You are on page 1of 16

KERTAS CADANGAN

KERTAS KERJA LATIHAN PUSAT KONTIGEN BERA


PERKHEMAHAN KRS DAN NGO ( LELAKI )
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2009

TEMPAT :
PUSAT KOKURIKULUM DAERAH BERA
SK TRIANG 2

TARIKH :
5 – 8 MAC 2009
KERTAS KERJA
LATIHAN PUSAT KONTIGEN BERA
PERKHEMAHAN KRS DAN NGO ( LELAKI )
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2009

1. PENDAHULUAN

Pejabat Pelajaran Daerah Bera telah diamanahkan untuk menganjurkan Perkhemahan Lelaki
KRS dan NGO Peringkat Negeri Pahang Tahun 2009. Perkhemahan ini akan melibatkan 11
buah daerah dalam negeri Pahang. Selaku tuan rumah, Daerah Bera perlu mempersediakan
kontigen yang mantap dan mampu bersaing dengan peserta dari daerah yang lain.
Sehubungan dengan itu Kadet Remaja Sekolah Daerah Bera mengambil inisiatif untuk
mengadakan latihan puat Perkhemahan Lelaki KRS dan NGO bagi membentuk kontigen Daerah
Bera yang mantap untuk menghadapi Perkhemahan Krs Dan Ngo ( Lelaki ) Peringkat Negeri
Pahang Tahun 2009

2. MATLAMAT

2.1 Mempersediakan pasukan KRS dan NGO kontigen Bera dengan mental, fizikal
dan kemahiran yang mantap untuk menghadapi Perkhemahan KRS dan NGO
(Lelaki) Peringkat Negeri Pahang 2009.

2.2 Menjadikan aktiviti perkhemahan sebagai penyokong dan pelengkap ke arah


Pencapaian akademik yang lebih cemerlang

2.3 Dapat memupuk semangat kerjasama dan menjalinkan silaraturahim antara


Anggota perkhemahan yang terdiri dari pelbagai sekolah di dalam daerah
Bera.

3. OBJEKTIF

3.1 Mempertingkatkan minat pelajar untuk terus aktif dalam kegiatan


kokurikulum melalui perkhemahan.

3.2 Memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk terlibat sama dalam
aktiviti perkhemahan.

3.3 Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerjasama melalui aktiviti
perkhemahan.

4. KETETAPAN PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh : 5 – 8 Mac 2009


4.2 Hari : Khamis, Jumaat ,Sabtu dan Ahad
4.3 Tempat : Pusat Kokurikulum Daerah Bera
4.4 Pendaftaran Pelajar :
a. Tarikh Pendaftaran : 5 Mac 2009
b. Hari : Khamis
c. Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
d. Tempat : Pusat Kokurikulum Daerah Bera

5. PENYERTAAN

Setiap sekolah menghantar 4 orang peserta Kadet Remaja Sekolah dengan seorang
JURULATIH PENGIRING bagi memenuhi kuota 20 peserta. Sekiranya sekolah
menghantar peserta kurang daripada ketetapan kuotanya boleh diisi oleh sekolah
yang lain dengan budi bicara sakretariat KRS daerah Bera. 7 orang peserta dari unit
Pengakap dan 7 orang peserta dari salah satu unit PBSM/St. John Ambulan/Bulan
Sabit Merah. Hanya 34 orang peserta dari tingkatan 4 sahaja yang layak
didaftarkan sebagai peserta perkhemahan termasuk Ketua Platun . Pengangkutan
disediakan oleh sekolah masing – masing.

6. PENGINAPAN

Semua peserta perkhemahan, guru pengiring/jurulatih dan ketua kontigen menginap


di dalam khemah yang disediakan oleh sekolah masing-masing. Segala keperluan
khemah dan peralatan perkhemahan adalah tanggungjawab sekolah masing-masing.

