You are on page 1of 23

TOPIK 1

KEMAHIRAN MENULIS

1.1 Definisi Menulis dan Tulisan


1.1.1 Menulis
Menulis merupakan keupayaan murid membina perkataan dan ayat dan mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui.

Juriah Long & rakan-rakan (1990):


Menulis adalah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat
dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan
bentuk grafik.

Tarigan (Hasani, 2005:1):


menulis adalah menurunkan atau melukiskan lambang-lambang grafik yang
menggambarkan suatu bahasa yang dipahami oleh seseorang, sehingga orang lain
dapat membaca lambang-lambang grafik tersebut kalau mereka memahami bahasa dan
grafik tersebut.

Rusyana (Hasani, 2005:1):


menyatakan bahwa wujud pengutaran sesuatu secara tersusun dengan
mempergunakan bahasa disebut karangan.

Hasani (2005:2):
menulis merupakan keterampilan berbahasa yang dipergunakan untuk berkomunikasi
secara tidak langsung. Menulis merupakan kegiatan yang produktifdan ekspresif,
sehingga penulis harus mampu memanfaatkan kemampuan dalam menggunakan tata
tulis, struktur bahasa, dan kosakata.

1.1.2 Tulisan
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan dalam bentuk grafik
bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan alat komunikasi.
1.2 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Menulis
1.2.1 Kematangan Kognitif
Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan
membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak
sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal perkembangan
mereka.

Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah laku


mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang
mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978).

Ketika kanak-kanak mencipta satu penemuan baru tentang menulis melalui


penerokaan kendiri dan penglibatan mereka dengan buku-buku bergambar, mereka
sebenarnya telah membina pandangan kendiri tentang tulisan.

Menurut Tempel et.al (1993), pembelajaran menulis di kalangan kanak-kanak


adalah satu tindakan mereka melalui penemuan-penemuan kendiri.

Daripada pandangan-pandangan tersebut mungkinkah kita boleh menegaskan di sini


bahawa kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri untuk bercakap, menulis dan juga
membaca.

1.2.2 Kematangan Fizikal / Kemahiran Motor


Perkembangan fizikal amat ditekankan dalam aspek kemahiran menulis. Terutama
sekali perkembangan motor halus.

Perkembangan motor halus ini ialah pertumbuhan atau perkembangan otot-otot kecil
pada bahagian jari seorang kanak-kanak yang membolehkan mereka memegang
objek-objek kecil seperti pensil, guli dan sebagainya dengan cekap.

Perkembangan motor halus yang sempurna membolehkan seseorang kanak-kanak


menulis dengan tulisan yang cantik dan cekap.

Selain itu, koordinasi mata dan tangan juga dititik beratkan kerana dalam aspek
perkembangan kemahiran menulis, koordinasi mata dan tangan akan menentukan
sama ada seseorang kanak-kanak itu sudah bersedia unuk menulis atau tidak.

Aktiviti-aktiviti yang bolah dilakukan untuk meningkatkan perkembangan


motor halus :-
- Merantai manik
- Menjahit kad lubang
- Menconteng kertas
- Menguli
- Mengunting kertas
- Menjentik getah
- Melukis gambar
Penulisan

a. Pratulisan:-

- Melakukan pergerakkan tangan jari


- Mengoyak
- Menulis diatas pasir
- Membuat contengan bebas membuat contengan:- atas, bawah, sendeng,
melentang, bulat ombak, gerigi.
- Melakukan koordinasi mata dan tangan

b. Awal tulisan

- Meniru abjad
- Menekap abjad-abjad yang terkumpul

c. Minta mereka gerak jari mengikut bentuk tulisan yang dibuat daripada pasir.

- Menulis asas huruf kecil


- Melukis bentuk asas- bentuk putus2
- Menulis huruf besar.

1.2.3 Persekitaran

1. Ibu bapa
- Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan anak-anak
mereka dapat menulis dengan baik.
- Ibu bapa harus menyediakan barang-barang mainan yang dapat menggalakan
perkembangan motor halus yang dapat membentuk otot-otot halus dijari.
2. Guru
- Guru harus menyediakan bahan-bahan latihan yang sesuai kepada kanak-kanak
seperti huruf putus-putus.
1.3 Peringkat Perkembangan Menulis
1.3.1 Pra Tulisan
Peringkat pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan
dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas
dan betul.

Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan
mata diberi kepada murid-murid dari awal-awal lagi.

Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang


yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik,
bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan yang berbentuk bebas.

Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti melakukan


latihan-latihan pergerakan tangan terebih dahulu seperti mengerakkan jari diatas
garisan atau corak yang dilakarkan di atas kertas supaya murid-murid dapat
menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna. Latihan seperti membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas
pasir, di atas rumput tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan
kecil juga boleh dilakukan. 

Di samping itu murid-murid boleh melakukan latihan pergerakan jari dengan


memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan
sebagainya. 

Setelah mahir aktiviti tersebut murid-murid boleh melakukan latihan-latihan


pergerakan mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melbatkan
koordinasi tangan dan mata. 

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti:


- latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan,
- latihan membentuk garisan lurus,
- latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari kiri ke kanan atau dari kanan ke
kiri
- membentuk corak-corak gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.
1.3.2 Tulisan Mekanis
Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang
pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk
lambang-lambang tulisan.

Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di atas kertas kosong
yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan barulah
dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris.

Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan
perlu dilakukan.

Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran satu garis. Di
bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu garis itu.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti:


- latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal,
- latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua, latihan menulis huruf di atas
kertas bergaris satu
- latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat
keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam.

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian


kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-
lambang huruf dengan menggunakan gambar.

Sebelum melatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat
daging kanak-kanak.

Selain itu guru haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan
mengeja dan menyebut nama-nama huruf.

Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas yang dimulakan dengan tidak
bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku yang bergaris. Seterusnya
apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik, baruah dilatih
menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis
mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan
menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna.

Seterusnya menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
Latihan ini diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-
ayat yang mudah dan sebagainya.
1.3.3 Penulisan Mentalis
Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan
fikiran mereka secara bertulis.

Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu


berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tenpat kosong, melengkapkan
ayat-ayat dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh menghasilkan tulisan
tanpa panduan.

Di antara aktiviti aktivit-aktiviti menulis yang boleh dijalankan adalah seperti mengisi
silang kata, mengisi tempat kosong dalam ayat, melengkapkan ayat dengan
menambah rangkai kata yang sesuai, menulis ayat yang lengkap dengan perkataan
yang diberi.

Selain itu aktiviti seperti memanjangkan ayat dengan menambahkan rangka kata
yang sesuai juga boleh dilakukan.

Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita,


menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapn
kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis
karangan daripada tajuk yang disediakan. Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan
supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis.

1.3.4 Kemahiran Mengarang


Tujuan utama dalam pengajaran kemahiran mengarang ialah untuk membolehkan
para pelajar menulis pelbagai jenis karangan tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan
harian dengan berkesan dalam erti kata dapat menyampaikan mesej penulisan
kepada pembaca. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1987)

Dalam kegiatan mengarang, terdapat beberapa aspek yang perlu diajar kepada
murid. Aspek-aspek tersebut ialah;
- Proses penulisan (peringkat)
- Situasi penulisan
- Tanggapan pelajar terhadap aspek penulis
- Tanggapan pelajar terhadap aspek subjek penulisan
- Tanggapan pelajar terhadap aspek pembaca

Proses Penulisan

1. Pra penulisan

- Brainstorming tajuk yg dipilih


- Perbincangan kumpulan kecil
- Pembacaan @ rujukan di pusat sumber
- Rangka karangan
- Mencari pendekatan yg sesuai utk menyampaikan idea dlm bntuk karangan
2. Menulis

- Beri bukti utk idea


- Bina + kembang isi
- Hubung ayat + perenggan = idea luas
- Membentuk ayat yg jelas dan konkrit
- Guna tanda baca yg sesuai à maksud jelas
- Rancang tajuk, pengenalan dan penutup yg sesuai dgn tajuk

3. Penulisan semula

- Menyalin dan meniru


- Menghasilkan semula
- Menggabungkan
- Penulisan berpandu
- Penulisan bebas

Masalah mengarang:
- Kesalahan struktur ayat
- Lemah kosa kata
- Penggunaan ayat mudah

Strategi pemulihan kemahiran mengarang:

- Menulis ayat mudah


- Menulis karangan berpandukan gambar bersiri dan tunggal
- Menulis karangan terkawal dan berpandu
1.4 Masalah dalam Tulisan dan Penulisan
1.4.1 Masalah Membentuk Huruf dengan Tepat

1.4.2 Ruang antara Huruf

1.4.3 Kecondongan Huruf

1.4.4 Keselarasan Saiz Huruf

1.4.5 Membina Ayat Mudah

Subjek + predikat = ayat

Contoh:

budak itu menangis

(subjek) (predikat)
1.4.6 Masalah Struktur Ayat (Tatabahasa)

kata-kata sahaja blm beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun di dalam bentuk
ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah.

