majlis hanya ditempah melalui
khidmat ‘catering’. Penduduk setempat hanya dijemput untuk menghadiri majlis pada hari
majlis berlangsung sahaja. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan sikap masyarakat
melayu baru yang kurang mengamalkan sikap perpaduan”.

125
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Responden 8 Jantina : Perempuan


Semester : 2

“Pada pandangan saya melayu lama ini masyarakatnyal ebih mengamalkan adat resam,
lebih kolot dalam cara pemikiran mereka berbanding me layu baru iaitu mereka
menganggap perempuan tidak perlu belajar tinggi dan mereka hanya digalakkan menerima
pelajaran hanya menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) kerana mereka hanya
digalakkan duduk di dapur sahaja. Semangat perpaduan masyarakat dalam melayu lama ini
ada juga tapi hanya sedikit sahaja tetapi semangat nasionalismenya lebih kukuh seperti
mereka sanggup mengadaikan nyawa demi memperjuangkan tanah air. Bagi melayu baru
pula, pemikiran mereka lebih bersifat terbuka iaitu lelaki dan perempuan adalah sama taraf
dalam segala hal bagaikan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Bilangan masyarakat
yang mengamalkan semangat nasionalisme pada zaman ini adalah sedikit dan
kebanyakkannya nak muda tidak mempunyai semangat dalam mempertahankan negara.
Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat sekumpulan anak muda sanggup membakar bendera
negara kita dan ini menandakan mereka tiada semnagat dalam cintakan tanah air yang rata-
rata masyarakatnya adalah golongan melayu”.

Soalan : Benarkah dakwaan sesetengah orang yang menyatakan bahawa golongan orang
Melayu ini adalah merupakan satu bangsa yang pelik. Jika mereka sudah berpangkat,
mereka mudah lupa daratan dan hilang pendirian kerana mabuk dengan kuasa sehingga
akhirnya bangsa sendiri menjadi mangsa?.

Responden 9 Jantina : Perempuan


Semester : 2

“Benar, Bagi pendapat saya, ini adalah kerana mereka yang sudah berpangkat ini merasakan
diri mereka cukup bagus berbanding dengan orang bawahan. Hal ini kerana kemewahan

126
MELAYU BARU MELAYU LAMA

yang beliau ada mungkin beliau menganggap beliau dapat memiliki semua benda yang ada
di dunia ini. Oleh yang demikian, perasaan megah dan meninggi diri yang sangat menebal
pada golongan itu, mereka memilih jalan yang mudah dengan melakukan penindasan
terhadap golongan bawahan dalam membuat sesuatu kerja hanya sekadar untuk
kepentingan mereka sahaja. Perasaan benci dan hina terhadap golongan bawahan
menjadikan golongan atasan lupa daratan dan asal-usul mereka. Selain itu, mungkin beliau
berfikir dan merasakan bahawa

berkawan dengan golongan bawahan tidak mendatangkan apa-apa faedah malah


menimbulkan kesusahan kepada mereka. Sebagai contoh, kesusahan golongan bawahan
dari segi kewangan, jika golongan atasan mempunyai saudara bermasalah seperti ini,
mereka menganggap perkara itu menyusahkan mereka kerana terpaksa menanggung derita
yang dialami oleh saudaranya tersebut. Oleh yang demikian, mereka mengambil jalan yang
mudah untuk berkawan dengan golongan yang setaraf dengan mereka seperti mana yang
kita ketahui bahawa kebanyakkan golongan ini terdiri daripada kaum Cina. Hal ini
menyebabkan golongan bawahan menjadi mangsa (dimonopoli oleh bangsa Melayu).
Pengaruh budaya atau anasir-anasir barat turut mempengaruhi fikiran manusia seperti
mengubah sikap ketimuran yang dahulunya ada pada mereka sudah lenyap disebabkan oleh
pangkat dan kedudukan yang dimiliki. Hal ini menyebabkan golongan ini lupa akan asal-usul
nenek moyang mereka yang sentiasa menjaga tingkah laku dan sikap berbudi kepada orang
sejak turun temurun lagi agar kita sebagai penyambung warisan mengikut jejak langkah
mereka. Kebanyakkan golongan atasan sangat terpengaruh denagn golongan bangsawan di
negara asing yang lebih mementingkan diri sendiri. Hal ini menyebabkan golongan bawahan
terkena dengan tempias tersebut disebabkan oleh bangsanya sendiri. Oleh itu, bagi
golongan atasan yang telah lupa daratan sepatutnya berfikir secara rasional atau waras
supaya mereka tidak terpengaruh dengan budaya yang boleh merosakkan minda manusia
dari yang baik kepada minda yang terpesong. Perkara ini terjadi adalah untuk kepentingan
bangsa dan negaranya sendiri. Adakah beliau mahu melihat bangsa mereka sendiri ditindas
oleh bangsa sendiri disebabkan perbezaan darjat dan pangkat. Hal ini kerana sebagai rakyat
berpangkat, seharusnya membantu dan memberi contoh serta dorongan kepada golongan
bawahan supaya mereka berjaya seperti golongan atasan”.

127
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Soalan : Secara umumnya, golongan Melayu lebih dikenali sebagai ‘Melayu mudah lupa’,
‘Melayu hilang maruah’ seperti rasuah, sifat yang cepat menuding jari, terlampau
bergantung kepada bantuan orang lain, tidak mampu berdikari, dan terlampau mendapat
bantuan daripada orang lain. Adakah dengan sifat-sifat ini akan membolehkan golongan
Melayu berjaya mengubah sikap negatif tersebut dan kesan ke atas anjakan paradigma
yang dilakukan?