7. MAKAN DAN MINUM SEMASA PERKHEMAHAN

7.1 Makanan dan minuman akan disediakan secara berpusat.


7.2 Ketua Kontigen/Jurulatih akan makan dan minum di tempat yang disediakan.
7.3 Peserta Perkhemahan akan dibekalkan makanan secara berpusat. Sila bawa
peralatan untuk mengambil makanan dan minuman ( Rujuk Lampiran 1 )

8. PENDAFTARAN PESERTA

Nama peserta yang terlibat dengan hendaklah diisi pada borang yang disediakan
( Lampiran 2 ) dan perlu dihantar kepada Penyelia Kokurikulum Daerah Bera atau
terus kepada Sakretariat KRS Daerah Bera selewatnya pada 3 Mac 2009. Sila
bawa senarai nama peserta perkhemahan dalam bentuk ‘softcopy’ semasa hari
pendaftaran.
9. AKTIVITI PERKHEMAHAN/PERTANDINGAN

Melibatkan Latihan :
9.1 Aktiviti Kumpulan Gabungan ( Integrasi ) yang melibatkan aktiviti :
a. Ikatan dan Simpulan
b. Jalan Lasak
c. Pandu Arah
d. Bantu Mula
e. Ikhtiar Hidup
f. Permainan Tradisional ( Menimbang Bola takraw Dan Lari Dalm Guni )

9.2 Aktiviti Pertandingan Mengikut Daerah :


a. Malam Kebudayaan
b. Pertandingan Seni PerKhemah Terbaik

10. SENARAI JURULATIH

Lihat Lampiran 3

11. JADUAL PERKHEMAHAN

Lihat Lampiran 4

13.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Makan dan minum peserta – 34 orang x RM12.00 x


Makan minum jurulatih -
14. LAIN – LAIN MAKLUMAN

16.1 Lain-lain maklumat terkini akan dimaklumkan dalam taklimat jawatankuasa


perkhemahan
16.2 Sebarang pertanyaan sila hubungi :

En. Ahmad Ferhad


Penyelia Kokurikulum PPD Bera
Tel. Pejabat : 09 –
No. H/p : 013 –

Disediakan oleh, Disahkan Oleh, Diluluskan Oleh

................................ .................................. …………………..............


( Mohd Iruan bin Janal)
Pengerusi Teknik
Kadet Remaja Sekolah Daerah Bera
Lampiran 1

SENARAI KEPERLUAN KELENGKAPAN PERKHEMAHAN BAGI


PERKHEMAHAN KRS DAN NGO ( LELAKI )
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2009

1. Keperluan Individu :
a. Uniform Lengkap
b. T-Shirt Mengikut Unit
c. Seluar Untuk Aktiviti Secukupnya
d. Kasut Sukan , Stoking Untuk Aktiviti
e. Pakaian Untuk Solat / Kelas Moral
f. Pakaian Basahan Dan Peralatan Mandi
g. Ubatan – ubatan Peribadi
h. Selipar
i. Buku Dan Peralatan Menulis
j. Pinggan , Cawan dan Sudu
k. Lampu Suluh
l. Tikar dan kelengkapan tidur

2. Peralatan Daerah :
a. Khemah Secukupnya
b. Cangkul, parang, Gergaji dan apa yang difikirkan perlu
c. Baldi dan Penyebok Air
d. Tali secukupnya
e. Belerang Secukupnya
f. Bekas Mengambil Makanan Dan Minuman
g. Peralatan Untuk Membasuh Bekas Makanan
h. Ubatan Keperluan Pasukan

3. Peralatan Yang Tidak Dibenarkan Dibawa :


a. Barangan Kemas
b. Telefon Bimbit
c. Senjata Merbahaya
d. Rokok Dan Minuman Keras
e. Walkman / Discman

Catatan :
Sekiranya berlaku kehilangan atau kecurian barangan berharga adalah di bawah
tanggungjawab pengurusan daerah masing-masing.
Lampiran 2

BORANG PENDAFTARAN PERKHEMAHAN BAGI


PERKHEMAHAN KRS DAN NGO ( LELAKI )
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2009

DAERAH : .........................................................................................

