P. 1
Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

Aspek Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia

|Views: 1,351|Likes:
Published by mohamadanis
Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

1.

Pengenalan

Bahasa Melayu mempunyai bahan sastera yang sangat indah dan pelbagai. Sastera merupakan gambaran kreativiti penutur sesuatu bahasa. Semakin tinggi daya kreativiti penuturnya, maka semakin tinggi nilai sasteranya. Kesusasteraan juga mencerminkan sosio budaya, adat resam, kepercayaan, perspektif, pegangan dan sosioekonomi sesuatu bangsa. Jika bangsa Arab terkenal dengan syair, bangsa Melayu pula terkenal
Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

1.

Pengenalan

Bahasa Melayu mempunyai bahan sastera yang sangat indah dan pelbagai. Sastera merupakan gambaran kreativiti penutur sesuatu bahasa. Semakin tinggi daya kreativiti penuturnya, maka semakin tinggi nilai sasteranya. Kesusasteraan juga mencerminkan sosio budaya, adat resam, kepercayaan, perspektif, pegangan dan sosioekonomi sesuatu bangsa. Jika bangsa Arab terkenal dengan syair, bangsa Melayu pula terkenal

More info:

Published by: mohamadanis on Nov 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/04/2015

pdf

text

original

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.

edu

2009

1.

Pengenalan

Bahasa Melayu mempunyai bahan sastera yang sangat indah dan pelbagai. Sastera merupakan gambaran kreativiti penutur sesuatu bahasa. Semakin tinggi daya kreativiti penuturnya, maka semakin tinggi nilai sasteranya. Kesusasteraan juga mencerminkan sosio budaya, adat resam, kepercayaan, perspektif, pegangan dan sosioekonomi sesuatu bangsa. Jika bangsa Arab terkenal dengan syair, bangsa Melayu pula terkenal dengan pantun, gurindam, perumpamaan dan sebagainya. Sastera mempunyai peranan yang besar dalam membina ketamadunan. Bangsa yang bertamadun tinggi mempunyai kesusasteraan yang tinggi. Menurut Hashim Awang (1985), sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan berkeupayaan membentuk tamadun sesuatu bangsa. Ini kerana sastera biasanya membincangkan tentang pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Dalam bidang pendidikan, sastera mampu menyumbang dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan telah mewajibkan semua pelajar di sekolah menengah mempelajari Kesusasteraan Melayu dan Inggeris. Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Komsas) telah diperkenalkan mulai dari tahun 2000 di sekolah menengah secara berperingkat-peringkat. Di sekolah rendah pula kesusasteraan diserapkan di dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Bahan sastera yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Malaysia adalah seperti puisi, cerpen, novel, gurindam, ragam bahasa dan sebagainya. Kepelbagaian bahan sastera ini secara tidak langsung menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa dan sastera. Di samping menarik minat pelajar, bahan sastera juga akan dapat membentuk jati diri, memupuk rasa kecintaan terhadap bahasa Malaysia, dan menyatupadukan rakyat Malaysia.

Muka surat 1

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

2.

Objektif

Pelaksanaan Komsas dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah mempunyai objektif yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, iaitu : 2.1 membaca pelbagai bahan sastera dan bahyan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperolehi ilmu den memproses maklumat secara kritis ; 2.2 memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan ; 2.3 memperkembangkan kekuatan imaginasi,kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis ; 2.4 mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul ; 2.5 menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu ; dan 2.6 menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

3.

Sajak Pilihan 3.1 µGuru O Guru¶ Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Muka surat 2

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979

Muka surat 3

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

3.2

Sumber Sajak µGuru O Guru¶ telah dihasilkan oleh tokoh Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang pada tahun 1979. Sajak ini merupakan salah satu hasil nukilan beliau yang terkenal.

4.