Responden 10 Jantina : Lelaki


Semester : 3

“Tidak. Hal ini kerana golongan Melayu terlampau dimanjakan oleh banyak pihak di Malysia
seperti mendapat bantuan dari kerajaan dari segi kewangan. Perkara ini menimbulkan kesan
yang negatif dan menyebabkan sikap masyarakat yang dimanjakan ini sukar diluntur dalam
kalangan orang Melayu kerana mereka masih lagi tidak sedar akan sifat sebegitu hanya
membawa kerosakkan akhlak pada masa akan datang. Segelintir orang Melayu masih lagi
merasakan mereka berada dalam takuk yang selesa, padahal kita tidak tahu apa yang akan
berlaku pada masa akan datang. Masyarakat hendaklah sentiasa merasa bimbang dan takut
akan sejarah lama berulang kembali. Sebagai contoh, Tanah Melayu akan dirampas oleh
pihak penjajah semula akibat sikap masyarakat yang pentingkan diri sendiri tanpa memikir
akan keamanan negara yang kita rasai pada masa kini. Sepatutnya golongan Melayu perlu
mengambil anjakan paradigma yang lebih positif agar tanggapan negatif masyarakat
terhadap golongan Melayu akan terpadam jua suatu hari nanti. Golongan Melayu hendaklah
bangun dan sedar akan keamanan yang kita rasai. Oleh yang demikian, kita sebagai

128
MELAYU BARU MELAYU LAMA

golongan Melayu yang prihatin terhadap bangsa dan negara, sepatutnya berusaha sendiri
agar kita turut merasa akan kesusahan yang ditanggung oleh golongan Melayu pada zaman
penjajahan. Melalui cara ini, ia dapat mengubah fikiran masyarakat dari sifat yang negatif
kepada positif supaya golongan Melayu dikenali dengan golongan yang mampu berubah
menjadi masyarakat yang bersatu padu dan bersemangat mencapai kemajuan negara.
Selain itu, ia juga dapat membentuk jati diri masyarakat yang tinggi dan akan dapat
memartabatkan Melayu di mata dunia sekaligus menjadi golongan Melayu yang cemerlang,
gemilang dan terbilang”.

BAB 9
KAJIAN KES

I.

Monday, August 13, 2007

Perangai bergantung kepada diri sendiri

129
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Penulis : Pendita Za'ba


Tahun : 2005, cetakan ketiga
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Muka surat : 103

Lemah peribadi adalah punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Pendita Za'ba
dalam buku ini melihat kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya tidak
percaya kepada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu
menggantung harapan kepada orang lain. Melayu juga cenderung meminta bantuan dan
mencari pertolongan orang lain.

Bab pertama buku ini dimulai dengan petikan maksud ayat 2 dari surah Al-Mulk yang
bermaksud, "Tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana Dia hendak menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia

130
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang
bertaubat)." Kecenderungan Za'ba melihat perkaitan agama dan perangai dalam masyarakat
Melayu mungkin kerana pengaruh reformasi Islam Mesir dan pergerakan Turki Muda ketika
itu. Beliau bermula dengan menulis artikel-artikel yang pendek untuk majalah Lembaga
Melayu, Pengaruh dan al- Ikhwan pada 1917.

Antara kandungan yang menarik dalam buku ini ialah pendapat beliau megenai sikap
bergantung kepada diri sendiri yang menjadikan sesuatu bangsa itu maju atau mundur.
Kejayaan dan kemenangan bergantung kepada diri sendiri dari segi amal usaha dan Tuhan
tidak pernah menyuruh manusia untuk berharap kepada sedekah tahlil dari orang yang
masih hidup apabila telah mati nanti.

Za'ba menilai Melayu ketika itu masih kurang sifat kuat berusaha, bekerja dan
membuat sendiri usaha sesuatu pekerjaan berdasarkan kebolehan sendiri. Mengakui
kelemahan diri tetapi tidak pula berusaha untuk keluar daripada keadaan tersebut.
Contohnya, jika hendak memasukkan anak ke sekolah, kerapkali hendakkan perkhidmatan
yang percuma, mengaku miskin, tidak tahu berusaha dan tidak pandai berjimat-cermat
mengumpulkan wang untuk menyekolahkan anak-anak. Perkataan yang amat popular ialah
"Tolonglah!"

Perbandingan Melayu dan bangsa-bangsa lain amat mempengaruhi keadaan ketika


itu hinggakan Za'ba menyifatkan bangsa-bangsa lain sanggup berusaha dengan bersungguh-
sungguh melalui berkebun sayur, menjual kayu api, air batu, mengayuh beca, menahan
lapar dan membayar pendidikan anak-anak mereka bagi setiap yang diminta.
Ketika mereka ini datang sebagai 'sengkek" - tanpa ada wang dan harta, hanya
tulang dan akal ikhtiar serta kebolehan diri lalu mengumpul wang, membuka kedai sehingga
memenuhi pekan kecil dan besar. Semua keadaan tersebut disebabkan bangsa-bangsa ini
berpegang kuat dengan kepercayaan bahawa mereka boleh melakukannya sendiri.

Ulasan Editor Buku :

131
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Za'ba adalah salah seorang pejuang Melayu yang ingin melihat bangsanya berubah
dan maju. Pengamatannya terhadap kelemahan dan tertinggal di belakang disebabkan oleh
sikap dan perangai yang ada pada mereka sendiri. "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa
yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri," demikian maksud dari surah Ar-Raad ayat 11.

Profesor Diraja Ungku Aziz kerap merujuk buku ini dalam ucapan atau tulisan beliau
apabila memperkatakan mengenai perubahan sikap orang Melayu. Biar apa pun yang
dikatakan oleh Za'ba, perubahan sikap sangat berkait dengan pemikiran. Jika perubahan
hendak dibuat, pemikiran harus menjadi fokus. Pelaksanaan perubahan yang paling
berkesan ialah pendidikan. Justeru, memperkasa pendidikan adalah syarat membentuk
bangsa yang berfikir.

