You are on page 1of 9

BERTOLT BRECHT: SUMBANGAN DALAM BIDANG TEATER

Pengenalan
Latar belakang Bertolt Brecht

Bertolt Brecth dilahirkan pada tahun 1898 di Jerman dan dibaptiskan sebagai Eugen Berthold
Friedrich. Beliau merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan pengarah teater yang sangat
berpengaruh pada abad ke-20. Beliau merupakan seorang pacifist dan sangat terpengaruh
dengan idea-idea Karl Marx. Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama, beliau
menggunakan puisi, lagu dan akhirnya teater untuk memaparkan idea-idea beliau supaya dapat
mengubah keadaan negara tersebut. Bahkan, beliau pernah menggambarkan negaranya
semasa berada dalam Republik Weimar sebagai “terperangkap dalam empat cengkaman iaitu
ketenteraan, kapitalisme, industrialisasi dan penjajahan (Cohen: 1981).

Beliau terpaksa keluar dari negaranya pada zaman pemerintahan Hitler. Beliau telah
hidup berpindah-randah di beberapa buah negara Eropah dan akhirnya menetap di Amerika
dalam tahun 1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman. Kerajaan
Jerman Timur turut menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi membolehkan
beliau mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater hasil daripada pementasan-
pementasan yang dilakukan oleh beliau sebelumnya dan karya-karya yang ditulis semasa
dalam pelarian (Leach: 2004).

Sepanjang hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasan teater.


Antara hasil-hasil karya beliau yang terkenal ialah The Caucasian Chalk Circle (Der
kaukasische Kreidekreis), The Threepenny Opera (Die Dreigroschenoper), Life of Galileo
(Leben des Galilei), Mother Courage and Her Children (Mutter Courage und ihre Kinder) dan
The Good Person of Szechwan (Der gute Mensch von Sezuan) (Leach: 2004). Manakala
sumbangan beliau yang terbesar ialah sebuah teori yang beliau panggil sebagai Epic Theatre
dan akan dihuraikan secara lebih lanjut dalam tugasan ini.
Apa itu Epic Theatre?

Teori ini dinamakan sebagai Epic Theatre kerana ianya bersifat episodik, dengan setiap babak
memaparkan cerita yang berlainan, tetapi apabila digabungkan menjadi sebuah cerita. Contoh
mudah bagi memahami pernyataan ini ialah kartun Dragonball yang memaparkan cerita yang
berlainan dalam setiap sirinya, tetapi masih merupakan satu cerita apabila digabungkan. Selain
nama Epic Theatre, teori ini juga dinamakan sebagai Dialectic Theatre kerana dalam
pementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan argument antara dua belah
pihak yang saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain (Brown: 1995).

Dalam Epic Theatre, tujuan sesebuah pementasan dijalankan adalah untuk


mempersembahkan idea-idea dan penonton harus membuat penilaian terhadap idea-idea
tersebut. Oleh itu, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak boleh menyebabkan penonton
hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah pementasan. Sebaliknya, Brecht
menjelaskan bahawa para penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah
pementasan dan tidak perlu beremosi sebaliknya berfikir secara kritikal akan mesej yang ingin
disampaikan dalam pementasan itu dan melaksanakan perubahan apabila keluar dari
pementasan itu. Menurut beliau, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘dialeniasi’
(diasingkan) daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai
Verfremdungseffekt yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "alienation effect”
ataupun kesan pengasingan (Wilson & Goldfarb: 2000).

Verfremdungseffekt (Alienation Effect)

Dalam bahasa Jerman, Verfremdungseffekt bermaksud ‘mengasingkan’ (alienate) atau


‘menjauhkan’ (distance) penonton daripada sesebuah pementasan. Dalam epic theatre, Brecht
cuba mengasingkan penonton daripada watak-watak dan lakonan mereka dalam sesebuah
pementasan. Dengan cara ini, para penonton tidak akan tersentuh dengan pementasan
tersebut serta tidak bersimpati mahupun berempati dengan apa yang dipaparkan. Sebaliknya,
beliau mahu para penonton untuk memahami secara intelektual dilema yang dihadapi oleh
sesebuah watak serta kesilapan yang telah dibuat yang membawa kepada berlakunya dilemma
tersebut. Apabila para penonton diasingkan secara emosi daripada pementasan, penonton
dapat berempati dengan pementasan tersebut secara intelek (intellectual empathy) dan
mungkin akan berusaha mengubah keadaan masyarakatnya (Leach, 2004).
Teknik-teknik Dalam Epic Theatre

Terdapat beberapa teknik yang digunakan bagi membolehkan penonton mencapai


verfremdungseffekt, iaitu dari segi teknik penghasilan teater, teknik pementasan dan lakonan.