Maksud Sajak µGuru O Guru¶

Sajak µGuru O Guru¶ membawa tema keguruan iaitu bertemakan kemurnian profesion keguruan. Menurut penulis guru merupakan manusia yang tidak lokek dengan ilmu dan sentiasa memberikan ilmu dengan ikhlas demi untuk membentuk generasi muda yang berjaya dan cemerlang. Persoalan ini dinyatakan penulis dalam rangkap pertama. Dalam rangkap kedua pula penulis menggambarkan guru berperanan sebagai ibu bapa, dan rakan yang sentiasa mengambil berat dan memberikan nasihat kepada pelajarnya. Guru juga pemimpin atau orang yang dipercayai dan dihormati oleh golongan masyarakat. Pandangan dan nasihatnya akan terus diingati. Selain itu dalam rangkap ketiga Allahyarham Datuk Usman menyatakan jasa seorang guru yang telah berjasa dan berjaya melahirkan pemimpin, golongan profesional, golongan istana dan rakyat biasa. Kejayaan mereka bermula daripada kesabaran dan tunjuk ajar seorang guru mengajar membaca dan menulis. Seterusnya dalam rangkap keempat penulis menggambarkan pengorbanan guru yang mengajar di bandar, luar bandar dan pedalaman. Pengorbanan mereka sangat besar. Mereka sanggup mengajar di sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman semata-mata untuk menurunkan ilmu. Akhir sekali dalam rangkap terakhir, penulis memaparkan budi dan jasa guru yang sukar untuk dilupakan. Golongan guru akan terus dipanggil dengan panggilan keramat ³Cikgu´ sehingga ke akhir hayat mereka. Gelaran keramat ini mempunyai nilai yang sangat tinggi meskipun tidak mendapat keistimewaan seperti pemegang gelaran µTun¶, µTan Sri¶ dan sebagainya. Kesimpulannya, sajak µGuru O Guru¶ mengangkat tema keguruan yang menyatakan jasa, pengorbanan, sumbangan, dan kemuliaan guru dalam masyarakat.

Muka surat 4

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

5.

Aspek Bahasa 5.1 Bahasa Kiasan Bahasa kiasan adalah bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengkiaskan kepada perkara yang lain sama ada menyebut bandingannya ataupun tidak. Dalam sajak ini penulis telah menggunakan bahasa kiasan berkacau iaitu bahasa kiasan yang menunjukkan kesesuaian antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dan mengandungi unsur-unsur yang tidak logik. Misalnya µPelita dan lampu segala¶, µSeribu tahun katanya menjadi hikmat¶ dan µDia adalah guru mewakili seribu buku¶. 5.2 Ragam Bahasa Menurut Lokman Abdul Wahid (2006), ragam bahasa ialah ciri gaya penceritaan tertentu menurut bidang penggunaannya bertujuan untuk menguatkan dan mempertajamkan maksud supaya pembaca atau pendengar mendapat kesan daripadanya. 5.2.1 Ragam Bahasa Naik Menurut Lokman Abdul Wahid (2006), bahasa naik merujuk kepada ragaman bahasa yang menguatkan tujuan kata dengan membawakan ke hadapan hati pembaca, akan gambaran fikiran yang beransur-ansur naik dari dataran yang kendur kepada dataran yang semakin terik atau tegang, membawa pembaca atau pendengar selangkah demi selangkah sampai ke kemuncak, iaitu kepada apa yang hendak disebutkannya. Terdapat ragam bahasa naik dalam sajak ini iaitu dalam rangkap ketiga ; Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Muka surat 5

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

5.2.2 Ragam Bahasa Besar Ragam bahasa besar mengatakan sesuatu secara berlebih-lebihan, melebihi apa yang sepatutnya. Sajak ini menunjukkan penggunaan ragam bahasa besar pada baris ayat berikut ; µSeribu tahun katanya menjadi hikmat¶ µDia adalah guru mewakili seribu buku¶ 5.3 Ayat Sajak ini menggunakan ayat penyata misalnya µSejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa¶, µDia adalah guru mewakili seribu buku¶ dan sebagainya. Selain itu, penulis juga menggunakan ayat aktif seperti µSeribu tahun katanya menjadi hikmat¶, dan µDialah pemberi paling setia¶. Manakala ayat pasif pula µSejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa¶. Penyajak juga menggunakan kata hubung dalam ayat. Misalnya kata hubung µuntuk¶, µdengan¶ dan µyang¶. Contoh ayat ; µUntuk manusia sebelum menjadi dewasa¶ µDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca¶ µPemimpin yang ditauliahkan segala umat¶ µBudi yang diapungkan di dulang ilmu¶

Muka surat 6

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

6.