ULASAN

I.

Setelah mengkaji isu ini, kita tidak dapat dinafikan bahawa kebenaran yang
dinyatakan oleh Pendita Za'ba dalam penulisannya. Hal ini kerana, memang segolongan
masyarakat Melayu masih terpinggir dalam kehidupannya walaupun ada disediakan
pelbagai kemudahan untuk memajukan tahap kehidupan mereka. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh faktor diri mereka sendiri. Kebanyakan mereka tidak ada niat untuk maju
dalam hidup mereka dan terpaksa menjalankan hidup sebagai miskin.

132
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Isu ini juga pernah dikatakan oleh Ybhg Dato' Reezal Merican Naina Merican
Presiden GPMS semasa berucap dalam majlis Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
(GPSM), dengan tajuk ucapan 'Memperkasa Pendidikan Mempertahan Kemerdekaan'.
Beliau juga menegaskan bahawa sebagai masyarakat kita perlu berjuang untuk
memantapkan pendidikan anak bangsa dalam menempuh hambatan dan cabaran baru.
Seperti pepatah Melayu, 'ibarat cangkat sama didaki, lurah sama dituruni; kuah sama
dihirup, sambal sama dicolek; terapung sama hanyut, terendam sama basah; seliang bagai
tebu, serumpun bagai serai'.

Sementara itu, kita juga tidak dapat menafikan kekuatan yang dimiliki oleh anak
Melayu pada zaman ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan kecemerlangan akademik mereka
serta yang ingin menceburi bidang-bidang yang lebih profesional seperti sains dan
teknologi, ekomomi dan undang-undang. Selain itu, mereka juga tidak berminat dalam
bergantung diri kepada orang lain. Sekiranya, kita mengkaji pernyataan ini tentu kita dapat
banyak maklumat dari segi positif. Sebagai anak bangsa, anak-anak muda haruslah
menghayati objektif Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita Dato Seri
Abdullah Ahmad Badawi.

Kesimpulannya, kemajuan dan perkembangan sesebuah bangsa terutamanya orang


Melayu adalah tanggungjawab semua pihak. Semua orang mesti bertanggungjawab
sepenuhnya atas sikap dan kebodohan akal budaya yang ditunjukkan oleh Pendita Za'ba
dalam penulisannya . Kita beranggapan, ada had kepada senda gurau; ada batas yang perlu
kita jaga saat kita berbicara.
KAJIAN KES

II.

TONGKAT
Melayu yang sudah ke pucuk
harus mengenal akar
melihat reranting
memandang dedaunan
tidak melupakan tanah.

133
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Melayu yang menuju ke puncak


jangan mengharap baja subsidi
atau mengharap agihan
anak benih percuma
belajarlah membuat klorofil sendiri
dengan cahaya mentari, air dan angin.

Melayu yang sudah reranting


jadilah reranting yang
kukuh biar kecil
bersatu, agama, teguh, utuh
yang tidak mudah patah semangat
yang tidak lemah
yang tidak putus asa
yang tidak jemu usaha

Melayu yag sudah jadi pepohon


jadilah pepohon
yang tegak kerana kekuatan jati asli
yang tidak pantas melatah
yang tidak gopoh menunding jari
yang tidak kaya hasad dengki
yang tidak cepat yang tidak cepat keji caci
Melayu
tangan lagi berdiri dengan tongkat cemas
tetapi jadilah pembuat emas.

Zharulnizam Shah Z.A


Kota Segamat, Johor
Mingguan Malaysia
7 Jul 2002

ULASAN
II
Karya penulisan sajak oleh Zharulnizam Shah Z.A ialah merupakan sebuah sajak yang
dihasilkan oleh beliau sejurus selepas menonton siaran Perhimpunan Agung UMNO ke-56.
Sajak hasil karya beliau ini ialah bertajuk “ Tongkat ”. Sajak ini berkisar atau mengulas sedikit
sebanyak mengenai keadaan golongan Melayu khususnya pada masa kini.

134
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Rangkap pertama memberikan peringatan dan nasihat kepada golongan Melayu


mengenai corak kehidupan yang dijalani oleh mereka. Nasihat yang diutarakan dalam
rangkap pertama ialah memberi peringatan kepada golongan Melayu mengenai diri mereka
terutamanya ketika mereka sudah pun berada di tahap atau kedudukan teratas, ditangga
kejayaan dan mempunyai pangkat serta darjat yang tinggi. Golongan Melayu tersebut
haruslah tidak melupakan orang-orang

Walaubagaimanapun rangkap kedua menerangkan mengenai sikap orang Melayu


apabila mereka sedang berusaha untuk menuju ke puncak bagi mencapai kejayaan dalam
hidup mereka. Golongan ini diperingatkan dan dinasihatkan agar tidak terlalu berharap dan
bergantung kepada bantuan atau sumbangan orang lain dalam mencapai sesuatu kejayaan
tersebut. Hal ini sebagai contohnya, mereka tidak perlu mengharapkan dan bergantung
seratus peratus kepada bantuan serta pertolongan daripada orang lain contohnya bantuan
baja subsidi dan anak benih percuma daripada pihak kerajaan apabila ingin melaksanakan
sesuatu pekerjaan. Mereka dinasihatkan agar belajar berdikari dengan hasil keringat dan
daya usaha mereka sendiri dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Golongan Melayu juga diingatkan agar menjadi sesorng insan yang mempunyai
kelengkapan yang sempurna dalam pelbagai aspek. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang
kukuh, bersatu padu pada agama, teguh dan utuh dalam setiap perkara yang dilakukan oleh
mereka walaupun pada masa tersebut mereka berada pada kedudukan yang rendah dan
tidak mempunyai pangkat serta darjat. Selain itu, mereka juga mestilah mempunyai
semangat yang kuat seperti tidak mudah berputus asa, lemah dalam segala hal serta tidak
mudah jemu dalam melaksanakan usaha walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang
mendatang.

