You are on page 1of 8

1

Bincangkan peranan keluarga, sekolah dan kerajaan untuk menangani isu “seks bebas dan
pembuangan bayi” dalam kalangan remaja di Malaysia.

Pengenalan

Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke satu tahap

yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun, di sebalik kemodenan ini,

mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat pelbagai

laporan tentang pembuangan Seks bebas dan pembuangan bayi di merata-rata tempat seperti di

dalam tandas, di tepi longkang, dan sebagainya. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini

melakukan perbuatan sumbang tanpa mengira tempat dan waktu dan akhirnya berakhir dengan

membuang bayi secara membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan berperikemanusiaan.

Isu Seks bebas dan pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun

kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana kepada negara. Pembuangan bayi

yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat

bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar. Mereka yang melakukan perkara ini

merupakan individu yang tidak ada maruah diri dan tidak bertamadun. Apakah tidak ada lagi

nilai kemanusiaan di dalam diri mereka yang tidak bertanggungjawab ini?

Ekoran daripada seks bebas dan pembuangan bayi ini, maka kita dapat lihat betapa

meruncingnya masalah ini pada masa sekarang, ini dapat dibuktikan dengan data berikut, Negeri

Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi tertinggi di negara ini, sejak lima tahun

lepas bermula 2005, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu Rabu. Menteri Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata mengikut statistik
2

Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi ."Secara

keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan dicatatkan sejak lima tahun lalu,"

katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-

Maran) yang ingin tahu jumlah kes pembuangan bagi bagi tempoh 2005-2010 mengikut negeri

dan sebab kejadian tersebut berlaku serta tindakan kerajaan dalam menangani gejala tersebut.

Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri

Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10),

Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1). Shahrizat berkata antara punca

berlakunya masalah pembuangan bayi apabila mangsa, wanita hamil luar nikah berasa takut dan

malu kerana tidak mendapat sokongan keluarga, khuatir dihukum sekiranya masyarakat umum

mengetahuinya dan bayi yang dilahirkan cacat

2. Perbincangan

2.1 Langkah-langkah mengatasi masalah seks bebas dan pembuangan bayi dalam

kalangan remaja.

Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang amat zalim dan

keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana

mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak.

Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Langkah yang lebih

berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi
3

seks bebas dan anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang

yang sewajarnya.

2.1.1 Peranan keluarga

Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya

memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-

lebih lagi pada peringkat remaja. Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang

menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan

peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan

peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti

pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat kendiri.

Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang

diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih

sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Ini termasuklah

keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa

kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih

sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan

peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus

ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.


4

2.1.2 Peranan Sekolah

Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja

daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam

penulisannya yang bertajuk ‘ masalah sosial tiada penghujungnya ’, pihak pentadbiran sekolah

perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara

komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan

penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan

sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari

gejala sosial.

Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan

melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan

masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan

pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif

berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana

sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias

Mohammed 1937). Bagi mencapai hasrat diatas, semua pihak perlu memberikan komitmen,

kerjasama, dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan.


5

2.1.3 Peranan Kerajaan

Kerajaan memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan masalah seks

bebas dan pembuangan bayi ini dapat dibendung. Kementerian Belia / Jabatan Belia, apapun

yang berkaitan dengannya perlu melihat semula modul-modul yang disediakan untuk aktiviti

belia/remaja. Telah tiba masanya untuk kembali kepada aktiviti yang mewajibkan program

keagamaan dan pembinaan siasah berasaskan Islamiah. Kita mempunyai ramai Ilmuan Islam

juga libatkan mereka dalam program dan aktiviti belia. Kerana peratus yang tertinggi dalam

kes ini ini adalah A

NAK MELAYU ISLAM. Oleh itu pihak Kerajaan perlu menyalurkan peruntukan melalui

JAKIM / Majlis Agama Negeri untuk diagihkan kepada Jawatankuasa Masjid bagi

mengadakan program-program yang menjurus kepada Sistem Kekeluargaan Islam dan

Masyarakat Islam Kurangnya program sebegini yang membuatkan masyarakat Islam mula

lupa peranan dan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat... mula melupakan konsep

KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA.

Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan

pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang

gejala ini dan sedar mengenai kesan dan bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan

usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit sebanyak dapat

mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia

ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah

merupakan ahli masyarakat.


6

Kesimpulan

Setelah meneliti tentang permasalahan seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan

remaja di Malaysia ini, didapati terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini

seperti punca-punca masalah, kesan-kesan daripada masalah, dan langkah-langkah mengatasi.

Antara punca-punca masalah seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah

kurangnya didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan rakan sebaya yang mempunyai moral

yang negatif, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum individu yang terlibat

tanpa usul periksa, dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru. Semua punca ini

membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan kehidupan yang penuh

cabaran ini.

Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut dititikberatkan. Hal ini kerana,

melihat kepada kesan-kesan yang dikaji, pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk terus

bersaing dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut dengan masalah sosial ini.

Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu

cara untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka sendiri. Antara kesan-kesan seks bebas

dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja adalah seperti kesan remaja akan mengandung

anak luar nikah dan membawa kepada permasalahan pembuangan bayi, kesan kepada bayi yang
7

dibuang, kesan kepada ibu yang melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, kesan kepada

masyarakat dan juga kesan kepada negara itu.

Walaubagaimanapun, kita telah berjaya mencari langkah-langkah terbaik bagi mengatasi

masalah seks bebas dan pembuangan bayi ini. Antara langkah-langkahnya adalah peranan

keluarga itu sendiri, peranan sekolah, peranan kerajaan dan pencegahan yang dilakukan sebelum

berlaku apa-apa yang tidak diingini, dan memberi bantuan kepada remaja perempuan yang hamil

luar nikah. Kita yakin dengan langkah-langkah yang diperolehi ini mampu mengurangkan

masalah seks bebas dan pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Justeru itu, semua pihak

perlulah berganding bahu dalam membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar

nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.
8

RUJUKAN

Abdul Halim Abdullah. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi.
http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/ [ 20 Mei 2010 ]

Al-Quran. Surah Al-Israa’ 17 : 32. Cetakan Kedua Belas. 2001. Kuala Lumpur : Darulfikir.

Amran Kasimin. 1945. Masalah Sosial Dan Hubungannya Dengan Didikan Agama.
Kuala Lumpur : Dinie.

Anitayahya. 2007. Pengguguran dan Pembuangan Bayi: Definisi pembuangan bayi.


http://pengguguranbayi.blogspot.com/ [ 19 Mei 2010 ]

Rizanizam Abdul Hamid. 2010. Remaja Tanam Bayi. Utusan Malaysia, 17 Mei: 17.

Yong, Karen. 2006. Masalah Sosial Tiada Penghujungnya. Cheras, Selangor:


Penerbitan Premier.

You might also like