SENARAI NAMA GURU PENGIRING

BIL SENARAI NAMA JAWATAN NO. H/P


1 KETUA KONTIGEN
2 GURU PENGIRING
3 GURU PENGIRING
4 GURU PENGIRING

SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN

BIL SENARAI NAMA UNIT NO. KAD PENGENALAN


1 KRS
2 KRS
3 KRS
4 KRS
5 KRS
6 KRS
7 KRS
8 KRS
9 KRS
10 KRS
11 KRS
12 KRS
13 KRS
14 KRS
15 KRS
16 PENGAKAP
17 PENGAKAP
18 PENGAKAP
19 PENGAKAP
20 PENGAKAP
21 PENGAKAP
22 PENGAKAP
23 PENGAKAP
24 PENGAKAP
25 PENGAKAP
26 PENGAKAP
27
28
29
30
31
32
33
34

Disahkan oleh :

..............................................................................
( Cop Dan Tandatangan Penyelia Ko Daerah )

Catatan : Sila kembalikan borang penyertaan yang telah diisi atau faxkan kepada Penyelia
Kokurikulum Daerah Bera pada no. 09 -
Lampiran 3

PERKHEMAHAN KRS DAN NGO LELAKI PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2009

MODUL PERTANDINGAN INTEGRASI

MODUL 1 : IKATAN TALI

1. ALATAN :
a. Tali untuk ikatan
b. Kayu untuk Gajet
e. Pisau

2. BILANGAN JURULATIH : 6 Orang

3. BILANGAN PESERTA : 62 orang Peserta ( 2 Kumpulan Besar )

3. PERLAKSANAAN :

a. Pendahuluan
- Pelaporan Ketua Kumpulan kepada Ketua Aktiviti
- Ketua Aktiviti akan menjelaskan perlaksanaan aktiviti
- Memperkenalkan Jurulatih yang terlibat

b. Pembahagian kumpullan:
- Kumpulan dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil dengan setiap
kumpulan terdiri 10 orang peserta
- Setiap kumpulan kecil akan dikendalikan oleh seorang jurulatih.

c. Pengenalan Kepada 5 JENIS Simpulan Dan Ikatan Serta Kegunaannya


* Dilaksanakan dengan kaedah tunjuk cara oleh jurulatih dan ikuti oleh peserta.
Kemudian diteruskan dengan ikatan seterusnya.

d. Penilaian : Jurulatih akan mengarahkan pelajar membuat ikatan dalam


Tempoh masa yang telah ditetapkan secara pertandingan. Pelajar yang
Berketrampilan akan diberi markah pada borang permarkahan.

e. Permainan Kumpulan Kecil : Mengarahkan pelajar membuat modul gajet


Biasa digunakan dikawasan perkhemahan untuk pertandingan.
- Kumpulan akan dinilai berdasarkan kereativiti dan menunjukkan kerjasama bagi
permarkahan untuk Pemenang Kategori Kumpulan Gabungan bagi aktiviti ikatan tali dan
simpulan.

f. Refleksi Dan Penutup


MODUL 2 : PERTANDINGAN PANDU ARAH

SPESIFIKASI : Pergerakan di dalam hutan menggunakan kompas berpandukan


bearing yang diberi
SASARAN : Peserta Perkhemahan setiap platun integrasi
MASA : 1 Jam 30 Minit
BILANGAN PESERTA : 31 peserta setiap Kumpulan
OBJEKTIF : a. Menyemai nilai kerjasama berpasukan
b.Mengujudkan sikap hormat menghormati
KAWASAN PERTANDINGAN : Kawasan kebun getah bersebelahan kem
: Kompas – 12 buah, Borang Pertandingan, Jam randik
PERALATAN PERTANDINGAN : Disediakan oleh Penganjur

SYARAT PERTANDINGAN :

a. Semua peserta mesti mesti mempunyai kemahiran asas membaca kompas


b. Setiap platun integrasi akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil iaitu A,B dan C
c. Setiap kumpulan kecil A,B dan C akan bermula bergerak serentak dari check point
yang sama ke laluan yang berbeza dan akan menamatkan acara di check point
permulaan.
d. Bearing ke Check Point kedua akan diberi di check point permulaan. Apabila sampai ke
check point kedua, peserta akan menyiapkan tugasan sebelum ke check point ketiga.
Begitulah seterusnya sehingga ke check point terakhir.
e. Tugasan disetiap check point akan menjadi bukti peserta akan sampai ke tempat
check point berkenaan
f. Masa tamat direkod apabila kumpulan kecil terakhir dalam sesuatu platun itu sampai.