Aspek Nilai

Sajak µGuru O Guru¶ sarat dengan nilai murni yang disulam dengan begitu indah sekali oleh penulis. Penulis menyelitkan nilai mencintai ilmu dalam rangkap pertama. Bagi penulis guru mencintai ilmu dan tidak lokek menyebarkan ilmu kepada pelajarnya. Dalam rangkap kedua pula penulis memaparkan nilai kasih sayang, ingat-mengingati dan daya kepemimpinan yang ada pada guru. Guru menyayangi pelajar seumpama ibu bapa menyayangi anaknya dan menjadi sahabat akrab terhadap pelajarnya.. Selain itu, dalam rangkap ketiga penulis menggambarkan jasa guru mendidik anak muridnya sehingga menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Pada rangkap keempat pula dipaparkan nilai pengorbanan guru yang sanggup bertugas di bandar, luar bandar dan pedalaman semata-mata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Seterusnya, penulis menyelitkan nilai murni mengenang jasa. Jasa guru akan sentiasa diingati oleh masyarakat. Panggilan µcikgu¶ akan kekal meskipun seseorang guru sudah berpencen. 7. Aspek Struktur 7.1 Tema Sajak µGuru O Guru¶ bertemakan kerjaya perguruan yang mulia. 7.2 Persoalan Terdapat banyak persoalan yang dipaparkan dalam sajak µGuru O Guru¶, antaranya ; 7.2.1 Keikhlasan seorang guru mendidik anak didik. 7.2.2 Hubungan guru dengan pelajar seperti ibu bapa dan rakan karib. 7.2.3 Kejayaan seseorang manusia adalah atas usaha dan jasa guru. 7.2.4 Pengorbanan guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar, bandar dan pedalaman. 7.2.5 Jasa dan pengorbanan guru tetap akan dikenang oleh masyarakat.

Muka surat 7

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

7.3

Bentuk Sajak µGuru O Guru¶ adalah sajak moden. Walau bagaimanapun, sajak ini mengandungi pengaruh syair jika dilihat dari segi penggunaan rima akhir yang sama. Contohnya penggunaan rima akhir µa¶ pada rangkap pertama dan ketiga. Manakala rima akhir µat¶ pada rangkap kedua. Selain itu, sajak ini mengandungi 27 baris ayat dalam lima rangkap. Bilangan perkataan dalam baris tidak sama. Paling sedikit 4 perkataan dalam satu baris, manakala jumlah perkataan yang paling banyak ialah 7 perkataan.

7.4

Gaya Bahasa 7.4.1 Hiperbola Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebihan-lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Contohnya ; Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Dia adalah guru yang mewakili seribu buku.

7.4.2 Rima Rima bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris dalam puisi. Dalam sajak µGuru O Guru¶ yang paling jelas penulis menggunakan rima akhir µa¶ pada perkataan terakhir dalam setiap baris pada rangkap pertama dan rangkap ketiga. Seterusnya, pada rangkap kedua penulis menggunakan rima akhir µat¶. Pada rangkap keempat penulis menggunakan rima akhir µa¶, µa¶, µu¶, µu¶ dan µa¶, µa¶. Manakala pada rangkap terakhir penulis menggunakan rima akhir µu¶, µu¶, µat¶ dan µat¶. 7.4.3 Asonansi

Muka surat 8

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Asonansi bererti pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak. Dalam sajak ini penulis telah menyelitkan unsur gaya bahasa asonansi seperti pengulangan vokal µa¶, µi¶ dan µu¶ dalam baris berikut ; Pelita dan lampu segala Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Tiap akar ilmu miliknya Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu 7.4.4 Aliterasi Aliterasi bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak. Dalam sajak ini, penulis telah menggunakan unsur aliterasi seperti pengulangan konsonan µm¶, µn¶, µp¶ dan µg¶ dalam baris berikut ; Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu 7.4.5 Pengulangan Dalam sajak pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, baris, dan rangkap. Pengulangan boleh dibahagikan kepada anafora, epifora dan repitisi. Pengulangan anafora bermaksud pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Sajak µGuru O Guru¶ mengandungi unsur pengulangan anafora yang ketara, umpamanya pengulangan rangkai kata µJika hari ini ...¶ dalam rangkap ketiga ; Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Muka surat 9