Rangkap yang terakhir menyentuh mengenai keadaan orang Melayu apabila mereka
sudah menjadi dan mempunyai kuasa atau pangkat darjat yang kukuh mereka hendaklah
menjadi ketua yang bertanggungjawab. Mereka haruslah berani dengan kekuatan yang
imiliki oleh mereka dan tidak akan cepat melatah apabila sesuatu masalah melanda. Selain
itu, mereka juga tidak boleh menunding jari menyalahkan mana-mana pihak dalam
menyelesaikan sesuatu perkara. Perasaan negative dalam kalangan orang Melayu seperti

135
MELAYU BARU MELAYU LAMA

hasad dengki dan sifat yang keji seperti mencaci haruslah dielakkan apabila mereka berada
di tangga atau di mercu kejayaan. Golongan Melayu turut dinasihatkan agar tidak dikenali
oleh bangsa-bangsa lain dengan kelemahan tetapi golongan Melayu seharusnya
menunjukkan serta menggambarkan diri mereka sebagai bangsa yang kaya dengan pelbagai
keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri.

Hal ini demikian kerana, jika tiada ajakan paradigma Melayu, bangsa Melayu akan
menjadi sebuah masyarakat dalam sebuah dunia yang kian mengecil dan tidak
bersempadan. Kita perlu memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mewujudkan
sebuah dunia yang aman dan adil tanpa imperialisme dan tanpa penindasan oleh manusia
ke atas manusia. Bagi melayakkan diri kita untuk memainkan peranan ini, kita perlu
memperkuatkan diri serta bangsa kita dan bekerjasama rapat dengan bangsa-bangsa lain
yang sealiran dengan kita.

KAJIAN KES
III
Melayu terus bergayut dengan bantal busuknya

oleh Lanh
sumber: Harakahdaily.net Thursday, July 21 @ 14:51:17 MYT

136
MELAYU BARU MELAYU LAMA

MANUSIA lahir dengan tangan kosong. Manusia juga akan kembali dengan tangan
kosong. Sepanjang perjalanan kehidupan daripada saat lahir ke detik kematian, seseorang
itu menghimpun segala-galanya – daripada harta benda, anak pinak, ilmu pengetahuan,
amal baik dan buruk, dosa serta pahala.

Antara harta seorang bayi ialah botol susunya, kemudian pada zaman kanak-kanak ada
bantal busuk, seterusnya ada permainan, beg sekolah, waktu bujang ada bilik sendiri,
kemudian kereta, rumah, saham dan akhirnya meninggalkan dunia fana ini dengan harta
bernilai berjuta-juta ringgit. Sesetengahnya pula meninggalkan dunia tanpa apa-apa selepas
diisytiharkan muflis. Jika sesetengah kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya,
demikian juga orang Melayu, tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa idolanya.

Daripada zaman kecilnya sehinggalah hampir ke liang lahad, sebahagian Melayu


memerlukan wira, idola, tokoh, legenda dan ikon semasa untuk dijadikan dahan, tempat
berpahut sama seperti seorang kanak-kanak mendambakan bantal busuknya.

Keperluan orang Melayu untuk bergantung kepada legendanya, tergambar daripada


perbualan penulis dengan beberapa orang pelawat Perigi Hang Tuah ketika berehat-rehat di
beranda Masjid Duyong, Melaka selepas solat zuhur baru-baru ini. Mereka bertanya, adakah
penulis orang tempatan, dan kemudian memuji, berkata orang Kampung Duyong adalah
keturunan Hang Tuah, pahlawan Melayu termasyhur itu. Secara kebetulan sumur lama yang
digelarkan ‘Perigi Hang Tuah’ ada di kampung itu.

Kehebatan dan kemasyhuran Hang Tuah menjadi idola orang Melayu, dulu dan
sekarang, terutama kepada yang berpegang kepada slogan ‘dulu, kini dan selamanya’.
Penulis tersenyum sendirian, teringat satu kisah yang ditulis berdasarkan satu tinjauan
sendiri di 'kampung Hang Tuah' itu hampir 20 tahun lalu. Berdasarkan tinjauan dan daripada
perbualan orang-orang tua kampung itu, apa yang dinamakan ‘Perigi Hang Tuah’ itu
sebenarnya tidak wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan. Telaga dihebohkan

137
MELAYU BARU MELAYU LAMA

sebagai ‘Perigi Hang Tuah’ itu hakikatnya hanyalah tempat mandian dan sumber air
penduduk bernama Mat Segel dan keluarganya pada zaman sebelum merdeka.

Ia menjadi masyhur selepas airnya dikatakan menjadi penyebab sembuhnya penyakit


seorang pelawat dan bertambah terkenal apabila dikepung dan dibina tembok di sekitarnya
oleh seorang tabib Cina yang digelar penduduk kampung sebagai ‘Nyonya Lilin’ pada tahun
60-an dan 70-an. Tetapi disebabkan orang Melayu bagaikan kanak-kanak yang memerlukan
bantal busuknya, maka perigi lama itu ‘dinaik taraf’, sekali gus diiktiraf sebagai ‘Perigi Hang
Tuah’, dan dicatatkanlah kononnya di perigi itulah Hang Tuah mandi-manda manakala di
kawasan sekitarnya adalah tempat Hang Tuah membesar.