PEMARKAHAN / PENILAIAN :

a. Pemenang akan ditentukan berdasarkan masa terpantas


b. Kumpulan kecil yang gagal menyerahkan kembali tugasan akan dibatalkan penyertaan
c. Pembatalan satu kumpulan kecil akan menyebabkan pembatalan platun tersebut dari
pertandingan.
MODUL 3 : PERTANDINGAN JALAN LASAK

SPESIFIKASI : Ujian jalan lasak dalam satu kumpulan.


SASARAN : Peserta Perkhemahan setiap platun integrasi
MASA : 1 Jam 30 Minit
BILANGAN PESERTA : 31 peserta setiap Kumpulan
OBJEKTIF : a. Melahirkan peserta yang mempunyai ketahan fizikal
b.Memastikan peserta sentiasa mengutamakan keselamatan semasa
melakukan aktiviti
KAWASAN PERTANDINGAN : Kawasan jalan raya dan ladang kelapa sawit
PERALATAN PERTANDINGAN : Disediakan oleh Penganjur
; Bendera Merah dan Hijau, Borang Markah, clipbord
JARAK LARIAN : 8 KM

SYARAT PERTANDINGAN :

a. Setiap platun mesti melalui laluan yang ditetapkan


b. Markah diberi berdasarkan masa terpantas dan tugasan yang diberi
c. Peserta dilarang menggunakan jalan pintas
d. Setiap platun akan dibekalkan dengan satu bendera kecil bewarna hijau dan satu
bendera kecil bewarna merah.
e. Masa akan mula diambil apabila wisel dibunyikan
f. Masa akan tamat apabila semua peserta dalam platun sampai kegarisan penamat
g. Utamakan Keselamatan semasa aktiviti

PEMARKAHAN / PENILAIAN :

a. Pemenang akan ditentukan berdasarkan masa terpantas dan hasil tugasan yang
diserahkan
b. Sikap, semangat kerjasama dan toleransi akan dikira dalam pemarkahan.
c. Peserta dalam platun yang gagal menamatkan larian akan menyebabkan platun
berkenaan dibatalkan dalam pertandingan.
MODUL 4 : IKHTIAR HIDUP DAN JERAT

SPESIFIKASI : Kemahiran berada di dalam hutan dan merangkap binatang


SASARAN : Peserta Perkhemahan setiap platun integrasi
MASA : 1 Jam 30 Minit
BILANGAN PESERTA : 31 peserta setiap Kumpulan
OBJEKTIF : a. Memantapkan kemahiran anggota perkhemahan dalam aspek
ikhtiar hidup
KAWASAN PERTANDINGAN : Kawasan hutan di tapak perkhemahan
PERALATAN PERTANDINGAN : Disediakan oleh Penganjur
: Parang ( Dibawa Oleh Platun
: Mancis, Bahan Mentah, Tali jut
SYARAT PERTANDINGAN :

a. Peserta perkhemahan akan diperkenalkan konsep iktiar hidup dan asas dalam
menjerat binatang.
b. Setiap platun akan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil. Satu kumpulan untuk
aktiviti ikhtiar hidup dan satu lagi kumpulan untuk pertandingan membuat jerat
c. Bagi pertandingan Iktiar hidup, peserta dikehendaki memasak barang yang
disediakan.
d. Untuk pertandingan membuat perangkat, Peserta dikehendaki menyiapkan 4
perangkat iaitu 2 perangkat yang sukar dan 2 perangkat yang mudah.
e. Peserta dibenarkan mengguna bahan yang disediakan oleh penganjur dan bahan
semulajadi.

PEMARKAHAN / PENILAIAN :

a. Untuk Iktiar hidup, markah berdasarkan kaedah perlaksanaan tugasan dan hasil .
b. Untuk perangkap, markah diberi berdasarkan tahap kesukaran jerat, kerjasama,
kekemasan, jenis ikatan, berfungsi dan penggunaan bahan semulajadi.
c. Jerat mudah 10 markah dan jerat sukar 20 markah.
d. Jika markah sama, kerjasama kumpulan akan menjadi penentu. Jika masih sama,
markah fungsi akan menjadi penentu.
MODUL 5 : BANTU MULA