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Selain itu, sajak µGuru O Guru¶ juga mengandungi unsur pengulangan epifora iaitu pengulangan kata pada akhir baris seperti perkataan µdewasa¶ dan µnegara¶ pada baris berikut ; Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Manakala pengulangan repitisi iaitu pengulangan kata dalam baris yang sama ditunjukkan dalam sajak µGuru O Guru¶ seperti berikut ; Pengulangan perkataan µdialah¶ dalam baris Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 7.4.6 Perlambangan Perlambangan merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, dan peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam. Dalam sajak µGuru O Guru¶ penulis ada menggunakan unsur perlambangan seperti berikut ; Pelita dan lampu segala Seribu tahun katanya menjadi hikmat Dia adalah guru mewakili seribu buku

Muka surat 10

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU Tarikh Tahun Masa Bilangan Murid Mata Pelajaran Tajuk Objektif : : : : : : : 09.01.2009 6 Amanah 8.00 ± 9.00 pagi 40 orang Bahasa Melayu Kesenian dan kebudayaan Pada akhir pelajaran ini murid dapat ; i. Mendeklamasikan sajak dengan intonasi dan sebutan yang betul. Mengenalpasti isi penting dan menyusun isi penting berdasarkan bahan rangsangan. Menjawab 3 ± 5 soalan kefahaman tentang sajak dengan betul. Menulis 3-5 ayat penyata dengan betul menggunakan kata nama dan kata ganti nama dalam sajak.

ii.

iii.

iv.

Hasil Pembelajaran

:

Fokus Utama 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.

Aras 2 (i) Mengimbas maklumat yang sesuai daripada teks untuk menyokong fakta.

Fokus Sampingan 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Muka surat 11

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Aras : 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul. mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca. memilih dan menulis idea yang terdapat dalam petikan yang didengar.

9.2 Aras 1 (i)

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa

: :

Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. 1. Morfologi 2. Sintaksis 3. Kosa Kata : : : Kata Nama Ayat Penyata keramat, alur, hikmat, terkemuka, ceruk desa, dan takhta. : Pendidikan Moral : menghargai , patriotisme, kasih sayang, pengorbanan, mengenang jasa, dan ikhlas y Kemahiran Berfikir : membuat gambaran mental, meramal, dan membuat perbandingan y Belajar Cara Belajar : Kemahiran Belajar : y y Kemahiran Maklumat Kecerdasan Pelbagai membaca luncuran,mencatat nota

Pengisian Kurikulum : y y Ilmu Nilai

: Membuat Rujukan : kinestetik, intrapersonal interpersonal, verbal-linguistik, Muzikal

Muka surat 12

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Bahan Bantu Mengajar

: y y y y Sajak µGuru O Guru¶ Borang Pengurusan Grafik Fail WMA ³ Deklamasi Sajak Guru O Guru´ Peralatan multimedia, persembahan power point

Pengetahuan Sedia Ada

: y y y y y Murid mengenali tokoh-tokoh Sasterawan Negara Murid mengtahui tanggugjawab guru Murid boeh membina ayat penyata Murid mengetahui tentang puisi lama dan moden. Murid tahu menyanyikan lagu µTerima kasih Cikgu¶ Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Set Induksi (5 minit)

Langkah 1 (10 minit)

y Persembahan Grafik ¶Power Point¶ y Rakaman lagu ³Terima kasih Cikgu ´. y Soalan : 1. Siapa nama guru kamu? 2. Apakah jasa guru terhadap kamu? 3. Ramalkan apakah yang akan berlaku jika tiada guru? y Persembahan Grafik ¶Power Point¶ Sajak ¶Guru O Guru¶. y Rakaman Deklamasi Sajak ¶Guru O Guru¶ y Kosa kata : keramat, alur, hikmat, terkemuka, ceruk desa,

y Guru menunjukkan persembahan grafik ¶Power Point¶ dan memainkan lagu ´Terima kasih Cikgu´. y Guru meminta murid menyanyikan lagu bersama-sama. y Guru bersoaljawab dengan murid. y Guru mengaitkan lagu dengan pelajaran.

Kecerdasan Pelbagai: Muzikal Verbal Linguistik KBKK : Meramal

y Guru menunjukkan persembahan grafik ¶Power Point¶ Sajak ¶Guru O Guru¶ di skrin putih. y Guru memainkan rakaman deklamasi Sajak ¶Guru O Guru¶ y Guru meminta murid mendeklamasikan sajak berpandukan rakaman. y Guru dan murid membaca sajak bersama-sama.

Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal Interpersonal

Muka surat 13

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

dan takhta

y Guru meminta wakil murid membuat persembahan deklamasi sajak.