Hang Tuah adalah idola dan ikon Melayu. Sama ada dia benar-benar hidup atau wujud
sebagaimana yang digambarkan (keperkasaan dan kehebatan), perkara itu tidak dapat
dibuktikan. Tetapi Hang Tuah tetap membawa kehebatan dan keperkasaan Melayu yang
juga mahu dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang turun di Bukit Seguntang
dan Mahameru.

Zaman berubah, sepanjang sejarahnya, Melayu berusaha mendekatkan diri dengan


idolanya. Idola Melayu turut berubah daripada Hang Tuah yang digambarkan sentiasa
berkeris kepada ‘pahlawan’ Melayu berkot dan bertali leher atau berpakaian Melayu
bersampin dengan ‘brief case’ dan ‘hand set’nya.

Melayu baru adalah jelmaan Melayu lama. Ia tidak berubah sepenuhnya kerana
sebahagian ciri, sifat dan sikapnya masih kekal. Ia masih mengekalkan pemujaan idola Hang
Tuahnya (perhatikan bagaimana Melayu baru tetap bangga dengan keris seperti yang
dipertunjukkan dalam perhimpunan agung sebuah parti Melayu), dan juga sikap PhDnya
(perasaan hasad dengki) tetapi mencari idola sampingan untuk disesuaikan dengan
zamannya. Melayu baru mungkin menjadikan tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad sebagai
idola.

Tetapi pencarian itu tidak berakhir di situ. Mereka masih dan akan terus tercari-cari,
maka lahirlah idola untuk menjadi pegangan kelompok-kelompok tertentu seperti Nur
Amalina kepada budak sekolah, Siti Nurhaliza sebagai artis 'bersopan' dan kini Mawi
daripada Akademi Fantasia yang turut dibahaskan secara panjang lebar pelbagai pihak
termasuk oleh profesor universiti.

Melayu dambakan wira, idola, mentor

Melayu baru yang mendakwa kontemporari masih mengekalkan cara hidup Melayu
lama, jadi tidak hairanlah semoden mana seseorang Melayu itu, ia mengekalkan ‘apa-apa
yang diajarkan datuk neneknya’ seperti adat bersanding, kenduri kendara dan
menghidupkan budaya lama berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan
mendendangkan lagu unsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong.

Dalam pencarian Melayu terhadap hero (wira), mentor,idola, tokoh korporat dan politik
sanjungan untuk menjadi payung dan sandarannya, ada sejenis lagi Melayu yang mencari

138
MELAYU BARU MELAYU LAMA

pelindung di kalangan manusia sesat bertopengkan agama; ada yang mengaku Rasul, Nabi
umat Melayu, Ayah, Penyelamat dan sebagainya. Mungkin Melayu yang begitu sibuk
mencari hero, idola dan mentor inilah menjadi penyebab mengapa rancangan realiti TV kini
macam 'pisang goreng panas'.

Manusia Melayu yang bertuhankan sesama insan, harta benda, wang ringgit, pangkat,
nafsu serakah dan iblis syaitan ini adalah kemuncak kepada pergantungan kepada idola
seperti yang menjadi amalan sesetengah orang Melayu. Tidak hairanlah jika banyak Melayu
baru ‘kaki ekor’ (tahi judi) dan ramai pula membiarkan banyak masjid besar dan indah,
kosong pada kebanyakan waktu.

Slogan-slogan seperti ‘hanya……saja mampu buat itu dan ini. Hanya ……saja yang
mampu memerintah negara adalah antara manifestasi kebergantungan orang Melayu
kepada idola dan pujaannya (ini termasuklah parti politik). Slogan berbentuk indoktrinasi
inilah sebahagian faktor penghalang minda Melayu untuk berkembang dan keluar daripada
kepompong menyanjung idolanya sama seperti seorang kanak-kanak yang berpegang kejap
kepada bantal busuknya. Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kebanyakan
manusia Melayu menerima apa saja yang disogokkan tanpa berusaha menyelidiki
kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu.

Kebanyakan menggunakan alasan, ‘itu adalah ajaran datuk-nenek (budaya) kita’


sedangkan dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 170, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: ‘Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,’ mereka
menjawab: ‘(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari
(perbuatan) nenek moyang kami.’ “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek
moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?”

Indoktrinasi ke atas orang Melayu begitu berkesan sehingga sebahagiannya tidak


bergerak akal fikiran mereka – asyik memikirkan laba dunia – dengan semata-mata
berpegang kepada idola, tidak lebih daripada kanak-kanak yang mahukan bantal busuk
mereka sekalipun ia hapak, busuk dan meloyakan. Jika tiada ajakan paradigma Melayu,
orang Melayu dikhuatiri akan terus kekal hanyut dengan idolanya itu tidak kira dalam apa
bidang pun, sama ada politik, ekonomi, budaya dan sebagainya sekalipun parti Melayu
terbesar di dunia terus bersidang saban tahun.

Selagi Melayu tidak meninggalkan slogan ‘……dulu, kini dan selamanya’, jangan harap
Melayu lama akan bertukar Melayu baru yang hidup bertunjangkan al-Quran dan hadis,
bukannya menghunuskan keris lama ke udara seperti idola lamanya, Hang Tuah!

ULASAN

III

Artikel ini menerangkan tentang perubahan Melayu mengikut perubahan zaman.


Contoh yang dikemukakan dalam artikel ini adalah idola yang menjadi contoh kepada
masyarakat melayu pada zaman dahulu dan kini.