SPESIFIKASI : Kemahiran dalam rawatan kecemasan dan merawat luka ringan


SASARAN : Peserta Perkhemahan setiap platun integrasi
MASA : 1 Jam 30 Minit
BILANGAN PESERTA : 31 peserta setiap Kumpulan
OBJEKTIF : a. Memantapkan kemahiran anggota perkhemahan dalam aspek
kemahiran bantu mula
KAWASAN PERTANDINGAN : Kawasan tapak perkhemahan
PERALATAN PERTANDINGAN : Disediakan oleh Penganjur
: Wisel, Borang hakim, Clipboard, Anduh 3 Segi
Kain pelikat ( Dibawa oleh Platun )
SYARAT PERTANDINGAN :

a. Peserta akan diajar cara-cara dalam kaedah bantu mula dan merawat pesakit
semasa sesi kelas .
b. Peserta diberi peluang untuk mempelajari dalam platun masing-masing.
c. Semasa pertandingan, Platun akan dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan
penyelamat dan satu kumpulan mangsa.
d. Kumpulan mangsa terdiri dari 5 orang peserta dan akan diletakkan di lokasi
rahsia.
e. Kumpulan penyelamat dikehendaki mencari dan menyelamat mangsa rawatan bantu
mula mengikut kecederaan.
f. Kumpulan penyelamat dikehendaki membawa mangsa keluar ketempat permulaan
untuk dihakimi dengan kaedah yang betul.
g. Kumpulan penyelamat dikehendaki menggunkan bahan dan alatan yang dibawa dan
yang sedia ada di lokasi mangsa.
h. Dilarang menggunakan peralatan menyelamat yang sebenar selain peralatan yang
disediakan oleh JK Pertandingan
i. Kumpulan mangsa dikehendaki berlakon untuk menunjukkan kesakitan yang dialami
j. Bantuan luar adalah dilarang
k. Keputusan hakim adalah muktamad

PEMARKAHAN / PENILAIAN:

a. Berdasarkan kesesuaian ikatan/balutan


b. Berdasarkan kepantasan masa
c. Teknik membawa keluar mangsa
d. Kerjasama
e. Penerangan langkah merawat

MODUL 6 : PERMAINAN TRADISIONAL

SPESIFIKASI : Kemahiran Lari Dalam Guni Dan Menimang Sepak Raga Bulatan
SASARAN : Peserta Perkhemahan setiap platun integrasi
MASA : 1 Jam 30 Minit
BILANGAN PESERTA : 31 peserta setiap Kumpulan
OBJEKTIF : a. Menguji Kemahiran Menimang Bola
b. Dapat menamatkan larian dalam masa Terpantas
c. Mewujudkan Kerjasama dalam kumpulan
KAWASAN PERATANDINGAN : Padang Sekolah SK LKTP Triang 2
PERALATAN PERTANDINGAN : Disediakan oleh Penganjur
: Guni – 10
: Jam Randik, Wisel,Bola Takraw 2 Biji
: Clip Board, Borang Markah
SYARAT PERTANDINGAN :

a. Platun akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan ke larian dalam
guni dan satu kumpulan untuk menimang bola takraw.
b. Untuk Permainan Menimbang Bola Takraw:
Kumpulan akan dipecahkan lagi kepada 2 kumpulan kecil
i.Kumpulan pertama dari setiap platu akan membuat seberapa banyak timbangan
bola dalam masa 5 minit.
ii. Wisel permulaan akan dibunyikan
iii. seorang peserta hanya dibenarkan menimang bola 3 kali sahaja kemudian bola
tersebut mesti diberikan kepada peserta lain dan mesti melibatkan seluruh
peserta.
iv. Jika peserta menimang lebih 3 kali dan hanya melibatkan individu berkenaan
banyak kali, pengadil berhak memberhentikan permainan selama 30 saat.
v. Bola yang meleret tidak dikira mata. Bola perlu dilambung semula.
d. Bagi Pertandingan Lari Dalam Guni :
i. Setiap kumpulan akan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil aktiviti.
ii. Setiap peserta dikehendaki melepasi halangan yang disediakan ke garisan
penamat dan menyerahkan giliran kepada peserta seterusnya.
iii. Markah dikira berdasarkan jumlah masa yang ditamatkan oleh peserta
terakhir.
iv. Pemenang adalah kumpulan terpantas.