Contoh:
- ini hari Abu tidak datang.
- Ali dan Abu baik berkawan.
- buku ini Awang tidak mahu membaca.
- Bulu di kepala saya lebat.

1.4.7 Membina Ayat Berdasarkan Gambar

Tidak dapat mengaitkan peristiwa yang dilihat dalam gambar.

Lemah dalam memahami urutan gambar bersiri.

Tidak dapat memastikan bila , di mana dan bagaimana peristiwa berlaku supaya
penulisan lebih jelas.

r siri
ba r Be
Ga m

1.4.8 Menulis Karangan Pendek


Lemah dalam penghasilan idea untuk penulisan.

Tidak dapat membina ayat yang berkesinambungan.

Idea yang sangat terhad kepada pengalaman pernah yang dilalui.

1.4.9 Salah Ejaan

Meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.


mengganggu – menganggu

Pengaruh dialek mengatasi ejaan bahasa baku.


calon - calun

Menterbalikkan suku kata atau huruf.


merdeka - medreka

1.5 Strategi Pemulihan Masalah Tulisan/Pratulis, Latihan-Latihan Pratulisan


Kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada
dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh
meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke


peringkat contengan terkawal.

Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari
serta kordinasi mata tangan.

Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut;


- Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.
- Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.
- Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah
dan lain-lain.
- Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

1.5.1 Pergerakan Tangan dan Jari

Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut.
Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang
mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat,
dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.
Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan
bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang
dengan ibu jari dan jari telunjuk.

Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari
dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang
dan selesa.

Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata
pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.
Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari
telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah jari hantu) di kedudukan
yang betul.

1.5.2 Memegang Alat Tulis Pelbagai Jenis dan saiz

Posisikan pensil pada lekukan jari tengah dan diantara jari telunjuk dan ibu jari
Gunakan Ibu jari dan telunjuk untuk menggenggam pensil
Pastikan posisi genggaman pensil benar saat menorehkan pensilnya diatas kertas
(seperti gambar)

Tidak setiap anak dapat secara alamiah bisa memegang pensil dengan baik dan
benar, beberapa bahkan membutuhkan bimbingan ekstra dari orang tua dan guru
agar mereka terbiasa memegang pensil dengan benar.Berikut beberapa tips yang
mungkin berguna bagi anda dalam mengajarkan si kecil memegang pensil dengan
tepat :

Belajar Sejak Kecil


Mulai usia 2 tahun ajaklah si kecil menggambar dan bermain dengan menggunakan
crayon. Penggunaan crayon bersaiz lebih besar lebih bagus daripada menggunakan
pensil atau bolpen.

Perlu Waktu
Si kecil usia lima tahun, biasanya sudah punya keinginan untuk belajar menulis.Saat
inilah diperlukan bimbingan anda untuk melatih mereka memegang pensil dengan
betul baik ketika menggambar maupun menulis. Yang harus anda garisbawahi,
mengubah kebiasaan lama pada anak tidak semudah anda membalikan telapak
tangan, bersabarlah, kerana diperlukan beberapa waktu sebelum sikecil bisa
mengubah kebiasaannya

Kedudukan Tubuh
Perhatikan Posisi Tubuh sikecil tegak tetapi tidak kaku saat menulis. Hal ini dapat
membantunya menggenggam pensil dengan betul.

Latihan Teratur
"Practices make perfect" Peraturan ini juga berlaku bagi si kecil dalam belajar
memegang pensil dengan betul. Luangkan waktu paling tidak lima minit dalam sehari
untuk melatih si kecil memegang pensil saat ia berusia lima tahun. Sementara untuk
anak usia 9 tahun tambah 5-10 minit waktu latihan. Agar tercipta suasana yang lebih
menyenangkan meminta anak untuk menggambar disela-sela waktu belajar boleh
dijadikan salah satu strategi membuat anak semangat belajar.

Penggunaan Pencil Grip *


Penggunaan pencil grip * saat menggambar atau menulis dapat membantu anak
terbiasa menggenggam pelbagai jenis pensil dengan betul, untuk kegiatan sehari-
hari anda boleh menggunakan pencil grip * ukuran jumbo, atau alternatif lain
gunakan pensil segitiga.
* Pencil Grip : alat bantu menggenggam pensil berbentuk karet yang biasanya
dipasangkan pada bagian bawah pensil letak jari menggenggam"

1.5.3 Koordinasi Mata dan Tangan

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.
Bahan:
Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.