139
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Pada zaman melayu lama, idola yang menjadi contoh ialah Hang Tuah. Hal ini terjadi
kerana Hang Tuah merupakan seorang yang popular pada zaman dahulu. Sifat yang ada
pada diri Hang Tuah ingin ditiru oleh masyarakat melayu zaman dahulu. Hal ini sesuai
dengan keinginan setiap insan yang mengkehendaki idola dalam perjalanan hidup mereka.
Masyarakat melayu lama menjadikan Hang Tuah sebagai idola mereka mungkin disebabkan
oleh sifat kepahlawanan yang ada pada diri Hang Tuah. Sifat kepahlawanan ini telah
mempengaruhi masyarakat melayu lama dan telah mengubah pemikiran mereka.

Hal ini bermakna pemikiran melayu adalah mudah berubah dan mudah terpengaruh
dengan perkara-perkara yang ditunjukkan oleh orang-orang yang berpengaruh dan popular
seperti Hang Tuah. Masyarakat melayu mendambakan idola dan mereka merasakan tidak
selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa idola ibarat ’kanak-kanak tidak lekang dengan
bantal busuknya’. Hal ini menyebabkan masyarakat melayu terlalu bergantung dan suka
meniru sifat yang ada pada seseorang itu contohnya sifat yang ada pada Hang Tuah seperti
kehebatan dan keperkasaannya. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa dengan adanya
idola, masyarakat melayu lama akan mencontohi idola-idola yang dipujanya dalam
kehidupan masing-masing.

Dalam Masyarakat melayu baru pula, pengikutan budaya memuja idola telah
diteruskan ibarat ’melayu terus bergayut dengan bantal busuknya’. Masyarakat Melayu baru
pula mungkin menjadikan tokoh seperti Dr. Mahathir Mohamad sebagai idola. Tetapi
pencarian itu tidak berakhir di situ. Mereka masih dan akan terus tercari-cari, maka lahirlah
idola untuk menjadi pegangan kelompok-kelompok tertentu seperti Nur Amalina kepada
budak sekolah, Siti Nurhaliza sebagai artis 'bersopan' dan kini Mawi daripada Akademi
Fantasia yang turut dibahaskan secara panjang lebar pelbagai pihak termasuk oleh profesor
universiti. Sekarang ini, Mawi iaitu artis yang lahir dari program realiti tv iaitu Akademi
Fantasia 3 adalah seorang artis yang dipuja-puja oleh masyarakat melayu kini.

Seperti yang sedia maklum, AF3 kali ini, ada sedikit kelainan. Kelainannya mungkin
kerana kepopularitian seorang peserta yang kini mendapat undian tertinggi, dikatakan
mempunyai karisma yang boleh dijadikan idola. Seperti yang kita tahu juga, Mawi

140
MELAYU BARU MELAYU LAMA

merupakan qari dan dikatakan mempunyai sedikit imej Islam yang dibawanya. Buat masa
sekarang, gelombang ’tsumawi’ telah melanda minda masyarakat sekarang. Bagi pandangan
saya, saya menyifatkan Mawi, peserta akademi fantasia 3 sebagai role model generasi muda
melayu terkini yang bijak menyelitkan unsur jati diri melayu dan keagamaan ke dalam dunia
hiburan.

Hal ini kerana saya melihat Mawi adalah sebagai seorang yang bersahsiah Islam dan
melayu yakin dan selesa dengan dirinya serta berorientasikan ”world” yang disukai anak
muda sekarang. Malah, Mawi bukan sekadar artis baru tetapi menjadi cerminan sebahagian
daripada anak muda. Bagaimanapun, Mawi perlu kekalkan penampilan ikhlas yang ada
sekarang seperti berketayap, pakai kain pelekat, berzanji, kental ajaran agama termasuk
menjadi qari. Hal ini perlu supaya melayu baru dapat mengekalkan budaya timur dan tidak
mudah terpengaruh dengan budaya barat. Bagi saya, sebagaimana Siti Nurhaliza, saya akui
Mawi juga boleh dijadikan idola yang baik untuk generasi muda melayu yang umumnya
memang asyik dengan dunia hiburan.

Selain itu, penampilan Mawi yang membawakan unsur keagamaan ini boleh
menerapkan atau membangunkan budaya positif dalam kehidupan masyarakat melayu
sekarang. Maka dengan ini, jelaslah bahawa idola memainkan peranan penting dalam
mengubah pemikiran masyarakat melayu sekarang mahupun masyarakat melayu dahulu.
Jadi, betullah apa yang dijelaskan oleh artikel ini bahawa ’melayu terus bergayut dengan
bantal busuknya’ kerana melayu baru masih mengekalkan corak cara hidup melayu lama,
jadi tidak hairanlah semoden mana seseorang melayu itu, ia masih mengekalkan apa yang
diajar oleh datuk neneknya. Namun begitu, persepsi ini perlu diubah supaya melayu tidak
terus hanyut dengan idolanya semata-mata tidak kira dalam apa bidang pun sama ada
politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.
KAJIAN KES

IV

IMPIAN SAYA

141
MELAYU BARU MELAYU LAMA

"Saya mempunyai satu impian


Apabila seorang pelajar dapat menyumbangkan satu laman
Berkenaan apa-apa bidang ilmu
Dalam bahasa Melayu
Maka bertambahlah satu lagi bidang ilmu dalam bahasa Melayu.

Dalam impian saya


Sekiranya pelajar tersebut
Mengajak seluruh 40 rakan sekelas
Membina laman web berbahasa Melayu
Maka terdapatlah empat puluh laman web ilmu dalam bahasa Melayu.

Impian saya seterusnya


Sekiranya pelajar tersebut
Mengajak seluruh rakan tingkatan
4 kelas dalam satu sekolah
Membina laman web berbahasa Melayu
Maka terdapatlah seratus enam puluh laman web ilmu dalam bahasa Melayu.

Mungkinkah impian saya berkembang


Sekiranya pelajar tersebut
Mengajak 1,000 sekolah melakukan perkara yang sama
Membina laman web berbahasa Melayu
Maka terdapatlah seratus enam puluh ribu laman web ilmu dalam bahasa Melayu.