Langkah 2 (20 minit)

y Persembahan Grafik ¶Power Point¶ Sajak ¶Guru O Guru¶. y Borang Pengurusan Grafik

y Guru membahagikan murid kepada 4 buah kumpulan. y Guru menunjukkan borang pengurusan grafik dan mengedarkan salinannya kepada wakil murid. y Guru meminta setiap kumpulan melengkapkan borang pengurusan grafik. y Guru membimbing murid melengkapkan borang. y Guru menyuruh wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. y Guru merumuskan hasil perbincangan murid. y Guru memaparkan brosur kata nama dan ayat penyata kepada murid. y Guru mengedarkan salinan brosur kepada setiap kumpulan. y Murid mendapatkan maklumat di dalam brosur. y Guru meminta murid menyenaraikan kata nama dan ayat penyata di dalam sajak. y Guru meminta murid menulis 5 ayat penyata dengan menggunakan kata nama dalam sajak. y Murid menulis ayat di dalam lembaran kerja. y Guru memaparkan soalan di skrin

Nilai : Patriotisme Menghargai Ilmu : Pendidikan Moral Belajar Cara Belajar : Membaca luncuran Mencatat nota (isi-isi penting) BBM : Brosur, Grafik ¶Power Point¶ , lembaran kerja Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, intrapersonal, KBKK : Aplikasi,

Langkah 3 (15 minit)

y Sistem Bahasa Morfologi : Kata Nama Sintaksis : Ayat Penyata y Brosur Kata Nama dan Ayat Penyata y Lembaran Kerja

Langkah 4

y Lembaran Kerja

BBM :

Muka surat 14

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

(7 minit)

y Soalan : 1. Siapakah penulis sajak ¶Guru O Guru¶? 2. Bagaimanakah kamu menghargai jasa guru? 3. Apakah persamaan di antara guru dengan ibu bapa kamu? 4. Apakah perbezaan di antara guru dengan ibu bapa kamu? 5. Apakah pengorbanan seorang guru? y Pengayaan : Menulis kata-kata penghargaan kepada guru. y Pemulihan : Membaca dan menulis kata nama dan ayat penyata.

putih dan meminta murid menjawab soalan. y Guru membimbing murid menjawab soalan. y Murid menulis jawapan dalam buku latihan masing-masing. y Guru meminta murid yang cerdas dan telah menyiapkan tugasan menulis 3 kata-kata penghargaan kepada guru. y Guru membimbing murid lemah membaca dan menulis kata nama dan ayat penyata.

Grafik ¶Power Point¶ , Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, intrapersonal,

KBKK : Membanding beza.

Penutup (3 minit)

y Persembahan Grafik ¶Power Point¶ y Rakaman lagu ³Terima kasih Cikgu ´. y Rumusan guru dan murid ; Kerjaya guru merupakan kerjaya yang mulia dan mereka perlu dihargai.

y Guru meminta murid menyanyikan bersama-sama lagu ¶Terima kasih Cikgu¶ y Guru dan murid merumuskan isi pelajaran. y Murid mengucapkan terima kasih kepada guru.

BBM : Grafik ¶Power Point¶, Lagu ¶Terima kasih Cikgu¶, dan peralatan multimedia. KP Muzikal

Muka surat 15

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Rujukan Abdul Aziz Awang (2006). Bahasa Melayu.Selangor Darul Ehsan.Sasbadi Sdn. Bhd.

Dr.Ali Mahmood dan etc. al. (2006). HBML1103 : Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

http://zooma.com.my (2009.03.13)

Nik Safiah Karim dan etc. al. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Selangor Darul Ehsan. Dawama. Sdn. Bhd.

www.esastera.com/komsasPMR/ (2009.03.17)

www.geocities.com/sajak29/moden/usman/index.htm (2009.03.17)

www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_06.asp?h=60104&e=PMR&s=BM&ft=FTN&t=2 (2009.03.15)

www.ujanailmu.com.my/cat (2009.03.18)

Muka surat 16

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Lampiran 1

Baca dengan teliti sajak ¶Guru O Guru¶ di bawah ini. µGuru O Guru¶ Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Muka surat 17

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. USMAN AWANG 1979

Muka surat 18

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Lampiran 2.

1. Senaraikan isi±isi penting daripada sajak µGuru O Guru¶

Sajak Guru O Guru

Muka surat 19

Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu/HBML1103/SemJan/animas2yah@oum.edu

2009

Muka surat 20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->