Aktiviti Guru/Murid:

1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.

2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model
yang disukainya.

Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke
bawah untuk membolehkan membentuk huruf.

Bahan:
Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera,
bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah
yang dibuat dengan garisan putus-putus.

Aktiviti Murid:

1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan
sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan
menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik
memegang cawan dipelbagaikan.

Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

1.6 Latihan Tulisan Mekanis

Selepas kanak2 mempelajari peringkat pramenulis, faham dan tahu memegang pensel-
mereka dilatih membentuk lambang tulisan. Permulaannya, kanak2 dicadangkan
membentuk huruf di kertas kosong tanpa garisan. Membentuk huruf pada permukaan
bergaris- kawalan tulisan perlu dilakukan.

Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk huruf di kertas kosong yg tak
mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, baharulah dilatih
membentuk huruf pada halaman yang bergaris.

Aktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas
kosong, kertas petak, dan kertas garis tiga. Pada peringkat ini guru menekankan cara
memegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf.

Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai


kaedah dan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.

1.6.1 Membentuk Huruf, Sukukata dan Perkataan


Dilakukan secara berperingkat iaitu daripada akktiviti menulis huruf, sukukata dan
perkataan.

Melibatkan motor halus iaitu penggunaan jari murid utk menulis dan guna motor
kasar iaitu cara murid memegang pensel. Kanak-kanak menulise dgn mengeja dan
menyebut nama-nama huruf.

Membentuk Huruf

t
Membentuk suku kata

a-ir a-ur a-la

cina ca-wan cu-ka


ja-di je-da

ka-yu ku-sut

Membentuk perkataan

KEMAHIRAN
:Perkataan
KV+KVK
Arahan Guru :
Tulis perkataan
yang sesuai
dengan gambar.

1.6.2 Menulis Huruf, Sukukata dan Perkataan


1.6.3 Menulis Huruf Kecil

1.6.4 Menulis Huruf Besar


KEMAHIRAN :
Bentuk huruf
besar.
Arahan Guru :
Tulis huruf-huruf
di bawah ini.

X
1.6.5 Menyalin dari Pelbagai Jarak

1.7 Latihan Penulisan Mentalis


1.7.1 Menyusun dan Menulis semula Perkataan

Contoh Aktiviti Menyusun dan Menulis Semula Perkataan

 Arahan : Susun perkataan dan tulis semula perkataan yang diberi.


1. bola. Saya ada

2. Adik susu. minum suka

Menulis Perkataan Mudah secara Terkawal dan Berpandu

Memahami dan menulis berdasarkan bahan rangsangan.


Keupayaan menguasai kemahiran menulis berdasarkan bahan rangsangan.

Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Kaedah Pentadbiran

a. Guru - Meminta murid memerhatikan gambar yang disediakan.


Murid - Memerhatikan gambar yang disediakan.
b. Guru - Minta murid melengkapkan ayat 
Murid - Melengkapkan ayat 

* Penilaian guru berdasarkan ayat yang dibina oleh murid.


STRATEGI PEMULIHAN MASALAH TULISAN/PRATULIS (LATIHAN-LATIHAN PRATULISAN)

PENGENALAN

• Kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam
persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke
atas permukaan benda tersebut.

• Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat
contengan terkawal.

• Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta
kordinasi mata tangan.

• Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut;

a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti


menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-lain.
b) Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah
dan lain-lain.

d) Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

STRATEGI PEMULIHAN MASALAH TULISAN/PRATULIS

Pergerakan tangan dan jari

1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian,
murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka
patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan
harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.

2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga
jari harus berada di sebelah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari
telunjuk.

3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari
telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.

4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil
dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.

5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk,
supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah jari hantu) di kedudukan yang betul.