Maka tidak hilanglah bahasa Melayu


Maka tidak lenyaplah bangsa Melayu

ULASAN

IV

Penulis dalam puisi ini menerang tentang beliau mempunyai satu impian dalam
membina laman web berbahasa melayu dan berharap bahasa melayu ini tidak akan hilang

142
MELAYU BARU MELAYU LAMA

dan lenyap begitu sahaja. Penulis ini juga mengatakan bahawa apabila seorang pelajar dapat
menyumbangkan satu laman tentang apa-apa bidang ilmu dalam bahasa melayu dan ia
dapat menambahkan lagi bidang ilmu dalam bahasa melayu ini. Sekiranya pelajar itu
mengajak kawan sekelasnya seramai 40 orang dalam membina laman web dan laman web
berbahasa melayu ini akan bertambah. Laman web ini juga dapat bertambah sekiranya
pelajar itu mengajak semua rakan tingkatannya itu membina laman web ini dan ia juga akan
bertambah sekiranya pelajar ini mengajak 1000 buah sekolah melakukan perkara yang
sama. Maka bahasa melayu ini tidak akan lenyap dan hilang begitu sahaja.

KAJIAN KES

Lirik - Warisan (Versi Tanpa Potongan)

Anak kecil main api,


Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,


Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

143
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Indahnya bumi kita ini,


Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,


Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,


Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,


Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati,
bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,


Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

ULASAN

Secara keseluruhan, sajak ini berkait rapat mengenai penjajahan yang berlaku
terhadap Tanah Melayu sebelum merdeka. Penyajak mengimbas kembali zaman penjajahan
yang dikuasai oleh pihak penjajah atau kuasa asing. Beliau menyatakan bahawa pelbagai
jenis penindasan yang dilakukan oleh penjajah dalam menguasai Tanah Melayu. Rakyat di
Tanah Melayu tidak terbela malah dianaktirikan dan melakukan penzaliman terhadap rakyat
Melayu. Kebelakangan ini kita banyak membaca berita seperti yang tersiar di akhbar
mengatakan orang melayu masih mundur dan ketinggalan, itu adalah sama sekali tidak
benar. Sebagaimana dalam penyataan seperti ini, kenapa nak tolong pelajar melayu atau

144
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Islam. Kenapa nak manjakan mereka? Kenapa nak suap? Kenapa perkara yang sama orang
cina buat, kita tak cakap apa, memang budaya bangsa cina tolong menolong. Kenapa bila
nak tolong bangsa sendiri kita cakap nak manjakan, nak suap. Tolonglah ubah pemikiran
begini. Memang penat dan payah nak tolong anak bangsa sendiri.

Kadang-kadang menyirap pun ada bila tiada sambutan yang baik. Tapi kita kena
banyak bersabar. Benda baik banyak dugaan dan cabaran. Kalau maksiat tu senang sahaja
buat sebab syaitan bagi lorong untuk permudahkan kerja. Pelajar Melayu akan berubah
sedikit demi sedikit sikap mereka bila kita dapat buktikan jika mereka belajar bersungguh-
sungguh, mereka akan dapat keputusan yang baik. Kiranya ia adalah satu dorongan yang
positif. Orang Melayu cuma akan sedar atau insaf bila datang dari keluarga susah. Mak ayah
penoreh getah, nelayan. Kena berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup.

Bila masuk dunia pekerjaan, walaupun kita sama kelayakan dengan mereka,
mimpilah kita akan dapat jawatan atau layanan yang setaraf dengan mereka. Bila kena tipu
dengan Cina, pernah tidak kena tipu dengan Cina bila beli barang? Ya, banyak kali pula tu.
Beli rumah pun kene tipu. Orang melayu memang dilahirkan untuk ditipu agaknya. Bila diri
sendiri atau ahli keluarga dianiayai oleh orang Cina. Melayu adalah bangsa individualism.
Bila tengok orang lain kena pukul, biar sahaja. Bukan keluarga aku yang kena.

Orang Melayu perlu menjadi bangsa yang berani dan jangan takut pada bangsa-
bangsa lain kerana masing-masing ada hak sendiri. Orang Melayu memang senang dipijak,
pijak banyak kali pun tidak kisah. Apabila mengimbas kembali pada zaman jajahan, Parti
Komunis Malay ditubuhkan untuk tujuan macam mana. Adakah untuk memerdekakan
Tanah Melayu? Inilah persoalan yang sentiasa bermain oleh rakyat di Tanah Melayu pada
zaman dahulu. Betapa seksanya hidup yang mereka tanggung tanpa belas kasihan dari pihak
penjajah.

Kesimpulannya, setelah sekian lama menahan derita yang ditanggung, rakyat Melayu
sepatutnya mengubah minda menjadi berani dalam menempuh kehidupan yang penuh
dengan cabaran dan dugaan agar kita memperolehi hidup yang aman tanpa kuasa penjajah.
Oleh itu, rakyat perlu bersemangat dan sedar dengan adanya keyakinan dan keberanian,

145
MELAYU BARU MELAYU LAMA

tidak mustahil Tanah Melayu dapat bebas dari kuasa asing. Maruah yang telah tergadai
hendaklah kembali semula untuk melahirkan generasi yang lebih terbuka mindanya. Orang
Melayu hendaklah bangkit menentang penjajah supaya segala Tanah Melayu dapat dikuasai
oleh pihak dalam negara kita sendiri. Rakyat digesa supaya tidak terus ditindas oleh pihak
penjajah malah terus berusaha dan yakin Melayu akan megah bersemi di persada Tanah
Melayu.