PEMARKAHAN/PENILAIAN :
a. Markah kumpulan menimbang bola dan larian dalam guni akan digabungkan bagi
menentukan markah platun.
b. Bagi pertandingan menimbang bola takraw, markah kumpulan kecil akan
digabungkan.

MODUL PERTANDINGAN ANTARA DAERAH

MODUL 1 : PERTANDINGAN SENI PERKHEMAHAN

SPESIFIKASI : i. Menyediakan sebuah pintu gerbang di pintu masuk kawasan


khemah kontijen daerah.
ii. Membina gajet yang bersesuaian dengan keperluan perkhemahan
iii. Menyediakan kraf kem yang menarik
iv. Persekitaran kawasan khemah yang bersih dan menarik
SASARAN : Peserta Perkhemahan setiap platun integrasi
MASA : Bermula pada petang hari pertama
BILANGAN PESERTA : 34 peserta setiap Kontijen daerah
OBJEKTIF : a. Memupuk semangat kerjasama dan melatih kesabaran
b. Menilai kemahiran, kreativiti dan daya cipta
KAWASAN PERTANDINGAN : Kawasan perkhemahan
PERALATAN PERTANDINGAN :
a. Buluh dan kayu kecil untuk gajet dan pintu gerbang boleh dibawa
oleh kontjen
b. Tali – disediakan sendiri oleh kontijen
c. Gergaji, parang dan sebagainya disediakan oleh kontijen
MASA PENILAIAN : Petang hari Ke-3 perkhemahan.

SYARAT PERTANDINGAN :

a. Setiap peserta dan pegawai terlibat dalam tugasan ini


b. Setiap kontijen perlu menyiapkan sebuah pintu gerbang di pintu masuk kawasan
perkhemahan.
c. Kontijen boleh membuat seberapa banyak gajet dan akan dinilai. Gajet yang
dibuat mestilah boleh digunakan.
d. Semua ukuran dan saiz adalah bebas dengan mengambil kira bahan yang
digunakan.
e. Pengadilan akan dilakukan oleh hakim yang akan dilantik dari setiap daerah.
f. Keputusan hakim adalah muktamad.

AMARAN ; SEMUA PESERTA TIDAK DIBENARKAN MENEBANG SEBARANG


TUMBUHAN YANG TERDAPAT DI SEKITAR TAPAK PERKHEMAHAN.

PEMARKAHAN/PENILAIAN :

a. Jenis Ikatan : 20 Markah


b. Kekemasan Ikatan : 20 Markah
c. Kreativiti : 20 Markah
d. Kekemasan hasil : 20 Markah
e. Kekuatan Struktur : 10 Markah
f. Kebersihan : 10 Markah
JUMLAH : 100 Markah

MODUL 2 : PERTANDINGAN KEBUDAYAAN

1. SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN


a. Melibatkan 20 anggota bagi setiap kontijen
b. Masa persembahan tidak melebihi 12 minit
c. Tema persembahan berdasarkan kemasyarakatan atau nilai kemanusiaan

2. SKEMA PEMARKAHAN
a. Berkonsepkan Kemasyarakatan atau Nilai Kemanusiaan

3. PENGISIAN
a. Mengandungi nilai-nilai murni dalam masyarakat
b. Mempunyai mesej yang jelas kepada penonton
c. Tidak melibatkan sensitiviti mana-mana pihak

4. PERSEMBAHAN
a. Mempamerkan persembahan yang kreatif dari cetusan idea yang direka sendiri.
b. Jika lakonan atau sketsa, penggunaan bahasa pasar adalah tidak dibenarkan
c. Menunjukkan kerjasama dan persefahaman yang tinggi dikalangan ahli

5. PENAMPILAN
a. Pakaian mesti menarik dan bersopan
b. Pemakaian mestilah bersesuaian dengan persembahan yang hendak disampaikan

6. PEMAKAHAN/PENILAIAN
a. Tema : 20 Markah
b. Pengisian : 30 Markah
c. Persembahan : 30 Markah
d. Penampilan : 20 Markah
JUMLAH : 100 Markah

e. Pengadilan akan dilakuakan oleh hakim yang dilantik dari setiap daerah
f. Keputusan hakim adalah muktamad.

You might also like