Memegang alat tulis

• Posisikan pensil pada lekukan jari tengah dan diantara jari telunjuk dan ibu jari

• Gunakan Ibu jari dan telunjuk untuk menggenggam pensil

• Pastikan posisi genggaman pensil benar saat menorehkan pensilnya diatas kertas (seperti
gambar)

• Tidak setiap anak dapat secara alamiah bisa memegang pensil dengan baik dan benar,
beberapa bahkan membutuhkan bimbingan ekstra dari orang tua dan guru agar mereka
terbiasa memegang pensil dengan benar.Berikut beberapa tips yang mungkin berguna bagi
anda dalam mengajarkan si kecil memegang pensil dengan tepat :

a) Belajar Sejak Kecil


Mulai usia 2 tahun ajaklah si kecil menggambar dan bermain dengan menggunakan
crayon. Penggunaan crayon bersaiz lebih besar lebih bagus daripada menggunakan
pensil atau bolpen.

b) Perlu Waktu

Si kecil usia lima tahun, biasanya sudah punya keinginan untuk belajar menulis.Saat
inilah diperlukan bimbingan anda untuk melatih mereka memegang pensil dengan
betul baik ketika menggambar maupun menulis. Yang harus anda garisbawahi,
mengubah kebiasaan lama pada anak tidak semudah anda membalikan telapak
tangan, bersabarlah, kerana diperlukan beberapa waktu sebelum sikecil bisa
mengubah kebiasaannya

c) Kedudukan Tubuh
Perhatikan Posisi Tubuh sikecil tegak tetapi tidak kaku saat menulis. Hal ini dapat
membantunya menggenggam pensil dengan betul.

d) Latihan Teratur
"Practices make perfect" Peraturan ini juga berlaku bagi si kecil dalam belajar
memegang pensil dengan betul. Luangkan waktu paling tidak lima minit dalam
sehari untuk melatih si kecil memegang pensil saat ia berusia lima tahun. Sementara
untuk anak usia 9 tahun tambah 5-10 minit waktu latihan. Agar tercipta suasana
yang lebih menyenangkan meminta anak untuk menggambar disela-sela waktu
belajar boleh dijadikan salah satu strategi membuat anak semangat belajar.
e) Penggunaan Pencil Grip *
Penggunaan pencil grip * saat menggambar atau menulis dapat membantu anak
terbiasa menggenggam pelbagai jenis pensil dengan betul, untuk kegiatan sehari-
hari anda boleh menggunakan pencil grip * ukuran jumbo, atau alternatif lain
gunakan pensil segitiga.
* Pencil Grip : alat bantu menggenggam pensil berbentuk getah yang biasanya
dipasangkan pada bagian bawah pensil letak jari menggenggam"

Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1


Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.
Bahan:
Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.
Aktiviti Guru/Murid:

1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh.

2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang
disukainya.

3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.


Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2

• Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah
untuk membolehkan membentuk huruf.

• Bahan:
Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola,
manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat
dengan garisan putus-putus.

• Aktiviti Murid:

1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya.

2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan
menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik
memegang cawan dipelbagaikan.

3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

Latihan Penulisan Mentalis

Penulisan

Penulisan boleh merujuk kepada dua kegiatan:

 menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan


yang lain yang mewakili bahasa atau maklumattercatat; dan
 penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan.

Terdapatnya beberapa kekecualian; umpamanya, penggunakan mesin taip untuk mencatat


bahasa secara amnya dipanggil penaipan, dan bukannya penulisan. Penulisan merujuk kepada
kedua-dua kegiatan itu, dan kedua-dua kegiatan itu boleh berlaku dengan serentak.

Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman


silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading,
dan kertas.
Penulisan Mentalis

 PENGLAHIRAN(MENTALIS) 
o Latihan penyatuan fikiran dan kehendak.

o Latihan pernyataan perasaan.

o Latihan pernyataan kehendak.

o Latihan mengeluarkan pendapat tulen

Jenis-jenis dan Contoh-contoh latihan penulisan mentalis

 Menyusun dan menulis semula perkataan

Contoh Aktiviti Menyusun dan Menulis Semula Perkataan

Arahan : Susun perkataan dan tulis semula perkataan yang diberi.

1. bola. Saya ada

2. Adik susu. minum suka

 Menulis perkataan mudah secara terkawal dan berpandu.


 Aktiviti Menulis perkataan mudah secara terkawal dan berpandu
o Memahami dan menulis berdasarkan bahan rangsangan.
o Keupayaan menguasai kemahiran menulis berdasarkan bahan
rangsangan.
Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.Kaedah Pentadbiran

a. Guru - Meminta murid memerhatikan gambar yang


disediakan.
    Murid - Memerhatikan gambar yang disediakan.
b. Guru - Minta murid melengkapkan ayat 
    Murid - Melengkapkan ayat 
* Penilaian guru berdasarkan ayat yang dibina oleh murid.

You might also like