Terdapat tiga teknik yang digunakan dalam penghasilan pementasan dalam Epic
Theatre iaitu historification, allegorical dan pseudo foreign. Dalam teknik historification ataupun
pensejarahan, Brecht mengalienasi penonton dengan meletakkan babak-babak
pementasannya dalam latar masa lampau. Sebagai contoh, pementasan Mother Courage and
Her Children disetkan dalam latar masa abad ke-17 (pementasan tersebut ditulis pada 1938,
disunting kembali pada 1940 dan dipentaskan pada 1941). Dengan cara ini, penonton akan
lebih dialienasi memandangkan mereka tidak biasa dengan latar masa lampau tersebut.
Manakala, dalam allegorical pula adalah penggunaan simbol-simbol dalam menjelaskan isi
kandungan atau dilema dalam sesebuah pementasan. Teknik ini diguna dalam pementasan
Rise and Fall of the City of Mahagonn. Dengan menggunakan teknik ini, penonton akan
dialienasi oleh simbol-simbol yang akan menyebabkan mereka berfikir akan makna yang
terdapat dalam simbol-simbol tersebut. Manakala, teknik pseudo-foreign pula adalah adaptasi
daripada teater-teater luar yang setentunya berbeza budayanya daripada budaya audiens.
Contoh pementasan yang menggunakan teknik ini ialah The Good Person of Sezuan (Wilson &
Goldfarb: 2000).

Terdapat banyak teknik yang digunakan oleh Brecht dari segi pementasan bagi
membolehkan penonton mencapai verfremdungseffekt, ini termasuklah penggunaan kapsyen
yang dipancarkan di pentas bagi menjelaskan apa yang akan berlaku dalam babak seterusnya.
Sebagai contoh, teknik ini diguna dalam pementasan Caucasian Chalk Circle di mana setiap
babak mempunyai tajuk sendiri yang dipaparkan di pentas. Dalam pementasan tersebut, turut
digunakan teknik gangguan oleh narator yang menjelaskan apa yang berlaku dalam sesuatu
babak dan memprovokasi penonton. Terdapat juga penggunaan lagu dalam pementasan epic
theatre, akan tetapi lagu-lagu ini hanyalah berfungsi memprovokasi pemikiran penonton dan
terhadap dilemma yang wujud dalam pementasan tersebut. Terdapat juga teknik di mana
pelakon menanyakan secara langsung kepada penonton. Ini dapat dilihat dalam pengakhiran
pementasan The Good Woman of Sezuan di mana watak utamanya meminta tolong kepada
dewa, tetapi dewa tidak mempunyai jawapan yang dapat diberikan kepada watak utama
tersebut iaitu Shen Te. Shen Te terus maju ke depan dan menanyakan dan menyatakan
kepada penonton sebagaimana berikut:
Hey, honorable folks, don’t be dismayed

That we can’t seem to end this play! You’ve stayed

To see our shining, all conducing moral, a

And what we’ve given you has been this bitter quarrel.

…(dipendekkan)

Do we need heroes? Dreams? New Gods? Or None?

Well, tell us-else we’re hopelessly undone.

The only thing that we can think to say

Is simply that you must end this play.

Tell us how our good woman of Sezuan

Can come to good ending-if she can!

Honourable folks: you search and we trust

That you’ll find the way. You must, must, must!

Dalam babak pengakhiran ini, para penonton diminta melengkapkan sendiri pengakhiran cerita
menurut penilaian mereka sendiri. Dengan cara ini penonton diajak berfikir dan mencari
penyelesaian sendiri bagi dilema yang wujud dalam pementasan ini. Selain itu, Brecht juga
menggunakan musik atau lagu yang bertentangan dengan emosi dalam sesebuah babak dalam
mana lagu tersebut digunakan. Sebagai contoh, dalam sebuah babak yang sedih Brecht
mungkin menggunakan lagu-lagu yang ceria. (Cohen: 1981).

Lakonan dalam epic theatre memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah watak
secara tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya bahawa mereka
adalah watak tersebut. Pelakon-pelakon juga sering berinteraksi dengan penonton secara
langsung. Tujuan utama lakonan sebegini adalah untuk meruntuhkan dinding keempat dalam
sesebuah lakonan. Ini adalah bagi membolehkan penonton melihat dan menyedari bahawa
mereka sedang menonton sebuah pementasan, bukan sebuah realiti, dan menganggap
bahawa pentas adalah pentas dan pelakon adalah pelakon. Salah satu istilah yang digunakan
oleh Brecht dalam lakonan adalah ‘gestus’. Gestus adalah apa sahaja pergerakan yang
dilakukan oleh seseorang pelakon dalam lakonan bagi menggambarkan keadaan sesebuah
watak berdasarkan teks. Ini adalah berdasarkan pemerhatian Brecth terhadap lakonan opera
cina. Beliau memerhatikan seorang pelakon opera cina, Mei Lan Fang melakonkan sebuah
babak di mana wataknya ketakutan. Brecht mendapati Mei Lan Fang sekadar meletakkan
rambutnya ke dalam mulut, tetapi para penonton memahami bahawa watak tersebut sedang
ketakutan walaupun pelakon tersebut bergerak dalam keadaan tenang. Gestus boleh
menerangkan keadaan pelakon tanpa memerlukan pelakon menunjukkan emosi dan boleh
menyebabkan penonton teralienasi daripada pementasan dan mengelakkan mereka daripada
menjadi emosional.

