You are on page 1of 6

KUMPULAN 7 :

RANCANGAN MENGAJAR

Tajuk : MACAM – MACAM RASA


Ringkasan : Di dalam tajuk ini , murid didedahkan tentang rasa-rasa makanan.Murid
dapat mengenalpasti rasa
Standard Kandungan : SAINS FIZIKAL
7.1 Mengaplikasi pengetahuan tentang pelbagai rasa
Standard Pembelajaran : Murid boleh :
7.1.1 Mengenalpasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan
deria rasa
7.1.2 Mengelas pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa manis . masin,
pahit dan masam dengan menjalankan penyiasatan.
7.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau
lisan.

Tempoh Masa : 2 waktu ( 1 Jam)


Sumber : Benda Maujud :-
i) Manis – gula-gula
ii) Masin – ikan masin
iii) Masam – buah asam
iv) Pahit – kopi

Kad perkataan : -
i) manis
ii) masin
iii) pahit
iv) masam

Gambar :-
i) Tomato
ii) Lemon
iii) Pil ubat
iv) Peria
v) Garam
vi) Telur masin
vii) Tembikai
viii) Ais krim

Lembaran kerja 1 – Penilaian


Lembaran Kerja 2 – Pengayaan

Aktiviti :
1. Guru memberi murid buah asam.
2. Bersoal jawab tentang buah asam tersebut.
Contoh soalan :
1. Apakah nama buah ini?
2. Apakah warna buah asam tersebut?
3. Apakah rasa buah asam tersebut ?
- Murid merasa buah asam tersebut.

Soal jawab tentang deria yang digunakan oleh murid untuk merasa.
Jawapan murid sepatutnya lidah.
Meminta murid menunjukkan lidah mereka.

2.Setiap murid merasa semua makanan yang ada di dalam kumpulan


mereka
2.1 Murid memilih kad perkataan yang sesuai dengan rasa makanan
yang ditunjukkan oleh guru.
Contoh :
Guru menunjukkan ikan masin.
Seorang murid akan tampil ke hadapan dan memilih perkataan yang
bersesuaian untuk menunjukkan rasa ikan tersebut.
2.3 Murid menyebut perkataan tersebut diikuti oleh murid lain.

3. Aktiviti kumpulan .
3.1 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
3.2 Guru membekalkan gambar-gambar
3.3 Guru menampalkan sehelai kertas yang terdiri daripada 4 kotak
kosong pada papan hitam.(seperti lampiran 1)
3.4 Murid daripada kumpulan-kumpulan akan mengambil salah satu
gambar secara rawak dari kotak yang dibekalkan.
3.5 Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing dan wakil
kumpulan akan menampalkan gambar tersebut pada kertas yang
ditampal pada ppan hitam ( mengelaskan gambar mengikut rasanya ).
3.6 Perbincangan tentang jawapan.
3.7 Guru merumuskan aktiviti murid.

4. Aktiviti bertulis
4.1 Memadankan gambar makanan dengan rasanya.(Lembaran kerja 1)

Penilaian : Menyiapkan lembaran kerja 1

Aktiviti Pemulihan : Guru membimbing murid menguasai topik pembelajaran dengan


mengulangi aktiviti 2 dengan bahan makanan yang lain.

Aktiviti Pengayaan :
Menyiapkan lembaran kerja (Lembaran Kerja 2)
Aktiviti 3
Mengelaskan gambar
Arahan : Kelaskan gambar mengikut rasanya.

_________________________________ ____________________________________

__________________________________ _____________________________________
Nama : _____________________

Kelas : ____________
Lembaran Kerja 1

Teliti gambar dan tandakan ( / ) pada petak rasa yang sesuai.


Jenis makanan Manis Masam Pahit Masin

Garam

Standard Kandungan : Lidah Untuk Merasa.


Lembaran Kerja 2 :

Nama : ........................................................... Tarikh : ....................

Senaraikan makanan yang mempunyai rasa :-

a) Pahit
i) ...........................................................

ii) ...........................................................

iii) ...........................................................

b) Masin

i)...........................................................

ii) ...........................................................

iii) ...........................................................

c) Manis

i)...........................................................

ii) ...........................................................

iii) ...........................................................

d) Masam

i)...........................................................

ii) ...........................................................

iii) ...........................................................

You might also like