BAB 10

KESIMPULAN

Bangsa Melayu ialah sebuah masyarakat dalam sebuah dunia yang kian mengecil dan
tidak bersempadan. Oleh yang demikian, bangsa Melayu perlu memainkan peranan yang
lebih aktif untuk mewujudkan sebuah dunia yang aman dan adil tanpa imperialisme dan
tanpa penindasan oleh manusia ke atas manusia. Bangsa Melayu perlu memperkuatkan diri
dan bangsa serta bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang sealiran dengan kita dalam
negara ini.

Benteng dan pertahanan yang kuat dalam diri bangsa Melayu ialah penting untuk
menjamin kelangsungan bangsa Melayu di atas muka bumi ini. Hal ini bersesuaian dengan
pepatah Melayu itu sendiri yang berbunyi “Tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan”.
Agama islam harus dijadikan asas atau tunjang dalam kehidupan masyarakat Melayu bagi
menjamin kelancaran hidup di dunia mahupun di akhirat. Hal ini demikian kerana pegangan

146
MELAYU BARU MELAYU LAMA

agama islam yang utuh dalam diri masyarakat Melayu akan menjadi petunjuk dalam
menemukan jawapan ke atas segala persoalan hidup.

Transformasi daripada Melayu lama kepada Melayu Baru akan banyak memberikan
kesan dan pengaruh ke atas bangsa Melayu dalam pelbagai aspek. Kesan positif dan negatif
daripada perubahan tersebut perlu ditangani dan diuruskan dengan memggunakan
pemikiran berorientasikan akal yang bijak dan rasional. Oleh yang demikian, bangsa Melayu
yang cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam segala aspek tidak mustahil akan terlaksana
dan mampu direalisasikan suatu hari nanti.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Al-Ahmadi, 1931, Tamadun Rumpun Budaya Melayu, Kementerian


Kebudayaan, Keceriaan dan Warisan Malaysia.

Anwar Ibrahim, 1989, Anwar Ibrahim Menangani Perubahan, Berita Publishing Sdn. Bhd.

Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, Globalisasi dan Peradaban di Malaysia, Dawana Sdn.
Bhd, Selangor.

Chamil Wariya, 2007, 50 Ikon Bangsa, Media Global Matrix Sdn. Bhd.

Dato’ Dr. Hassan Ahmad, 2006, Ke arah Melayu Glokal, Alaf 21 Sendirian Berhad, Selangor.

Hashim Hj. Musa, Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat,
Penerbit Universiti Malaya.

Ishak Saat, 2007, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Production Sdn. Bhd,
Selangor.

147
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh, Ghazali Shafie, 1997, Tamadun Melayu
Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor.

Jawatankuasa Kolokium, 1991, Masyarakat Melayu Abad Ke-19, Percetakan Saufi, Kuala
Lumpur.

Kho Kay Kim, 1984, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Jabatan Penerbitan Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.

Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications & Distributors.

Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusof, 1983, Kajian Budaya & Masyarakat di Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Mohd. Yusof Hasan, 1991, Dunia Melayu, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor.

Mohd Yusof Hasan, 2004, Pembinaan Paradigma Pemikiran Peradaban Melayu, Universiti
pendidikan Sultan Idris, Perak.

Muhammad Haji Muhd Taib, 1996, Melayu Baru, Visase Comunication Petaling Jaya.

Muhd. Yusof Ibrahim, 1994, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Percetakan Dewan Bahasa
dan Pustaka, Selangor.

Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan1982. INTAN.

Panel Penulis, 2002, Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, Dawama Sdn.
Bhd Selangor.

Rahim Syam dan Norlie, 1985,. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya, Malaysia:
Fajar Bakti.

Samri Sainuddin, 2003, Titas Tamadun Melayu, Quantum Books, Perak.

S. Hashim Ahmad, 2005, Abdullah Badawi Menuju Kecemerlangan Hakiki, Juz’ Art, Kuala
Lumpur.

Shamsul Amri Baharuddin, 2007, Modul Hubungan Etnik, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.

Shamsul Bahrin 1960, Malaya dalam Taw arikh Dunia. Saudara Sinaran Bros Berhad.

Tan Ding Eing ,1975, Sejarah Malaysia dan Singapura. Fajar Bakti

Tokoh-tokoh Melayu Lama. Diperoleh pada Mac 14,2008 daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/ Hussein_Onn.

148
MELAYU BARU MELAYU LAMA

Wikipedia Bahasa Melayu. Diperoleh pada Mac 14, 2008 daripadahttp://ms.


wikipedia.org/wiki/melayu pakaian tradisional melayu.

Wikipedia Bahasa Melayu. Diperoleh pada Mac 14, 2008 daripada http://ms.wikipedia.
org/wiki/ Bahasa_Melayu_ berasal_ dari_Asia_Tengah.

Wan Hashim Wan Teh, 1997, Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua
Puluh Satu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zahidi Dato’ Zainol Rashid, 2003, Mahathir Menjulang Martabat Malaysia, Cetakan Ketiga
Perpustakaan Negara Malaysia.

Internet (Akses 2008)

http://web5.bernama.com/events/umno2005/news.my

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Art

http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/images/persidangan/Kertas%20Kerja/Prof%20wan
%20Abd%20Kadir.doc.

http://www.stormloader.com/qsmjam/politik/rem22o.htm

http://www.selangordaily.com/modules.php?name=News&file=article&sid=498

http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/aug2005/11aug02.html

http://wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ahmad_Badawi

149
MELAYU BARU MELAYU LAMA

http://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

http://ms.wikipedia.org/wiki/Za%27ba

http://hembusan.blogspot.com/2006_10_01_archive.html

http://w3.spancity.com/yosri/Pengenalan.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/tunku_abdul_rahman

http://ms.wikipedia.org/wiki/ungku_aziz

150

You might also like