Perbezaan Dramatik Theatre dengan Epic Theatre

Brecht menyatakan bahawa epik adalah drama non-arestotelian. Oleh itu terdapat beberapa
perbezaan antara epic theatre dengan dramatic theatre yang berdasarkan kepada pendapat
Aristotle. Brecht telah menggunakan terma ‘non-Aristotelian drama’ bagi menerangkan dimensi
drama dalam kerjanya sendiri, bermula pada 1930-an dengan beberapa siri nota dan esei
bertajuk “On a non-aristotelian drama” yang mengandungi contoh bentuk teater epik iaitu kara
muzikalnya yang bertajuk The Threepenny Opera. Dengan definisi daripada Aristotle, Brecht
menulis, “perbezaan antara dramatik dan epik adalah merujuk kepada perbezaan kaedahnya
dalam pembinaan.” Kaedah pembinaan ini merujuk kepada hubungan yang dibentuk daripada
persembahan antara bahagian dan keseluruhan.

Dalam persembahan dramatik teater, pemikiran membentuk manusia. Dalam konteks ini,
penonton diajak bersama-sama berada dalam pementasan agar mereka dapat membentuk
pemikiran mereka setelah menyaksikan persembahan teater jenis ini. Manakala dalam epik
teater pula membantu manusia membentuk pemikiran. Dalam konteks epik teater ini penonton
menjadi pemerhati supaya dapat berfikir mengenai apa yang dipersembahkan setelah selesai
menyaksikan persembahan teater ini. Selain itu, persembahan dalam dramatik teater
mengambarkan pengalaman-pengalaman untuk membentuk jalan ceritanya tetapi dalam epik
teater mengambil situasi yang berlaku dalam persekitaran sebagai jalan cerita pementasan.

Setiap babak yang dipentaskan dalam dramatik teater berkesinambungan dengan


babak yang seterusnya untuk menjadi satu jalan penceritaan. Bagi epik teater pula setiap babak
yang dipentaskan tidak menunjukkan perpautan atau kesinambungan antara babak seterusnya
tetapi mempunyai satu penceritaan dalam pementasannya. Teknik dan gaya lakonan yang
dipersembahkan dalam dramatik teater yang menunjukkan elemen-elemen emosi seperti sedih,
marah, gembira, dan sebagainya melalui karakter-karakter yang ditonjolkan oleh pelakon agar
penonton dapat merasai emosi-emosi tersebut berbanding dengan epik teater yang tidak
menekankan aspek-aspek dalam emosi pelakon tetapi mementingkan logik dan pemikiran
penonton itu sendiri.

Di samping itu, dalam dramatik teater penonton dapat melihat pengakhiran sesuatu
persembahan sebagai tanda penamat dalam penceritaan teater tersebut. Manakala epik teater
tiada pengakhiran sebagai tanda penamat dalam persembahan walaubagaimana pun teater ini
menekankan isi atau mesej yang perlu difikirkan sendiri oleh penonton.
Bibliografi

Brockett O G, Hildy F J. 2003. History of Theatre Ninth Edition. United States of

America: Pearson Education Group.

Brown J R. 1997. The Oxford Illustrated History of Theatre. Oxford New York: Oxford

University Press.

Leach R. 2004. Makers of Modern Theatre An Introduction. United States of America:

Routledge Taylor and Francis Group.

Cohen R. 1981. Theatre. University of California United States of America: Mayfield

Publishing Company.

Wilson E, Goldfarb A. 2000. Living Theatre A History Third Edition. United States of

America: McGraw-Hill Higher Education.

Wilson E, Goldfarb A. 2004. Living Theatre A History Fourth Edition. United States of

America: McGraw-Hill Higher Education.

http://direct.vtheatre.net/brecht.html

http://www.teachit.co.uk/armoore/drama/brecht.htm#15

http://www.scribd.com/doc/17159368/The-Life-of-Galileo-by-Bertolt-Brechet-A-Critical-Analysis-by-
Qaisar-Iqbal-Janjua
http://www.slashseconds.org/issues/001/004/articles/02-plewis2/index.php

You might also like